Anda di halaman 1dari 21

7 Kelebihan Jadi Guru Cemerlang

Kerap juga saya mendapat soalan sebegini apabila ditanya mengenai apa kelebihan
menjadi Guru Cemerlang. Ramai juga yang nak tahu apa sebenarnya yang kita dapat
jika kita menjadi seorang Guru Cemerlang. Saya kongsikan sedikit beberapa kelebihan
bergelar Guru Cemerlang, berdasarkan kepada pengetahuan saya dan pendapat rakan
guru yang lain.

1. Kenaikan Pangkat Lebih Cepat


Laluan kecemerlangan ini merupakan laluan fast-track yang paling laju jika anda
berhajat untuk naik pangkat dengan paling cepat. Untuk DG41, kebiasaannya kita
perlukan 8 tahun perkhidmatan untuk kenaikan pangkat secara time-based ke DG44.
Itupun mesti melalui TBBK, Time-Based Berasaskan Kecemerlangan yang perlu melalui
proses yang lebih kurang sama dengan memohon Guru Cemerlang, iaitu perlukan
dokumentasi apa yang kita buat 3 tahun kebelakang. Itupun kenaikan bukan secara
automatik. Maka adalah juga kes yang gagal TBBK. Jadi, jangan seronok sangat.

Boleh juga tengok jadual perbandingan di atas bagi mendapatkan maklumat yang lebih
jelas mengenai tempoh tahun perkhidmatan. Dalam kes saya, saya dilantik DG44, 2
tahun lebih awal berbanding rakan-rakan yang memilih laluan timebased walaupun kami
sama-sama posting pada tahun 2007. Malah ketika mereka sedang mengumpul bahan
untuk memohon TBBK bagi gred DG44, saya pula sudah layak untuk memohon Guru
Cemerlang bagi gred DG48!
2. Gaji Besar
Ini juga antara motivasi utama bagi sesetengah orang yang memohon Guru Cemerlang.
Dengan gred yang lebih besar, sudah tentu kita akan mempunyai gaji yang lebih besar,
secara logiknya. Dengan kenaikan 2 tahun lebih awal bagi gred DG44, ataupun 5/6
tahun bagi gred DG48, maka sudah tentu ini merupakan galakan terbaik bagi guru yang
berhajat nak menambah pendapatan sebagai guru dengan cara yang lebih cepat.

Kenaikan tahunan juga akan berubah. Semasa di gred DG41, kenaikan tahunan adalah
sebanyak RM225. Bagi gred DG44 pula, kenaikan tahunan adalah sebanyak RM250.
Dan bagi gred DG48 pula, kenaikan tahunan adalah RM275. Ini bermakna, beza gaji
hampir RM1000 bagi tahun ke-8 untuk 2 orang yang posting pada tahun yang sama,
tetapi dengan laluan timebased dan laluan kecemerlangan. Tepuk dada, tanya selera.
3. Gelaran Guru Cemerlang
Ada juga yang memohon laluan kecemerlangan ini untuk gelaran Guru Cemerlang
tersebut. Mungkin pada beliau, ini merupakan satu cara yang boleh menunjukkan status
beliau pada guru-guru lain. Kalau tidak masakan, ada sesetengah Guru Cemerlang yang
dengan bangganya sekali asyik mengaku Guru Cemerlang, setiap kali berjumpa dengan
guru-guru lain di mesyuarat, bengkel atau apa-apa lain. Untuk tujuan apa tak pasti. Tapi
saya mohon berlindung dengan Allah, semoga dijauhkan dengan perasaan ujub dan
syok sendiri ini. Amin!

Betulkan niat, inshaAllah pasti apa yang anda dapat itu dapat dimanfaatkan dengan
sebaiknya dengan rakan guru yang lain. Anda jangan risau, spesies yang sebegini tak
banyak. Tapi kalau anda berpeluang berjumpa, maka ambil masa dan Selamat
Berkenalan.. ;)
4. Tidak Terlibat Pentadbiran
Ada juga mereka yang memohon Guru Cemerlang kerana tidak mahu terlibat dengan
bidang pentadbiran. Maknanya guru ini hanya mahu memfokuskan kepada kerja
mengajar sahaja. Kerja pentadbiran yang saya maksudkan di sini adalah kerja
pentadbiran hierarki tinggi seperti Ketua Bidang, dan Guru Penolong Kanan. Ini kerana,
bagi mereka yang dilantik sebagai Guru Cemerlang, mereka perlu melepaskan jawatan
tersebut jika permohonan mereka sebagai Guru Cemerlang berjaya.

