Anda di halaman 1dari 29

Definisi Budi Bahasa dan Nilai-Nilai Murni

Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, budi ditakrifkan sebagai kebajikan, bahasa
sebagai sistem lambang yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu
kelompok manusia
Dato Dr Hassan Ahmad berkenaan dengan budi. Kata beliau Makna perkataan budi ini
luas, tidak terhad pada makna yang berkaitan dengan tingkah laku atau pekerti
manusia sahaja, tetapi mencakup seluruh aspek tindakan, perbuatan dan pemikiran
manusia yang melahirkan, mengaturkan dan menentukan peradaban atau tamadun
manusia. Istilah lain yang boleh kita samakan maknanya dengan perkataan budi adalah
adab atau budaya.
Menurut Clyde Kluckhohn, nilai adalah suatu standard yang agak berkekalan dari segi
masa, atau dalam pengertian yang luas, suatu standard yang mengaturkan satu sistem
perlakuan. Beliau juga menaktifkan nilai sebagai satu `preference', iaitu sesuatu yang
lebih disukai, baik mengenai hubungan sosial, mahupun mengenai matlamat-matlamat
serta ikhtiar untuk mencapainya.
Wan Mohd. Zahid mentakrifkan nilai murni sebagai: "Nilai-nilai murni merupakan
tanggapan berkenaan perkara-perkara yang dihajati dan pada masa yang sama juga
menjadi kriteria atau ukuran. Nilai-nilai murni sesuatu masyarakat biasanya diasaskan
kepada agama. Memang menjadi tujuan semua agama, untuk membentuk kehidupan
penganutnya untuk menjadi baik dan berakhlak mulia"(Wan Mohd. Zahid, 1988)
Budi bahasa dan nilai-nilai murni boleh disimpulkan sebagai budi pekerti, tingkahlaku,
perangai atau perlakuan yang diamalkan seseorang semasa berinteraksi dengan orang
lain berdasarkan neraca atau nilai baik yang disepakati bersama. Budi bahasa juga
menunjukkan kejernihan fikiran, ketinggian akhlak dan akal budi seseorang atau
sesuatu bangsa.
Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata, sedasarwasa ini sering meniti dari
bibir ke bibir umat manusia di segenap empat penjuru dunia ini tentang peranan ibu
bapa dalam melahirkan masyarakat yang penyayang. Obligasi yang wajib dipikul oleh

ibu bapa semakin kerap dipaparkan melalui dada-dada media cetak mahupun media
elektronik. Pembentukan masyarakat penyayang sering dipolemikkan dan dijadikan
agenda utama untuk dibahaskan di parlimen ataupun di warung-warung kopi.
Pembentukan masyarakat penyayang dianggap amat penting kerana hal ini merupakan
asas bagi masyarakat untuk mengamalkan sikap sayang-menyayangi, hormatmenghormati, bekerjasama, bantu-membantu, dan pemupukan nilai-nilai murni yang
lain. Masyarakat penyayang ini telah menjadi impian negara kita untuk merealisasikan
Wawasan 2020. Oleh itu, terdapat pelbagai langkah pragmatik dan efektif yang perlu
diambil oleh ibu bapa untuk melahirkan masyarakat penyayang.

Bapa borek anak rintik merupakan peribahasa yang sering berlegar-legar dan bermainmain di segenap kehidupan harian rakyat Malaysia. Daripada realiti ini, dapatlah kita
katakan bahawa ibu bapa perlu menunjukkan teladan yang baik. Walau bagaimanapun,
terdapat juga ibu bapa yang berperangai buruk dan menunjukkan sikap negatif seperti
merogol, mendera dan sebagainya. Dalam konteks ini, ibu bapa perlu menjadi entiti
mithali kepada anak-anak yang masih belum keras ubun-ubunnya sejak kecil lagi
kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Sejak kecil lagi, ibu bapa perlu
menampilkan sikap penyayang kepada anak-anak. Sebagai contoh, ibu bapa boleh
membawa anak-anak menziarahi orang tua di kampung. Lama-kelamaan anak-anak
akan mengikut tabiat yang positif ini dan masyarakat yang penyayang akan dapat
dilahirkan. Tegasnya, peranan ibu bapa amat penting dalam melahirkan masyarakat
yang penyayang.

Seperti yang telah dinyatakan, ibu bapa memainkan peranan yang sangat penting
kepada anak-anak supaya dapat melahirkan masyarakat yang penyayang. Ibu bapa
sewajarnya memberikan kasih sayang yang sepenuhnya kepada anak-anak bagi
mengelakkan mereka terlibat dalam gejala yang negatif. Ibu bapa boleh meluangkan
masa untuk menemani anak-anak mereka pada masa lapang dan merancang aktiviti
yang berfaedah bersama-sama anak-anak mereka. Perkara ini amat berkesan

berbanding ibu bapa yang hanya tahu bekerja sahaja dan memenuhi segala permintaan
anak mereka tanpa meluangkan masa untuk anak-anak mereka. Biar kita ambil contoh,
ibu bapa boleh cuba berkomunikasi dengan anak-anak mereka dan memahami
masalah-masalah yang dihadapi oleh mereka serta memberikan sokongan kepada
mereka supaya mereka dapat menyelesaikan masalah. Dengan berbuat sedemikian,
jalinan ukhuwah antara ahli-ahli keluarga akan menjadi lebih baik dan anak-anak akan
dapat merasai kasih sayang yang secukupnya daripada keluarga mereka serta tidak
terlibat dengan gejala negatif semata-mata untuk meraih perhatian daripada ibu bapa.
Hal ini bersesuaian dengan peribahasa yang berbunyi bagai menatang minyak yang
penuh. Oleh itu , ibu bapa mesti memberikan perhatian terhadap anak-anak dan
memberikan kasih sayang yang sepenuhnya kepada anak-anak mereka untuk
melahirkan masyarakat yang penyayang .

Namun demikian, suatu hakikat yang tidak boleh dikesampingkan ialah ibu bapa harus
memberikan didikan agama atau didikan moral yang secukupnya kepada anak-anak.
Ibu bapa perlulah menekankan kepentingan ajaran agama terhadap pembentukan
sahsiah remaja kerana didikan agama dan moral dapat menjamin kekuatan iman
remaja agar mereka dapat membezakan antara perkara yang baik dengan perkara
yang buruk. Seterusnya, mendorong remaja mengawal tingkah laku mereka supaya
tidak melakukan perkara-perkara yang bukan sahaja menjatuhkan maruah diri malah
mencalar maruah keluarga. Tanggapan sesetengah ibu bapa bahawa tanggungjawab
mereka tidak lebih daripada menyekolahkan dan menyediakan makan minum anakanak serta tempat tinggal memang tidak benar sama sekali. Mereka juga harus
memastikan anak-anak mereka mendapat didikan agama atau didikan moral yang
sempurna supaya mereka mempunyai pemikiran yang positif. Sebagai contoh, ibu bapa
perlulah meluangkan masa untuk memberikan didikan agama kepada anak-anak sejak
mereka masih kecil lagi. Didikan agama yang dibekalkan kepada remaja dapat
memastikan bahawa anak-anak mereka mempunyai benteng jati diri yang kukuh
sekukuh Tembok Besar China untuk menolak ajakan rakan-rakan yang tidak bermoral
untuk melibatkan diri dalam kebejatan sosial yang mampu mencemarkan imej diri dan

merosakkan nama baik sesebuah institusi keluarga. Kurangnya penglibatan remaja


dalam kancah sosial merupakan agenda yang boleh mempengaruhi sekali gus
melahirkan masyarakat penyayang dengan secepat mungkin dan masyarakat Malaysia
dapat dijadikan suri teladan yang baik kepada masyarakat dunia.

Pada realitinya, dewasa ini memang sukar dinafikan ibu bapa juga perlu mendedahkan
anak-anak mereka dengan aktiviti masyarakat setempat dalam melahirkan masyarakat
penyayang. Dalam menyoroti hal ini, ibu bapa tidak seharusnya membiarkan anak-anak
mereka menjadi seperti katak di bawah tempurung dengan hanya membataskan
pergerakan anak mereka di dalam rumah sahaja dek takut mereka akan terlibat dengan
gejala negatif di luar rumah. Sebagai analoginnya, ibu bapa boleh membawa anak-anak
mereka menyertai aktiviti gotong-royong yang dianjurkan pihak tertentu di kawasan
perumahan. Hal ini sudah pasti dapat menerapkan nilai-nilai murni seperti bekerjasama
dan bersatu padu antara anak-anak dan ahli-ahli komuniti setempat. Tidak mustahil
rasanya jika prakarsa ini dipraktikkan dan diaplikasikan dalam kehidupan anak-anak
kerana di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Anak-anak akan dapat menimba
pengalaman seperti menghargai dan dihargai apabila mereka bekerjasama dalam
aktiviti bergotong-royong bersama-sama penduduk setempat kerana mereka akan
saling beramah mesra dan saling membantu dalam menyiapkan tugas masing-masing.
Deduksinya, pendedahan anak-anak terhadap aktiviti masyarakat setempat merupakan
salah satu elemen penting bagi melahirkan masyarakat penyayang.
Pada asasnya, nilai murni adalah nilai bersifat universal yang memprojekkan kepada
adab yang terpuji, peradaban dan tatasusila individu dalam kerangka perhubungannya
dengan tuhan, manusia dan alam. Perbincangan nilai murni cenderung membahaskan
domain-domain nilai substantif seperti agama, rohaniah, moral dan estetika yang
mencetuskan stimulasi yang positif seperti ketenangan emosi, kedamaian pemikiran,
jiwa yang bersih dan keluhuran akal budi manusia. Nilai murni juga merangkumi set-set
nilai yang terdiri daripada nilai instrumental, nilai mutakhir dan nilai integratif.
Berdasarkan kepada penjelasan ini, dapatlah difahami bahawa unsur-unsur alam dan
benda yang lain diluar kategori manusia dianggap tidak mempunyai nilai murni.Nilai-

