Anda di halaman 1dari 26

Isi Kandungan

Bil

Kandungan

Muka Surat

Sekapur Sireh

Isi Kandungan

1.0

Pengenalan

2.0

Teks Ceramah

3.0

Borang Maklum Balas Pemantauan Dan Penilaian


Kebersihan Dan Keselamatan

4.0

5.0

3.1

Persekitaran sekolah

3.2

Kantin Sekolah

10

3.3

Makmal Sains

11

3.4

Bangunan Sekolah

12

3.5

Bilik Darjah

13

Pengumpulan Data Dan Analisis Perbincangan

14

4.1

Analisis Maklum Balas Terhadap Tahap Kebersihan


Dan Keselamatan Persekitaran Sekolah

14

4.2

Analisis Maklum Balas Terhadap Tahap Kebersihan


Dan Keselamatan Kantin sekolah

15

4.3

Analisis Maklum Balas Terhadap Kebersihan Dan


Keselamatan Makmal Sains

16

4.4

Analisis Maklum Balas Terhadap Kebersihan Dan


Keselamatan Bangunan Sekolah

16

4.5

Analisis Maklum Balas Terhadap Tahap Kebersihan


Dan Keselamatan Bilik Darjah

17

Perbincangan

18

5.1

Kelebihan Aspek Kebersihan Dan Keselamatan Sekolah

18

5.2

Kelemahan Aspek Kebersihan Dan Keselamatan


Sekolah

19

5.3

Cadangan Pencegahan Dan Penambahbaikan

19

6.0

Kesimpulan

20

7.0

Rujukan

21

10

Lampiran

22

1.0

Pengenalan
Program 3K merujuk kepada Kebersihan, Keceriaan Dan Keselamatan merupakan satu

program yang menjurus ke arah mewujudkan suasana persekitaran sekolah yang


memberangsangkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Program 3K ini bermula pada
tahun 1991, bertujuan untuk memastikan setiap sekolah mempunyai sistem yang mantap bagi
menangani sebarang isu yang berkaitan dengan kebersihan, keceriaan dan keselamatan
sekolah. Bagi sekolah yang berjaya menerapkan ketiga-tiga elemen ini dan menjadikan ianya
amalan serta budaya sekolah, sudah tentu dapat menyerlahkan keceriaan sekolah mereka.
Apabila wujudnya istilah Sekolahku Syurgaku , warga sekolah dan masyarakat sekitarnya
sudah pasti berasa bangga dan dapat bekerja dalam suasana yang ceria dan selamat. Malah
yang lebih penting ia juga dapat melahirkan pelajar yang cemerlang dalam pelbagai segi
termasuklah jasmani, emosi, rohani, intelek dan sahsiah. Program 3K yang telah dilaksanakan
juga telah berjaya membuktikan sesebuah sekolah itu bukan sahaja dapat mengindahkan dan
menceriakan sekolah mereka malah ia turut merapatkan hubungan di antara pihak sekolah ,
Persatuan Ibu Bapa Dan Guru (PIBG) dan komuniti setempat. Bagi guru dan pelajar sudah
pasti akan berasa lebih selesa, bersemangat dan berkeyakinan untuk menjalankan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran.
Program 3K ini juga telah membawa perubahan dan memberi impak yang besar
terhadap pembangunan pendidikan di sekolah-sekolah seluruh negara. Selain menjadikan
sekolah lebih ceria dan selamat, program ini telah berjaya mengubah budaya warga sekolah
dan masyarakat setempat kepada budaya yang lebih baik. Kes-kes disiplin semakin berkurang
dan prestasi akademik juga turut meningkat. Dari segi perkembangan potensi pelajar pula,
ianya dapat memberi ruang kepada mereka untuk lebih berinteraksi sesama mereka melalui
aktiviti-aktiviti yang dilakukan di luar bilik darjah. Contohnya aktiviti menyediakan taman
dan landskap di persekitaran sekolah. Warga sekolah juga termasuk guru besar, guru-guru,
staf dan pelajar dapat berinteraksi dalam suasana yang lebih mesra dan ini secara tidak
langsung mengeratkan lagi hubungan antara mereka. Sesungguhnya persekitaran sekolah
yang ceria, bersih dan selamat dapat memberi impak yang besar dan positif kepada semua
pihak. Semua objektif dan visi kebanyakan sekolah juga diyakini dapat dicapai dengan
sepenuhnya merangkumi bidang akademik, kokurikulum dan sahsiah dengan berteraskan
ilmu, iman dan amal.

