Anda di halaman 1dari 11

LITERASI BAHASA MELAYU (WAJ3104)

1.0

PENGENALAN BONEKA

Boneka merupakan sesuatu benda atau barang yang menyerupai patung. Biasanya
boneka selalu digunakan untuk mengajar kelas pemulihan dan pra sekolah yang dijadikan
sebagai bahan bantuan mengajar. Selain itu boneka adalah salah satu hiburan untuk
masyarakat zaman dahulu seperti wayang kulit. Boneka juga boleh dijadikan alas
permainan untuk anak-anak kecil dan juga boleh dijadikan perhiasan bilik atau rumah
terutamanya untuk anak perempuan.
Perkataan boneka berasal daripada perkataan boneka di dalam bahasa portugis.
Boneka telah wujud pada masa 3000-2000 masihi lagi. Ketika itu boneka yang dihasilkan
hanya diperbuat daripada tanah liat, tulang dan potongan kain. Bagi masyarakat Yunani
dan Romawi kuno, mereka menggunakan boneka untuk upacara keagamaan manakala
masyarakat Mesir kuno pula menggunakan boneka sebagai gantian korban manusia.
Selain daripada alat permainan kanak-kanak, boneka juga digunakan untuk fungsi
ritual yang berhubungan dengan alam atau hal-hal yang bersitat ghaib ataupun mistik
seperti upacara ritual keagamaan pada zaman dulu. permainan jelangkung, sihir,
pemanggilan roh dan sebaginya untuk membuktikan kebenaran boneka digunakan untuk
upacara keagamaan pada masa dulu. Boneka seringkali dijumpai di makam-makam kuno
atau situs-situs sejarah mahupun pra sejarah. http://library.thinkquest.org

2.0

DEFINISI BONEKA

Boneka merupakan salah satu

daripada peralatan penting yang terkandung dalam

beberapa watak animasi yang dimanipulasikan oleh seorang dalang yang mahir.
Kamarudin Husin dan Siti Hajar Abdul Aziz (1998) mendefinisikan boneka sebagai objek
atau bahan yang digerakkan serentak dengan skrip bebas

yang disesuaikan dengan

bahan yang diceritakan. Manakala Jamilah Ahmad (1999) mentakrifkan boneka sebagai
objek yang terdiri daripada alat sebenar atau bahan ciptaan yang berbentuk orang,
haiwan, tumbuh-tumbuhan dan sebagainya yang digeraklakonkan oleh pemainnya
dengan menggunakan dialog atau mitos mengikut sesuatu watak atau cerita.
1

LITERASI BAHASA MELAYU (WAJ3104)

Berdasarkan rujukan daripada http://pyianj.blogspot.com/2009/05/teater-bonekaboneka-kain-definisi.html, boneka ialah objek atau bahan yang digerakkan serentak
dengan skrip yang dibaca ataupun cerita yang disesuaikan. Nillie Mc Caslin (1984),
menyatakan bahawa boneka dapat berfungsi sebagai alat bantuan mengajar dan dapat
menarik perhatian pelajar, menghidupkan suasana yang lebih menyeronokkan dan
seterusnya memotivasikan pelajar. Selain itu, boneka merujuk kepada objek-objek yang
diukir untuk mewakili watak-watak cerita. (http://ms.wikipedia.org/wiki/Boneka).
Menurut Kamus Dewan Eja Pro, boneka bermaksud 1. anak patung, anak-anakan;
2. Patung (mis orang atau binatang) yang boleh digerakkkan dengan menarik tali yang
dilekatkan padanya, atau dengan memasukkan tangan ke dalam badannya dan
gerakkannya. Manakala mengikut Kamus Pelajar Bahasa Malaysia, Dewan Bahasa dan
Pustaka (1987), boneka ialah barang permainan yang diperbuat menyerupai patung
orang yang dianggap sebagai alat atau barang permainan.
Selain itu. menurut kamus pelajar, boneka bermaksud barang permainan yang
menyerupai orang: atau patung orang. Orang yang dianggap sebagai alat atau barang
permainan. Menurut kamus Dewan Bahasa Edisi Ke 4 pula. mentakrifkan boneka sebagai
sebarang benda objek yang digerak lakonkan oleh pemain sama ada secara sentuhan
atau arahan yang bertujuan menyampaikan mesej.

3.0 KONSEP BONEKA


Boneka merupakan suatu objek atau bahan yang digerakkan serentak dengan skrip yang
disesuaikan dengan bahan yang diceritakan. Manakala objek yang

mewakili boneka

terdiri daripada alat sebenar atau bahan ciptaan yang berbentuk haiwan,tumbuhan dan
sebagainya
mengikut

yang

digeraklakonkan
sesuatu

oleh

pemainnya

watak

dengan

menggunakan

atau

dialog
cerita.

