Anda di halaman 1dari 37

BAB 1

TEORI PEMBELAJARAN
PENGENALAN
Teori-teori pembelajaran merujuk kepada prinsip-prinsip dan hukum-hukum pembelajaran yang
dihasilkan daripada kajian ahli-ahli psikologi pendidikan. Melalui teori pembelajaran ini, guru
akan memahami pelbagai cara pelajar belajar, dan seterusnya menghubungkaitkan prinsip dan
hukumannya dengan kaedah dan teknik mengajar bagi mencapai objektif pelajaran yang
berkesan.
Sebagai manusia pula, kita perlu menghargai kepentingan teori-teori pembelajaran
sebagai asas dan pertimbangan dalam memahami tingkah laku pembelajaran yang pelbagai.
Hal ini kerana pembelajaran adalah merupakan satu proses modifikasi maklumat dan
pengalaman secara berterusan. Ia juga berlaku dalam diri seseorang sejak dia dilahirkan.
Selain itu teori-teori pembelajaran ini bukan sahaja boleh digunakan untuk kanak-kanak normal,
malah ia juga sangat berguna kepada kanak-kanak bermasalah pembelajaran. Masalah
pembelajaran merupakan istilah umum yang merujuk kepada gugusan pelbagai disorder yang
dimanifestasikan oleh kesusahan atau ketidakupayaan untuk acquisition and use of listening,
speaking, reading, writing, reasoning or mathematical ablities.
Sehubungan itu, teori-teori pembelajaran yang dikaitkan dengan masalah pembelajaran
membawa maksud bahawa kepelbagaian teknik pengajaran yang boleh diguna pakai untuk
mengajar kanak-kanak bermasalah pembelajaran. Hal ini bertujuan untuk membantu pelajar
yang bermasalah pembelajaran dapat belajar seperti mana pelajar yang normal disamping
mengurangkan masalah yang dihadapi oleh mereka. Pembelajaran juga penting bagi kanakkanak yang mempunyai masalah pembelajaran supaya mereka dapat hidup berdikari pada
masa hadapan.
Pengajaran adalah sesuatu proses berkaitan dengan penyebaran ilmu pengetahuan
atau kemahiran supaya pelajar-pelajar dapat mempelajari dan menguasainya dengan berkesan.
Melalui pengajaran, pelajar berubah dari tidak tahu kepada tahu. Melalui hasil pengajaran juga
kita dapat mengubah tingkah laku seseorang.

Pembelajaran merupakan satu proses yang berterusan. Menurut kamus dewan (1994),
pembelajaran adalah usaha memperoleh ilmu pengetahuan, menuntut ilmu pengetahuan.
Proses ini mengkehendaki pelajar melalui pengalaman seperti mendapat penerangan guru,
membuat latihan bertulis atau amali sehingga berlaku perubahan dalam diri pelajar. Gagne
(1970), dalam bukunya 'The Condition of Learning' mendefinisikan pembelajaran sebagai
perubahan tingkah laku atau kebolehan seseorang yang dapat dikekalkan, tidak termasuk
perubahan yang disebabkan proses pertumbuhan. Menurut Mayer (1982), pembelajaran adalah
perubahan kekal dalam pengetahuan seseorang melalui pengalaman. Driscoll (1994), pula
menyebut bahawa pembelajaran adalah perubahan prestasi secara berterusan dalam diri
manusia hasil dari interaksi pembelajaran dengan persekitaran. Oleh itu, pembelajaran
merupakan satu proses yang mengubah keadaan, sikap, pengetahuan manusia menerusi
pengalaman. Pada asasnya konsep pembelajaran berlandaskan teori-teori pembelajaran
masa kini. Konsep Pembelajaran diperoleh manusia sejak kecil lagi sama ada secara formal
atau tidak formal. Manusia menggunakan derianya seperti hidung, mata, telinga bagi
meyesuaikan diri dengan persekitaran. Teori-teori pembelajaran terdiri daripada teori kognitif,
konstruktisme, behaviourisme dan sosial.

Definisi Teori
Merujuk kepada kamus Dewan Edisi Ke3(2000), teori didefinisikan sebagai pendapat yang
dikemukakan untuk menerangkan sesuatu perkara dan lain-lain. Terdapat berbagai-bagai teori
atau pendapat yang berkaitan dengan perkembangan dan pembelajaran kanak-kanak.
Meskipun kebanyakan teori adalah berbeza namun ianya memberi sumbangan yang sangat
besar dan mempunayi pengaruh yang sangat kuat dalam pendidikaan awal kanak-kanak.

Setiap teori diaplikasikan dengan cara yang berbeza-beza seperti teori behavioris yang
mengatakan bahawa kanak-kanak ibarat kain putih. Dalam teori ini, penekanan diberikan ke
atas mengajar iaitu seseorang guru atau pengajar perlu memberi arahan atau perintah ke atas
kanak-kanak. Manakala teori pembelajaran kognitif adalah mementingkan proses dalaman yang
berlaku dalam akal fikiran manusia.
Oleh itu, Teori adalah sesuatu yang menjelaskan fakta. Tanpa teori data tidak boleh di
interpretasikan dan teori ini memberi makna terhadap fakta yang di kumpul. Teori membolehkan
kita menghubungkait antara satu fakta dengan satu fakta yang lain. Misalnya seorang kanakkanak yang berumur 10 tahun sudah dapat memahami konsep-konsep logik berbanding
dengan kanak-kanak yang berumur dua tahun. Walau apapun teori yang dikemukakan, diharap
dapat membantu setiap guru atau pengajar dalam meningkatkan kebolehan kanak-kanak
supaya berjaya mengikut umur kronologi mereka. Pembelajaran perlu dibahagikan kepada
bahagian-bahagian yang dapat dikendalikan untuk memudahkan sesuatu proses pengajaran
dan pembelajaran. Idea dan kebolehan yang kompleks perlu dibina daripada yang mudah untuk
mencapai keupayaan pembelajaran yang optimum.
Definisi Pembelajaran
Pembelajaran ialah proses perolehan maklumat dan pengetahuan, penguasaan kemahiran dan
tabiat serta pembentukan sikap dan kepercayaan. Proses pembelajaran berlaku sepanjang
hayat seseorang manusia. Pembelajaran biasanya membawa perubahan diri seseorang sama
ada ke arah kebaikan atau keburukan.
Kamus Dewan mentakrifkan pembelajaran sebagai proses belajar. Walau
bagaimanapun pembelajaran bukan setakat merangkumi penguasaan pengetahuan sematamata tetapi penguasaan perkembangan sikap, emosi, nilai dan estetika serta kesenian. Proses

pembelajaran boleh berlaku secara formal dan tidak formal. Pembelajaran boleh berlaku di
mana-mana tempat dan pada sebarang masa sama ada di dalam atau di luar bilik darjah.
Proses pembelajaran melibatkan aspek mental, fizikal, emosi dan sosial. Menurut ahli
psokologi pendidikan Benjamin S. Bloom pembelajaran digolongkan dalam tiga bidang iaitu
kognitif, efektif dan psikomotor. Pembelajaran kognitif mengutamakan proses menggunakan
mental dan akal fikiran untuk memperolehi pengetahuan dan maklumat. Pembelajaran efektif
berkait dengan perkembangan sikap dan perlakuan pelajar yang lebih mengutamakan
penggunaan interaksi sosial dan emosi. Pembelajaran psikomotor mengutamakan
perkembangan fizikal untuk memperolehi kemahiran melalui latihan dan amali dengan
menggunakan koordinasi otot dan organ deria.
Proses Pembelajaran

Proses pembelajaran menurut Gagne (1970), terdiri daripada beberapa fasa iaitu motivasi,
perhatian, jangkaan perolehan ingatan kembali, pemilihan persepsi, mengkod dan
penyimpanan jangka pendek, gerak balas atau prestasi, maklum balas dan peneguhan dan
generalisasi atau pemindahan pembelajaran.
Menurut teori pembelajaran Gelstalt, proses pembelajaran kognitif mengkaji subjek dari
aspek psikologikal daripada proses pemerhatian yang mudah kepada personalitinya perlu
dilihat polanya sebagai satu keseluruhan (as a whole ). Teori ini merumuskan The whole is
greater than the sum of its parts. Kohler yang juga ahli dalam teori Geltalts berpendapat
bahawa proses pembelajaran adalah cetusan idea yang dikenali sebagai celik akal.
Menurut B.F. Skinner dalam proses pembelajaran terdapat empat jenis aspek yang
boleh merangsangkan proses pembelajaran dan pembentukan tingkah laku di dalam bilik darjah
iaitu, peneguhan (positif / negatif), dendaan, prinsip dan pelupusan.