Bermaksud juga mereka yang sudah dilantik sebagai Guru Cemerlang, tidak boleh
dilantik sebagai Ketua Bidang atau Penolong Kanan di sekolah. Manakala bagi Ketua
Bidang dan Penolong Kanan yang berjaya dalam permohonan mereka sebagai Guru
Cemerlang, perlulah meletakkan jawatan mereka.
Ini juga antara sebab kenapa saya memohon Guru Cemerlang. Sebab saya tak berminat
dalam bidang pentadbiran, dan rasanya kurang berkemahiran. Maka lebih baik untuk
saya fokuskan kepada kerja-kerja mengajar yang saya suka. Tahukah anda,
menguruskan 1000 orang murid adalah jauh lebih mudah daripada menguruskan 10
orang cikgu? ;)
5. Berkongsi Pengetahuan
Ini juga antara sebab kenapa saya memohon Guru Cemerlang. Iaitu bagi tujuan untuk
berkongsi pengetahuan saya dengan rakan guru yang lain. Diulangi yer, berkongsi.
Bukan mengajar guru-guru lain. Saya percaya, setiap guru ada kaedah mereka sendiri.

Ada yang berkesan, ada yang kurang berkesan. Sama juga yang berlaku pada saya.
Maka, jika kita ada sedikit kaedah yang boleh membantu, apa salahnya jika kita
berkongsi dengan rakan guru yang lain demi kebaikan pelajar.

Dengan gelaran Guru Cemerlang juga maka lebih mudah anda dikenalpasti oleh
sekolah dan pihak-pihak lain bagi dijemput untuk berkongsi pengetahuan. Maka
gunakan peluang ini dengan sebaik mungkin bagi mencurahkan ilmu dan pengetahuan
anda kepada mereka yang memerlukan. InshaAllah peluang untuk anda berkongsi ilmu
akan lebih terbuka luas apabila anda bergelar seorang Guru Cemerlang.
Pelik juga apabila ada sesetengah guru yang suka betul "simpan ilmu" dan tak mahu
berkongsi dengan rakan guru yang lain, demi nak memastikan peratus kejayaan di
sekolahnya adalah yang paling tinggi. Kedekut dan kejam! Jika ada dalam kalangan kita
yang bersikap begitu, maka buanglah jauh-jauh sifat tersebut. Percayalah, ilmu akan
lebih banyak bertambah, jika kita lebih banyak memberi.
6. Motivasi Bekerja Lebih Kuat
Gelaran Guru Cemerlang ini juga boleh menjadi sumber motivasi kepada kita untuk
bekerja dengan lebih kuat. Sudah tentu kita nak menghasilkan sesuatu yang lebih luar
biasa bagi memenuhi tanggungjawab sebagai Guru Cemerlang. Secara tak langsung ini
mendorong kita untuk menghasilkan kaedah mengajar, teknik, dan inovasi yang lebih
berkesan dalam pdp. Perkara ini kemudiannya dikongsikan dengan rakan guru yang lain
dan dapat juga menggalakkan rakan guru untuk turut serta menghasilkan perkaraperkara luar biasa.
7. Idola Kepada Rakan Guru Lain
Dengan mutu kerja yang hebat dan status Guru Cemerlang sebagai bukti
kecemerlangan anda, maka tak mustahil anda menjadi idola dan ikutan kepada rakan
guru yang lain yang juga mahu berjaya seperti anda. Kehebatan anda di bilik darjah dan

di luar, perlulah cukup mengkagumkan guru-guru lain. Baru sesuai gelaran tersebut
dengan anda.

