Anda di halaman 1dari 21

SGDU6043 LEGAL ASPECTS IN EDUCATION MANAGEMENT

To what extend your school regulations are in line with Education (School Discipline)
Regulations 1959 and the Professional Circulars of the Ministry on student discipline.

Mohamad Faisal Mustaffa

(814065)

Nazzir Hussain Bin Haji Mydeen

(814066)

LECTURER

Dr. Khaliza Binti Saedin

Kandungan :
1.

Pengenalan

2.

Pihak Berkuasa Disiplin

3.

Langkah-Langkah Siasatan Dan Tindakan

4.

Kajian Kes Pertama

10

5.

Kajian Kes Kedua

12

6.

Kajian Kes Ketiga

14

7.

Kajian Kes Keempat

16

8.

Kajian Kes Kelima

17

9.

Kesimpulan

19

10.

Rujukkan

20

11.

Lampiran Kes

21

PENGENALAN

Hak asasi manusia adalah perkara pokok yang membezakan diri kita semua dari manusia
gasar. Isu serta perkara yang berkaitan dengan hak asasi manusia mula mendapat perhatian serius
di peringkat antarabangsa melalui pengisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat pada tahun 1948
selepas berakhirnya perang dunia kedua. Sesebuah negara yang mengamalkan demokrasi akan
berpegang kepada enam falsafah demokrasi iaitu rasional, bermoral, kesamarataan, kebolehan
mencapai kemajuan, berkerajaan sendiri iaitu kerajaan dengan kehendak rakyat, dan kebebasan.
Hak asasi ini juga wujud dalam masyarakat dan negara yang mendokong nilai-nilai demokratik
seperti kebebasan untuk bercakap, kebebasan untuk mengekspresi dan kebebasan untuk
mengutarakan pendapat serta pemikiran. Bagi menjamin setiap individu memiliki hak tanpa
sebarang diskriminasi, semua individu dan masyarakat harus dilayan sama rata tanpa mengira
bangsa, agama mahupun keturunan.
Isu hak asasi manusia yang telah menjadi isu sejagat apabila ianya mula diperdebatkan
diperingkat dunia dan sering menjadi agenda utama di dalam setiap persidangan antarabangsa.
Ianya adalah kesan daripada kesedaran masyarakat dunia tentang hak asasi manusia sebagai
warga sesebuah negara. Hak asasi manusia difahami umum sebagai prinsip-prinsip asas dalam
kehidupan berpolitik sesebuah masyarakat seperti hak kebebasan bercakap, hak kebebasan
beragama, hak kebebasan bergerak dan lain-lain. Secara umumnya, hak asasi manusia bermaksud
cara atau tindakan seseorang manusia memperlakukan seseorang manusia yang lain mengikut
dasar kemanusiaan sebenar.

Namun begitu terdapat pelbagai konsep serta definisi mengenai hak asasi manusia.
Menurut Wong Hon Wai 2001, hak asasi manusia boleh ditakrifkan sebagai hak dan dasar yang
wajib diterima dengan sama rata seperti hak untuk memberi pendapat, mendapat perlindungan
dan pendidikan yang sempurna, makanan, menganut agama atau kepercayaan dan sebagainya.
Manakala menurut Kofi Anan, Hak asasi manusia adalah asas kepada kewujudan manusia dan
kewujudan bersama manusia. Hak asasi manusia bersifat sejagat, tidak boleh dibahagikan dan
saling bergantung. Hak asasilah yang menjadikan kita manusia dan berteraskan prinsip hak asasi
manusia kita membina kesucian maruah manusia.
Namun begitu, contoh makna dan contoh yang diberikan sebenarnya adalah merujuk
kepada makna tradisi hak asasi manusia. Seiring dengan pengedaran zaman hak asasi manusia
harus diberi tafsiran dan pengertian yang lebih meluas dan mencakupi pelbagai aspek kehidupan
manusia. Dalam penafsiran moden terdapat tiga dokumen penting berkenaan Hak Asasi Manusia
iaitu Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat 1948, konvenan Antarabangsa Hak-hak Sivil dan
Politik 1966 dan konvenan Antarabangsa Hak-hak Ekonomi, Sosial dan Kebudayaan 1966.
Hak asasi manusia wujud dalam masyarakat yang mendokong nilai-nilai demokratik
seperti kebebasan untuk bercakap, kebebasan untuk berekspresi dan kebebasan untuk
mengutarakan pemikiran. Demi menjamin setiap individu memiliki hak ini tanpa diskriminasi,
semua orang harus dilayan secara sama rata tidak mengira agama, bangsa dan keturunan. Sebagai
sebuah negara demokrasi berparlimen, Malaysia memiliki perspektifnya yang tersendiri terhadap
kebebasan asasi. Kewujudan pelbagai fahaman politik, agama, etnik dan keturunan menyebabkan
kebebasan asasi di Malaysia lebih bersifat kebebasan yang dikawal dan terbatas. Hal ini adalah
untuk menjamin ketenteraman dan keharmonian masyarakat.