nilai murni merupakan amalan baik yang perlu ada pada setiap orang supaya segala
tindakan mereka tidak menyeleweng dari norma-norma sosial yang dikehendaki dalam
masyarakat. Nilai-nilai murni ini dapat melahirkan insan yang unggul dan utopia demi
merealisikan misi nasional negara. Sejajar dengan itu, subjek Pendidikan Moral dan
Pendidikan Islam telah diajar di sekolah-sekolah untuk membentuk generasi muda yang
sentiasa mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan mereka. Selain itu, ibu bapa
juga perlu memainkan peranan penting untuk memastikan wujudnya nilai-nilai murni
dalam diri anak-anak mereka. Selain itu, perlu adanya nilai-nilai murni dalam kehidupan
adalah untuk membentuk masyarakat yang berpegang teguh kepada ajaran agama.
Kepatuhan kepada agama dapat membentuk insan mulia yang sentiasa patuh kepada
Tuhan dan setia kepada negara. Oleh itu, ibu bapa perlu menerapkan nilai-nilai murni
yang terdapat dalam doktrin agama masing-masing ke dalam jiwa anak-anak.
Tambahan pula, nilai-nilai murni yang berasaskan agama penting untuk membentuk
masyarakat yang bersatu padu.
Pada alaf baharu ini, ibu bapa diberikan peranan yang penting kepada masyarakat dan
negara. Media cetak mahupun media elektronik sering menyiarkan obligasi yang wajib
dipikul oleh ibu bapa. Dalam kalangan ibu bapa dalam masyarakat hari ini selalu diberi
perhatian oleh orang ramai terutamanya kerajaan dalam hal yang bersangkut-paut
dengan pembentukan masyarakat penyayang. Mantan Perdana Menteri Malaysia ke-5
iaitu Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi memberitahu bahawa membentuk
masyarakat penyayang amat penting sekali. Masyarakat penyayang merupakan
masyarakat yang anggotanya mengamalkan sikap yang sayang-menyayangi, hormatmenghormati, bantu-membantu, dan nilai murni yang lain. Masyarakat seperti ini
menjadi impian negara kita untuk merealisasikan Wawasan 2020. Oleh itu, terdapat
pelbagai langkah-langkah pragmatik yang boleh diambil oleh ibu bapa untuk
membentuk masyarakat penyayang.

Peranan ibu bapa yang paling signifikan ialah ibu bapa perlu memberikan kasih
sayang kepada anak-anak. Ibu bapa seyogianya membesarkan anak-anak dengan
penuh kasih sayang bagai menatang minyak yang penuh. Namun begitu, terdapat
kalangan ibu bapa yang mengabaikan anak-anak mereka. Hal ini kerana ibu bapa
tersebut lebih mementingkan kemewahan hidaup dan kekayaan. Oleh itu, ibu bapa
seharusnya lebih banyak meluangkan masa dengan anak-anak mereka pada alaf
globalisasi ini. Kasih sayang ibu bapa dapat dilihat melalui kesanggupan ibu bapa
meluangkan masa bersama dengan anak-anak. Pada masa itu, ibu bapa harus
berkongsi masalah anak-anak dan menjadi pendengar setia kepada setiap luahan hati
anak-anak. Contohnya, ibu bapa boleh membawa anak-anak mereka semasa cuti
sekolah untuk mengeratkan hubungan dan mengurangan tekanan anak-anak dalam
aspek pembelajaran serta ibu bapa. Dengan ini, bibit-bibit kasih sayang akan mekar
dalam jiwa anak-anak. Jadi, impian ibu bapa atau negara untuk membentuk masyarakat
penyayang akan tercapai jua.

Selain itu, ibu bapa sewajarnya memberikan didikan agama yang sempurna
kepada anak-anak semenjak kecil lagi bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari
rebungnya. Akan tetapi, ibu bapa kini terlalu mengagung-agungkan kemodenan
sehingga mengabaikan tanggungjawab hakiki mereka dalam mencurahkan

didikan

agama kepada nanak-anak. Hal ini berlaku kerana mereka beranggapan bahawa
didikan agama tidak penting dalam arus kemajuan teknologi satelit masa kini. Oleh itu,
ibu bapa sewajarnya menerapkan didikan agama kepada anak-anak mereka. Hal ini
dikatakan demikian kerana setiap agama amat mementingkan hubungan baik dengan
Pencipta, sesama manusia dan alam sekitar. Hai ini akan tercapai dengan adanya nilai
kasih sayang dalam kehidupan. Misalnya, mereka perlu menggalakkan anak-anak
mengikuti kelas agama supaya anak-anak akan menjadi insan yang penyayang. Di
samping itu, mereka seharusnya memberikan pengajaran yang baik kepada anak-anak
mereka ketika anak-anak itu masih dalam buaian lagi. Jelaslah, hasrat ibu bapa dalam
melahirkan generasi yang penyayang akan menjadi kenyataan pada suatu hari nanti
melalui didikan agama yang teguh.

Seperkara lagi itu, ibu bapa seharusnya menunjukkan contoh teladan yang baik
kepada anak-anak. Namun demikian, terdapat kalangan ibu bapa yang berperangai
buruk seperti menjadi pendera, perogol dan sebagainya. Oleh itu, ibu bapa perlu
menjadi entiti mithali kepada anak-anak yang masih belum keras ubun-ubunnya sejak
kecil lagi kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Hal ini dikatakan demikian
kerana ibu bapa perlu menunjukkan sikap yang penyayang kepada anak-anak sejak
kecil lagi seperti sering membawa anak-anak menziarahi orang tua di kampung. Lamakelamaan generasi muda akan mengikut tabiat yang positif ini dan masyarakat
penyayang akan dilahirkan. Ringkasnya, peranan ibu bapa amatlah besar dalam
melahirkan masyarakat yang penyayang pada alaf globalisasi ini.

Jika kita tinjau dari perspektif yang berbeza pula, ibu bapa juga harus menjaga
keharmonian rumah tangganya. Hal ini dikatakan demikian kerana kerharmonian rumah
tangga dapat mewujudkan sebuah keluarga yang bahagia dan hidup dengan penuh
limpahan kasih sayang. Ikatan kasih sayang yang teguh daripada ibu bapa sudah pasti
dalam membentuk jiwa anak-anak dengan nilai kasih sayang dan sekali gus mereka
akan mencontohi sikap penyayang ibu bapa mereka kerana kepimpinan melalui
teladan. Ibu bapa seyogianya memastikan hubungan kekeluargaan sesama ahli
keluarga erat bagi melahirkan keluarga yang penyayang. Hal ini dapat dipraktikkan
dengan mengelakkan sebarang pergaduhan dan pertengkaran di hadapan anak-anak
yang masih belum keras ubun-ubunnya dan sentiasa menghormati pasangan hidup
masing-masing. Dengan adanya sikap toleransi dan hormat-menghormati ditambah lagi
dengan kasih sayang maka impian kita untuk melahirkan masyarakat yang penyayang
dapat dilahirkan.

Bukan itu sahaja, ibu bapa juga haruslah melibatkan anak-anak dalam aktiviti
masyarakat. Ibu bapa seyogianya mendekatkan anak-anak mereka dengan masyarakat
setempat bagi mewujudkan hubungan yang baik dengan masyarakat. Dengan ini, anak-

anak akan dapat mengenali ahli komunitinya dengan lebih dekat lagi dan perasaan
sayang akan timbul dalam sanubari mereka kerana kata orang, tak kenal maka tak
cinta, sudah kenal baru jatuh cinta. Contohnya, ibu bapa boleh mengajak anak-anak
untuk menyertai gotong-royong di kawasan tempat tinggal atau solat berjemaah di
surau atau di masjid. Bukan itu sahaja, keprihatinan ibu bapa tatkala jiran kita ditimpa
musibah dengan menghulurkan sedikit sumbangan sama ada dari sudut fizikal, material
dan sokongan sudah tentu dapat membuka mata anak-anak untuk membuat perkara
yang sama apabila mereka dewasa kelak. Secara implisitnya, perasaan kasih sayang
akan mekar dalam kehidupan masyarakat kita. Sesungguhnya, hubungan silaturahim
yang erat mampu melahirkan masyarakat yang penyayang.

