Anda di halaman 1dari 9

Tugasan 3 : Refleksi

1.0 Pengenalan
Menurut surat khabar Sinar Harian, pada 18 Julai 2013, Timbalan Perdana Menteri
Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan tuduhan golongan penentang terhadap mata pelajaran
TITA hanya 'mengagungkan' tamadun Islam ke tahap yang boleh mengislamkan anak-anak
muda mereka, sedangkan pelajar didedahkan kepada kepelbagaian tamadun Melayu, Cina,
India serta etnik-etnik di Sabah dan Sarawak. Namun begitu, beliau berkata usaha kerajaan
mewajibkan subjek Tamadun Islam dan Tamadun Asia (Titas) kepada pelajar Institusi
Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) tempatan tidak akan mengislamkan pelajar bukan Islam di
negara ini.
Kursus Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) merupakan satu kursus wajib yang
perlu diikuti oleh setiap pelajar Institusi Pendidikan Guru (IPG) di Malaysia. Kursus ini
bertujuan untuk mempelajari dan memahami bagaimana tamadun-tamadun besar di dunia
ini terbina. Hal ini penting agar tamadun Malaysia yang bakal dibina oleh rakyat Malaysia
dari pelbagai etnik dapat menggambil kira resipi yang ada dalam setiap tamadun besar yang
dimiliki mereka, seperti tamadun Islam, tamadun Melayu, tamadun India, dan tamadun Cina.
Selepas kumpulan saya mengikuti sebahagian besar daripada isi kandungan kursus
Tamadun Islam dan Tamadun Asia, kami berpendapat bahawa mata pelajaran ini berupaya
mewujudkan sebuah masyarakat Malaysia yang harmoni bagi memperkukuhkan gagasan 1
Malaysia.
2.0 Kekuatan
Dalam konteks ini, mata pelajaran TITAS ini dapat menyumbang kepada pencapaian
cita-cita negara bagi mewujudkan perpaduan dan keharmonian dalam kalangan rakyat
negara Malaysia. Seperti yang kita tahu, masyarakat kita terdiri daripada bangsa yang
berlainan dan agama yang berbeza seperti orang Melayu, orang Cina, orang India dan
sebagainya. Oleh hal demikian, para pelajar dapat didedahkan kepada sejarah
kepelbagaian masyarakat kita dan cara bangsa yang berlainan pada zaman dulu hidup
bersama dengan aman damai. Dengan itu, semangat perpaduan secara tidak langsung
dapat disemai dan dilihat di antara rakyat negara. Para pelajar akan dapat melihat
penonjolan nilai-nilai kemanusiaan dan kemasyarakatan dalam perbincangan tentang setiap
tamadun yang diketengahkan. Hal ini demikian kerana para pelajar atau generasi muda
akan memahami bahawa terdapat banyak persamaan pada nilai-nilai kemanusiaan dan
kemasyarakatan yang mendasari tamadun-tamadun yang dibelajari. Walaupun para pelajar
akan mendapati masih mempunyai banyak perbezaan antara tamadun, tetapi yang paling
2

penting ialah kesedaran untuk menyatukan tamadun-tamadun tersebut. Hal ini secara
langsung dapat memupuk semangat perpaduan dalam kalangan rakyat negara kerana
mereka memahami tentang kepentingan untuk bersatu hati dalam melakukan sesuatu.
Selain itu, mata pelajaran TITAS juga mengundang kepada semangat patriotik
disebarkan di Malaysia. Perpaduan merupakan elemen yang amat signifikan dalam
memastikan kestabilan politik dan juga menjadi syarat utama dalam mewujudkan
kesejahteraan hubungan yang harmonis antara pelbagai kaum. Dengan membelajari mata
pelajaran TITAS, maka para pelajar akan membelajari sejarah atau nilai yang penting
dalamnya seperti nilai cinta akan negara dan mereka akan sanggup berkorban demi
negaranya

yang

tercinta.