Manakala menurut Albert Bandura iaitu pengasas teori pembelajaran sosial menyatakan
bahawa faktor-faktor sosial, kognitif dan tingkah laku memainkan peranan penting dalam proses
pembelajaran. Berdasarkan huraian di atas mengikut teori-teori tersebut proses pembelajaran
adalah satu proses pemikiran fakulti mental yang perlu melalui pelbagai fasa yang
membolehkan seseorang itu terus belajar.
Teori Pembelajaran & Implikasi
Teori-teori pembelajaran seharusnya di gunakan dalam modul pengajaran dan pembelajaran
untuk pelajar bermasalah pembelajaran kerana pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan
mengikut perkembangan kognitif serta keupayaan dan kebolehan pelajar bermasalah
pembelajaran akan melahirkan pembelajaran yang berkesan.
Seseorang guru perlu mengetahui idea dan teori yang dikemukakan oleh tokoh-tokoh
pendidikan kerana idea-idea mereka boleh membantu guru dalam memahami cara-cara
melaksanakan strategi pengajaran. Selain itu, teori-teori tentang bagaimana kanak-kanak
membesar, berkembang, dan belajar telah membentuk pendidikan dan amalan pengajaran
pada hari ini. Penerokaan, penganalisisan dan penemuan idea-idea falsafah boleh memberi
inspirasi dan ilham kepada guru untuk menilai semula pendapat yang dipegang selama ini dan
menjadi dorongan kepada guru untuk melakukan yang terbaik.
White dan coleman (2000), menyatakan bahawa falsafah pendidikan yang dipegang
oleh seseorang guru bukan sahaja membantunya dalam berinteraksi dengan pelajar, malah
membantunya memahami amalan pengajaran dan dapat membezakan apa yang diamalkannya
dengan yang diamalkan oleh guru-guru lain. Walau bagaimanapun, falsafah yang dipegang
oleh seseorang guru akan berubah setelah ia belajar lebih banyak tentang teori pembelajaran
kanak-kanak, memperolehi pengetahuan tentang perkembangan kanak-kanak, amalan
pengajaran, dan mendapat pengalaman praktikal di dalam bilik darjah.
5

Teori-teori pembelajaran merupakan teori yang sangat penting untuk membantu para
guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Teori-teori ini, sangat penting dalam
eksploitasi minda dalam menjana kecemerlangan pendidikan. Sekiranya seseorang guru itu
bijak mengolah kesemua teori ini ke dalam pembelajaran, minda mereka akan terisi dan
matlamat untuk mencapai kecemerlangan akan tercapai. Selain itu, Teori-teori pembelajaran
juga dapat membantu guru memahami personaliti dan konsep kendiri seseorang pelajar.
Dengan ini, guru akan dapat membantu pelajar ke arah pembentukan konsep kendiri yang
positif dengan merancang peneguhan yang sesuai untuk pelajarnya dalam memotivasi pelajar
supaya rajin belajar.
Teori Perkembangan Kognitif Jean Piaget
Piaget merupakan seorang ahli biologi berbangsa Swiss. Beliau mula berminat dengan
pemikiran kanak-kanak apabila bekerja dengan ahli psikologi Perancis Alfred Binet yang
membina ujian kecerdasan. Latihan yang diperolehnya dalam bidang biologi sangat
mempengaruhi ideanya dalam pembelajaran, pemikiran, dan teorinya tentang kecerdasan.
Sumbangan Piaget lebih berfokus kepada perkembangan kognitif. Hasil kerja Piaget selalu
dikaitkan dengan konstruktivitis kerana Piaget percaya bahawa kanak-kanak membina
pengetahuannya sendiri. Dari aspek kurikulum dan program awal kanak-kanak, Piaget
mencadangkan supaya mereka diberi kebebasan untuk bermain, membuat uji kaji, dan
mengambil bahagian dalam aktiviti pembelajaran yang berpandu.
Sumbangan Teori Jean Piaget Terhadap Pengajaran Dan Pembelajaran
Piaget berpendapat bahawa perkembangan kemahiran kognitif atau pemikiran adalah
berturutan. Keupayaan pembelajaran seseorang individu bergantung kepada status
perkembangan. Piaget berpendapat bahawa perkembangan kognitif ini berlaku secara
berperingkat-peringkat. Peringkat yang lebih awal adalah peringkat yang lebih mustahak dan

menjadi asas kepada perkembangan kognitif seterusnya. Kanak-kanak memerlukan peluang


dan pengalaman untuk mengukuhkan perlakuan dan pemikiran pada setiap tahap
perkembangan. Setiap tahap berkait rapat dengan umur dan mengandungi perbezaan cara
berfikir.
Mengikut cadangan Jean Piaget, mengajar dan mendidik melibatkan penyediaan
persekitaran yang bersesuaian dengan penerimaan kanak-kanak bagi membolehkan mereka
memenuhi minat dan keperluan mereka berdasarkan norma-norma yang diterima oleh
masyarakat. Bahan pengajaran boleh disediakan untuk kanak-kanak apabila mereka
menunjukkan minat dan kesediaan. Pengajaran yang tidak sesuai dengan masa dan diberikan
kepada kanak-kanak yang tidak berminat bukan sahaja merugikan masa, malah menghasilkan
kesan yang negatif.
Oleh itu, Ibu bapa atau guru perlu menyediakan pelbagai bahan supaya dapat
memperkayakan perkembangan kanak-kanak. Bahan-bahan ini perlu sesuai dengan minat dan
peringkat perkembangan kanak-kanak. Jika kanak-kanak tidak mahu menggunakannya,
maknanya bahan-bahan ini tidak sesuai dengan peringkat perkembangan mereka atau mungkin
juga bahan itu tidak menarik minat mereka. Perlu diingatkan juga bahawa kanak-kanak tidak
boleh bekerja di bawah tekanan, atau melaksanakan tugas di luar peringkat perkembangan
mereka. Jika mereka diberi kebebasan bekerja dalam keadaan yang tidak tertekan, dalam
suasana yang menggalakkan, mereka akan mengembangkan kebolehan mereka dalam semua
aspek.
Kanak-kanak perlu dikumpulkan dalam kumpulan yang sama peringkat perkembangan.
Kanak-kanak yang mengalami masalah perkembangan sebaiknya dikumpulkan dalam
kumpulan yang sama dengan mereka. Membetulkan kesalahan kanak-kanak dan mengarah
mereka semasa bermain dan bekerja perlu dilakukan dalam kadar yang paling minimum bagi

mengelakkan mereka merasa tertekan. Penyediaan kanak-kanak dengan pengalaman yang


sebenar dapat membantu mereka memperolehi konsep yang betul tentang sesuatu perkara dan
dapat mempertingkatkan pelbagai kemahiran mereka.
Pada asasnya kanak-kanak akan memberi respons terhadap pertumbuhan dirinya.
Peranan guru ialah memberi kefahaman kepada mereka untuk memahami diri mereka sendiri
dan menerimanya. Persekitaran yang menggalakkan dan sentiasa menerima keadaan semula
jadi kanak-kanak akan menjadikan mereka positif walaupun mereka mungkin menghadapi
kesukaran pada peringkat perkembangan tertentu. Pengalaman yang dikehendaki dan dapat
dilaksanakan oleh kanak-kanak perlu disediakan. Kanak-kanak tidak boleh dipaksa melakukan
sesuatu yang di luar kecenderungan mereka kerana ini akan menghalang perkembangan
mereka.
Antaranya pendapat Piaget adalah seperti berikut:
a.

Pelajar merupakan penjana informasi yang aktif.

b. Perkembangan kognitif adalah keputusan dari interaksi kanak-kanak itu yang


ada perkaitan dengan persekitaran dari segi fizikal dan sosial mereka
c. Pelajar pada hakikinya bermotivasi untuk cuba meluahkan perasaan pada
dunia sekitar mereka.
d. Perkembangan kognitif berlaku dalam tahap yang berlainan dengan prosesproses pemikiran pada setiap peringkat dan secara kualitatifnya berbeza dari setiap
peringkat.

Peringkat Perkembangan Kognitif Jean Piaget


Piaget menegaskan bahawa bayi, kanak-kanak dan orang dewasa dapat menyesuaikan diri
tetapi penyesuaian adalah berbeza pada masa yang berbeza. Oleh yang demikian, schemata
ataupun struktur yang digunakan oleh seseorang berbeza sepanjang hayatnya dalam urutan
yang hampir tetap. Perbezaan ini melambangkan peringkat perkembangan dan setiap peringkat
adalah berlainan antara satu sama lain. Peringkat tersebut menggambarkan interaksi
kematangan dan persekitaran pada struktur mental yang sedia ada. Kanak-kanak membentuk
peringkat pemikiran ini mengikut urutan yang sama dan pada masa yang hampir sama
walaupun umur adalah berbeza antara individu dengan individu yang lain dan antara budaya.
Perbandingan Peringkat Perkembangan Kognitif
Peringka
t
Deria

Menurut Teori Jean Piaget

Pemerhatian Perkembangan

Kanak-kanak menggunakan

Pelajar Bermasalah
Pada tahap ini, kanak-

Motor

deria motor dan deria yang

kanak yang tergolong dalam

(0-2 Thn)

lain untuk meninjau dan

masalah pembelajaran

memahami dunia mereka.

seperti sindrom down dan

Kanak-kanak dapat

cerebral palsy telah dapat

memerhatikan benda melalui

dikesan tentang

penglihatan dan pendengaran

ketidakupayaan mereka.

bunyi .

kanak-kanak ini sukar untuk

Kanak-kanak dapat

menggunakan deria motor

melakukan tindakan ulangan

untuk berteraksi dengan

iaitu mengulangi sesuatu

persekitarannya.

tingkah laku atau tabiat


melalui apa yang dilihat atau
9

Kefahaman mereka adalah


terhad kerana kanak-kanak

Pra
Operasi

(2-7 Thn)

didengar.

ini sukar untuk

Misalnya, kanak-kanak

mengaplikasikan skema

berumur 12 bulan sudah boleh

yang sepatutnya dilakukan

mencapai objek jauh

oleh kanak-kanak biasa

daripadanya.

yang seusia dengannya.

