Anda di halaman 1dari 8

BAB 1

PENGENALAN

1.1 PENDAHULUAN
Latihan industri adalah merupakan salah satu komponen utama dalam kokurikulum pembelajaran di Politeknik. Lulus latihan industri adalah salah
satu syarat wajib bagi setiap pelajar politeknik sebelum ianya layak
diperakukan untuk penganugerahan sijil atau diploma politeknik. Latihan
industri ini juga berkuatkuasa pada semester ketiga bagi pelajar pelajar
yang mengambil kursus peringkat sijil dan semester keempat pula bagi
pelajar pelajar yang mengambil kursus peringkat diploma. Justeru itu,
latihan industri ini akan dijalankan selama enam bulan atau pun selama
satu semester.
Selain itu, para pelajar juga diberikan kebebasan untuk membuat pilihan
sama ada ingin menjalani latihan industri di jabatan kerajaan mahupun di
firma swasta mengikut kehendak masing - masing. Namun begitu ianya juga
perlulah bersesuaian dengan kursus yang diambil oleh pelajar di Politeknik
Shah Alam, kerana ianya adalah suatu perkara yang amat penting bagi
seseorang pelajar tersebut agar mereka tidak perlu membazir masa dan
tenaga bagi suatu pekerjaan yang tiada kaitan dalam bidang yang mereka
ceburi semasa di politeknik. Tetapi jika sudah tiada pilihan terpaksalah kita
akur dengan pekerjaan yang kita perolehi semasa menjalani latihan industri
tersebut dengan redha dan tabah.

Setiap pelajar akan ditempatkan di jabatan kerajaan atau firma swasta


pilihan mereka sendiri selama satu semester untuk mendedahkan mereka
kepada suasana bekerja yang sebenar. Oleh itu, kita dapat lihat perbezaan
di antara suasana semasa alam pekerjaan dengan situasi semasa di dalam
dewan kuliah adalah amat berbeza sekali.
Hal ini kerana latihan industri ini adalah merupakan salah satu peluang
untuk para pelajar mempelajari sesuatu yang baru dan ianya tidak terdapat
di dalam dewan kuliah semata mata. Oleh yang sedemikian, latihan
industri ini amatlah penting dan berguna untuk para pelajar bagi
memperolehi pengalaman baru dan ianya juga dapat membentuk sahsiah
diri yang baik serta dapat mendisiplinkan diri seseorang pelajar tersebut
mengikut waktu dan keadaan.
Secara keseluruhannya, latihan industri ini dapat membantu para pelajar
berkomunikasi dengan orang luar secara tidak langsung, ianya juga tidak
tertakluk kepada rakan sekuliah dan juga pensyarah sahaja. Pelajar juga
akan terdedah kepada persekitaran luar semasa menjalani latihan industri,
misalnya apabila pelajar dikehendaki melayan tetamu ataupun pelanggan
syarikat.
Justeru itu, komunikasi yang dipelajari semasa latihan industri tersebut
amatlah berguna kepada para pelajar apabila mereka memasuki alam
pekerjaan pada masa akan datang.
Selain itu juga, latihan industri ini dapat membantu pelajar dalam
menyelesaikan sesuatu masalah yang dihadapi semasa menjalankan tugas
yang telah diberikan. Dengan itu, pelajar dapat berfikir dan berkongsi
pendapat bersama sama staf dalam mencari penyelesaian terhadap
masalah yang dihadapi tersebut. Secara langsung melalui latihan industri ini

juga ianya dapat dijadikan pengalaman baru dan pengajaran yang berguna
kepada para pelajar apabila mereka sudah bekerja kelak.
Kesimpulannya, latihan industri ini amatlah penting kepada para pelajar
untuk meningkatkan prestasi diri dan menyesuaikan diri dalam apa jua
keadaan. Disamping itu, melalui latihan industri ini juga para pelajar dapat
menimba pengalaman baru dan dapat merasai sendiri suasana alam
pekerjaan yang sebenar.
Justeru itu, palajar akan berasa rugi sekiranya tidak menjalani latihan
industri ini dengan sebaik mungkin. Oleh itu, dengan adanya latihan industri
ini sedikit sebanyak dapat memberikan semangat kepada para pelajar untuk
terus belajar dan memperolehi kelulusan yang cemerlang kemudian
seterusnya mendapatkan pekerjaan yang bagus tidak kiralah samada
pekerjaan tersebut di jabatan kerajaan mahu pun di firma swasta.
4.2 OBJEKTIF LATIHAN INDUSTRI
Pelajar disyaratkan lulus dalam latihan industri ini sebelum ianya dapat
diperakukan untuk penganugerahan sijil atau diploma politeknik oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia. Pelajar yang menjalani latihan industri
ini tidak kira sama ada di jabatan-jabatan kerajaan atau di dalam sektorsektor swasta akan didedahkan dengan pelbagai cabaran dan masalah
yang sememangnya wujud di dalam dunia mahu pun di alam pekerjaan.
Tujuan utama latihan industri ini sebenarnya adalah untuk memberi
bimbingan dan pengalaman baru kepada pelajar - pelajar yang akan atau
pun bakal menempuhi segala cabaran dan onak duri di alam pekerjaan
nanti. Para pelajar juga haruslah sentiasa akur dengan peraturan
peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak politeknik atau pun pihak
syarikat dalam mendidik diri para pelajar untuk menjadi manusia yang lebih
berdisplin dan berkualiti pada masa akan datang kelak.
Antara objektif latihan industri adalah :