Dalam

sejarah

Malaysia

telah

mencatatkan

peristiwa

permuafakatan politik dalam halakah barisan pemimpin negara kita yang belainan bangsa
bersatu padu dalam berjuang untuk melepaskan Tanah Melayu dari belenggu penjajahan
British pada tarikh 31 Ogos 1957 di dataran merdeka. Hal ini telah mencerminkan semangat
patriotik dalam pemimpin negara dan pelajaran ini secara tidak langsung dapat menjadi
contoh teladan kepada rakyat Malaysia agar mereka juga cintai akan negara tersendiri. Hal
ini meninggalkan mengundang kepada semangat patriotik dalam kalangan rakyat dan
peminpin. Selain itu, melalui pengajaran TITAS, kita membelajari bahawa budaya juga
berfungsi sebagai penguat kepada semangat patriotik dalam halakah rakyat sesebuah
negara. Hubungan pelbagai etnik yang harmoni telah mencapai keserasian antara satu
sama lain di samping memupuk nilai cintakan akan negara. Dalam ini, kita memahami
bahawa pemimpin-pemimpin bagi setiap komuniti etnik akan bertoleransi sesama diri bagi
mendapat sesuatu dalam semangat setiakawan menang-menang.
Sementelahan, mata pelajaran TITAS juga meningkatkan kesedaran kepada para
pelajar tentang kepentingan nilai-nilai sepunya dalam sesebuah masyarakat yang majmuk.
Kesedaran ini mempunyai nilai pendidikan yang amat tinggi. Oleh yang demikian, nilai-nilai
sepunya ini memainkan peranan yang penting dalam menyelesaikan masalah-masalah
daaripada kepelbagaian budaya di samping dapat juga memupuk perpaduan dalam halakah
masyarakat. Dengan itu, nilai-nilai sepunya ini amat signifikan dalam melahirkan masyarakat
yang berharmonis dan utopia seperti masyarakat Malayisa yang terdiri daripada bangsa
yang berbeza. Oleh yang demikian, imej Malaysia akan semakin bersinar di persada dunia
diebabkan oleh kedamaian yang terdapat sesama rakyat kita. Hal ini demikian kerana nilainilai sepunya ini boleh dianggap sebagai jambatan budaya yang menghubungkan antara
satu negara dengan yang lain. Maka, kursus TITAS ini telah berperanan dalam
pembangunan tamadun kerana kita boleh merujuk kepada nilai-nilai sepunya yang dalam