2.0

Teks Ceramah
Yang mulia Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Pn Hjh Noor Ainan bt Abdul

Mutalib, Guru Besar SK Bendang Kering, guru-guru, ibu bapa dan murid-murid sekalian.
Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya dapat kita bersama-sama
dalam majlis ini. Saya Pn Munirah bt Mohd Rejab selaku Ahli Jawatankuasa Program 3K
mengucapkan terima kasih kepada pihak sekolah kerana memberi kepercayaan yang
sepenuhnya kepada saya untuk menyampaikan ceramah yang bertajuk Kepentingan Amalan
Kebersihan Dan Keselamatan Di Sekolah sempena program Sekolahku Syurgaku.
Hadirin yang saya muliakan,
Terlebih dahulu saya akan memberi sedikit penjelasan tentang Program 3K yang
menjadi tunggak kepada tajuk ceramah saya iaitu berkaitan dengan Kepentingan Amalan
Kebersihan Dan Keselamatan Di Sekolah. Program 3K ini merupakan gabungan antara
program-program yang terdapat di dalam Program Bersepadu Sekolah Sihat (PBSS). Antara
program tersebut termasuklah Program sekolah Bersih, Kempen Cara Hidup Sihat Dan
Keselamatan. Hasil gabungan program dan kempen tersebut maka terhasillah Program 3K
yang membawa maksud Kebersihan, Kesihatan dan Keselamatan. Melalui program ini para
pelajar, warga sekolah dan masyarakat setempat akan didedahkan mengenai kepentingan
belajar di dalam persekitaran sekolah yang bersih dan ceria, amalan gaya hidup yang sihat dan
juga mengenai aspek keselamatan.
Ramai yang tidak menyedari bahawa sekolah merupakan salah satu tempat kerja. Ianya
bukanlah sekadar sebuah institusi untuk menuntut ilmu sahaja. Oleh itu, adalah menjadi satu
kemestian untuk kita bersama-sama menjaga kebersihan dan keselamatan di sekolah dengan
menitikberatkan semua aspek. Ini kerana sekolah merupakan institusi formal yang sangat
penting dan banyak mempengaruhi perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak.
Persekitaran sekolah yang ceria, bersih, sihat dan selamat akan memberi impak yang besar
terhadap pembentukan individu secara menyeluruh meliputi aspek jasmani, emosi, rohani ,
intelek dan sahsiah. Secara tidak langsung ianya juga dapat menghindarkan kita daripada
risiko kemalangan dan penyakit yang berpunca daripada pengabaian amalan kebersihan dan
keselamatan ini.

Hadirin yang saya hormati sekalian,


Kebersihan merupakan satu amalan yang penting dalam kehidupan kita seharian dan
merupakan satu tuntutan agama. Amalan kebersihan sekolah bermaksud amalan kebersihan
yang perlu disemai dan dipupuk bermula dari rumah dan seterusnya diperkukuhkan serta
diperkembangkan di sekolah supaya ianya dapat menjadi amalan sepanjang hayat. Kebersihan
sekolah merangkumi pelbagai aspek. Ianya melibatkan usaha-usaha perlaksanaan dan
penyeliaan amalan kebersihan bagi mewujudkan persekitaran yang selesa, aman, tenteram,
riang, mesra, ceria serta dapat merangsang aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Secara
umumnya, amalan kebersihan sekolah melibatkan penjagaan kebersihan bilik darjah, kantin,
tandas, parit, longkang, padang permainan, taman dan kawasan persekitaran sekolah. Semua
pihak iaitu warga sekolah dan komuniti setempat hendaklah berusaha memahami, menghayati
dan mengamalkan kebersihan dan menjadikannya satu budaya hidup.
Dari aspek keselamatan pula bermaksud persekitaran sekolah yang selamat iaitu tidak
membahayakan semua warga sekolah. Konsep selamat ini meliputi pelbagai aspek seperti
sekolah yang mesra pengguna, keadaan lalu lintas yang baik dan sempurna, bebas dari wabak
denggi, makanan yang selamat, infrastruktur sekolah yang lengkap dan tidak membahayakan
seterusnya sikap keprihatinan setiap warga sekolah terhadap aspek keselamatan. Aspek
penjagaan keselamatan ini amat penting bagi mewujudkan suasana sekolah yang aman, dapat
memberi keyakinan kepada ibu bapa untuk menghantar anak mereka untuk belajar dalam
suasana yang kondusif dan selamat.