Secara deduksinya, ibu bapa memainkan peranan yang signifikan dalam


melahirkan masyarakat yang penyayang. Namun begitu, tindakan mengharapkan ibu
bapa semata-mata juga tidak akan berkesan kerana bertepuk sebelah tangan takkan
berbunyi. Setiap individu dalam kalangan masyarakat harusnya mengambil

inisiatif

untuk melakukan anjakan paradigma bagi merealisasikan pembentukan masyarakat


penyayang dalam kalangan rakyat Malaysia. Dengan cara ini, masyarakat kita akan
dipandang tinggi sebagai sebuah bangsa yang bukan sahaja maju dari aspek
kebendaannya, justeru kaya dengan budaya penyayang. Secara tidak langsung juga,
imej negara akan harum di persada dunia dan masyarakat Malaysia akan dianggap
sebagai masyarakat kelas pertama kerana ketinggian akhlaknya bak kata pujangga,
Sesungguhnya bangsa akan kekal utuh selagi akhlaknya masih utuh. Jika akhlaknya
sudah lumpuh, mereka pun akan lenyap.
Antara peranan-peranan yang perlu dilaksanakan oleh ibu bapa bagi membentuk anakanak mereka ke arah yang baik ialah ibu bapa hendaklah memberi didikan yang
secukupnya kepada anak-anak. Ibu bapa mestilah mendidik anak mereka sejak kecil
lagi dengan akidah, akhlak dan keagamaan bagi memperkukuhkan jati diri remaja pada
masa akan datang. Selain itu, ibu bapa juga bertanggungjawab member anak-anak
mereka pendidikan yang terancang sejak kecil dan pendidikan di sekolah. Pendidikan
bagi anak-anak amat penting supaya mereka mengetahui hala tuju dan masa depan

mereka. Ibu bapa juga hendaklah mendidik dan mendisiplinkan anak-anak agar menjadi
orang yang berguna pada masa hadapan. Ibu bapa juga sepatutnya menekankan
kepada anak-anak bahawa mereka salah seorang yang akan menjadi pemimpin
masyarakat dan negara suatu hari nanti. Jika seseorang pemimpin tidak bermoral dan
berakhlak, maka rosaklah negara pada masa akan datang.

Selain itu, ibu bapa perlu memainkan peranan dengan berhubungan baik dengan
masyarakat agar sama-sama memantau pergerakan anak-anak. Sebagai contoh, ibu
bapa hendaklah memastikan jiran-jiran mengenali anak-anak mereka dan mengambil
berat tentang pergerakan anank-anak pada setiap masa. Ibu bapa dan masyarakat
hendaklah sama-sama berganding bahu bagi membendung gejala sosial yang kian
merebak. Sebagai contoh, sebagai masyarakat yang cakna, kita sepatutnya menegur
remaja-remaja yang melakukan perkara yang tidak sepatutnya, bukan mengutuk ibu
bapa mereka dan remaja tersebut. Kempen kesedaran juga amat penting kepada anakanak remaja bagi membentuk peribadi mereka ke arah yang lebih baik. Dengan cara
ini, mereka akan lebih mengetahui dan dapat membezakan antara yang baik dengan
yang buruk. Kita juga dapat melahirkan remaja yang berfikiran positif dan bebas
daripada perkara-perkara yang tidak sepatutnya.

Peranan terakhir yang sepatutnya dilakukan oleh ibu bapa ialah menitikberatkan
tentang aktiviti harian anak-anak mereka pada setiap masa. Ibu bapa perlu memberikan
sepenuh perhatian dan kasih sayang terhadap anak-anak terutamanya ketika mereka di
usia remaja. Selain itu juga, ibu bapa mestilah mengawasi pergerakan anak-anak
terutamanya dimana mereka berada dan dengan siapa mereka berkawan. Ini kerana,
seperti yang kita ketahui, remaja sekarang mudah terpengaruh dengan kenakalan dan
isu sosial yang di sebabkan oleh faktor persekitaran, rakan-rakan dan sebagainya.
Faktor ini amat penting bagi ibu bapa untuk memantau anak-anak mereka. Jika faktor
ini diabaikan, besar kemungkinan mereka mudah terpengaruh dan terjebak dengan

masalah sosial. Dan yang terakhir ialah, ibu bapa hendaklah menerapkan nilai-nilai
murni dalam diri setiap anak-anak bagi membentuk peribadi yang mulia.

Sebagai kesimpulannya, membentuk anak tidak semudah membina bangunan.


Kehidupan anak memerlukan pemantauan, bimbingan dan didikan yang betul mengikut
landasan keagamaan. Ada anak yang boleh didisiplinkan dengan cara lembut, perlahan
dan dengan penuh kasih sayang. Tidak kurang juga anak sekarang memerlukan
kaedah disiplin yang tegas dan keras. Oleh itu, setiap individu perlulah mengambil berat
terhadap masyarakat dan keluarga mereka daripada ke kancah gejala sosial yang
semakin kritikal di negara kita kini. Dengan ini, kita juga dapat melahirkan masyarakat
yang berakhlak tinggi sekaligus menjadikan Malaysia sebuah negara yang bertamadun.

Dalam usaha merealisasikan hasrat melahirkan pelajar berakhlak mulia di sekolah,


seluruh warga sekolah dan institusi yang berkaitan dengan sekolah perlu digerakkan
dan diselaraskan gerak kerjanya. Di antara pihak yang perlu digembeling tenaga ialah :
i. Guru-guru
ii. Murid-murid
iii. Kakitangan sekolah
iv. Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG)
i) Guru
Guru-guru adalah komponan penting dalam merealisasikan hasrat ini. Guru-guru perlu
menjadi contoh dan teladan kepada pelajar-pelajar mereka. Guru sebagai nukleus
perubah akhlak dan budi bahasa pelajar telah ditegaskan oleh Ketua Pengarah
Pelajaran Malaysia dalam perutusan Perayaan Hari Guru 2007 yang bertemakan Guru
Penjana Modal Insan Gemilang dengan katanya:

....dalam usaha menyuntik nilai murni kepada murid, guru perlu terlebih dahulu menjadi
contoh pengamal dan pemelihara nilai-nilai tersebut. Ini adalah kerana tutur kata dan
tindak tanduk guru menjadi perhatian dan rujukan murid, ibu bapa dan masyarakat.
Oleh itu, guru harus memiliki peribadi yang cemerlang dan menjadi teladan atau role
model terbaik kepada anak didik dan masyarakatnya. Guru sebagai ibu bapa kedua
berperanan mencorak masa depan murid. Sikap proaktif, berdaya saing, bersemangat
kental, berakhlak mulia dan ketrampilan diri perlu menjadi amalan dan budaya kerja.
Hanya guru yang versatile dapat menghasilkan generasi murid yang berkualiti iaitu
murid yang mampu mencipta kelainan, mampu memberi sumbangan bermakna kepada
diri, keluarga, masyarakat dan negara serta mampu menjadi modal insan yang
gemilang...

ii) Kakitangan Sekolah


Satu lagi golongan penting dalam membantu merealisasikan hasrat melahirkan pelajar
berakhlak mulia ialah kakitangan sekolah bukan guru. Mereka juga perlu memahami
dan menghayati misi dan visi sekolah serta hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia
untuk melahirkan pelajar berakhlak mulia. Mereka juga menjadi cermin dan rujukan
pelajar selama berada di sekolah. Oleh itu amat penting kakitangan sekolah juga
mempastikan mereka berakhlak mulia dengan berbudi bahasa dan menghayati nilainilai murni yang dihayati bersama.

iii) Pelajar-Pelajar
Golongan pelajar adalah golongan sasar dalam merealisasi hasrat ini. Kesediaan
pelajar perlu ada untuk merubah akhlak mereka. Mereka perlu difahamkan kepentingan
perubahan ini dengan perkongsian misi dan visi sekolah serta hasrat Kementerian
Pelajaran Malaysia. Halangan yang berlaku perlu dihadapi demi merealisasikan usaha
murni ini.

i) Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG)


PIBG adalah ases yang cukup baik antara guru dengan ibu bapa. Ibu bapa perlu
membantu hasrat sekolah demi masa depan anak-anak mereka. Ibu bapa adalah
cerminan pelajar sewaktu di rumah. Visi dan misi sekolah dalam melahirkan pelajar
berakhlak mulia perlu dikongsi bersama antara sekolah dan ibu bapa melalui PIBG.
Tindakan seiring sejalan antara sekolah dan PIBG perlu dipereratkan. Tindakan
sederap cukup penting supaya tiada pihak yang memandang rendah dan mengabaikan
aspek yang penting ini. Penglibatan ibu bapa dalam semua program sekolah perlu
diberi perhatian oleh PIBG.
Asas Dalam Merealisasikan Hasrat Melahirkan Pelajar
Berakhlak Mulia di Sekolah
Pelajar yang berakhlak mulia boleh dilahirkan dengan melihat kepada asas-asas
pembinaannya. Secara umumnya, seorang cendikiawan, Ibnu Maskawaih dalam
penulisannya Tahdzub Al Akhlaq menyenaraikan perkara-perkara yang menjadi asas
kepada perubahan seseorang,
Di peringkat sekolah pula, didikan moral yang positif dan nilai murni yang diterapkan
oleh guru, akan dapat mengelakkan diri pelajar daripada terjebak dalam pelbagai
pengaruh negatif luar yang tidak memberikan apa-apa faedah dan manfaat. Bekas
Perdana Menteri, Tun Sri Dr. Mahathir Mohamad memperkenalkan subjek Pendidikan
Moral di peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah adalah bertujuan memupuk
nilai-nilai murni remaja sejak di bangku sekolah. Hal ini demikian kerana negara
memerlukan generasi yang berpengetahuan, berwibawa dan berwawasan, berdisiplin,
hemah tinggi, dedikasi, berfikiran luas serta positif.
Guru-guru dan keadaan sekolah yang kondusif boleh membantu para pelajar untuk
mewujudkan nilai murni dalam diri mereka. Kewujudan nilai-nilai murni ini dapat
melahirkan pelajar yang cemerlang bukan sahaja dalam bidang akademik, tetapi juga
bidang kokurikulum. Sebagai contohnya, guru-guru yang menunjukkan sikap positif

