Anda di halaman 1dari 11

RPH & REFLEKSI PENGAJARAN

RANCANGAN MENGAJAR HARIAN


Tahun : 5 Gemilang
Masa : 30 minit
Bidang : Akhlak Islamiah
Tajuk : Adab menziarahi jiran
Pemikiran : Kesedaran mengamalkan cara hidup berjiran
Amalan : Mengamalkan cara-cara hidup berjiran menurut islam
Penghayatan : Memupuk persaudaraan kasih sayang dan semangat kejiranan mengikut ajaran
islam Fokos dalam prinsip asas:
1) rakyat berjiwa merdeka
2)kehidupan berkualiti
3)keutuhan budaya dan moral
Kaedah: sumbangsaran, perbincangan, simulasi
Pengetahuan sedia ada murid:
1)murid biasa hidup berjiran
2)murid telah mengamal sebahagian adab berjiran dalam islam
3)murid telah mengalami hidup berjiran di tempat mereka
Sumber pengajaran dan pembelajaran
1) Gambar kawasan perumahan atau kampung
2) Kertas majung
3) Komputer riba, projekter
4) Bahan bercetak (lembaran kerja)
Persediaan mengajar:
1) Mengenal pasti kumpulan murid berdasarkan aras
2) Menyediakan bahan bantu mengajar dengan tajuk
Gabung jalin pelajaran: Jawi, ibadah,bahasa melayu, moral dan matematik
Kemahiran: 1) KBKK
Hasil Pembelajaran: Di akhir pengajaran nanti murid-murid dapat:
Aras 1: Menyatakan maksud menziarahi jiran.
Aras 2: Menyenaraikan adab-adab semasa menziarahi jiran
Aras 3: - Menyenaraikan hikmah beradab apabila menziarahi jiran.
Menyenaraikan 3 perkara yang perlu dihindari ketika menziarahi jiran.
Langkah Isi Pelajaran
/ Masa
Set
Induksi
(3 minit)

Aktiviti Pengajaran
Guru dan Murid

Guru memberi salam dan meminta


Gambar perumahan
pelajar membaca doa.
Murid menjawab salam dan membaca
doa sebelum belajar.
Guru mempamerkan gambar satu
kawasan perumahan dan satu kawasan
kampung.
Gambar kawasan kampung

Catatan
KBKK:
Fikiran refleksi
ILMU:
Moral
NILAI:
Berbudi bahasa

Guru menyoal murid berdasarkan


gambar
Murid melihat gambar dan menjawab
soalan guru
Contoh soalan:
1) Siapa diantara anda tinggal di
kawasan taman perumahan?
Saya tinggal di Taman Sri Tampoi.
2) Siapa diantara anda yang tinggal di
kawasan kampung?
Saya tinggal di Kampung Kejai A

Langkah
1
(10minit)

1)
2)
3)
4)
5)
6)

3) Adakah anda kenal orang yang tinggal


disekeliling rumah anda?
Kami kenal orang yang tinggal
berdekatan dengan rumah kami.
Mereka adalah jiran-jiran kami.
Guru mengaitkan jawapan murid
dengan tajuk yang akan dipelajari pada
hari ini iaitu adab menziarahi jiran.
Carta pengertianmenziarah Guru mempamerkan carta pengertian
i jiran.
menziarahi jiran dan meminta murid
-Mengunjungi orang yang
membaca bersama-sama.
tinggal berhampiran rumah Murid membaca pengertian
kediaman kita (40 buah
menziarahi jiran seperti yang
rumah)
dipaparkan.
Guru menerangkan pengertian
-Adab sebelum
menziarahi jiran
menziarahi jiran
Murid mendengar penerangan guru
1.memilih masa yang sesuai
serta memahami maksud menziarahi
2.memakai pakaian yang
jiran.
menutup aurat
3.niat bertemu dan berpisah
Guru membahagikan murid kepada 3
kerana Allah
-Adab semasa menziarahi kumpulan.(A, B, C)
jiran
Guru meminta murid kumpulan A
memberi salam dan
menyenaraikan (adab-adab sebelum
bersalaman
menziarahi jiran). Kumpulan B (adab
meminta izin untuk masuk
adab semasa) dan kumpulan C (adabmemendekkan tempoh
adab selepas)
ziarah
mengawal pandangan
merendah suara dan
bersopan semasa bercakap Murid kumpulan A, B dan C
berbincang dan memberi pendapat
meminta izin jika hendak
mereka mengenai adab-adab sebelum
menggunakan kemudahan

