Anda di halaman 1dari 3

Latihan 1

Bahagian A
[30 markah]
(Masa dicadangkan : 45 minit)
Lihat rajah di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang

kepentingan-

kepentingan amalan rumah terbuka. Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga
250 patah perkataan.
AMALAN RUMAH TERBUKA
(TEMA) Rumah terbuka atau open house sudah menjadi lumrah pada sambutan
perayaan di negara ini termasuk Deepavali, Tahun Baru Cina, Hari Natal dan juga Hari
Raya Aidilfitri. Perayaan seperti ini tidak lengkap jika tiada rumah terbuka sehingga
seluruh lapisan dan pelbagai lapisan masyarakat mengetahui istilah rumah terbuka yang
menjadi amat sinonim dalam kehidupan mereka. (ISU) Kerajaan Malaysia pada tahun
2000 telah memutuskan sebanyak enam perayaan kaum atau agama dianggap sebagai
perayaan utama negara yang diraikan di peringkat kebangsaan anjuran bersama kerajaan
pusat dan kerajaan negeri. (ARAHAN) Menyedari kesungguhan kerajaan untuk
menganjurkan rumah terbuka pada peringkat nasional, persoalan yang sering berlegarlegar di gawang minda kita ialah apakah kepentingan-kepentingan amalan rumah
terbuka?
(ISI 1) Sebenarnya, amalan rumah terbuka yang diwujudkan banyak memberikan
kepentingan terutamanya dalam mengeratkan perpaduan kaum dalam kalangan anggota
masyarakat di negara kita. (MENGAPA) Perpaduan yang terjalin sekali gus dapat
memudahkan pencapaian matlamat atau misi dan visi negara dalam usaha untuk
menjadikan Malaysia sebuah negara bangsa. Selain itu, amalan rumah terbuka
memberikan makna besar kepada anggota masyarakat mengenai erti perpaduan yang
harus wujud untuk mengelakkan sebarang prejudis terhadap keharmonian kaum. Amalan
ini juga dilihat sebagai salah satu pertemuan yang melupakan pertentangan pendapat,
perbezaan idealogi, perbezaan konsep politik mahupun berlainan parti politik sama ada
pembangkang atau kerajaan. (BAGAIMANA) Jadi, setiap kaum seperti Melayu, India,
Cina, Kadazan dan sebagainya boleh berkunjung ke rumah terbuka kaum lain tanpa

sebarang halangan dan kekangan yang perlu dibimbangi. (KESAN) Sehubungan dengan
itu, perasaan muhibah antara satu sama lain dapat mewujudkan kehidupan yang lebih
harmoni. (PENEGAS) Tegasnya, konsep penyatuan antara kaum dapat dihidupkan
melalui amalan rumah terbuka.
(ISI 2) Di samping mewujudkan perpaduan dalam kalangan anggota masyarakat
serta pemimpin sendiri, amalan rumah terbuka ini juga dapat membantu sesama kaum
memahami budaya kaum-kaum lain. (MENGAPA) Mereka hanya akan merayakan
perayaan itu bersama-sama walaupun mereka berbeza latar belakang, budaya dan juga
agama. Amalan ini juga membolehkan setiap kaum mengenali juadah kaum-kaum lain,
memahami antara satu sama lain selain didedahkan kepada adat resam dan pantang larang
rakan-rakan mereka sendiri. (BAGAIMANA) Sebagai contoh, orang-orang India, Cina,
Iban, Kadazan dan sebagainya merayakan sambutan Aidilfitri bersama-sama dengan
orang Melayu dan begitu juga sebaliknya. (KESAN) Hal ini dapat membantu mereka
mempelajari budaya dan adat kaum lain serta budaya yang sihat juga dapat diwujudkan
dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di negara kita. Secara tidak langsung
semangat

toleransi

akan

tersemai

dalam

kalangan

generasi

sekarang. (PENEGAS) Pendek kata, budaya dan adat resam kaum lain dapat dipelajari
melalui amalan murni ini.
(ISI 3) Selain kepada anggota masyarakat negara ini sendiri, penganjuran rumahrumah terbuka juga merupakan persembahan kepada pelancong asing yang datang
melancong di negara kita. (MENGAPA) Mereka bukan sahaja datang ke Malaysia untuk
melancong dan menikmati keindahan negara tetapi mereka juga dapat mengalami dan
memahami sendiri keunikan dan keharmonian pelbagai kaum di negara ini semasa
menyambut

perayaan

kaum

masing-masing. (BAGAIMANA) Kerajaan

melalui

Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Warisan dengan kerjasama kerajaan-kerajaan


negeri berkenaan telah pun mengadakan majlis rumah terbuka Malaysia semasa Hari
Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Pesta Keamatan, Hari Gawai, Deepavali dan
Krismas. (KESAN) Pengalaman pelancong asing meraikan perayaan-perayaan yang
terdapat di Malaysia akan menjadikan nama Malaysia sentiasa meniti dari bibir ke bibir
mereka sekembalinya mereka ke negara asal mereka dan sekali gus dapat merancakkan

industri pelancongan negara.(PENEGAS) Izharlah bahawa konsep rumah terbuka dapat


memberikan persembahan yang harmonis di mata pelancong asing kerana rakyat
Malaysia yang berbilang kaum dapat hidup di bawah payung keharmonian.
(ISI) Amalan rumah terbuka juga dapat merapatkan hubungan silaturahim dalam
hubungan kekeluargaan. (MENGAPA) Hal ini dikatakan demikian kerana simboliknya
amalan rumah terbuka ialah amalan ini merupakan medan pertemuan yang paling sesuai
untuk memperkukuh hubungan silaturahim antara ahli keluarga. Fenomena seperti ini
amat dititikberatkan agar sistem kekeluargaan akan sentiasa wujud dengan kukuh dan
padu, bukannya semakin layu dan pudar. Tanpa konsep rumah terbuka, hubungan
silaturahim dan perpaduan akan terhakis sedikit demi sedikit dan seterusnya akan hilang
kepada

generasi

akan

datang

yang

semakin

tidak

mengenali

sanak-saudara

mereka. (BAGAIMANA) Semasa menghadiri rumah terbuka, mereka akan beramah


mesra dan dapat melepaskan kerinduan di samping mendapat perkembangan terkini
antara satu sama lain. Yang muda pula dapat mengenali mereka yang tua dengan lebih
dekat

dalam

pertemuan

ahli

keluarga

ini. (PENEGAS) Ringkasnya,

hubungan

kekeluargaan dapat diperkukuh dan serinya tidak akan hilang jika amalan rumah terbuka
dibudayakan.
(PENUTUP) Bayang kian jelas bahawa amalan rumah terbuka lebih banyak
membawa kebaikan kepada negara dan masyarakat. (CADANGAN)Oleh itu, konsep
rumah terbuka perlu dihayati dengan mendalam oleh semua pihak. Sekiranya konsep ini
tidak difahami dan dihayati, ditakuti amalan ini akan mendatangkan keburukan atau
sekadar syarat sahaja untuk menganjurkannya. Kita tidak mahu menjadi seperti rumah
sudah

siap

baru

pahat

berbunyi apabila

menganjurkan

rumah

terbuka. (HARAPAN) Jika amalan murni ini dibudayakan sudah pasti hasrat negara
untuk mencapai Gagasan Satu Malaysia akan menjadi realiti dan bukannya angan-angan
Mat Jenin. Walaupun negara kita merupakan satu titik kecil di dalam peta dunia namun
usaha kerajaan untuk menyatupadukan rakyat yang berbilang bangsa dapat dijadikan
teladan kepada mata dunia.

Anda mungkin juga menyukai