boleh menjadi role model kepada para pelajar. Tambahan pula, keadaan sekolah yang
kondusif dan lengkap dengan kemudahan pembelajaran dapat memudahkan para
pelajar belajar dan seterusnya dapat memupuk sikap posif dalam diri mereka. Begitulah
caranya sekolah dapat membantu para pelajarnya menjadi seorang yang memiliki nilanilai murni dalam diri mereka.
Tidak dapat dinafikan bahawa masyarakat pada hari ini terlalu materialistik dan
mementingkan kemewahan. Oleh itu, tanggapan sesetengah pihak yang menganggap
kononnya nilai kasih sayang yang boleh ditukar ganti dengan harta benda merupakan
satu kesilapan besar. Sebenarnya, gejala sosial yang semakin berleluasa ini berpunca
daripada kekurangan kasih sayang daripada ibu bapa mereka. Ibu bapa terlalu sibuk
dan tiada masa untuk menerapkan nilai-nilai murni kekeluargaan seperti kesopanan,
adab dan kelakuan yang baik kepada anak-anak. Oleh itu, dalam usaha memupuk nilai
murni dalam diri anak-anak, ibu bapa perlu sentiasa bersikap prihatin terhadap anak
mereka bagi membina sebuah keluarga yang harmoni.
Pengaruh Persekitaran Sekolah
Pengaruh sekolah adalah kedua pentingnya berbanding dengan pengaruh keluarga.
Selain daripada belajar perkara-perkara yang berkaitan dengan akademik di dalam bilik
darjah, murid juga sebenarnya mempelajari perkara-perkara yang berkaitan dengan
kehidupan daripada interaksinya dengan rakan-rakan dan kakitangan sekolah.Banyak
perkara yang menjadi pegangan dan ikutan murid sama ada yangpositif mahupun
negatif. Sepanjang berada di sekolah, murid-murid biasanya mengambil sikap sama
ada memerhati, memahami, menghayati, mencuba dan mengambil bahagian apa-apa
perkara baru yang dialami, dilihat dan dipelajarinya.Berhubung dengan salah laku murid
dan isu mengamalkan nilai-nilai murniyang dikira boleh memberi pengaruh kepada
tingkah laku tersebut adalah disiplin sekolah yang longgar. Kemajuan dan pencapaian
anak-anak di sekolah tidak diambil pedulioleh ibu bapa. Guru-guru tidak mengambil
tahu masalah yang dihadapi oleh pelajar-pelajar d. Suasana perhubungan yang tidak
mesra antara pelajar-pelajar sesamamereka dan hubungannya dengan guruguru.Ketika di sekolah, interaksi berlaku antara murid dengan orang dewasa seperti
guru-guru, kakitangan sekolah dan juga pengusaha kantin sekolah danantara murid

dengan sesama mereka.Interaksi yang mesra antara warga sekolah akan membentuk
suasana harmoni dan hormat menghormati dan sebaliknyainteraksi yang kurang atau
tidak mesra langsung akan membentuk suasana yangtegang dan penuh dengan
permusuhan. Ianya boleh memberi kesan kepadatingkah laku murid. Akibat salah
faham, perasaan dendam, sakit hati, geram, kecewa danmarah yang bercampur aduk,
murid mungkin bertindak agresif seperti membakar bilik guru, merosakkan bilik darjah
dan harta sekolah, memecahkan cermin keretaguru, mencalarkan kereta guru,
memukul guru dan lain-lain yang melanggar disiplin sekolah. Pelanggaran disiplin akan
mengambarkan

penghayataan

nilai-nilai

murni

yang

amat

rapuh

dikalangan

murid.Organisasi dan struktur belajar di sekolah seperti pengagihan muridmengikut


pencapaian, pihak pentadbir yang menekankan peperiksaan, bentuk,struktur ganjaran
dan hukuman, sikap dan harapan guru kesemuanyamenggalakkan masalah moral dan
memberi kesan pembentukan sahsiah yangterpuji di kalangan murid-murid yang lemah
daripada segi akademik .Pihak sekolah harus bijak dalam mengatasi masalah di dalam
mengambiltindakan terhadap murid yang telah melakukan kesalahan kerana jika
berlakukesilapan di dalam mengambil tindakan ianya akan menambahkan lagi
masalahdi sekolah dan membantutkan penerapan nilai murni dikalangan murid.Oleh itu
pihak sekolah harus bijak di dalam menentukan tindakan atauhukuman yang perlu
dikenakan ke atas seseorang murid yang bermasalah agar tindakan yang diambil dapat
memberi kesan yang baik di dalam usahamenangani masalah tersebut.Keadaan
sekolah yang gagal menarik perhatian murid akan mendorongmurid tidak bersekolah
dan lebih selesa untuk berhenti dan bekerja bagimenampung hidup mereka. Ada kajian
mendapati satu pertiga daripada muridlelaki benci pada sekolah dan lebih suka bekerja
kerana mereka merasakansebahagian mata pelajaran di sekolah membosankan dan
tidak memberi manfaatkepada mereka.Selain itu, ada murid yang merasa rendah diri,
merasa malu dan takutkepada guru. Mereka merasakan diri mereka tidak dihargai oleh
guru dan jugarakan mereka kerana mereka lemah dalam pelajaran.
Murid seperti ini merasa bosan dan ada juga yang membenci guru dansekolah.
Terdapat juga guru yang mengajar secara sambil lewa menyebabkanmurid menjadi
kurang berminat dengan apa yang diajar oleh guru tersebut.Oleh kerana itu apabila
timbul perasaan bosan dan jemu dalam diri murid,mereka akan bertingkah laku negatif

seperti membuat bising, mengganggu kawanserta cuba untuk melarikan diri daripada
sekolah. Sudah tentu proses pengajarandan pembelajaran akan terganggu.Guru
memainkan peranan penting di dalm mendidik murid. Jadi hubunganyang lemah di
antara guru dan murid menyebabkan murid tidak berminat untukpergi ke sekolah. Para
guru mestilah bersikap adil serta mempunyai sifat-sifatyang mulia seperti keikhlasan,
kepatuhan, ketaqwaan, berfikiran terbuka, sentiasamenunjukkan kasih sayang dan
sentiasa memberi kemaafan kepada murid yangmelakukan kesalahan.Jika guru
bersikap sebaliknya, akan menimbulkan kekeliruan dankecelaruan untuk mengamal
dan menghayati nilai-nilai murni yang dipelajari danmungkin mencetuskan isu-isu
moral.Dengan sifat-sifat ini maka masalah salah laku pelajar di sekolah dapatdibendung
dan perkara ini akan lebh mudah diatasi. Guru dan sekolah perlumemainkan peranan
penting dalam menangani pelajar-pelajarnya daripadaterjebak dengan gejala salah
laku.Sekolah
yangberfaedah

dengan
dan

kerjasama
memberi

guru

manfaat

perlu
kepada

mengadakan
murid-muridnya

pelbagai
supaya

aktiviti
setiap

masamurid tidak disia-siakan dengan aktiviti yang tidak berfaedah dan seterusnya
akanmemantapkan sahsiah terpuji dikalangan murid-murid.
Pemasalahan akhlak masa kini menjadi semakin ketara di kalangan pelajar sekolah.
Sering terjadi pelajar terlibat dengan dadah, peras ugut, lepak atau berkeliaran di
tempat hiburan dan pasaraya. Sekolah memainkan peranan yang penting selepas
keluarga di dalam pembentukan akhlak dan ini jelas termaktub di dalam Falsafah
Pendidikan Negara dan melalui penerapan nilai dalam KBSM.Sejak kebelakangan ini,
apabila orang berbicara dan mengaitkan soal pendidikan, maka tidak terlepas isu moral
di kalangan pelajar atau remaja dibicarakan sebagai satu topik besar. Kalau pada suatu
masa dahulu, zaman sebelum perluasan pengaruh media komunikasi, terutama
sebelum meluasnya pengaruh media elektronik, sedikit sangat orang yang berbicara
dan mempersoal tentang moral. Malah pada zaman itu para pemimpin, cendiakawan
atau orang biasa banyak yang berbicara tentang kepasifan pelajar-pelajar dan remaja
kita. Pelajar-pelajar kita dikatakan kaku dan tidak berani tampil ke hadapan berhujah
untuk membentangkan pendapat. Pelajar-pelajar kita gagal berkomunikasi dengan baik.
Dengan kata lain, pelajar kita tidak agresif dan berani seperti sekarang.Tetapi keadaan
masa kini sudah jauh berubah. Pelajar-pelajar dan remaja kita sudah menerjah keluar