Peringkat ini menonjolkan sifat

secara simbolik atau logik

Pada peringkat ini biasanya

terhad kerana

kanak-kanak semakin maju

neurobiologikal disorder

dalam penguasaan dan

yang memberi kesan

penggunaan bahasa.

kepada kefungsian otak

Kanak-kanak pra-sekolah

mereka.
Perkembangan
penggunaan bahasa adalah

simbolik untuk menyelesaikan

tidak sempurna

masalah.

terutamanya kanak-kanak

Contohnya, mengaitkan

Autisme.

Kanak-kanak bermasalah

Misalnya, huruf g dikaitkan

pembelajaran masih tidak

dengan gajah.

dapat menggunakan simbol

Mereka juga dapat menyebut

untuk mewakili objek-objek

dengan betul perkataan

yang dilihatnya.

tersebut

mereka berfikir secara

simbol dengan objek.

Perkembangan pemikiran

naluri dan pemikiran simbolik.

menggunakan keupayaan

Namun begitu, bagi kanak-

Namun begitu mereka masih

kanak yang bermasalah

tidak dapat menguasai

pembelajaran ringan,
10

kebolehan memproseskan

mereka boleh bertutur

pemikiran mengikut peraturan

dengan bahasa yang

yang logik.

ringkas dan dapat mengikuti


pembelajaran di pra
sekolah.

Operasi

Kanak-kanak mula zaman

Kanak-kanak bermasalah

Konkrit

persekolahan. Mereka berfikir

pembelajaran sudah mula

(7-11

secara logik dan konkrit.

bersekolah di tahap satu

Kebanyakan kanak-kanak

tetapi daya pemikiran dan

dapat berfikir mengikut

perkembangan kognitif

peraturan-peraturan yang logik

adalah pada tahap minima.

Thn)

atau melakukan operasi

Terdapat kanak-kanak yang

mental.

berumur 11 tahun belajar di

Kanak-kanak boleh

kelas yang sama dengan

mengelaskan objek

kanak-kanak yang berumur

berdasarkan satu ciri yang

8 tahun kerana tahap

tertentu.

kognitif mereka yang sama.

Mereka tidak boleh berfikir


secara logik malah ada juga
kanak-kanak pada tahap ini
tidak tahu menjaga
keselamatan diri sehingga
boleh mencederakan diri
mereka sendiri.

11

Operasi

Kanak-kanak atau golongan

Kanak-kanak bermasalah

Formal

remaja dapat berfikir secara

pembelajaran pada tahap

(12+Thn)

logik, termasuk pemikiran

ini tidak dapat menguruskan

abstrak perkara berkaitan

unit-unit yang bermakna,

dengan masa depan dan

melakukan sintesis atau

sanggup membuat hipotesis.

membuat kesimpulan.

Dapat menguasai kebolehan

Kanak-kanak bermasalah

untuk menyelesaikan masalah

pembelajaran amat lemah

dengan kombinasi

dalam mata pelajaran sains

pengetahuan, pengalaman

kerana tidak boleh

dan kemahiran.

memahami banyak benda

Dapat menerima idea abstrak

yang abstrak, penguasaan

seperti tenaga dan graviti.

konsep, fakta dan bahasa


yang lemah.

Tahap kognitif mereka


masih rendah dan tidak
sesuai dengan tahap umur
kronologi mereka.

Aplikasi Teori Jean Piaget


i)

Mengenal pasti masa yang sesuai melakukan sesuatu

12

Mengikut teori Piaget adanya jangka masa sensitif, iaitu waktu kanak-kanak cepat
mempelajari beberapa tingkah laku dengan lebih berkesan. Masa sensitif ini dikenali
sebagai kesediaan. Semua kanak-kanak akan melalui peringkat ini, tetapi jangka
masanya berbeza-beza terutama untuk kanak-kanak bermasalah pembelajaran.
Maka guru dan ibu bapa perlu mengesan masa-masa sensitif ini dan
menyediakan pengalaman-pengalaman untuk memperkembangan kemahiran
kanak-kanak. Untuk ini guru dan ibu bapa perlu membuat pemerhatian dan
mengenal pasti masa yang sesuai untuk kanak-kanak bermasalah pembelajaran
melakukan sesuatu.

ii)

Melakukan aktiviti yang bersesuaian dengan tahap perkembangan


Guru dan ibu bapa perlu membantu kanak-kanak untuk belajar melakukan sendiri
aktiviti mengikut pilihan mereka. Apabila kanak-kanak mempunyai pilihan, mereka
akan dapat memperkembangkan kemahiran dan kebolehan mereka yang menjadi
asas dalam pembelajaran berkesan, autonomi, dan penghargaan kendiri yang
positif.
Cara kanak-kanak memperoleh pengetahuan berbeza daripada orang dewasa.
Jika orang dewasa menggunakan pemikiran untuk memperoleh pengetahuan,
kanak-kanak pula menggunakan anggota fizikal atau pancaindera mereka.
Semenjak lahir hingga berumur dua tahun pemikiran kanak-kanak diistilahkan
sebagai unconscious absorbent mind yang diperkembangkan melalui penggunaan
deria penglihatan, pendengaran, rasa, bau dan sentuh.

13

iii)

Tidak harus memaksa selagi mereka belum bersedia


Ibu bapa atau guru perlu membuat pemerhatian terhadap kebolehan dan keupayaan
kanak-kanak dan tidak harus memaksa kanak-kanak mempelajari sesuatu yang
mereka belum bersedia. Orang dewasa perlu melayan kanak-kanak dengan baik.
Mereka perlu dilayan seperti kanak-kanak dan bukan seperti orang dewasa. Orang
dewasa tidak boleh memaksa kanak-kanak menerima idea mereka. Oleh itu, cara
melayan yang tidak sesuai akan menghalang perkembangan sahsiah seseorang
kanak-kanak.

iv)

Pembelajaran berdasarkan keadaan semula jadi


Pembelajaran haruslah berdasarkan kepada keadaan semula jadi, kecenderungan
dan pengalaman kanak-kanak. Selain itu, pembelajaran perlu mengikut peringkat
semula jadi kanak-kanak. Pengalaman yang dirancang dengan baik adalah perlu
untuk memperkembangkan idea semula jadi kanak-kanak. Hal ini kerana kanakkanak belajar melalui berinteraksi dengan bahan.
Apa yang dipelajari kanak-kanak bergantung pada orang-orang yang terdapat di
sekeliling mereka. Percakapan, perbuatan, dan bagaimana mereka memberi
respons terhadap kanak-kanak. Selain itu, pengalaman yang sedia ada dan bahanbahan yang disediakan untuk kanak-kanak juga menentukan jenis dan kualiti
pembelajaran.

v)

Pengalaman pembelajaran yang positif dan keseronokan


Pengalaman mempengaruhi keadaan seseorang. Pembelajaran yang bermakna
adalah menekankan penggunaan deria lihat, rasa, bau dan dengar sebagai kaedah
pendidikan yang berkesan untuk kanak-kanak. Pendidikan yang menggunakan deria

14

dianggap sebagai asas kepada semua pembelajaran. Oleh itu, bahan pengajaran
sepatutnya terdiri daripada bahan yang maujud dan asli.
Alat mengajar yang disediakan perlulah mempunyai sifat-sifat khas supaya
kanak-kanak boleh menggunakan deria dalam pengajaran dan pembelajaran. Guru
perlu mengutamakan latihan daya penglihatan, pendengaran dan sentuhan. Ini
bertujuan supaya kanak-kanak mendapat pengalaman dan latihan menggunakan
deria dengan cekap. Selain itu, kaedah permainan menjadikan kanak-kanak belajar
dengan cepat dan mereka akan berasa seronok.
Aktiviti atau bahan untuk peringkat perkembangan

Penekanan penggunaan deria adalah berkesan untuk pelajar bermasalah pembelajaran


pada peringkat ini.

Bahan pengajaran sepatutunya terdiri daripada bahan maujud dan asli.

Sebagai contoh, kanak-kanak diberi peluang untuk merasakan kelembutan bulu arnab
dengan deria sentuhan tangannya. Pengalaman ini menjadikannya lebih memahami
gambaran sebenar rupa arnab.