Akta Pelajaran 1961 dan seterusnya Akta Pendidikan 1996 yang memaktubkan Dasar
Pendidikan Kebangsaan yang telah dilaksanakan sehingga sekarang. Dasar tersebut diasaskan
kepada peruntukan utama dalam Penyata Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960 dan telah
melahirkan Sistem Pendidikan Kebangsaan yang terdapat pada hari ini.
Ke arah mencapai matlamat perpaduan masyarakat, Akta ini telah menggariskan bahasa
Melayu sebagai bahasa pengantar utama untuk semua peringkat pendidikan serta penggunaan
kurikulum dan peperiksaan yang sama untuk semua murid. Akta ini menitikberatkan penghasilan
tenaga kerja yang dapat menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi.
Sejak kemerdekaan pelbagai usaha telah dibuat ke arah pembentukan sistem pendidikan
kebangsaan, melaksanakannya dan penyemakan semula dengan tujuan untuk mengukuhkan
pelaksanaannya dan perjuangan bahasa kebangsaan ke arah memupuk perpaduan kaum.
Sekolah bukanlah sebagai badan pengajar sahaja. Ia mempunyai tujuan mendidik dalam
ertikata yang lebih luas. Murid-murid sepatutnya mendapat bukan sahaja pengetahuan dan
kebolehan intelektual yang diuji melalui peperiksaan, tetapi juga mutu moral dan sosial secara
amnya, di mana ketiga-tiga aspek ini tidak diuji secara formal.
Peraturan sekolah adalah satu set peraturan yang secara langsung mengawal tingkah laku
pelajar. Ianya merupakan satu bentuk latihan yang memperkembangkan mental, fizikal dan sikap.
Usaha pendisiplinan pelajar di mana nilai-nilai disiplin disemai, dipupuk dan diterapkan untuk
mewujudkan masyarakat yang bertatasusila, bersatupadu, berdemokrtatik, adil, liberal dan maju.
Peraturan sekolah adalah berciri autokratik, guru mempunyai kuasa mutlak ke atas
kawalan, arahan, pengurusan dan hukuman berlandaskan peraturan-peraturan yang ditetapkan.
Oleh kerana guru mempunyai kuasa untuk mendenda pelajar yang melanggar peraturan, maka
jenis disiplin ini juga boleh dilihat sebagai ciri menghukum.

Dibentuk berlandaskan kesedaran kepada keperluan dan tanggungjawab serta


kebaikannya untuk pelajar mematuhi arahan. Setiap sekolah perlu ada peraturan sekolah masingmasing secara bertulis dan perlu dibuat salinan serta ditampal di bilik darjah dan di kawasankawasan terbuka di sekolah.
Peranan sebagai in loco parentis guru adalah bertanggungjawab menjaga disiplin pelajar
serta membantu mereka membentuk sahsiah dan kelakuan yang sejajar dengan nilai dan norma
masyarakat. Ini termasuk pencegahan iaitu mengelakkan pelajar daripada melanggar peraturan
dan disiplin yang ditetapkan dan mengingatkan para pelajar agar sentiasa berwaspada dalam
melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang pelajar. Sebarang tindakan yang dikenakan ke atas
pelajar adalah bertujuan untuk dijadikan iktibar dan pengajaran serta panduan kepada pelajar lain
agar perkara tersebut tidak berulang.
Soalnya adalah bagaimanakah pihak pengurusan sekolah khususnya guru disiplin harus
mengimbangi antara tiga perkara tersebut? Bagaimanakah seseorang guru disiplin harus
menguatkuasakan peraturan sekolah, dengan mematuhi Akta Pendidikan Negara tetapi tanpa
sedikit pun melanggar hak-hak asasi seseorang pelajar?

