Anda di halaman 1dari 8

TUGASAN : MODUL 1

SOALAN 1
a)

Berdasarkan kepada kenyataan artikel bagaimanakah konsep mentoring dan coaching


boleh diaplikasikan untuk meningkatkan mutu latihan?
Coaching adalah merupakan satu proses interaktif di antara pengurus/ penyelia (coach)
bersama individu lain (coachee) dengan tujuan untuk menyelesaikan masalah-masalah prestasi
selain sebagai satu usaha membangunkan dan meningkatkan kebolehan coachee berkenaan.
Mentoring pula adalah proses pemberian khidmat nasihat, maklumat dan bimbingan oleh
individu yang berpengalaman, berkemahiran serta mempunyai kepakaran kepada individu lain
dalam usaha membantu meningkatkan pembangunan diri dan kerjaya mentee di bawahnya.
Walaupun takrifan kedua-duanya agak berbeza, peranan mereka adalah sama iaitu menjadi
pemandu ke arah pencapaian matlamat coachee atau mentee masing-masing. Dalam konteks
latihan kemahiran, tenaga pengajar akan memainkan peranan sebagai coach atau mentor
kepada pelatih yang menjadi coachee atau mentee berdasarkan kemampuan dan kemahiran
yang dimiliki.
Perbezaan antara coaching dan mentoring adalah:
PERKARA
Objektif

COACHING
Membetulkan tingkah laku

MENTORING
Memberi sokongan dan

yang sesuai, meningkatkan

bimbingan bagi

prestasi

perkembangan diri protg.

dan memperbaiki kemahiran


yang
diperlukan oleh coachee
dalam menerima
tanggungjawab yang baru
Inisiatif

Sukarela

diperolehi.
Coachee bertindak

Protg bertindak

berdasarkan petunjuk dan

berdasarkan pembelajaran

panduan daripada coach

yang diperolehi daripada

Penyertaan sesi coaching

mentor
Penyertaan sesi mentoring

boleh dilaksanakan sama ada

adalah secra sukarela.

secara sukarela atau


sebaliknya.
Fokus

Lebih mengutamakan

Fokus kepada pembangunan

masalah semasa dan

kerjaya

Peranan

penambahbaikan

individu dalam jangka masa

Sesi coaching banyak

panjang.
Protg lebih banyak

memaklumkan apakah

terlibat dalam proses

tindakan penambahbaikan

mendengar dan mentor


menjadi role model dan

Jangkamasa

Lebih kepada jangka pendek

membuat cadangan
Jangkamasa lebih panjang

dan atas keperluan


Berdasarkan perbezaan di atas, pengajar di bidang latihan boleh menentukan kaedah
pengajaran yang sesuai mengikut kemampuan pelatih dalam meningkatkan mutu latihan
sebagaimana berikut:

MENTORING
Mentor memberi contoh tauladan yang baik

COACHING
Memberi perspektif baru dan kesedaran

dalam usaha untuk meningkatkan kemahiran

dalam diri pelatih di mana pelatih akan

pelatih di mana pelatih sentiasa membuat

mempunyai

pemerhatian

terhadap

mentor

memperbaiki dan meningkatkan kemahiran

berbanding

maklumat

didengarinya

sedia ada. Coach akan memastikan semangat

tingkahlaku
yang

pelbagai

kaedah

untuk

semasa sesi mentoring

ini disalurkan kepada tindakan atau perubahan

Mentor tidak bertindak sebagai penyelesai

tabiat yang positif


Menitikberatkan

masalah

masalah. Justeru, masalah yang dihadapi

pelatih,

sebaliknya

membantu

kaedah

penyelesaian

pelatih supaya mereka membantu diri mereka

pelatih lebih mudah diatasi

sendiri
Mentor memberi nasihat dan maklumbalas

Menerapkan nilai-nilai yang positif ke dalam

yang

kemampuan

diri pelatih di mana sebarang kesilapan yang

pelatih untuk melaksanakannya kerana teori

berlaku dianggap sebagai satu pengalaman

dan cadangan tindakan di luar keupayaan

pembelajaran dan tidak menyalahkan orang

pelatih akan menyebabkan objektif mentoring

lain. Coach berperanan membantu pelatih

tidak akan dicapai

membuat penambahbaikan daripada tindakan

bersesuaian

dengan

yang telah dibuat

Soalan 1
b) Apakah cadangan bagi konsep Mentoring dan Coaching
Jawapan:

Mentoring
Mentoring adalah proses pemberian khidmat nasihat, maklumat dan
bimbingan oleh individu yang berpengalaman, berkemahiran serta mempunyai
kepakaran kepada individu lain dalam usaha menbantu meningkatkan
pembangunan diri dan kerjaya pegawai yang di bawahnya.
Skop Pementoran

PRINSIP MENTORING
I)
II)
III)

Mentoring melibatkan komitmen yang tinggi.