Hadirin sekalian,
Media massa sering melaporkan berita tentang kes keracunan makanan terutamanya
yang melibatkan kanak-kanak sekolah yang makan di kantin atau di asrama sekolah. Menteri
Kesihatan iaitu Datuk Seri Liow Tiong Lai dalam laporan media mengatakan pada tahun
2009, terdapat 303 kes keracunan dan tahun 2010 sebanyak 313 kes keracunan telah
dilaporkan di seluruh negara. Menurut beliau, 50 % daripada 311 kes yang dilaporkan
sepanjang tahun 2010 berlaku di kantin sekolah. Kebanyakan kes-kes keracunan makanan
yang berlaku di sekolah adalah berpunca daripada makanan yang disediakan di kantin atau
dapur asrama. Antara faktor yang menyumbang kepada kes tersebut ialah berpunca daripada
kebersihan diri yang rendah, peralatan, perkakas dan ruang tempat kerja yang tercemar serta
4

bekalan makanan dari sumber yang tidak selamat. Oleh itu aspek kebersihan dan keselamatan
makanan hendaklah diberi perhatian yang serius. Persatuan PIBG juga hendaklah memainkan
peranan dengan memberi kerjasama dalam menentukan kebersihan dan keselamatan makanan
di sekolah.
Hadirin yang dihormati sekalian,
Amalan menjaga kebersihan dan keselamatan di sekolah amat penting bagi
mengelakkan risiko jangkitan penyakit seperti denggi dan lain-lain. Demam denggi adalah
sejenis penyakit yang dibawa oleh nyamuk aedes. Ia juga merupakan masalah utama
kesihatan sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Jenis demam denggi yang lebih merbahaya
ialah demam denggi berdarah dan boleh membawa maut. Menurut kenyataan akhbar yang
dilaporkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, kes denggi yang dilaporkan di seluruh negara iaitu
dari bulan Januari hingga 18 Oktober 2014 terdapat 82738 kes. Jumlah ini meningkat
sebanyak 56211 kes berbanding dengan hanya 26527 kes yang dilaporkan bagi tempoh yang
sama pada tahun 2013. Sesetengah daripada kes ini melibatkan pelajar sekolah. Statistik ini
menunjukkan tahap amalan kebersihan dan keselamatan warga sekolah, ibu bapa dan
masyarakat masih di tahap yang rendah. Justeru, saya berharap kerjasama daripada semua
pihak termasuklah warga sekolah, ibu bapa, agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan serta
ahli masyarakat sendiri bagi meningkatkan tahap kebersihan dan keselamatan persekitaran
sekolah dan seterusnya memastikan tahap kesihatan semua terjamin. Penglibatan ibu bapa dan
komuniti setempat amat penting. Penglibatan ini adalah dalam pelbagai bentuk termasuklah
memberi sumbangan kewangan, tenaga kepakaran dan bahan-bahan yang boleh digunakan
oleh pihak sekolah. Selain itu, mereka juga diharapkan dapat memberi sokongan dan
dorongan kepada pelajar sekolah serta boleh dijadikan ikutan yang baik kepada anak-anak dan
pelajar sekolah.
Hadirin yang saya muliakan,
Amalan kebersihan dan keselamatan juga penting bagi mencegah berlakunya
kemalangan di sekolah. Penyelenggaraan peralatan dan kelengkapan bilik darjah dan bilikbilik lain amat penting. Kerusi meja yang rosak boleh menyebabkan berlakunya kemalangan.
Pelajar boleh terjatuh atau tercedera apabila duduk dan sebagainya.
Selain itu, ia juga penting untuk memastikan keberkesanan bagi setiap aktiviti pelajar.
Persekitaran sekolah yang bersih dan selamat dapat mengelakkan daripada berlakunya
5