BBM:
Gambar

KBKK:
Fikiran refleksi,
Sumbang saran
ILMU:
Moral, Bahasa
Melayu,
Metematik
NILAI:
Berbudi bahasa,
Hormat
menghormati,
Menghargai hak
jiran.
BBM:
Carta, Slaid.
Lap top,
Projekter

di rumah jiran
Adab selepas berziarah
1) meminta izin ketika hendak
beredar
2) memberi salam dan
bersalaman sebelum beredar

menziarahi jiran berdasarkan


pengetahuan sedia ada mereka. Wakil
kumpulan masing-masing
membentangkan hasil perbincangan.
Guru mempamerkan adab-adab yang
telah dibincangkan dan meminta
murid menyebutnya satu persatu
sacara kelas.

Murid membaca adab-adab yang


dipamerkan oleh guru satu persatu
secara kelas.

Murid mendengar penerangan guru


mengenai adab-adab sebelum
menziarahi jiran.

Langkah
Perkara yang perlu
2
dihindari ketika
(5minit)
menziarahi jiran
1) Enggan memberi salam.
2) Masa tidak bersesuaian
3) Mengusik barang-barang
tuan rumah
4) Menjatuhkan maruah tuan
rumah
5) Mengumpat
6) Bercakap kasar

Guru meminta murid berbincang di


dalam kumpulan mengenai perkaraperkara yang perlu dihindari ketika
menziarahi jiran.

Murid berbincang di dalam kumpulan


memgenai perkara-perkara yang perlu
dihindari ketika menziarahi jiran
seperti yang diarahkan oleh guru.
_ Guru meminta wakil setiap
kumpulan nampal
dan memembentangkan hasil
perbincangan di
hadapan kelas
Wakil kumpulan membentangkan dan
menampalkan hasil perbincangan di
hadapan kelas.
Guru meminta murid menyebut isi
yang sama hasil pembentangan
tersebut
Murid menyebut semula isi
pembentangan dan menyebut semula
isi yang sama hasil pembentangan
setiap kumpulan

KBKK:
Fikiran refleksi,
Sumbang saran
ILMU:
Moral, Bahasa
Melayu
NILAI:
Berbudi bahasa,
Hormat
menghormati,
Menghargai hak
jiran.
BBM:
Kertas Majung,
Maker pen, Tape

Langkah
3
(4minit)

Hikmah menziarahi jiran

-Guru mempamerkan carta hikmah


dan murid menyebut mengikut guru.
- Guru menerangkan satu persatu
berdasarkanm carta yang dipamerkan.

Langkah
4
(5minit)

Pengukuhan
Lembaran kerja

Guru mengedarkan lembaran kerja


dan meminta murid menjawabnya.
Murid menjawab soalan secara
individu.

ILMU:
Moral, Ibadah
NILAI:
Menghormati
hak
bersama BBM:
Slaid, Lap top,
Projekter dan
Lembaran kerja
BBM:
Lembaran kerja
Nilai:
Tekun dan sabar

Penutup
(3 minit)

Guru meminta murid menyemak


jawapan yang betul
Murid menyemak jawapan dan
membuat pembetulan jika ada
Guru mempamerkan carta pantun dan
meminta murid berpantun bersamasama secara kelas
Murid berpantun bersama-sama.
Guru membuat kesimpulan terhadap
tajuk pembelajaran hari ini dan murid
menguasai isi pelajaran hari ini.

BBM:
Carta Pantun.
Nilai:
Semangat
berjiran.

Refleksi Pembelajaran Bagi Sesi


Makropengajaran.
i. PENDAHULUAN
Pertamanya saya bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah inayahNya dapat saya
melaksanakan satu tugasan mengajar dan merakamkannya dalam bentuk video pengajaran
makro. Di sini saya juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Tutor E-Learning
saya selaku pensyarah kursus Universiti Pendidikan Sultan Idris dan jua sebagai penilai kerja
kursus ini. Semoga semua tugasan yang saya hasilkan menepati kehendak soalan.
Jutaan terima kasih jua diucapkan kepada En Khalep b. Ahmad, selaku tenaga pengajar bagi
kursus KPD 3026 ini. Semoga segala usaha beliau mendidik kami diberkati Ilahi hendaknya.
Tidak lupa juga diucapkan terima kasih kepada keluarga saya yang banyak memberikan
sokongan moral dan semua rakan yang membantu dalam menyiapkan tugasan ini. Seterusnya

kepada murid-murid tahun 5 Gemilang Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi Kuala Nerang Kedah
kerana mereka terlibat secara langsung dalam menjayakan sesi pengajaran makro saya pada
kali ini.

