Anda di halaman 1dari 3

Baca petikan di hawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang faktor-faktor

pemilihan Malaysia sebagai destinasi pelancongan kesihatan dan faedah-faedah


industri pelancongan kesihatan kepada negara kita Panjangnya rumusan hendaklah tidak
melebihi 120 patah perkataan.
Bersesuaian dengan langkah transformasi ekonomi negara yang memerlukan
pendekatan strategi menyeluruh, kerajaan melaksanakan usaha sama dalam pelbagai bidang
yang menjadi teras ekonomi negara. Kerjasama yang terjalin antara sektor kesihatan dengan
sektor pelancongan telah merancakkan industri pelancongan kesihatan, iaitu lebih banyak
pelancongan pelancong dari serata dunia berkunjung ke Malaysia bagi mencari penawar
untuk pelbagai masalah kesihatan selain memenuhi agenda pelancongan mereka. Hal ini
dipengaruhi oleh faktor kebanyakan hospital di negara ini mendapat pengiktirafan di
peringkat antarabangsa.
Sebagai sebuah negara yang mempunyai tahap kualiti perubatan yang tinggi,
Malaysia mempunyai potensi yang sangat besar untuk menarik lebih banyak pelancong
kesihatan. Hal ini demikian kerana negara kita sememangnya mampu menyediakan
perkhidmatan kesihatan yang terbaik dan seterusnya menjadi peneraju industri ini di rantau
Asia Tenggara. Kemajuan dalam perkhidmatan perubatan swasta bernilai tambah yang
mempunyai potensi untuk menjadi sumber penjanaan perkhidmatan tersebut. Selain itu,
negara kita mempunyai pakar perubatan antara yang terbaik di dunia.Tambahan pula, caj
rawatan di sini lebih murah berbanding dengan negara negara maju.
Keyakinan pelancong kesihatan terhadap mutu rawatan di negara kita didorong oleh
pengiktirafan Kualiti Kesihatan Persatuan Perubatan Malaysia (MSQH) serta standard MS
IS09002. Pengiktirafan tersebut dimiliki oleh pengamal perubatan tempatan yang memenuhi
piawaian Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Sehubungan dengan itu, Malaysia amat
sesuai sebagai destinasi pelancongan kesihatan kerana terdapat banyak pusat perubatan
persendirian yang lengkap dengan peralatan canggih dan doktor pakar yang berpengalaman
dan berpengetahuan tinggi. Lebih istimewa, pusat perubatan swasta di Malaysia menawarkan
pelbagai pilihan penginapan kerana kos penginapan hospital bergantung pada pilihan pesakit
sama ada mahu memilih penginapan yang mewah atau penginapan yang selesa dengan
bayaran yang berpatutan. Para pelancong kesihatan turut mendapat layanan bertaraf dunia
daripada pusat perubatan swasta tempatan.
Bagi memperkasakan industri ini agar lebih berdaya saing dan menawarkan
perkhidmatan yang relevan dengan keperluan semasa, KKM telah memperuntukkan undangundang baharu untuk mentadbir penjagaan kesihatan. Usaha penambahbaikan sektor
pelancongan kesihatan melibatkan pemberian kuasa tambahan kepada MajlisKesihatan
Malaysia sekali gus akan mempertingkatkan fungsinya. Bagi memastikan jumlah pelancong
kesihatan meningkat dalam kadar yang lebih tinggi tahun ke tahun, kerajaan mengkaji
kemungkinan untuk meminda undang-undang agar dapat membantu pengamal
perubatanmempromosikan perkhidmatan mereka di luar negara.
(Dipetik dan diubah suai daripada
'Sinergi Sektor Kesihatan dengan Pelancongan'oleh Hanafi Timan, Dewan Ekonomi, Oktober
2010)

Panduan skema jawapan

Pendahuluan: [2 markah]
Petikan membincangkan keistimewaan/kelebihan Malaysia sebagai destinasi pelancongan
kesihatan berbanding dengan negara lain/di peringkat antarabangsa. [2 m]
Petikan membincangkan punca/sebab/alasan
pelancongan kesihatan [1 m]

Malaysia

dipilih

sebagai

destinasi

Petikan membincangkan punca Malaysia dipilih sebagai destinasi pelancongan.*[0 m]


