Anda di halaman 1dari 37

ANITA MUSTAFA BMM 7A

EDU 3038

TUGASAN 1
BERDASARKAN TEKS UCAPAN YANG
DIBERI, BINCANGKAN AKAUNTABILITI
GURU TERHADAP MASYARAKAT DAN
NEGARA BAGI MENJAMIN
KEHARMONIAN DAN KEMAKMURAN
MASYARAKAT DAN NEGARA SEPERTI
YANG DIGARISKAN DALAM KOD ETIKA
KEGURUAN.

ANITA MUSTAFA BMM 7A


EDU 3038

TUGASAN 1

..sebuah negara majmuk seperti Malaysia, peranan guru membina satu masyarakat yang
harmonis dan bersatu padu menjadi semakin mencabar. Walaupun negara kita telah
merdeka 56 tahun dan masyarakat pelbagai kaum dapat hidup secara bersama dalam
suasana harmoni, tugas untuk memelihara perpaduan kaum adalah satu tanggungjawab
yang perlu dilaksanakan secara berterusan. Kita tidak boleh lalai dan leka kerana
kecenderungan kearah polarisasi kaum sentiasa wujud dan jika tidak dibendung ia akan
memberikan kesan yang amat buruk terhadap keharmonian masyarakat dan kestabilan
negara.
YAB Tan Sri Dato Hj. Muhyiddin Hj. Mohd Yassin
Teks Ucapan Hari Guru Peringkat Kebangsaan
2013

Teks ucapan di atas menekankan tentang akauntabiliti guru terhadap masyarakat


dan negara bagi menjamin keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara seperti
digariskan dalam kod etika keguruan.
Dewasa ini, pendidikan adalah perkara yang menjadi keutamaan. Kualiti pendidikan
sering sahaja menjadi kritikan sesetengah pihak, kualiti pendidikan perludiperlihara oleh
sesebuah negara. Untuk memastikan kualiti pendidikan terpelihara guru merupakan fokus
utama. Profesion perguruan mempunyai matlamat untuk membentuk insan manusia yang
sempurna dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmaninya.
Guru juga berperanan menyediakan seorang individu itu tentang peranan dan
tanggungjawabnya di dalam masyarakat demi mencapaiu kesempurnaan dan kesejahteraan
diri, keluarga, masyarakat seterusnya membantu negara mencapai kemajuan.
Guru adalah pendidik dan juga sebagai pengasuh kanak-kanakyang akan mmenjadi
warisan kebudayaan dan ilmu pengetahuan untuk kemajuan negarapada masa depan. Guru
memainkan peranan yang amat penting. Selain menyampaikan ilmu, segala tingkahlaku
guru akan menjadi contoh teladan kepada murid-murid. Oleh yang demikian,guru mestilah
2

ANITA MUSTAFA BMM 7A


EDU 3038
mempunyai sifat dan kualiti peribadi, profesional dan sosial yang baik danmurni. Hanya guru
yang mempunyai tatasusila yang tinggi berjaya menjalankan tugas sebagai pendidik dengan
lebih sempurna.
Seorang guru seharusnya menjalankan tanggungjawabnya dengan penuh dedikasi,
tidak mementingkan diri sendiri dan memilih tugas. Ciri-ciri ini penting kerana tugas guru
berkait rapat dengan mutu pendidikan di mana dalam pengajaran, jika guru lakukan dengan
ikhlas dan bersungguh-sungguh, ia akan menarik minat pelajar untuk belajar dengan lebih
bersungguh-sungguh.
Oleh kerana setiap tindakan dan tingkah laku guru akan menjadi perhatian dan
ikutan pelajar, ia memerlukan tindakan yang penuh perhatian yang teliti dan berhati-hati.
Kementerian Pelajaran Malaysia telah menetapkan garis panduan atau kod etika perguruan
di Malaysia agar para guru tidak lari dari landasan serta tidak melakukan tindakan yang tidak
wajar. Etika perguruan adalah satu set tingkah laku atau tanggung jawab guru terhadap
masyarakat dan negara, pelajar, rakan sejawat dan ibu bapa.
Kelestarian profesionalisme seorang guru bukan hanya merangkumi aspek
pedagogical content knowledge(PCK) tetapi termasuk juga sejauh manakah penghayatan
serta pemahaman guru tersebut terhadap kod Etika Guru Malaysia dan seterusnya
mengamalkan dalam tugasan harian sejajar dengan nilai integriti pendidikan.
Dari segi konsep etika, etika dari segi istilah telah dikemukakan oleh para ahli
falsafah dengan maksud yang berbeza mengikut sudut pandangan masing-masing. Menurut
Frankena (1973) etika merupakan falsafah moral atau pemikiran falsafah tentang
kemoralan, masalah moral dan pertimbangan moral. Menurut Ahmad Amin (1983) , beliau
mengertikan etika adalah ilmu yang menjelaskan baik atau buruk, menerangkan apa yang
seharusnya dilakukan oleh manusia dan menyatakan tujuan di dalam perbuatan mereka.
Kod Etika Profesion merupakan peraturan untuk membantu guru yang profesional
mematuhi prinsip-prinsip yang termaktub demi menjaga imej profesion. Terdapat 3 aspek
fungsi utama Kod Etika Profesion iaitu memberikan pedoman kepada setiap ahli mengenai
prinsip profesionalisme yang dirangkakan, memberi pemahaman pada masyarakat tentang
kepentingan sesuatu profesion dan membantu para professional mencegah campur tangan
pihak di luar organisasi profesion tentang hubungan etika dalam keanggotaan profesion.
Dari aspek tatasusila profesion perguruan

pula, adalah merupakan suatu garis

panduan atau kod-kod tingkahlaku yang perlu dipatuhi oleh semua orang yang menggelar
3

ANITA MUSTAFA BMM 7A


EDU 3038
dirinya sebagai pendidik dalam sistem pendidikan di Malaysia. Tatasusila tersebut
dibahagikan kepada empat bidang tanggungjawab termasuklah pelajar, ibu bapa,
masyarakat dan negara serta rakan sejawat dan profesionnya sendiri.
Bagi merealisasikan Falsafah Pendidikan kebangsaan, Kod Etika Keguruan Malaysia
telah dijadikan sebagai satu dokumen yang menyedarkan para guru mengenai
tanggungjawab dan akauntabiliti dalam profesion ini. Antara kandungan yang utama kod
etika ini adalah aspek-aspek tanggungjawab bagi seorang guru di Malaysia, iaitu
tanggungjawab terhadap pelajar, tanggungjawab terhadap ibu bapa, tanggungjawab
terhadap masyarakat dan negara, dan tanggungjawab terhadap rakan sejawat dan
profesion perguruan.
Sebagaimana yang telah kita maklumi, guru adalah pendidik dan pengasuh kanakkanak. Guru memainkan peranan menyebar ilmu kepada murid-muridnya. Jadi, guru
mestilah mempunyai segala sifat dan haruslah menyemai dan memupuk sifat dan kualitinya
sendiri di dalam usaha menjalankan tugasnya sesuai dengan seorang pendidik, pengasuh
serta penyebar ilmu pengetahuan dan kebudayaan negara. Hanya guru yang memiliki sifat
dan kualiti yang murni dan bernilai sahaja dapat menjalankan tugas dan memikul
tanggungjawab dengan sempurna dan penuh dedikasi.
Pengertian

akauntabiliti

mengikut

kamus

dwibahasa,

perkataan

akauntabilti

dijelaskan sebagai bertanggungjawab kepada seseorang atau bertanggungjawab terhadap


sesuatu. Jadi, dibawah konteks keguruan, akauntabiliti boleh dirumuskan sebagai
bertanggungjawab terhadap profesionalisme keguruan. Akauntabiliti seseorang guru
terhadap profesionnya, boleh diperlihatkan daripada laporan rasmi yang dikemukakan oleh
sekumpulan penilai bebas tentang pandangan mereka terhadap pencapaian atau prestasi
guru itu semasa melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan. Sebagai contoh, guru
yang sedang mengikuti latihan mengajar akan diawasi dan dinilai oleh panel penilai yang
dilantik kementerian pendidikan. Panel penilai ini biasanya terdiri daripada orang-orang
profesional yang diberi pengiktirafan dan mempunyai kecekapan menjalankan penilaian
secara tepat dan saksama tentang tugas yang dilaksanakan oleh guru yang dinilai. Selepas
penilaian itu, pengerusi dalam panel penilai akan mengemukakan laporan mengenai
prestasi atau pencapaian guru itu berdasarkan tugas yang dilaksanakan mengikut ciri-ciri
yang ditetapkan. Laporan yang dikemukakan kepada pihak yang berkenaan adalah
bertujuan untuk mempertimbangkan langkah yang selanjutnya bagi meningkatkan prestasi
guru. Misalnya, prestasi guru-guru dalam pelbagai kategori adalah dinilai oleh panel penilai
yang terdiri daripada Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah, Guru Besar dan Penolong
4

ANITA MUSTAFA BMM 7A


EDU 3038
Kanan. Hasil penilaian ini akan direkodkan dalam laporan penilaian prestasi yang
kemudiannya dikemukakan kepada Kementerian Pendidikan untuk memperbaiki kebolehan
guru tersebut.
Menurut akauntabiliti guru terdapat beberapa bidang yang dapat dijelaskan seperti
bidang pekerjaan, terdapat banyak bidang pekerjaan di Malaysia. Sebagai contoh, seorang
pendidik bertanggungjawab terhadap pekerjaannya iaitu akauntabiliti terhadap kurikulum
yang dia ditugaskan untuk melaksanakannya.
Oleh itu, guru harus memahami kurikulum sekolah secara mendalam supaya dapat
melaksanakanya dengan sempurna tanpa sebarang kesilapan. Pendek kata, pengajaran
murid mengikut kurikulum yang ditugaskan adalah salah satu akauntabiliti guru terhadap
bidang pekerjaannya.
Akauntabiliti guru terhadap pelajarnya adalah melalui tingkah laku guru yang
menjadi contoh kepada murid-murid. Oleh itu, guru haruslah mempunyai sifat-sifat yang
terpuji yang boleh menjadi teladan kepada murid-murid untuk dicontohi. Dalam hal ini, guru
haruslah sentiasa berpakaian kemas, berkelakuan baik, bersopan santun, berbudi bahasa,
sentiasa menepati masa, rajin dan mempunyai sikap terhadap tugas-tugas yang
diamanahkan. Pendek kata, guru haruslah berkelakuan seperti guru, berpakaian seperti
guru, berjalan seperti guru dan bertutur seperti guru.
Seorang guru haruslah menjalankan tugasnya dengan penuh dedikasi di bilik darjah
termasuk mematuhi masa dalam jadual waktu serta melaksanakan pengajaran dan
pembelajaran mengikut kaedah dan teknik yang berkesan. Guru juga haruslah
mengutamakan kemajuan, kebajikan dan keselamatan murid-murid berbanding hal-hal lain.
Seorang guru yang bertanggungjawab haruslah bersikap adil terhadap pelajar-pelajarnya
tanpa mengira bangsa, agama, faktor jasmani, emosi, mental, politik, sosial dan perkaraperkara lain. Guru hendaklah membimbing dan mengajar murid-murid di bilik darjah tanpa
meminta sebarang bayaran atau hadiah daripada mereka, sebaliknya guru sekali-sekala
perlu memberi hadiah kepada murid-muridnya untuk menggalakkan mereka berminat
terhadap proses pembelajaran. Memberi contoh teladan yang baik dengan berpakaian
kemas, berbudi bahasa dan bersopan santun semasa bertugas harus juga di amalkan
supaya murid memperolehi model yang baik. Ini adalah kerana seorang guru merupakan
orang yang di hormati oleh pelajarnya, oleh yang demikian perlulah guru menjaga
profesionalisme guru supaya mereka tidak di benci,di pandang serong dan tidak di hormati
lagi oleh anak muridnya.
5

ANITA MUSTAFA BMM 7A


EDU 3038
Murid sebagaimana yang kita ketahui, tugas dan tanggungjawab guru tidak hanya
terhad kepada penyampaian ilmu pengetahuan dalam bilik darjah sahaja, tetapi juga
meliputi

pembentukan

sahsiah

murid-murid.