Selain itu, latihan penggunaan alat-alat muzik dan lukisan adalah membantu kanakkanak menyukai dan menikmati muzik. Kanak-kanak akan belajar mengawal pergerakan
kaki dan tangan mereka dalam persediaan untuk menari.

Bahan-bahan lain yang dapat meningkatkan daya pemikiran kanak-kanak ialah seperti
peta, gambar-gambar binatang dan tumbuh-tumbuhan untuk mereka mengenal pasti
dan membuat klasifikasi.

Latihan pengecam bentuk iaitu kanak-kanak diberikan bingkai atau talam yang dipenuhi
dengan kepingan kayu dalam pelbagai bentuk. Semua bentuk itu dikeluarkan dan
campurkan semuanya. Kanak-kanak dikehendaki memilih bentuk-bentuk yang sama
15

dan memadankannya ke dalam bingkai atau talam. Latihan ini sangat berkesan untuk
melatih kanak-kanak bermasalah pembelajaran mengenali bentuk geometri

Penggunaan kertas pasir membantu kanak-kanak menggunakan jari untuk mengesan


huruf-huruf yang dipotong daripada kertas pasir dan penggunaan huruf abjad membantu
kanak-kanak menyusun huruf-huruf ini supaya menjadi perkataan mengikut kreativiti
masing-masing. Kaedah ini amat bersesuaian dalam pengajaran kanak-kanak yang
bermasalah penglihatan.

Penggunaan alat bantu mengajar seperti benda maujud dan alat audiovisual seperti
televisyen, filem-filem wayang gambar, kad gambar adalah penting dalam pengajaran.
Dengan bahan yang ditunjukkan kanak-kanak dapat menyebut dengan lebih tepat
daripada tanpa gambar.

Teori Behavioris
John B. Watson (1878-1958) merupakan tokoh yang mula membuat penyelidikan tentang
bagaimana proses pembelajaran mempengaruhi perlakuan manusia. Di antara tokoh-tokoh
Behavioris yang lain seperti Pavlov, Thorndike dan Skinner. Teori behavioris menekankan
bagaimana persekitaran mempengaruhi sesetengah tingkah laku kanak-kanak. Dalam teori ini,
guru yang perlu menyediakan stimulus untuk dipelajari serta pengukuhan untuk memastikan
pembelajaran berlaku dengan berkesan. Teori ini dapat digunakan dengan berkesan dalam
mengurus tingkah laku pelajar dan membantu mereka mempelajari tingkah laku yang sesuai.
Sumbangan Teori Pelaziman Klasik Pavlov terhadap Pengajaran Dan Pembelajaran
Mengikut Palvov setiap rangsangan menimbulkan gerak balas. Beliau mengatakan bahawa
pembelajaran berlaku akibat kaitan rangsangan dan gerak balas. Sesuatu rangsangan yang
berkaitan dengan rangsangan yang lain akan mendatangkan pelaziman. Pembelajaran yang
berlaku kerana perkaitan antara dua rangsangan dinamakan pelaziman. Sebagai contoh, jika
16

cara seorang guru mengajar Matematik adalah menarik, pelajar akan memberi perhatian dalam
bilik darjah. Tingkah laku memberi perhatian ini akan dilazimkan, iaitu pelajar akan terus
memberi perhatian apabila guru tersebut mengajar Matematik.
Pelajar boleh mempelajari dengan mengaitkan antara rangsangan dan gerak balas. Ini
bermakna tingkah laku pelajar boleh dilazimkan untuk gerak balas yang diingini atau tidak
diingini oleh guru. Sebagai contoh, apabila guru masuk ke dalam kelas (rangsangan) pelajar
berdiri dan mengucapkan selamat Pagi (gerak balas). Guru pun memuji pelajar. Tanpa arahan
guru, pelajar akan terus melakukan tingkah laku ini setiap kali seorang guru masuk ke dalam
bilik darjah (pelaziman).
Rangsangan dan gerak balas diperkukuhkan melalui latihan. Semakin kerap
rangsangan dikaitkan dengan gerak balas semakin kukuh gerak balas terlazim. Contohnya,
seorang pelajar diberi peneguhan positif dalam bentuk pujian untuk kerja yang kemas. Kerja
yang kemas akan berterusan, walaupun tiada pujian daripada guru. Kaedah ini adalah sangat
sesuai untuk pelajar bermasalah pembelajaran yang amat memerlukan latihan yang banyak
untuk memperkukuhkan ingatan mereka.
Sumbangan Teori Skinner terhadap Pengajaran Dan Pembelajaran
Teori skinner melibatkan mazhab tingkah laku manusia. Pembelajaran boleh dihasilkan secara
berterusan, iaitu rangsangan yang lama atau yang sudah biasa mesti diganti secara berterusan
dengan rangsangan yang baru untuk meneruskan proses pengajaran dan pembelajaran.
Contohnya pengunaan kad perkataan bergambar yang di pamerkan dalam kelas perlu
bertukar dari masa ke semasa dan bukanlah di pamerkan untuk jangka masa yang lama.
Dengan ini jelas bahawa apabila rangsangan dilakukan secara berterusan seperti contoh di
atas minda pelajar akan terangsang dan secara tidak langsung meningkatkan ilmu

17

pengetahuan pelajar mengenai perkara yang di pelajari. Seterusnya kecemerlangan seseorang


pelajar dapat dicapai.
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah guru perlu memberi
peneguhan yang di kemukakan oleh teori skinner ini. Hal ini adalah kerana melalui peneguhan
seperti ini kanak-kanak akan mudah terangsang untuk belajar dengan baik dan secara tidak
langsung pengajaran yang di lakukan oleh guru akan menjadi lebih berkesan. Apabila
pengajaran guru berkesan, pelajar boleh mengikuti proses pembelajaran dengan baik dan
dapat menarik minat pelajar untuk mengikuti pelajaran tersebut. Setelah pembelajaran yang di
jalankan berkesan, dengan ini minda pelajar mudah terangsang sekaligus dapat meningkatkan
kecemerlangan pendidikan seseorang pelajar.
Di samping itu juga, guru perlu menitik beratkan mengenai semangat ingin mencuba
dalam diri kanak-kanak. Melalui pemupukan semangat ingin mencuba dalam proses pengajaran
dan pembelajaran, kanak-kanak dan guru boleh menilai kebolehan atau kemahiran seseorang
kanak-kanak. Menurut skinner semangat ingin mencuba serta peneguhan yang di berikan oleh
guru penting dalam membantu pelajar meningkatkan tahap perkembangan kognitif beliau.
Dalam proses pengajaran guru hendaklah menarik minat pelajar untuk mereka mencuba
melakukan aktiviti yang di jalankan. Sebagai contoh, guru menyuruh kanak-kanak melakukan
aktiviti yang melibatkan pengunaan motor kasar dan motor halus.
Guru perlu menggunakan bahan bantu mengajar yang banyak dan pelbagai untuk
menjadikan rangsangan lebih berkesan dan mendapat gerakbalas yang tinggi daripada kanakkanak terhadap aktiviti yang dijalankan. Aktiviti seperti menyanyi, menari, membuat kolaj, dan
sebagainya boleh menarik minat mereka untuk ingin mencuba. Dalam melakukan aktiviti ini,
guru perlu sentiasa perihatin dan sentiasa memberi rangsangan untuk kanak-kanak terus
berminat dengan aktiviti tersebut. Melalui rangsangan minda yang menarik, kanak-kanak lebih

18

seronok untuk mencuba aktiviti yang diberikan oleh guru. Oleh itu, jelas bahawa kanak-kanak
yang memperolehi rangsangan seperti peneguhan positif, dapat menarik minat untuk
meningkatkan kemahiran dan kebolehan. Apabila kebolehan seseorang kanak-kanak dicapai,
ini bermakna aktiviti yang dijalankan oleh guru adalah berkesan. Secara tidak langsung minda
kanak-kanak terisi dan dapat menerima pelajaran yang diajar dengan baik.
Selain daripada itu, sumbangan skinner dalam proses pengajaran dan pembelajaran
kanak-kanak dalam bilik darjah ialah membolehkan kanak-kanak atau pelajar menghapus
kelemahan diri atau tabiat yang tidak di ingini melalui peneguhan negatif. Walaupun,
peneguhan negatif tidak begitu sesuai untuk pelajar atau kanak-kanak, tetapi ia juga penting
dalam membantu guru untuk menghapuskan tingkahlaku yang tidak diingini dan seterusnya
meningkatkan kefungsian seseorang pelajar. Menurut skinner, kanak-kanak yang telah
memperoleh atau dikenakan peneguhan negatif oleh guru mereka, kanak-kanak tersebut akan
cuba untuk tidak melakukan sesuatu perkara yang menyebabkan mereka menerima peneguhan
negatif lagi.
Perbezaan antara pelaziman klasik dan pelaziman operan
Teori Skinner juga merupakan satu teori yang berasaskan rangsangan dan gerak balas.
Perbezaan antara teori pelaziman klasik Palvov dan teori pelaziman operan Skinner ialah,
dalam teori pelaziman operan Skinner individu akan bertindak balas terhadap persekitaran dan
boleh mengubah persekitarannya. Ini bermakna individu dapat mengawal tingkah lakunya dan
mereka dapat bertindak secara sukarela. Manakala dalam teori pelaziman klasik, individu tidak
dapat mengawal tingkah lakunya dan mereka tidak dapat bertindak secara sukarela.
Ini kerana dalam pelaziman operan, tingkah laku yang terhasil adalah kesan daripada
rangsangan. Cara pembelajaran berlaku kerana kesan tingkah laku yang mempengaruhi
sesuatu pembelajaran. Oleh itu, Skinner mementingkan unsur motivasi dalam teori pelaziman
19