(http://sakiladollah.blogspot.com/2011/09/pengajaran-dengan-menggunakanboneka.html) . Apa yang perlu ada pada sesuatu boneka adalah ia mesti boleh digerak-

LITERASI BAHASA MELAYU (WAJ3104)

gerakkan seolah-olah hidup. Boneka juga mempunyai sifat-sifat yang tersendiri, yang
menampilkan watak-watak riang, sedih, marah dan lain-lain.
Merujuk kepada hasil karya Husin Fateh Din, Nazariyah Sani, Mastura Mohamed
Berawi, Siti Hajar Idrus (2011) dalam buku Literasi Bahasa Melayu, pemain akan cuba
untuk menghidupkan watak samada menerusi dialog

yang dipertuturkan oleh pemain

atau aksi boneka tanpa sebarang dialog. Boneka ini sesuai digunakan sebagai alat
bantuan dalam proses pengajaran dan pembelajaran untuk menyampaikan cerita atau
maklumat dengan lebih berkesan. Dengan ini, murid-murid akan lebih menghayati dan
memahami sesebuah penyampaian itu dengan khusyuk di samping melihatkan diri
secara tidak langsung melalui penggunaan boneka.
Pengaplikasian permainan boneka akan mendedahkan murid untukberkomunikasi
dengan lebih berkesan serta melahirkan idea kreatif dalam penciptaan cerita, dan
merangsang imaginasi. (Hasnah Awang, Habibah Mohd Samin (Munsyi Dewan) (2010),
Literasi

Bahasa

Melayu).

Selain

daripada

itu,

penggunaan

boneka

juga

juga

mendedahkan murid-murid untuk bekerjasama secara kumpulan. Biasanya, penggunaan


boneka tidak hanya terhad kepada bentuk orang, tetapi boleh juga berbentuk haiwan dan
objek-objek lain mengikut watak, situasi dan cerita yang tertentu. Ketika boneka
dimainkan atau digerakkan, muzik latar, suara ataupun bunyi-bunyian dimainkan bagi
mengiringi pergerakan yang dibuat.
Jadi, adalah sangat sesuai bagi seseorang guru untuk

menggunakan boneka di

peringkat pengenalan pelajaran, perkembangan pelajaran ataupun pengukuhan. Oleh itu,


boneka boleh dimainkan oleh guru sendiri ataupun guru meminta murid-murid untuk
memainkannya. Situasi pembelajaran akan lebih menyeronokkan dan murid-murid akan
terangsang akan penggunaan boneka dalam P&P.

4.0 JENIS-JENIS BONEKA

LITERASI BAHASA MELAYU (WAJ3104)

bonek
a
sarun
g
tanga
n

Bone
ka
Penu
h

JENIS JENIS
BONEK
A

Bonek
a
tongk
at

Bonek
a
wayan
g kulit

Bone
ka
bertal
i

Bone
ka
Jari

Rajah 1
4.1 Boneka Sarung Tangan

Rajah 2

Bone
ka lidi

LITERASI BAHASA MELAYU (WAJ3104)

Boneka tangan atau hand puppets, yang lebih mudah disediakan dan lebih praktikal
digunakan oleh kanak-kanak. Ini kerana kanak-kanak akan memasukkan keseluruhan
pergelangan tangan mereka ke dalam watak yang dilukis atau dibentuk. Sarung tangan
boleh digubah menjadi badan dan anggota boneka. Semasa menggunakan boneka jenis
ini, kesemua jari atau hanya sebilangan jari dimasukkan ke dalam sarung tangan itu dan
gerakkan untuk menghidupkan anggota boneka.
Bagi menyediakan boneka jenis ini, pelbagai bahan boleh digunakan. Antaranya ialah
stokin, sarung tangan, beg kertas sandwic dan sampul surat. Manakala untuk bahagian
watak seperti kucing, tikus dan sebagainya, boleh digunakan bekas telor, bekas dadih
dan lain-lain supaya menarik.

4.2 Boneka lidi

Rajah 3
Boneka ini diperbuat daripada bahan yang keras atau tebal. Kemudian lidi panjang
diletakkan pada badan boneka termasuk pada anggota-anggota tertentu yang bakal
digerakkan semasa menggunakannya. Rupa bentuk boneka dilukis di atas kertas tebal,
diwarnakan dan bentuknya dipotong keluar. Boneka ini juga boleh dibuat daripada kulit,
plastik, lutsinar dan kertas tebal.