Ini

meliputi

berbagai-bagai

aspek

perkembangan dari aspek JERI iaitu intelek, rohani, emosi dan jasmani supaya murid-murid
menjadi insan yang berilmu pengetahuan, bermoral tinggi , hormonis dan seimbang. Oleh
itu, guru mempunyai akauntabiliti terhadap tahap pencapaian, kemajuan serta kelakuan
murid-murid yang diajarnya.
Akauntabiliti guru terhadap diri sendiri merangkumi juga penguasaan Pedagogical
Content

Knowledge

(PCK)

yang

merupakan

faktor

penting

dalam

menentukan

keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Selain itu guru juga perlu menampilkan
personaliti yang dinamik, berdaya saing, berbudi pekerti dan menjadi sumber inspirasi
kepada pelajar. Guru juga perlu menjaga kesihatan badan diri supaya dapat menjalankan
tugas dengan sempurna, dan mengawal emosi sendiri supaya mendapat ketenangan dan
ketenteraman jiwa .
Dari aspek kewangan juga, guru perlu menguruskan kewangan sendiri dengan bijak
supaya pendapatan adalah seimbang dengan perbelanjaan harian. Melengkapkan diri
dengan ilmu pengetahuan melalui pembacaan yang luas termasuklah membaca buku ilmiah
selain membaca buku teks. Menjadi seorang yang berpengetahuan dan peka terhadap
peristiwa-peristiwa yang berlaku disekeliling melalui surat khabar serta radio dan televisyen .
Seorang guru juga perlu bersosial dengan melibatkan diri dalam sesuatu hobi atau aktiviti
yang bermanafaat dengan tujuan mengisi masa lapang secara berfaedah.
Sementara akauntabiliti seorang guru terhadap sekolahnya adalah bersikap
optimistik dan menunjukkan minat yang tinggi di dalam menjalankan tugasnya sebagai
seorang guru di sekolah. Sekolah ialah tempat seseorang guru bertugas. Oleh itu, guru juga
bertanggungjawab terhadap tugas yang diamanahkan oleh pentadbiran sekolah. Sebagai
seorang ahli dalam sebuah sekolah, guru mempunyai akauntabiliti terhadap perkembangan
dan kemajuan sekolah.
Guru menggunakan kaedah mengajar yang sesuai dengan perkembangan kognitif
murid-murid sekolah. Dalam hal ini, selain mengajar di dalam kelas, guru juga dikehendaki
sentiasa mengambil inisiatif untuk menjalankan tugas-tugas yang lain seperti sebagai guru
disiplin, kaunselor, setiausaha peperiksaan, pengerusi skim pinjaman buku teks, setiausaha
PIBG, panitia mata pelajaran dan jawatan-jawatan lain yang dilantik oleh pihak pentadbiran
sekolah.
6

ANITA MUSTAFA BMM 7A


EDU 3038
Akauntabiliti guru terhadap ibu bapa adalah seperti menjalankan tugas dengan
penuh dedikasi dalam bilik darjah. Ini termasuklah menepati masa mengikut jadual waktu
serta menjalankan

aktiviti pengajaran

dan pembelajaran dengan cara berkesan.

Mengutamakan kebajikan, kemajuan, dan keselamatan murid-murid daripada hal-hal lain.


Bersikap adil terhadap setiap orang pelajar tanpa mengira faktor-faktor Jasmani, mental,
emosi, politik, ekonomi, sosial, keturunan atau agama.
Guru juga perlu sentiasa mengambil inisiatif untuk membentuk perhubungan dan
pemuafakatan yang erat di kalangan guru dan ibu bapa. Membantu ibu bapa dalam usaha
mendidik dan membimbing anak-anak di sekolah. Selain itu, guru juga memainkan peranan
sebagai Guru Bimbingan dan Kaunseling atau kaunselor Pelajar

dalam proses

pembentukan sahsiah pelajar. Sikap guru yang sentiasa menunjukkan sikap yang positif dan
menghormati ibu bapa akan mewujudkan suasana harmoni di antara guru, murid dan ibu
bapa.
Membimbing dan mengajar murid-murid dalam bilik darjah tanpa meminta hadiah
atau bayaran . Memberi contoh teladan yang baik seperti berpakaian kemas , berbudi
bahasa dan bersopan santun semasa bertugas. Guru juga perlu menggalakkan kerjasama
di antara guru dengan ibubapa dan masyarakat, serta mengamalkan tingkah laku sopan
yang diterima oleh masyarakat
Akauntabiliti guru terhadap masyarakat dan negara iaitu menjalankan tugas
menyebarkan Falsafah Pendidikan Negara dan Rukun Negara dengan jelas. Memupuk nilai
dan sikap yang murni dan sesuai dengan masyarakat berbilang bangsa dalam setiap jiwa
pelajar

dan

membimbing

mereka

untuk

menjadi

warganegara

yang

taat

setia,

bertanggungjawab serta berguna. Tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara dengan


menghormati perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama, serta menggalakkan
kerjasama dan persefahaman antara guru dengan ibu bapa, institusi pendidikan dengan
masyarakat. Menghormati masyarakat tempat berkhidmat dan mengelakkan diri daripada
menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat atau
negara.
Guru juga perlu memenuhi tanggungjawab sebagai seorang rakyat Malaysia dengan
mengambil bahagian secara tegas dalam kegiatan-kegiatan masyarakat. Mengeratkan
persefahaman dan berkerjasama dengan ikhlas dikalangan guru dan ibu bapa murid.
Memberi sumbangan secara sekarela kepada negara. Bersopan santun dan bertingkah laku
baik dalam segala aktiviti sosial demi mewujudkan suasana harmoni dalam masyarakat.
7

ANITA MUSTAFA BMM 7A


EDU 3038
Profesion sebagai seorang yang profesional, guru juga menpunyai akuantabiliti
terhadap rakan sejawat dan profesionnya. Oleh itu guru memainkan peranan sebagai
mentor bagi rakan sejawat yang baru dan bertanggungjawab mewujudkan budaya kerja
yang kolaboratif dan koperatif dalam kalangan rakan sejawat. Guru perlu mengelakkan diri
daripada membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh mencemarkan nama baik
seorang guru, dan sentiasa bersedia membantu rakan sejawat serta mengawal diri supaya
tidak mencemarkan nama baik profesion perguruan. Seorang guru juga perlu meningkatkan
imej profesion keguruan dengan memberi perkhidmatan yang bermutu tinggi seperti
mengajar murid dengan cekap dan dedikasi supaya setiap murid yang diajarnya akan
berjaya mencapai keputusan akedemik yang cemerlang dan memantapkan system
pendidikan yang efisien, efektif dan bertaraf dunia. Dalam hal ini guru hendaklah sentiasa
berazam menambahkan ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam bidang pendidikan supaya
dapat menjalankan tugas mengajar cekap dan sempurna. Ini merupakan salah satu usaha
untuk menepati akauntabilitinya terhadap profesionalisme keguruan.
Tugas, tanggungjawab dan peranan guru pada masa ini bukan sahaja berbeza
berbanding dahulu malahan lebih berat serta kompleks. Ini adalah akibat daripada
perkembangan dan kemajuan pendidikan negara yang pesat. Guru harus menyedari tugas
dan amanah yang diserahkan kepadanya untuk mendidik generasi yang akan menjadi
dewasa nanti. Perubahan pendidikan Malaysia yang pesat, ,memerlukan guru pula
merefomasikan diri ke arah pandangan, sikap dan daya usaha melengkapkan diri dengan
ilmu pengetahuan dan kemahiran mengajar yang canggih demi mempertingkatkan
keupayaan dan prestasinya dalam bidang kerja yang kian mencabar.
Tugas dan kerja guru hari ini tidak sama dengan masa-masa yang lalu ekoran
daripada reformasi pendidikan yang dilancarkan. Peranan guru pada masa ini lebih
ditumpukan kepada menjadi seorang pembimbing, fasilitator dan pemberi perangsang
dalam bilik darjah. Guru masa dahulu menumpukan masanya untuk menyedarkan
masyarakat betapa mundurnya mereka dan usaha untuk menggembeleng tenaga mereka
untuk memajukan diri sendiri sentiasa dipandang berat oleh guru-guru. Perubahan strategi
pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah adalah seiring dengan perubahan peranan
seorang guru. Ini bermakna sistem latihan perguruan dahulu tidaklah lagi bersesuaian
dengan peredaran zaman yang sentiasa memerlukan pembaharuan baik dari segi
perancangan mahupun perlaksanaan. Untuk menghadapi tuntutan dan cabaran daripada
perubahan strategi pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah supaya memainkan

ANITA MUSTAFA BMM 7A


EDU 3038
peranan yang lebih berkesan, guru hari ini hendaklah sentiasa melengkapkan diri dengan
mengemaskini ilmu pengetahuan dan kemahiran mengajar dari semasa ke semasa.
Sehubungan ini, guru hendaklah mengikuti kursus pendidikan yang dianjurkan oleh
pihak Kementerian Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah
misalnya Kursus Dalam Perkhidmatan atau Kursus Peningkatan Profesionalisme Keguruan.
Kehadiran

kursus-kursus

pendidikan

seperti

ini

adalah

penting

bagi

guru

demi

mempertingkan keupayaan dan prestasinya dalam bidang kerja pendidikan yang kian
kompleks, canggih serta kian mencabar.
Akauntabiliti guru terhadap program pendidikan yang dilaksanakan oleh kerajaan,
perlulah kaum guru melibatkan diri dengan membaca secara meluas buku-buku yang
berkaitan dengan mata-mata pelajaran yang diajar, memahami selengkap-lengkapnya isi
dan ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan mata pelajaran yang diajar, menyertai
seminar pendidikan dan menghadiri Kursus Dalam Perkhidmatan untuk meningkat prestasi
dalam aktiviti pengajaran, merancang dan melaksanakan strategi pengajaran sepenuhnya
supaya mencapai okbektif pelajaran secara maksimum dan mengajar dengan fakta yang
betul supaya murid dapat belajar dengan tepat dan menerima ilmu pengetahuan yang betul.
Di dalam konteks perkembangan profesionalisme keguruan, salah satu usaha utama
ialah meningkatkan teknik pengajaran dalam bilik darjah. Dalam hal ini, guru harus sentiasa
berusaha membawa perubahan dan penyesuaian demi mempertingkatkan prestasi dan
memberi perkhidmatan yang bermutu tinggi dalam bidang profesion mereka. Usaha ini
boleh dilaksanakan dengan menguasai beberapa kaedah asas seperti menjalankan kajian
terhadap keberkesanan aktiviti pengajaran dan pembelajaran mereka di bilik darjah,
menggunakan

teknik

refleksi

dan

menguasai

kemahiran

penilaian

kendiri

untuk

mempertingkatkan kemahiran pembelajaran dalam bilik darjah.


