Anda di halaman 1dari 15

BMM 3116

KESUSASTERAAN
MELAYU DALAM
BM

PANTUN
&
SELOKA

PANTUN

PANTUN

PANTUN
BENTUK-BENTUK
Berbentuk

terikat.
Bentuk paling popular : pantun dua kerat
dan pantun empat kerat.

Bagi pantun empat kerat, baris satu dan dua


adalah pembayang, manakala baris tiga dan
empat adalah maksud.
Bagi pantun dua kerat pula, baris pertama
adalah pembayang dan baris kedua adalah
maksud pantun.

Terdapat

juga pantun enam kerat, pantun


lapan kerat dan pantun dua belas kerat.

Contoh:

Pantun Empat Kerat

Pulau Pandan jauh ke tengah,


Gunung Daik bercabang tiga,
Hancur badan dikandung tanah,
Budi yang baik dikenang juga.

Pembayang
Maksud

Pantun Dua Kerat


Gendang gendut tali kecapi,
Kenyang perut suka hati.

Pembayang
Maksud

CIRI-CIRI PANTUN
Rima

atau bunyi akhir di hujung baris adalah


sejajar.
Bagi pantun dua kerat, rima akhir dalam
bentuk aa .
pantun empat kerat, rima akhir dalam
bentuk abab
Contohnya:
Pulau Pandan jauh ke tengah, (a)
Gunung Daik bercabang tiga, (b)
Hancur badan dikandung tanah, (a)
Budi yang baik dikenang juga. (b)

Setiap

baris dalam pantun mempunyai


4 hingga 5 perkataan.
Contoh:
Pulau Pandan jauh ke tengah,
Gunung Daik bercabang tiga,
Hancur badan dikandung tanah,
Budi yang baik dikenang juga.
Setiap

baris dalam pantun


mempunyai 8 hingga 12 suku kata.

PANTUN
PERANAN DAN FUNGSI
Pantun

memainkan peranan penting di


dalam masyarakat Melayu seperti di
dalam upacara meminang, majlis
berbalas pantun, penghias ucapan dan
sebagainya.
Antara fungsinya ialah mendidik,
menyindir, menyatakan perasaan,
menyampaikan buah fikiran dan
menghibur.

SELOKA

SELOKA

SELOKA

Kata seloka berasal daripada bahasa Sanskrit


shloka.
Puisi jenis ini digunakan di dalam
epikMahabharatadanRamayana.
Namun, seloka Melayu tidak sama dengan seloka
Sanskrit.
Menurut kamus dewan seloka ialah sejenis puisi
yang mengandungi ajaran (sindiran, jenaka, dll).
Mengandungi banyak peribahasa yang disusun
dengan cara senada atau mempunyai irama,
hingga kadang kala sama dengan peribahasa
berirama.

CIRI- CIRI SELOKA


Karangan

berangkap yang memakai


pertentangan bunyi rima hujung yang bebas.
Terbahagi kepada unit pembayang (induk
kalimat) dan unit maksud (anak kalimat)
Perkataan sindiran atau ejekan disampaikan
dalam bentuk berangkap.
Mengandungi unsur jenaka atau gurau senda
Digunakan untuk menyindir sambil mengajar.

SELOKA
PERANAN DAN FUNGSI
Seloka

berperanan sebagai alat yang


berfungsi untuk :
Menyindir
Mengejek
Bergurau senda
Berjenaka

JENIS : SELOKA BERBENTUK


BEBAS
Contoh seloka bentuk bebas :
Aduhai malang Pak Kaduk
Ayamnya menang kampung tergadai
Ada nasi dicurahkan

Awak pulang kebuluran


Mudik menongkah surut
Hilir menongkah pasang;
Ada isteri dibunuh
Nyaris mati oleh tak makan
Masa belayar kematian angin
Sauh dilabuh bayu berpuput
Ada rumah bertandang duduk. (Anak Laut, hlm.
9)

SELOKA
CIRI-CIRI SELOKA BEBAS
Ditulis

secara berangkap-berangkap.
Sejenis puisi bebas.
Rangkapnya tidak tetap.
Tidak tetap jumlah baris serangkap.
Tidak tetap jumlah perkataan sebaris.
Tidak berima.
Tidak mempunyai pembayang.
Berbentuk naratif (cerita)
Bahasa penceritaan yang meleret-leret dan
lanjut, sindiran yang tajam seperti mengejek,
menyindir dan menempelak, dan mengandungi
perasaan yang hiba.

JENIS : SELOKA BERBENTUK


TERIKAT
Empat

baris serangkap
Empat patah perkataan sebaris
8-12 suku kata sebaris
Skima rima tengah / hujung ab;ab atau
aa;aa
Ada pembahagian pembayang dan
maksud atau seluruhnya maksud

Contoh

Seloka bentuk pantun


Apa guna pergi ke pasar

Kalau tidak bawa keranjang


Apa guna berkereta besar
Kalau hutang keliling pinggang
(Dibina

dengan baris pembayang dan


maksud, skima rima ab;ab, bernada jenaka)