Anda di halaman 1dari 3

Pengenalan

Sejarah Cina Kelantan memang menarik dan boleh dibandingkan dengan Melaka di
mana kain sarong dan pelikat mereka yang cukup sinonim. Yang bezanya ialah Cina
Kelantan mempunyai hubungan yang begitu akrab dengan Melayu, tidak hairanlah ada
antara mereka dipanggil dengan nama Melayu.
Istilah Cina Peranakan selalu digunakan bagi merujuk kepada kelompok-kelompok
orang Cina di Malaysia yang telah mengalami proses akultrasi dengan masyarakat Melayu
dan pengaruh persekitaran tempatan.Istilah ini pada mulanya dipakai apabila kita merujuk
kelompok Cina Baba dan Nyonya di Negeri-negeri Selat yang terdiri dari Melaka, Pulau
Pinang dan Singapura. Cina Peranakan masih mengekalkan identiti Cina dan juga agama
moyang mereka , agama Buddha tetapi kelainan agama ini tidaklah dapat dibezakan sangat
antara Cina Peranakan dengan Melayu terutama pada penglihatan orang dari luar Kelantan.
Budaya masyarakat Cina Peranakan Kelantan telah menjalinkan hubungan kaum.
Orang Cina yang tinggal di kampung Melayu tolong-menolong demi kepentingan bersama.
Mereka juga menghayati budaya Melayu dalam kehidupan harian mereka.. Di Kelantan juga,
restoran makanan halal Cina yang dikendalikan oleh orang Cina, turut menyiapkan tempat
solat atas semangat menghormati pelanggan Muslim. Menyebut mengenai Cina Peranakan
ini mereka memang mengambil beberapa unsur dan bibit budaya Melayu. Kalau kita sebut
komuniti Cina Peranakan pasti akan mengandungi kompenan budaya Melayu dalam
budayanya. Kalau kompenan ini hilang , bererti komuniti Cina Peranakan Kelantan turut
hilang.

Cina Peranakan Kelantan


Cina Peranakan Kelantan diberi banyak gelaran berbanding dengan Baba dan
Nyonya di Melaka. Orang Melayu memanggil mereka sebagai Cina kampung, Cina Kelantan
atau Orang Cina kita dan bagi Cina di bandar, mereka dipanggil sebagai Cina benua atau
Cina Bandar. Kekeliruan juga sering timbul kerana kadang kala Cina peranakan
menggunakan nama terutama nama jolokan yang seakan-akan sama dengan orang Melayu.
Cina Peranakan atau Cina Peribumi ini mempunyai ciri-ciri yang membezakan
mereka dengan Cina bandar dan kaum tionghua yang biasa ditemui. Keunikan mereka ini
wujud kerana berlakunya asimilasi budaya antara Cina, Melayu dan Siam. Masyarakat Cina
Peranakan itu bertaburan di 48 buah kampung di Kelantan bermula di Sungai Pinang di
Tumpat sehingga ke Gua Musang dan di sepanjang Sungai Kelantan. Walaupun tiada rekod
bertulis mengenai kedatangan awal orang Cina ke Kelantan, namun mereka percaya
kedatangan awal nenek moyang mereka ke negeri itu adalah lebih awal dari kedatangan
Cina pada zaman Kesultanan Melayu Melaka.
Menurut huraian dalam maklumat yang ditemui, budaya mereka dibahagikan kepada
dua iaitu Fronstage dan Backstage. Frontstage bermaksud pengamalan dan gelagat
mereka di dalam masyarakat di luar rumah.
Mereka bercakap dialek Kelantan sesama mereka, bercucuk tanam, berbual di
anjung, memakai kain pelikat bagi lelaki, dan memakai kain batik bagi kaum wanita. Ada
juga yang berkelubung kepala jika keluar rumah. Cina Peranakan ini juga memakan budu
dan ulam-ulaman. Nama mereka juga menggunakan nama Melayu seperti Gan Awang, Tan
Awang Besar, Lau Cheng San atau Che Hassan, Che Midah, Mek Su dan nama-nama lain
mencerminkan bagaimana proses asimilasi telah merubah dan membentuk budaya
tersendiri di kalangan masyarakat tempatan. Manakala Backstage pula ialah gelagat dan
budaya mereka jika berada dalam rumah. Ini bermaksud, mereka masih lagi mengekalkan
budaya Cina seperti sembahyang, adat perkahwinan dan juga upacara pengkebumian.
Walaupun berbangsa Cina namun kulit mereka kebanyakannya sawo matang dan
berkomunikasi dalam bahasa Melayu dialek Kelantan dengan bahasa Hokkien yang berbeza
hasil campuran Melayu dan Thai. Tetapi umumnya mereka tidak tahu berbahasa Mandarin.
Interaksi antara etnik Cina dan Melayu di Kelantan yang wujud sejak dahulu (mula dari
zaman kanak-kanak) menyebabkan wujudnya persefahaman dan rasa hormat di antara satu
sama lain.Kesannya,masyarakat Cina kampung,Melayu masing-masing mempunyai minat
yang sama dalam permainan tradisi seperti wayang kulit,menora dan wayang gedek.
Sebagai contohnya,kegiatan budaya mereka yang menkagumkan adalah seperti berdikir

barat,malah mempunyai tok dalang yang cukup gah dalam kumpulan pemain wayang
kulit,dan juga pembuat patung atak wayang kulit.
Yang menariknya, baik lelaki mahupun wanita, mereka suka makan sireh di waktu
lapang dan memakai semutar (serban) apabila bekerja di bawah terik matahari.Kebolehan
menulis dan membaca dalam Jawi adalah satu perkara biasa bagi generasi tua Cina
Peranakan Kelantan yang mendapat pendidikan di sekolah aliran Melayu selain pergaulan
yang rapat sejak kecil dengan rakan mereka yang berbangsa Melayu. Di kampung, rumah
mereka adalah sama seperti rumah Melayu dan tempat tokong yang kelihatan di luar rumah
saja yang membezakannya. Senibina yang ada seperti rumah asal Cina Peranakan
Kelantan juga amat unik dan menarik. Rekabentuk, jenis kayu, malah ukiran yang
dipahatkan adalah seni Melayu. Cuma tulisan kaligrafi Cina sahaja yang mempunyai ciri
keCinaan menghiasi ruang tamu dan anjung. Namun, kesenian dan kehalusan senibina ini
kian mereput kerana tiada usaha pemuliharaan dilakukan.
Cina Peranakan yang menebal dengan pengamalan budaya Cina Tradisonal juga
terhakis dengan arus kemodenan. Selain daripada serangan globalisasi, kepupusan budaya
ini berlaku dengan beberapa faktor. Faktor penghijrahan ke bandar dan perkahwinan
campur turut menyumbang kepada kepupusan ini. Menurut,Gan Awang yang juga Presiden
Persatuan Cina Peranakan Kelantan mengakui bahawa adalah mustahil kepupusan itu akan
berlaku kerana kebanyakan mereka yang berumur 45 tahun ke bawah sudah tidak
mengamalkan budaya ini lagi untuk menyesuaikan diri mereka dengan arus perkembangan
zaman. Bagaimanapun, budaya dan amalan memakai kain pelikat bagi lelaki dan
berkemban kain batik bagi wanita Cina Peranakan Kelantan itu mungkin akan pupus dalam
tempoh lima hingga10 tahun lagi berikutan dengan arus pemodenan.

Anda mungkin juga menyukai