Kesimpulannya,

sebagaimana

profesion-profesion

yang

lain,

guru

haruslah

menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka mengikut hasrat sekolah, murid, ibu bapa,
masyarakat dan negara . Adalah diharapkan, kaum guru dapat menjalankan tugas mereka
dengan penuh dedikasi supaya mutu perkhidmatan mereka selaras dengan akauntabiliti
mereka terhadap bidang, sekolah, tingkahlaku murid dan profesion keguruan. Semoga
dengan dapat memahami prinsip akauntabiliti, guru dapat memahami tanggungjawabnya
yang sebenar. Penghayatan akauntabiliti haruslah di hayati sepenuhnya kerana akan dapat
meningkatkan

tahap

profesionalisme

keguruan.

Ini

kerana

penghayatan

tersebut

membolehkan semua guru dapat menjalankan tanggungjawab dan tugas-tugasnya dengan


9

ANITA MUSTAFA BMM 7A


EDU 3038
penuh komited dan dedikasi. Akauntabiliti atau tanggungjawab seorang guru merangkumi
akuntabilitinya terhadap sekolah, diri sendiri, murid-murid dan profesion keguruan akan
dapat

ditingkatkan

sekiranya

seseorang

guru

itu

benar-benar

menjalankan

tanggungjawabnya sebagai seorang pendidik dengan berkesan. Peningkatan dalam bidang


tersebut melambangkan tingginya kualiti seseorang guru yang juga akan meningkatkan taraf
profesionalisme keguruan. Selain itu guru juga dapat melaksanakan tugas itu dengan
bersungguh-sungguh dan penuh dedikasi sekiranya guru tahu tanggungjawabnya terhadap
kerjayanya. Kesedaran kepada akauntabiliti akan menjadikan seseorang guru itu lebih
bertanggungjawab terhadap tanggungjawab yang di laksanakannya.
Oleh yang demikian, akauntabiliti perlulah dihayati oleh semua guru. Sekiranya
seseorang guru itu mengabaikan akauntabiliti terhadap tugas dan tanggungjawabnya, maka
tanggungjawabnya tidak dapat di jalankan dengan baik dan akan gagal melahirkan modal
insan seperti yang di cita-citakan negara. Ini akan menjatuhkan martabat profesion
perguruan oleh kerana perbuatan yang tidak bertanggungjawab terhadap amanah yang di
berikan. Seiring dengan harapan Menteri Pelajaran Malaysia yang mahukan kita tidak lalai
dan leka, sentiasa menjaga keharmonian masyarakat dan kestabilan negara dan terus hidup
aman damai di tanahair tercinta kita ini, Malaysia.

10

ANITA MUSTAFA BMM 7A


EDU 3038

TUGASAN 2
ANDA DIKEHENDAKI MENELITI
ARTIKEL DARIPADA JURNAL YANG
BERKAITAN DENGAN FAKTOR GURU
MERUPAKAN PENYUMBANG KEPADA
KEJAYAAN SESEBUAH ORGANISASI
SEKOLAH. SEDIAKAN RUMUSAN
DENGAN MEMBERIKAN JUSTIFIKASI
DAN CONTOH YANG SESUAI
BERASASKAN PENGALAMAN ANDA.

11

ANITA MUSTAFA BMM 7A


EDU 3038

TUGASAN 2
ULASAN ARTIKEL
Amalan Kecemerlangan Sekolah dalam kalangan Dua jenis sekolah Berprestasi
Tinggi di Malaysia
Muhammad Faizal A. Ghani
ATIKAN: Jurnal Kajian Pendidikan, Volume 2, Nomor 2, Desember 2012
(http://atikan-jurnal.com/wp-content/uploads/2012/12/03.gani_.um_.des_.12.pdf )
Pengenalan
Agenda untuk memperbaiki sekolah adalah bertumpu pada peningkatan pencapaian
murid-murid, yang mengaitkan faktor guru merupakan penyumbang kepada kejayaan
sesebuah organisasi sekolah. Kajian ini menunjukkan wujud hubungan yang signifikan
antara budaya sekolah positif dengan kepemimpinan guru besar, komitmen guru, dan
pencapaian sekolah. Data kajian kualitatif didapati menyokong kuat data kuantitatif. Selain
itu, dapatan kajian juga menunjukkan budaya sekolah merupakan peramal terhadap
pencapaian sekolah dan faktor yang mempengaruhi komitmen guru. Dapat dirumuskan
bahawa budaya sekolah positif secara relatif lebih dipraktikkan di sekolah berpencapaian
tinggi berbanding di sekolah berpencapaian rendah dan budaya sekolah positif mempunyai
hubungan dengan komitmen guru, kepemimpinan sekolah, dan pencapaian sekolah.
Para pengkaji berpendapat bahawa kajian perbandingan mengenai keberkesanan
pengurusan sekolah adalah amat penting. Ini adalah kerana penemuan kajian tersebut
dapat mengenalpasti faktor penyumbang kepada keberkesanan sesebuah sekolah. Pengkaji
juga berpendapat bahawa kajian perbandingan di antara sekolah yang berlainan aliran juga
perlu dilakukan kerana masih terdapat beberapa faktor penyumbang kepada keberkesanan
sekolah berupaya untuk dijadikan panduan bagi mengurus sekolah. Pengkaji memetik
pandangan F. Ramirez dan J. Meyer ( 2001) bahwa penemuan kajian di konteks yang lain
perlu dikenalpasti kesesuaiannya untuk dilaksanakan di tempat sendiri. Ini kerana sesebuah

12

ANITA MUSTAFA BMM 7A


EDU 3038
tempat itu memiliki keperluan dan kemampuan yang berbeza. (Harris, 2002). Atas dasar ini,
pengkaji membuat keputusan untuk menjalankan kajian perbandingan amalan sekolah
cemerlang di antara dua buah sekolah berprestasi tinggi yang berbeza aliran ; sebuah
sekolah ialah aliran agama, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan sebuah
lagi adalah Sekolah Berasrama Penuh (SBP).
Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti perbezaan amalan sekolah cemerlang
antara SBP (Sekolah Berasrama Penuh) dengan SMKA (Sekolah Menengah Kebangsaan
Agama) di Malaysia. Pengkaji ingin (1) mengenal pasti sekiranya wujud perbezaan yang
signifikan antara SBP dengan SMKA dalam aspek amalan sekolah cemerlang; dan (2)
mengenal pasti sekiranya wujud perbezaan yang signifikan antara SBP dengan SMKA
dalam aspek kepimpinan sekolah.

Ulasan Kajian
Tunjukkan saya sekolah cemerlang dan saya akan tunjukkan anda seorang pengetua yang
cemerlang.
D.M. Quinn (2002)
Kajian ini menggunakan kerangka teori Model Keberkesanan dan Penambahbaikan
Sekolah yang mengambil kira konteks tempatan yang dikemukakan oleh pengkaji yang
sama pada tahun 2008. Kerangka tersebut memaparkan beberapa pembolehubah utama,
iaitu

pembolehubah

input,

proses,

konteks,

hasilan

sementara,

dan

outcome.

Pembolehubah input melibatkan pembolehubah yang memiliki tahap keberkesanan yang


tinggi. Pembolehubah tersebut telah diproses menerusi aktiviti yang dilaksanakan secara
serentak. Ketika aktiviti pemprosesan tersebut dilaksanakan, faktor persekitaran luar yang
melibatkan pembolehubah konteks amat mempengaruhi hasilan yang diperolehi. Sekiranya
pembolehubah proses tidak dilaksanakan secara serentak, maka pihak sekolah gagal untuk
membentuk semula budaya dan struktur organisasi. Keadaan tersebut berlaku di
pembolehubah hasilan pertengahan yang bersifat sementara dan bertindak sebagai proses
kawalan. Justeru, pihak sekolah perlu melaksanakan semula amalan sekolah cemerlang
bagi memperolehi outcome, iaitu kemenjadian murid.

13

ANITA MUSTAFA BMM 7A


EDU 3038
Artikel ini juga membincangkan pelbagai konsep sekolah cemerlang yang
dikemukakan oleh pengkaji-pengkaji berdasarkan apa yang mereka kehendaki.

Di

Malaysia, sebagai contoh, konsep sekolah cemerlang merujuk kepada pembolehubah


hasilan. Sekolah cemerlang digambarkan dengan pelbagai pengiktirafan dalam bentuk
anugerah, sama ada di peringkat negeri mahupun kebangsaan.
Misalnya, Anugerah Sekolah Harapan Negara (KPM, 1997). Menurut Abdul Shukor
Abdullah (1995) dan Ibrahim Md Nor (1998), penganugerahan tersebut adalah berdasarkan
pencapaian yang ditetapkan oleh pihak kerajaan. Namun, perspektif sekolah cemerlang
telah berubah kepada sains organisasi pada pertengahan tahun 1970-an. Hal tersebut
disebabkan masyarakat telah mula mengenali konsep pengurusan. Mereka mengaitkan
definisi sekolah cemerlang dengan hubungan sesama manusia dalam sesebuah
organisasi yang melibatkan aspek berikut, iaitu; kepuasan dalam bekerja perlu bagi setiap
warga

organisasi;

pihak

pentadbiran

organisasi

mementingkan

perkembangan

profesionalisme staf; dan penglibatan bersama dalam proses membuat keputusan


(Scheerens, 1992 dan 2005).
Satu fakta yang menarik perhatian saya ialah di mana pengkaji menyertakan
pandangan Islam berkenaan pengurusan sekolah yang berkesan. Islam menggalakkan
umatnya supaya bekerja dalam satu pasukan bagi menghasilkan dapatan yang lebih cekap
dan berkesan berbanding bekerja secara bersendirian. Malah, Rasulullah pernah bersabda,
menerusi riwayat At-Turmuzi, bahawa tangan Allah (pertolongan Allah) beserta dengan
kumpulan. Kesimpulannya, Islam menitikberatkan kerja dalam satu pasukan yang
melibatkan setiap warga sekolah dan pihak berkepentingan pendidikan. Tanggung jawab
tersebut perlu dilaksanakan secara amanah, syura, dan adil bagi mencapai matlamat untuk
kepentingan agama, masyarakat, dan negara.