operan beliau. Manakala dalam pelaziman klasik, tingkah laku muncul selepas rangsangan. Ini
adalah kerana rangsangan dan gerakbalas telah dilazimkan. Cara pembelajaran berlaku
kerana rangsangan tidak terlazim dikaitkan dengan rangsangan terlazim.
Prinsip yang penting dalam teori pelaziman operan Skinner ialah jika sesuatu tingkah
laku diingini, ia hendaklah diberi peneguhan. Jika tiada peneguhan, tingkah laku itu akan
terhapus. Skinner mengutamakan konsep peneguhan kerana ia adalah penting untuk
mendapatkan gerak balas yang dihendaki.
Aplikasi Teori Behavioris dalam bilik darjah
a. Rangsangan & Gerak balas dilazimkan
Bagi mempelajari tingkah laku, rangsangan perlu diadakan. Ini bermakna guru
hendaklah menyediakan pelbagai sumber pengajaraan-pembelajaran yang menarik serta
mengkagumkan agar pembelajaran akan berlaku. Oleh itu, guru perlu mementingkan proses
pembiasaan supaya tingkah laku yang dikehendaki dilazimkan. Pembelajaran mudah berlaku
apabila rangsangan dan gerak balas dilazimkan.
Sebagai contoh, mengajar pelajar bermasalah pembelajaran perkataan buku dengan
menunjukkan kad perkataan ditulis buku kemudian diikuti dengan menunjukkan sebuah buku
untuk mendapat gerak balas pelajar. Aktiviti ini diulang beberapa kali hingga pelajar tersebut
dapat menyebut perkataan buku apabila kad perkataan buku sahaja ditunjukkan. Dalam
pembelajaran ini, perubahan tingkah laku berlaku kerana proses pembiasaan. Contoh lain
adalah seperti memberi salam atau mengucapkan selamat pagi, cikgu setiap kali cikgu masuk
ke dalam bilik darjah.

20

b. Rangsangan & Gerak balas dilakukan melalui latihan


Pertalian antara rangsangan dan gerak balas akan bertambah kukuh jika latihan
diadakan. Iaitu sesuatu rangsangan diulangi banyak kali untuk mendapatkan gerakbalas yang
positif. Semakin kerap rangsangan itu dikaitkan dengan gerakbalas, semakin kukuh gerakbalas
terlazim. Memperbanyakkan aktiviti latihan, ulangkaji, aplikasi, serta pengukuhan yang
menyeronokkan. Sebagai contoh, pelajar mengulangkaji rumusan sifirnya, dapat mengingatinya
dengan lebih senang.
c. Menggunakan Konsep Penghapusan
Mengikis tingkah laku pelajar yang tidak dikehendaki dalam bilik darjah. Sebagai contoh,
apabila guru ternampak seorang pelajar Hiperaktif cuba menolak kawannya maka dia terus
memanggil nama pelajar tersebut disusuli dengan gelengan kepala yang memberitahu bahawa
tingkah laku tersebut adalah tidak baik dan perlu diubah atau diperbetulkan. Modifikasi tingkah
laku oleh guru atau ibu bapa perlu untuk memperbetulkan sesuatu tingkah laku pelajar yang
dianggap kurang baik.
d. Menggunakan Peneguhan Positif
Peneguhan positif biasanya digunakan untuk mengukuhkan tingkah laku yang diingini.
Dengan memberi sesuatu ganjaran, menyebabkan perlakuan itu diulangi atau diperkuatkan.
Ganjaran diberi dalam bentuk seperti pujian, hadiah, bintang, poin, gula-gula dan sebagainya.
Sebagai contoh, Apabila pelajar membuat kerja matematik dengan baik, maka guru memberi
peneguhan positif dalam bentuk pujian, senyuman atau hadiah, ini secara tidak langsung akan
merangsang dan memotivasi pelajar untuk terus membuat kerja dengan baik. Pemberian
peneguhan mesti diberikan secara tekal bagi menjamin berulangnya tingkah laku yang positif.
Kesan pembelajaran akan menjadi lebih menyeronokkan dan seterusnya akan
mendorong murid untuk terus belajar dan mendapat pencapaian yang lebih baik. Dengan itu,

21

guru hendaklah menyediakan pelbagai jenis ganjaran bagi meneguhkan pembelajaran muridmurid. Ringkasnya, motivasi amat penting bagi meningkatkan keberkesanan pembelajaran
e. Kesediaan Pelajar
Guru perlu sentiasa menilai aspek kesediaan pelajar. Jika pelajar bersedia belajar, maka
pembelajaran akan menjadi berkesan dan memuaskan. Manakala jika pelajar belum bersedia
untuk belajar atau dipaksa belajar (tanpa rangsangan) maka pembelajaran akan menjadi tidak
berkesan. Oleh itu, adalah sangat penting untuk seseorang guru itu memastikan pelajar
bersedia dari aspek kognitif, fizikal dan efektif. Selain itu, suasana kelas yang kondusif serta
keadaan fizikal kelas yang baik juga turut mempengaruhi kesediaan pelajar untuk belajar. Tidak
ketinggalan juga guru perlu peka akan keadaan dan susun atur pelajar didalam kelas. Sebagai
contoh, tempatkan murid hiperaktif jauh dari kawasan/lokasi yang akan mengganggu
penumpuan mereka seperti di tepi pintu atau tingkap yang boleh mengganggu penumpuan
mereka. Keadaan ini juga akan menjadikan seseorang pelajar itu tidak bersedia untuk belajar
keran terganggu dengan persekitaran luar yang mungkin lebih menarik minat mereka. Oleh itu,
guru perlu melihat aspek kesediaan pelajar dalam bilik darjah untuk memastikan pengajaran
yang berkesan.
Teori Pembelajaran Gestalt / Kognitif
Mazhab Gestalt mementingkan proses dalaman yang berlaku dalam akal fikiran manusia. Ia
mengkaji kebolehan manusia untuk berfikir dan minat manusia terhadap niat, kreativiti dan
jangkaan. Ia juga memfokuskan kepada pengurusan pelbagai pengetahuan dalam proses
penyelesaian masalah dan celik akal. Setiap manusia mempunyai keupayaan mental untuk
mengelola dan menyusun serta mengeluarkan semula segala pengalaman, untuk
membolehkannya memerhati pertalian di antara pengalaman tersimpan dengan masalah yang
dihadapi. Dengan kata lain, setiap manusia menggunakan pengetahuan sedia ada untuk

22

menyelesaikan masalah. Proses pembelajaran dapat disifatkan sebagai pengumpulan,


penyusunan dan penggunaan pengetahuan yang dikeluarkan untuk penyelesaian masalah.
Menurut Woolfolk (1998), ahli psikologi kognitif berpendapat bahawa pembelajaran
adalah proses mental yang aktif untuk mendapat, menyimpan, mengingat dan menggunakan
ilmu. Fokus kajian ahli psikologi kognitif ialah terhadap proses aktif minda individu untuk
memahami persekitarannya. Cara individu berfikir tentang situasi, termasuk kepercayaannya,
jangkaannya dan perasaannya, mempengaruhi cara seseorang belajar. Ahli psikologi kognitif
berpendapat bahawa ilmu pengetahuan yang diperoleh adalah hasil pembelajaran dan kuasa
ilmu yang mendorong seseorang belajar.
Ini bermakna manusia secara aktif memilih mengamal, memberi perhatian, menghindar,
merenung kembali dan membuat banyak keputusan tentang peristiwa-peristiwa yang berlaku
dalam persekitaran bagi mencapai matlamat mereka. Begitu juga, Slavin (1997) menyatakan
pembelajaran adalah proses aktif minda yang berfokus kepada maklumat penting, menapis
maklumat tidak penting dan menggunakan maklumat sedia ada untuk membuat pemilihan.
Ahli-ahli mazhab kognitif yang terdahulu termasuklah Max Wertheimer, Kurt Koffka dan
Wolfgang Kohler. Kohler, dalam kajiannya ke atas cimpanzi yang bernama Sultan, telah
menemui pembelajaran melalui celik akal (insight). Ahli psikologi kognitif yang lain seperti
Edward Tolman, memajukan konsep pembelajaran latent, iaitu pembelajaran berlaku tanpa
peneguhan, yang digunakan juga oleh Jean Piaget, Jerome Bruner, David Ausubel dan Robert
Gagne.
Ahli psikologi kognitif kini berpendapat bahawa pembelajaran melibatkan dua proses
mental penting, iaitu persepsi (pengamatan) dan pembentukan konsep (penanggapan). Gagne
melihat proses pembelajaran sebagai langkah-langkah individu memproses maklumat.

