Anda di halaman 1dari 5

P E N U L I S A N K R E ATI F

oleh

H A J A H M A H AYA M O H D . YAS S I N

Pengenalan
Penulisan kreatif secra umum ialah pengolahan dan penghasilan
karangan, ciptaan, kar ya dan atau cerita seperti novel, cerpen, drama
dan puisi. Sebelum terhasil sesebuah penulisan kreatif, seseorang itu
perlu berfikiran kreatif sama ada secara dirangsang, dibimbing atau
yang semarak sendiri-sendiri.
Penulisan Kreatif dan Kreativiti
Berfikir ialah keupayaan memindahkan kemahiran yang sedia ada
kepada situasi lain. Para pakar Ilmu Psikologi mengakui bahawa
terdapat dua cara berfikir iaitu berfikir cara analitikal-logikal dan
cara kreatif. Cara berfikir analitikal-logikal menjurus kepada reaksi
a t a u t i n d a k b a l a s y a n g d i k e h e n d a k i o l e h p i h a k p e n c a b a r. H a n y a s a t u
jawapan yang betul, dalam konteks ini. Langkah ini membentuk sikap
konfirmiti

akan

persekitaran

yang

terhad,

tanpa

berani

mengemukakan idea-idea baru.


Sementara itu, cara berfikir kreatif lebih luwes dan yakin bahawa
ban yak

jawapan

yang

dapat

diajukan

untuk

setiap

persoalan.

Pemikiran kreatif turut mencabar penyelesaian yang sedia wujud


demi pencarian dan pilihan pen yelesaian atau idea baru. Pemikiran
cara ini mengetengahkan serta mencuba gagasan segar dan baru,
malah mungkin akan menyeleweng daripada kelaziman. Jawapanjawapannya bukan sahaja pelbagai, malah lebih positif. Dalam reality
kehidupan, pemikiran kreatif lebih berdaya saing dan berdaya tahan
apabila berhadapan dengan cabaran dan kemungkinan.
Sehubungan dengan itu, kreativiti (hasil fikiran, tindakan yang
kreatif)

ditafsirkan

oleh

Hopkin

(1937)

sebagai

diri

dalam

keadaan bergerak balas ketika dirangsang dengan dalam dan dengan


c a r a d i n a m i k . An d r e w ( 1 9 6 1 ) m e n e g a s k a n b a h a w a k r e a t i v i t i i a l a h
proses yang dilalui oleh seseorang dalam pengalaman-pengalamann ya
yang

membawa

kepada

perbaikan

dan

pertumbuhan

dirin ya,

sebagaimana

ia

adalah

pernyataan

terhadap

individualiti

dan

keistimewaann ya.
Di

samping

menghadapi

itu,

proses

suasana

kreatif

dilalui

oleh

seseorang

yang mencabar minda dan

dalam

menggugah

rasa

dengan penuh penghayatan dan kesungguhan. Fikiran kreatif turut


m e n y e l o n g k a r, m e n c a r i

dan

mengenal

pasti

cara,

maklumat

dan

peluang baru serta merangka strategi. Untuk itu, seseorang yang


berfikir

secara

kreatif

menggunakan

teknik

berfikir

projektif.

Seperti yang kita sedia maklum, penulisan kreatif amat berkait


rapat dengan pengalaman peribadi. Jenis penulisan ini menuntut
pemikiran yang tajam, imaginasi dan sensitiviti yang tinggi serta
daya persepsi yang matang dan mantap. Sekali gus penulisan kreatif
diiktiraf sebagai pemikiran beraras tinggi.
Dalam pengajaran dan pembelajaran seharian, pelajar kita perlu
digerak gempur minda dan digugah perasaan mereka melalui pelbagai
u s a h a , c a r a d a n r a n g s a n g a n . Ak t i v i t i - a k t i v i t i i n i k e l a k b e r u p a y a
m e l a t i h p e l a j a r l e b i h b e r s e m a n g a t , m e n i n g g i k a n k e m a h i r a n b e r f i k i r,
menjelaskan perkara yang sudah diketahui, mendapatkan maklum
balas akan sesuatu yang sedang dipelajari, menjalin perkaitan antara
idea yang ada, menajamkan perasaan ingin tahu, membina pelbagai
proses

berfikir

dan

mencipta

cabaran

baru

yang

merangsang

kecemerlangan.
Sebenarnya,
men yubur

kesemua

bakat

serta

usaha

ini

berupaya

memperkembang

mengilap

pemikiran,

potensi,

bahasa

dan

m o t i v a s i p e l a j a r. P e l u a n g s e r t a r u a n g s e p e r t i i n i m e r a n g s a n g d a y a
f a k i r, i m a g i n a s i , k r e a t i v i t i , p e r s e p s i m e r e k a u n t u k m e l a h i r k a n i d e a ,
perasaan, hujah, pendapat dan pengalaman sendiri.
Proses Penulisan Kreatif
Peringkat atau tahap yang harafiah dan candra dalam proses
penulisan

kreatif

terbahagi

kepada

lima.

