Anda di halaman 1dari 3

BOLA SEPAK : 05 Pengadil

Kuasa Pengadil
Setiap perlawanan dikawal oleh seorang Pengadil yang berkuasa penuh untuk menguatkuasa
Undang-undang Permainan berkaitan dengan perlawanan yang dia ditugaskan.
Kuasa dan Tugas
Pengadil:
menguatkuasakan Undang-undang Permainan
mengawal perlawanan dengan kerjasama Penolong-penolong Pengadil dan di mana berkaitan
dengan Pegawai Keempat.
memastikan mana-mana bola yang digunakan memenuhi syarat-syarat Undang-undang 2.
memastikan peralatan pemain memenuhi syarat-syarat Undang-undang 4.
bertindak sebagai penjaga masa dan membuat catatan perlawanan.
mempunyai budi bicara untuk memberhenti, menangguh atau menamatkan perlawanan untuk
sebarang pelanggaran Undang-undang.
memberhenti, menangguh atau menamatkan perlawanan kerana sebarang bentuk gangguan luar.
berhentikan perlawanan jika pada pendapatnya, seseorang pemain cedera parah dan pastikan
ianya dikeluarkan dari padang permainan.
meneruskan permainan sehingga bola di luar permainan, jika pada pendapatnya seorang pemain
itu hanya cedera ringan.
memastikan pemain yang luka berdarah dikeluarkan dari padang permainan. Pemain tersebut
hanya boleh kembali, setelah menerima isyarat dari Pengadil yang mesti berpuas hati bahawa
pendarahan itu telah berhenti.
meneruskan permainan apabila pasukan yang mana kesalahan dilakukan ke atasnya akan
memperolehi advantej dari situasi itu dan hukumkan kesalahan yang asal jika advantej yang
dijangkakan tidak diperolehi pada masa itu.
menghukum kesalahan yang lebih berat apabila pemain melakukan lebih dari satu kesalahan
pada masa yang sama.
mengambil tindakan disiplin ke atas pemain kerana kesalahan beramaran dan perintah keluar.
Dia tidak perlu mengambil tindakan ini serta merta tetapi mesti berbuat demikian sebaik saja
bola di luar permainan.

mengambil tindakan ke atas pegawai-pegawai pasukan yang berkelakuan tidak


bertanggungjawab dan mengikut budi bicaranya, menyingkirkan mereka dari padang permainan
dan kawasan sekitarnya.
bertindak atas nasihat Penolong-penolong Pengadil terhadap insiden yang tidak dilihatnya.
jangan membenarkan orang yang tidak berkenaan masuk ke padang permainan.
mulakan semula permainan setelah ianya diberhentikan.
mengemukakan kepada pihak berkuasa yang berkenaan laporan perlawanan yang mengandungi
maklumat tentang tindakan disiplin diambil ke atas pemain, dan/atau pegawai pasukan dan
insiden lain yang berlaku sebelum, semasa atau selepas perlawanan.
Keputusan Pengadil
Keputusan-keputusan yang dibuat oleh Pengadil tentang fakta yang berkaitan dengan permainan
adalah muktamad.
Pengadil hanya boleh menukar sesuatu keputusan apabila menyedari kesilapannya atau,
mengikut budi bicaranya, di atas nasihat Penolong-penolong Pengadil dengan syarat permainan
belum dimulakan semula atau menamatkan perlawanan itu.
Keputusan-keputusan Lembaga P.B. Antarabangsa
Keputusan 1
Seorang Pengadil (atau jika berkaitan, Penolong Pengadil atau Pegawai Keempat) tidak boleh
dipertanggungjawabkan kerana:
sebarang kecederaan ke atas seseorang pemain, pegawai atau penonton
sebarang kerosakan ke atas harta benda
sebarang kerugian yang dialami oleh individu, kelab, syarikat, persatuan atau badan serupa,
kerana atau mungkin kerana keputusan yang dibuatnya berkaitan dengan Undang-undang
Permainan atau mengikut prosedur biasa yang dikehendaki dijalankan, dimainkan atau bagi
pengawalan sesuatu perlawanan.
Keputusan ini meliputi:
keputusan tentang keadaan padang permainan, kawasan sekitarnya atau keadaan cuaca yang
boleh atau tidak membolehkan sesuatu perlawanan itu dijalankan.
keputusan untuk membatalkan sesuatu perlawanan dengan apa jua sebab.
keputusan berkaitan keadaan kelengkapan atau alat-alat yang digunakan semasa perlawanan
termasuk tiang-tiang gol, palang gol, tiang penjuru atau juga bola.

keputusan untuk memberhentikan atau tidak memberhentikan permainan kerana gangguan


penonton atau sebarang masalah di dalam kawasan penonton.
keputusan untuk memberhentikan atau tidak memberhentikan permainan untuk
membenarkan pemain cedera dikeluarkan dari padang permainan untuk rawatan.
keputusan untuk memohon atau menggesa supaya pemain yang cedera dikeluarkan dari padang
permainan untuk rawatan.
keputusan untuk membenarkan atau tidak membenarkan seorang pemain memakai kelengkapan
atau alat tertentu
keputusan (selagi itu menjadi tanggungjawabnya) untuk membenarkan atau tidak
membenarkan sesiapa jua (termasuk pasukan atau pegawai-pegawai stadium, pegawai-pegawai
keselamatan, juru-juru gambar atau wakil-wakil media) hadir di persekitaran kawasan padang
permainan.
sebarang keputusan lain yang akan dibuatnya mengikut Undang-undang Permainan atau dalam
menjalankan tugasnya untuk mematuhi syarat-syarat FIFA, Konfederasi Persatuan Kebangsaan
atau Liga atau Peraturan-peraturan di bawah mana perlawanan itu dimainkan.
Keputusan 2
Untuk kejohanan atau pertandingan di mana seorang Pegawai Keempat dilantik, peranan dan
tugasnya mestilah mematuhi garis panduan yang diluluskan oleh Lembaga Persatuan Bolasepak
Antarabangsa, yang terkandung di dalam publikasi ini.