daripada kepompong kepasifan yang membelenggukan. Era baru dalam pembentukan


sahsiah golongan ini terpapar di hadapan mata kita. Era baru sahsiah golongan pelajar
dan remaja kita yang dulunya pasif, malangnya bukan berubah atau bertukar menjadi
manusia yang aktif malah memaparkan model kerosakan dan keruntuhan moral yang
semakin menjadi-jadi sehingga mengancam masa depan Negara.Di manakah silapnya?
Salahkah para guru mengasuh dan mendidik benih-benih muda ini? Atau apakah Dasar
Pendidikan Negara tidak berkesan? Mungkinkah unsur-unsur luaran amat berpengaruh
dan berkesan sehingga dapat mengubah halatuju dan pendirian serta sikap para pelajar
atau remaja kita? Segala-galanya berkemungkinan menjadi punca dan menjadi sebab
akibat menularnya kepincangan moral yang berleluasa dan akan berterusan jika tidak
dibendung secepat mungkin.Tetapi sebelum kita berbicara lebih lanjut tentang salah
silap yang berada di mana-mana, yang memungkinkan berlakunya kerosakan dan
keruntuhan moral, elok kita menyelak sejenak dan menghayati Falsafah Pendidikan
Negara yang menjadi dasar yang kuat bagi para pendidik dalam menghadapi tugas
seharian mereka.Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan kearah
memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi
melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran masyarakat dan Negara.2.0 Moral dan Akhlak: Latarbelakang IsuSistem
Pendidikan Negara sekarang boleh dikatakan terbaik dan mungkin ia diakui oleh dunia.
Walupun wujud sistem dualisme dalam pendidikan kita namun kelihatan semacam
kesepaduan antara ilmu naqliah dan aqliah. Sistem pendidikan masih menekankan
pendidkan moral, nailai dan aqidah melalui Pendidikan Agama Islam, Pendidikan Moral
dan penerapan nilai-nilai murni dalam pengajaran. Untuk menjayakan pendidikan moral
dan nilai dalam sistem pendidikan negara kita, setiap orang harus berusaha ke arah
memperbaiki kerosakan dan keruntuhan akhlak yang menjadi-jadi, di samping terus
menerapkan nilai-nilai akhlak yang baik selaras dengan tuntutan agama.Isu keruntuhan
akhlak telah menjadi perbincanagn hangat di kalangan masyarakat sekaramg. Isu ini
telah dibincangkan di semua peringkat masyarakat, dari kedai kopi, kaki-kaki lima,

sekolah, IPT hatta di Dewan Negeri dan Parlimen. Ini menunjukkan betapa seriusnya
masalah keruntuhan akhlak dalam masyarakat serta betapa pentingnya masalah
keruntuhan ini ditangani dengan sebaik-naiknya agar ia tidak menjadi lebih
parah.Keruntuhan akhlak telah berlaku di kalangan pemimpin peringkat atasan dalam
bentuk penyalahgunaan kuasa, pecah amanah, rasuah, minum arak dan berpoya-poya.
Gejala ini juga terdapat di kalangan remaja seperti pergaulan bebas, bohsia, lari dari
rumah, bersekedudukan dan lain-lain lagi. Selain itu, keruntuhan moral di kalangan
masyarakat dapat juga dilihat dalam bentuk putusnya hubungan kekeluargaan,
hilangnya rasa kasih sayang serta wujudnya sikap pulau memulau dan benci membenci
terutama di kalangan masyarakat Islam.Gejala keruntuhan akhlak pada umumnya
adalah disebabkan oleh kealpaan dan kelalaian masa lampau tentang betapa
pentingnya Pendidikan Akhlak Islam di ajar, disemai dan disuburkan dalam diri anakanak kita. Kesedaran terhadap pentingnya pengukuhan akhlak ummah dan moral
masyarakat telah diberi perhatian yang serius oleh kerajaan. Pada hari ini, beberapa
program telah dilancarkan yang bertujuan melahirkan rakyat berakhlak dan bermoral
tinggi.3.0 Konsep Moral dan AkhlakSecara kasar dan pada laras bahasa yang biasa
kedua-dua istilah di atas menampakkan maksud yang sama. Kedua-dua membawa
maksud perlakuan atau tingkah laku yang baik. Walau bagaimanapun kalau dihalusi
akan terserlah perbezaannya.Menurut T.Iskandar (1970) dalam Kamus Dewan
mengatakan moral adalah sesuatu yang berkaitan dengan apa yang betul dan adil.
Moral bermaksud perlakuan baik mengikut norma, peraturan dan ketetapan yang dibuat
dan dipersetujui oleh satu komuniti manusia. Pengertian ini betul untuk komuniti
tersebut, masa tersebut dan lingkungan yang tertentu sahaja. Dengan keadaan yang
lain persetujuan tersebut mungkin tidak berlaku. Dengan kata lain moral walaupun baik
dan betul tetapi tidak universal. Kebiasaannya moral lebih menekankan perhubungan
yang harmoni di antara manusia sesama manusia (disiplin-disiplin kemanusiaan) dan
hubungan yang harmoni di antara manusia dengan alam sekitar (disiplin-disiplin sains
tabii). Moral menekankan kepentingan dan keselesaan individu serta masyarakat tetapi
bersifat peribadi. Moral tidak membenarkan berlakunya krisis atau pertentangan
peribadi. Oleh sebab itulah nilai moral biasanya tidak dikaitkan dengan Maha Pencipta
atau dengan soal-soal metafizik.Kolhbeg (1981) dalam menghuraikan perkembangan

prinsip asas moral memberi penegasan seperti berikut:..the main factors which have
been shown to correlate with the development of a principled, predictable morality are
intelligence, moral knowledge (that is, knowledge of the rules of a society) the tendency
to anticipate future events, the ability to maintain focused attention, thecapacity to
control unsocialised fantasies, and self-esteem.Goleman (1995) telah memberikan
konsep baru tentang emotional intelligence (EI) atau kecerdasan emosi yang boleh
dikaitkan dengan amalan nilai dan moral individu yang boleh berjaya dalam kehidupan
sejagat atau global village.Moral berbeza dangan akhlak dari segi sumber yang
menentukan sesuatu perlakuan yang baik. Sesungguhnya akhlak bersumberkan
wahyu,

iaitu

bermaksud

hubungan

;Dan

dengan

Maha

Pencipta.Firman

sesungguhnya

kamu

(Muhammad)

Allah

S.W.T.

benar-benar

yang

berakhlak

mulia.Dalam hal yang sama Nabi Muhammad SAW bersabda yang maksudnya
Sesungguhnya aku diutuskan demi menyempurnakan akhlak. Aishah pernah ditanya
tentang akhlak Nabi SAW maka dia menjawab; Akhlaknya adalah Al-Quran.Menurut
Abdul Raof Dalip (1986), akhlak dapat diertikan sebagai kelakuan tatatertib, maruah
dan merangkum seluruh perbuatan lahiriah yang dihasilkan daripada dorongan batiniah
di dalam diri manusia. Ini bermaksud akhlak berakar umbi daripada sifat kerohanian
yang suci. Dengan ini jelaslah bahawa akhlak bersumberkan wahyu daripada Maha
Pencipta. Justeru, pendidikan akhlak akan membawa insan semakin dekat dengan
Penciptanya.Persoalan akhlak dan moral ada kaitannya dengan iman. Orang yang
beriman kepada Allah ialah orang yang sentiasa takut untuk melakukan perbuatan yang
terlarang di samping mengerjakan yang disuruh Allah. Iman ini harus dimiliki dan
menjadi benteng penghalang pengaruh-pengaruh negatif. Orang yang beriman ialah
orang yang berakhlak mulia ( bermoral dan memiliki nilai murni ), orang yang sentiasa
melakukan yang baik dan menjauhi dosa iaitu tidak melakukan perbuatan negatif yang
bertentangan dengan norma-norma masyarakat.Sekiranya hal ini tidak diberi perhatian
yang serius, maka pembentukan moral dan insan yang murni akhlak tidak akan
berhasil. Walaupun kita berjaya melahirkan manusia berilmu tinggi namun tanpa disertai
pendidikan moral dan akhlak, kita juga akan melahirkan insan yang akan menjadi
perompak, perogol, pembunuh dan penjenayah yang lain di kalangan orang yang
berijazah atau berpendidikan tinggi.4.0 Moral dan Akhlak Dalam Sistem Pendidikan di

