Anda di halaman 1dari 5

Kembara Amira

BAB 1
Pada cuti persekolahan, Amira, Amir dan Jacinta telah menaiki kereta api
untuk pergi ke Bukit Mat Raya. Jacinta seorang gadis keturunan Cina dan
merupakan kawan baik kepada Amira. Jacinta merupakan rakan sebilik Amira
dan berasal dari Pulau Pinang. Pada waktu yang sama, ibu Amira (Profesor
Zaidah) sedang berada di Bukit Mat Raya. Profesor Zaidah dibantu oleh Dr
Zawawi, Rusdi dan beberapa orang pelajar yang lain.
BAB 2
Amira dan Jacinta turun dari kereta api apabila sampai di stesen Dahan
Hijau. Pak Alias telah mengambil mereka berdua. Pak Alias memberitahu
bahawa ibu Amira sibuk menguruskan tapak cari gali kerana hujan turun
dengan lebat. John OHara dan Malique berada di dalam pacuan empat roda
yang dipandu oleh Roslan. Roslan memaklumkan kepada OHara bahawa
aktiviti arkeologi di Bukit Mat Raya dijalankan oleh pensyarah dan pelajar
universiti. OHara bimbang kerana projek yang sedang diusahakan olehnya
akan terganggu oleh arktiviti akeologi.
BAB 3
Amira dan Jacinta telah sampai ke Bukit Mat Raya. Jacinta teringat akan
bapa dan emak baharunya. Bapanya telah menyuruh Jacinta pergi ke London
semasa cuti persekolahannya. Profesor Zaidah menyuruh Amira dan Jacinta
bertugas di tapak gali nombor sepuluh. Profesor Zaidah berharap agar
mereka dapat memperoleh sesuatu yang berharga. Jacinta mula menyedari
bahawa hidupnya mesti diteruskan.
BAB 4
Amira dan Jacinta ke Air Terjun Angin di kaki Bukit Mat Raya. Tanpa diduga,
mereka telah bertemu dan berkenalan dengan Malique. Namun, Amira masih
tertanya-tanya akan tujuan Malique datang ke Bukit Mat Raya. Telah berlaku
beberapa kejadian aneh di Desa Karpus, Ada pelajar yang mendengar bunyi
tapak kaki berjalan dan bau asap rokok keretek. Profesor Zaidah mahu
mereka berhati-hati kerana tempat itu masih menjadi rebutan pihak pencari
emas.
BAB 5
Amira dan Jacinta pergi lagi ke Air Terjun Angin untuk mandi dan ingin
bertemu dengan Malique. Setelah menunggu selama dua jam, Malique masih
belum datang. Amira terjatuh ke dalam arus sungai yang deras dan gagal
menyelamatkkan diri. Tiba tiba Amira tersedar dan mendapati dua orang
lelaki di hadapannya. Itai telah memperkenalkan dirinya di samping bapa
saudaranya yang bernama Tau. Merekalah orang yang telah menyelamatkan
Amira daripada lemas.
BAB 6