Kaedah Kajian
Pengkaji menggunakan kaedah kajian tinjauan untuk mengumpul data dari kalangan
guru di sekolah tersebut. Pemilihan peserta kajian adalah secara rawak dan berbentuk
persampelan bertujuan (purposive sampling) dalam kalangan guru sekolah cemerlang di
Malaysia. Seramai 360 guru terlibat dalam kajian ini, 180 guru SBP ( 120 guru perempuan
dan 60 guru lelaki) dan 180 guru SMKA (110 guru perempuan dan 70 guru lelaki). Kajian ini
mengguna-pakai instrumen soal selidik yang telah dibentuk oleh Muhammad Faizal A. Ghani
14

ANITA MUSTAFA BMM 7A


EDU 3038
(2008). Instrumen kajian tersebut yang telah dibentuk dengan mengambil kira konteks
tempatan ini mengandungi tiga bahagian, iaitu: (1) Bahagian I mengenai profil sekolah yang
mempunyai dua item; (2) Lima item mengenai profil peserta kajian atau bahagian II; dan (3)
Seratus tiga puluh lapan item mengenai amalan sekolah cemerlang. Kesahan kandungan
bagi instrumen ini telah dicapai menerusi kajian Delphi sebanyak empat sesi pusingan.
Manakala kebolehpercayaan instrumen tersebut berdasarkan skor Alfa sejumlah 0.932. Data
soal selidik di analisis menggunakan program SPSS (Statistical Package for the Social
Sciences) versi 16.0 melibatkan kaedah statistik deskriptif dan inferensi.

Dapatan Kajian
Kajian ini menemui wujud perbezaan yang signifikan antara SBP dengan SMKA
dalam mempraktikkan amalan sekolah cemerlang berikut, iaitu kepimpinan pengetua dan
persekitaran sekolah yang kondusif. Malah, amalan tersebut lebih dipraktikkan oleh warga
SBP berbanding SMKA.
Dalam konteks kajian ini amalan sekolah cemerlang yang dilaksanakan di SBP dan
SMKA telah dilaksanakan bagi mengenal pasti kelebihan yang dimiliki oleh setiap jenis
sekolah tersebut. Kajian ini menemui wujudnya perbezaan yang signifikan antara SBP dan
SMKA. Dalam mempraktikkan amalan sekolah cemerlang berikut, iaitu kepimpinan
pengetua dan persekitaran sekolah yang kondusif. Malah, amalan tersebut lebih
dipraktikkan oleh warga SBP berbanding SMKA. Hal ini disebabkan masih terdapat
beberapa factor yang menjadi penghalang kepada SMKA untuk berperanan dengan lebih
berkesan. Umpamanya, terdapat beberapa pendapat bahawa pengurusan dan pentadbiran
sekolah agama masih ditahap lemah kerana ada pendapat mendapati bahawa Pengetua
SMKA kurang mengambil berat terhadap kebajikan guru. Kajian tersebut mendapati bahawa
terdapat jurang komunikasi antara pengetua dengan warga sekolah, khasnya guru. SMKA
juga kurang memiliki persekitaran sekolah yang kondusif berbanding SBP. Keadaan
sebaliknya bagi SBP yang lebih mempraktikkan kepimpinan pengetua secara cekap dan
berkesan.
Begitu juga dengan amalan sekolah cemerlang lain yang menunjukkan tiada terdapat
perbezaan perlaksanaannya antara SBP dan SMKA. Amalan tersebut adalah dimana staf
akademik mengamalkan stail kepimpinan guru; para guru berusaha untuk melaksanakan
15

ANITA MUSTAFA BMM 7A


EDU 3038
kurikulum dengan cekap dan berkesan; pihak sekolah melaksanakan amalan pengharapan
secara menyeluruh;

pihak sekolah mengambil

kira pembolehubah

proses ketika

melaksanakan pengharapan tinggi; pihak sekolah berusaha untuk mewujudkan suasana


yang mencabar minda murid; usaha pihak sekolah untuk menilai pencapaian murid; usaha
pihak sekolah untuk menilai pencapaian sekolah; usaha pihak sekolah untuk mewujudkan
hubungan yang erat dengan pihak ibu bapa; dan usaha sekolah untuk mengeratkan
hubungan dengan masyarakat. Implikasinya, pengurusan sekolah oleh kepimpinan sekolah
kurang menghadapi masalah dan berjalan lancar (KPM, 2006).
Kajian ini juga mendapati tidak wujud perbezaan yang signifikan antara amalan gaya
kepimpinan guru di SBP dan SMKA. Pengkaji menyatakan bahawa berdasarkan kajian
terdahulu, aspek kepimpinan

pengetua bukan merupakan faktor penyumbang utama

kepada keberkesanan sekolah cemerlang. Hal tersebut disebabkan pembolehubah input


bagi sekolah cemerlang adalah pembolehubah yang terbaik dan terpilih.
Oleh itu, sekolah cemerlang kurang menghadapi masalah dalam aspek murid, guru,
dan sekolah yang boleh menghalang keberkesanan pengetua untuk memimpin sekolah
mereka. Pengetua sekolah berperanan sebagai orang tengah kepada penggubal dasar. (A.
Harris (2002, 2003, dan 2004); Hussein Mahmood (2008); serta Muhammad Faizal A. Ghani
et al. (2011) Peranan mereka untuk memastikan dasar tersebut dilaksanakan di sekolah
secara cekap dan berkesan.
Manakala, guru merupakan faktor penyumbang utama kepada kejayaan sesebuah
sekolah disebabkan guru bertindak sebagai pelaksana kepada dasar tersebut. Guru
mempunyai hubungan yang rapat dengan murid disebabkan sebahagian hidup guru berada
di dalam bilik darjah dan berkomunikasi dengan murid . Justeru, guru-guru peka dengan
permasalahan murid dan mereka lebih mengetahui kaedah meningkatkan pencapaian
murid.

Kesimpulan
Isu amalan sekolah cemerlang yang diperjelaskan di dalam artikel ini adalah satu isu
yang amat menarik untuk dikaji dengan lebih mendalam. Jelas, pengkaji cuba
menggambarkan bahawa jika bersandarkan hanya kepada kepimpinan pengetua sahaja,
16

ANITA MUSTAFA BMM 7A


EDU 3038
atau hanya kepada persekitaran yang kondusif sahaja, atau hanya kepada pelajar yang
cemerlang sahaja, tidak akan menyumbang kepada keberkesanan atau kecemerlangan
sesebuah sekolah itu secara berterusan. Pengkaji juga berpendapat bahawa perbezaan
latar belakang pelajar dari segi aspek sosio ekonomi tidak menghalang sesebuah sekolah
itu untuk berubah ke arah yang lebih cemerlang. Ini kerana perubahan itu berupaya
dilaksanakan sekiranya kepimpinan sekolah berperanan secara cekap dan berkesan , dan
pihak berkepentingan lain juga perlu memberikan sokongan untuk kejayaan sekolah.
Ketika berlakunya peningkatan dalam akauntabiliti dan pengharapan tinggi
masyarakat terhadap sekolah, pelaksanaan amalan sekolah cemerlang menjadi penting
untuk memenuhi hasrat tersebut. Hal ini disebabkan sekolah cemerlang berupaya
melahirkan modal insan untuk menepati kehendak pasaran. Malah, dalam tuntutan kepada
perubahan, sekolah cemerlang berupaya menjadi alat untuk mengenal pasti bakat,
mengajar, dan menilai keupayaan setiap murid. Guru yang mempunyai ciri-ciri professional,
beretika dan berakauntabiliti amat penting kerana ia memberi kesan positif atau implikasi
baik yang banyak kepada banyak pihak yang berkaitan secara langsung dan tidak langsung
dengan dunia pendidikan.
Dapat dilihat, semenjak dahulu lagi pelbagai usaha telah digembleng dan dilaksana
bagi memartabatkan profesion keguruan dan sistem pendidikan negara. Usaha tersebut
berterusan pelaksanaannya sehingga kini dengan penambah baikkan hasil daripada
penyelidikan-penyelidikan yang dibuat terhadap profesion keguruan dan sistem pendidikan
di negara ini. Warga pendidik yang kehidupan kerjayanya adalah dalam dunia pendidikan.
Modal insan yang cemerlang adalah hasil didikan daripada pendidik yang cemerlang dengan
ciri-ciri profesionalisme guru yang cemerlang. Etika keguruan yang tinggi, akauntabiliti,
integriti dan sebagainya. Profesion keguruan yang baik akan mampu meningkatkan sistem
pendidikan negara. hal ini kerana kedua-duanya adalah elemen yang berkait rapat dalam
dunia pendidikan.

17

ANITA MUSTAFA BMM 7A


EDU 3038

Refleksi
Selesai membaca pelbagai definisi bagi konsep sekolah cemerlang yang diutarakan
oleh pengkaji, saya tertarik untuk memikirkan definisi yang manakah sesuai untuk
diaplikasikan di sekolah saya. Namun begitu, saya bersetuju dengan pendapat pengkaji
yang walaupun masyarakat lebih menumpukan kepada institusi pendidikan yang berupaya
menghasilkan kemenjadian murid, definisi kemenjadian itu adalah pelbagai dan mengikut
apa yang dikehendaki oleh mereka.
Oleh itu, sebagai sebuah institusi pendidikan, pelaksanaan amalan-amalan
cemerlang perlu dilakukan secara sistemik bagi memenuhi keperluan dan pengharapan
tinggi masyarakat yang menyakini bahawa sekolah cemerlang berupaya melahirkan modal
insan untuk menepati kehendak pasaran. Malah, dalam tuntutan kepada perubahan,
sekolah cemerlang berupaya menjadi alat untuk mengenal pasti bakat, mengajar, dan
menilai keupayaan setiap murid.
Dalam usaha ke arah penambahbaikan yang berterusan, dapatan kajian ini amat
membantu dan kritikal bagi sesebuah organisasi pendidikan agar perubahan dapat
dilakukan dengan lebih terancang dan sistematik. Menurut John Kenneth Galbraith (1967)
pendidikan merupakan usaha sistematik yang disengajakan oleh sesebuah masyarakat
untuk menyampaikan pengetahuan, nilai, sikap, dan kemahiran kepada ahlinya. Oleh itu,
usaha ke arah perkembangan potensi individu secara menyeluruh boleh dilaksanakan
melalui perubahan yang selektif dan kritikal. Perubahan ini boleh bermula daripada sistem
pendidikan yang berkesan.

18

ANITA MUSTAFA BMM 7A


EDU 3038

Bibliografi

Aliman, Arshad. (1999). Kesan Kepimpinan ke Atas Keberkesanan Pentadbiran Sekolah.


Tesis Sarjana Tidak Diterbitkan. Kuala Lumpur, Malaysia: Fakulti Pendidikan UM
[Universiti Malaya].

Amat Sehab, Misyati et al. (2011). Kepimpinan Sekolah dan Amalan Pengurusan Strategik
di Beberapa Sekolah Menengah Agama di Selangor dalam Jurnal Internasional
Manajemen Pendidikan, VII(1), ms.66-77.

Che Omar, Azman. (2008). Pengurusan dari Perspektif Islam. Kuala Lumpur, Malaysia:
Pustaka Dewan & Bahasa.

Chrispeels, J.H. (1992). Purposeful Restructuring: Creating a Climate of Achiement and


Learning in Elementary Schools. London: Falmer.