Maka untuk itu, saya menyeru kepada semua rakan Guru Cemerlang menunjukkan
mutu kerja yang betul-betul cemerlang, sesuai dengan gelaran yang anda perolehi.
Gelaran Guru Cemerlang bukan satu lesen untuk kita duduk selesa tanpa perlu
berusaha apa-apa lagi. Masih banyak perkara yang perlu dilakukan. Masih banyak
tanggungjawab dan amanah yang perlu ditunaikan. Maka bekerja lah dengan sebaik
mungkin.
Walau apa pun alasan anda, saya yakin bahawa anda mempunyai alasan anda yang
tersendiri untuk memohon Guru Cemerlang. Berusahalah sebaik mungkin jika ada
peluang. Peluang perlu direbut, sebab peluang tak akan datang banyak kali. Jika gagal,
maka berusahalah lagi. Jangan cepat putus asa. Dan jika berjaya, tunaikanlah
tanggungjawab dan amanah anda sebagai Guru Cemerlang dengan sebaik mungkin!
Panduan Memohon Guru Cemerlang (Fasa 1 : Mengisi Borang Permohonan)
Jumaat, Mei 31, 2013 Hal Guru 101 comments
Saya kongsikan 11 tips panduan memohon Guru Cemerlang dengan rakan-rakan guru.
Saya namakan ini sebagai Fasa 1 iaitu Fasa Semasa Mengisi Borang Permohonan
Guru Cemerlang. Jom kita tengok apa perkara-perkara penting yang perlu
dipertimbangkan sebelum anda memohon Guru Cemerlang.

1. Fahami jawatan Guru Cemerlang


Dalam kebanyakan kes, ramai rakan guru yang tersalah anggap mengenai jawatan Guru
Cemerlang. Ramai yang menganggap Guru Cemerlang adalah guru yang SANGAT
CEMERLANG; hebat akademik, hebat kokurikulum, pegang jawatan penting dalam
HEM, dan serba serbi HEBAT!.
Sebenarnya, jawatan Guru Cemerlang adalah merujuk kepada guru-guru
yang cemerlang dan menyerlah dalam mata pelajaran yang diajar ataupun di dalam
bidang pengkhususandengan tujuan untuk dijadikan role model, sumber inspirasi dan
motivasi kepada guru lain untuk sama-sama bersaing meningkatkan lagi tahap
pencapaian kualiti P&P di sekolah masing-masing.
Jadi, jika anda seorang guru yang memang CEMERLANG dalam subjek
kepakaran anda, silalah mohon walaupun anda kurang sumbangan dalam bidang HEM
dan Kokurikulum. Kerana yang akan diberi lebih penilaian adalah sumbangan anda pada
subjek kepakaran anda!
p/s: Teringat dengan kata-kata seorang penceramah Nazir, "Jika anda ahli sukan wakil
Malaysia sekalipun, penilaian utama hanya akan dinilai pada sumbangan anda dalam
bidang subjek yang dipohon!"
2. Pilih Subjek Kepakaran dengan tepat
Pemilihan subjek kepakaran juga merupakan sesuatu yang penting semasa membuat
permohonan Guru Cemerlang. Ini kerana faktor seperti jumlah waktu mengajar dan
juga tahun pengalaman mengajar subjek kepakaran memberikan markah yang berbezabeza kepada guru yang memohon semasa penilaian. Rakan guru boleh rujuk jadual di
bawah bagi pemilihan subjek kepakaran yang lebih tepat dan sesuai untuk anda.

Jika rakan guru masih ragu-ragu dan tidak pasti subjek mana yang menjadi pilihan,
semaklah semula senarai tugas anda pada tahun-tahun lepas. Pilih subjek yang mana
anda lebih banyak sumbangan/tugas/peranan.
Pastikan juga subjek yang dipilih itu merupakan subjek yang telah anda ajar sekurangkurangnya 3 tahun berturut-turut, terutamanya jika anda berpindah-pindah sekolah.
Tidak menjadi masalah juga jika anda memilih subjek bukan major anda, selagi subjek
yang dipohon telah diajar sekurang-kurangnya 3 tahun dan ke atas.
Kesilapan memilih subjek kepakaran, kadang-kadang mampu memberikan keputusan
yang mengecewakan.
3. Isi Borang Permohonan dengan betul dan lengkap
Seterusnya, isilah borang permohonan anda dengan teliti, lengkap dan tepat. Kesilapan
dan sikap ambil mudah semasa mengisi borang permohonan akan menyebabkan

permohonan anda ditolak/kurang menyerlah.