Amira kembali ke Desa Karpus dan mendapati Jacinta telah hilang. Itai
telah membantu untuk mencari Jacinta. Jacinta hilang sewaktu hendak
menyelamatkan Amira ketika hanyut di sungai. Setelah beberapa lama
mencari, Jacinta telah ditemui dalam keadaan pengsan. Semua orang
memuji ketangkasan dan kemahiran Tau mengesan kedudukan Jacinta
.Jacinta telah dibawa balik ke khemah dan keadaan badannya amat lemah.
BAB 7
Malique telah mengikuti OHara pergi ke Pulau Pinang untuk berbincang
tentang urusan projek emas. Malique menyatakan hasratnya kepada OHara
untuk pulang ke Melaka. OHara menyatakan bahawa Malique patut
bersamanya di Bukit Mat Raya untuk memperjuangkan hal pemeliharaan
hutan. Pak Alias memandu pacuan empat roda bersama dengan Profesor
Zaidah supaya perhatian yang lebih diberikan kepada Amira. Tanpa diduga,
kenderaan yang dipandu oleh Pak Alias terlibat dalam kemalangan.
BAB 8
Ludin ialah ketua di perkampungan orang asli dan Tau ialah adik
kandungnya. Tau selalu teringat akan isterinya (Ipah) yang telah melarikan
diri bersama dengan anak perempuannya. Ludin bersimpati dengan nasib
yang telah menimpa adiknya. Jacinta telah sedar. Amira menyuruh Jacinta
menghirup sup yang dibuat olehya. Tiba tiba Itai datang dan Amira
memperkenalkan Itai kapada Jacinta. Amira memaklumkan kepada Jacinta
bahawa Itai telah menyelamatkannya.
BAB 9
Profesor Zaidah telah cedera dan tangannya terseliuh dalam kemalangan
yang berlaku. Profesor Zaidah bernasib baik kerana Pak Alias sempat
menyelamatkannya sebelum kenderaan dihanyutkan air deras. Amira
memicit bahu ibunya perlahan-lahan dengan penuh kasih sayang. Dr.
Zawawi mencadangkan supaya kerja- kerja di tapak cari gali ditangguhkan
buat sementara waktu. Profesor Zaidah membantah cadangan Dr. Zawawi
dan meneruskan projek tersebut. Amira dan Jacinta terkejut akan
pertelingkahan yang berlaku. Walau bagaimanapun, Profesor Zaidah
memahami niat baik Dr. Zawawi.
BAB 10
Malique dan OHara datang semula ke Bukit Mat Raya untuk meneruskan
kerja-kerja mencari emas. Roslan terlambat datang mengambil Malique dan
OHara kerana berlaku pergaduhan antara pekerja OHara. OHara memarahi
Ah Chin kerana tidak pandai menjaga pekerja.
BAB 11
Tau memerhatikan Desa Karpus dari jauh. Dia teringat akan kehidupannya
semasa kecil bersama dengan Ludin dan ayahnya. Demi menyelamatkan
Ludin, dia telah bersetuju untuk berkahwin dengan Ipah. Hasil daripada
perkahwinan dengan Ipah, mereka dikurniakan dua orang anak. Namun Ipah
telah lari bersama dengan Johnny dan membawa anaknya yang pertama
bernama Sabi. Sejak itu, kehidupanTau tidak tenteram.
BAB 12

Amira memberitahu Itai bahawa Jacinta ingin mencari batu kuarza. Jacinta
menceritakan hal dirinya kepada Itai. Itai ingin memberikan Jacinta sesuatu
yang bernilai tetapi bukan batu kuarza. Malique datang ke Desa Karpus
untuk bertemu dengan Amira. Kedatangan Malique disambut oleh Jacinta
dan mereka telah berkenalan. Jacinta telah memanggil Amira, namun Amira
telah tiada kerana mengikut Itai ke suatu tempat yang dirahsiakan.
BAB 13
Amira mengikut Itai ke suatu tempat yang banyak mempunyai emas.
Dalam perjalanan, Itai telah memberitahu Amira tentang mitos yang berlaku
di dalam hutan tersebut. Sepuluh tahun yang lalu, ada seorang pembalak
telah mati dan digantung secara songsang. Tiba-tiba Itai menarik tangan
Amira dan meniarap di tanah.Ada dua lembaga sedang menghampiri sungai
yang banyak mengandungi emas. Dua lelaki berbulu telah membunuh lelaki
yang terikat tangannya. Itai dan Amira lari menyelamatkan diri.
BAB 14
Malique teringat akan pertemuannya dengan Amira. Amira bertanya
kepada Malique tentang lelaki yang bersamanya di dalam kereta api dahulu.
Malique menerangkan bahawa lelaki itu bernama OHara dan bekerja
sebagai pengkaji kandungan emas. Malique juga menerangkan bahawa dia
tidak begitu mengenali OHara . Roslan mengajak Malique untuk
menemaninya mencari pekerja yang hilang. Di pertengahan jalan, hujan
telah turun dan kenderaan mereka telah tersekat. Ketika Roslan mencari
batuan, kenderaan tersebut telah dihanyutkan oleh aliran lumpur sebelum
jatuh ke gaung bersama dengan Malique.
BAB 15
Amira pergi ke rumah Itai kerana sudah beberapa hari Itai tidak datng ke
Desa Karpus. Kedatangan Amira dan Jacinta telah disambut oleh Ludin. Itai
bagaikan orang yang sakit dan berbaring. Amira tekah menyerahkan ketulan
emas yang diambilnya kepada Ludin. Itai berasa kecewa kerana Amira telah
membocorkan rahsia mereka. Ludin telah berbincang dengan Tau tentang hal
emas yang diserahkan oleh Amira.
BAB 16
Amira dan Jacinta menemukan sesuatu yang penting dalam usaha cari gali
yang telah diusahakan. Profesor Zaidah telah mengesahkan bahawa benda
yang ditemukan itu ialah sebiji tembikar lama dan berada dalam keadaan
yang baik. Penemuan tembikar ini merupakan kejayaan besar kepada Amira
dan Jacinta. Itai dan Tau datang ke Desa Karpus untuk bertemu dengan
Profesor Zaidah. Profesor Zaidah mengajak Tau makan bersamanya. Tau
menyatakan bahawa dia ingin membantu untuk menyelamatkan hutan di
Bukit Mat Raya.
BAB 17
Ingatan Malique kembali putih. Dia teringat akan ibunya yang berada di
Melaka. Ibunya mahu supaya dia menjadi seorang yang berani dan sanggup
berkorban untuk masa depan keluarga. Malique ingin segera keluar dari
hutan yang penuh dengan masalah itu. Ketika berada di dalam hutan,
Malique sering bermimpi tentang perkara aneh. Malique selalu bermimpi