Coleman, T.S. & T.B. Hoffer. (2001). Public and Private High Schools: The Impact of
Communities. New York: Basic Books.

Edmonds, R. (1979a). Effective Schools for the Urban Poor dalam Educational Leadership,
19

ANITA MUSTAFA BMM 7A


EDU 3038
37(1), ms.15-27. Dicapai pula pada 6 Ogos 2012 daripada ERIC Document
Reproduction Service, No. ED14671.

Edmonds, R. & R. Frederiksen. (1979). Search for Effective Schools dalam Educational
Leadership, 37 (1), ms.1-6. Dicapai pada 12 Jun 2012 daripada ProQuest database.

Faizal

A. Ghani, Muhammad. (2008). Pembentukan Model Keberkesanan dan


Penambahbaikan Sekolah. Disertasi Doktor Falsafah Tidak Diterbitkan. Kuala
Lumpur, Malaysia: Fakulti Pendidikan UM [Universiti Malaya].

Ghani Ishak, Abdul. (1993). Kepemimpinan Pengetua Sekolah Menengah Agama di Negeri
Selangor dan Kaitannya dengan Kepuasan Bekerja di Kalangan Guru-guru. Tesis
Sarjana Tidak Diterbitkan. Bangi, Selangor Darul Ehsan: Fakulti Pendidikan UKM
[Universiti Kebangsaan Malaysia].

Hamid Othman, Abdul. (1992). Ke Arah Penyelarasan dan Penyatuan Sistem Pentadbiran
dan Pelajaran Sekolah-sekolah Menengah Agama dan Arab di Malaysia. Kertas
kerja dibentangkan dalam Seminar Penyelidikan Islam di Malaysia, UKM [Universiti
Kebangsaan Malaysia] Bangi.

KPM [Kementerian Pelajaran Malaysia]. (1997). The Malaysian Smart School: Smart School
Conceptual Blueprint. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia. Diambil
semula pada 10 Ogos 2004 daripada EPRD, KPM.

KPM [Kementerian Pelajaran Malaysia]. (2006). Kajian Pengetua Kanan: Satu engenalan.

Masleh Yunus, Mohd. (1996). Stail Kepemimpinan Pengetua Sekolah Berasrama Penuh

20

ANITA MUSTAFA BMM 7A


EDU 3038
dan Kaitannya dengan Kepuasan Guru. Tesis Sarjana Tidak Diterbitkan. Bangi,
Selangor Darul Ehsan: Fakulti Pendidikan UKM [Universiti Kebangsaan Malaysia].
ATIKAN, 2(2) 2012

Mohd Nawawi, Ahmad Saman. (1986). Pengurusan Sekolah: Satu Cabaran. Kertas kerja
dibincang dalam Bengkel Jemaah Nazir Persekutuan di Malaysia.

LAMPIRAN

21

ANITA MUSTAFA BMM 7A


EDU 3038

ISU

PROFESIONALISME

GURU: ARTIKEL

YANG

DIULAS

Ulasan artikel-profesionalisme guru

Pengenalan
Malaysia merupakan sebuah negara maju yang semakin membangun. Pelbagai langkah dan tindakan
yang dirancang dan dilaksanakan untuk mencapai misi dan visi negara. Pelaksanaan tersebut telah
mula sebelum negara menggapai merdeka lagi. Langkah dan usaha kerajaan tersebut meliputi
pelbagai perkara dan segenap sudut seperti aspek kesihatan, pendidikan, pengangkutan dan banyak
lagi. Langkah dan usaha kearah kemajuan dan pembangunan Negara yang dilaksanakan dalam bidang
pendidikan. Hal ini dapat dilihat apabila terhasilnya Laporan Rahman Talib, Ordinan Pelajaran,
Laporan Razak dan lain lain lagi yang bertujuan ke arah pembangunan dalam bidang pendidikan.
Dewasa ini, bidang pendidikan telah diangkat ke satu tahap yang lebih tinggi apabila kerjaya guru
diiktiraf sebagai satu profesion.

Artikel daripada Berita Harian bertarikh 13 Mac 2012, bertajuk Minda Pengarang :
Menambahbaik Profesion Perguruan Mampu Tingkat Sistem Pendidikan, menyatakan sistem
pendidikan Negara yang bagus adalah faktor utama kepada penghasilan modal insan yang berkualiti
seperti yang dihasratkan negara. pelbagai usaha dan langkah yang telah dilaksanakan oleh kerajaan
bagi memastikan mutu sistem pendidikan negara bertambah baik dari semasa ke semasa. Antara usaha
tersebut ialah dengan memartabatkan profesion keguruan.

22

ANITA MUSTAFA BMM 7A


EDU 3038
Sebelum melihat dan menganalisis dengan lebih mendalam berkaitan pemartabatan profesion
keguruan, akan dibincangkan terlebih dahulu tentang kerjaya guru yang diiktiraf sebagai suatu
profesion. Pada era 2000, kerjaya guru kurang mendapat perhatian masyarakat berikutan ledakan
kemajuan negara ketika itu menjadikan penjanaan peluang pekerjaan yang berasaskan kemajuan
infrastruktur, teknologi maklumat, perindustrian dan perkilangan. Namun kini, telah berubah apabila
kerjaya guru menjadi rebutan khususnya pelajar-pelajar lepasan SPM. Pada setiap tahun permintaan
terhadap bidang ini semakin meningkat. Sedangkan tempat yang ditawarkan adalah terhad (Syed
Ismail dan Ahmad, 2012). Hal ini ekoran kesukaran para lulusan universiti mendapat pekerjaan yang
sesuai dengan kelulusan mereka. Bagi memastikan profesionalisme pendidikan guru berada di
landasan yang betul dan dijamin kualitinya, pihak kementerian telah menyediakan pelbagai
kemudahan dan mewajibkan bakal guru serta guru terlatih menjalani pelbagai kemahiran baharu
sesuai dengan arus globalisasi.

Latihan yang khusus adalah penting kepada seorang bakal guru untuk membolehkannya
melangkah ke alam profesion guru. Syed Ismail dan Ahmad (2012) menyatakan, menurut Kamus
Dewan, profesion adalah suatu bidang pekerjaan khasnya yang memerlukan pendidikan dan
kecekapan serta kemahiran yang tinggi dan latihan khas. Mengikut Lieberman (1956), pula, sesuatu
kerjaya yang digolongkan sebagai profesion haruslah mengandungi beberapa ciri khusus. Pertama,
mereka golongan profesional yang pernah mendapat latihan khusus dalam sesuatu bidang kemahiran
ikhtisas mengikut satu tempoh masa tertentu. Seterusnya, pekerjaan itu, merupakan perkhidmatan
yang unik dan penting dengan matlamat yang jelas untuk masyarakat dan negara. Selain itu, pekerjaan
yang menggunakan banyak keupayaan dan kebolehan intelek semasa memberi perkhidmatan.
Kemudian mereka golongan pakar dalam bidang pekerjaan tertentu dan mempunyai kuasa autonomi
semasa menjalankan tugasnya. Mereka juga mementingkan mutu perkhidmatan serta dedikasi
terhadap pekerjaannya dan tidak mementingkan pendapatan atau ganjaran kewangan semasa memberi
perkhidmatan. Pekerja dalam kerjaya itu terdiri daripada ahli-ahli satu organisasi yang berkuasa
menentukan nilaitara-nilaitara untuk kemasukan, mengawal mutu perkhidmatan dan penyingkiran
ahli. Seterusnya, setiap ahli mematuhi sesuatu kod etika yang ditentukan oleh organisasi profesion itu.
Terakhir, setiap ahli akan bertanggungjawab terhadap semua tindakan dan keputusan yang dibuat
olehnya.

Berdasarkan ciri - ciri tersebut, Mok Soon Sang (1996) merumuskan secara ringkas konsep
profesionalisme sebagai suatu pekerjaan yang khusus dan dilaksanakan oleh orang yang mempunyai
23

ANITA MUSTAFA BMM 7A


EDU 3038
kelulusan dan latihan ikhtisas yang cukup bermutu, bersikap jujur, dedikasi, bertanggungjawab dan
bermoral tinggi, mempunyai autonomi bertugas serta mematuhi kod etika yang ditentukan oleh
organisasinya. Oleh hal yang demikian, adalah pasti bahawa kerjaya guru merupakan suatu profesion
berdasarkan ciri-ciri dalam kerjaya guru yang menepati ciri-ciri yang dinyatakan oleh Liberman.

Dalam dunia pendidikan, terdapat beberapa istilah yang nampak hampir sama pada zahirnya,
tetapi berlainan pada maknanya. Istilah-istilah ini adalah penting untuk diketahui dan difahami.
Pertama konsep perguruan dan kosep keguruan. menurut Kamus Dewan (1989), konsep perguruan
diertikan sebagai pengajaran, misalnya kepada guru pelatih, pelajar dan sebagainya. Konsep keguruan
adalah perkara yang berkaitan dengan guru seperti peranan, tugas, kelayakan dan sebagainya.
Kemudian, konsep profesion keguruan dan konsep profesion perguruan. Menurut Kamus Dewan
(1989) juga, konsep profesion keguruan adalah pekerjaan yang berkaitan dengan peranan tugas,
tanggungjawab, sifat dan kualiti guru. Manakala, konsep profesion perguruan adalah pekerjaan
pengajaran yang memerlukan pelajaran yang tnggi dan latihan khas.

Menurut Syed Ismail dan Ahmad (2012) dalam konteks keguruan, guru yang profesional
haruslah mempunyai tiga ciri kemahiran professional guru iaitu mempunyai ilmu pengetahuan dan
kemahiran yang tinggi dalam banyak aspek, bukan sahaja mata pelajaran yang diajarnya. Ciri
seterusnya, bertanggungjawab dan memberikan perkhidmatan yang bermutu tinggi. Ciri ketiga, ialah
terlatih dan mahir dalam tugas-tugas mengajar dan membimbing murid.

Perkembangan

Meningkatkan dan memartabatkan profesion keguruan adalah suatu pandangan positif yang
telah dapat dilihat oleh kerajaan sejak awal lagi. Hal ini dibuktikan berdasarkan perancangan dan
langkah yang telah dan akan direncana kerajaan kearah memartabatkan profesion keguruan. KPM
telah berusaha untuk memartabatkan profesionalisme guru dengan meningkatkan kualiti guru, kerjaya
guru dan kebajikan guru. KPM bermatlamat untuk menjadikan profesion guru dihormati dan
dipandang tinggi sesuai dengan amanah yang dipikul. KPM berusaha memartabatkan profesion
keguruan dengan memberi tumpuan kepada fokus dan strategi pelaksanaan seperti menambah baik
sistem pemilihan calon guru dengan cara memperketat syarat dan kriteria pengambilan calon melalui
24

ANITA MUSTAFA BMM 7A


EDU 3038
Ujian Pemilihan Calon Guru Malaysia (Malaysian Teachers Selection Test - MTeST), temuduga
individu dan berkumpulan serta ujian bertulis Bahasa Inggeris, telah banyak dijalankan oleh fakulti
pendidikan di universiti. Pemilihan melalui penampilan calon guru seperti pertuturan, dan cara
pembawaan, pandangannya terhadap sesuatu isu, kebolehannya untuk mengawal perasaan dan
keadaan fizikal seseorang merupakan kriteria yang boleh diuji semasa sesi temuduga dijalankan.
Tanpa temuduga seperti ini, kita dapat mengesan individu yangmempunyai kelemahan atau kecacatan
tertentu seperti tidak pandai bertutur dengan baik, perwatakan yang tidak sesuai dan sikap terlalu
gugup tidak dapat dikesan. Tindakan tersebut juga terpaksa diambil untuk memastikan seseorang guru
tidak memilih opsyen perguruan sebagai pilihan terakhir mereka.

