Anda di halaman 1dari 5

Teks Ucapan Perasmian Penutup bersempena dengan Pertandingan Nasyid

Institut Pendidikan Guru Malaysia Peringkat Zon Tengah

Bismillah-ir Rahman-ir Rahim


Yang Berusaha
Tn.Hj.Mohammed Isa bin Khalid
Timbalan Pengarah Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Ipoh,
Pengarah-pengarah Institut Pendidikan Guru Malaysia Zon Tengah,
Ketua-ketua Jabatan,
Pengurus-pengurus peserta dan pensyarah-pensyarah pengiring,
Jawatankuasa Pengelola Pertandingan Nasyid Institut Pendidikan Guru Malaysia
Peringkat Zon Tengah
Para peserta Pertandingan Nasyid Institut Pendidikan Guru Malaysia Peringkat Zon
Tengah
Para pensyarah, seterusnya
Guru-guru pelatih yang dikasihi sekalian
Assalamulaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
1. Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurniaNya jua, kita dipanjangkan usia dan dapat berhimpun di dalam auditorium ini
untuk sama-sama menyaksikan Pertandingan Nasyid Institut Pendidikan Guru
Malaysia Peringkat Zon Tengah bagi Tahun 2009. Peringkat zon tengah ini terdiri
daripada Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Islam Bangi, Kampus
Bahasa Antarabangsa, Lembah Pantai, Kampus Bahasa Melayu, Kampus Ilmu
Khas, Kampus Teknik Cheras dan Kampus Ipoh sendiri. Penganjuran
pertandingan ini selaras dengan usaha untuk Membina Negara Bangsa seperti
yang terhasrat dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)2006-2010.
Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,
2. Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada
pihak Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh selaku tuan rumah Pertandingan
Nasyid Institut Pendidikan Guru Malaysia Peringkat Zon Tengah bagi Tahun
2009 kerana Majlis yang amat bermakna seperti ini dapat dilaksanakan atas

itizam yang telah dipamerkan oleh kepemimpinan Pengarah, Timbalan Pengarah


dan disokong dengan komitmen yang diberikan oleh para pensyarah dan para
pelatih. Saya yakin program ini amat bermanfaat dan memberi kebaikan kepada
bakal guru di Institut Pendidikan Guru seluruh Malaysia dan saya berharap agar
program sebegini dapat dijalankan pada masa akan datang tanpa ada titik
penghujungnya.
3.

Para Hadirin yang dihormati sekalian,


Pada kesempatan ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih
kepada pihak penganjur atas kesudian menjempu saya untuk menyempurnakan
perasmian penutup Pertandingan Nasyid Institut Pendidikan Guru Malaysia
Peringkat Zon Tengah Tahun 2009 ini. Di sini, saya juga ingin merakamakan
sekalung penghargaan dan terima kasih kepada semua dif jemputan, para hakim
yang arif lagi bijaksana, pengurus-pengurus peserta, para pensyarah pengiring,
dan peserta-peserta kerana program ini dapat dijalankan dengan jayanya atas
usaha dan inisiatif serta kesungguhan tuan-tuan dan puan-puan. Seiring dengan
itu, saya dengan rasa besar hati mengalu-alukan kehadirian tuan-tuan dan puanpuan ke Auditorium Balai Budaya, Jabatan Kebubayaan dan Kesenian Negeri
Perak.

Para hadirin yang dihormati sekalian,


4. Kesenian Islam memang telah wujud sejak zaman Rasullullah SAW. Nasyid
merupakan nyanyian yang bercorak keagamaan dan mengandungi kat-kata
nasihat, kisah para nabi, memuji kebesaran Allah dan yang seumpamanya.
Mengikuti tradisinya, Nasyid dinyanyikan secara a cappella, yakni nyanyian
mengikut cara ini hanya diiringi dengan daff. Lagak Muzik ini digunakan oleh
kebanyakan Ilmuwan Islam kerana mereka mentafsirkan bahawa ajaran Islam
melarang penggunaan alatan muzik kecuali bagi sesetengah alatan muzik asas
berbentuk genderang (percussion). Di samping itu, kebanyakan masyarakat
kita pula lebih mengagumi ketulenan dan kesederhanaan dalam muzik.
Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,
5.
Pada peringkat awalnya, nasyid membawakan alunan bercorak irama
padang pasir, tetapi kini irama nasyid telah menerima kepelbagaian rentak baru
yang dikenali sebagai nasyid kontemporari. Pembaharuan ini telah menjadikan
lagu-lagu nasyid lebih menarik, lebih segar dan berdaya saing dalam bidang
seni. Hal ini telah berjaya menarik minat golongan remaja dan belia yang

menjadikan unsur keislaman sebagai alternartif dalam berhibur. Selalunya nasyid


lebih kerap didendangkan dengan alat muzik tanpa tali, namun mengikut
beberapa pendapat ulama fiqh perihal memainkan alunan irama nasyid dengan
alat muzik bertali seperti gitar dan piano sebenarnya dibolehkan.
6.