tentang seorang lelaki yang telah menyelamatkannya daripada serangan


haiwan ganas. Sewaktu sedar daripada mimpinya, Malique cuba mengamati
semula wajah lelaki tersebut tetapi gagal.
BAB 18
Tau membawa Dr. Zawawi, Rusdi, Amir, Jacinta dan Itai ke Gunung Gua
Gajah. Mereka perlu mendaki sebelum masuk ke dalam gua. Setelah
mendaki beberapa lama, mereka selamat sampai ke gua tersebut. Tau telah
menghilangkan diri. Itai menyatakan bahawa mereka tidak perlu risau akan
keselamatan Tau. Tiba-tiba Amira telah menemukan sebuah mobile disk di
lantai gua lalu mengambilnya. Rusdi dan Itai juga telah menemukan sesuatu
yang bernilai, iaitu kapak batu yang digunakan oleh manusia pada zaman
Neolitik.
BAB 19
Penemuan di Gunung Gua Gajah telah menggemparkan penghuni Desa
Karpus dan merupakan satu kejayaan yamg besar. Bagi Amira pula,
penemuan mobile disk telah memberikan satu pertunjuk kepada penemuan
Malique. Amira telah meminta bantuan Itai untuk mencari Malique. Amira,
Jacinta dan Itai telah mengambil keputusan untuk pergi ke Gunung Gua
Gajah sekali lagi. Mereka telah membatalkan niat untuk mengajak Tau pergi
bersama. Namun demikian, mereka telah memberitahu Rusdi.
BAB 20
OHara dan Ah Chin menunggu ketibaan Jennifer di stesen kereta api.
Kedatangan Jennifer ke hutan yang pernah dijejakinya meresahkan OHara
kerana sudah bertahun-tahun Jennifer telah melupakan tempat itu. Wajah
isteri Tau, Ipah yang sedang mendukung Sabi muncul dalam fikiran Tau. Tau
terjaga ketika waktu hampir senja dan segera ke tempat persembunyian
Malique.
BAB 21
Amira , Jacinta, Itai dan Pak Alias ke Gunung Gua Gajah untuk mencari
Malique. Roslan berpatah balik untuk mengambil lampu suluh dan datang
bersama-sama dengan Jennifer dan OHara semula. Makhluk berbulu itu
terkejut daripada tidur apabila terdengar akan bunyi kenderaan. Jennifer
terkenang kembali kehidupannya yang dipulau oleh masyarakat suku Orang
Asli Semai kerana berambut perang dan bermata biru.
BAB 22
Mengimbas kembali kisah silam yang menyebabkan Pesawat Cessna 310
model tahun 1953 yang dipandu oleh Ridley mengeluarkan percikan api
sehingga menyebabkan kipasnya berhenti. Ridley, Brenda dan anak mereka,
Samantha dalam perjalanan pulanya yang ke Australia setelah beberapa
bulan berada di Pulau Langkawi. Pesawat itu terhempas di tebing lembah.
Masyarakat Orang Asli Semai menolak kehadiran Samantha yang kini
bernama Ipah, tetapi Jidin tetap mempertahankan tindakannya membawa
Ipah pulang.
BAB 23
Amira, Itai, Roslan dan Pak Alias berusaha mencari dan mengesan Malique
di Gunung Gua Gajah. Itai menceritakan rahsia hidupnya, iaitu kehilangan