masalah sosial dan disiplin. Contohnya masalah ponteng. Apabila istilah Sekolahku
Syurgaku tersemat di dalam hati gejala-gejala yang tidak baik dapat dielakkan.
Hadirin yang saya hormati sekalian,
Bagi mengakhiri ceramah saya pada pagi ini, hayatilah pepatah ini, mencegah adalah
lebih baik daripada mengubati. Ibu bapa hendaklah memberi didikan agama yang mantap
kepada anak-anak sejak dari awal lagi. Ini kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Semua agama amat menekankan aspek kebersihan dan mencegah penganutnya melakukan
kekotoran yang boleh menjejaskan kesihatan. Masyarakat pula, hendaklah menunjukkan
perlakuan yang baik dalam aspek kebersihan walau di mana jua berada kerana segala tingkah
laku mereka akan menjadi teladan. Bersama-samalah kita berganding bahu dengan
mengambil langkah-langkah mengamalkan kebersihan dan keselamatan tidak kira dimana jua
kita berada. Sekian , terima kasih.

3.0

Borang Maklum Balas Pemantauan Dan Penilaian Tahap Kebersihan Dan


Keselamatan
3.1

Borang Maklum Balas Pemantauan / Penilaian Persekitaran Sekolah


NAMA SEKOLAH

: _________________________________________

KOD SEKOLAH

: ______________________

TARIKH PEMANTAUAN : ____________________________


ARAHAN :
Sila pilih skala yang bersesuaian dengan menandakan ( / ) bagi menggambarkan
tahap kebersihan dan keselamatan persekitaran sekolah mengikut skala 1 hingga
5, dimana skala 1 bagi prestasi yang sangat lemah dan skala 5 bagi prestasi yang
sangat baik.
SKALA :
1 = Sangat lemah

2 = Lemah

3 = Sederhana

4 = Baik

5 = Sangat Baik

BIL

1
2
3
4
5
6
7
8

Skala
1
2
3
4
KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN SEKOLAH
ITEM/SOALAN

Infrastruktur sekolah
Terdapat papan tanda / arah
Ada pelan kecemasan ( tempat berkumpul
jika berlaku kebakaran )
Padang selamat digunakan
Terdapat pondok pengawal
Reka bentuk landskap yang sesuai
Label / amaran dipamerkan
Sistem pelupusan sisa pepejal yang
sempurna
7

3.2

Borang Maklum Balas Pemantauan / Penilaian Kantin Sekolah


NAMA SEKOLAH

: _________________________________________

KOD SEKOLAH

: ______________________

TARIKH PEMANTAUAN : ______________________


ARAHAN :
Sila pilih skala yang bersesuaian dengan menandakan ( / ) bagi menggambarkan
tahap kebersihan dan keselamatan kantin sekolah mengikut skala 1 hingga 5,
dimana skala 1 bagi prestasi yang sangat lemah dan skala 5 bagi prestasi yang
sangat baik.
SKALA :
1 = Sangat lemah

2 = Lemah

3 = Sederhana

4 = Baik

5 = Sangat Baik

BIL

1
2
3
4
5
6
7
8

Skala
1
2
3
KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN KANTIN SEKOLAH
ITEM/SOALAN

Kebersihan kantin
Tempat memasak dan tempat membasuh
Pelupusan sisa makanan
Pakaian pengendali kantin
Mempunyai sijil pengesahan kesihatan
pengendali kantin
Hiasan luaran dan dalaman
Kemudahan membasuh tangan
Penggunaan bekas makanan yang sesuai
untuk pelajar