PIHAK BERKUASA DISIPLIN


Guru Besar adalah orang yang bertanggungjawab ke atas disiplin sekolah dan
diperuntukkan untuk menurunkan kuasa disiplin dan kuasa menjalankan hukuman kepada guruguru lain tertakluk kepada syarat-syarat atau had-had yang difikirkannya patut, sesuai dengan
peraturan 4, dalam Peraturan-Peraturan Pelajaran ( Disiplin Sekolah ) 1959. Di samping kuasa
dan budi bicara yang diberikan, pihak berkuasa disiplin haruslah mengamalkan keadilan dengan
memberi perhatian kepada natural justice.
Natural justice pula adalah suatu doktrin yang menyediakan hak prosedur yang penting
dalam proses membuat keputusan pentadbiran. Doktrin natural justice mempunyai dua komponen
iaitu, (1) Audi alteram partem, hak didengar dan bersuara bagi pihak dirinya (2) Nemo judex in
causa sua, segala keputusan dibuat oleh pihak ketiga yang berkecuali tanpa dipengaruhi oleh
mana-mana pihak yang lain. Prinsip begini adalah terpakai dalam semua keputusan yang diambil
oleh semua agensi kerajaan, tribunal dan mahkamah. Jika keputusan yang diambil terbukti
melanggar prinsip ini, ianya boleh diketepikan tanpa kompromi. Keperluan kedua komponen
tersebut amat bergantung kepada prinsip interpretasi undang-undang awam (common law) yang
berteraskan keadilan (fairness), kesaksamaan (neutrality) dan bebas (independence). Prinsip
natural justice dan keadilan procedural adalah merangkumi ciri-ciri berikut :
Keadilan (Fairness) keputusan dibuat berdasarkan satu set peraturan dan undangundang yang diketahui umum.
Ketelusan (Transparency) segala apa yang berlaku adalah jelas dan mampu difahami
oleh masyarakat umum bahawa keputusan mahkamah dan tribunal terbuka kepada umum.

Kesaksamaan di mata undang-undang (Equality before the law) setiap orang harus
diadili secara saksama tanpa prejudis. Tiada yang berada di atas undang-undang (above the law),
tanpa mengira kedudukkan mereka di sisi masyarakat.
Bebas dari ketidak-adilan (Freedom from bias) seseorang pembuat keputusan tidak
boleh ada kepentingan peribadi atau tidak boleh bersifat berat sebelah dalam keputusannya.
Hak untuk didengar (The right to be heard) seseorang yang terlibat dalam
penghakiman oleh system perundangan adalah berhak untuk didengar, memberi keterangan dan
bukti yang menyokong pendiriannya sebelum penghakima dibuat. Dengan lain perkataan, yang
tertuduh berhak membela diri bagi membela dirinya sebaik mungkin.
Perkembangan terkini mula melihat mahkamah mula menggunakan terma dan konsep
keadilan procedural (fair procedure) di dalam proseding pentadbiran yang bergaris-pandukan
natural justice. Pihak yang tertuduh atau berkemungkinan kehilangan dalam proseding perlu
diberi pencerahan secukupnya tentang perbicaraan dan pembelaan sewajarnya. Tambahan pula,
pihak yang membuat keputusan perlu membuat keputusan tersebut tanpa bias dan tanpa prejudis
(nemo judex in causa).
Prinsip natural justice adalah kawalan procedural yang memastikan agar tiada penyalahgunaan kuasa berlaku dalam perbicaraan dan tribunal badan awam. Ianya boleh memastikan
pihak pentadbiran mematuhi semua prosedur perundangan sebelum mengambil sebarang
tindakan dengan mematuhi Audi Alteram Partem dan Nemo Judex in Causa Sua. Demi
memastikan keputusan yang diambil adalah sah, kedua elemen tersebut haruslah dipatuhi, jika
tidak keputusan tersebut boleh dicabar di mahkamah.

