Anda di halaman 1dari 12

1.

PENGENALAN

Kerjaya

seorang

guru

bukan

sahaja

bertumpu

semasa

pengajaran

dan

pembelajaran sahaja, menurut Mok (2010), peranan guru di Malaysia adalah lebih
berat dan kompleks selaras dengan perkembangan dan kemajuan pendidikan
negara yang pesat. Guru merupakan pembentuk modal insan berdasarkan tuntutan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu mengembangkan potensi murid secara
menyeluruh dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial agar dapat
menghadapi cabaran hidup serta berguna untuk pembangunan negara.
Seorang guru yang berwibawa seharusnya mempunyai sifat penyayang
terhadap muridnya. Guru penyayang adalah guru yang menyedari, prihatin,
berminat, peduli, bertimbang rasa, menjaga dan sebagainya dalam menyampaikan
pelajaran terbaik kepada murid-muridnya. Guru perlulah sentiasa mengejar ilmu dan
menjadi agen perubahan dalam pembentukan dan perkembangan diri murid.
2.0

BIDANG PSIKOLOGI KANAK-KANAK

Tingkah
laku murid

Bidang
psikologi
Mengawal
tingkah laku
yang tidak
diingini

Merancang
aktiviti

Rajah 1 : Bidang psikologi

Seorang guru yang berdedikasi seharusnya tahu untuk mengurus psikologi kanakkanak agar penyampaian pengajaran dan pembelajaran dapat berlangsung dengan
baik. Bidang psikologi ini adalah meliputi memahami tingkah laku murid, mengawal
tingkah laku yang tidak diingini, merancang aktiviti yang dapat merubah tingkah laku
yang diingini dan memahami perbezaan individu dari segi fizikal, emosi dan mental.
Oleh itu, Noriati A. Rashid et, al (2010) menyatakan sebagai seorang guru, kita
perlulah memahami jiwa murid-murid kita. Selain daripada aspek fizikal dan mental
kanak-kanak, guru juga perlu tahu untuk mengurus aspek emosi kanak-kanak
kerana perkara ini terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Emosi kanak-kanak berkait rapat dengan perkembangan dalam aspek
psikologi mereka. Gangguan emosi akan mengakibatkan perkembangan murid
dalam pembelajaran terhenti dan mungkin akan mengakibatkan masalah seperti
gangguan mental jika tidak diurus dengan baik. Oleh itu guru berperanan sebagai
pembentuk modal insan perlu menghadapi masalah seperti ini dan dapat
mengatasinya agar tidak berterusan sehingga menyebabkan masalah yang lebih
serius.
Gangguan emosi berlaku apabila murid mengalami emosi tertentu seperti
kemaharahan, depresi dan kecemasan. Perkara ini sentiasa dialami oleh semua
murid dan jika tidak diurus dengan baik akan menyebabkan masalah tingkah laku
daripada murid tersebut. Selain daripada itu, murid juga sukar untuk menunjukkan
kasih sayang, berhubungan dengan rakan yang lain dan mempercayai masyarakat
di sekelilingnya. Oleh itu, guru perlulah merancang suatu tindakan bagi mengatasi
masalah gangguan emosi murid berdasarkan strategi pengurusan psikologi kanakkanak agar dapat membendung masalah gangguan emosi ini daripada terus
melarat.
Terri Mauro (2004) dalam Noriati A. Rashid et, al (2010) menyatakan terdapat
banyak faktor yang berkait dengan gangguan emosi dalam kalangan kanak-kanak
dan faktor yang paling ketara adalah masalah ketidakfungsian otak, pemakanan dan
masalah keluarga. Guru sering berhadapan dengan masalah seperti ini di dalam bilik
darjah dan seharusnya melakukan sesuatu bagi mengatasinya dan mengelakkan
daripada terus melarat. Murid sering menunjukkan tingkah laku bermasalah seperti
pemikiran yang kurang matang, tidak berkerjasama dengan rakan yang lain dan
2

