Anda di halaman 1dari 7

SKRIP PENGACARA MAJLIS- HARI RAYA

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI SMK BUKIT RANGIN, KUANTAN


2013

Mengumumkan ketibaan Yang berbahagia , Tn Haji ZAIMI BIN


ABU BAKAR, Pengetua SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN
BUKIT RANGIN, Kuantan masuk ke dewan.

(1)
Bismillahirrahmanirrahim

Yang Berbahagia, Tn Haji Zaimi Bin Abu Bakar, Pengetua SMK


Bukit Rangin,

Pn Hajjah Haniliza Binti Sulaiman, Guru Penolong Kanan


Pentadbiran,

Ustaz Nazli Bin Mahmod, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,

En Rosli Bin Sahak, Guru Penolong Kanan Kokurikulum,

Tn Haji Azhar Bin Sudin, Guru Kaunseling merangkap Penyelaras


Sambutan Hari Raya Aidulfitri 1434Hijriah

Guru-guru Kanan, Guru-guru Cemerlang, kaunselor sekolah,


rakan-rakan guru, dan para pelajar yang dikasihi sekalian.

Assalamualaikum wbt.
Wajik dan Dodol tradisi kita
Ketupat rendang pembuka selera
Tangan dihulur maaf dipinta
Agar ukhwah terjalin mesra

Berbaju kurung anggun jelita


Bersongkok sampin segak bergaya
Selamat Datang pembuka Cerita
Ke Majlis Sambutan Hari Raya

(3) ALUAN JURUACARA


Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya kita
masih diberikan kesempatan untuk menghirup udara Syawal
setelah sebulan Ramadhan kita berpuasa. Syukur juga kerana
kita sama-sama dapat berkumpul di Dewan Bitara pada pagi
yang indah ini bagi meraikan majlis Sambutan hari raya Aidilfitri
peringkat SMK Bukit Ranging, bagi tahun 1434 Hijrriah.

Main mercun di malam raya,


Meletup sana meletup sini,
Majlis diatur untuk semua,
Agar melekat ingatan dihati.

MAjlis Sambutan Hari Raya adalah salah satu program


tahunan gemilang yang telah dirangka oleh pihak sekolah
khusus diraikan oleh semua warga SMK Bukit Rangin. Ianya

diharap dapat merapatkan lagi ukhwah dikalangan para pelajar


serta semua warga sekolah.
(4) DOA
Hadirin-hadirat yang dihormati

Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, moleklah kiranya kita
bersama-sama memanjatkan doa restu kepada Yang Esa.
Majlis mempersilakan Cikgu Mohd Puzi Bin Mohd Zahari bagi
memimpin pembacaan doa. Dipersilakan al-fadzil ustaz.

Majlis mengucapkan terima kasih atas pimpinan tulus


pembacaan doa sebentar tadi. Semoga majlis nan berlangsung
diberkati oleh Yang Maha Agung.

(5)UCAPAN

Lemang dihidang enak rasanya,


Berkuah kacang lazat tak terkata,
Bingkisan kata bingkisan raya
Tuan pengetua bermadah kata.

Bagi maksud itu, majlis dengan penuh hormat dan sukacitanya


mempersilakan Yang Berbahagia, Tn Haji Zaimi Bin Abu Bakat
,Pengetua SMK Bukit Rangin untuk menyampaikan sepatah kata.
Dipersilakan Yang Berbahagia Tuan.

.
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima
kasih kepada
Yang Berbahagia Tuan pengetua.

(6) JAMUAN

Masakan Panas menu utama,


Aiskrim sponsor tidak dilupa,
Kek dan biskut telah tersedia,
Dijemput semua menjamu selera

Dipersilakan semua guru dan pelajar menjamu selera dengan


juadah yang telah disediakan. Sambil menjamu kita dengarkan
gemersik alunan lagu-lagu raya sepanjang zaman. Para pelajar
bolehlah beramah mesra sambil menjamu selera dengan para
guru, ini ibarat rumah terbuka warga SMKPNZ, jadi jangan malumalu, jangan segan-segan, nikmatilah juadah yang telah
disediakan oleh guru-guru dan ada juga yang disumbangkan
oleh para pelajar sendiri.

(7)
PERSEMBAHAN:

Awan bersua citra berkisah


Ukiran sukma kilauan kelisa

Sambil berbual nikmati juadah


Persembahan pelajar ceria acara

Marilah kita sama-sama menghayati alunan suara lagu-lagu raya


yang akan didendangkan oleh pelajar.

{1}

Terima kasih diucapkan kepada __________________________

{2}

Terima kasih diucapkan kepada __________________________

{3}

[Che Faridah]

Terima kasih diucapkan kepada __________________________

Demikian tadi berakhirnya persembahan pelajar. Terima kasih


sekalung budi diucapkan kepada semua pelajar yang
menjayakan persembahan itu tadi.

(8) PENUTUP

Majlis kita sampai ke penghujungnya. Pihak majlis mohon


mengambil kesempatan waktu di penghujung ini untuk
mengucapkan ribuan kalungan bunga terima kasih kepada
semua pihak yang terlibat dalam memastikan majlis sambutan
Hari Raya Aidilfitri peringkat sekolah ini dapat dilangsung
dengan meriahnya. Terima kasih juga diucapkan kepada semua
pelajar atas kerjasama yang diberikan bagi meharmonikan
majlis ini.

Sekian, Wassalamualakum wbt.dan Selamat hari raya Aidilfitri,


Maaf Zahir Batin.

Satu Syawal menjelang tiba,


Takbir bergema mengegarkan jiwa,
Sekiranya ada salah dan dosa,
Ampun dipinta dihari mulia.
Selamat Hari Raya maaf zahir dan batin.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian


Baik lelaki mahupun perempuan
Janganlah malu, janganlah segan
Makanan yang terhidang jemputlah makan.

Selama sebulan kita berpuasa


Lapar dahaga sama dirasa
Bermaaf-maafan sesama kita
Semoga terhapus segala dosa

Yang jauh berkirim salam


Yang dekat berkirim rindu
Mari lupakan kisah yang silam
Kita buka buku yang baharu

Anda mungkin juga menyukai