Anda di halaman 1dari 22

Tajuk 8 :

Sastera
Kanak-Kanak dan
Remaja

Sastera Kanak-Kanak dan


Remaja
i. Latar Belakang
ii. Karya dan Tokoh
iii. Sastera Kanak-Kanak
dan Perspektif Pendidikan

Latar Belakang

Definisi
Sastera
Mengikut Kamus Dewan, sastera bermaksud hasil
seni (karya tulisan) dalam bentuk prosa atau puisi
yang mempunyai ciri-ciri keistimewaan yang
tertentu.

Kanak-kanak
Kanak-kanak didefinisikan sebagai seseorang yang
di bawah umur 18 tahun seperti yang termaktub
dalam Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak dan
Akta Kanak-Kanak, 2001.

Remaja
Remaja pada umumnya merujuk kepada golongan
manusia yang berumur 12-21 tahun atau 13
hingga 25 tahun.

Sastera Awal Kanak-Kanak


Sastera adalah hasil kreatif yang menggunakan
bahasa yang indah, baik dengan cara
pengucapan atau bertulis.
Sastera biasanya digunakan sebagai bahan
hiburan dan bahan pengajaran untuk mengenal
diri dan masyarakat sesuatu bangsa (Atan
Long, 1977).
Sastera awal kanak-kanak ialah sastera kanakkanak yang dihasilkan dalam bentuk buku yang
boleh dibaca oleh kanak-kanak dan mampu
menimbulkan keseronokan kepada mereka.

Bagi mencapai tahap tertinggi nilai sastera


dan estetika karya, penghasilan sastera awal
kanak-kanak ini dilakukan dalam bentuk
tulisan dan ilustrasi.
Sastera awal kanak-kanak mampu memberi
kan keseronokan, dapat merangsang
imaginasi, dapat membantu mengenal dan
memahami diri sendiri, dapat memahami
bahasa secara semula jadi, dapat membantu
mendapatkan maklumat dan dapat memupuk
nilai-nilai murni kepada individu kanak-kanak.
Satu konsep yang penting dalam pendidikan
berhubung dengan pembacaan ini ialah
kanak-kanak ini harus disediakan dengan
kesediaan atau persiapan sebelum
membaca atau reading readiness.

Justeru, sastera awal kanak-kanak merujuk


kepada hubungan kanak-kanak dengan hasil
kreatif iaitu buku atau bahan bacaan dan
cerita.
Hubungan ini boleh dalam bentuk
mendengar, bertutur, membaca dan menulis.
Pada peringkat awal kanak-kanak, bahan
seperti buku-buku bergambar yang berwarna;
dan bahan bacaan yang diaplikasikan
dengan bahan audio visual perlu diperbanyak
untuk menarik minat kanak-kanak membaca.
Bahan yang demikian sangat penting kerana
kebolehan membaca banyak bergantung
kepada ketajaman deria pendengaran dan
deria penglihatan kanak-kanak.

Mendekatkan dan
membiasakan mereka dengan
bahasa sastera.
Sastera kanak-kanak menggunakan
konsep cerita binatang boleh digunakan
sebagai pengantara antara sastera dan
kanak-kanak.
Justeru, tidak sukar untuk memupuk minat
mereka terhadap sastera jika watak
haiwan ini dipindahkan ke alam karya
penulisan.
Hal ini bertujuan untuk memberi
pendedahan awal kepada golongan ini
mengenal realiti sebenar kehidupan.

Mempertingkatkan tahap
keintelektualan, daya
imaginasi dan kreativiti
Ia diransang sewaktu mereka mengikuti plotplot yang terdapat dalam hasil sastera yang
dibaca.
Ada di antara hasil-hasil sastera ini
dipersembahkan dalam bentuk lakonan,
nyanyian, gurindam, pantun dan seloka yang
secara tidak lansung melatih mereka untuk
mengekspresikan diri mereka serta mencungkil
bakat yang terpendam dalam diri mereka.
Misalnya melalui rancangan realiti seperti Idola
kecil, Pondok-pondok dan Tetombak memberi
ruang kepada mereka mempertingkatkan bakat
kanak-kanak dalam bidang kesusasteraan.

Hiburan
cerita lisan diciptakan dalam bentuk seni
sastera bertujuan menarik perhatian khalayak.
hasil-hasil sastera ini dicorakkan dengan
ilustrasi dan gambar-gambar yang menarik.
Secara tidak langsung, kanak-kanak dapat
menikmati sesi pembacaan dengan minda yang
terhibur.
Manakala karya sastera bagi golongan remaja
biasanya diselitkan adegan romantis dan mesra
antara satu individu dengan satu individu yang
lain kerana pada peringkat ini mereka melalui
alam berkasih sayang.

Wadah pengajaran dan didikan


moral
Cerita lisan telah menjadi medium yang
penting untuk memberi nasihat dan
pengajaran yang baik dan dijadikan panduan
kepada setiap individu masyarakatnya.
Hal ini dapat dilihat dalam sastera kanakkanak melalui cerita-cerita binatang yang
menjadikan haiwan sebagai watak-watak
yang memberikan pelbagai pengajaran yang
baik seperti mengisahkan tentang akibat
orang yang tamak, takbur, sombong dan
bongkak seperti cerita Anjing dengan
Bayang-bayang.

