Anda di halaman 1dari 2

TARIKH

: 12 SEPTEMBER 2012

MASA

: 2.30 PETANG-11.00 MALAM

Pada 2.30 Petang, selepas solat zohor, aktiviti bebas dijalankan. Semua kadet diberikan
kebebasan untuk melakukan aktiviti yang diingini. Berdasarkan pemerhatian, kebanyakan
kadet melakukan aktiviti khidmat diri kerana baru sahaja selesai menjalankan aktiviti
kembara dan masakan rimba.

Kebanyakan kadet juga mengambil kesempatan untuk

mengemas barang-barang di dalam khemah dan dewan, tempat aktiviti Pandu Puteri
dijalankan.

Setelah selesai, kadet-kadet berehat dan bersiap sedia untuk aktiviti yang

seterusnya iaitu Slot 10 Permainan Luas.


Selepas solat asar, semua kadet berkumpul di dewan bagi meneruskan aktiviti. Oleh
kerana keadaan tidak mengizinkan, aktiviti hanya dilaksanakan di dalam dewan tersebut.
Slot 10 ini dikendalikan oleh Pemimpin Pandu Puteri, Puan Sharifah. Semua kadet diminta
untuk berbaris dan duduk dalam patrol masing-masing. Aktiviti ini dijalankan mengikut patrol
masing-masing. Setiap aktiviti yang dijalankan bertujuan untuk menguji dan membina daya
pemikiran, kreativiti dan kekuatan serta kesepaduan anggota dalam setiap patrol. Berikut
adalah aktiviti atau permainan yang dijalankan dalam slot tersebut :
1.
2.
3.
4.
5.

Permainan Lords of The Ring


Permainan Kata-kataku
Permainan Dunia Semakin Sempit
Permainan Anda adalah seorang arkitek
Permainan Words Whisper

Aktiviti ini selesai dijalankan tepat pukul 7.00 malam. Setelah itu, semua kadet bersiap
sedia untuk solat maghrib dan makan malam.
Selepas solat Isyak, semua kadet yang terlibat dengan malam kebudayaan membuat
latihan terakhir sebelum ke dewan utama untuk membuat persembahan.

Pandu Puteri

Kadet telah membuat keputusan untuk melakukan persembahan Dikir Barat. Tepat pukul
9.30 malam, semua kadet bergerak ke dewan utama bagi menyaksikan persembahan
daripada unit-unit lain.
Unit pertama yang membuat persembahan ialah Pengakap, diikuti dengan Bulan
Sabit Merah, Puteri Islam, Kadet Remaja Sekolah dan yang terakhir ialah Pandu Puteri.
Unit Pengakap, Bulan Sabit Merah dan Kadet Remaja Sekolah mempersembahkan lakonan
bertemakan kemerdekaan. Manakala, Puteri Islam melagukan persembahan nazam puteri.

Malam kebudayaan telah berjalan dengan lancar dan jayanya.

Semua unit kelihatan

gembira dan menjalankan aktiviti kebudayaan dengan ceria sekali.


Setelah selesai malam kebudayaan, semua unit pulang ke tapak perkhemahan
masing-masing.

Pandu Puteri dipanggil berkumpul di dewan utama bagi menjalankan

malam manito. Semua kadet kelihatan sangat ceria dan gembira, walaupun telah penat
menjalankan aktiviti seharian. Malam manito yang penuh kejutan ini diserikan dengan gelak
tawa kadet yang membahagiakan. Setelah semua kadet menerima hadiah daripada manito
masing-masing, kadet dibenarkan pulang ke khemah masing-masing setelah menyanyikan
lagu Taps Malam.

Sentri dijalankan seperti biasa.

merehatkan diri di khemah dan dewan.

Kadet-kadet yang tidak bertugas