Pastikan juga perkara-perkara yang dikehendaki berada dalam keadaan yang
sedia dikemaskini. Sebagai contohnya:
a) Maklumat diri dan perkhidmatan (Tarikh lantik, sah dll)
b) Kenyataan Perkhidmatan (boleh rujuk dengan kerani sekolah)
c) Perisytiharan Harta (sahlaku dalam 5 tahun tanpa sebarang perubahan harta)
d) LNPT (3 tahun berturut-turut)
e) esei (cuba buat sendiri dan nyatakan hasrat anda dari hati dan naluri anda)
f) Senarai Tugas (senaraikan SEMUA bidang tugas/peranan/sumbangan anda dalam
Akademik, HEM dan Kokurikulum dengan lengkap)
Jika tidak pasti, bidang tugas tersebut perlu dimasukkan atau tidak dalam borang
permohonan,masukkan saja kesemuanya. Penilai akan menilai borang anda dan
memilih perkara yang akan diberi markah.. Tak salah mencuba..
4. Fokus kepada subjek yang dipohon
Perhatian dan tumpuan utama haruslah diberi kepada subjek kepakaran yang
dipohon. Nyatakan dengan selengkapnya tugas/peranan/sumbangan yang pernah anda
buat untuk subjek atau pun bidang kepakaran anda itu.
Jika pernah anda adakan kelas tambahan / ceramah di luar sekolah, nyatakan dalam
borang dan juga lampirkan bukti (dokumentasi/sijil/gambar) bagi mengukuhkan
permohonan anda. Antara contoh bidang tugas/ sumbangan yang boleh anda
masukkan:
a) Ketua Panitia
b) guru kelas tambahan
c) guru kelab / persatuan (subjek/bidang kepakaran)
d) penceramah
e) pemeriksa kertas soalan
f) penyelaras kem (subjek/bidang kepakaran)

Apa-apa yang dinyatakan perlulah lebih fokus kepada subjek kepakaran anda. Tak guna
jika anda nyatakan berjela-jela bidang tugas anda di sekolah, namun jika diteliti sangat
sedikit sahaja sumbangan dalam subjek kepakaran! Sekali lagi saya ingatkan,
penekanan haruslah diberikan kepada sumbangan anda dalam subjek kepakaran,
bukan lah bidang lain!
5. Bahagikan tugas mengikut bidang
Bagi memudahkan urusan anda untuk menguruskan data dan bahan yang bertimbuntimbun untuk 3+1 tahun, maka lebih baik jika anda bahagikan tugas tersebut kepada
bidang masing-masing. Bahagikan tugas mengikut bidang Akademik, HEM dan
Kokurikulum.
Sebagai contoh:
2010 - Akademik - Penyelaras Kem Sains PMR
2010 - Akademik - Penyelaras Sains Tingkatan 3
2010 - HEM - Penyelaras Disiplin Tingkatan 1
2010 - KoK - Jurulatih Sofbol Daerah Sibu
2011 - Akademik - Ketua Panitia Sains
2011 - Akademik - Penceramah Bengkel Sains
2011 - HEM - Penyelaras Disiplin Tingkatan 1
2011 - KoK - Jurulatih Sofbol Daerah Sibu
2012 - Akademik - Ketua Panitia Sains
2012 - Akademik - Penyelaras Sains Tingkatan 1
2012 - HEM - Penyelaras Disiplin Tingkatan 1
2012 - KoK - Jurulatih Sofbol Negeri Sarawak
Penilaian pada tapisan pertama akan dibuat dengan menilai Borang Permohonan anda.
Jika anda memudahkan para penilai untuk menilai borang anda, tak mustahil peluang

untuk anda melalui tapisan kedua adalah lebih cerah!


6. Kumpulkan bahan
Semasa mengisi Borang Permohonan, sebaiknya anda mulakan dengan mengumpul
semua bahan-bahan anda terlebih dahulu. Kumpulkan semua senarai tugas anda,
inovasi, ABM, kajian tindakan, penulisan dan pelbagai lagi perkara yang berkaitan agar
memudahkan anda untuk menyiapkan borang permohonan dengan lengkap.

Jika anda tak ingat senarai tugas bagi 3 tahun kebelakang, boleh lah rujuk semula
dengan Ketua Jabatan anda agar meminjam semula Borang LNPT yang diisi pada
setiap tahun. Ada baiknya, jika anda sendiri yang menyimpan segala maklumat tersebut
dalam bentuk softcopy sebagai rujukan di masa depan.
Juga dapatkan semula Buku Rekod Mengajar anda pada tahun-tahun sebelumnya bagi
mendapatkan semua Jadual Waktu.
Selain daripada memudahkan anda untuk mengisi Borang permohonan, sekurangkurangnya anda kini sudah melakukan sedikit persiapan awal dalam mengumpulkan
bahan untuk dikemaskini dan bersedia untuk dicerap oleh Nazir.
7. Fokus kepada Kajian Tindakan dan Inovasi
Dua perkara yang perlu diberi perhatian pada era sekarang jika anda memohon Guru
Cemerlang adalah Kajian Tindakan dan juga Inovasi.
Seperti cakap seorang rakan saya, jika pada masa sekarang anda tidak mempunyai
sebarang Kajian Tindakan dan Inovasi, bermakna anda adalah guru yang tidak
mengikuti perkembangan semasa tentang apa yang berlaku dalam pendidikan di
Malaysia!