i.

Membina personaliti individu yang baik.


ii. Memberikan pendedahan kepada pelajar terhadap alam pekerjaan
yang sebenar.
iii. Menambahkan dan meluaskan pengetahuan teknikal serta
kemahiran berfikir di kalangan para pelajar.
iv. Menimbulkan kesedaran dalam diri dan meningkatkan minat
pelajar terhadap bidang atau jurusan yang di ambil semasa di
politeknik.
v. Dapat membina keyakinan diri.
vi. Membolehkan para pelajar mengaitkan teori - teori yang telah
dipelajari dengan aspek - aspek praktikal di firma.
vii. Melahirkan pelajar yang berkualiti dan cemerlang.
viii. Menanamkan semangat kerja berpasukan dan perhubungan baik
sesama pekerja.
ix. Menanamkan sifat kepimpinan kerja yang baik.
x. Mengamalkan peraturan dan etika kerja dengan baik.
xi. Dapat berkomunikasi dengan berkesan dan baik apabila
berhadapan dengan orang luar.
xii. Menanam sifat amanah dan bertanggungjawab.
xiii. Mengamalkan peraturan peraturan keselamatan samasa di

industri.
4.3 OBJEKTIF LAPORAN AKHIR LATIHAN INDUSTRI (LALI)
Laporan latihan industri ini disediakan bagi mendokumentasikan aktivitiaktiviti dan pengalaman para pelajar sepanjang tempoh mereka menjalani
latihan industri tersebut serta sebagai bahan bukti bahawa seseorang
pelajar itu telah pun menjalani latihan industri. Laporan yang baik serta

bermutu boleh digunakan dalam temuduga kerja kelak. Di samping itu,


ianya juga boleh dijadikan sebagai sumber rujukan kepada para pelajar lain
yang bakal menjalani latihan industri yang sama. Laporan latihan industri ini
juga adalah sebagai memenuhi syarat untuk lulus dalam semester yang
diduduki sepanjang tempoh latihan tersebut dijalankan.
Selain mendapat pendedahan yang lebih awal mengenai situasi alam
pekerjaan yang sebenar, pelajar - pelajar juga dapat memahami dengan
lebih mendalam lagi tentang bidang yang diceburi tersebut. Di samping itu,
para pelajar juga dapat menyesuaikan diri untuk berkomunikasi dan bergaul
mesra dengan para pelanggan, staf-staf serta golongan-golongan atasan di
dalam sesebuah syarikat tersebut. Dengan cara ini, para pelajar dapat
menghilangkan rasa gementar dan rendah diri yang ada di dalam diri
seseorang pelajar tersebut.
Selain daripada itu, melalui latihan industri ini juga para pelajar dapat
bekerjasama dengan kakitangan syarikat dengan lebih mudah andai kata
mereka ingin meminta bantuan untuk memperolehi maklumat maklumat
yang diiginkan. Di samping itu, ianya juga dapat mengeratkan hubungan
silaturrahim pelajar dengan kakitangan syarikat berkenaan. Justeru itu,
melalui latihan industri ini juga para pelajar dapat meningkatkan keyakinan
diri dalam semua hal.
Para pelajar juga boleh menonjolkan bakat yang sedia ada di dalam diri
masing masing tidak kiralah samada di dalam pembaikan komputer dan
sebagainya. Melalui latihan industri ini juga para pelajar diingatkan supaya
haruslah sentiasa berwaspada dan mengamalkan tatatertib yang baik
semasa menjalani latihan industri tersebut. Dengan cara ini, ianya dapat
meningkatkan disiplin diri seseorang pelajar tersebut untuk menempuhi liku
liku hidup kelak.