Kematangan berfikir adalah sangat penting di dalam proses mentoring.
Komunikasi yang baik juga amat perlu

Ciri Ciri Mentor


I)
Mentor adalah terdiri daripada individu yang berjaya dan disegani
II) Mempunyai kemahiran di dalam membangunkan individu lain. Mentor sentiasa bersedia
menjadi pendengar yang setia, berwatak tegas dan mempunyai ciri keperibadian yang baik.
III) Mengetahui cara yang sesuai melaksanakan mentoring kepada protg seperti melalui
perbincangan, perkongsian pengalaman dan lain-lain.
IV) Mempunyai akses kepada maklumat dan orang-orang yang boleh membantu peningkatan
kerjaya protg.
Cadangan
1. Pelajar yang cemerlang, matang dan berpengalaman menjadi mentor.
2. Pengajar menjadi mentor kepada palajar
3. Pendekatan pendidik memain peranan sebagai ibu bapa dipercayai lebih berkesan
Coaching
Coaching adalah satu kaedah bagi membantu meningkatkan kemahiran dan kompetansi
secara khusus dan ia bersifat bersifat teknikal.
Konsep Coaching bertujuan membantu individu atau pelajar meningkatkan dan mengaplikasikan
kemahiran, pengetahuan dan kemampuan individu berkenaan melalui proses pembelajaran yang
menjurus kepada pelajaran. Konsep ini juga membantu individu supaya berjaya melalui bimbingan.
Berikut merupakan prinsip-prinsip Coaching :1. Kesedaran menggalakkan minda yang terbuka.
2. Bertanggungjawab atas keputusan dan tindakan.
3. Kepercayaan diri memberi peluang untuk memperbaiki kesilapan yang berlaku bagi.
meningkatkan jati diri dan semangat melalui bimbingan.

4. Menerapkan budaya nilai-nilai yang positif justeru itu setiap kesilapan yang berlaku dianggap
sebagai satu pengalaman pembelajaran.
5. Fokus penyelesaian.
6. Mempelbagaikan kaedah untuk memperbaiki keadaan sedia ada dengan tindakan melalui
pengalaman.
Cadangan bagi konsep Coaching lebih sesuai dilaksanakan dengan

melibatkan sekurang-

kurangnya dua individu iaitu 1:1 (coach : pelatih) atau nisbah 1 coach bersamaan , pelatih kurang
daripada 5orang].
Sebagai seorang jurulatih/coach ciri-ciri yang perlu ada termasuklah :
1.
2.
3.
4.

Mempunyai pengalaman dalam bidang.


Haruslah berpengetahuan.
Berkemampuan menjalankan sesuatu tugasan dengan terampil.
Hendaklah mampu berdikari.

Coaching memberi penekanan kepada keterampilan, agenda yang tertentu, jawatan, tugasan yang
berkaitan.

Soalan 1
c) Huraikan Langkah-langkah yang perlu diambil untuk menjayakan konsep ini?
Jawapan:
Bagi menjayakan konsep ini antara langkah-langkah yang berlu diambil adalah :
1. Kenalpasti objektif latihan.
2. Latihan.
3. Kenalpasti pelatih.
4. Maklum balas.
Kenalpasti Objektif Latihan
Objektif latihan ialah memberi penerangan ringkas tentang keupayaan atau pengetahuan
pelatih ketika atau selepas latihan dijalankan. Ini bagi memastikan pelatih memahami tujuan sebenar
latihan. Pengendali latihan akan menerangan objektif pada awal sesi latihan dijalankan.
Latihan
Pengendali perlu mewujudkan langkah-langkah untuk menjalani latihan, bertujuan bagi
menyusun atur gerak kerja yang perlu dilakukan oleh pelatih ketika sesi latihan berlangsung. Pelan
gerak kerja merupakan panduan bagi melancarkan sesi latihan dan seiring dengan pengetahuan dan
kemahiran pelatih.
Kenalpasti Pelatih
Pengajar perlu mengenali para pelatih sebelum bermulanya sesi latihan bagi menjadikan
suasana latihan lebih kondusif dan selesa. Selain itu pengajar juga perlu tahu kekuatan dan