tidak berani untuk menyuarakan pendapat kerana berhadapan dengan masalah


yang menyebabkan emosi mereka terganggu.
Choong (2009), tingkah laku bermasalah murid di dalam bilik darjah adalah
seperti tidak dapat berkomunikasi dengan murid lain, tidak menyiapkan kerja rumah,
lupa membawa buku, malas membuat latihan kelas dan menggunakan bahasa
cabul. Masalah tingkah laku murid akan mengakibatkan proses pengajaran dan
pembelajaran terjejas. Kekerapan gangguan terhadap persekitaran pengajaran dan
pembelajaran akan mempengaruhi keselamatan psikologikal murid-murid, kesediaan
mereka untuk belajar dan tingkah laku masa depan. Oleh itu, bagi mengurangkan
tingkah laku bermasalah ini, guru perlu tahu punca tingkah laku ini berlaku dan cara
untuk mengatasinya. Salah satu faktor masalah tingkah laku ini berlaku adalah
gangguan emosi murid yang tidak ditangani lebih awal.

2.1

Pengurusan Psikologi Kanak-Kanak

Pengurusan psikologi kanak-kanak adalah penting bagi mengatasi masalah tingkah


laku yang disebabkan daripada gangguan emosi mereka. Choong (2009)
menyatakan terdapat empat aspek yang perlu dikuasai guru untuk memupuk tingkah
laku yang baik dalam kalangan murid iaitu mengenali nama murid. mengetahui latar
belakang keluarga mereka, pencapaian akademik dan maklumat umum murid.
Aspek ini merupakan antara aspek yang disyorkan oleh ahli teoris berdasarkan teoriteori yang berkaitan.
Seorang guru perlulah mengenali muridnya bermula daripada nama mereka.
Melalui panggilan nama sahaja, murid dapat merasakan diri mereka dihargai dan
diberikan perhatian semasa pengajaran dan pembelajaran kerana guru dapat
mengingati nama mereka. Oleh itu, guru boleh meminta mereka untuk memaparkan
nama masing-masing menggunakan kad manila dan diletakkan di atas meja. Cara
ini akan memudahkan guru untuk memanggil nama mereka disamping mengelakkan
daripada memanggil nama yang salah.
Latar belakang murid juga perlulah diketahui oleh seorang guru terutamanya
guru kelas kerana butir-butir peribadi murid dapat memberikan gambaran kepada
guru mengenai kelebihan dan kekurangan yang ada pada murid dan faktor-faktor
sekeliling selain daripada di sekolah yang menyumbang kepada munculnya masalah
3

tingkah laku dalam kalangan murid dan cara untuk mengatasinya agar pemupukan
tingkah laku yang baik dapat diberi penekanan kepada murid tersebut.
Pencapaian akademik juga amat penting untuk dijadikan rujukan dalam
mengenal pasti kelebihan dan kekurangan murid. Sekiranya sebelum ini murid
tersebut

mempunyai

rekod

pencapaian

yang

baik

dan

secara

tiba-tiba

pencapaiannya merosot, guru dapat mengetahuinya dan membuat semakan sama


ada masalah berpunca daripada penyampaian pengajaran dan pembelajarannya
atau masalah luar yang menyebabkan murid tersebut tidak mencapai tahap
pencapaian seperti pencapaianya sebelum ini.
Akhir sekali adalah maklumat umum murid seperti rekod kehadiran dan rekod
disiplin murid tersebut. Melalui pemerolehan maklumat seperti ini, guru akan
mendapat gambaran mengenai punca murid tersebut menunjukkan masalah tingkah
laku sama ada berkaitan dengan tekanan emosi daripada keluarga yang dibawa ke
sekolah atau faktor daripada rakan sebaya mereka.
Ng (2012), menyatakan terdapat dua kaedah untuk mengurus tingkah laku
murid iaitu secara langsung dan tidak langsung. Dalam pengurusan secara
langsung, seorang guru perlulah membuat analisis punca masalah tersebut berlaku
terlebih dahulu sebelum membuat apa-apa tindakan terhadap tingkah laku tersebut.
Guru perlu tahu mengapa tingkah laku tersebut berlaku, bila ia mula berlaku, untuk
apa tingkah laku tersebut berlaku dan apa kesan tingkah laku tersebut kepada orang
lain. Melalui pengurusan secara langsung ini, guru dapat mengetahui faktor yang
menyebabkan tingkah laku tersebut berlaku sama ada atas faktor gangguan emosi
atau masalah pembelajaran seperti murid yang mengalami Attention Deficit
Hyperactivity Disoder (ADHD).
Pengurusan secara tidak langsung pula, berkaitan dengan kemahiran
berkomunikasi guru dengan murid, pemerhatian ke atas aktiviti harian murid,
kemahiran sosial dan akademik murid. Murid yang mengalami gangguan emosi lebih
cenderung untuk bersendirian, menunjukkan sikap agresif, merendah diri dan sukar
untuk melahirkan perasaan sayang dan hormat kepada orang lain. Akibatnya, wujud
tingkah laku yang tidak diingini dalam pengajaran dan pembelajaran guru tersebut.
3.0