institusi keluarga, nilai-nilai keilmuan sepunya, unsur-unsur sepunya dalam kosmologi dan
sains serta sebagainya.
Bukan itu sahaja, perbezaan yang wujud antara satu tamadun dengan lain juga
dapat ditangani dengan bijaksana melalui pengajaran TITAS dalam kalangan para pelajar di
Malaysia. Dengan membelajari mata pelajaran tersebut, kita akan mempunyai sikap positif
terhadap perbezaan yang terdapat dalam tamadun yang lain sama ada dari segi
kepercayaan, agama, nilai murni, pendapat atau adat resam. Sikap positif ini secara tidak
langsung akan diterjemahkan kepada amalan toleransi terhadap cara hidup lain yang tidak
sama dengan cara hidup kita dalam kehidupan seharian kita. Tidak dapat dinafikan bahawa
perbezaan budaya memang boleh mencetuskan ketegangan dan konflik antara budaya.
Dengan membelajari kursus TITAS, kita akan membelajari untuk menerima adat resam
orang lain yang berbeza dan akan menghormati adat mereka dengan tidak mengkritikkan
sebarangan. Perbezaan yang terdapat dalam tamadun ini boleh dianggap sebagai salah
satu manifestasi hikmah kepelbagaian yang dicipta oleh Tuhan dalam alam semesta ini.
Dengan itu, perbezaan itu merupakan satu sumber yang amat kuat kepada masyarakat
kerana dapat membawa keamanan dan kedamaian kehidupan. Pendedahan kursus TITAS
ini juga diharapkan dapat memberi tanggapan dan pengenalan tentang realiti kepelbagaian
agama dan budaya di negara ini agar mereka lebih memahami tentang sejarahnya.
Pengajaran TITAS ini juga tidak harap bahawa perbezaan yang terdapat tamadun yang
telah memisahkan kelompok etnik dan agama yang lain akan menjejaskan para pelajar.
Maka, pelajaran utama bagi kursus ini adalah menyeru dan berharap generasi muda di
negara ini dapat memperolehi pengajaran dalam sejarah dan berusaha untuk membuat
perubahan agar tidak mengulangi kesalahan yang sama. Perbezaan yang telah wujud dapat
diselesaikan jika semua orang bersikap toleransi dan berbesar hati. Dengan itu, generasi
muda akan mempunyai keyakinan yang secukupnya bahawa cabaran kemajmukan dan
kepelbagaian terhadap kesejahteraan negara boleh diatasi.
Selain daripada itu, pelaksanaan pengajaran mata pelajaran TITAS ini juga
merupakan suatu usaha untuk memelihara nilai-nilai ketamadunan daripada terhakis oleh
kuasa anti tamadun zaman kontemporari supaya pembangunan sebenar tamadun manusia
dapat diteruskan. Dengan membelajari sejarah tentang tamadun Asia dan tamadun Islam,
maka kita dapat memahami tentang cara orang zaman dulu membina dan menjayakan
suatu tamadun dengan usaha mereka sendiri. Kita juga dapat membelajari bagaimana
orang zaman dulu berusaha dalam memelihara nilai ketamadunan mereka agar tidak lenyap
mengikut masa yang berlalu. Kita turut dapat membelajari tentang usaha orang zaman dulu
berjuang untuk tamadun mereka agar tidak dipupus oleh kuasa anti tamadun kontemporari.
4

Dengan itu, salah satu tujuan membelajari TITAS ini adalah meneruskan pembangunan
sebenar tamadun manusia pada zaman kini agar semua nilai tersebut tidak terhapus. Demi
memelihara kesinambungan nilai-nilai murni yang sangat ditekankan dalam pelbagai
tamadun tradisional, pelajaran TITAS ini telah menumpukan perhatian kepada isu-isu
semasa yang boleh mengancam dan menghakis nilai-nilai tersebut. Oleh yang demikian,
kursus ini dikatakan merupakan usaha untuk memelihara dan memulihara suatu tamadun
daripada terhakis dan terpupus oleh kuasa anti tamadun zaman kontemporari. Adalah
dikatakan oleh ahli-ahli ilmu ketamadunan bahawa agama merupakan intisari tamadun.
Oleh yang demikian, kedudukan dan peranan agama dalam setiap tamadun yang dipelajari
mendapat liputan yang lebih luas daripada aspek-aspek tamadun yang lain.
Pada zaman yang moden ini, kebanyakan orang tidak lagi berminat dengan sejarah
negara. Bagi mereka, sejarah itu sudah tidak lagi penting untuk diketahui dan mereka lebih
mengambil berat terhadap kehidupan yang bersifat materialistik. Nilai-nilai tradisional
terkandung dalam sejarah tidak lagi dihormati di mana mereka menganggap nilai-nilai
tersebut sebagai suatu yang usang dan tidak berkaitan dengan kehidupan zaman sekarang.
Untuk memastikan nilai-nilai ketamadunan yang murni akan terus dipelihara, agama serta
subjek TITAS memainkan peranan penting dalam memupuk nilai-nilai ketamadunan dalam
kalangan rakyat Malaysia. Hal ini demikian kerana masalah-masalah gejala sosial akan
wujud dan amalan negatif juga akan disebarkan dalam masyarakat yang tidak mempunyai
nilai-nilai tradisional. Sekiranya, masalah ini dibiarkan sahaja, gejala-gejala negatif ini
berkembang sehingga ke tahap serius di mana gejala-gejala negatif ini akan memusnahkan
sesuatu tamadun. Tamadun manusia pada zaman sekarang merupakan tamadun yang
semata-mata berbentuk material dan sudah kehilangan sifat-sifat kemanusiaan. Tamadun
yang bersifat kebendaan sebenarnya tidak lagi digelar tamadun. Pada hakikatnya, tamadun
yang mementingkan kebendaan merupakan sebuah tamadun yang sudah mati. Untuk
memastikan tamadun bersifat kemanusiaan, kami hendaklah memupuk nilai-nilai tradisional
serta menganggap sejarah sebagai ajaran untuk mengelakkan sesebuah tamadun yang
dibina oleh nenek moyang dimusnahkan dalam tangan kita.
Subjek tamadun ini memainkan peranan penting dalam memupuk kefahaman dalam
masyarakat majmuk yang berbilang agama dan bangsa. Dalam masyarakat majmuk yang
berbilang agama dan bangsa, semua bangsa mempunyai bahasa serta budaya masingmasing di mana bahasa dan budaya tersebut berkemungkinan adalah bertentangan antara
satu sama lain. Mata pelajaran TITAS telah berfungsi sebagai alat komunikasi dengan
memberi maklumat serta ilmu pegetahuan kepada mereka untuk mengetahui bangsa dan
agama masing-masing di mana persefahaman dapat wujud dalam kalangan mereka. Di
5