4.3 Boneka wayang kulit

LITERASI BAHASA MELAYU (WAJ3104)

Rajah 4
Rupa bentuk boneka dilukis di atas kertas tebal, diwarnakan dan bentuknya dipotong
keluar. Boneka ini juga boleh dibuat daripada kulit, plastik, lutsinar dan kertas tebal.
Biasanya boneka ini nipis dan berbentuk dua dimensi. Lidi-lidi halus diletakkan pada
tempat-tempat tertentu pada badan boneka itu.
Semasa memainkan boneka ini, ia ditempatkan di bahagian belakang satu skrin putih.
Lampu dinyalakan dan bayang-bayang boneka tersebut akan kelihatan di atas skrin. Lidi
digoyang-goyangkan untuk menggerakkan anggota boneka. Satu lagi cara persembahan
wayang kulit ialah dengan menggunakan OHP sebagai sumber cahaya dan imej boneka
akan terpapar di atas skrin.

4.4 Boneka bertali

LITERASI BAHASA MELAYU (WAJ3104)

Rajah 5
Boneka bertali atau marionette diperbuat daripada bahan-bahan keras seperti papier
mache,

plaster-of-Paris

atau

kayu.

Boneka

jenis

ini

digeraklakonkan

dengan

menggunakan tali atau benang. Berbentuk gantung dan dikawal oleh sejumlah tali yang
diikat

pada

disambungkan

kayu

yang

dikawal

sepenuhnya

oleh

penggunanya

Tali-tali

kepada bahagian-bahagian boneka yang boleh bergerak.

halus

Semasa

digunakan, tali-tali itu ditarik-tarik untuk membuat anggota-anggota boneka tersebut


bergerak.
Boneka jenis ini sesuai digunakan bagi cerita-cerita yang memerlukan watak tersebut
untuk lari, terbang, lompat dan mengelongsor. Tali yang digunakan boleh berupa tali
biasa atau pun tali tangsi yang lebih elastik yang menyebabkan pergerakkan lebih
menarik. Bentuk boneka jenis ini memerlukan sedikit kemahiran untuk mengawal
pergerakan tali kerana agak kompleks dan sukar untuk dikendalikan.

4.5 Boneka tongkat

LITERASI BAHASA MELAYU (WAJ3104)

Rajah 6
Boneka ini berbentuk lengkap tetapi mempunyai tongkat seperti kayu, rotan,buluh dan
sebagainya di bahagian bawah boneka tersebut. Boneka ini menggunakan konsep
wayang kulit tetapi berbentuk tiga dimensi.
Disebut boneka tongkat kerana cara memainkannya dengan menggunakan tongkat.
Tongkat-tongkat ini dihubungkan dengan tangan dan tubuh boneka. Tubuhnya adalah
kosong, tapi mata dan mulutnya boleh bergerak. untuk memainkan boneka ini, pemain
akan berpegang dua tongkat pada dua tangannya masing-masing.Wayang Golek di Jawa
Barat misalnya adalah termasuk boneka jenis ini. Untuk keperluan penggunaan boneka
tongkat sebagai media pendidikan / pembelajaran di sekolah, maka tokoh-tokohnya
dibuat sesuai dengan keadaan sekarang. Misalnya dibuat tokoh tentara, pedagang, lurah,
nelayan dan sebagainya. Boneka tongkat dapat dibuat dari kayu yang lembut seperti
kayu kemiri, randu, dan sebagainya.

4.6 Boneka Jari

Rajah 7
Boneka jari atau lebih dikenali dengan finger puppets. Boneka jenis ini dikendalikan
dengan menggunakan jari-jari tangan penggunananya. Ia dilakukan dengan memasukkan
jari ke dalam boneka yang bersaiz jari dan memainkan watak tersebut dengan cara dan
gaya jari mereka. Biasanya boneka seperti ini boleh digerakkan hanya terhad kepada
8

LITERASI BAHASA MELAYU (WAJ3104)

bahagian kepala dan tangannya sahaja. Mudah dikendalikan, iaitu menggunakan


beberapa jari untuk mengerakkannya.

4.7 Boneka Penuh

Rajah 8
Boneka jenis ini lengkap dengan anggota tubuh badan, iaitu daripada bahagian kepala
hingga ke bahagian kaki atau ekornya. Boneka jenis ini diperbuat daripada jahitan kain
yang dimasukkan kapas atau kekabu supaya menyerupai bentuk haiwan sebenar.
Murid-murid boleh merasa menggunakan tangan bentuk boneka haiwan tersebut kerana
binaannya menyerupai hidupan sebenar.