Seterusnya untuk meningkatkan lagi profesion keguruan, kerajaan telah memperkenalkan


falsafah pendidikan negara. Falsafah pendidikan merupakan langkah permulaan dalam proses
pembangunan sistem pendidikan. Penetapan aspek-aspek lain yang terdapat adalah seperti matlamat,
isi kandungan, pendekatan, srategi dan kaedah pengajaran merujuk kepada falsafah pendidikan yang
telah ditetapkan. Penting sebagai satu garis panduan kepada guru untuk mengajar dengan lebih
berkesan. Proses mendidik pelajar perlu dijalankan secara terancang dan sistematik untuk
mendatangkan hasil seperti yang diharapkan. Falsafah pendidikan bukan sahaja menjadi asas kepada
pembentukan sesuatu sistem pendidikan tetapi juga menjadi panduan yang penting dalam pelaksanaan
sesuatu sistem pendidikan. Ketiadaan suatu sistem dasar yang jelas dan mantap akan menyebabkan
sistem pendidikan dan pelaksaaannnya tidak mempunyai hala tuju yang tetap dan dan tidak akan
berlangsungdengan

lancar,

teutamanya

apabila

dipengaruhi

oleh

persekitaran

seperti

kepimpinan,kewangan, pengaruh politik, dunia tanpa sempadan, sosial dan lain-lain lagi yang diambil
kira untuk dijadikan asas bagi pelaksanaan sistem pendidikan.

Menurut Tan Sri Muhyiddin Yasin dalam sebuah buku Sudut Pandang Muhyiddin, beliau
menyatakan satu daripada contoh langkah memartabatkan profesion keguruan ialah program
pensiswazahan guru yang mensasarkan supaya menjelang 2015, kita akan mempunyai 60 peratus guru
siswazah di sekolah rendah dan 90 peratus di sekolah menengah. Menurut Noriati et al. (2010) KPM
(Kementerian Pelajaran Malaysia) telah mengadakan pelbagai program pensiswazahan. Antara
program pensiswazahan guru yang dikendalikan oleh KPM adalah Program Khas Pensiswazahan
Guru (PKPG). Program ini memsiswazahkan guru-guru sekolah menengah dan merupakan program
khas KPM yang telah dimulakan pada tahun 1999. Program ini melibatkan kerjasama antara IPTA
(Institut Pengajian Tinggi Awam) dengan IPG (Institut Pendidikan Guru). Namun begitu, PKPG telah
25

ANITA MUSTAFA BMM 7A


EDU 3038
ditamatkan ambilannya pada tahun 2006 setelah Keputusan Jemaah menteri yang berkaitan
Memorandum Bersama Kementerian Pelajaran Malaysia memutuskan ambilan terakhir pelatih
seramai 1500 orang dalam PKPG penempatan di sekolah menengah adalah pada tahun 2006. Kedua,
Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah (PGSR). Program ini khsusus ditawarkan kepada guru-guru
sekolah rendah untuk memberikan peluang kepada mereka menyambung pengajian pada peringkat
Ijazah Sarjana Muda Perguruan (ISMP). Program ini bermula dengan ambilan November 2008.
Program yang menggunakan mod Kursus Dalam Cuti (KDC) adalah tempoh pengajiannya selama 4
tahun. Hal ini bermakna, guru-guru yang mengikuti program PGSR akan mengikuti pengajian hanya
pada waktu cuti sekolah dan pada hari-hari lain mereka meneruskan kerjaya mengajar seperti biasa.
Seterusnya Program Khas Pensiswazahan Guru Besar (PKPGB) yang dilaksanakan oleh Institut
Aminuddin Baki dalam memastikan bahawa Guru Besar di sekolah memiliki ijazah. Program yang
dijalankan secara kolaborasi dengan Inuversiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim ini merupakan
program pengajian selama 3 tahun.

Menurut Tan Sri Muhyiddin Yasin, langkah lain dalam memartabatkan profesion keguruan
adalah pada aspek kenaikan pangkat, pelbagai faedah disediakan untuk perkhidmatan perguruan dan
kebanyakannya tidak dinikmati sektor perkhidmatan yang lain. Satu contoh ialah Kerajaan
meluluskan Bayaran Berprestasi Tinggi bagi menghargai jasa guru dan kakitangan sokongan yang
berkhidmat di Sekolah Berprestasi Tinggi. Begitu juga keputusan kerajaan mewujudkan jawatan Guru
Wibawa dan Pendeta Guru yang bakal memegang gred tertingi dalam perkhidmatan awam. Semua ini
sepatutnya boleh dilihat sebagai isyarat jelas betapa kerajaan amat serius dalam usaha memartabatkan
profesion keguruan.

Dalam usaha memartabatkan profesion keguruan dan meningkatkan sistem pendidikan negara,
diwujudkan pula Sistem Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM). Sistem ini adalah salah satu adaptasi
inovasi yang merupakan suatu pembangunan dalam sistem pendidikan negara yang telah berjaya
dibangunkan oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK) pada tahun 2003. SKPM telah pun
diperakui dan diiktiraf sebagai Piawai Pendidikan Kebangsaan (sekolah), (Noriati et al, 2010). Antara
tujuan SKPM adalah satu inisiatif yang memberikan fokus kepada pemantapan profesionalisme
tenaga pendidik di sekolah yang dapat meningkatkan standard kualiti pendidikan di sekolah dapat
dilaksanakan. Seterusnya ia sebagai satu nilai tara atau sukatan tahap kecemerlangan pada sekolah
dapat dilakukan. Sistem ini juga bertujuan supaya peningkatan keberkesanan dan kecekapan
pengurusan sekolah yang bermatlamat akhirnya ialah peningkatan tahap pencapaian murid.
26

ANITA MUSTAFA BMM 7A


EDU 3038

Peranan guru adalah amat penting dalam pembentukan modal indan cemerlang yang dapat
membawa kepada perubahan negara. Sehubungan dengan itu, yang diberi keutamaan adalah
pembentukan modal insan dengan hasrat guru dapat menjalankan tanggungjawab dan peranan dengan
baik. Hal ini berkait rapat dan bergantung kuat kepada sistem latihan perguruan kepada guru-guru.
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah membuat perubahan dalam sistem latihan perguruan
apabila menaik taraf maktab perguruan menjadi Institut Pendidikan Guru (IPG). Maktab perguruan
yang selama ini melatih guru di peringkat Sijil Perguruan dan Diploma Perguruan telah berubah
apabila guru-guru lepasan Institut Pendidikan Guru dianugerahkan dengan Ijazah Sarjana Muda
Perguruan (PISMP) sebagai bekalan tenaga pendidik di sekolah rendah. Program pensiswazahan ini
telah bermula pada tahun 2006. Menurut Noriah et al. (2010) aspirasi KPM adalah untuk melahirkan
guru siswazah di sekolah rendah akan tercapai apabila IPG mendapat kelulusan melaksanakan pogram
ijazah.

Implikasi
Peningkatan profesion keguruan yang baik berasaskan matlamat dan tujuan yang jelas akan
menghasilkan kesan-kesan juga implikasi yang positif dalam segenap aspek dan perkara yang
berkaitan dengan profesion keguruan. Hal ini sememangnya sanagat perlu, berikutan peranan pelbagai
yang dimainkan oleh seseorang guru yang cemerlang. Guru yang mempunyai budaya profesionalisme
yang tinggi akan dapat merealisasikan aspirasi negara. golongan ini akan memainkan peranan dengan
cemerlang dalam melahirkan modal-modal insan yang cemerlang. Modal insan yang cemerlang ini
adalah harapan negara yang akan memacu kemajuan dan memelihara keharmonian dan keamanan
negara. Modal insan ini juga adalah generasi penyambung kecemerlangan alam pendidikan di negara
ini.
Guru yang berada di tahap profesion keguruan yang baik akan dapat membuatkan
kemenjadian pelajar yang tinggi. Hal ini kerana guru tersebut mempunyai telah dilengkapi dan
disediakan dengan ciri-ciri professional seorang guru.

Guru yang profesional mempunyai

akauntabiliti diri dan kerja yang tinggi. Selain itu, guru tersebut mempunyai integriti dan etika guru
yang baik. Akan lahir minat untuk belajar dalam diri murid atau pelajar yang dididik oleh seorang
guru yang profesional. Hal ini kerana guru tersebut akan merancang dan memastikan beliau dapat
menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Menurut Syed ismail dan Ahmad (2012)
guru berakauntabiliti mendidik murid untuk persediaan kehidupan mereka pada masa depan.

27

ANITA MUSTAFA BMM 7A


EDU 3038
Hubungan guru yang baik dengan murid yang berteraskan keihklasan dan sifat penyayang akan
memberi impak yang baik.
Implikasi peningkatan profesion keguruan yang seterusnya adalah kepada masyarakat.
Peranan guru bukanlah terbatas kepada komuniti dan masyarakat dalam sekolah sahaja, tetapi guru
yang juga sebagai agen perubahan berperanan membawa perubahan dalam masyarakat. Menurut Syed
Ismail dan Ahmad (2012), sebagai agen perubahan guru perlu membawa ilmu pengetahuan dan
mengajarkannya kepada masyarakat. Guru yang berakauntabiliti terhadap masyarakat akan mengubah
cara hidup masyarakat dengan memberikan pelbagai ilmu pengetahuan yang boleh diadaptasi dan
diamalkan oleh masyarakat dalam kehidupan harian mereka.
Cadangan
Jika menginginkan kesempurnaan atau yang terbaik pada sesuatu perkara, maka
penambahbaikkan kepada perkara tersebut perlu sentiasa dilakukan. Untuk melaksanakan
penambahbaikkan pula perlu kepada cadangan-cadangan yang baik dan bernas. Terdapat banyak
cadangan untuk penambaikkan profesion keguruan yang boleh diambil. Antaranya, pertama kursus
peningkatan profesionalisme. Menurut Mok Soon Sang (1996) guru hari ini hendaklah sentiasa
berusaha melengkapkan diri dengan mengemaskini ilmu pengetahuan dan kemahiran mengajar dari
semasa ke semasa. Sehubungan dengan itu, guru hendaklah mengikuti kursus-kursus pendidikan yang
dianjurkan oleh ihak Kementerian Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan
Daerah, misalnya Kursus Dalam Perkhidmatan atau Kursus Peningkatan Profesionalisme Keguruan.