Malaysia. Matlamat pendidikan di Malaysia yang asalnya adalah rujukan daripada barat
telah diubahsuai kepada konsep pendidikan bersepadu. Kurikulum pendidikan barat
yang diasaskan daripada falsafah humanisme menekankan keharmonian dan
keseimbangan di antara manusia dengan manusia, dan di antara manusia dengan alam
sekitar. Kedua-dua hubungan ini adalah perlu dan baik tetapi ia masih berkisar dan
bertitiktolak pada ilmu akal. Mana mungkin ilmu akal semata-mata dapat memahami
hukum alam yang dicipta oleh Maha Pencipta. Justeru, untuk lebih memahami hukumhukum alam yang dicipta oleh Tuhan, maka satu lagi dimensi yang paling penting perlu
dimasukkan iaitu hubungan manusia dan alam sekitar dengan Maha Pencipta. Bagi
hubungan dengan Maha Pencipta mestilah dirujuk kepada ilmu wahyu iaitu Al-Quran
dan As-Sunnah. Dengan wujudnya kurikulum tiga dimensi ini, maka ia bolehlah
dikatakan sebagai kurikulum bersepadu.Pengubahsuaian kepada bidang-bidang
matlamat pendidikan perlu dilakukan agar ia bersesuaian dengan konsep bersepadu.
Pengubahsuaian

ini

boleh

dilihat

dalam

rajah

yang

ditunjukkan

di

bawah.KognitifAqidah Akhlak Nilai Murni AfektifPsikomorRajah 1 : Kesepaduan ilmu


Akal dan +ilmu WahyuMatlamat Pendidikan mestilah dimulakan dengan kekuatan
aqidah. Kemurnian aqidah akan menjelmakan akhlak yang baik. Dari akhlak yang baik
ini akan terpancarlah nilai murni yang akan dimanifestasikan oleh tingkah laku yang
baik. Dan seterusnya dihayati dalam bidang-bidang kognitif, afektif dan psikomotor.
Oleh yang demikian, matlamat pendidikan akan tercapai iaitu dapat melahirkan pelajar
yang berintelek, berakhlak dan bertaqwa.Bagaimana mengaplikasikan konsep sepadu
dalam pengajaran dan pembelajaran? Pengajaran menurut tradisi barat adalah bersifat
sekular. Terdapat beberapa model atau pendekatan pengajaran seperti pendidikan
kognitif, pendekatan aktiviti-aktiviti motivasi dan jaya diri, pendekatan pembinaan
tingkah laku, pendekatan interaksi sosial dan pendekataan penggunaan ilmu. Guru
boleh memilih mana-mana pendekatan yang sesuai dengan matlamat pendidikan yang
telah ditentukan. Kelima-lima pendekatan ini hanyalah mencakupi ilmu akal.. Ilmu akal
mempunyai had dan batasan tertentu. Kekangan ini akan menyebabkan kita gagal
memahami ilmu dengan sebenarnya. Oleh yang demikian setiap pendekatan atau
model pengajaran yang disebutkan di atas mestilah disasarkan kepada konsep-konsep
ilmu wahyu. Ini dapat ditunjukkan oelh rajah 2 di bawah.Kognitif Motivasi & Tingkah

Interaksi PenggunaanJaya Diri Laku Sosial IlmuAl-Guran Konsep Konsep Konsep


KonsepAs-Sunnah

Insan

Murni)AkhlakAqidahRajah

Fitrah
2

Keseimbangan

Menunjukkan

IbadahMODEL

Kesepaduan

Dalam

(Nilai

Pendidikan

PengajaranSetiap pendekatan pengajaran mestilah dimulakan dengan aqidah.


Seterusnya dikembangkan ke dalam akhlak dan moral. Nilai-nilai moral ini dihayati ke
dalam konsep-konsep daripada ilmu wahyu iaitu konsep insan, konsep fitrah, konsep
keseimbangan dalam hukum-hukum Allah swt dan konsep ibadah. Konsep-konsep
daripada ilmu wahyu ini seterusnya disepadukan dan dihayati ke dalam kelima-lima
pendekatan pengajaran yang akan digunakan iaitu kognitif, motivasi dan jaya diri,
tingkahlaku, interaksi sosial dan penggunaan ilmu.Apakah tindakan selanjutnya yang
perlu dilakukan? Untuk memastikan matlamat pendidikan tercapai seperti yang
termaktub di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Wawasan 2020, maka:
Kepentingan manusia (insan) mestilah lebih utama dan istimewa daripada kepentingan
ekonomi, sains, teknologi dan industri. Nilai dan harga diri manusia mesti berada pada
tempat yang tertinggi. Dengan cara yang demikian, nilai dan moral dapat dilaksanakan
dalam pendidikan negara. Untuk memastikan wujudnya acuan Malaysia yang
berasaskan nilai, guru dan para pemikir hendaklah bersedia untuk mengubah suai dan
menilai semula seluruh komponen pendidikan supaya benar-benar mengikut nilai,
sejarah, budaya, agama dan tamadun bangsa kita. Kita perlu kembali kepada sumber
wahyu yang hakiki dan benar untuk rujukan nilai kerana niali-nilai ciptaan manusia
adalah bersifat subjektif dan tidak universal. Dalam konteks ini konsep bersepadu
adalah yang paling sesuai diterapkan. Pembinaan acuan Malaysia yang berasaskan
moral dan nilai perlulah dimulakan dengan anjakan paradigma terhadap konsep dan
falsafah ilmu. Kalau dulunya kita bertunjangkan barat dan kini sudah sampai masanya
kita kembali kepada ilmu yang bersifat sepadu di antara ilmu akal dan ilmu wahyu.
Usaha untuk membina acuan Malaysia dengan fokus pembangunan manusia sebagai
agenda istimewa perlulah dilaksanakan serentak dengan konsep pembinaaan
masyarakat madani. Ini bermaksud persoalan moral, nilai dan manusia mestilah selari
dengan konsep Ad-Din sebagai satu cara hidup. Ini bermakna setiap aktiviti kemajuan
negara sama ada pendidikan, ekonomi, pengurusan,, perundangan, politik, kesenian
dan sebagainya mestilah dilaksanakan secara bersepadu di antara ilmu akal dan ilmu

wahyu. Inilah asas atau teras pembinaan acuan Malaysia.Penekanan kepada moral
dan nilai direalisasikan dengan menjadikan Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral
sebagai mata pelajaran wajib, dan selaras dengan wawasan 2020 di mana diharapkan
masyarakat Malaysia dalam abad ke-21 akan mempunyai warga yang bukan sahaja
mampu berdaya saing dalam Negara perindustrian, juga menekankan penerapan nilainilai murni melalui pendekatan pendidikan nilai merentasi kurikulum, termasuk
kurikulum tersirat, iaitu kegiatan kokurikulum dan amalan tingkah laku di sekolah, yang
diharapkan menghasilkan budaya sekolah yang beretika.Sebenarnya jika dikaji dengan
teliti, pendidikan nilai ini mendasari falsafah pendidikan Negara kita kerana matlamat
FPN adalah untuk menghasilkan insan yang seimbang dari semua aspek iaitu aspek
emosi, intelek, rohani dan jasmani. Tanpa memasukkan program pendidikan nilai dalam
kurikulum, cita-cita untuk melahirkan generasi cemerlang dari semua segi tidak akan
berhasil. Hanya penerapan nilai dan pendidikan moral sahaja yang mampu mendidik
dan membentuk individu menjadi seorang yang benar-benar rasional, amanah,
bertimbang rasa, bertanggungjawab dan memiliki sifat-sifat mulia yang lain yang
dipersetujui masyarakat.Di antaranya, Taylor (1961) mengemukakan pandangan
bahawa nilai adalah darjah dan peraturan yang secara tergabung membina cara hidup
manusia. Nilai menggariskan iadea-idea dan matlamat-matlamat hidup. Nilai adalah
darjah normative dan peraturan kerana ia menjadi asas pegangan yang mempengaruhi
pemikiran manusia semasa ia menjadi asas pegangan yang mempengaruhi pemikiran
mnusia semasa membuat pertimbangan dalam menentukan cara dan gaya bertindak
serta bertingkahlaku sebaik-baiknya untuk mengekalkan kesejahteraan dirinya (dalam
Sufean Hussin, 1989).Mengikut seorang penulis lain dari India, Radharkaman Mukerjee
(1965), beliau menyatakan bahawa nilai terbit daripada keinginan dan motif yang
dibentuk serta diperakukan oleh budaya dan masyarakat. Nilai mengikat indidividu
secara halus dan senyap. Bagi Allporrt (1961) pula, beliau menyebut bahawa nilai ialah
kepercayaan yang mengakibatkan manusia memilih sesuatu tingkah laku. Wiliams
(1968), mentafsirkan nilai sebagai apa saja yang dipegang oleh seseorang yang
menjadi kriteria untuk membuat keputusan bagi memilih tingkah laku dalam angka
mencapai hasrat dan keinginan.Model Pendidikan Nilai 3KModel ini dikemukakan
berasaskan kepada anggapan dan keyakinan bahawa ;I(a) Manusia terbina dari tiga

komponen iaitu akal, roh dan jasad (Al Ghazali (1967) Maslow,A.H. (1954), Taylor,P.W.
(1961), Fathi Yakan (1988).(b) Penerapan nialai adalah satu proses yang berjalan
secara tabie (Abdullah,N.U.(1988), Ismail Jusoh, (1993).(c) Manusia harus mengenali
dirinya dan hubungannya dengan sistem alam dan Pencipta alam (Al Ghazali (1967),
A.A.Maududi (1984). Dengan andaian dan kesedaran di atas maka model penerapan
nilai digambarkan seperti berikut (Rajah 3) .NILAI MURNIINSAN SEIMBANGTAAT DAN
PATUHKEPERCAYAAN KEPADA TUHANPENERAPAN KEFAHAMAN,KESEDARAN
DAN KEYAKINAN (3K)TOPIK PELAJARANRajah 3Model Penerapan Nilai 3KRajah 3 di
atas menunjukkan fasa-fasa yang harus berlaku atau diwujudkan dalam proses
penerapan nilai. Individu yang menghayati niali-nilai murni akan terbina sekiranya
pendidikan yang dijalani itu melibatkan ketiga-tiga bidang iaitu akal, roh dan jasad.
Dalam model 3K di atas, penerapan nilai secara langsung boleh dilaksanakan melalui
mata pelajaran yang diajar dalam kelas (Ismail Jusoh, 1993). Ia boleh dilakukan
semasa membuat rumusan atau penutup pengajaran.Guru boleh mengaitkan isi
pelajaran geografi, apabila belajar tentang tajuk kejadian hujan, kondensasi, proses
sejatan, tekanan rendah dan tekanan tinggi dan sebagainya. Proses-proses tersebut
tidak berlaku secara kebetulan. Semua kejadian ada Pencipta dan Penguasanya.
Begitu juga dalam pelajaran Biologi, pelajaran mengenai sel, menunjukkan kekuasaan
Tuhan. Sel yang seni itu mustahil wujud dengan sendiri tanpa ada sebab dan akibat
disebaliknya. Tindak blas yang berlaku dalam sel tidak mungkin terjadi tanpa ada
kawalan. Siapakah yang mengawalnya? Hakikat inlah yang patut ditonjolkan dalam
pengajaran dalam rangka memberi kesedaran, kefahaman dan keyakinan (3K) kepada
pelajar supaya mereka dapat menginsafi kewujudan Tuhan.Proses penerapan nilai
melalui model ini boleh dilaksanakan secara langsung atau secara tidak langsung.
Secara langsung, guru boleh menghubungkan terus isi pelajaran dengan nilai
kepercayaan kepada Tuhan yang mana dengan nilai ini akan tersemai nilai-nilai murni
yang dihajati seperti kerjasama, jujur, bersikap positif dan lain-lain seperti yang tersurat
dalam Falsafah Pendidikan Negara.. Proses penerapan ini bukan terhad kepada jangka
masa tertentu (semasa pelajar berada di alam persekolahan), bahkan ianya berjalan
sepanjang hayat dan di setiap tempat. Proses ini juga bergantung kepada persekitaran,
iaitu yang terdiri daripada keluarga, pendidik, masyarakat, media dan rakan sebaya.