Penerapan nilai murni


Kesedaran terhadap nilai-nilai murni ini
perlu disemai pada peringkat awal
zaman kanak-kanak lagi.
Sastera kanak-kanak dan sastera remaja
ini berperanan dalam memberi teladan
kepada kanak-kanak agar mereka dapat
menyesuaikan dan mempersembahkan
diri mereka berdasarkan kepada nilai
murni yang ditonjolkan berdasarkan
bahan sastera yang telah dibaca oleh
mereka.

Keperluan material atau


kebendaan
Keperluan material ini menggambarkan keadaan
kehidupan fizikal yang serba lengkap dan
istimewa khususnya dari segi material.
Lazimnya, kanak-kanak akan terangsang dengan
gambaran tempat kediaman istana atau rumah
yang bangunannya besar dan indah dengan
bilik-bilik yang dihiasi oleh pelbagai hiasan.
Secara tidak langsung, ia mencabar proses
imaginasi kanak-kanak untuk terus berusaha
memikirkan cara untuk memiliki kepunyaan
sendiri.

Sastera Kanak-Kanak dan


Remaja

KARYA dan TOKOH

Ali Majod
Pendidikan
Mohd Ali Majod dilahirkan pada 12
September 1940 di Kampung Ayer
Penaga, Gemencheh, Negeri Sembilan.
Beliau belajar di Sekolah Melayu Sungai
Jernih (1848-1955) dan Sekolah Melayu
Gemencheh pada tahun 1956-1957.
Kemudian, beliau menyambung pelajaran
di Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung
Malim dari tahun 1958-1961.
Pada
tahun
1975-1978,
beliau
menyambung pelajaran di Universiti
Malaya.

Kerjaya
Memulakan kerjaya sebagai seorang
guru
di beberapa sekolah di Negeri
Sembilan.
Beliau juga menjadi tenaga pengajar di
Universiti Malaya pada tahu 1980.
Ali Majod juga dilantik sebagai pegawai
penyelidik di Dewan Bahasa dan
Pustaka Brunei.
Menggunakan nama samaran Malinas.
Beliau banyak menghasilkan cerpen
remaja, cerpen dewasa, novel remaja
dan buku cerita kanak-kanak.

Penulisan
Mohd Ali Majod adalah penulis cerpen, sajak,
drama dan esei dalam bahasa Melayu.
Beliau terkenal sebagai penulis cerpen
Pensel Sebatang .
Beliau turut mempunyai kumpulan cerpen
persendirian seperti Dalam Diri, Lampulampu
Di
Pelabuhan
dan
Semacam
kepuasan.
Kumpulan cerpen remaja iaitu Sayang Si
Tina telah memenangi hadiah pertama
Sastera Remaja ESSO-GAPENA 1.
Buku cerita kanak-kanak yang dihasilkan
olehnya ialah Inilah Ceritaku dan Ani yang
sihat.

Cerpen
Pensel
Sebatang
(Dewan
Masyarakat. 1965) cukup popular dan
sesuai dijadikan rujukan psikologi kanakkanak dan sering digunakan sebagai model
pengajaran guru di sekolah .
Ali Majod mengangkat isu tentang sebatang
pensel yang dibeli oleh Zahid daripada upah
memungut getah skrap. Pensel itu dicuri
oleh Dolah Udin. Zahid mempertahankan
haknya lalu bergaduh dengan si pencuri,
tetapi si pencuri yang pandai berlakon,
tidak didenda oleh Cikgu Jamal. Yang
didenda ialah Zahid sendiri sehingga
menimbulkan suatu perasaan lain dalam diri
Zahid, khususnya terhadap Cikgu Jamal .

Era tahun 2000 , Ali Majod memiliki kolum


khas di akhbarJawi Utusan MelayuMingguan
untuk menilai dan mengulas cerpen-cerpen
karya pengarang lama dan baru. Ulasan dan
kritikan Ali Majod mendatangkan manfaat
besar kepada para pengarang yang dikritik
karyanya untuk diperbaiki lagi.
Kemudian beliau diiktiraf dalam penilaian
Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (HSKU)
bagi kategori esei / kritikan .
Ketika di DBP, beliau bersamaJohan
Jaafar,Abdul
Ahmad
dan
lain-lain
mengendalikan Minggu Penulis Remaja
sekitar 1980-an. Antara penulis muda yang
turut serta ialahZaen Kasturi danRahimidin
Zahari.

Pantun Jenaka

Sehijau Warna Daun

Dengarlah Nasihat

Pantun Sahabat

Ram dan Rim ke


Planet Zerak

Lampu- lampu di
Pelabuhan

Pantun Kasih Sayang

Impian Murni

Hikayat Patani

Sang Kancil dengan


Pak Belang

Aku Terpaku

Hikayat Banjar

Orang yang bijak

Kasihanilah Dia

Sayang Si Tina

Padah Menyamar

Sang Kancil dengan


Ketam

Semacam Kepuasan

Anda mungkin juga menyukai