EMOSI MURID

Goleman (1995) dalam Abdul Ghani Abdullah & Abdul Rahman Abdul Aziz(2009)
menyatakan kecerdasan emosi terbahagi kepada lima elemen iaitu kesedaran
kendiri, pemantauan diri, dorongan diri, empati dan kemahiran bersosial. Oleh itu,
seorang guru perlulah tahu emosi murid-muridnya agar dapat mengelakkan
berlakunya gangguan emosi dalam kalangan murid.
Kesedaran kendiri merupakan kunci kepada kecerdasan emosi kerana
penilaiannya dilakukan secara realistik ke atas kebolehan dan keyakinan diri yang
dimiliki oleh seseorang individu. Tanpa kesedaran kendiri, murid tidak mampu untuk
membina makna hasil tindakan dan reaksinya pada persekitaran. Faktor yang
menyumbang kepada ketidakstabilan emosi dalam kalangan murid adalah seperti
persekolahan, peperiksaan, ujian, kerja rumah, tugasan, tuntutan aktiviti kurikulum
dan kokurikulum serta tuntutan guru dan harapan ibu bapa mereka. Sekiranya
mereka tindak mempunyai kesedaran kendiri yang tinggi, dengan mudah faktorfaktor tersebut menyebabkan emosi mereka terganggu.
Pemantauan kendiri merupakan kebolehan murid bagi menentukan hala tuju,
kebolehan bagaimana perkara tersebut boleh berlaku dan seterusnya mampu
membuat keputusan bagi diri mereka sendiri. Melalui pemantauan kendiri, guru
dapat menggalakkan persekitaran pembelajaran untuk membentuk peribadi yang
penuh bermakna, sifat saling mempercayai, disiplin, kejujuran dan keadilan dalam
kalangan pelajar. Oleh itu guru perlu tahu untuk menguruskan emosi murid agar
dapat membantu dalam membina jati diri pelajar dan seterusnya membolehkan
pelajar menjauhi tingkah laku negatif yang tidak diperlukan.
Dorongan diri pula melibatkan kawalan kecenderungan emosi yang dapat
memudahkan pencapaian matlamat dan kejayaan seseorang murid. Guru perlulah
memberi dorongan kepada murid agar mereka bermotivasi untuk mengikuti
pembelajaran dan seterusnya dapat meningkatkan pencapaian dan komitmen dalam
pelajaran mereka. Motivasi dalam diri dapat mempengaruhi fikiran seseorang untuk
melakukan sesuatu kerana adanya keinginan dalam diri untuk mencapai kejayaan.
Murid yang mempunyai dorongan diri yang tinggi tidak mudah goyah dalam
menghadapi cabaran dan rintangan hidup.
Akhir

sekali,

empati

merupakan

kebolehan

individu

menyedari

dan

memahami perasaan orang lain seterusnya dapat menjalinkan perhubungan yang


5

erat dengan semua pihak seperti rakan, guru dan masyarakat setempat. Empati
merupakan kemahiran yang kritikal dan dapat membantu murid dalam menghadapi
cabaran apabila berdepan dengan tindakan dan pengalaman globalisasi dalam
pendidikan.
3.1

Masalah Emosi Murid

Keluarga

Tidak dapat
mengawal
emosi sendiri

Masalah
emosi

Pengaruh
rakan sebaya

Persekitaran
sekolah

Rajah 2 : Faktor masalah emosi murid

Murid yang mengalami masalah emosi atau gangguan emosi adalah disebabkan
faktor-faktor seperti masalah keluarga, tidak dapat mengawal emosi sendiri dengan
baik, pengaruh rakan sebaya dan persekitaran sekolah yang tidak kondusif.
Sekiranya masalah emosi murid ini tidak diambil berat oleh guru, ia akan melarat
menjadi masalah yang lebih serius lagi.
Faktor keluarga dan pengaruh persekitaran seperti rakan sebaya dan
persekitaran sekolah yang tidak kondusif menyebabkan murid-murid bertingkah laku
agresif. Hal ini disebabkan mereka dipengaruhi dengan cara hidup rakan sebaya
yang dibesarkan dalam suasana keluarga yang sentiasa bersikap kasar dan agresif.
Persekitaran sekolah yang tidak kondusif juga menyebabkan tekanan emosi kepada
murid seperti cara berfikir dan bertindak seseorang murid dipengaruhi dengan
keadaan

persekitaran

mereka.

