Anda di halaman 1dari 3

Refleksi

Alhamdulillah dan syukur kehadirat illahi kerana dengan limpah dan kurnianya
dapat saya menyempurnakan tugaran literasi bahasa ini. Banyak pengalaman yang
telah saya perolehi sepanjang proses penyempurnaan tugasan ini. Bagi saya kerja
kursus ini merupakan satu pengalaman yang amat bernilai dan banyak memberikan
manfaat kepada diri saya sebagai seorang insan dan juga sebagai seorang pendidik.
Melalui perlaksanaan tugasan ini saya telah dapat melihat dan memahami sendiri apa
masalah yang sering dialami oleh pelajar-pelajar di sekolah.
Kerja kursus pada kali ini telah memberikan penekanan kepada masalah
kemahiran literasi bahasa. Di awal perancangan kerja kursus ini saya tidak beberapa
pasti tentang masalah yang sering dihadapi oleh para murid dalam kemahiran ini. Oleh
itu saya dan rakan-rakan yang lain telah mengambil peluang ketika menjalani
Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) untuk mendalami dan memahami apa
sebenarnya masalah yang sering berlaku dalam kalangan murid. Sekolah yang kami
lawati adalah SK Pauh, sebuah sekolah yang terletak di Arau, Perlis dan merupakan
sebuah sekolah yang dikatogerikan sebagai sekolah luar bandar. Apabila kami masuk
ke dalam kelas dan melakukan aktiviti bersama murid di sana, saya terkejut dengan
dapatan saya di mana hampir kesemua pelajar di dalam sebuah kelas tahun tiga ini
mempunyai masalah membaca dan juga menulis. Ada sesetengah murid yang lansung
tidak tahu membaca. Pengalaman bersama dengan mereka ini telah membuka mata
saya kepada realiti keadaan di Malaysia pada hari ini. Kebanyakan penduduk di luar
Bandar tidak mengambil serius kepada pendidikan anak mereka, mereka hanya
menghantar anak mereka bagi melepaskan syarat sahaja. Saya melihat ini sebagai
cabaran kepada para guru untuk mengubah mentality penduduk-penduduk di luar
Bandar agar mereka lebih sedar tentang kepentingan pendidikan yang bagus bagi anak
mereka dalam dunia yang pesat membangun ini.

Selain itu, sepanjang mejalankan kerja kursus ini, saya telah dapat menimba
ilmu yang banyak berkaitan dengan cara-cara serta kaedah-kaedah yang boleh
digunakan di dalam kelas untuk pengajaran bahasa. Saya mendapati pengajaran
bahasa yang sempurna adalah amat penting bagi memastikan perkembangan
intelektual seorang murid berjalan dengan lancar. Tanpa kemahiran bahasa yang baik,
murid akan mengalami masalah untuk mencari ilmu pengatahuan yang baru. Membaca
merupakan elemen yang sangat penting dalam mencari ilmu baru. Tanpa kebolehan
membaca keupayaan murid untuk mencari ilmu secara sendiri akan menjadi terhad dan
seterusnya akan menghadkan perkembangan kognitif murid. Dengan itu kaedahkaedah seperti fonetik merupakan kaedah yang sesuai digunakan dalam memastikan
perkembangan kemahiran literasi bahasa murid berkembang dengan baik. Saya telah
belajar pelbagai cara untuk menghasilkan alat bantu mengajar yang baik bagi
membantu murid-murid, contohnya alat bantu mengajar secara interaktif yang
menggunakan bahan elektronik iaitu komputer. Saya juga berkesempatan untuk
menguji bahan yang telah dihasilkan ini kepada para murid di sekolah ini.

Secara kesimpulannya saya berharap segala pengalaman yang saya perolehi


selama menyempurnakan tugasan ini akan memberikan manfaat kepada saya dalan
menjadi seorang pendidik yang berjaya. seterusnya saya berharap agar pengalaman ini
akan dapat memberi manfaat kepada orang disekeliling saya dan akan membantu
mereka dalam kehidupan seharian

Penghargaan

Anda mungkin juga menyukai