samping itu, TITAS juga membolehkan semua kaum sedar bahawa bahasa Melayu bahasa
pengantar yang membolehkan mereka saling memahami dan hubungan silaturahim dapat
dipupuk. Dengan menggunakan bahasa yang sama, kelompok-kelompok yang berbeza
etnik dan agama dapatlah berinteraksi serta perpaduan antara kaum dapat diperkukuhkan.
Dengan itu, rusuhan kaum atau perselisihan faham antara kaum dapat dielakkan.
3.0 Kelemahan
Antara kelemahan subjek TITAS ini adalah isi kandungan subjek TITAS ini terlalu
susah untuk difahami serta membosankan para pelajar. Ramai pelajar kurang berminat
terhadap mata pelajaran ini kerana TITAS hanya mengenai pelbagai jenis tamadun di mana
TITAS menerangkan pembangunan, kegemilangan tamadun tersebut dan kemerosotan
tamadun. Setakat isi yang berkaitan dengan topik tersebut sudah terlalu banyak dan
panjang serta sukar difahami oleh pelajar. Hal ini demikian kerana penerangan tamadun
tersebut di dalam buku menggunakan perkataan yang terlalu dalam di mana banyak pelajar
hanya menghafal fakta tanpa memahaminya untuk menduduki peperiksaan. Akibat sukar
difahami, pelajar akan berasa mata pelajaran tersebut membosankan dan menganggap
membaca subjek TITAS ini adalah membazirkan masa mereka. Dengan itu, mereka lebih
rela menghabiskan masa dalam aktiviti lain berbanding dengan belajar subjek TITAS. Selain
itu, pelajar menganggap bahawa subjek TITAS ini tidak membawa kegunaan kepada
mereka seperti subjek lain seperti matematik, kimia, biologi, fizik dan sebgainya. Mereka
berasa subjek-subjek ini dapat memberi kebaikan kepada mereka di mana subjek-subjek ini
membolehkan mereka mendapat kerjaya manakala subjek TITAS pula hanya boleh
membantu mereka lebih memahami sejarah negara dan pelbagai tamadun dan tidak dapat
digunakan untuk menyara kehidupan mereka. Tuntasnya, kelemahan subjek TITAS adalah
isi kandungan terlalu dalam dan sukar difahami dan menyebabkan pelajar tidak suka
terhadap subjek ini dengan memberi pelbagai jenis alasan.
Selain itu, pensyarah yang dijemput untuk mengajar subjek ini tidak mempunyai
pengalaman dalam mengajar mata pelajaran ini. Pensyarah memainkan peranan penting
dalam membolehkan mata pelajaran TITAS dapat mengharmonikan masyarakat yang terdiri
daripada pelbagai kaum. Seseorang pensyarah harus mempunyai kemampuan menarik
minat pelajar dalam mempelajari subjek pelajaran ini dengan menggunakan pelbagai jenis
cara utnuk mengajar seperti menyiarkan video yang berkaitan, memberitahu cerita dan
sebagainya. Namun begitu, pensyarah yang mengajar mata pelajaran TITAS selama ini
biasanya diajar oleh guru yang sudah berumur di mana mereka tidak biasa dengan
teknologi yang semakin modem sehingga mereka mengajar semakin bosan. Tambahan
6