abangnya di dalam hutan dan mimpi sering mengganggu tidurnya. Di kaki


gunung, Jacinta kurang senang akan kelakuan OHara yang merenung ke
arah rantai emas di dadanya. Berdasarkan penemuan kesan tapak kaki yang
tidak berkasut, mereka bergerak mengikut aliran air hingga ke satu lubang
yang membawa mereka ke pucak gunung.
BAB 24
Profesor Zaidah sedar akan ketiadaan Amira dan Jacinta di khemah. Amira
dan rakan-rakannya berhati-hati kerana Itai dapat mengesan bau makhluk
berbulu.Itai dan Amira masuk ke dalam pondok yang terdapat di situ,
sementara Pak Alias dan Roslan mengawasi keadaan sekeliling. Makhluk
berbulu itu melompat dan berdiri di hadapan Pak Alias dan Roslan, manakala
Itai dan Amira berjaya menemui Malique. Profesor Zaidah, Dr. Zawawi dan
Rusdi terserempak dengan Ludin ketika dalam perjalanan ke Gunung Gua
Gajah.
BAB 25
Makhluk berbulu itu terkejut apabila melihat Itai dan Amira memapah
Malique keluar dari tempat persembunyiannya. Makhluk berbulu itu merayu
agar Malique yang dipanggil sebagai Sabi tidak meninggalkannya. Ludin
yang tiba di kaki gunung terkejut apabila melihat adik iparnya, Ipah ada
bersama dengan Jacinta dan OHara. Ludin yang baru tiba di puncak gunung
berjaya menyelamatkan keadaan. Mereka terkejut kerana makhluk berbulu
itu rupa-rupanya Tau.
BAB 26
Semua orang yang terlibat dalam kejadian itu berkumpul di Desa Karpus.
Pertelingkahan berlaku di antara Ludin, OHara dan Jennifer mengakibatkan
banyak rahsia mereka terbongkar. Antara rahsianya ialah Jennifer ialah Ipah,
isteri Tau yang telah melarikan diri, Malique ialah Sabi, iaitu anak Tau dan
abang kepada Itai. Itai dan Malique ialah adik- beradik. Ludin ialah bapa
saudara Itai, bukannya bapa kandungnya dan Tau tersenyum puas
mendengar keputusan Malique untuk tinggal sebentar di dalam hutan
sehingga ia sembuh.
BAB 27
Amira kini bergelar mahasiswa tahun pertama di sebuah universiti di Kuala
Lumpur. Ketika mengemas barang untuk pulang bercuti, Amira teringat akan
rakan-rakannya lalu memeriksa e-mel yang diterimanya. Ada e-mel daripada
Itai, Malique, Jacinta dan Dr. Zawawi. Amira meninggalkan perkarangan
kampus dengan menumpangkan pelajar yang tinggal di hadapan biliknya.
Hasil kerja Kumpulan 6:
Arisman b. Kamarudin, Belvinderjit Kaur Thind, Darhan a/l Murliah,
Pavitheran a/l Appa Rou dan Nur Naeila bt. Abdul Kabir, Tingkatan 5 Ekonomi
1, SMK Methodist, Tg. Malim, Perak Darul Ridzuan.

Anda mungkin juga menyukai