Contohnya,

suka

bergaduh,

membuli

dan

merosakkan harta benda sekolah. Secara tidak langsung, gangguan emosi


menyebabkan tervetusnya tingkah laku bermasalah dalam kalangan murid di
sekolah.
Murid yang gagal dalam mengawal emosi mereka mudah untuk menunjukkan
tingkah laku bermasalah ini. Murid yang seperti ini merupakan murid yang
mempunyai konsep kendiri yang rendah dan sering menghadapai masalah dalam
pergaulan. Oleh itu, menjadi tanggungjawab guru untuk mengambil tahu apakah
masalah yang dihadapi oleh murid tersebut sehingga mengganggu emosi mereka.
4.0

APLIKASI

STRATEGI

PENGURUSAN

PSIKOLOGI

KANAK-KANAK

UNTUK MENANGANI MASALAH EMOSI MURID

Kawalan
bilik darjah

Program
pendidikan

Kerjasama
dengan ibu
bapa

Langkahlangkah
menangani
masalah emosi
murid
Aplikasi
modifikasi
tingkah laku

Khidmat
bimbingan dan
kaunseling

Rajah 3 : Langkah-langkah menangani masalah emosi murid


Masalah emosi murid seharusnya ditangani dengan lebih awal dan guru perlulah
peka terhadap masalah ini bagi melicinkan lagi penyampaian pengajaran dan
pembelajaran. Tugas guru bukan sahaja sebagai pemberi atau penyampai ilmu
kepada murid malahan guru adalah pemberi motivasi, pembimbing, tempat
berlindung dan banyak lagi peranan guru terhadap murid-muridnya. Oleh itu, guru
perlulah menangani masalah emosi muridnya sedaya yang mungkin agar dapat
mengelakkan tingkah laku bermasalah daripada berlaku.
Antara cara untuk menangani masalah ini adalah dengan mengadakan
program-program berbentuk pendidikan dalam pembentukan tingkah laku murid.
Wujudnya program-program seperti kem motivasi, kem kepimpinan dan banyak lagi
program pembentukan nilai dalam diri murid dapat mengurangkan tingkah laku
7

bermasalah dan memberikan murid peluang untuk memantapkan lima elemen yang
terdapat dalam kecerdasan emosi.
Guru juga boleh bekerjasama dengan ibu bapa murid untuk bersama-sama
memberi cadangan mengenai cara untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh
anak mereka. Melalui perbincangan dari semasa ke semasa, ibu bapa akan tahu
apa masalah yang dihadapi oleh anak mereka di sekolah disamping memberi
sokongan kepada anak-anak mereka dalam pelajaran dan mengelakkan daripada
anak-anak dibebankan dengan masalah keluarga.
Murid-murid yang mengalami gangguan emosi perlulah mendapat khidmat
psikologi dan kaunseling. Setiap sekolah di Malaysia kini mempunyai khidmat
bimbingan dan kaunseling dan mempunyai guru bimbingan dan kaunseling yang
bertuliah dalam bidangnya. Khidmat tersebut tidak hanya pada murid yang
mengalami gangguan emosi malahan murid-murid yang lain boleh menggunakan
khidmat tersebut dalam menentukan arah tuju selepas sekolah, bimbingan dalam
pembelajaran dan banyak lagi. Tambahan pula melalui khidmat bimbingan dan
kaunseling, murid didedahkan dengan teknik-teknik meningkatkan kecerdasan
emosi mereka dengan diberi tunjuk ajar cara untuk menguruskan emosi masingmasing.
Selain daripada itu, guru juga boleh mengaplikasikan teori-teori medifikasi
tingkah laku dalam pengajaran dan pembelajarannya seperti teori Modifikasi Tingkah
Laku Skinner. Pengukuhan positif dalam bentuk material diberikan kepada murid
yang menunjukkan tingkah laku positif agar tingkah laku tersebut sentiasa
ditunjukkan oleh murid manakala tingkah laku negatif diberi pengukuhan negatif
dalam bentuk hukuman agar dapat mengurangkan tingkah laku tersebut.
Penghapusan tingkah laku yang tidak diingini juga boleh berlaku sekiranya ia tidak
diperkukuhkan. Oleh itu, terdapat tiga cara apabila berdepan dengan masalah
tingkah laku murid iaitu dengan memberi ganjaran terhadap tingkah laku yang
diingini, tidak mengendahkan tingkah laku yang tidak diingini dengan harapan ia
tidak berulang atau memberi hukuman kepada murid atas tingkah laku negatif yang
dilakukan.
Guru juga perlulah mahir dalam kawalan bilik darjah agar murid lebih
berdisiplin dan dapat mengikuti pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan.
8