23

Manakala Ausubel pula telah mengemukakan pembelajaran resepsi dan bermakna.


Seterusnya, Bruner mengemukakan pembentukan konsep dan pembelajaran penemuan.
Aplikasi Teori Pembelajaran Kognitif dalam Pengajaran Dan Pembelajaran
1. Berdasarkan Prinsip-prinsip Gagne
Teori pembelajaran Gagne menekankan sistem pembelajaran harus bermula daripada yang
mudah kepada yang rumit Sebelum guru mengajar sesuatu kemahiran yang lebih tinggi, guru
mesti memastikan pelajar telah menguasai kemahiran asas yang perlu untuk pelajaran baru.
i) Pembelajaran isyarat
Dijalankan pada peringkat awal proses pengajaran dan pembelajaran. Setiap individu
mempelajari gerak balas terhadap sesuatu isyarat. Contohnya, apabila seseorang menguap,
kita dapat isyarat dia mengantuk. Apabila guru masuk ke kelas dengan wajah masam atau
muram, murid-muridnya dapat isyarat guru mereka tidak gembira dan tidak suka diganggu.
Pembelajaran berlaku melalui pelaziman tingkah laku. Bila guru masuk ke bilik darjah, semua
murid akan berdiri dan memberi ucapan, selamat sejahtera, cikgu!. Dalam hal ini, murid-murid
telah dilazimkan dengan tingkah laku tersebut. Contoh lain seperti guru menunjukkan objek
dengan menggunakan kad imbasan. Pelajar dikehendaki mengenali objek ini.
ii)Rangsangan gerak balas
Mementingkan peneguhan untuk memperteguhkan pertalian antara rangsangan dengan
gerak balas. Peneguhan mesti diberi secara konsisten dan tekal supaya gerak balas yang
positif dapat dikekalkan. Peneguhan dapat menambahkan kebarangkalian berulangnya sesuatu
tingkah laku, jika ia diberikan selepas sesuatu tingkah laku itu berlaku. Peneguhan boleh
diberikan dalam bentuk kebendaan seperti hadiah dan gula-gula; dalam bentuk sosial seperti
pujian, kata-kata perangsang dan sentuhan; Contohnya, guru memberi pujian kepada murid
24

yang dapat menyiapkan tugasan dengan baik. Peneguhan juga boleh diberi dalam bentuk
token seperti point atau bintang yang boleh ditukar untuk sesuatu ganjaran. Peneguhan juga
boleh diberi dalam bentuk ganjaran atau ekonomi token.
iii) Rangkaian motor
Guru harus mengajar sesuatu kemahiran secara berulang dalam urutan yang spesifik. Ia
adalah penting dalam subjek Pendidikan Jasmani, Kemahiran Hidup, Muzik dan Pendidikan
Seni. Sebagai contoh, kemahiran memakai baju berbutang perlu diajar mengikut kemahirankemahiran kecil dalam urutan yang spesifik. Teknik yang boleh digunakan ialah analisis
tugasan.
iv) Diskriminasi
Diskriminasi adalah penting dalam penguasaan konsep. Pelajar harus dapat membezakan
ciri-ciri penting dalam satu kategori dengan kategori yang lain. Contohnya, pelajar boleh
membezakan bentuk, saiz, atau warna yang berlainan.
2. Berdasarkan Prinsip-prinsip Bruner
Teori Bruner mementingkan pembelajaran melalui penemuan bebas atau penemuan
berpandu, atau latihan penyiasatan. Bruner mementingkan aspek-aspek seperti cara manusia
berinteraksi dengan persekitaran dan pengalamannya, perkembangan mental manusia dan
pemikiran semasa proses pembelajaran, pembelajaran induktif untuk menguasai konsep atau
kategori dan sebagainya.
Dalam Teori Bruner, terdapat 3 peringkat pembelajaran iaitu peringkat enaktif (0-2
tahun), peringkat ikonik (2-4 tahun) dan peringkat simbolik (5-7 tahun). Peringkat enaktif ialah
pembelajaran melalui tindakan iaitu melalui tindakan manipulatif kerana ia belum lagi
melibatkan bahasa. Kanak-kanak dalam lingkungan umur ini menggunakan anggota deria untuk

25

menyelesaikan masalah. Sebagai contoh, kanak-kanak mudah tertarik kepada objek-objek yang
berwarna-warni dan menggunakan anggota badan untuk mendapatkannya. Kanak-kanak
terpaksa memegang dan merasa objek seperti barang permainan untuk memahami tentang
persekitaran mereka.
Manakala peringkat ikonik digunakan untuk kanak-kanak yang lebih berusia. Di
peringkat ini, kanak-kanak tidak perlu menggunakan aksi dan anggota badan tetapi boleh
membayangkan sesuatu situasi. Mereka mempunyai kebolehan mental untuk menggambarkan
dan membayangkan sesuatu dalam fikiran dan menyimpan imej dalam fikiran mereka. Sebagai
contoh, kanak-kanak boleh melukis gambar epal tanpa melihat epal, kerana dia melukis gambar
berdasarkan bayangan atas imej yang disimpan dalam otaknya. Kanak-kanak ini juga dapat
membentuk penanggapan dan membina gambaran mental. Sebagai contoh, kanak-kanak tahu
bahawa pisau adalah tajam dan boleh melukakannya. Walau bagaimanapun, bagi kanak-kanak
yang bermasalah pembelajaran kemungkinan besar mereka tidak tahu ciri-ciri kebahayaannya.
Pada peringkat simbolik, kanak-kanak boleh memindahkan pengalaman mereka ke
dalam bentuk bahasa. Mereka dapat berfikir secara abtrak dan membuat penaakulan logik.
Bruner merumuskan bahawa pembelajaran kanak-kanak mengikut urutan enaktif kepada ikonik,
dan kepada simbolik. Beliau mengesyorkan agar pengajaran guru mengikut urutan ini. Guru
perlu memberikan pengalaman, diikuti dengan penyampaian konkrit dan akhirnya persembahan
dalam bentuk simbol. Ketiga-tiga proses ini saling berkaitan dan membantu kanak-kanak untuk
menyelesaikan masalah. Satu contoh situasi pembelajaran mengikut urutan ini adalah seperti
berikut:

26

Enaktif kemahiran berbasikal.

Ikonik membayangkan cara berbasikal dengan baik.

Konkrit dapat menceritakan pengalaman berbasikal dalam bentuk


bahasa kepada rakan sebaya.

i) Pembelajaran melalui penaakulan induktif


Guru perlu menggunakan contoh-contoh yang spesifik supaya pelajar dapat membentu
prinsip yang umum. Misalnya, memberi contoh-contoh tentang bentuk segi tiga dan bentuk
bukan segi tiga, pelajar akan memahami dengan lebih mendalam tentang prinsip-prinsip
penting bentuk segi tiga.
ii) Memberi contoh-contoh yang berkaitan dan tidak berkaitan dengan konsep
Pelajar dapat melihat persamaan dan perbezaan idea-idea sesuatu konsep. Contohnya,
apabila guru mengajar konsep mamalia, guru perlu memberi contoh manusia, anjing, kucing
sebagai binatang mamalia dan buaya, katak dan ular sebagai contoh bukan mamalia. Pelajar
diminta supaya memberi contoh-contoh lain dan untuk menjelaskan perbezaan ciri-ciri antara
mamalia, dan reptilia.
iii) Penglibatan pelajar
Memberi peluang pelajar libatkan secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Contohnya, menggalakkan pelajar bertanya, main peranan, berlakon dan sebagainya.
Penglibatan diri yang aktif dapat meningkatkan minat belajar pelajar. Guru perlu menggalakkan
keinginan menyoal dan perasaan ingin tahu pelajar dalam proses mempertimbangkan
kelemahan dan kekuatan mereka.