Cara yang seterusnya untuk meningkatkan profesion perguruan ialah dengan meningkatkan
akauntabiliti pendidik itu sendiri. Ini merupakan nilai yang terpenting untuk membezakan guru yang
komited dengan guru yang bermasalah. Kerja mendidik membawa konotasi moral kepada orang yang
menjalankan tugas ini perlu bertanggungjawab kepada diri sendiri kerana mereka akan dipersoalkan
sekiranya sesuatu tanggungjawab itu diabaikan. Jika seseorang guru mempunyai akauntabiliti yang
tinggi maka ia juga akan mempengaruhi profesionalisme guru dan secara tidak langsung dapat
meningkatkan lagi profesionalisme guru.

Cadangan seterusnya ialah, teknik pengajaran dalam bilik darjah yang berkesan. Guru harus
sentiasa mampu membawa perubahan dan penyesuaian teknik pengajaran dan pembelajaran demi
meningkatkan prestasi dan memberi perkhidmatan bermutu tinggi dalam bidang profesion guru.
Usaha ini boleh dijalankan dengan menguasai beberapa kaedah asas seperti menjalankan kajian
28

ANITA MUSTAFA BMM 7A


EDU 3038
terhadap keberkesanan aktiviti pengajaran dan pembelajaran mereka dalam bilik darjah, menggunakan
teknik refleksi dan menguasai kemahiran penilaian kendiri untuk mempertingkatkan kemahiran
pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. (Mok Soon Sang, 1996)

Guru juga harus berkualiti dari segi kerohanian untuk meningkatkan lagi profesionalisme
guru. Guru yang berkualiti kerohaniannya terdiri daripada mereka yang memiliki sifat-sifat berikut
iaitu memiliki sahsiah atau tingkah laku yang baik atau terpuji. Antara ciri-ciri seorang guru yang
mempunyai sahsiah baik ialah menjalankan tugas tepat pada masanya, ikhlas dalam menjalankan
tugas, menghormati rakan sejawat serta pelajar, rajin dan lain-lain. Nilai tara sahsiah atau tingkah laku
yang baik ini sudah terkandung dalam etika dan profesion perguruan. Dalam pembentukan Falsafah
Pendidikan Negara, agama diletakkan ditempat yang tertinggi. Pegangan agama yang kuat akan
menyebabkan seseorang guru bertanggungjawab terhadap tugasnya, berilmu, berprinsip serta amanah.
Guru itu juga harus berkualiti dari segi rohani iaitu mempunyai penampilan dan imej diri yang baik
melalui cara berpakaian, tingkah laku dan tutur kata. Seseorang guru perlu memiliki tubuh badan yang
baik agar dapat menjalankan tugas dengan berkesan.

Untuk meningkatkan profesion keguruan, perlu kepada pendidikan kearah perkembangan


kendiri. Menurut H.V Perkins dalam bukunya Human Development and Learning (1974) dalam Mok
Soon Sang (1996), konsep diri (konsep kendiri) terdiri daripada persepsi, kepercayaan, sikap serta
nilai yang khusus yang dipegang oleh seseorang individu tentang dirinya. Maka, konsep ini
sememangnya mempengaruhi segala tingkah laku seorang individu dalam alam sekitar sedikit
sebanyak mencerminkan konsep dirinya.

Cadangan seterusnya, disyorkan pusat atau kelab guru diwujudkan. Kelab ini dikendalikan
oleh semua golongan pendidik dan bertujuan menjaga kepentingan professional guru-guru temasuklah
guru-guru pelatih yang menjalani latihan dalam sesebuah kawasan. Menerusi badan ini bolehlah
dikelolakan seminar dan bengkel tentang pengajaran dan perkara-perkara berkaitan dengan
pendidikan. Guru-guru juga boleh mendapat saluran untuk berbincang dan bertukar-tukar fikiran
tentang perkara-perkara yang mereka sama-sama alami, seperti pengajaran untuk KBSM. Dengan
wujudnya kelab ini khususnya guru pelatih, maka dapatlah mereka sokongan dan bimbingan daripada

29

ANITA MUSTAFA BMM 7A


EDU 3038
rakan-rakan sejawat atau yang berpengalaman dalam perkara-perkara tertentu. Seandainya segala
usaha tersebut dilaksanakan, maka ia dengan sendirinya akan menggalakkan perubahan yang besar
dalam sistem pendidikan kita. Ia meminta guru-guru memikirkan bersama-sama dengan pembuat
dasar di Kementerian Pelajaran cara-cara untuk merubah dan meningkatkan mutu pengajaran di
sekolah-sekolah.(Robiah Sidin , 1994).

Seterus, guru perlu berkongsi maklumat yang bermanfaat, kemahiran dan kepakaran dengan
orang lain, kerana guru yang cemerlang akan berkongsi matlamat yang sama dengan pemimpin dan
guru-guru lain untuk melahirkan sekolah yang cemerlang dan berkesan. Guru yang profesional akan
menjalankan tugas berkumpulan dengan aman dan harmoni kerana mereka boleh berkerja bersama,
saling bantu membantu dan sebagainya dalam meningkatkan kecemerlangan sekolah dan warganya.
Menurut Syed Ismail dan Ahmad (2012) kesediaan dan kesanggupan guru berkongsi kepakaran dan
pengetahuan bersama guru lain sudah pasti dapat mengekalkan dan meningkatkan kecemerlangan
potensi dirinya. Menurut mereka lagi, untuk mencapai matlamat ini, guru mestilah mempuyai
kesedaran diri yang tinggi dan bersedia untuk berkongsi kepakaran yang dimilikinya bersama
komuniti persekitarannya. Perkongsian kepakaran ini boleh dilaksanakan melalui Program Dalam
Latihan atau juga dikenali sebagai Program Perkembangan Staf. Perkongsian kepakaran bukan sahaja
boleh dikongsi dalam komuniti sekolah, malah perlu dikongsi dengan komuniti pendidikan yang lebih
meluas. Sebagai contoh, guru boleh berkongsi kepakarannya dengan menawarkan diri sebagai
fasilitator atau penceramah dalam kursus motivasi guru-guru baharu anjuran Jabatan Pelajaran Negeri
(JPN) dan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD). Usaha ini membolehkan guru berkongsi kepakarannya
bersama rakan sejawat yang baharu. (Syed Ismail dan Ahmad, 2012).

Selain itu, untuk meningkatkan profesion keguruan, pengamalan dan budaya refektif perlu
lebih diperkukuh. Menurut Syed Ismail dan Ahmad (2012), guru perlu meningkatkan profesionalisme
diri melalui pelbagai strategi amalan reflektif agar dapat memikul tanggungjawab tersebut. Menurut
mereka lagi, amalan reflektif adalah sangat penting dalam pembentukan profesionalisme keguruan.
amalan ini akan bertindak serta mempunyai hubungan dan kesinambungan dalam mengekalkan serta

30

ANITA MUSTAFA BMM 7A


EDU 3038
membentuk peribadi professional dalam diri setiap guru. Guru sebagai pemangkin perlu memberikan
pendedahan amalan reflektif kepada murid supaya mereka dapat membina daya pemikiran yang
analitikal, kritis, dan kreatif bagi menghadapi perubahan-perubahan semasa.

Rumusan

Guru yang mempunyai ciri-ciri professional, beretika dan berakauntabiliti amat penting kerana ia
memberi kesan positif atau implikasi baik yang banyak kepada banyak pihak yang berkaitan secara
langsung dan tidak langsung dengan dunia pendidikan. Dapat dilihat, semenjak dahulu lagi pelbagai
usaha telah digembleng dan dilaksana bagi memartabatkan profesion keguruan dan sistem pendidikan
negara. Usaha tersebut berterusan pelaksanaannya sehingga kini dengan penambah baikkan hasil
daripada penyelidikan-penyelidikan yang dibuat terhadap profesion keguruan dan sistem pendidikan
di negara ini. Warga pendidik yang kehidupan kerjayanya adalah dalam dunia pendidikan. Modal
insan yang cemerlang adalah hasil didikan daripada pendidik yang cemerlang dengan ciri-ciri
profesionalisme guru yang cemerlang. Etika keguruan yang tinggi, akauntabiliti, integriti dan
sebagainya. Profesion keguruan yang baik akan mampu meningkatkan sistem pendidikan negara. hal
ini kerana kedua-duanya adalah elemen yang berkait rapat dalam dunia pendidikan.

disediakan oleh,
MUHAMMAD SYAHMI BIN SHAFFEI
8 PISMP PA/BA/AQ
Peranan Kepimpinan Guru dalam mempengaruhi iklim bilik darjah

Rahmad Shukor Ab. Samad dan Shahrir Jamaluddin


Journal Masalah Pendidikan 2005, UM.
(http://myais.fsktm.um.edu.my/4990/1/11.pdf)

Ulasan Artikel

31

ANITA MUSTAFA BMM 7A


EDU 3038
Artikel yang ditulis oleh Rahmad Sukor Ab. Samad dan Shahrir Jamaludin
daripada Universiti Malaya ini adalah berkenaan peranan guru sebagai pemimpin
pengajaran dalam mempengaruhi iklim bilik darjah. Penyelidik menyatakan
kajian ini penting kerana 1) tidak banyak kajian yang dibuat berkaitan
kepimpinan guru di dalam bilik darjah, berbanding artikel berkaitan peranan dan
kepimpinan Guru Besar dan Pengetua di sekolah. 2) kepimpinan bilik darjah
adalah

satu

unit

daripada systemic

change yang

melanda

yang

akan

mempengaruhi keseluruhan keberkesanan sesebuah sekolah. Perbezaan dalam


pencapaian pelajar dalam sekolah juga dipengaruhi oleh perbezaan yang ketara
dalam diri guru-guru yang menyumbang kepada kecemerlangan sesebuah
sekolah.

Artikel ini membincangkan ketidaktepatan persepsi guru mengenai


kepimpinan bilik darjah. Guru beranggapan bahawa kepimpinan hanya terletak
di bahu Guru Besar dan Pengetua, sedangkan gurulah sebenarnya berperanan
sebagai pemimpin pengajaran manakala pentadbir sebagai penyelaras sahaja.
Guru tidak mengutamakan kepimpinan bilik darjah, hanya mengutamakan
pengurusan bilik darjah sahaja, iaitu pengurusan pengajaran dan pembelajaran
dan sedikit pengurusan kelas dalam hal-hal berkaitan kebersihan dan disiplin
bilik darjah. Penulis mengatakan perkara ini mungkin disebabkan oleh program
latihan

guru

lebih

berfokus

dan

menekankan

kepada

amalan

didalam

pengurusan bilik darjah.