Jadi, penerapan nilai yang berkesan hanya terhasil jika terdapat persekitaran yang
positif.Falsafah Moral dan Tingkah LakuFalsaafh yang relevan kepada profesion
keguruan dan perkembangan pendidikan di negara ini ialah falsafah moral dan tingkah
laku. Falsafah ini memerlukan peranan positif dan konstruktif profesion keguruan ke
arah membina moral dan tingkah laku pelajar. Guru yang baik perlu mempunyai
komitmen moral yang tinggi dan menjadikan diri mereka teladan yang baik kepada
pelajar.Contohnya, guru tidak seharusnya mendenda dan melarang pelajar merokok
sedangkan pada masa yang sama guru merokok di kawasan sekolah dan di manamana sahaja.Falsafah moral dan tingkah laku juga mendasari perkembangan
pendidikan, perkembangan profesion keguruan dan perkembangan institusi sekolah.
Bagaimanapun, pengaruh lain seprti agama, budaya, etika, pemodenan, sekularisme,
dasar dan peraturan sekolah seringkali menimbulkan konflik dan percanggahan dari
segi falsafah moral dan tingkah laku. Oleh sebab itu, pengajaran dan pembelajarn di
sekolah sering kali berhadapan dengan isu kontroversi dan menyulitkan peranan guru
serta peranan sekolah menangani krisis yang berlaku dalam masyarakat.Ideologi buku
teks yang digunakan di sekolah-sekolah di Malaysia begitu kuat dipengaruhi oelh aliran
falsafah moral dan tingkah laku bagi tujuan mengawal tindakan dan tingkah laku
golongan muda. Pada masa yang sama terdapat unsur-unsur pemodenan dan revolusi
moral dan tingkah laku yang menyebabkan berlakunya tingkah laku baharu iaitu agresif,
konfrontasi, kecenderungan untuk mencabar dan mengkritik dan sebagainya.Falsafah
moral dapat menolak fahaman kebendaan yang menguasai masyarakat dan
memberikan kesan tertentu kepada dunia pendidikan dan profesion keguruan. Bersifat
kebendaan memanglah penting dalam kehidupan, terutama isu kemiskinan dan
kemunduran dalam masyarakat Malaysia yang masih begitu kuat menghalang
berlakunya perubahan dan menjejaskan kualiti pendidikan golongan miskin. Semangat
berusaha kuat untuk mencapai perubahan perlu ditanamkan kepada anak-anak
golongan miskin supaya kemajuan kebendaan dapat membantu dan membentuk
mereka mencapai kehidupan yang lebih baik dan menyediakan peluang pelajaran dan
kemudahan belajar di rumah yang mendorong kemajuan mereka.5.0 Guru: Agen
Pembentukan Akhlak dan Moral.Guru adalah satu golongan masyarakat yang khas.
Atan Long (1980) mendefinisikan guru sebagai satu golongan masyarakat untuk

memberikan pendidikan secara formal dan bersistematik kepada generasi muda dalam
masyarakat itu. Memang dikatakan guru memainkan peranan penting dalam
menjayakan pendidikan moral dan nilai kerana ketika anak-anak berada di sekolah
guru-gurulah yang memainkan peranan sebagai ibu bapa. Oleh itu peranan guru dan
ibu bapa sama penting dalam pendidikan.Sebagaimana ibu bapa, guru-guru juga
dipandang oleh anak-anak didiknya sebagai contoh atau role model. Kalau tidak
masakan ada pepatah berbunyi Guru kencing berdiri, murid kencing berlari. Oleh itu,
setiap guru mesti memiliki akhlak yang mulia agar sifat-sifat mulia itu dapat diteladani
dan diikuti. Apa kata kalau guru sendiri tidak dapat menjadi sebagai role model yang
baik, bak kata pepatah tadi, muridnya tentu tidak berguna. Tegasnya, anak-anak didik
akan menjadi lebih biadap lagi.Sebagai role model bukan mudah. Segala gerak geri,
tingkah laku dan perwatakan menjadi ikutan. Cara guru bercakap, berjalan, berpakaian
dan paling utama dari segi akhlaknya diperhatikan. Guru yang baik disenangi anakanak didiknya. Apatah lagi kalau guru ini jujur dan ikhlas, segala tunjuk ajar, ingatan
atau nasihat serta bimbingan yang diberikan mudah diterima.Kejayaan dalam
menerapkan nilai-nilai murni bergantung kepada kesabaran guru kerana guru
merupakan orang yang paling berpengaruh dalam pembentukan sahsiah dan mind set
seseorang individu pada tahun-tahun formatif anak-anak didiknya. Anak-anak ini
memerlukan asuhan dan belaian kasih saying sebagaimana yang dicurahkan oleh ibu
bapa mereka.Guru merupakan orang paling penting dalam mewujudkan suasana
pembelajaran yang harmonis sehingga anak-anak didiknya akan berasa sekolah seperti
rumah keduanya. Sekaligus suasana yang harmonis itu dapat pula membentuk apa
yang dikatakan Sekolah tanpa takut (No fear school). Kalau dapat diwujudkan
suasana seperti itu maka sudah tentu anak-anak didik dapat memperkembangkan
potensi dan mengawal emosi secara menyeluruh dan seimbang. Dan yang pastinya
suasana pembelajaran yang sedemikian dapat membantu guru-guru atau pihak sekolah
mewujudkan sekolah penyayang.Guru juga dapat memberi tunjuk ajar yang berkesan
dan bertanggungjawab membentuk minda, sikap dan kelakuan anak-anak didiknya
yang bakal menjadi anggota masyarakat selepas tamat persekolahan, sama ada
menjadi pemimpin politik, pegawai kerajaan, ahli korporat, atau setidak-tidaknya
menjadi isteri atau suami yang berakhlak mulia.Untuk mewujudakan sekolah

penyayang atau sekolah tanpa takut, maka guru seharusnya berupaya menjadi contoh
dan teladan yang baik, pendorong yang berkesan, pembimbing yang bertimbang rasa,
pendengar yang penuh rasa simpati dan menjadi sumber inspirasi kepada anak-anak
didiknya. Selain itu, guru juga seharusnya menunjukkan sikap dedikasi dalam
menjalankan tugas sehariannya dan mengamalkan apa yang disampaikan kepada
anak-anak didiknya dengan penuh tanggungjawab dan beretika.Hubungan guru dengan
masyarakat juga menjadi perhatian. Selain mewujudkan sekolah penyayang guru juga
berperanan dalam mewujudkan permuafakatan dengan masyarakat setempat. Ini
kerana guru telah sekian lama dikanali sebagai pemimpin kecil yang dapat
menyatupadukan masyarakat melalui jalinan mesra dalam pergaulan mereka dengan
masyarakat.Setiap guru harus komited terhadap kerjaya pendidikan, berperibadi tinggi
an bersikap terbuka tanpa memilih kaum atau keturunan dalam menyampaikan ilmu
pengetahuan terutamanya dalam menjayakan pendidikan moral. Dalam masyarakat
majmuk di Malaysia ini, anak-anak didik terdiri daripada pelbagai keturunan dan
fahaman keagamaan. Jadi dalam menangani masalah moral atau menjayakan
pendidikan moral, guru mestilah menjauhi sikap prejudis. Keikhlasan dan kejujuran
patut wujud dalam diri guru dan menampilkan pengajaran mengikuti aspirasi Negara.
Dalam hal ini guru-guru yang dedikasi dan komited terhadap tugasnya ialah guru yang
sejati, berinovatif dan kreatif.Dengan kata lain, falsafah yang mengemudikan amalan
pendidikan di sekolah ialah bahawa semua guru merupakan guru dalam Pendidikan
Moral dan Pendidikan Nilai. Lebih penting ialah guru diperlukan menerap nilai-nilai
murni, sepertimana yang dikenalpasti sebagai nilai inti (core values) dalam pengajaran
mereka masing-masing. Selain dari itu, guru juga ialah role model, kepada pelajar
mereka dan tingkahlaku guru melambangkan keprofesionalan profesion itu.Dengan
penekanan nilai di sekoah, dan guru diharapkan melambangkan diri sebagai agen
pendidikan moral di sekolah, maka kepentingan Pendidikan Moral dan Nilai dalam
profesion perguruan tidak perlu dipersoalkan.Martabat profesion perguruan biasanya
dibayangkan daripada perspektif bagaimana seseorang guru menjalankan tugasnya
iaitu membantu peajar-pelajar mereka belajar. Tugas guru ialah menyampaikan
pengetahuan kepada pelajarnya, berbentuk isi kandungan yang ditetapkan dalam matamata pelajaran tertentu. Tetapi, lebih dari itu, tugas guru ialah mendidik, dan dengan ini