Kajian Tindakan adalah satu kajian mengenai sesuatu permasalahan p&p yang
dijalankan oleh seseorang guru dengan tujuan mengenalpasti kaedah atau teknik yang
sesuai untuk mengatasi masalah tersebut. Sebagai contoh, dalam pengajaran kita
dengan menggunakan kaedah A, pelajar tidak memahami apa yang kita ajar. Lantas kita
mencuba Kaedah B dan C, dan melihat hasilnya. Hasil dapatan kita dikongsi dengan
rakan-rakan guru yang lain.
Tengok satu contoh mudah Kajian Tindakan di sini
Inovasi pula merupakan perkara baru yang kita hasilkan yang akan memudahkan
pengajaran dan pengurusan kita. Penghasilan boleh datang dalam bentuk alat bantu
mengajar, teknik atau kaedahmengajar dan borang pengurusan. Contoh lain inovasi
yang dapat dilakukan adalah blog, video, dan animasi.

8. Tonjolkan kelebihan diri


Semasa mengisi Borang Permohonan juga, pastikan anda menyatakan kesemua bidang
tugas dan sumbangan anda dalam semua perkara, terutamanya subjek kepakaran
anda. Seperti yang saya katakan di atas, jika anda tidak pasti, masukkan saja kesemua
sumbangan anda mengikut bidang masing-masing. Penilai akan memilih yang terbaik
daripada anda.
Jika anda melakukan sumbangan luar seperti bergiat aktif dengan aktiviti sukarela
dengan pihak JPAM, anda juga boleh masukkan dalam borang permohonan anda pada
bahagian yang betul.
Menonjolkan kelebihan yang ada pada diri bukanlah bererti kita meninggikan diri,
sebaliknya memastikan bakat dan kelebihan kita itu disedari supaya dapat digunakan

lagi dengan cara yang lebih baik dan bermanfaat.


9. Tanya guru yang berpengalaman
Jangan lupa juga untuk bertanya dengan guru-guru berpengalaman yang telah
memohon Guru Cemerlang pada tahun-tahun sebelumnya. Sama ada mereka berjaya
atau pun tidak dalam permohonan mereka, saya pasti akan ada sedikit tips dan nasihat
yang boleh kita ambil iktibar dan pengajaran.
Nasihat dan juga tips daripada mereka mungkin boleh membantu anda untuk mengisi
borang permohonan dengan lebih baik. Saya juga yakin mereka tidak akan lokek untuk
berkongsi rahsia kejayaan mereka dengan anda!
10. Sedia untuk berdepan dengan haters
Yang ini tak dapat nak di ketepikan daripada masuk dalam panduan dan tips saya nih.
Ini kerana sebaik mana kita pun, pasti akan ada orang sekeliling yang kurang senang
dengan setiap perbuatan kita. Tambah lagi kalau jahat kan?.. He3.. Jadi, sentiasa lah
bersedia dengan sebarang kemungkinan yang akan dijalankan oleh para haters. Ianya
boleh datang dalam bentuk fitnah, cakap-cakap di belakang, perli memerli, bergurau
terlebih sudah, dan segala bentuk kejahatan lagi lah.
Pasti akan terganggu kan? Rasa kurang motivasi?
Nasihat saya, TAK PAYAH PEDULIKAN MEREKA! Hu3.. Anggap lah mereka sebagai
nyamuk yang datang terbang kat tepi telinga. Dah habis berbunyi, pergilah dia. Yang
penting kita sabar, tekun dan istiqamah dengan apa yang kita buat. Hanya kita dan Allah
saja yang tahu apa yang ada dalam hati dan yang kita niatkan. Selagi niat kita baik,
inshaAllah, akan sentiasa ada pertolongan dari Yang Maha Kuasa.
Masa yang ada perlu digunakan dengan sebaik mungkin untuk menyiapkan lebih
banyak tugasan dan cabaran yang menanti kita. Bukan untuk melayan kerenah para
haters!
Ader ku kesah? ;)
11. Motivasi Diri Yang Betul
Harus diingat, sentiasa tanamkan dalam diri semasa memohon jawatan Guru
Cemerlang ini bukan lah kerana niat untuk meninggi diri dan mengejar duit dan pangkat.
Sebaliknya tanamkan diri kita dengan motivasi untuk memperbaiki diri agar menjadi
pendidik yang lebih berjaya, menambahkan lagi ilmu pengetahuan dan pengalaman,
serta niat mendapatkan lebih banyak peluang bagi mencurahkan lebih banyak ilmu

