Anda di halaman 1dari 2

Skrip ucapan pengarah Kejohanan Road Relay tahun 2015

Terima kasih pengerusi majlis.


Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam satu Malaysia.
Terlebih dahulu saya panjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana telah diberi keizinan
untuk berucap dalam majlis yang penuh bermakna ini.
Kejohanan ini telah dilaksanakan dengan harapan dapat meningkatkan penguasaan
peserta dalam bidang GERKO yang diceburi khususnya dari segi kemahiran,
pengurusan pentadbiran, pengurusan kokurikulum, kejurulatihan dan kepegawaian.
Melalui kejohanan ini juga diharap para guru pelatih dapat menimba pengalaman
bagaimana untuk menganjurkan sesuatu pertandingan. Di samping itu, melalui
penganjuran ini para guru pelatih dapat juga dibentuk menjadi seorang guru yang
mempunyai

sahsiah

yang

bersepadu,

beretika,

berdisiplin,

berpotensi

dan

berketerampilan tinggi.
Seperti yang kita sedia maklum, Aktiviti sukan sangat penting kepada rakyat dan
negara, khususnya kepada generasi anak bangsa. Selain menjadikan tubuh yang sihat
dan minda yang cerdas, aktiviti sukan yang melibatkan murid daripada pelbagai kaum
turut dapat memupuk semangat perpaduan sekali gus mengeratkan hubungan
silaturahim.
Individu yang mementingkan sukan ialah individu yang tahu akan makna kehidupan.
Hal ini demikian kerana dengan bersukan kehidupan kita akan lebih terjamin di samping
menjadikan tubuh badan sihat dan cergas. Justeru, amalan bersukan perlu dipupuk
dalam kalangan guru agar mampu menjadi role model kepada murid-murid.
Hadirin yang saya muliakan,
Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada semua warga
IPG Kampus Raja Melewar terutama para pensyarah dan Ahli Jawatan Kuasa
Kejohanan yang bertungkus-lumus untuk menjayakan Kejohanan Road Relay bagi
tahun 2015.
Sebagai seorang bakal guru, anda perlulah memberi galakan dan dorongan yang
berterusan serta memberi peluang sepenuhnya kepada murid untuk bergiat dalam
bidang sukan di sekolah.

Sememangnya aktiviti sukan sama ada sukan permainan atau sukan olahraga cukup
penting kepada rakyat dan negara, khususnya kepada generasi anak bangsa pewaris
nusa yang tercinta. Aspek-aspek yang saya sebutkan ini amat penting sekali dalam
usaha kerajaan kita untuk membina negara bangsa, membangunkan modal insan dan
melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan selaras dengan kehendak Falsafah
Pendidikan Kebangsaan dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia.
Dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim, saya dengan ini merasmikan Kejohanan Road
Relay IPG Kampus Raja Melewar bagi tahun 2015. Majulah sukan untuk negara.
Sekian, waballahitautik wal-hidayah wasalamualaikum w.b.t.

Anda mungkin juga menyukai