kelemahan setiap pelatih. Pengajar juga perlu mengenalpasti tahap pengetahuan dan kemahiran
pelatih bagi menetukan latihan yang bersesuaian untuk diberikan kepada pelatih.
Maklumbalas
Bagi meningkatkan keberkesanan latihan, setiap sesi latihan perlu ada penilaian untuk
menilai setiap latihan yang dilaksanakan samaada latihan tersebut Berjaya, gagal atau perlu
diperbaiki. Maklumbalas daripada pelatih amat penting bagi mengukur keberkesanan latihan. Melalui
proses ini penambahbaikan dan kekurangan dapat diselenggarakan.

SOALAN 2

a)

Skill and knowledge sharing antara pelajar mampu meningkatkan kemahiran dan
pengetahuan berpandukan kenyataan tersebut. Bincangkan.
Manusia tidak diciptakan bodoh tetapi dijadikan dengan kepandaian yang berbeza-beza.
Perbezaan ini bukanlah suatu kekurangan sebaliknya merupakan rahmat Tuhan yang mana
individu yang mempunyai kelebihan dalam bidang masing-masing berkongsi kepandaian dengan
yang lain.
Bagi para pelajar, perkongsian pengetahuan dan kemahiran sesama mereka sebenarnya
merupakan proses saling melengkapi (complement) antara satu sama lain dalam ilmu
pengetahuan dan kemahiran mereka. Seorang pelajar yang telah mempunyai pengalaman kerja
di industri tentunya dapat melakukan kerja dalam bidang berkenaan dengan baik. Latar
belakang dan pengalaman yang dilalui oleh pelajar ini jika dikongsikan bersama rakan-rakan
pelajar yang lain terutama bagi pelajar lepasan sekolah dapat membantu proses pembelajaran
menjadi lebih berkesan.
Selain itu, perbezaan individu dari segi kecergasan fikiran menyebabkan terdapatnya kumpulan
pelajar yang dikategorikan sebagai fast learner dan slow learner. Justeru, perkongsian
pengetahuan dan kemahiran melalui kaedah mentoring mewujudkan suasana bekerjasama
dan saling bantu-membantu antara pelajar bijak dan pelajar lemah. Pelajar bijak berfungsi
sebagai mentor akan membimbing pelajar lemah yang menjadi mentee dan membantu mereka
dalam memahami sesuatu pelajaran.
Proses pembelajaran secara kooperatif antara kalangan pelajar lazimnya lebih berkesan dan
menarik daripada proses pembelajaran antara pengajar dan pelajar. Melalui perkongsian ini,
minat dan semangat pelajar dapat dinaikkan seterusnya mewujudkan suasana pembelajaran

yang efektif. Ketiadaan jurang generasi dan komunikasi antara mereka menjadikan proses
pemindahan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman dapat berlaku dengan lebih mudah dan
pantas.
Terdapat pelbagai cara yang mana perkongsian pengetahuan dan kemahiran ini dapat
dilaksanakan di kalangan pelajar. Antaranya ialah melalui aktiviti brainstorming, problem
solving, panel discussion dan committee work. Aktiviti-aktiviti dalam kumpulan seperti ini
membuka ruang bagi para pelajar bertukar-tukar fikiran, pengetahuan dan pengalaman yang
dapat membantu mereka dalam proses pembelajaran. Walau bagaimanapun, perkongsian ini
tidak terhad kepada pengetahuan dan kemahiran secara formal sahaja, malah mewujudkan dan
memperbaiki sikap, sahsiah dan komunikasi yang baik di kalangan pelajar.

b) Bagaimana konsep diatas boleh diterap dalam latihan kemahiran?

