Anda di halaman 1dari 4

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN


TUGASAN PROJEK
NAMA GURU PELATIH:
TAJUK PROGRAM: PISMP
TAJUK KURSUS :
KOD KURSUS

CIPTAAN DAN
ENSEMBEL II
MZU3193

TARIKH MULA

SEMESTER : 6
(Ambilan Januari 2012)

4 OGOS 2014

TARIKH HANTAR

8 SEPTEMBER 2014

__________________________________________________________________________________
Hasil Pembelajaran Kursus:
1.

Mencipta karya muzik pendek dengan mengintegrasikan pengetahuan konsep


muzik menggunakan kibod digital.

2.

Mempersembah, menghayati dan melaporkan secara bertulis hasil ciptaan


muzik eksperimental dari pelbagai sumber dan persembahan muzikal yang telah
ditonton.

3.

Mengaplikasikan teknik-teknik permainan ensembel instrumental yang dipelajari


dalam persembahan ensembel

4.

Mewujudkan kebolehan bekerja secara berpasukan dan mengamalkan nilai-nilai


etika persembahan

5.

Mengaplikasikan teknik memimpin yang betul semasa memimpin sesuatu


persembahan ensembel vokal atau instrumental

Kerja Kursus ini bagi menilai Hasil Pembelajaran 1, 2, 3, 4,dan 5,


Objektif Projek
Pelajar dapat melaksanakan tugas-tugas berikut:
1.

Mencipta karya muzik pendek dengan mengaplikasikan bunyi daripada


digital kibod.

2.

Kebolehan meneroka idea mencipta muzik iringan kepada karya pendek


dengan menggunakan kibod dan kesan bunyi.

3.

Kemahiran menggunakan perisian komputer bagi merakam dan


menghasilkan CD muzik.

4.

Menghasilkan laporan secara bertulis mengenai persembahan yang telah


ditonton.

5.

Mentadbir satu persembahan rekorder essemble dan perkusi.

6.

Membuat satu teknik asas memimpin .

III.

Tugasan Projek (100%)


Anda seorang pelajar kursus PISMP semester enam pengkhususan muzik. Dalam
semester ini anda akan didedahkan dengan penciptaan lagu instumental berdasarkan
pada visual, sajak atau puisi, ensembel rekoder, dan memimpin ensembel melalui
pembacaan, aktiviti persembahan muzikal dan menonton persembahan. Untuk
menambahkan pengetahuan dan meningkatkan kemahiran ini, anda dikehendaki
merancang dan melaksanakan persembahan muzik , permainan rekoder soprano, alto,
tenor, bes, dan seorang konduktor..

A.

Tugasan Literatur(10%)
i. Secara individu mengumpul maklumat mengenai ciptaan lagu dan juga membentangkan
hasil karya menerangkan proses dan teknik yang di gunakan untuk menghasilkan muzik
ciptaan anda.
ii. Anda dikehendaki membaca dan memahami serta menyediakan satu sistem yang
sesuai untuk menyusun maklumat di atas dengan kemas dan teratur

B.

1. Ciptaan lagu (40%)


Selepas mendapat kefahaman dari maklumat diatas, anda dikehendaki:
i. Mencipta:
Sebuah lagu tidak kurang daripada 16 bar dibuat dalam bentuk lead sheet serta
rakaman berbentuk audio (mp3 atau wave). Perlu menitikberatkan ciri-ciri ciptaan seperti
motif dan juga perkaitan lagu dengan sumber idea penciptaan.mengeksplorasi bunyi
digital dengan karekter yang tepat seperti tempo, timbre dan juga rentak..
Menggunakan lagu yang dicipta dengan gubahan penuh dan di persembahkan dalam
bentuk audio dan visual.
Menggunakan teknologi muzik dalam ciptaan dan merakamkan dalam bentuk format
mpeg/mp3/wav yang mudah untuk di pertonton..
2. Permainan Ensembel(20%)
i. Dalam kumpulan 22 orang, anda dikehendaki merancang dan melaksanakan satu
persembahan muzik instrumental sepanjang 10 minit melibatkan permainan rekoder
soprano, alto, tenor, tiga jenis alat perkusi dan seorang konduktor. Penggunaan rekoder
bes adalah digalakkan

3. Teknik memimpin (20%)


i. membuat teknik memimpin dengan menggunakan simulasi sebuah simfoni
orkestra secara individu. penilaian tentang teknik teknik asas dalam memimpin
cues cut off up beat fermata dan mula dan berhenti memimpin sebuah lagu secara
simulasi

C.

Penulisan Akademik(10%)
Berdasarkan kepada pengalaman-pengalaman di atas, anda dikehendaki membuat satu
penulisan refleksi.Penulisan refleksi anda perlu merangkumi aspek-aspek berikut:
i. Pengalaman anda semasa melakukan tugasan ini (mencari maklumat, mencipta lagu
dan bermain dalam ensembel)
ii. laporan dua persembahan atau penyertaan bengkel lawatan yang telah ditonton atau
dijalankan.
iii. Masalah yang dihadapi semasa menjalankan tugasan dan bagaimana mengatasinya.
iv. Huraikan bagaimana pengalaman anda dalam menjalankan tugasan ini mampu
meningkatkan kefahaman anda tentang ciptaan dan permainan ensembel.

D.

Panduan Pelaksanaan Kerja Kursus


1.
Tugasan ini adalah tugasan individu.
2. Anda boleh bergerak secara kolaboratif untuk mengumpul data
Format penulisan tugasan adalah seperti berikut:
i.
Font Arial
ii. Saiz huruf adalah 11
iii.
Langkau satu setengah baris
iv. Rujukan mengikut format A.P.A.
v.
Lampiran
3. Amalan plagiat tidak dibenarkan. Jika didapati berlaku, pelajar akan digagalkan kerja
kursus.
4. Panjang tugasan tidak kurang daripada 12-15 muka surat (tidak termasuk persembahan
visual dan lampiran)
5. Tugasan ini membawa markah 100 dan wajaran 60%
6.

E.

Tugasan yang baik harus menunjukkan kriteria-kriteria berikut:


1.
2.
3.
4.
5.

Liputan isi kandungan yang menyeluruh, konsisten dan terperinci.


Bukti-bukti, bahan-bahan dan citation yang dapat menyokong hujah-hujah anda
hendaklah digunakan.
Keseluruhan isi dan pengolahan perlu menunjukkan keaslian hasil kajian dan sokongan
ilmiah.
Format dan organisasi laporan perlu jelas dan koheren
Penulisan akademik harus menunjukkan kefasihan bahasa, kematangan hujah dalam
menterjemah maklumat secara kritikal.

F.

Kriteria Pentaksiran
Tugasan akan disemak berdasarkan rubrik pentaksiran yang disediakan

Tugasan disediakan oleh

Disahkan oleh Ketua Jabatan

(ZULKARNAIN BIN ISMAIL)

..
(PN.ZAITON BT MAT NON)
Ketua Jabatan
Jabatan Kajian Sosial

Tarikh:14 Julai 2014

Di semak oleh
_____________________________
(PN.UMMU RAHMAH BT ARIFFIN)
Pakar Bidang (SME): Muzik
Jabatan: Sains Sosial, IPGK perlis

Anda mungkin juga menyukai