Anda di halaman 1dari 1

LAPORAN KELEMAHAN MURID YANG MEMERLUKAN TERAPI

Murid pendidikan khas yang telah saya pilih untuk menjalankan sesi terapi ini
adalah Muhammad Anieq Haikal Bin Azhar dari kelas Budi, Program Khas Bermasalah
Pembelajaran Sekolah Kebangsaan Taman Awana. Murid ini dikategorikan sebagai
bermasalah pembelajaran dengan keisitimewaan sebagai kanak-kanak autisme.
Dari segi pertuturan, murid ini boleh bertutur dengan jelas dan boleh difahami.
Walaubagaimanapun, beliau mempunyai satu masalah iaitu suka bercakap sendirian
atau ketawa sendirian. Seperti yang umum sedia maklum, kanak-kanak autisme akan
menunjukkan ciri-ciri seperti gemar bersendirian, bercakap sendirian, berada di dalam
dunia sendiri dan kurang bercakap dengan orang lain. Walaubagaimanapun, murid ini
tidak bersikap mencederakan orang lain.
Dari segi kognitif pula, murid ini menunjukkan ciri positif iaitu beliau mampu untuk
menjawab soalan yang diberi guru dengan baik. Murid ini juga boleh mengenal huruf
dan nombor. Ini menunjukkan beliau mempunyai tahap kognitif yang baik. Murid ini juga
boleh membaca huruf jawi. Walaubagaimanapun, murid ini masih belum mampu
mengeja atau melakukan operasi matematik. Beliau juga hanya mengingati ejaan
namanya sahaja.
Murid ini menunjukkan tingkah laku yang agak aktif. Menurut guru serta ibu
bapanya, murid ini mempunyai sedikit masalah hyper active yang menyebabkannya
tidak boleh duduk dengan diam. Untuk menarik perhatiannya pula, guru boleh
menggunakan aktiviti mewarna atau menulis kerana beliau meminati aktiviti seperti itu.
Murid ini memerlukan perhatian yang rapi supaya pergerakannya mudah dikawal. Jika
dibiarkan sahaja, murid ini akan lari ke ma-mana tempat.