dengan orang ramai.


InshaAllah dengan niat dan iltizam yang betul, semoga kita beroleh kejayaan! Sekurangkurangnya tidak lah kita kecewa menonggeng sangat kalau-kalau permohonan kita tidak
berjaya nanti..

Akhir kalam daripada saya, berusahalah yang sebaik mungkin. InshaAllah dengan
kesungguhan, semua orang pasti beroleh kejayaan. Saya yakin ramai lagi guru-guru
HEBAT di luar sana. Cubalah peluang ini bagi membuka peluang lebih besar kepada
kita untuk mencurahkan ilmu, inshaAllah! Semoga berjaya!!

Time Based Berasaskan Kecemerlangan (TBBK)


Selasa, Oktober 15, 2013 Hal Guru 17 comments
Time-Based Berasaskan Kecemerlangan TBBK ini sebenarnya telah mula diwar-warkan
kepada pegawai bermula daripada tahun 2011 lagi. Kemudiannya melalui fasa tempoh
peralihan sepanjang tahun 2012 bagi membolehkan pegawai melakukan persediaan
dalam urusan kenaikan pangkat secara time-based berasaskan kepada kecemerlangan.
Maka pada tahun 2013, bermula daripada 1 Januari bermulalah secara rasminya
pelaksanaan TBBK ini. Jom kita tengok perkara ini dengan lebih mendalam.
Latar Belakang
1. Kerajaan telah bersetuju untuk menambah baik dan memperkukuhkan lagi kaedah
kenaikan pangkat PPP berdasarkan prinsip TBBK sebagai kesinambungan kepada
transformasi kecemerlangan dalam perkhidmatan perguruan.
2. PPP yang layak dinaikkan pangkat pada 1 Januari 2012 hingga 30 Jun 2013 adalah
tertakluk kepada syarat kenaikan pangkat yang telah ditetapkan iaitu hanya mengambil
kira markah LNPT dan tempoh perkhidmatan sahaja. Mulai 1 Julai 2013, penilaian

tahap kecemerlangan dikuat kuasakan selaras dengan surat Jabatan Perkhidmatan


Awam Malaysia JPA. BK (S) 255/4/5 Jld. 5 (56) bertarikh 13 April 2012 dan JPA.BK(S)
255/4/5 Jld. 7(13) bertarikh 10 Januari 2013.
3. Pelaksanaan Penilaian Tahap Kecemerlangan telah dikuatkuasakan selaras dengan
surat JPA rujukan JPA.BK(S)134/4/8-4(74) bertarikh 22 Ogos 2013 mengenai
Pemakluman Keputusan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pelajaran Bil.4
Tahun 2013 yang bersidang pada 17 Julai 2013.
4. Kenaikan pangkat TBBK dilaksanakan tanpa kekosongan jawatan setelah PPP
memenuhitempoh perkhidmatan dan syarat-syarat lain termasuk penilaian tahap
kecemerlangan oleh Panel Penilai.
5. Kriteria Kecemerlangan ini telah dipersetujui bersama NUTP dan KONGRES dan
telah diluluskan oleh LKPPP di JPA.
6. Tempoh perkhidmatan bagi kenaikan pangkat secara TBBK adalah seperti berikut:

Tujuan Pelaksanaan
1. Memaklumkan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Perjawatan
dan Gaji Pekerja-Pekerja Sektor Awam (JKK-MPGSA) Berhubung Pelaksanaan
Penilaian Tahap Kecemerlangan Bagi Kenaikan Pangkat Secara TimeBased Berasaskan Kecemerlangan (TBBK) bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan
(PPP).
2. Y.A.B. Perdana Menteri dalam mesyuarat JKK-MPGSA pada 7 Disember 2012 telah
bersetuju agar tarikh kuatkuasa pemakaian Kriteria Tahap Kecemerlangan dalam urusan
kenaikan pangkat secara TBBK dipinda kepada 1 Julai 2013.