LANGKAH-LANGKAH SIASATAN DAN TINDAKAN


Langkah Pertama bagi tindakan disiplin adalah menerima aduan dan memastikan
kebenaran aduan itu dan memastikan sama ada kes itu bersabit (prima facie) atau tidak.
Seterusnya membuat siasatan awal serta mengumpul bukti serta menentukan kebenaran dan
bukti-bukti tuduhan.
Langkah Kedua membuat kesimpulan dari bukti-bukti untuk menjawab kes bersabit
(prima facie) itu. Sebelum mengenakan sebarang perintah hukuman, peluang yang munasabah
hendaklah diberi kepada murid itu untuk menafikan kesalahannya dan menegakkan kebenarannya
dengan menceritakan versi dari pihaknya.
Langkah Ketiga haruslah diambil untuk membolehkan murid beri sebab ( To Show
Cause ) jika murid itu menafikan kesalahannya. Maksud beri sebab di sini adalah pihak
berkenaan itu diberi peluang untuk menyatakan kesnya, iaitu untuk membela diri dan memberi
bukti bahawa tuduhan-tuduhan yang dihadapkan itu tidak betul.
Langkah Keempat mestilah diambil untuk membuat keputusan dan dapatan Guru Besar.
Sekiranya murid itu boleh memberi keterangan yang memuaskan dan dia dapat membebaskan
dirinya daripada tuduhan yang dihadapkan kepadanya, maka Guru Besar boleh membuat
keputusan bahawa tuduhan itu tidak ada bukti dan tindakan selanjutnya adalah tidak perlu.
Pengakuan atau didapati bersalah. Jika murid mengaku melakukan salah laku, sebagai alternatif,
selepas mendengar keterangan Guru Besar mendapati bahawa tuduhan itu mempunyai buktibukti, maka dia hendaklah membuat keputusan terhadap hukuman yang hendak dikenakan
terhadap pesalah itu mengikut peruntukkan peraturan sekolah.

KAJIAN KES PERTAMA


Fakta kes
Seorang pelajar bernama Muhammad Firdaus Bin Johari dari Tingkatan 3A3, telah
ditangkap oleh pihak polis ketika sedang ponteng sekolah pada jam 10. 30 pagi, 23 September
2011, di sebuah rumah kosong di Kg Paya Ara, 32700 Beruas, Perak. Pelajar tersebut telah
diserahkan kepada pihak sekolah pada hari yang sama.
Di bawah Peraturan 8 (a), Peraturan-peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959, pelajar
tersebut telah didapati bersalah dan telah digantung dari persekolahan selama dua minggu, mulai
dari 24 September 2011 hingga 30 September 2011.
Walaupun tindakan ke atas pelajar tersebut adalah agak drastic dan menghalang beliau
dari belajar selama tempoh dua minggu. Namun tindakan adalah amat perlu kerana ianya akan
menjadi pengajaran kepadanya agar tidak mengulangi perbuatan tersebut. Ia juga mampu satu
deteren kepada pelajar lain agar tidak melakukan perkara yang sama.

Peraturan Yang Relevan


Peraturan Bilik Darjah : Ponteng kelas/sekolah:

Murid-murid yang tidak hadir ke sekolah/kelas tanpa kebenaran dan alasan yang
munasabah dianggap ponteng.

Murid tidak dibenarkan ponteng kelas atau ponteng sekolah.

Murid yang ponteng kelas/sekolah akan dikenakan tindakan disiplin.

Sekiranya murid ponteng sekolah selama 3 hari berturut-turut guru tingkatan,


melalui Pengetua akan menghantar surat pertama kepada ibubapanya.