27

iv) Menggunakan alat bantu mengajar


Guru perlu menggunakan alat bantu mengajar yang sesuai dan pelbagai. Contohnya,
bahan audiovisual dan konkrit seperti gambar, benda maujud, vcd, model, kad imbasan dan
lain-lain. Di samping itu, guru mesti menggunakan perbendaharaan kata yang jelas, mudah
difahami dan pengalaman langsung pelajar dalam pengajarannya. Perkara yang hendak
disampaikan mestilah mudah difahami. Penggunaan gambar, rajah, lakaran atau alat teknologi
dapat menolong pelajar bukan sahaja menumpukan perhatian tetapi juga mendorong
pembelajaran dengan membaca atau membincangkan perkara yang dipelajari. Dengan cara
begini guru boleh menjadikan bilik darjahnya kaya dengan pengalaman yang berfaedah dan
mencabar.
v) Mengajar mengikut kebolehan pelajar
Guru perlu mengubahsuaikan kaedah dan strategi pengajaran mengikut tahap dan
kebolehan pelajar. Contohnya, banyak menggunakan bahan bantu mengajar dalam bentuk
gambar yang besar dan berwarna-warni untuk pelajar bermasalah pembelajaran. Pengajaran
mesti disampaikan selangkah demi selangkah dan mengikut urutan kesinambungan yang padu.
Guru perlu menyusun pelajaran daripada yang mudah kepada yang susah atau daripada konkrit
kepada abstrak. Guru mesti mengajar pelajar tahap rendah dalam urutan enaktif kepada ikonik
dan seterusnya kepada simbolik.
Teori Pembelajaran Sosialis / Teori Permodelan Bandura
Teori pembelajaran sosialis diasaskan oleh Albert Bandura dan Richard Walters. Juga dikenali
sebagai teori pemerhatian atau teori peniruan. Menggabungkan peneguhan behavioris dengan
psikologi kognitif dalam pembelajaran yang sistematik. Pendekatannya menggunakan
pemikiran dalaman dan bukan semata-mata bergantung kepada pelaziman dan operan. Aspek
yang penting ialah pemerhatian gerak balas yang ditonjolkan oleh orang lain. Tingkah laku
28

orang lain boleh dipelajari melalui bahasa, contoh dan teladan. Pendek kata, manusia belajar
melalui pemerhatian dan peniruan. Pembelajaran melalui peniruan juga dikenali sebagai
pembelajaran pencerapan (observational learning) iaitu perolehan tingkah laku atau
pengubahsuaian tingkah laku setelah memerhatikan tingkah laku tingkah laku model. Bandura
(1977), menjelaskan bahawa seorang individu akan meniru sesuatu tingkah laku jika dia
memperolehi kepuasan dan peneguhan yang tinggi.
Apabila individu meniru manusia lain (model), status atau darjah model tersebut mesti
tinggi. Ini bermakna model yang ditiru biasanya seorang yang terkenal dan berjaya, bukan
seorang perompak atau pembunuh. Remaja suka mengidentifikasi diri dan meniru tingkah laku
penyanyi kerana faktor umur dan jantina yang sama. Pemerhatian merupakan satu proses
pembelajaran yang berkesan. Biasanya kanak-kanak belajar dengan cepat dengan meniru ibu
bapa atau adik-beradik untuk mempelajari tingkah laku yang mudah seperti menggosok gigi,
memakai kasut dan sebagainya. Proses ini juga dinamakan modeling. Terdapat empat proses
pembelajaran boleh berlaku:
i) Proses Perhatian
Pendedahan sahaja tidak menjamin pembelajaran akan berlaku. Pelajar juga perlu
memberi perhatian kepada model. Beberapa pembolehubah telah didapati mempengaruhi
perhatian pelajar termasuk keistimewaan dan daya penarik model, peneguhan-peneguhan
lepas yang diberi kepada pemerhati ekoran daripada memerhati model yang serupa. Keadaan
psikologi pemerhati dan tingkah laku kompleks yang akan dimodelkan. Aspek yang sering
diperhatikan dan ditiru ialah seperti gaya pakaian, tingkah laku, kebolehan, kemahiran, sikap
dan sebagainya.

29

ii) Proses Penyimpanan Ingatan


Pemerhati mesti berkeupayaan mengingat kembali apa yang dilakukan oleh model.
Fasa mengingati apa yang diperhatikan melalui latihan dan ulangan. Misalnya, seorang guru
seni menunjukkan cara membuat kolaj. Pelajar kemudian meniru cara guru membuat kolaj.
iii) Proses Pengeluaran Semula
Pemerhati mesti menggunakan ingatan untuk membimbing tingkah laku sebenar.
Contohnya, seorang pelajar membuat kolaj mengingat langkah-langkah yang diperhatinya
dalam pembelajaran. Walaupun ingatan kembali itu betul, prestasi dipengaruhi oleh keupayaan
fizikal dan keupayaan atau kefungsiaan seseorang pelajar. Jikalau guru itu berada di sisi dan
boleh memberi maklum balas mengenai kemahiran-kemahiran yang harus diperbaiki,
pembelajaran akan berlaku dengan lebih cepat lagi. Oleh itu, keupayaan dan maklum balas
adalah penting sebagai proses bimbingan semasa pengajaran dijalankan.
iv) Proses Motivasi
Walaupun individu itu telah menguasai dan mengekalkan sesuatu tingkah laku dia tidak
akan bertingkah laku sedemikian jikalau tidak mendatangkan kepuasan kepada dirinya. Pada
fasa ini, pelajar akan meniru tingkah laku model sekiranya peneguhan diberikan kepada tingkah
laku yang ditunjukkan. Misalnya, pelajar akan meniru membuat kolaj apabila diberi pujian
kerana dia tahu tingkah lakunya disukai oleh guru maka dia akan melakukannya untuk
mengambil hati guru. Kesungguhan pelajar akan bertambah lagi apabila model(guru) turut
memberi peneguhan sebagai perangsang untuk meningkatkan motivasi pelajar.
Dalam Teori Modeling Bandura, peniruan boleh berlaku sama ada secara langsung atau
tidak langsung. Proses peniruan secara langsung berlaku dengan memerhatikan tingkah laku
model. Bandura mengatakan bahawa model boleh berada di depan mata atau wujud dalam

30

khayalan individu. Manakala peniruan secara tidak langsung boleh berlaku dengan cara melihat
gambar, filem, televisyen, video atau mendengar huraian yang menggunakan bahasa. Sebagai
contoh, kanak-kanak yang melihat program televisyen yang penuh dengan keganasan mungkin
meniru tingkah laku keganasan model dalam program tersebut. Kanak-kanak juga membuat
identifikasi dengan ayah dan ibu, dan meniru gaya mereka dari segi percakapan, berpakaian
dan sebagainya. Remaja pula membuat identifikasi dengan personaliti yang mereka agungagungkan dalam pelbagai aspek kehidupan seperti pemimpin, penyanyi atau bintang filem.
Jenis
Peniruan

Huraian
Meniru tingkah laku yang

Contoh
Ahmad meniru cara Ramlah

langsung

ditonjolkan oleh model

menulis dengan kemas dan


cantik.

Peniruan tak

Meniru tingkah laku watak-watak

Jane meniru watak kartun

langsung

dalam televisyen, buku dan

bercakap.

(simbolik)

filem.

Peniruan

Mewujudkan tingkah laku

Jehan melihat abang

gabungan

dengan menggabungkan

menggunakan kerusi untuk

tingkah laku peniruan yang

mengambil buku. Dia juga melihat

berlainan.

ibu membuka pintu almari. Dia


meniru dengan berdiri di atas
kerusi dan membuka pintu almari.

Aplikasi Teori Pembelajaran Sosialis dalam Pengajaran Dan Pembelajaran


i) Guru sebagai role model dan model simbolik
31

Guru menjadi role model yang baik bagi menerapkan tingkah laku dan sikap yang ingin
ditiru oleh pelajar. Oleh itu, guru mesti memastikan dia mempunyai tingkah laku dan perwatakan
yang positif supaya pelajar dapat menirunya. Guru perlu memberi perhatian terhadap aspekaspek seperti cara pertuturan, cara berpakaian, ketepatan masa, sopan-santun serta
personaliti dan konsep kendiri yang positif. Pelajar juga boleh belajar dari model simbolik guru.
Ini bermakna pelajar boleh meniru secara langsung dari contoh-contoh pengajaran yang
diberikan oleh guru. Guru perlu menunjukkan yang dia betul-betul berminat untuk mengajar
mereka.
ii) Modifikasi tingkah laku
Pemodelan ialah satu cara modifikasi tingkah laku. Guru boleh menunjukkan teladan
yang baik seperti bersopan-santun, jujur, ikhlas dan amanah. Apabila pelajar meniru tingkah
laku ini, guru perlu memberi peneguhan untuk melazimkan tingkah laku itu.
iii)Peniruan tidak langsung
Oleh kerana pelajar juga belajar daripada model tidak langsung seperti televisyen dan
filem, Guru boleh memilih jenis program atau rancangan VCD yang sesuai untuk ditonton oleh
pelajar. Belajar melalui televisyen dapat menarik minat pelajar belajar.
iv) Contoh dan hasilan yang baik
Dalam mata pelajaran tertentu, seperti Kemahiran Hidup dan Seni Lukis, guru perlu
menunjukkan contoh-contoh hasilan yang bermutu tinggi. Guru perlu mendemonstrasi cara
membancuh minuman panas jika ingin mengajar pelajar kemahiran membancuh minuman
panas, pelajar memerhati dan meniru secara langsung.
v) Peniruan melalui main peranan dan simulasi

