Anda di halaman 1dari 1

Adam berjalan di antara gerai-gerai yang giat bersaing menarik pelanggan.

Hiruk-pikuk suasana
pasar tamu itu walau membingit telinga, seakan berbisik tentang sesuatu ke ruang telinga Adam.
Adam berhenti sejenak. Mahu mengamati satu suara yang menghantar mesej asing di antara
suara-suara berjual itu.
Terima kasih, pak cik. Suara itu menarik perhatian Adam. Menarik langkah kakinya menuju
punca suara itu. Semakin dekat, semakin kuat hati denyutan hati Adam. Kesabarannya hampir
menuju titik noktah. Dia mula berlari-lari anak dalam himpitan manusia yang berjual beli.
Dari kejauhan, matanya tertumpu pada satu sosok tubuh yang sedang duduk di tepi jalan. Indah
wajah itu membawa ketenangan pada Adam. Wajah itu, membuatkan minda Adam mengimbau
semula memori kisah lalu. Tubuh di hadapannya ialah Ah Chong, sahabat karibnya ketika di
sekolah menengah. Mereka bagai belangkas. Kemana sahaja pergi, pasti berdua. Sehingga
mereka pernah dilabel sebagai pasangan gay. Itu fitnah! Ya, itu semuanya fitnah. Mata yang
melihat keakraban mereka tidak membolos hati berdua itu.
Disebalik hubungan rapat mereka, ada sejarah yang terukir.

Anda mungkin juga menyukai