Anda di halaman 1dari 3

PENANGGUHAN

SINOPSIS

Kapten Mamat menanggung penyesalan atas tragedi


maut yang meragut nyawa Baharun, seorang klasi
kapal. Perasaan menyesal ini menyebabkan dia rasa
bersalah apabila berhadapan dengan Masnah, janda
Baharun.
Kapten
Mamat
sangat
memahami
penderitaan dan keperitan hidup yang terpaksa
ditanggungnya serta dua orang anaknya. Kehadiran
mereka ke rumah memberikan peluang kepada Kapten
Mamat untuk cuba menenangkan perasaan Masnah.
Dia menyedarkan Masnah tentang takdir dan
ketentuan Allah. Pada masa yang sama, dia juga
mencari jalan untuk meringgankan beban yang
diatnggung oleh Masnah dan anak-anaknya. Selain
kehilangan
tempat
bergantung,
Masnah
juga
menghidap penyakit yang menyebabkannya tidak
dapat menyara keluarganya seorang diri

Tema

Tanggungjawab pada amanat kehidupan yang terpaksa


dilalui oleh Kapten Mamat dan Masnah atas ketentuan
Ilahi. Kapten Mamat bertanggungjawab terhadap
kematian Baharun, suami Masnah. Baharun yang
menjadi kelasi kapal yang diketuai oleh Kapten Mamat
telah meninggal dunia kerana terjatuh dari atas tiang
agung keatas geladak. Kapten Mamat bertanggungjawab
terhadap kehidupan Masnah dan dua anaknya setelah
kematian Baharun. Masnah terpaksa bertanggungjawab
terhadap kehidupan diri dan dua orang anaknya setelah
kehilangan suaminya.

Anda mungkin juga menyukai