Sekiranya murid tersebut masih ponteng selama 7 hari, maka surat kedua akan
dihantar kepada ibubapanya.

Setelah murid yang sama ponteng selama 2 minggu berturut-turut, surat ketiga,
iaitu surat tunjuk sebab kenapa dia tidak diberhentikan daripada sekolah akan
dihantar kepada ibubapa.

Keputusan
Pelajar tersebut telah diberi masa dan peluang untuk membela dirinya dan menceritakan
sebab dan alasan kenapa beliau terlibat dalam perkara tersebut. Setelah pertimbangan dibuat oleh
Lembaga Tatatertib Sekolah, beliau telah didapati bersalah dan menjalani hukuman gantung
sekolah selama dua minggunya.

KAJIAN KES KEDUA


Fakta kes
Seorang pelajar bernama Muhammad Farez Bin Muhd Rajis dari Tingkatan 4CG, telah
pada jam 07.30 pagi, 20 Julai 2010, di tangga Blok C, SMK Raja Shahriman, Beruas menumbuk
seorang guru, iaitu En. Nor Azman Bin Muslim, Penolong Kanan HEM, SMK Raja Shahriman,
Beruas, Perak. Pelajar tersebut telah melakukan perbuatan tidak menghormati guru, satu
kesalahan di bawah peraturan KP/8543/Vol.2/55 (c) Undang-undang dan Peraturan Sekolah
Menengah Raja Shahriman, Beruas.
Di bawah Peraturan 8 (a), Peraturan-peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959, pelajar
tersebut telah didapati bersalah dan telah digantung dari persekolahan selama satu minggu, mulai
dari 22 Julai 2010 hingga 28 Julai 2010.
Tindakan ke atas pelajar tersebut adalah agak lembut kerana tidak dilibatkan dengan pihak
polis, dan hanya menghalang beliau dari belajar selama tempoh satu minggu. Namun tindakan
tersebut diambil setelah mengambil kira situasi yang telah mendorongnya ke arah perkara
tersebut.

Peraturan Yang Relevan


Larangan-Larangan :

Pelajar dilarang bergaduh/bertumbuk di kawasan sekolah dan di kawasan luar berdekatan


dengan sekolah.

Murid dilarang menyebar khabar angin/berita yang boleh menyebabkan pergaduhan.

Murid hendaklah sentiasa mematuhi arahan Pengetua, Penolong Kanan-Penolong Kanan,


Penyelia Petang dan Guru-guru.

Keputusan
Pelajar tersebut telah diberi masa dan peluang untuk membela dirinya dan menceritakan
sebab dan alasan kenapa beliau telah bertindak sedemikian. Setelah pertimbangan dibuat oleh
Lembaga Tatatertib Sekolah, beliau telah didapati bersalah dan menjalani hukuman gantung
sekolah selama satu minggunya.

KAJIAN KES KETIGA


Fakta kes
Seorang pelajar bernama Mohammad Farizal Amirul Bin Abdul Rahman telah pada jam
07.30 pagi, 24 Mei 2010, di bilik Kelas 2A3, SMK Raja Shahriman, Beruas didapati memilikki
dan menghisap rokok sehingga menyebabkan kebakaran di dalam tong sampah kelas tersebut.
Pelajar tersebut telah melakukan kesalahan di bawah pekeliling SPI 5/1997.
Di bawah Peraturan 8 (a), Peraturan-peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959, pelajar
tersebut telah didapati bersalah dan telah digantung dari persekolahan selama dua minggu, mulai
dari 25 Mei 2010 hingga 04 Jun 2010.
Tindakan ke atas pelajar tersebut adalah masih agak lembut kerana tidak dilibatkan
dengan pihak polis, dan hanya menggantung beliau dari belajar selama tempoh dua minggu.
Tindakan tersebut diambil setelah mengambil kira situasi yang telah mendorongnya ke arah
perkara tersebut. Beliau juga mesti hadir ke sekolah setelah tempoh penggantungannya selesai
bersama ibubapanya untuk sesi kaunseling.