Kelima-lima

peringkat

dinamakan formula 5 P itu ialah persediaan, peringkat pengeraman


idea,

perangkaan

Peringkat

persediaan

cerita,

penulisan

bermaksud

tempoh

dan
dan

pen yemakan.
situasi

ketika

komputer

kita

mula

menerima

dan

mencerna

maklumat,

idea,

rangsangan atau bahan mentah dari semasa ke semasa. Peringkat


pengeraman pula mengkhusus kepada proses rangsang,

idea dan

segala maklumat yang berkaitan dimantapkan, disemak, dihujah,


diuji, ditokok tambah dan dimantapkan. Proses ini berlangsung dalam
kedua-dua belah otak secara tekal, demi memasakkan ilham atau
memantapkan gagasan dan cerita. Biasan ya proses ini berlangsung
tanpa tempoh masa yang tetap. Realitin ya ada yang memakan masa
berminggu-minggu malah bertahun-tahun.
Sementara itu, peringkat ketiga iaitu perangkaan cerita merupakan
kesinambungan padu daripada proses sebelum itu. Pada peringkat ini,
r a n g k a c e r i t a m u l a t e r c e t u s d a n b e r b a y a n g - b a y a n g . Ap a b i l a d i f i k i r k a n
lebih mendalam dengan lebih tekal rangka mula terbentuk. Draf awal
ini boleh juga ditulis kemas dalam bentuk peta minda atau catatan
ringkas. Seseorang bolehlah mula melangkah ke peringkat penulisan.
Ini bermaksud pelajar boleh melanjutkan usaha menuliskan cerita
dengan yakin. Sambil mengarang pelajar akan turut bermain-main
dengan

gaya

bahasa

yang

mantap

dan

menarik,

sesuai

dengan

pergerakan cerita. Sebaik sahaja selesai, usaha menyemak dilakukan


agar tajuk menarik, segar dan ringkas. Penyemakan bahasa pula
memastikan ejaan tepat, ayat gramatis , bervariasi dan kreatif . Di
samping itu perlu dilihat jalinan peristiwa lancar, munasabah serta
men yakinkan pembaca . Dan akhirn ya kereta itu biarlah positif , tepu
dengan

nilai

kemanusiaan

dan

pengajaran.

Pengajaran dan Pembelajaran Penulisan Kreatif


Pendekatan dan teknik yang boleh dijadikan rangsangan untuk
m e m b u k a p i n t u k r e a t i v i t i p e l a j a r p e l b a g a i . An t a r a n y a i a l a h A d a p t a s i ,
Aksi

kaku,

Permata,

men yambung

cerita,

menyediakan

cerita,

menamatkan cerita, mempositifkan unsur, interteks dan interaksi .


Penulis

memaparkan

mencontohkan

Tek n i k

pengajaran

Interaksi

dan

ini

secara

pembelajaran

sekilas

penulisan

untuk
kreatif.

Tek n i k I n t e r a k s i i n i s e b e n a r n y a m e n g g a l a k k a n p e l a j a r b e r i n t e r a k s i
serta saling mencabar kreativiti bersama rakan. Kelebihannya ialah
sedari

awal

pelajar

berdaya

saing

untuk

merangsang

kreativiti,

persepsi dan imaginasi untuk menghasilkan penciptaan yang lebih


bermutu. Meskipun pada dasarn ya , mereka berhujah tentang sesuatu
tajuk yang sama namun apabila sampai pada tahap perangkaan dan
penulisan,
mempunyai

pelajar

digalakkan

kelainan,

menghasilkan

ketulenan

serta

kar ya

yang

yang

lebih

baku,
kreatif.

C o n t o h P e n u l i s a n K r e a t i f M e n g g u n a k a n Tek n i k I n t e r a k s i
-Rangsangan untuk berinteraksi
-Membaca cerita Batu Belah Batu Bertangkup
-Mengesan kata sukar serta memberi sinonim, antonim dan membina
ayat
-Bersoal jawab menguji kefahaman
-Mentafsir cerita
Membuat latihan darihal tema dan persoalan, watak dan perwatakan,
latar, plot, gaya bahasa, nilai kemanusiaan dan pengajaran dengan
menggunakan bahasa yang tepat, indah dan menarik
-Mempositifkan peleraian cerita
-Mencadangkan peleraian lain
-Merubah watak
-Mengadaptasi
Selepas tahap rangsangan pelajar berlatih pula pada perbincangan
berikut

Menyenaraikan

dan

Mengemukakan

Menyusun dan memilih peristiwa yang sesuai dengan jalan cerita

Menulis cerita menggunakan bahasa yang tepat, indah dan menarik

Menyunting kar ya

Menilai karya yang dihasilkan

idea

memilih
dalam

idea

daripada

bentuk

pelbagai

lakaran

atau

sumber
lisan

Penutup Bicara
Penulisan kreatif ialah satu proses yang istimewa. Proses ini
menurut adunan pengalaman, imaginasi, kreativiti, sensitiviti dan
persepsi yang diperkukuh oleh bakat dan kesungguhan. Oleh itu,
setiap pelajar berhak menerima prosedur proses ini secara tuntas agar
p e n g h a s i l a n c a r a k r e a t i f l e b i h b e r m a k n a d a n m e n y e r o n o k k a n . Wal a u
bagaimanapun penulisan kreatif seperti sifatnya yang tersendiri tidak
boleh terpisah-pisah atau terlalu kompleks. Setelah mengalami proses
serta

tercabar

mengalami

dengan

pengalaman

pelbagai
baru

rangsangan,
dalam

pelajar

suasana

berupaya

selesa

dan

membijaksanakan. Justeru, objektif penulisan kreatif untuk jangka


pendek iaitu kepentingan peperiksaan dan untuk jangka panjang
sebagai wadah pendidikan seumur kehidupan akan mudah digapai.
Insya-Allah.

Kosa Kata Umum Bahasa Melayu


Kosa Kata Umum Bahasa Serumpun
K o s a K a t a B a h a s a As i n g

Anda mungkin juga menyukai