Melalui latihan industri ini, para pelajar dapat memberikan kepuasan


kepada pegawai-pegawai atasan melalui hasil penulisan laporan yang baik
di mana melalui penghasilan laporan tersebut, pegawai-pegawai atasan
dapat melihat dan menilai sejauh mana prestasi seseorang pelajar tersebut
yang berada di bawah kelolaan mereka boleh memberikan komitmen dan
tumpuan sepenuhnya terhadap segala ilmu yang pernah mereka curahkan
sepanjang tempoh para pelajar tersebut terbabit dalam menjalani latihan
industri di syarikat mereka.
4.4 KEPENTINGAN LATIHAN INDUSTRI
Latihan Industri ini adalah merupakan salah satu latihan dalam membentuk
jati diri para pelajar agar lebih didedahkan dengan sifat - sifat seperti
bertanggungjawab dalam melaksanakan sesuatu kerja dan patuh terhadap
setiap arahan yang telah diberikan. Dengan berbekalkan pengalamanpengalaman tentang cara cara bekerja semasa menjalani latihan industri,
para pelajar dapat menjadikan pengalaman-pengalaman tersebut sebagai
salah satu aset yang amat berharga ketika ingin mencari atau mendapatkan
sesuatu pekerjaan pada masa akan datang kelak. Pengalaman
pengalaman yang telah diperolehi semasa menjalani latihan industri itu,
bolehlah dijadikan panduan dan ianya juga boleh dijadikan sebagai suatu
bahan bukti untuk kita mencari dan mendapatkan kerja yang baik.
Melalui latihan industri ini, para pelajar dapat menghindarkan perasaan
kekok apabila menjalankan tugas seharian sewaktu memasuki alam
pekerjaan yang sebenar kerana para pelajar telah dilatih dan diajar untuk
menunaikan tanggungjawab mereka apabila menjalani latihan industri di
badan syarikat masing - masing. Dengan wujudnya latihan industri ini, para
pelajar dapat meluaskan minda dan bersikap lebih terbuka serta matang

berhubung dengan persekitaran alam pekerjaan yang sebenar melalui


penggunaan secara maksima ke atas setiap pengalaman dan pengajaran
yang pernah dilalui dan ditimba oleh para pelajar. Selain itu, pelajar
pelajar juga dapat mencari inisiatif sendiri bagi menyelesaikan sesuatu
masalah yang mungkin wujud semasa di alam pekerjaan yang sebenar.
Seterusnya, mereka dapat memanipulasikan keadaan sekeliling hanya
dengan menggunakan pengalaman sewaktu mereka menjalani latihan
industri tanpa mengharapkan bantuan daripada orang lain.
Selain daripada memikul tanggungjawab yang diberikan oleh majikan
semasa menjalani latihan industri, para pelajar juga memikul satu lagi
tanggunjawab iaitu tanggungjawab dalam menjaga maruah dan nama baik
politeknik masing - masing dengan menonjolkan diri sebagai seorang
pelajar yang berdedikasi dan berkualiti dalam melaksanakan sesuatu
pekerjaan dengan sempurna, cepat dan tepat. Selain itu, para pelajar juga
dapat mempelajari cara-cara untuk berinteraksi atau berkomunikasi dengan
setiap kakitangan syarikat dan pelanggan dalam usaha untuk memajukan
syarikat dan untuk mempertingkatkan kemajuan diri sendiri. Melalui latihan
industri ini juga, para pelajar dapat menyesuaikan diri dengan alam
persekitaran dan budaya pekerjaan yang wujud di dalam sesebuah syarikat
tersebut. Disamping itu, kita juga dapat melihat tingkahlaku dan cara kerja
setiap kakitangan yang positif dan negatif dalam melaksanakan dan
menyempurnakan sesuatu tugas yang diamanahkan kepada mereka.
Justeru itu, latihan industri ini juga secara tidak langsung dapat membina
dan mengubah personaliti serta imej seseorang pelajar tersebut menjadi
seseorang yang amat berkaliber, berkeyakinan tinggi serta dapat

membantu masyarakat terutamanya dalam meningkatkan kesedaran,


keupayaan dan taraf hidup masyarakat sekeliling.
Justeru itu, latihan industri ini bukanlah diwujudkan semata-mata untuk
memenuhi syarat -syarat untuk lulus bagi mendapatkan sekeping sijil atau
diploma, bahkan ianya juga dapat digunakan dalam melahirkan seseorang
pelajar yang amat berkualiti, efisyen dan memenuhi keperluan industri serta
berguna kepada masyarakat dan negara kelak.

BAB 2
LATAR BELAKANG ORGANISASI
2.1 PENGENALAN

Anda mungkin juga menyukai