Anda di halaman 1dari 2

Kuih Kacang Hijau

Inti Kacang Hijau


Bahan2:
1 cawan kacang hijau
3/4 atau 1 cawan gula pasir(kemanisan bergantung kepada selera masing2)
1 sudu kecil garam
Air secukupnya untuk merebus kacang
Cara2 membuatnya:
Kacang hijau dicuci dan ditoskan seketika,rebus dengan lebih kurang 7-8 cawan air sehingga
empuk.
Apabila air rebusan hampir kering,tambahkan sedikit air supaya kacang lebih lembut dan
tunggu sehingga benar2 kering(sila kacau selalu apabila hampir kering tu untuk mengelakkan
berkerak atau hangus)
Setelah benar2 kering,barulah masukkan gula dan garam tadi. Inti akan mencair kembali
kerana gula yang cair tu..Biarkan renih dan kering lagi sekali..kacau sekali sekala dan pastikan
guna api sederhana.
Apabila sudah mula kering,perlahankan api..dan kacau sentiasa.
untuk memastikan inti sudah masak-kacang yang dimasak tadi tidak lagi mengeluarkan wap
dari inti atau tiada renihan lagi walaupun api masih terpasang..memang senyap je(takde plup2
dah kat adunan inti tu..haha..bahasa apa aku guna nih),dah siap laa tu..harap faham laa
maksudnya ni..hehe
Padamkan api dan sejukkan inti sepenuhnya sebelum dibentuk.

siap inti...bentu bentuk...ditepek-tepek jadi gini rupannya...buat banyak2 dulu...senang time nak
gorengnya...
Bahan2 membuat adunan tepung :
1/2 cawan tepung gandum
1/3 sudu mkn marjerin
1 sudu kecil garam
secubit gula
1/2 cawan air
Sedikit pewarna kuning
Minyak secukupnya untun menggoreng-lebih kurang 2 cawan
Cara2:
Dalam bekas,campurkan tepung,marjerin,garam,gula. Masukkan air dan kacau menggunakan

hand whisk supaya adunan cepat sebati. Tambahkan sedikit pewarna kuning
Panaskan minyak dalam kuali,celupkan inti yang sudah dibentuk tadi ke dalam adunan tepung
dan goreng sehingga keemasan.
Siap goreng siapkan lah airnya juga ye.........:D

Selamat mencuba...........:)

Anda mungkin juga menyukai