3.3

Borang Maklum balas Pemantauan / Penilaian Makmal Sains


NAMA SEKOLAH

: _________________________________________

KOD SEKOLAH

: ______________________

TARIKH PEMANTAUAN : ______________________


ARAHAN :
Sila pilih skala yang bersesuaian dengan menandakan ( / ) bagi menggambarkan
tahap kebersihan dan keselamatan persekitaran Makmal Sains mengikut skala 1
hingga 5, dimana skala 1 bagi prestasi yang sangat lemah dan skala 5 bagi prestasi
yang sangat baik.
SKALA :
1 = Sangat lemah

2 = Lemah

3 = Sederhana

4 = Baik

5 = Sangat Baik

BIL

Skala
1
2
3
KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN MAKMAL SAINS
ITEM/SOALAN

Peralatan dan bahan disimpan di tempat


yang sesuai

Peraturan dan langkah-langkah keselamatan


dipamerkan

Susun atur meja, kerusi dan perabot kemas


Terdapat label / amaran pada peralatan dan
bahan

Keadaan lantai bilik yang tidak licin


Pencahayaan dan pengudaraan bilik yang
baik

3.4

Borang Maklum Balas Pemantauan / Penilaian Bangunan Sekolah


NAMA SEKOLAH

: _________________________________________

KOD SEKOLAH

: ______________________

TARIKH PEMANTAUAN : ______________________

ARAHAN :
Sila pilih skala yang bersesuaian dengan menandakan ( / ) bagi menggambarkan
tahap kebersihan dan keselamatan bangunan sekolah mengikut skala 1 hingga 5,
dimana skala 1 bagi prestasi yang sangat lemah dan skala 5 bagi prestasi yang
sangat baik.
SKALA :
1 = Sangat lemah

2 = Lemah

3 = Sederhana

4 = Baik

5 = Sangat Baik

BIL

1
2
3

Skala
1
2
3
KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN BANGUNAN SEKOLAH
ITEM/SOALAN

Kebersihan dan Keselamatan bangunan


sekolah
Kebersihan kawasan berumput
Hiasan taman atau pokok bunga

Keadaan bilik darjah dan bilik khas selamat


digunakan

Sistem pendawaian elektrik yang baik dan


sempurna

Peralatan, bahan dan perabot bagi setiap


bilik lengkap
10

Sistem pengurusan aset sekolah baik

3.5

Borang Maklum Balas Pemantauan / Penilaian Bilik Darjah


NAMA SEKOLAH

: _________________________________________

KOD SEKOLAH

: ______________________

TARIKH PEMANTAUAN : ____________________________

ARAHAN :
Sila pilih skala yang bersesuaian dengan menandakan ( / ) bagi menggambarkan
tahap kebersihan dan keselamatan bilik darjah mengikut skala 1 hingga 5, dimana
skala 1 bagi prestasi yang sangat lemah dan skala 5 bagi prestasi yang sangat baik.
SKALA :
1 = Sangat lemah

2 = Lemah

3 = Sederhana

4 = Baik

5 = Sangat Baik

BIL

Skala
1
2
3
KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN BILIK DARJAH
ITEM/SOALAN

Bersih dan susun atur kerusi meja dan


perabot yang kemas

Jadual tugasan dan jadual waktu


dipamerkan.

3
4
5

Hiasan dalaman dan luaran


Pencahayaan dan pengudaraan yang baik
Ada sudut maklumat dan papan kenyataan

11

4.0

Pengumpulan Data Dan Analisis Perbincangan


Hasil dapatan pemantauan terhadap tahap kebersihan dan keselamatan sekolah telah

diperolehi melalui pengisian borang maklum balas yang telah dijalankan. Ia bertujuan untuk
mengetahui tahap amalan kebersihan dan keselamatan sekolah dan seterusnya mengambil
tindakan yang sewajarnya bagi memastikan sekolah berada di dalam keadaan sihat dan
selamat digunakan.
4.1

Analisis maklum balas terhadap tahap kebersihan dan keselamatan persekitaran


sekolah.