Guru seharusnya menyediakan persekitaran pembelajaran yang kondusif seperti


menyusun atur perabot di dalam bilik darjah dan menceriakan bilik darjah agar murid
lebih selesa untuk berada di dalam bilik darjah. Selain daripada itu, penyediaan
persekitaran psiko-sosial yang merangkumi tanggungjawab guru dan murid terhadap
persekitaran psiko-sosial, kemahiran hubungan antara sesama manusia, dan
pengekalan persekitaran psiko-sosial dalam bilik darjah adalah amat penting dan
perlu dikuasai oleh guru. Tidak dilupakan peraturan dan prosedur bilik darjah
perlulah mantap agar dapat membentuk murid yang berdisiplin disamping
mewujudkan suasana bilik darjah yang kondusif.
5.0

RUMUSAN

Strategi pengurusan psikologi kanak-kanak ini amat membantu guru dalam


menangani masalah emosi murid kerana guru dapat membuat pilihan strategi yang
sesuai dalam menangani masalah tingkah laku murid di dalam bilik darjah yang
berpunca daripada gangguan emosi mereka. Aplikasi daripada strategi pengurusan
psikologi kanak-kanak ini dapat memberikan para guru panduan untuk menangani
gangguan emosi murid-muridnya.
Guru berperanan sebagai pembentuk modal insan yang seimbang dari aspek
jasmani, emosi, rohani, intelek dan sahsiah. Oleh itu, jika guru hanya berfokus
kepada intelek murid sahaja, aspek-aspek yang lain tidak dapat dikembangkan dan
akan mempengaruhi perkembangan diri murid. Terdapat pelbagai cara untuk
menangani masalah emosi murid, guru boleh mendekati murid secara terus untuk
mengetahui punca masalah mereka atau membuat tinjauan ke atas semua aspek
perkembangan murid tersebut seperti pencapaian, penglibatan dalam aktiviti
pembelajaran, tingkah laku, latar belakang keluarga dan kemahiran yang murid ada.
6.0

REFLEKSI

Pelaksanaan tugasan projek ini banyak membantu saya dalam mengenal pasti
strategi pengurusan psikologi murid dan mengaplikasikannya dalam menangani
masalah emosi murid. Melalui pembacaan daripada bahan bertulis dan bahan
daripada internet, saya dapat mendalami aspek-aspek yang perlu ada dalam diri
guru serta peranannya dalam menangani masalah tersebut. Seperti yang dinyatakan
oleh Choong (2009), peranan guru tidak hanya bertumpu pada penyampaian ilmu

semata-mata malahan guru berperanan membentuk modal insan yang seimbang


selaras dengan tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Sebagai bakal guru, saya perlulah tahu mengenai perkara ini kerana sudah
pasti suatu hari nanti ia akan berlaku pada diri saya sendiri semasa mengajar kelak.
Selama lima tahun setengah mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan ini,
banyak