Para hadirin yang dihormati sekalian,


Genre nasyid mampu membawa mesej tertentu untuk dihayati oleh
pendengar dan penonton. Selain itu, nasyid juga dapat memupuk minat pelajar
kepada cabang seni lagu yang mengandungi unsure dakwah yang mengajak
pendengar kea rah melakukan kebaikan dan mengambil iktibar daripada sejarah
yang berlaku dalam perkembangan Islam. Justeru, saya menyeru diri saya
sendiri dan hadirin sekalian agar membuat anjakan paradigm terutamanya bagi
tujuan berdakwah apatah lagi dalam era yang serba mencabar ini. Saya juga
ingin melahirkan rasa bangga kerana program-program berbentuk keagamaan
seperti pertandingan nasyid ini sesungguhnya dapat mendidik minda dan hati
masyarakat. Ini kerana program sebegini secara tidak langsung dapat
memberikan impak positif dalam pembentukan sahsiah masyarakat yang terpuji
dan boleh diteladani agar kita dapat dijalani kehidupan seperti yang dituntut oleh
agama.

7.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,


Pertandingan nasyid ynag dijalankan ini mampu dijadikan sebagai satu
wabah yang dapat melatih bakal guru agar dapat bekerjasama dalam satu
pasukan, kreatif, harmonis dan berkeyakinan ketika berhadapan dengan
khalayak. Di samping itu, secara tidak langsung melalui pertandingan ini juga
para pelatih dapat berkenal-kenalan, bertukar-tukar fikiran dan mewujudkan
hubungan silaturahim dengan pelatih-pelatih dari institut pendidikan guru yang
lain dan seterusnya mewujudkan jaringan kerjasama bukan sahaja antara
sesame institut pendidikan guru Malaysia bahkan juga dengan pelbagai insitut
seni dan budaya yang lain.

Tuan-tuan ,puan-puan hadirin hadirat yang dihormati sekalian


8.
Penganjuran pertandingan nasyid ini juga merupakan suatu usaha untuk
melahirkan insan yang bertanggungjawan dan berkeperibadian mulia dalam
mengamalkan budaya bangsa yang luhur dan beridentiti Malaysia. Selain itu,
aktiviti yang dilaksanakan secara terancang dan sistematik ini juga dapat
memupuk bakat dan mengembangkan potensi kesenian yang berunsur Islam,

menggalakkan penyertaan aktif dalam kalangan guru pelatih, seterusnya


melahirkan guru pelatih yang seimbang dari segi jasmi, emosi, rohani, intelek
dan sosial.
9.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,


Sejarah telah membuktikan bahawa keimanan merupakan faktor utama
untuk membentuk generasi insan yang cemerlang dalam pelbagai bidang
termasuk dalam bidang pendidikan, ekonomi ,sosial, politik, pertahanan dan
sebagainya. Agama Islam tidak menghalang umatnya untuk membina kemajuan
dalam bidang ynag diceburi masing-masing tetapi kemajuan yang dibina perlulah
bertunjangkan keimanan yang sebenarnya.

10.

Para hadirin yang dihormati sekalian,


Dasar kemajuan atau pembangunan seimbang antara tuntutan duniawi
dengan ukhrawi ynag mengambil kira keperluan fizikal dan kerohanian dalam
setiap aspek kehidupan ummah sejagat, merupakan formula sebenar yang
diadun dan diharapkan oleh baginda Rasullullah SAW dalam menjejaki
kecemerlangan, keharmonian keamanan kesejahteraan hidup di dunia dan
kebahagian abadi di akhirat kelak. Perubahan kea rah kemajuan dan kemuliaan
ummah bermula dengan pengisian kefahaman bahawa Islam ialah agama yang
agung dan mulia maka umatnya juga ialah umat yang agung dan mulia. Namun,
perubahan hanya dapat dicapai menerusi kekuatan spiritual, moral, fizikal, dan
daya cipta serta kesatuan umat itu sendiri. Melalui usaha-usaha sebegini
diharapkan bakal guru mempunyai keterampilan peribadi serta memiliki nilai-nilai
murni yang tinggi sehingga berupaya menyumbang kepada pembangunan
bangsa, agama dan negara.

11. Mengakhiri ucapan ini, saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan tahniah
kepada pasukan yang berjaya anggaplah ini merupakan satu kejayaan yang
tertunda. Syabas dan tahniah diucapakan kepada semua Ahli Jawatankuasa
Pengelola Pertandingan Nasyid Institut Pendidikan Guru Malaysia Peringkat Zon
Tengah bagi tahun 2009. Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada semua
pihak yang terlibat sama ada secara langsung mahupun tidak langsung dalam
menjayakan Pertandingan Nasyid Institut Pendidikan Guru Malaysia Peringkat
Zon Tengah. Semoga usaha murni ini dapat menyuburkan daya fikiran dan jati
diri seiring dengan hasrat untuk merealisasikan pembangunan modal insan
pendidik yang mempunyai minda kelas pertama. Segala sumbangan dan

kerjasama yang diberikan mudah-mudahan akan dirahmati dan diberkati Allah


SWT. Maka, dengan lafaz Bsismillah-ir Rahman-ir Rahim saya dengan ini
merasmikan penutupan Pertandingan Nasyid Institut Pendidikan Guru
Malaysia Peringkat Zon Tengah Tahun 2009.
Sekian, Wabillahi taufik Wal hidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi
Wabarokatuh.
Teks disediakan oleh:
Habibah Binti Mohd Samin,
Jabatan Pengajian Melayu,
Insitut Pendidikan Guru Kampus Ipoh.
14 Ogos 2009.