ii. KEKUATAN
Tugasan ini banyak membantu saya meningkatkan dan menambahkan lagi ilmu pengetahuan
saya sebagai seorang guru. Diharapkan segala pengetahuan ini dapat dicurahkan kepada anak
didik saya di sekolah dalam segala usaha bersesuaian dengan transformasi pendidikan masa
kini.
Secara amnya saya dapat menyelesaikan tugasan ini dengan jayanya. Secara keseluruhannya
saya juga berpuas hati dan berbangga kerana objektif pengajaran pada hari itu tercapai dengan
cemerlang. Murid-murid juga bersemangat dan memberi kerjasama yang sepenuhnya
menyebabakan tiada masalah dari segi pengawalan kelas. Fizikal kelas saya pada hari ini juga
sangat ceria dan di sini dapatlah memberi keselesaan kepada murid-murid saya belajar dengan
lebih kondusif, ceria dan mantap. Saya juga mempunyai personaliti yang baik seperti cara
berpakaian adalah mengikut kod etika perguruan dan bersesuaian dengan gelaran seorang
guru pendidikan islam. Proses pengajaran dan pembelajaran juga berlaku dua hala. Muridmurid memberi respon kepada soalan-soalan yang dikemukan oleh saya, tetapi pada hari itu
kesihatan

saya agak kurang baik kerana mengalami demam selsema, walaubagaimana saya tetap
bersyukur kerana masih diberi kekuatan oleh Allah S.W.T dalam menjayakan proses
pengajaran dan pembelajaran ini.

iii. KELEMAHAN SERTA LANGKAH MENGATASI


Setelah diteliti dan dinilai semula saya rasa masih ada kekurangan pada makro pengajaran
saya

ini.

Pertamanya

adalah

penggunaan

papan

tulis.

Saya tidak

menulis

tajuk

pelajaransetelah memperkenalkan tajuk pelajaran kepada murid-murid. Tajuk pelajaran


sepatutnya perlu ditulis dengan jelas pada papan tulis. Kecuaian saya ini menyebabkan murid
yang berada di aras 1, mungkin tertanya-tanya mengenai tajuk yang diperkenalkan oleh saya
selepas set induksi dilaksanakan. Selain itu saya juga tidak memakai tanda nama sewaktu
mengajar. Tanda nama merupakan cabang dalam kod etika perguruan. Seseorang guru yang
tidak memakai tanda nama dianggap salah dari segi kod etika berpakaian kakitangan kerajaan
seperti yang telah digariskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Jika diberi peluang sekali
lagi saya berharap perkara-perkara yang mungkin dianggap remeh ini tidak akan berlaku lagi.
Selain itu, saya tidak menggunakan bahan bantu mengajar mengikut seperti apa yang telah
saya rancangkan. Hal ini berlaku kerana berlaku sedikit kekangan tat kala memasang projector
pada kelas saya. Projekter tersebut rosak dan tidak boleh digunakan menyebabkan saya telah
hilang mood dan terpaksa menggantikan bahan bantu mengajar saya dengan kertas majung
sahaja. Saya telahpun menyediakan salid (power point) untuk digunakan dalam pengajaran dan
pembelajaran saya ini, namun kita hanya merancang dan Allah saja yang telah menentukan.
Sepatutnya saya juga boleh menggunakan tayangan video yang dimuat naik dari you tube
sebagai bahan pengajaran kerana dengan tayangan tersebut murid-murid mungkin lebih
berminat dan bersemangat untuk mengetahui isi pelajaran saya pada hari itu. Jika saya diberi
peluang sekali lagi untuk mengajar tajuk ini, saya akan mengaplikasikan penggunaan ICT
dalam pengajaran saya.
Saya juga kurang prihatin dengan aktiviti atau kaedah pengajaran saya. Saya hanya
menggunakan beberapa kaedah biasa sahaja iaitu penyoalan, perbincangan, pembentangan
dan membaca semula teks yang dipamerkan serta kaedah sumbang saran. Selain itu saya juga
lebih