perkara telah saya pelajari bermula daripada pengurusan bilik darjah,

sehinggalah kepada guru dan cabaran semasa yang berguna kepada semua guru
pelatih yang mengikuti program ini sebagai persediaan sebelum melangkah ke alam
pekerjaan.
Kekuatan semasa pelaksanaan tugasan ini adalah saya perlu mendalami
tajuk yang telah dipilih dan merujuk kepada sumber-sumber yang berkaitan. Hasil
daripada pembacaan dapat meningkatkan pengetahuan saya mengenai tajuk yang
dipilih ini. Secara tidak langsung, pembacaan daripada pelbagai sumber dapat
meluaskan lagi ilmu pengetahuan seperti peranan guru dalam bilik darjah,
pengurusan psikologi murid, faktor gangguan emosi murid dan langkah-langkah
menangani gangguan emosi murid. Selain daripada itu, tugasan kedua dalam projek
ini memerlukan saya untuk membentangkan mengenai pandangan penambahbaikan
dasar perkhidmatan pendidikan; satu inisiatif menangani stress dalam kalangan
guru. Perkara yang sama saya lalui semasa menyiapkan pembentangan ini kerana
pembacaan daripada pelbagai sumber diperlukan untuk mengemukakan hujah-hujah
yang berkaitan.
Halangan yang saya alami sepanjang pelaksanaan projek ini adalah
pengurusan masa yang tidak sistematik. Oleh kerana kursus yang lain juga diberikan
tugasan berupa projek saya perlu membahagikan masa untuk menyiapkan setiap
tugasan lebih-lebih lagi pada semester akhir ini yang memerlukan guru pelatih
menyiapkan laporan tesis dan seterusnya membuat pembentangan pada akhir
semester. Pengurusan masa yang sistematik adalah amat penting agar setiap
tugasan yang diberikan tidak tertangguh dan menyebabkan masalah pada
pelaksanaan tugasan yang lain. Setiap semester bermula daripada awal lagi perkara
yang sama akan berbangkit oleh itu bagi mengelakkan masalah ini daripada terus
dialami oleh setiap guru pelatih, kebijaksanaan dalam mengurus masa adalah amat
penting dan perlu diberi perhatian.
10

Akhir sekali saya bersyukur kepada Tuhan kerana diberi kesempatan untuk
menyiapkan tugasan ini serta tugasan yang lain dan berharap hasil penulisan ilmiah
serta pembentangan yang dijalankan memenuhi kriteria yang telah ditetapkan. Oleh
itu, ilmu dan pengajaran daripada pengalaman melaksanakan tugasan ini amatlah
bermakna buat saya dan sudah pasti perkara yang sama untuk rakan-rakan
seperjuangan yang kini berada pada semester terakhir. Segala ilmu yang diperolehi
tidak hanya untuk memenuhi tuntutan kursus ini malahan dengan izin-Nya ilmu ini
dapat diaplikasikan di sekolah kelak. Sekian.
7.0

SENARAI RUJUKAN

Abdul Ghani Abdullah & Abdul Rahman Abdul Aziz (2009). Mengurus Tingkah Laku
Pelajar. Kuala Lumpur. PTS Professional Publishing Sdn.Bhd
Choong, L. K (2009). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku untuk Program
Ijazah Sarjana Muda Perguruan. Kuala Lumpur. Kumpulan Budiman Sdn.Bhd
Choong, L. K (2009). Murid dan Alam Belajar untuk Program Ijazah Sarjana Muda
Perguruan. Kuala Lumpur. Kumpulan Budiman Sdn.Bhd
Mok, S. S (2009). Penilaian Tahap Kompetensi Umum untuk Pegawai Perkhidmatan
Awam. Selangor. Multimedia-ES Resources Sdn.Bhd
Mok, S. S (2010). Pengurusan & Pentadbiran Pendidikan IX , Bah. II (B) :
Kompetensi Fungsional (Khusus-Guru Bimbingan & Kaunseling) Selangor.
Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd
Ng, A.L.O (2012). Bengkel Asas Pengurusan Tingkah Laku Kanak-kanak
Berkeperluan Khas. Dicapai pada 1 September 2014, daripada
www.necicmalaysia.org/view_file.cfm?fileid=7
Nordin Tahir (tahun tidak dinyatakan). Pengurusan Tingkah Laku Murid. Dicapai
pada 1 September 2014, daripada www.amaljaya.com/.../masalahtingkahlaku-kpli.pdf
Noriati A. Rashid, et, al (2010). Guru dan Cabaran Semasa. Selangor. Oxford Fajar
Sdn.Bhd

11

LAMPIRAN

12

Anda mungkin juga menyukai