3. Memaklumkan kelulusan Kaedah Pelaksanaan Penilaian Tahap Kecemerlangan


Urusan Kenaikan Pangkat Secara Time-Based Berasaskan Kecemerlangan (TBBK)
Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Dan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan
Lepasan Diploma di Kementerian Pendidikan Malaysia adalah berdasarkan surat JPA
rujukan JPA.BK(S)134/4/8-4(74) bertarikh 22 Ogos 2013.
4. Menjelaskan kaedah pelaksanaan Kriteria Tahap Kecemerlangan kepada Panel
Penilai dan Pegawai yang menguruskan urusan kenaikan pangkat PPP.
Pelaksanaan
1. Kriteria Tahap Kecemerlangan adalah berdasarkan 4 kategori PPP
Guru
Pensyarah
Ketua Jabatan/ Pengetua/ Ketua Unit/ Guru Besar/ Penolong Kanan
Lain-lain Pegawai

2. Wajaran Pemarkahan

Syarat Pemarkahan
1. Pencapaian keseluruhan (LNPT dan kriteria kecemerlangan) yang perlu dicapai
adalah 80% dan ke atas
2. Kelulusan cadangan kriteria kecemerlangan bagi pelaksanaan TBBK di KPM adalah
seperti jadual berikut:-

3. Mulai 1 Januari 2014, markah minimum LNPT diselaraskan kepada 80% bagi semua
gred
Panel Penilai
1. Bertanggung jawab untuk menilai dan memperaku PPP yang layak untuk
dipertimbangkan kenaikan pangkat.
2. Terdiri daripada Pengerusi dan sekurang-kurangnya dua (2) orang ahli atau lebih
dalam jumlah yang ganjil.
3. Penilaian adalah berdasarkan dokumen yang telah disahkan dan dikepilkan bersama
dengan Borang Penilaian Tahap Kecemerlangan.
4. Bersidang dalam tempoh yang ditetapkan.
5. Penilaian hendaklah dibuat di tempat bertugas semasa PPP.
Panel Rayuan
1. PPP yang tidak diperaku oleh Panel Penilai boleh mengemukakan rayuan

dalam tempoh 30 haridari tarikh keputusan diterima dengan menggunakan Borang


Rayuan.
2. Rayuan hanya boleh dibuat sekali (1) sahaja untuk sesuatu urusan penilaian tahap
kecemerlangan.
3. Panel Rayuan bertanggung jawab untuk membuat penilaian semula ke atas pegawai
yang tidak diperaku. Panel ini terdiri daripada Pengerusi dan seorang ahli sahaja.
4. Panel Rayuan hendaklah bersidang dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh rayuan
diterima. Keputusan rayuan adalah berdasarkan semakan semula dokumen sokongan
dan Borang Penilaian Tahap Kecemerlangan PPP.
5. Panel Rayuan perlu melengkapkan Borang Laporan Panel Rayuan Tahap
Kecemerlangan dan mengemukakan keputusan rayuan kepada Ketua Jabatan dalam
tempoh seminggu dari tarikh Panel Rayuan bersidang.
6. Ketua Jabatan hendaklah mengemukakan perakuan berdasarkan keputusan Panel
Rayuan kepada urus setia BPSM di KPM untuk pertimbangan dan keputusan LKPPP.
Entri : Prosedur Rayuan bagi guru yang gagal TBBK

[HOT]

Calon Gagal Urusan Kenaikan Pangkat


1. Bagi pegawai yang gagal dalam urusan kenaikan pangkat, Ketua Jabatan hendaklah
mengemukakan semula perakuan kenaikan pangkat pegawai selepas tempoh satu (1)
tahun dari tarikh pegawai pertama kali dipertimbangkan. Tarikh kuat kuasa kenaikan
pangkat pegawai yang dipertimbangkan semula adalah tidak kurang satu (1) tahun
daripada tarikh pegawai layak dinaikkan pangkat secara TBBK.

10

2008 UPSR
76.83% Petaling Perdana 7A 2007 28
53 4A5A6A 7A

KSSR
2016 6

1 murid 1sukan

Anda mungkin juga menyukai