Kebersihan Dan Keselamatan Persekitaran Sekolah


5
4
3
Skala

2
1
0

Item

12

Berdasarkan dapatan daripada borang maklum balas, tahap kebersihan dan


keselamatan persekitaran sekolah berada dalam keadaan bersih, ceria, sihat dan
selamat. Skala yang diberi juga adalah baik dan sangat baik. Sebanyak tiga item
diberi skala baik dan lima item diberi skala sangat baik daripada lapan item yang
dinilai secara keseluruhannya.
Ini menunjukkan persekitaran sekolah berada dalam keadaan selamat dan
bersih. Ianya memberi keselesaan kepada warga sekolah terutamanya para pelajar.
Selain itu, persekitaran sekolah juga didapati bebas daripada risiko jangkitan
penyakit berjangkit seperti demam denggi dan sebagainya. Segala aspek yang
dinilai keseluruhannya dilihat sangat baik dan ini menggalakkan perkembangan
mental yang sihat dan mengurangkan tekanan di kalangan warga sekolah dan juga
dapat merangsang perkembangan potensi murid. Sekolah ini juga dilihat
mengamalkan empat elemen iaitu kecantikan , keindahan, keselamatan dan
keselamatan. Ia ternyata amat berguna dalam membentuk dan menjamin suasana
yang kondusif dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Persekitaran sekolah
yang selamat juga dilihat dapat mengurangkan risiko kemalangan dan kecederaan.
4.2

Analisis maklum balas terhadap tahap kebersihan dan keselamatan kantin sekolah.

Kebersihan Dan Keselamatan Kantin Sekolah


5
4
3
Skala

2
1
0

Item

13

Hasil pemantauan terhadap kebersihan dan keselamatan kantin juga berada


di tahap yang sangat baik. Bagi item kebersihan kantin, pelupusan sisa makanan
dan hiasan dalaman serta luaran, skala yang diberi ialah baik manakala lima item
lagi diberi skala sangat baik.
Kesimpulannya,

secara

keseluruhan

dilihat

tahap

kebersihan

dan

keselamatan kantin adalah sangat baik. Oleh itu ia berada di dalam keadaan sihat
dan selamat digunakan.

4.3

Analisis maklum balas terhadap tahap kebersihan dan keselamatan Makmal Sains.

Kebersihan Dan Keselamatan Makmal Sains


5
4
3
Skala

2
1
0

Item

14

Berdasarkan penilaian bagi tahap kebersihan dan keselamatan makmal sains


pula, dari sejumlah enam item keseluruhannya, satu item diberi skala baik
manakala lima item lagi diberi skala sangat baik. Ini menunjukkan makmal sains
sekolah ini dalam keadaan baik dan selamat digunakan. Walau bagaimanapun,
pihak sekolah perlu memberi perhatian terhadap keadaan lantai bilik yang agak
licin bagi memastikan keselamatan pelajar terjamin.
4.4

Analisis maklum balas terhadap tahap kebersihan dan keselamatan bangunan


sekolah.

Kebersihan Dan Keselamatan Bangunan Sekolah


5
4
3
Skala

2
1
0

Item

15

Berdasarkan hasil pemantauan terhadap tahap kebersihan dan keselamatan


bangunan sekolah pula mendapati, empat item diberi skala baik dan tiga item lagi
diberi skala sangat baik. Secara keseluruhannya dilihat keadaan kebersihan dan
keselamatan bangunan sekolah berada di tahap yang baik dan ianya selamat
digunakan. Menurut Uline &Tschannen Moran (2008) dalam M.Mahli et al
(2012), keadaan bangunan sekolah mempunyai hubungan yang sangat rapat
dengan pencapaian pelajar. Pelajar dari sekolah yang mempunyai kualiti keadaan
persekitaran yang lebih baik menunjukkan pencapaian yang lebih tinggi manakala
bangunan sekolah yang uzur dan tidak memenuhi keperluan pengguna boleh
membantutkan proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, pelajar di sekolah
ini mempunyai potensi untuk berjaya dengan cemerlang kerana dapat belajar
dalam suasana bangunan yang kondusif.

