Anda di halaman 1dari 2

Refleksi Kendiri

Tugasan WAJ 3114 ini kami telah menjalankan Program Sekolahku Indah. Program
ini merupakan satu cabaran baru kepada saya. Ini disebabkan kerana saya tidak pernah
menganjurkan program sebegini rupa di sekolah sekolah bersendirian. Walaupun saya
kerap bersama- sama rakan di sekolah menjalankan program yang biasa dijalankan,
program ini berlainan kerana saya diarahkan bergabung dengan rakan sekelas di Institisi
perguruan dan saya menjalankan program ini di sekolah lain. Kekangan masa dan sifat
malu menghantui pemikiran kerana pertama kali saya terpaksa menjalankan program ini
bersama rakan lain di sekolah lain. Saya akui ianya memang mencabar dan sememangnya
akan memberi pengalaman baru di dalam kerjaya saya.

Pada tugasan kali ini saya telah menggunakan kaedah secara berkumpulan dan
ianya memberi perasaan gembira kerana program yang besar ini memerlukan komitmen
dan bantuan dari rakan sekelas dan juga rakan guru di sekolah juga warga sekolah yang
lain. Walaubagaimanapun saya sangat bersyukur dan berterima kasih kepada isteri dan
pensyarah yang banyak memberi tunjuk ajar dalam menyelesaikan tugasan ini. Bahan
bahan agak banyak diperolehi di dalam laman sesawang, tetapi ianya agak berlainan
dengan kehendak soalan kerana program yang mereka anjurkan berlainan dengan apa
yang saya jalankan. Saya menggunakan maklumat tersebut untuk panduan dan bimbingan
kendiri untuk menjalankan program yang telah dirancang.Tidak dinafikan juga, kesukaran di
dalam mencari buku-buku yang berkaitan di dalam pasaran. Kemungkinan ramai penerbit
atau penulis sudah mula menggunakan media sosial untuk berkongsi ilmu yang mereka
ada. Saya juga mendapat bantuan daripada rakan-rakan guru yang sememangnya
mempunayi pengalaman yang tinggi dalam menganjurkan program yang besar di sekolah.
Mereka membimbing dan memberi tunjuk ajar berdasarkan pengalaman yang mereka
perolehi.
Dalam laman sesawang juga banyak memaparkan contoh-contoh yang pelbagai.
Jadi saya perlu berbincang dengan rakan dan juga pensyarah untuk mendapatkan hasil dan
memastikan tugasan dapat disempurnakan mengikut masa dan objektif soalan yang
diberikan dengan sempurna. Dengan pengalaman yang diperololehi, program seperti ini
dapat membantu saya dalam membina program yang banyak di sekolah. Ianya lebih
terancang dan lebih berkualiti hasil kerjanya dibandingkan dengan program yang saya
pernah sertai sebelum ini. Kepentingan program ini juga memberikan saya kekuatan dan
menjadikan saya lebih bersemangat dan terpimpin dalam menganjurkan program- program

tertentu. Ianya lebih memberikan kualiti dan keyakinan juga secara tidak langsung
melibatkan pelajar dan sistem pendidikan negara kita yang bakal menuju wawasan 2020
kelak.
Dengan siapnya tugasan dan program ini juga dapatlah saya membina satu dimensi
baru yang bakal digunakan di dalam sistem pendidikan negara kita dan mengaplikasikanya
di sekolah. Kewujudan program ini akan memberikan impak yang besar di dalam
pembangunan sekolah yang lebih berkualiti. Saya juga berharap akan dapat menggunakan
pengalaman ini berterusan dan mengharapkan ianya dapat membina satu panduan yang
lebih berkualiti di dalam sistem pendidikan negara Malaysia.

Khairul Fahmi Bin Maslam


PPG Pemulihan 1
820808-01-5939

Anda mungkin juga menyukai