Anda di halaman 1dari 8

Bab 1

Tugas Instalasi Hidraulik


HIDRAULIK

Sistem hidraulik pada hari ini digunakan dalam industri industri pengeluaran dan
pembuatan yang moden.

Apakah yang dimaksudkan dengan hidraulik?

Hidraulik bermaksud menjana daya dan pergerakan menggunakan bendalir


hidraulik.

Bendalir hidraulik berfungsi sebagai media untuk memindahan kuasa.

Objektif buku ini ialah untuk mengajar tentang hidraulik dan persekitaran
applikasi. Kita akan bermula dengan menyenaraikan persekitaran applikasi
hidraulik yang utama.

Perbezaan asas dibuat diantara

 Hidraulik setempat

 Hidraulik bergerak

Hidraulik bergerak ialah satu sistem yang bergerak atas roda atau trak ,
manakala hidraulik setempat ialah sistem yang dipasang tetap disatu satu lokasi
tertentu. Pada kebiasaanya ciri-ciri hydraulic bergerak ialah injap injapnya
dikawal secara manual, manakala hidraulik tetap, kebanyakanya menggunakan
injap solenoid.

Bidang lain dimana system hidraulik digunakan ialah pelayaran, perlombongan


dan kapal terbang. Untuk kapal terbang ciri ciri keselamatan menjadi faktor
kritikal dalam menggunakan sistem hidraulik.
Hidraulik Tetap

Berikut adalah bidang aplikasi yang penting untuk hidraulik tetap:

 Pengeluaran dan pemasangan mesin pelbagai jenis


 Talian pemindahan
 Perkakasan mengangkat dan gerak
 Mesin bertekanan tinggi
 Mesin suntikan acuan
 Mengangkat beban

Binaan Mesin dimana bahagian yang biasa diaplikasi

Dalam mesin CNC yang moden, “tools” dan bendakerja boleh diikat
menggunakan sistem hidraulik. Bahagian “feed” dan “spindle” juga
menggunakan sistem hidraulik.
Hidraulik Bergerak

Aplikasi yang menggunakan hidraulik bergerak termasuk

 Mesin binaan
 “Tippers”, “excavator” dan “elevating platforms”
 Alat mengangkat dan gerak
 Mesin pertanian

Ada banyak jenis mesin hidraulik dalam industri binaan. Contoh pada mesin
excavator, bukan saja untuk gerakan (seperi mengangkat, mengepit dan ayunan)
dilakukan secara hidraulik tetapi mekanisme untuk mengawal gerakan juga
dikawal secara hidraulik. Untuk pergerakan secara lurus boleh dihasilkan dengan
cylinder manakala untuk pergerakan putaran melalui(motor, “rotary drive”)
hydraulic.
Perbandingan hidraulik dengan media kawalan lain

Ada beberapa teknologi lain selain hidraulik yang boleh digunakan dalam kontek
teknologi kawalan (“Control technology”) untuk menghasilkan daya, pergerkan
dan isyarat:

 Mekanikal
 Elektrikal
 Pneumatik

Adalah penting untuk mengetahui bahawa setiap teknologi mempunyai kelebihan


tersendiri dalam tugas tugas tertentu.

Perbandingan ini mendedahkan kelebihan dan kekurangan yang penting bagi


sistem hidraulik:

 Pemindahan tenaga yang besar menggunakan komponen yang kecil


 Kedudukan yang tepat
 Beroperasi dalam beban yang berat
 Pergerakan yang tetap walaupun tiada beban, (diingatkan bahawa
bendalir tidak mudah dimampat )
 Operasi yang lancar untuk “extend” dan “retract”.
 Kawalan yang baik
 Proses pembuangan haba yang baik.

Berbanding dengan teknologi lain, hidraulik mempunyai beberapa kelemahan

 Pencemaran alam sekitar disebabkan oleh pengantian minyak


 Sensitive kepada kotoran
 Bahaya disebabkan oleh tekanan melampau
 Faktor kecekapan sistem yang kurang
Elektrik Hidraulik Pneumatik
Kebocoran Pencemaran Tidak memberi
kesan jika berlaku
kehilangan tenaga
Kesan alam Risiko berlaku Sensitif jika suhu Tidak sensitive
sekitar letupan di tidak stabil, risiko kepada suhu,
bahagian kebakaran jika tidak akan berlaku
bahagian tertentu, berlaku letupan.
sensitive kepda kebocoran.
suhu.
Simpanan Tenaga Susah, hanya Terhad, dengan Mudah
dalam kuantiti bantuan gas
yang kecil (bateri)
Pemindahan Tidak terhad Sehingga 100m Sehingga 1000m
Tenaga walaupun kadar aliran v = 2- kadar aliran v =
kehilangan tenaga 6m/s, kelajuan 20-40m/s,
isyarat sehingga kelajuan isyarat
1000m/s sehingga 20-40
m/s
Kelajuan Operasi V=0.5m/s v=1.5m/s
Kos Sumber 0.25 1 2.5
Tenaga Low High Very High
Pergerakan Linear Susah dan mahal, Mudah Mudah
daya kecil, mengunakan mengunakkan
kelajuan perlu selinder, kewalan selinder, daya
dikawal dengan kelajuan yang terhad, kelajuan
komponen khusus baik, daya yang yang laju,
yang mahal besar. bergantung
kepada beban.
Pergerakan Mudah dan Mudah, Mudah, tidak
putaran berkuasa mementom cekap, kelajuan
putaran tinggi, tinggi.
kelajuan rendah
Ketepatan Tepat sehingga Tepat sehingga Tanpa beban
kedudukan +/- 1micro meter +/- 1 micrometer perubahan
dan mudah untuk dan boleh dicapai ketepatan
dicapai bergantung sehingga 1/10 mm
kepada peralatan
yang digunakan
Kestabilan Nilai yang tepat Sangat tepat, Rendah, udara
boleh dicapai minyak tidak boleh mudah dimampat
dengan dimampat,
pengabungan tekanan lebih
mekanikal tinggi daripada
pneumatic
Daya Tidak boleh tahan Perlindungan Perlindungan
beban ampau. terhadap beban terhadap beban
Kecekapan lampau, dengan lampau, daya
rendah sistem bertekanan dihadkan kepada
disebabkan oleh tinggi sehingga F < 30kN pada 6
disambung 600 bar, boleh bar.
dengan komponen menjana daya
mekanikal. Daya yang besar
yang tinggi boleh F=3000kN
dicapai