pula, masa untuk satu waktu subjek TITAS juga tidak cukup untuk pensyarah
menyampaikan perkara penting. Hal ini demikian kerana subjek ini terlalu panjang dan
banyak fakta yang perlu disampaikan di mana tidak dapat diajar dalam satu jam sahaja.
Oleh itu, pensyarah hendaklah memilih isi yang lebih penting dan dapat menanam nilai-nilai
kemanusiaan di dalam pelajarnya. Dengan itu, matlamat subjek TITAS ini baru dapat
dicapai. Pendek kata, subjek TITAS akan menjadi kurang menarik dalam kalangan
pelajarnya sekiranya pensyarah yang mengajar subjek ini tidak dapat membuat subjek ini
menarik.

4.0 Cadangan
Sebenarnya mata pelajaran TITAS merupakan satu wacana yang baik untuk
memupuk perpaduan dan semangat patriotik rakyat Malaysia serta mewujudkan hubungan
silaturahim dan keharmonian dalam masyarakat Malaysia kita. Oleh itu, jika segala
kelemahan yang ada dapat ditangkiskan, maka matlamat yang hendak dicapai akan dapat
direalisasikan.
Untuk mencapai matlamat yang diharapkan melalui mata pelajaran TITAS, maka
terdapat beberapa cadangan yang boleh dipertimbangkan. Antaranya ialah pihak
Kementerian Pelajaran Malaysia boleh mengemaskinikan sukatan mata pelajaran TITAS.
KPM boleh menambahkan dan menerapkan penerangan yang lebih terperinci dalam setiap
topik agar para pelajar akan lebih memahami apa yang hendak disampaikan dalam sesuatu
topik. Hal ini kerana kebanyakan topik yang diajar hanya menyatakan fakta-fakta atau
sebab-akibat

kegemilangan

dan

kemerosotan

suatu

tamadun

dan

hal

ini

amat

membosankan para pelajar kerana mereka tidak mampu untuk menghafal dan
mengingatkan semua jalan cerita. Oleh itu, jika sedikit penerangan dan penjelasan dapat
dimasukkan ke dalam setiap peristiwa atau menceritakan kronologi bagi suatu tamadun
dengan terperinci, maka para pelajar berkemungkinan akan berminat untuk membaca
kerana mereka akan menganggap ia sebagai sebuah buku cerita. Sebagai contoh, KPM
boleh memberi penerangan yang lebih terperinci kepada realiti masyarakat Malaysia yang
berbilang kaum, agama dan budaya supaya para pelajar akan lebih berminat untuk
mengetahui tamadun bangsa lain dan seterusnya mewujudkan keharmonian negara kita.
Selain itu, kita sudah sedia maklum bahawa setiap lapisan masyarakat mahupun
kanak-kanak ataupun orang dewasa lebih gemar dan suka untuk membaca bahan bacaan
yang lebih menarik seperti majalah, buku hiburan, komik dan lain-lain lagi. Hal ini kerana
bahan bacaan tersebut lebih menarik dari segi warna yang cantik, muka surat yang sedikit,
7