Banyak contoh tentang maksud kepimpinan mengikut orientalis dan


pemikir barat juga disertakan. Pentadbir juga dilihat berperanan dalam memberi
arahan, sumber dan sokongan kepada guru dan pelajar bagimemperbaiki
pengajaran dan pembelajaran di sekolah, secara tidak langsung menyerlahkan
peranan guru sebagai pemimpin pengajaran. Seterusnya kepimpinan itu sendiri
mempunyai hubungan secara langsung dengan proses-proses pengajaran di
mana guru, pelajar dan kurikulum saling berinteraksi. Kepimpinan pengajaran
guru inilah akhirnya bertindak sebagai pemangkin pembelajaran pelajar-pelajar.
32

ANITA MUSTAFA BMM 7A


EDU 3038

Contoh-contoh kesan wujudnya kepimpinan guru dalam bilik darjah juga


dijelaskan di dalam artikel ini, antaranya ialah :

Pelajar mencapai apa yang tidak dijangka dicapai dalam bilik darjah
(kemahiran selain akademik),
Pertumbuhan personaliti pelajar (tingkahlaku, perwatakan dan sikap),

Pelajar mematuhi arahan (disiplin), dan

Pelajar sentiasa memerlukan panduan dan menjadikan guru sebagai


teladan (kepimpinan melalui teladan)

Penurunan kuasa (empowerment) kepada pelajar juga adalah kesan kepimpinan


berkesan di dalam bilik darjah. Dikatakan bahawa kepimpinan berkesan akan
mewujudkan dua jenis pemimpin dalam bilik darjah iaitu ;
1. Guru kelas atau guru subjek, dan
2. Pelajar yang diberi kuasa memimpin di dalam kelas tersebut.
Seterusnya artikel ini juga menyarankan pendapat Hook & Vass (2000) bahawa
kepimpinan berkesan oleh guru-guru hendaklah mempunyai kemahirankemahiran berikut :
1. Boleh mengembangkan keupayaan memahami dan mempunyai visi,
2. Kemahiran menghasilkan hubungan berkesan,
3. Memahami tingkah laku dan keinginan pelajarnya,
4. Memahami bilik darjah sebagai satu sistem, dan
5. Kebolehan menyelesai dan menganalisis maklumat.

Di samping kemahiran yang dijelaskan di atas, artikel ini turut menyelitkan


pandangan Shippen & Shippen (2004), tentang tujuh ciri kepimpinan berkesan
seorang guru :
1. Boleh membentuk dan menyampaikan visi di bilik darjah,
2. Boleh memimpin, fleksibel dan bersikap terbuka terhadap pelajarnya
3. Boleh memimpin dan menjadi teladan pelajarnya,
4. Bijak membuat keputusan tanpa menjejaskan dasar sekolah,
5. Tidak pentingkan diri sendiri tetapi mementingkan pelajarnya,
6. Boleh membuat pertimbangan yang seimbang dan membina hubungan
positif antara guru dengan pelajar, dan
33

ANITA MUSTAFA BMM 7A


EDU 3038
7. Mengamalkan pembelajaran berterusan sebagai guru.

Faktor-faktor yang mempengaruhi iklim bilik darjah juga diterangkan di dalam


artikel ini, bagaimana bilik darjah yang efektif itu sendiri seperti suasana
harmoni,

hubungan

interpersonal

antara

guru-pelajar,

keselamatan

yang

terjamin, keselesaan (kemudahan fizikal) serta kebersihan bilik darjah apabila


diadun dengan agenda bilik darjah iaitu pematuhan kepada hak setiap anggota
atau ahli, kebertanggungjawaban ahli, mematuhi peraturan dan rutin harian
akan dapat mencapai kepimpinan bilik darjah yang berkesan.

Pada akhirnya artikel ini juga menjelaskan akan cabaran dan kekangan bagi
mencapai hasrat membudayakan kepimpinan guru dalam mempengaruhiiklim
bilik darjah di Malaysia. Antaranya ialah masalah kekurangan guru,opsyen yang
tidak sesuai, saiz kelas dan lain-lain lagi. Dan adakah konsep kepimpinan bilik
darjah ini perlu disebarluaskan kepada semua guru, kerana tidak semua guru
mempunyai kemahiran dan ciri kepimpinan bilik darjah seperti yang dihuraikan
di dalam artikel ini.

Kritikan Artikel

Artikel ini adalah satu kajian dan pandangan yang amat menarik tentang
konsep kepimpinan guru dan pengaruhnya kepada iklim bilik darjah. Isu yang
dibincangkan sangat menyeluruh dan pelbagai aspek telah disentuh dan
dibincangkan dengan baik dan berkesan. Ia jelas membincangkan tentang bilik
darjah sebagai satu entiti kecil di sekolah yang sebenarnya merupakan penyebab
berjaya atau tidaknya sekolah tersebut dalam mencapai matlamat dan dasar
yang ditentukan (visi dan misi). Kegagalan pelajar di bilik darjah amnya dan
kegagalan

guru

sebagai

agen

kepimpinan

khasnya

akan

mempengaruhi

pencapaian atau kejayaan sekolah sebagai satu organisasi. Jelas disini bahawa
guru juga berperanan sebagai pentadbir dan pengurus di sekolah.

34

ANITA MUSTAFA BMM 7A


EDU 3038

Tidak keterlaluan jika saya melabel guru sebagai model hidup dimana
tingkah laku guru menjadi contoh teladan kepada pelajar. Nilai nilai murni yang
ditonjolkan oleh guru di dalam bilik darjah secara tidak langsung akan diterapkan
dalam jiwa pelajar. Oleh itu, guru memikul tanggungjawab yang besar bagi
mewujudkan suasana iklim bilik darjah yang kondusif bukan sahaja untuk
menyampaikan proses pengajaran dan pembelajaran secara berkesan kepada
pelajar, juga sebagai platform bagi pelajar untuk mendewasakan diri mereka
secara fizikal dan mental. Sikap positif dan berekspektasi tinggi yang dipaparkan
oleh seorang guru akan membawa kepada kecemerlangan pelajar. Cara
kepimpinan guru yang demokratik yang menekankan kerjasama, berinisiatif dan
penggunaan pujian juga mampu membimbing pelajar ke arah nilai positif.

Kepemimpinan seorang guru turut dipandang dalam sudut pandangan


islam. Menurut perspektif islam, kepimpinan adalah amanah yang wajib
ditunaikan. Pemimpin pula ialah orang memandu dan mengajak orang lain ke
arah kebahagiaan, mendapat keredhaan Allah, membuat segala suruhanNya dan
meninggalkan segala laranganNya. Seorang pemimpin seharusnya beriman
kepada Tuhan dan mempunyai kepercayaan dan kepatuhan kepada agama.
Tidak kiralah sama ada guru tersebut beragama Islam, Kristian, Hindu ataupun
Buddha,

kepercayaan

ini

penting

bagi

memastikan

mereka

mempunyai

pegangan dan dasar kepercayaan yang utuh. Bertitik tolak kepada kepercayaan
kepada agama ini lah yang akan mencernakan peribadi terpuji selaras dengan
tuntutan agama. Manakala konsep etika dan amalan keagamaan seharusnya
memberi kekuatan jati diri kepada para guru yakni pemimpin di dalam
memimpin

sesebuah

organisasi

terutamanya

memacu

kecemerlangan

pendidikan di sekolah.

Dalam konsep kepimpinan guru dan budaya sekolah, guru merupakan


pemimpin

yang

berperanan

sebagai

agen

perubahan.

Perubahan

yang

dimaksudkan adalah melibatkan perubahan ke atas sekolah dan pengajaran


dalam bilik darjah. Guru juga adalah individu yang menggariskan hala tuju dan
35

ANITA MUSTAFA BMM 7A


EDU 3038
membentuk pelajar ke arah merealisasikannya dengan nilai-nilai kepimpinan
yang positif. Guru sebagai pengajar perlu berusaha untuk memahamkan pelajar
berkaitan konsep dengan mudah, sistematik, seronok dan bermakna. Di samping
itu, guru turut sama berperanan sebagai individu yang menjadi jambatan rujukan
pengetahuan dan maklumat para pelajar. Justeru, guru perlulah melonjakkan
kepimpinannya dengan sentiasa bersedia dan boleh menyesuaikan diri dengan
keadaan iaitu mempamerkan corak atau gelagat kepimpinan yang sesuai.
Contohnya, dalam zaman globalisasi pendidikan yang mencabar ini, rata-rata
pelajar terlebih dahulu terdedah dan mahir dalam penggunaan Teknologi
Maklumat dan Komunikasi (TMK). Maka, sebagai guru, kita perlu lah mengambil
langkah yang lebih besar untuk mempelajari kemahiran TMK dan berada seiring
dengan perkembangan budaya dan persekitaran pelajar.

Kecemerlangan sesebuah sekolah bergantung kepada pendekatan dan


kesungguhan guru-guru di sekolah bekerjasama dalam mendukung hasrat misi
dan visi sekolah. Kerjasama dalam kalangan guru bukan sahaja menyerlahkan
profesionalisme keguruan malah turut menjulang kepimpinan guru. Seorang guru
yang berkarisma dalam memimpin sesuatu organisasi juga berupaya untuk
memupuk nilai kepimpinan dalam diri rakan sejawatannya dan seterusnya
mewujudkan suasana yang fleksibel untuk sebarang bentuk kerjasama antara
mereka. Berdasarkan kajian-kajian terdahulu, sekolah yang berjaya dan berkesan
biasanya dibantu oleh penglibatan aktif guru-guru dalam tugas berkumpulan dan
lazimnya wujud kerjasama harmoni dalam kalangan komuniti tersebut.

Konsep kepemimpinan guru ini juga turut meliputi ruang lingkup yang
lebih luas dengan melibatkan masyarakat umum. Guru yang mengamalkan
kepimpinan yang berkesan dapat menarik kepercayaan masyarakat untuk
bekerjasama dengan pihak sekolah. Ahli masyarakat yang dimaksudkan di sini
adalah golongan ibu bapa yang menjadi tulang belakang kepada kehidupan
sosial pelajar. Guru yang berwibawa memiliki keupayaan untuk melibatkan ibu
bapa dalam proses memberikan pendidikan formal kepada anak-anak mereka.
Hubungan ibu bapa dan guru yang tidak hanya terbatas di atas meja mesyuarat
PIBG akan membuka ruang kolaborasi yang lebih dinamik serta mengikis
36

ANITA MUSTAFA BMM 7A


EDU 3038
kebimbangan ibu bapa terhadap kreadibiliti guru dalam aspek pembentukan
disiplin dan jati diri anak mereka.

Secara ringkasnya, guru boleh dianologikan sebagai kapten kapal yang


sedang mengemudi sebuah kapal yang tidak ada penghujung pelayarannya
tetapi yang ada cuma persinggahan untuk menurunkan penumpang. Jika baik
pengemudiaanya maka penumpang (pelajar) akan dapat berlabuh dengan
selamat. Ibu bapa pula adalah bebaling yang menyokong dan memastikan kapal
sampai ke destinasi yang hendak dituju sepertimana diharapkan. Analogi ini
memberikan gambaran akan betapa pentingnya nilai kepimpinan seseorang guru
yang juga digelar arkitek pembinaan insan dalam melaksanakan tugas yang
tiada penghujungnya. Kepimpinan pendidikan di peringkat sekolah melibatkan
satu set proses pengaruh yang kompleks dan aktiviti-aktiviti yang dilakukan bagi
memperbaiki kesannya kepada sekolah adalah melalui perubahan secara
sukarela. Oleh itu, pengurus sekolah perlu bersikap proaktif dan memberi
keutamaan
pemimpin

yang

khusus

instruksional

kemenjadian

pelajar

dalam

yang
yang

memastikan

berkesan
selanjutnya

di

kemenjadian

bilik
akan

darjah

guru
bagi

menyumbang

sebagai

menjamin
kepada

kecemerlangan sekolah

37