bermakna membantu perkembangan individu pelajar mereka, bukan sahaja dari segi
penguasaan ilmu tetapi juga perkembangan individu itu sendiri, pembangunan insan
pelajar itu mengikut lunas-lunas nilai masyarakat dalam konteks masyarakat Malaysia.
Kejayaan pendidikan sukar diukur tetapi boleh dikatakan adalah diharapkan lebih dari
semata-mata pelajar mencapai dalam peperiksan awam. Yang penting ialah sama ada
guru berjaya memberi: pertama (i) pengetahuan kepada pelajarnya dengan
menanamkan nilai mencari ilmu di kalangan mereka, menanamkan semangat
pembelajaran sepanjang hayat dan kedua (ii) membentuk peribadi mulia, manusia
berilmu dan berketrampilan serta mempunyai nilai-nilai masyarakat Malaysia,
khususnya mencapai matlamat yang dimaktubkan dalam Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.Martabat profesion perguruan juga dibayangkan dari perspektif bagaimana
seorang guru bertindak sebagai seorang agen moral, dan contoh moral kepada muridmurid mereka. Personaliti guru dan nilai-nilai tersendiri yang dipamerkan melalui
tingkahlakunya, mempengaruhi peranannya sebagai agen moral dan contoh kepada
murid-murid. Dalam pengajarannya, seorang guru mungkin secara tidak langsung
menerapkan nilai tersendiri dalam situasi pengajaran dan pembalajaran melalui
pemilihan isi kandungan, prosedur dan bahan untuk pengajaran dan pembelajaran. Ini
akan membawa kesan yang negatif jika nilai tersendiri tidak selaras dengan nilai-nilai
murni masyarakat Malaysia, seperti yang digariskan dalam panduan penerapan nilai
murni merentasi kurikulum. Kegagalan guru untuk mempraktikkan nilai-nilai yang
seharusnya mereka terapkan kepada pelajar mereka akan merendahkan martabat
profesion itu sendiri.Profesion keguruan pada abad ke-21 terdedah kepada berbagaibagai cabaran baharu. Setengah cabaran adalah berbentuk kebendaan, intelektual,
pemikiran, kerohanian, kebudayaan, ideologi baru dan isu-isu yang berkaitan degan
masalah etika. Cabaran penting profesion keguruan ialah membina dan membentuk
masyarakat beretika yang mampu membangun dan membina kekuatan sendiri serta
menentukam masa depan yang bebas daripada berbagai-bagai krisis sosial dan
moral.Fenomena sosial seperti merokok, gangguan seksual, pesta seks di kalangan
pelajar, lari dari rumah, menagih dadah, bergaduh, gengterisme, mencuri, membuli
adalah

gejala

juvana

dan

delinkuen

yang

meluas

di

kalangan

remaja

di

sekolah.Masalah ini mencerminkan kelemahan sekolah dan profesion keguruan dalam

membendung dan menangani masalah sosial di sekolah. Oleh sebab itu, timbul
berbagai-bagai penulisan yang mencerminkan kelemahan sekolah yang dikaitkan
dengan masalah sosial seperti sekolah melahirkan jenayah, sekolah tanpa roh dan
watak. Pengurusan tingkah laku yang tidak berkesan di sekolah menunjukkan
kelemahan peranan guru-guru di sekolah. Dengan bertambah ramainya guru
perempuan, peranan bapa di sekolah semakin lenyap. Kesan daripada masalah ini
ialah meningkatnya masalah disiplin dan sosial di kalangan pelajar. Wawasan
pembangunan dan pendidikan di sekolah tidak berkesan kerana asas kerangka
tindakan pengurusan tingkah laku yang tidak berkesan.Kualiti pendidikan yang diterima
oleh pelajar-pelajar bergantung kepada kualiti pengajaran dan ini bergantung kepada
guru-guru mereka. Untuk mendapatkan kualiti pendidikan yang sewajarnya, maka
seseorang guru itu mestilah bersikap professional. Professional bukan bermakna
mendapat gaji yang lumayan tetapi ia termasuk penetapan standard yang tinggi untuk
memasuki kerjaya perguruan, calon guru yang terbaik, persediaan dan pendidikan guru
yang berkualiti, pendidikan berterusan semasa bekerja, suasana kerja yang selesa
yang cukup dengan peralatan mengajar, peluang untuk berinteraksi dengan rakan
sekerja dan boleh membuat keputusanMohd Sani Ibrahim merumuskan bahawa guru
yang professional ialah (Rujuk rajah 4): Guru yang berilmu (content knowledge)o Ilmu
yang berkaitan isi kandungan mata pelajaran, pengetahuan pedagogi, bahan, kaedah
dan teknologi. Guru yang mempunyai kemahiran dan ketrampilan dalam proses
pengajaran

pembelajaran

(Pedagogical

knowledge

and

pedagogical

content

knowledge)o Meliputi merancang, mengurus, memilih starategi dan meransang


pengajaran pembelajaran, kemahiran teknologi, kemahiran generik, kemahiran
kaunseling dan menilai p-p Guru yang mempunyai sahsiah yang boleh menjadi contoh
teladan dan ikutan kepada golongan yang dipimpin. Antara ciri-ciri sahsiah yang perlu
dimiliki ialah peribadi dan tingkah laku yang mulia, menggunakan bahasa yang standard
dan mempunyai komitmen yang tinggi untuk menjayakan usaha yang dilakukan.o
Meliputi taqwa, akhlak, peribadi mulia, komitmen, sopan, positif dan budaya ilmu
Guru Disiplin dan Isu Moral

Penyelidik berpendapat, guru disiplin merasakan murid yang bermasalah ini


perludikenakan tindakan tegas agar mereka tidak mengulangi kesalahan mereka.Walau
bagaimanapun murid yang dihukum ini akan lebih memberontak danmelakukan
kesalahan berulang-ulang kali.Dapatan kajian ini selari dengan Arieff dan Wardah
(2006) yangmenjelaskan, hukuman yang keterlaluan dapat merenggangkan hubungan
antaraguru dan murid. Keadaan ini akan mewujudkan tingkah laku negatif seperti
memberontak dan mereka akan sengaja melakukan kesalahan untuk mengujitahap
kesabaran guru.Dapatan kajian ini juga membuktikan, remaja terlibat dalam masalah
sosialdisebabkan tekanan yang diberikan oleh guru untuk mendapatkan keputusanyang
cemerlang. Penyelidik berpendapat, responden tidak dapat menerimatekanan dari guru
yang inginkan keputusan yang cemerlang dari murid.Dapatan kajian ini selari dengan
Raman (2003) yang menyatakan, tekananyang dihadapi murid semasa di sekolah
kerana terpaksa memberikan tumpuanyang lebih dalam pembelajaran serta guru yang
kurang profesional dalammenangani masalah murid yang bermasalah akhirnya
menyebabkan muridmengambil jalan mudah untuk keluar daripada masalah itu dengan
terlibat dalamkegiatan-kegiatan yang kurang sihat. Analisis juga mendapati remaja
terlibat dalam masalah sosial adalahdisebabkan guru mempunyai tanggapan negatif
kepada murid yang bermasalahbahawa mereka tidak boleh menjadi baik. Penyelidik
berpendapat, guru lebihmudah untuk menerima murid yang mempunyai tingkah laku
positif. Manakala,pelajar yang bermasalah akan terpinggir dan merasakan diri mereka
tidakdiperlukan,

lantaran

itu

mereka

melakukan

tindakan-tindakan

negatif

untukmenghilangkan rasa tidak puas hati.Penerimaan guru terhadap pelajar adalah


penting. Apabila penerimaan dirimurid adalah tinggi, mereka akan terdorong untuk hadir
ke sekolah danberkelakuan positif. Akhir sekali, kajian juga membuktikan, remaja
terlibat dalammasalah sosial adalah disebabkan perasaan bosan berada di sekolah
keranaperaturan yang terlalu ketat. Penyelidik berpendapat, peraturan yang terlalu
ketatakan membuatkan jiwa murid rasa terkongkong dan tertekan.Faktor lain yang
menimbulkan konflik mengamalkan nilai-nilai murni disebabkan faktor sekolah dan
sistem pendidikan yang tidak memberangsangkan.Peraturan sekolah yang ketat akan
mendorong murid tidak suka untuk kesekolah dan seterusnya boleh mengakibatkan

gejala ponteng sekolah. Apabilakeadaan ini berlaku tidak mustahil mereka akan
melakukan tindakan-tindakanyang berunsur negatif.