jalan cerita yang menarik dan sebagainya. Oleh itu, jika dibandingkan dengan subjek TITAS
yang banyak fakta dan sejarah, para pelajar akan berasa bosan dan tidak suka untuk belajar
subjek TITAS. Maka, untuk menangani masalah ini, buku-buku dan bahan bacaan yang
berkaitan dengan sejarah dan subjek TITAS perlu dikemaskini untuk menarik perhatian para
pelajar. Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia dan pihak penerbitan buku yang lain boleh
melaksanakan perubahan terhadap buku-buku Sejarah dan TITAS dari segi warna kulit,
warna dan tulisan dalam buku dan lain-lain lagi. Mereka juga boleh mempelbagaikan subjek
TITAS kepada bahan bacaan yang lain seperti menulis sejarah sesuatu tamadun ke dalam
bentuk Komik, Novel, Majalah dan sebagainya. Dengan itu, para pelajar akan berasa teruja
dan seronok untuk membaca kerana mereka tidak perlu membaca ayat-ayat yang panjang
dan muka surat yang terlalu banyak di mana mereka tidak memahami apa yang dijelaskan
dalam buku. Di samping itu, nota-nota ringkas atau sedikit persoalan dan soalan juga boleh
diserapkan dalam bahan bacaan tersebut supaya para pelajar dapat sambil membaca jalan
cerita sesuatu tamadun atau sejarah dan sambil menghafal nota-nota yang dibagi. Yakninya,
dengan cara ini, para pelajar akan berasa seronok untuk belajar mata pelajaran TITAS.
Tambahan pula, cadangan yang lain ialah pihak media massa boleh turut membantu
untuk menjayakan matlamat TITAS dengan menyiarkan ilmu pengetahuan TITAS melalui
televisyen, radio, wayang dan sebagainya. Sebagai contoh, Astro banyak menyiarkan
saluran televisyen yang beorientasikan akademik seperti Astro XTY, History Channel,
dan lain-lain lagi. Kesemua saluran tersebut banyak membantu para pelajar untuk
mengetahui ilmu pengetahuan yang lain, memahami sesuatu subjek dan membuat ulang
kaji khususnya semasa peperiksaan UPSR, PMR ataupun SPM. Para pelajar adalah lebih
gemar untuk melihat dan belajar melalui televisyen kerana mereka dapat belajar dengan
suara, gerakan dan warna serta pelbagai animasi yang digunakan dalam saluran televisyen
tersebut. Oleh itu, dengan menggunakan kaedah penyampaian yang sama, subjek TITAS
dan ilmu pengetahuan yang hendak disampaikan turut boleh disiarkan dalam televisyen
ataupun dijadikan sebagai suatu wayang dan kartoon. Dengan itu, para pelajar akan bersifat
aktif untuk menimba ilmu pengetahuan TITAS dan tidak menjadi bosan seperti mana yang
mereka perlu membaca melalui buku yang tebal dan tidak menarik untuk mengetahui
sesuatu topik dan peristiwa.
Di samping itu, pencapaian matlamat yang diwujudkan dalam TITAS banyak
dipengaruhi oleh keberkesanan seseorang guru atau pensyarah yang menyampai ilmu atau
mengajar subjek tersebut. Hal ini kerana jika seseorang guru atau pensyarah yang tidak
mempunyai pengalaman dalam mengajar subjek TITAS atau tidak mempunyai pengetahuan
yang mendalam dalam mata pelajaran TITAS, mereka tidak dapat menyampaikan
pengetahuan dan ilmu sejarah dengan berkesan. Oleh itu, seseorang guru atau pensyarah
8