4.5

Analisis maklum balas terhadap tahap kebersihan dan keselamatan bilik darjah.

Kebersihan Dan Keselamatan Bilik Darjah


5
4
3
Skala

2
1
0

Item

16

Hasil dapatan pemantauan bagi kebersihan dan keselamatan bilik darjah


menunjukkan item tiga iaitu bagi hiasan dalaman dan luaran diberi skala baik
manakala empat item lagi diberi skala sangat baik. Dari aspek ini, didapati
keadaan semua bilik darjah bersih, teratur, pencahayaan dan pengudaraan yang
baik serta selamat digunakan. Disiplin murid yang diasuh sejak dari awal lagi
memberi impak yang besar terhadap penjagaan kebersihan dan keselamatan bilik
darjah.
5.0

Perbincangan
Secara keseluruhannya dilihat, tahap kebersihan dan keselamatan di sekolah ini berada

di tahap yang sangat baik. Kerjasama setiap warga sekolah, ibu bapa dan komuniti setempat
banyak memainkan peranan dalam memastikan sekolah berada di dalam keadaan bersih,
selamat dan seterusnya terhindar dari kemalangan dan penyakit. Aspek keselamatan juga
begitu dititikberatkan oleh pihak pengurusan. Ini memberi kesan yang positif terhadap
struktur fizikal, trafik, makanan, bangunan, padang, kesihatan, disiplin dan tingkahlaku
warganya berada di tahap yang sangat baik. Justeru, kita perlu akur bahawa sekolah yang
selamat merupakan sekolah yang sentiasa memastikan warganya terhindar daripada segala
bahaya dan ancaman yang bersifat fizikal, mental, emosi dan psikologi.

5.1

Kelebihan aspek kebersihan dan keselamatan sekolah


Hasil

pemantauan

mendapati

terdapat

beberapa

kelebihan

yang

menyebabkan sekolah ini berjaya mencapai tahap kebersihan dan keselamatan


sekolah yang sangat baik. Antaranya ialah :
17

1. Peranan yang dimainkan oleh warganya. Kesemua individu atau kumpulan


yang berkaitan dengan sekolah telah memberi komitmen yang sewajarnya
dalam usaha meningkatkan tahap kebersihan dan keselamatan sekolah.
2. Sokongan masyarakat setempat juga amat menggalakkan. Ia dilihat melalui
penglibatan mereka dalam setiap aktiviti yang diadakan.
3. Sikap pentadbir sekolah, guru-guru dan semua warga sekolah yang sering
melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan juga memberi ruang kepada
terjalinnya hubungan mesra di antara pihak sekolah dengan pihak luar.
4. Sekolah mempunyai sokongan daripada badan-badan kerajaan seperti Pejabat
Kesihatan Daerah, Pihak Berkuasa Tempatan, Pihak Bomba dan Pihak Polis
bagi memastikan aspek kebersihan dan keselamatan terjamin.
5.2

Kelemahan aspek kebersihan dan keselamatan sekolah.


Walau bagaimanapun terdapat juga beberapa kelemahan terhadap amalan
kebersihan dan keselamatan sekolah ini. Antara kelemahan yang dikenalpasti ialah
:
1. Sikap mementingkan diri sendiri di kalangan segelintir warga sekolah
terutamanya pelajar sendiri yang kurang menyedari betapa pentingnya
mengamalkan kebersihan dan keselamatan di sekolah.
2. Kurang menjalankan aktiviti bersama masyarakat. Contohnya aktiviti gotong
royong, ceramah kebersihan dan keselamatan yang melibatkan ibu bapa dan
masyarakat setempat.
3. Peruntukkan kewangan sekolah yang begitu terhad menjejaskan usaha-usaha
membaikpulih dan menaik taraf keadaan persekitaran sekolah.
4. Bebanan tugas guru yang lebih menjurus kepada penyediaan rekod-rekod dan
dokumentasi menyebabkan guru-guru terpaksa memberi perhatian kepada
perkara-perkara tersebut.