(tidak merujuk pelancongan kesihatan=0m)
Isi tersurat :- ( 4 - 12 markah)
1. kebanyakan hospital di negara ini mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa.
2. mempunyai tahap kualiti per ubatan yang tinggi.
3 . Kemajuan dalam perkhidmatan perubatan swasta.
4. mempunyai pakar perubatan antara yang terbaik di dunia.
5. caj rawatan di sini lebih murah berbanding dengan negara negara maju.
6. pengiktirafan Kualiti Kesihatan Persatuan Perubatan Malaysia (MSQH) serta
st a n d a r d M S I S 0 9 0 0 2 .
7. banyak pusat perubatan persendirian yang lengkap.
8. pusat perubatan s wast a d i Ma laysi a me na war k an pe lb ag ai p il ih an
p e n gi na pa n .
9 . p ara pelancong kesihatan tu r u t me nd ap at layan a n b e r ta raf d un ia .
I si te r s ir at :( 4 - 1 2 m ar ka h)
1.
2.
3.
4.
5.
6.

me nj an a pe nd ap at a n / e ko no mi n e g ar a.
me ni ng ka t ka n im e j ne ga ra di ma ta d un ia .
me na mb ah pe lu an g pe ke r j aa n.
me ranc ak ka n bi da ng Pe nyel id i ka n da n Pe mb an gu n an ne ga ra (R & D) .
me mb an tu keg ia ta n in du st r i be r ka it an de ng an p e l an co ng an n e g ar a.
me ni ng ka t ka n pe mb an gu na n pr as ar an a/ in fr as t r u k t ur n e g ar a.

Kes im pu la n : [ 2 m ]
S e t ia p
rakyat
h e n da kl ah
be ke r j as am a
u nt uk
me m aj uk an
i nd us tr i
p e l an co ng an
kes ih at a n a ga r Ma laysi a
terus
me nj ad i
pe r ha ti an
p ar a
p e l an co ng a si ng .
Soalan 2 (a) Petikan Umum. ( Masih soalan pemahaman berdasarkan Soalan SPM
November 2012)
1.

Apakah maksud rangkai kata strategi

menyeluruh?
( 2 markah )

2.
Pengarang menyatakan beberapa usaha kerajaan untuk memajukan sektor
pelancongan kesihatan. Nyatakan usaha-usaha tersebut.
( 3 markah )
3.
Jelaskan pendapat anda tetang dua peranan media untuk memajukan industri
pelancongan kesihatan di negara ini ?
( 4 markah )
Jawapan soalan pemahaman teks.

1. i) Strategi menyeluruh bermaksud kaedah yang lengkap merangkumi semua


aspek.
ii) Strategi menyeluruh bermaksud cara yang lengkap merangkumi semua aspek.
iii) Strategi menyeluruh bermaksud teknik yang lengkap merangkumi semua aspek.
iv) Strategi menyeluruh bermaksud langkah yang lengkap merangkumi semua
aspek.

2. Antara usaha kerajaan untuk memajukan sektor pelancongan kesihatan adalah


dengan K KM t e l ah me mp e r un tu kk an undang-undang baharu untuk mentadbir
penjagaan kesihatan, pemberian kuasa tambahan kepada Majlis
Kesihatan Malaysia sekali gus akan mempertingkatkan fungsinya
serta meminda undang-undang.
( Isi cukup sekadar 3 isi- Salin terus dari petikan - jangan tinggalkan manamana perkataan.

3. Terdapat dua peranan media massa untuk memajukan industri pelancongan


kesihatan negara, pertama dengan mempromosi sektor pelancongan
kesihatan negara agar menarik kedatangan pelancong. Selain itu, media masa
perlu mengurangkan bayaran untuk iklansupaya lebih banyak syarikat pelancongan
mengiklan produk pelancongan kesihatan mereka di media masa. Tambahan pula,
media masa boleh menulis rencana mengenai pelancongan kesihatan agar banyak
maklumat tentang produk pelancongan kesihatan diketahui oleh pelancong asing dan
pelancong tempatan.
(isi mesti disertakan dengan huraian untuk mendapatkan 2 markah penuh bagi setiap
isi..gunakan kata hubung agar/supaya untuk menghurai i

Anda mungkin juga menyukai