perlu mempunyai pengetahuan tentang sejarah pelbagai tamadun sebelum mereka


mengajar. Mereka juga perlu sentiasa menghadiri kursus untuk memantapkan ilmu
pengetahuan mereka agar dapat menyampaikan ilmu yang sahih kepada para pelajar. Guruguru atau pensyarah juga perlu melaksanakan pengajaran dan pembelajaran (P&P) mereka
dengan menarik agar dapat menarik perhatian dan memupuk minat pelajar terhadap subjek
TITAS. Sebagai contoh, mereka boleh menggunakan cerita atau menyiarkan video, wayang
ataupun lagu yang berkaitan dengan sejarah Malaysia dan menerapkan nilai-nilai
ketamadunan supaya setiap kaum dapat hidup dengan harmoni di bumi Malaysia. Maka,
dengan kaedah penyampaian yang berbeza daripada guru-guru atau pensyarah, diharapkan
agar para pelajar akan mempunyai minat untuk belajar mata pelajaran TITAS.
Seterusnya, cadangan yang paling efektif iaitu pelajar diri sendiri harus mempunyai
kesedaran tentang kepentingan subjek TITAS kepada Negara kita. Para pelajar haruslah
sedar bahawa mereka perlu belajar daripada sejarah supaya kesilapan dan kesalahan yang
sama tidak berulang lagi. Mereka perlu memahami sejarah dan sebab akibat kegemilangan
dan kemerosotan suatu tamadun serta memahami realiti Malaysia yang terdiri daripada
pelbagai kaum dan bangsa supaya mereka akan menghargai aman damai dan keharmonian
yang ada pada hari ini. Mereka juga perlu belajar dari kesilapan pada masa dahulu dan
menjadikannya sebagai pengajaran dan tidak berulang kesilapan yang sama malah
menggunakan pengajaran tersebut sebagai panduan untuk membangunkan Negara kita
dengan bijak dan adil. Sebagai contoh, Peristiwa 13 Mei telah mempamerkan masalah
rusuhan kaum di mana setiap kaum tidak mempunyai pemikiran ketamadunan dan berlaku
perselisihan faham antara satu sama lain. Oleh itu, jika para pelajar dapat menghayati
kegelapan peristiwa tersebut, mereka akan memahami kepentingan untuk mewujudkan
perpaduan kaum dan bersikap keterbukaan dan bertolak ansur sesama kaum. Hal ini
seterusnya dapat mencapai matlamat TITAS iaitu untuk mewujudkan keharmonian kaum di
Negara kita.

5.0 Rumusan
Secara komprehensifnya, tidak dapat dinafikan bahawa pengajaran mata pelajaran
TITAS ini dalam kalangan pelajar ini membawa banyak manfaat dan faedah jika
dibandingkan dengan keburukannya. Untuk memenuhi aspirasi negara bagi membentuk
masyarakat yang bertamadun seperti yang ternyata dalam Wawasan 2020, maka
pengajaran dan sejarah yang terdapat dalam mata pelejaran TITAS tersebut dapat
membantu generasi muda dalam membina asas dan menimba pengetahuan mereka.
Pengetahuan itu amat penting dalam memimpin negara kita ke arah kemajuan dan
9

kerjayaan sedangkan generasi muda merupakan bakal pemimpin yang akan menzahirkan
aspirasi negara yang telah digariskan dalam Wawasan 2020. Sejarah tersebut juga penting
sebagai pedoman dan panduan kepada zaman orang sekarang untuk hidup bersama
dengan aman dan damai serta dapat menjana kemajuan kepada negara kita agar imej
Malaysia dapat bersinar di arena antarabangsa. Dalam masyarakat yang majmuk ini, ilmu ini
juga menanggung obligasi untuk memupuk semangat perpaduan dalam kalangan rakyat
bagi kesejahteraan hidup. Nilai-nilai ketamadunan antara satu tamadun dengan yang lain
dalam mata pelajaran TITAS juga dapat mengajar kita agar mengukuhkan hubungan
dengan tamadun yang secara dua hala dengan harmoni. Pengetahuan tentang unsur-unsur
asas dalam mata pelajaran TITAS ini telah membantu untuk kita lebih memahami tentang
budaya hidup oleh orang zaman dahulu dan cara mereka membina dan membangunkan
tamadun mereka. Kursus TITAS ini memang cukup kaya dengan pengetahuan yang dapat
dijadikan pedoman dalam usaha mewujudkan sebuah negara maju yang berasaskan acuan
tersendiri dengan kekuatan yang terbina dari adunan beberapa tamadun besar dunia.

10