banyak menggunakan kedah syarahan. Jika dilihat semula kaedah atau teknik lakunan atau
simulasi juga boleh digunakan agar murid-murid menjadi lebih cergas.
Pada langkah pengukuhan pula saya kurang melibatkan semua murid. Murid yang berada di
aras 1 tidak dikumpulkan dan tidak dibimbing sepenuhnya. Saya hanya membimbing murid
yang bertanyakan soalan sahaja. Jika saya berpeluang sekali lagi mengajar tajuk ini perkaraperkara sebegini akan lebih saya berikan perhatian.
Saya juga terkilan kerana suara saya pada hari itu juga agak kurang memuaskan dan kurang
menarik. Hal ini berlaku kerana saya mengalami deman selesema. Seperti yang kita sedia
maklum suara guru juga merupakan satu aspek penting dalam proses mengajar. Suara yang
lemah, kurang jelas, menggunakan nada yang sama juga akan menyebabkan murid-murid jemu
mendengarnya. Hal ini perlu dititik beratkan memandang kelas saya mempunyai murid yang
ramai iaitu seramai 45 orang dalam satu kelas. Kepadatan murid perlu diselarikan dengan
suara yang kuat, tegas, lunak dan menggunakan pelbagai intonasi kerana kemungkinan murid
tidak akan memberi perhatian sewaktu guru mengajar jika mereka tidak berminat dengan suara
guru mereka.
Seterunya saya juga kurang menyentuh kepintaran semua murid secara terperinci. Saya
lebih banyak memberi ruang kepada murid yang aktif sahaja menyertai pengajaran saya. Muridmurid yang berada pada aras 1 tidak berperanan kerana tidak diberi ruang kepadanya secara
khusus. Jika saya diberi peluang mengajar tajuk ini lagi, saya akan memastikan semua murid
menyertai proses pengajaran dan pembelajar yang saya jalankan.
Saya juga kurang menitik beratakan masayang patut diambil bagi sesi pengajaran saya kali
ini. Justeru saya terkejar-kejar menggunakan setiap masa yang ada dengan keadaan yang
agak kalut. Jika saya berpeluang mengajar sekali lagi tajuk ini, saya akan memperuntukkan
masa yang lebih. Masa 30 minit agak kurang sesuai untuk mengajar secara keseluruhan isi
kandungan dalam tajuk ini. Contohnya saya boleh menggunakan 30minit pada pengertian dan
adab-adab sebelum, semasa dan selepas sahaja, manakala saya perlu menggunakan 30minit
lagi untuk mengajar perkara-perkara yang perlu dihindari ketika mengunjung ke rumah jiran dan
juga hikmah mengamalkan adab-adab menziarahi jiran. Masa yang sebegini dapat memberi
ruang mengajar

yang lebih selesa untuk mempelbagaikan aktiviti seperti tayangan video, simulasi dan
sebagainya. Pengurusan masa sangat penting bagi seseorang guru terutama ketika merancang
dan melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran sebenar. Masa yang diatur dengan
baik serta bijak akan menghasilkan satu proses pengajaran dan pembelajaran yang baik dan
berkesan.

iv. KESIMPULAN
Ekoran daripada membuat refleksi ini, saya dapat mengambil kesempatan untuk memuhasabah
diri saya dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran terutama pada tajuk ini.
Masih banyak perkara yang perlu saya perbaiki. Justeru saya perlu mengambil beberapa
langkah segera dan bersesuaian jika saya diberi peluang mengajar pada lain kalinya. Perkaraperkara yang boleh menyebabkan proses pengajaran dan pembelajara menjadi lemah perlulah
segera diatasi dan juga dielakkan dari berlaku. Yang sedemikian seseorang guru haruslah
memiliki sifat kreatif, kritis dan inovatif. Hal ini akan lebih menjayakan proses pengajaran dan
pembelajaran berjalan dengan secemerlang mungkin. Walaubagaimana dan apa carapun yang
paling penting adalah berlakunya proses guru mengajar dan murid belajar di dalam kelas.
Perkara ini lebih diutamakan kerana ianya merupakan proses pengajaran atau penyampaian
ilmu yang sebenar. Murid dididik secemerlang mungkin akhlak dan peribadinya selaras dengan
keseimbangan dari segi JERI merupakan objektif yang paling diharapkan oleh semua warga
pendidik sesuai dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Sekian terima kasih.

LAMPIRAN
LEMBARAN KERJA
A. Isikan tempat kosong dengan jawapan yang betul
berhampiran
pandangan
mengeratkan
perihatin
masa
kemudahan
1. Jiran ialah orang yang tinggal ________________dengan rumah kita.
2. Menziarahi jiran bermaksud melawat mereka untuk _____________ perhubungan.
3. Apabila menziarahi jiran hendaklah memilih _______________ yang sesuai.
4. Apabila berada di rumah jiran hendaklah mengawal _____________.
5. Kita hendaklah meminta izin menggunakan sebarang ________________milik tuan rumah.