32

Guru boleh mengajar nilai dan peranan watak-watak yang penting melalui situasi main
peranan dan simulasi. Pelajar dapat meniru tingkah laku yang positif secara tidak langsung
yang ditunjukkan oleh watak-watak itu. Main peranan dalam situasi bilik darjah harus
menggunakan situasi realistik dan perlu diaplikasikan dalam situasi yang sebenar.
vi) Rakan sebaya sebagai model
Guru boleh menggunakan pelajar-pelajar yang popular untuk menunjukkan tingkah laku
model bagi pelajar-pelajar lain. Contoh, seorang pelajar hiperaktif telah menunjukkan tingkah
laku yang baik iaitu membuat model yang cantik tanpa mengganggu orang lain. Pelajar itu
diberi pujian supaya dia boleh merasai satu kejayaan dan cuba untuk mengulangi tingkah laku
sedemikian. Pelajar-pelajar lain akan meniru tingkah laku yang baik itu kerana ingin mendapat
pujian daripada guru juga. Contoh lain seperti apabila mengadakan kerja kumpulan, pasangkan
pelajar yang berkeupayaan tinggi dengan mereka yang lemah supaya tingkah laku pelajar
cekap dapat dicontohi oleh pelajar yang lemah.
Teori Pembelajaran Humanis
Tokoh yang mempelopori Teori Humanisme ialah Abraham Maslow dan Carl Rogers.
Menurut ahli humanisme, teori behaviorisme yang menyamakan manusia dengan mesin telah
mengabaikan aspek kemanusiaan dalam pendidikan. Teori ini telah mengubah pandangan
pendidik terhadap proses pembelajaran dan pelajar dalam melaksanakan tugas pendidikan.
Mazhab Humanis menekankan keunikan dan individualiti seseorang pelajar. Ini bermakna
Mazhab Humanis mementingkan aspek perbezaan individu, iaitu cara pengajaran dan
pembelajaran disusun mengikut kehendak dan perkembangan emosi individu.
Setiap individu adalah unik dan mempunyai perasaan, emosi, cita-cita peribadi serta
perhubungan yang khusus dengan orang lain. Kefahaman tentang pengalaman peribadi
seseorang diperolehi daripada komunikasi dengan individu tersebut. Dari segi pendidikan dan
33

persekitaran pembelajaran, teori humanistik menyokong perkembangan dan kesempurnaan diri


setiap pelajar. Mereka berpendapat bahawa manusia ada keupayaan untuk mengarahkan
dirinya dan berpotensi untuk mengubahnya. Satu ciri lagi yang ditegaskan oleh ahli-ahli teori
humanistik ialah keinginan manusia untuk mencapai matlamatnya, untuk membentuk sistem
nilai yang dianggap penting selain daripada keperluan-keperluan asasnya seperti fisiologi,
keselamatan, kasih sayang dan penghormatan diri.
Teori pembelajaran humanis menekankan afektif dan perbezaan individu dalam
pembelajaran. Pengamatan seseorang tentang sesuatu peristiwa adalah penting dalam
pendekatan humanis. Prinsip utama dalam teori ini ialah setiap orang bertanggungjawab untuk
proses dan kemajuan pelajarannya. Perasaan dan perkembangan emosi adalah sangat penting
sebagai asas kepada perkembangan aspek yang lain seperti kognitif dan sosial. Emosi yang
sihat merupakan unsur yang penting sebelum pelajar itu bersedia untuk mempelajari sesuatu.
Manusia dikatakan mempunyai potensi yang digandingkan dengan desakan untuk
merealisasikan potensi ini dalam bentuk tingkah laku. Desakan yang sentiasa mengarahkan
kepada pertumbuhan ini telah dijelaskan oleh Maslow dalam Teori Hiraki Keperluan. Maslow
telah mengemukakan tujuh jenis keperluan yang disusun mengikut keutamaan. Setiap
keperluan yang asas harus dipenuhi sebelum keperluan pada tahap yang lebih tinggi wujud.
Misalnya, individu sentiasa berusaha untuk memenuhi keperluan fisiologi untuk meningkatkan
fungsi fizikalnya. Kesempurnaan kendiri merupakan keperluan yang berada di tahap yang
paling atas. Apabila semua keperluan di peringkat bawah dipenuhi, manusia akan berusaha
mengoptimumkan potensi diri dan akhirnya bebas mengekspresi diri.
Seseorang guru yang bijak serta cekap perlu mengawas serta meneliti sama ada pelajarnya
telah memperolehi keperluan-keperluan asas. Sebarang kekurangan yang terdapat pada
keperluan asas pelajar sudah tentu akan menjejaskan prestasi akademiknya dan mengganggu

34

pembelajarannya. Begitu juga dengan keperluan-keperluan yang lebih tinggi dalam hierarki
Maslow, tidak dapat dipenuhi selagi keperluan-keperluan yang lebih asas belum sempurna.
Carl Rogers sebagai ahli Teori Humanistik mempunyai kepercayaan bahawa sahsiah
boleh diubah dengan kesedaran melalui tekanan terhadap individu dan perkembangan dirinya.
Mengikut beliau konflik akan timbul apabila seseorang menghadapi tekanan dari alam
sekelilingnya yang bertentangan dengan minat dan keinginannya. Dorongan dalaman memaksa
individu bertindak untuk membuat penyesuaian dan menyelesaikan konflik yang dihadapinya.
Aplikasi Teori Pembelajaran Humanis dalam Pengajaran Dan Pembelajaran
i) Aspek perbezaan individu dalam proses pengajaran dan pembelajaran
Guru perlu merancang strategi pengajaran dan pembelajaran yang sejajar dengan
kebolehan pelajar. Jika pelajar lemah, strategi pemulihan digunakan dan jika pelajar pandai,
strategi pengayaan digunakan. Guru perlu memahami perasaan dan pemikiran pelajar.
Contohnya, emosi pelajar bermasalah pembelajaran adalah mudah tersinggung, maka guru
perlu menyesuaikan strategi pengajaran mengikut perkembangan mereka. Guru perlu
mengenal pelajar-pelajarnya dari segi kelebihan serta kelemahan mereka, dan keperluankeperluan mereka. Guru harus memastikan pelajar betul-betul bersedia dari segi fizikal, mental,
dan emosi sebelum memulakan pengajaran. Pelajar tidak dapat memberikan tumpuan serta
tidak bermotivasi untuk belajar sekiranya keperluan asas mereka tidak dipenuhi. Selain itu, guru
harus sentiasa memberi pengiktirafan dan kepercayaan kepada keupayaan pelajar dalam
menentukan matlamat pembelajaran dan merancang tindakan untuk mencapai matlamat
tersebut.
ii) Meningkatkan harga kendiri yang positif

35

Tugas guru yang paling penting ialah meningkatkan konsep kendiri pelajar, mengajar
secara bertimbang rasa, sabar dan dengan penuh kasih sayang. Guru mesti memastikan
pelajar dapat membina konsep kendiri yang positif dengan membina suasana yang bebas
daripada ancaman dan ketegangan. Contohnya, pelajar hiperaktif memerlukan suasana
pembelajaran yang tenang dan tidak terganggu. Guru tidak boleh mengkritik dan memarahi
pelajar tetapi sebaliknya perlu megiktiraf kejayaan pelajar. Guru harus meningkatkan motivasi
intrinsik pelajar untuk belajar. Sentiasa memberi pujian dan galakan kepada pelajar yang
bertingkah laku baik.
iii) Aspek komunikasi dalam bilik darjah
Guru perlu mengadakan komunikasi intra-personal yang jujur dengan pelajar dalam bilik
darjah, membina hubungan yang positif dengan mereka dan mengekalkan keadaan yang
harmoni di dalam perhubungan dengan mereka. Guru perlu melihat kesan emosi dan kesan
afektif dalam situasi pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, guru juga perlu mengemukakan
soalan yang berbentuk divergen dalam bilik darjah untuk lebih memahami tahap pemikiran
pelajar.
iv) Peranan guru
Guru harus sentiasa mengekalkan keadaan yang harmoni di dalam perhubungannya
dengan murid. Guru perlu mengenali pelajar-pelajarnya dari segi kelebihan serta kelemahan
mereka, dan keperluan-keperluan mereka. Di samping itu, menunjukkan sifat-sifat peribadi yang
boleh dicontohi oleh pelajar seperti jujur, ikhlas dan amanah. Selain itu, guru perlu mendapat
kepercayaan pelajar dengan menggalakkan perhubungan yang baik sesama mereka. Sentiasa
bersabar semasa menjalankan tugasnya dan berusaha untuk mengelakkan salah faham di
antara pelajar-pelajar dan dirinya. Ini bermakna guru harus mempunyai perasaan empati dan
mengambil berat tentang diri pelajar. Selain prihatin terhadap keperluan pelajar, guru harus
36

bersedia mendengar pandangan pelajar, mewujudkan hubungan yang harmoni dengan pelajar
dan membina satu persekitaran pembelajaran yang selamat dan bermakna.

37

Anda mungkin juga menyukai