Peraturan Yang Relevan


Merokok.

Sekolah adalah kawasan larangan merokok. Semua guru, ibu bapa, pekerja, murid
dan mana-mana individu yang berada atau berurusan dengan sekolah tidak
dibenarkan merokok di kawasan sekolah. (Pek. Iktisas Bil. 4/97) (Peraturanperaturan Kawalan Hasil Tembakau, 1993)

Larangan merokok meliputi semua premis sekolah, sama ada di kawasan terbuka,
mahupun di bilik-bilik atau di tempat-tempat yang terselindung.(Pek. Ikt. Bil 1/83)

Murid-murid tidak dibenarkan membawa, membeli atau mengedar rokok.

Murid-murid ditegah sama sekali merokok di kawasan sekolah atau berdekatan


dengan pintu/ pagar sekolah.

Murid-murid yang ditangkap 5 kali merokok akan dibuang sekolah.(Pek.Iktisas


Bil. 5/97)

Keputusan
Pelajar tersebut telah diberi masa dan peluang untuk membela dirinya dan menceritakan
sebab dan alasan kenapa beliau telah bertindak sedemikian. Setelah pertimbangan dibuat oleh
Lembaga Tatatertib Sekolah, beliau telah didapati bersalah dan menjalani hukuman gantung
sekolah selama dua minggunya. Beliau juga mesti hadir semula ke sekolah bersama ibubapanya
untuk sesi kaunseling.

KAJIAN KES KEEMPAT


Fakta kes
Seorang pelajar bernama Nasrul Hariri Bin Muhd Rajis, telah pada 30 April 2012,
ditangkap kerana membawa telefon bimbit ke sekolah, Di bawah Peraturan 8 (a), Peraturanperaturan Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959, pelajar tersebut telah didapati bersalah dan telah
dirampas telefon bimbit tersebut dan hanya dikembalikan kepadanya setelah beliau berjanji
berkelakuan dan menandatangani surat perjanjian akuan berkelakuan baik.
Tindakan ke atas pelajar tersebut adalah agak lembut kerana ianya merupakan
kesalahannya pertama dan hanya dirampas telefon bimbit dan hanya dikembalikan kepadanya
setelah beliau berjanji berkelakuan dan menandatangani surat perjanjian akuan berkelakuan baik.

KAJIAN KES KELIMA


Fakta kes
Seorang pelajar bernama Saiful Adzhar Bin Mat dari Tingkatan 4 Dedikasi telah, pada
jam 08.30 pagi, 24 Jun 2013, di koridor kelas 4 Dedikasi, SMK Raja Shahriman, Beruas dengan
sengaja mencetuskan pergaduhan dengan Muhamad Hakimi Bin Husin dan Fahmi Izuddin Bin
Ahmad.
Di bawah Peraturan 8 (a), Peraturan-peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959, pelajar
tersebut telah didapati bersalah dan telah digantung dari persekolahan selama dua minggu, mulai
dari 1 Julai 2013 hingga 05 Julai 2013.
Tindakan ke atas pelajar tersebut adalah masih agak lembut kerana tidak dilibatkan
dengan pihak polis, dan hanya menggantung beliau dari belajar selama tempoh satu minggu.
Tindakan tersebut diambil setelah mengambil kira situasi yang telah mendorongnya ke arah
perkara tersebut.

Peraturan Yang Relevan


Larangan-Larangan :

Pelajar dilarang bergaduh/bertumbuk di kawasan sekolah dan di kawasan luar berdekatan


dengan sekolah.

Murid dilarang menyebar khabar angin/berita yang boleh menyebabkan pergaduhan.

Murid hendaklah sentiasa mematuhi arahan Pengetua, Penolong Kanan-Penolong Kanan,


Penyelia Petang dan Guru-guru.

Keputusan
Pelajar tersebut telah diberi masa dan peluang untuk membela dirinya dan menceritakan
sebab dan alasan kenapa beliau telah bertindak sedemikian. Setelah pertimbangan dibuat oleh
Lembaga Tatatertib Sekolah, beliau telah didapati bersalah dan menjalani hukuman gantung
sekolah selama satu minggunya.