5.0 Tujuan Dan Kebaikan Penggunaan Boneka Dalam Pengajaran


Penggunaan boneka dalam pengajaran dapat memberikan suatu pengalaman yang baru kepada
murid dan guru. Di samping ia juga mampu menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran pelajar
menjadi lebih berkesan dan menyeronokkan. Kamaruddin hussin dan siti hajar (1998) telah
menyenaraikan beberapa tujuan dan kebaikan penggunaan boneka dalam P&P sebagaimana berikut
:
9

LITERASI BAHASA MELAYU (WAJ3104)

1. Mempelajari bahasa dalam suasana menarik


Tujuan pembelajaran menggunakan boneka adalah untuk memberikan peluang kepada muridmurid mempelajari bahasa dalam suasana yang menarik dan berkesan. Penggunaan boneka
memberikan peluang kepada murid untuk belajar sambil berhibur tanpa disedari mereka dan
cara ini sangat memberikan kesan yang baik dalam p&p.
2. Mengguna dan memperkukuh kemahiran bahasa melalui pengalaman sebenar serta aktiviti
yang menggembirakan. Penggunaan boneka dapat memperkukuh kemahiran mendengar,
bertutur, membaca dan menulis murid-murid melalui pengalaman sebenar serta aktiviti yang
menggembirakan.

3. Mempercepat dan mempermudah pemahaman murid


Kaedah ini akan mempercepat serta memudahkan pembelajaran murid terhadap sesuatu
cerita, peristiwa atau isi pelajaran yang disampaikan.
4. Memupuk daya kreativiti
Murid murid akan diajar untuk menghasilkan sebuah ciptaan dan karya seni yang menarik
dan kreatif. Selain itu, murid mrid berpeluang mencipta kreativiti yang dimiliki mereka seperti
mereka cipta boneka, mengadakan kesan bunyi, menggerakkan boneka dan sebagainya.
5. Melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti P&P
Boneka membantu murid-murid untuk melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pengajaran
dan pembelajaran dalam bilik darjah. Membina keyakinan diri untuk berkomunikasi dengan
berkesan. Penggunaan dialog secara spontan atau dengan skrip membantu menambah
keyakinan murid-murid untuk berhadapan rakan-rakan lain ketika di dalam bilik darjah. Secara
tidak langsung proses komunikasi mereka akan lebih berkesan.
6. Memupuk semangat bekerjasama dan berkongsi pengalaman
Semasa aktiviti membuat boneka murid-murid secara tidak langsung akan berbincang sesame
rakan lain dan cara ini dapat memupuk semangat juang dan setia kawan yang tinggi serta
bersedia berkongsi pengalaman dan idea untuk menghasilkan boneka yang terbaik.
7. Terangsang dan berminat untuk belajar
Penggunaan boneka yang pelbagai bentuk dan warna boleh menarik minat murid-murid
secara tekal dan kekal. Tambahan pula, watak yang sedang ditonton atau dilakonkan itu
10

LITERASI BAHASA MELAYU (WAJ3104)

mempunyai pengalaman manis dalam hidup mereka. Penggunaan boneka juga memberikan
peluang kepada murid untuk belajar sambil berhibur tanpa disedari mereka dan cara ini sangat
memberikan kesan yang baik dalam p&p.

6.0

Rumusan

Kesimpulannya, pengajaran menggunakan boneka yang pelbagai jenis dapat merangsang minda
murid untuk memahami sesuatu pelajaran itu dengan lebih berkesan terutama dalam kemahiran lisan,
kefahaman dan membina sebuah karangan. Guru perlu lebih kreatif terutama dalam penyediaan
bahan. Dengan menggunakan boneka untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran, kanak-kanak akan
dapat meningkatkan daya kreativiti,perkembangan komunikasi dan bahasa,sosio emosi, menambah
ilmu pengetahuan dan juga pengalaman.
Kepentingan boneka dan hubungannya dengan kurikulum dan bidang pengalaman adalah
sebagai

kaedah

mempengaruhi

keseronokan,meningkatkan

perhatian

kanak-kanak,
kanak-kanak

dan

menghubungkaitkan
meredakan

tekanan,

dengan
meluaskan

perbendaharaan kata kanak-kanak disamping memperkenalkan kanak-kanak kepada penggunaan


kata simbolik. Membentuk dan membuat boneka merupakan satu bidang yang mengutamakan
penguasaan kemahiran serta penyesuaian watak-wataknya.
Perancangan rapi dan mendalam perlu dilakukan untuk mendapatkan satu penampilan yang
benar-benar relevan dengan apa yang dihasratkan. Pengetahuan mengenai alat dan bahan
diperlukan untuk mengimbangiciri-ciri reka bentuk di sampin kesesuaian terhadap mesej dan watak
yang akan dipersembahkan.Persembahan boneka akan menjadi lebih menarik apabila pereka dapat
menampilkan watak-watak yang bersesuaian dengan jalan cerita.

11

Anda mungkin juga menyukai