5.3

Cadangan pencegahan dan penambahbaikkan

18

Antara cadangan dan penambahbaikkan yang perlu dilakukan bagi


meningkatkan tahap kebersihan dan keselamatan sekolah ialah:
1. Merancang aktiviti sekolah seperti Program Keceriaan untuk mewujudkan
Sekolahku Syurgaku pada waktu yang sesuai bagi melibatkan kerjasama
semua ibu bapa, masyarakat dan agensi-agensi tertentu .
2. Pegawai-pegawai pendidikan kesihatan daripada Kementerian Kesihatan perlu
terlibat dalam program-program latihan bagi memberi maklumat dan
kemahiran- kemahiran tertentu bagi menghindar berlakunya kemalangan dan
penyakit.
3. Memantapkan polisi sekolah dengan mengadakan perkongsian maklumat dan
aktiviti

dengan

masyarakat

secara

pintar

bagi

membantu

sekolah

melaksanakan program penjagaan kebersihan dan keselamatan sekolah.


4. Memperbanyak dan meningkatkan Program ke arah membentuk amalan
kebersihan dan keselamatan sekolah secara tidak formal.
6.0

Kesimpulan
Persekitaran sekolah yang bersih, ceria dan selamat akan membantu proses

pembelajaran yang lebih optimum. Aktiviti pembelajaran murid bukan sahaja tertumpu di
dalam bilik darjah sahaja malah ianya boleh berlaku dengan lebih berkesan melalui aktiviti di
luar bilik darjah yang melibatkan aktiviti secara tidak formal. Segala latihan, amalan dan
nasihat yang diberi dapat membantu pelajar untuk lebih memahami amalan penjagaan
kebersihan dan keselamatan di sekolah. Perubahan sikap dan sahsiah warga sekolah dalam
amalan penjagaan kebersihan dan keselamatan juga sedikit sebanyak membantu
menghindarkan kemalangan dan risiko mendapat penyakit. Peranan dan kerjasama warga
sekolah, ibu bapa, komuniti setempat, agensi kerajaan dan swasta juga memberi impak yang
positif terhadap persekitaran sekolah yang sihat dan selamat. Justeru, persekitaran sekolah
yang bersih dan selamat diyakini dapat melahirkan warga sekolah yang mempunyai kualiti
hidup ke arah merealisasikan wawasan negara.
3245 patah perkataan

19

7.0

Rujukan

M.Mahli et.al. (______. Aplikasi Matriks condition Survey Protocol(CSP)1 Dalam Penilaian
Bangunan Sekolah: Analisis Pengkadaran Keseluruhan Keadaan Bangunan. Fakulti
Kejuruteraan dan Bangunan Universiti Kebangsaan Malaysia. Online :
http://umrefjournal.um.edu.my/filebank/published_article/3823/JSCP-S12-04.pdf
Mohd Noorazam abdul Razak et.al. (2013). HBHE 3203: Kebersihan Dan Keselamatan
Persekitaran .Open University Malaysia
Mohd Rizal Mohd Said dan Noor Aini Mohd Noor. (_____). Amalan Kebersihan Makanan
Dalam kalangan Pengendali-Pengendali Kantin Sekolah Zon Skudai. Fakulti
Pendidikan. Universiti Teknologi Malaysia. Online :
http://eprints.utm.my/10130/1/NOR_AINI_BINTI_MOHD_NOOR.pdf
Norazhan Che Lan. (2012). HBHE 2103: Program Bersepadu Sekolah Sihat. Open University
Malaysia
Norlaila Ahmad dan Nga Siong Huong. (2008). 100 Contoh Karangan Bahasa Malaysia.
EPH Publishing. Kuala Lumpur.
http://hasyanaurah.com/2014/06/kesihatan-kepentingan-menjaga-kesihatan.html
http://anelyza.blogspot.com/2012/05/10-peranan-pelbagai-pihak-dalam.html
http://www.konsumerkini.net.my/v1/index.php/berita-terkini/isu-makanan/632-kebersihanmengelakkan-keracunan-makanan
http://www.academia.edu/7898478/32261801-KERTAS-CADANGAN

20

Lampiran

21

22

23

24

25

26

Anda mungkin juga menyukai