6. Jiran yang baik sentiasa ______________dengan masyarakat sekelilin

Modul-modul Dalam Pengajaran dan Pembelajaran


Pendidikan Islam
>> SATURDAY, DECEMBER 5, 2009

Konstruktif

murid membina pengetahuannya sendiri atau konsep secara aktif berdasarkan kepada pengetahuan
dan pengalaman yang sedia ada. Dalam proses ini, murid akan menyesuaikan pengetahuan yang
diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baru. Kaedah ini dapat
dilakukan dengan:
1.

Menggalakkan proses inkuiri melalui kajian.

2.

Menggalakkan murid bertanya dan berdialog.

3.

Menggalakkan soalan / idea oleh murid-murid.

4.

Memberi peluang kepada murid untuk membina pengetahuan baru.

Teori

Kecerdasan

Pelbagai

Pembelajaran secara teori kecerdasan pelbagai adalah mengaplikasikan kecenderungan murid sebagai
kaedah dalam pengajaran dan pembelajaran dengan melihat perkaitan tajuk yang ditetapkan.
Contoh :

Mengajar tajuk adab dengan cara bernasyid.

Bersyair atau sajak untuk tajuk tokoh-tokoh dalam pendidikan Islam.

Koperatif

Pembelajaran yang dijalankan secara berkumpulan yang memerlukan kerjasama murid sama ada
melalui perbincangan, sumbang saran, soal jawab dan sebagainya. Ia dapat dijalankan dengan:
1.

Guru memberi panduan.

2.

Murid berbincang dalam kumpulan di bawah pengawasan guru.

3.

Murid merumuskan hasil perbincangan.


Kontekstual

Pengajaran secara kontekstual dengan menghubungkaitkan pengajaran dan pembelajaran dengan


pengalaman murid yang dilalui atau kaitan tajuk dengan alam atau mata pelajaran lain.
Contohnya: 1. Adab dengan guru (tingkatan 1) dengan pengalaman murid belajar dalam kelas. 2.
Kebesaran

Allah

dengan

kejadian

siang

dan

malam

(sains/geografi).

Guru disarankan membawa situasi sebenar di dalam diri murid supaya pengajaran dan pembelajaran
lebih

berkesan.

Kolaboratif

Guru memberi panduan menjalankan tugasan kerja yang akan dihasilkan. Murid-murid bersoal jawab
terhadap tugasan. Ini dapat dijalankan melalui:
1.

Murid menghasilkan tugasan / kerja tanpa dipantau oleh guru.

2.

Hasil kerja dinilai oleh guru serta diberikan markah atau gred tertentu.

3.

Guru mencatat dan memberi komentar atau teguran dalam hasil kerja.
Kajian

Masa

Depan

Pengajaran dan pembelajaran yang memerlukan kreativiti guru yang mengaplikasikan kemungkinan
yang akan berlaku pada masa depan. Contohnya, sebagai rangsangan kepada murid untuk berfikir
seperti

berwudhuk

dengan

menggunakan

segelas

air.

Kaedah / teknik :

Menulis sepucuk surat kepada rakan.

Bersoal jawab.

Membuat andaian / hipotesis.

Jibril
Kaedah ini mengambil contoh peristiwa yang berlaku di dalam gua Hirak ketika wahyu pertama
diturunkan iaitu mengaplikasi kaedah Talaqqi dan Musyafahah, iaitu:
1.

Guru membuat bacaan contoh dan murid mendengar.

2.

Murid membaca, guru mendengar dan membetulkan bacaan yang salah.

3.

Mengulang-ulang bacaan.

4.

Penekanan terhadap pendekatan secara lemah lembut, sentuhan untuk menghilangkan rasa
takut / gementar semasa proses pengajaran dan pembelajaran.

Masteri
Pendekatan pengajaran dan pembelajaran untuk memastikan murid menguasai sesuatu hasil
pembelajaran yang dihasratkan dalam satu unit pembelajaran, sebelum ke unit pembelajaran
seterusnya.
Ia berfokus kepada penguasaan murid dan keberkesanan yang ditentukan oleh masa bagi murid
menguasai

dan

Ciri-ciri pembelajaran tersebut ialah:


1.

Hasil pembelajaran yang dihasratkan.

2.

Proses pengajaran dan pembelajaran berlaku.

3.

Penilaian formatif dan sumatif.

4.

Pemulihan/Pengayaan.

pembelajaran

berkualiti.

Anda mungkin juga menyukai