KESIMPULAN
Peraturan sekolah adalah pada dasarnya berciri autokratik dengan guru berkuasa mutlak
dalam urusan pendisiplinan para pelajar di sekolah berlandaskan peraturan-peraturan yang telah
ditetapkan. Oleh kerana guru mempunyai kuasa untuk mendenda pelajar, maka jenis disiplin ini
adalah dilihat bercirikan menghukum dan mendera sebagai hukuman sebarang kesalahan.
Sesuai dengan peranan ibubapa gantian sebagai in loco parentis guru bertanggungjawab
membentuk sahsiah pelajar agar sejajar dengan nilai dan norma masyarakat. Sebarang hukuman
atau dendaan terhadap pelajar adalah dengan tujuan mendidik dan mengajar serta panduan
kepada pelajar lain agar perkara tersebut tidak berulang.
Dalam rangka siasatan dan mencari punca kesalahan, para guru wajib mematuhi prinsip
natural justice yang akan mempastikan keadilan yang saksama kepada semua yang terlibat dan
mempastikan hak asasi setiap pelajar dijaga dan dipertahankan. Oleh yang demikian, para pelajar
akan membesar dengan sempurna dan sihat dari segenap segi, dan tidak nudah menjadi antisosial atau membenci peraturan atau bersikap anti establishment, seterusnya menyumbang
kepada pembangunan Negara.

RUJUKKAN
1. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1979 - Surat Tugas-Tugas Guru Panduan Di Sekolah Menengah.
2. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1983 - Garis Panduan Kempen Anti Merokok di sekolah-sekolah.
3. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 7/1986 - Langkah-langkah Keberkesanan Disiplin Sekolah.
4. Arthur P. Hoyd (1988) Bimbingan dan Kaunseling Di Malaysia, Dewan Bahasa & Pustaka.
6. Kementerian Pendidikan (1984). Panduan Pelaksanaan Khidmat Bimbingan dan Kaunseling Sekolah, DBP: K.L.
7. Tang Chee Yee (1992) Bimbingan dan Kaunseling Perkhidmatan, Prosedur dan Kemahiran- Kumpulan Budiman.
8. Kementerian Pelajaran Malaysia, Panduan Am Disiplin Sekolah-sekolah, Kuala Lumpur, Adabi, 1981.
9.Kementerian Pelajaran Malaysia, Panduan Bagi Ibu/Bapa Mengenai Disiplin Murid-murid Sekolah, 1982.
10.Kementerian Pelajaran Malaysia, Panduan Tatacara Displin Sekolah Untuk Guru Besar, dan Guru, K.L. DBP, 1983.
11. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/68 dan 8/68 - Tambahan kepada Surat Pekeliling Profesional
Kementerian Pelajaran (Gantung Persekolahan), bertarikh 12 Oktober 1968.
12. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6A/1975 Disiplin: Murid-murid Menghisap Rokok bertarikh 5 September 1975.
13. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1983 - Garis Panduan Kempen Anti Merokok di sekolah-sekolah.
14. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 7/1986 - Langkah-langkah Keberkesanan Disiplin Sekolah.
15. Arthur P. Hoyd (1988) Bimbingan dan Kaunseling Di Malaysia, Dewan Bahasa & Pustaka.
16. Kementerian Pendidikan (1984). Panduan Pelaksanaan Khidmat Bimbingan dan Keunseling Sekolah, DBP: K.L.
17.Tang Chee Yee (1992) Bimbingan dan Kaunseling Perkhidmatan, Prosedur dan Kemahiran- Kumpulan Budiman.
18. Kementerian Pelajaran Malaysia, Panduan Tatacara Displin Sekolah Untuk Guru Besar, dan
Guru, K.L. DBP, 1983.
19. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6A/1975 Disiplin: Murid-murid Menghisap Rokok bertarikh 5
September 1975.
20. Rekod HEM SMK Raja Shahriman, Beruas

Lampiran
Kes

Anda mungkin juga menyukai