Skill and knowledge sharing atau perkongsian pengetahuan dan kemahiran merupakan
salah satu langkah yang baik bagi memastikan pengetahuan dan kemahiran yang di miliki oleh
seseorang individu itu terus berkembang dan sekaligus membantu generasi muda menimba
pengetahuan melalui pengalaman orang yang terdahulu daripada mereka.
Dalam konteks latihan kemahiran, konsep ini boleh diterapkan melalui kaedah kolaboratif iaitu
antara pelajar fast learner dan slow learner. Johnson dan Johnson (1999) menyatakan bahawa
pendekatan kolaboratif ialah pelajar bekerja bersama untuk mencapai objektif pembelajaran yang
dikongsi bersama dan untuk memaksimumkan pencapaian ahli kumpulan dan pencapaian diri mereka
sendiri. Malah, pembelajaran secara kolaboratif adalah sebagai suatu kaedah pengajaran di mana
pelajar dari pelbagai tahap kecerdasan bekerja bersama untuk mencapai suatu tujuan yang sama
(Gokhale, 1995). Ini disokong oleh Gros (2005) yang menyatakan bahawa kumpulan yang terdiri
daripada pelbagai kecerdasan dalam pembelajaran secara kolaboratif akan membina jaringan
pemahaman dan pembelajaran kendiri dalam konteks pemahamannya sendiri. Kaedah kolaboratif ini
dapat mewujudkan persekitaran pembelajaran di mana pelajar bekerja secara aktif dengan bahan
pembelajaran melalui perkongsian idea, memberikan sokongan, dorongan dan maklum balas serta
mengajar antara satu sama lain.
Seandainya konsep ini berjaya diterapkan dalam sistem pembelajaran, pelajar-pelajar yang dikenali
sebagai slow learner mampu mengikuti sesi pembelajaran dan sekaligus dapat memahami dengan
lebih berkesan ilmu pengetahuan atau kemahiran yang disampaikan oleh pengajar dengan bantuan
pelajar-pelajar yang dikenali sebagai fast learner

2. c) Huraikan langkah-langkah dan bentuk latihan yang boleh dijalankan.


Antara langkah-langkah boleh dijalankan adalah dengan menjalankan kepelbagaian dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Kepelbagaian dalam proses pembelajaran akan membantu menarik
minat pelajar dan dapat menghilangkan kebosanan mereka.
Antara bentuk latihan yang boleh dijalankan adalah seperti;
I.
II.

Syarahan - percakapan formal yang disampaikan untuk tujuan pembelajaran bagi


menyampaikan sesuatu subjek
Ceramah bengkel (shop talk) taklimat ringkas sebelum bermulanya kerja bengkel daripada

III.

pengajar / individu yang bertanggungjawab di bengkel.


Perbincangan proses hubungan dua hala antara pengajar dan pelatih dalam proses

IV.

pertukaran pendapat.
Perbincangan dalam kumpulan kecil proses pertukaran pendapat di kalangan pelatih dalam

V.

memberikan pendapat mengikut topic/ subjek yang diberikan.


Kajian kes (study case) pelatih diberikan permasalahan untuk perbincangan, menganalisis,

VI.

dan menyelesaikan masalah berdasarkan pada situasi yang sebenar.


Latihan/tugasan pelatih diberi beberapa bentuk soalan dan tugasan bagi mengukur tahap

VII.

pemahaman dan kreativiti.


Latihan amali/projek merupakan proses pembelajaran bagi mengaplikasikan pengetahuan

VIII.

dan menimba pengetahuan baru di tempat praktikal.


Lakonan (role play)/simulasi/permainan pelatih melibatkan diri dalam proses lakonan

IX.

semula apa yang dipelajari hasil daripada pembelajaran/ latihan.


Lawatan sambil belajar untuk meninjau lebih dekat amalan terbaik dari aspek latihan dan

X.

kemahiran dalam industry semasa.


Demostrasi - Kaedah pengajaran untuk membantu pelatih mempelajari kemahiran gerak
anggota ( manipulative skill ) atau kemahiran mental ( Cognative ) dan kedua-duanya sekali

XI.
XII.

dengan cara menunjuk, menerangkan dan latihan kepada pelajar/pelatih.


Tutorial pelajar dapat menyiapkan tugasan bergantung pada diri sendiri
Debat pelatih diberi ruang untuk mengutarakan, mempertahankan dan mengkritik pendapat

XIII.

yang kurang bernas.


Penyelesaian masalah

Anda mungkin juga menyukai