Anda di halaman 1dari 1

SEJARAH PENGASAS & PENUBUHAN

PERINGKAT ANTARABANGSA
BAGAIMANA SEGALANYA
BERMULA

Berapa orang "pengakap perempuan"


yang berada dalam kumpulan itu,
tetapi mereka telah menarik perhatian
pengasas pergerakan Pengakap, Lord
Robert Baden-Powell, dan dalam masa
beberapa bulan, kumpulan perempuan
ini telah mempunyai nama dan
programnya
sendiri..Baden-Powell
memilih nama "Girl Guides" dengan
rujukan kepada Guides Corps di India.
Girl Guides atau Pandu Puteri tidak
mengambil masa yang lama untuk
membawa impak. Pada tahun 1910,
adik
Baden-Powell
iaitu
Agnes,
mengadaptasikan buku "Scouting for
Boys"untuk kegunaan Pandu Puteri

DI SERATA DUNIA
Tahun 1912, Pandu Puteri telah
bertapak di 10 negara.Kumpulankumpulan ini mempunyai pakaian
seragam, lencana, peraturan dan nama
yang berbeza tetapi mereka berkongsi
prinsip dan cita-cita yang sama. Nama
seperti
Juliette
Low
(pengasas
Pengakap Puteri di Amerika Syarikat),
Olga Malkowska (pengasas di Poland)
dan Antoinette Butte (pengasas di
Perancis)
membantu
membentuk
pergerakan yang kita kenali hari ini.

KELAHIRAN WAGGGS

PERKEMBANGAN

Satu badan rasmi diperlukan untuk menyatukan


semua ahli dan pada tahun 1919, Olave BadenPowell
membentuk
Majlis
Antarabangsa
(International
Council),
perintis
kepada
WAGGGS.Persidangan
Antarabangsa
yang
pertama telah diadakan. Pada tahun 1924,
Perkhemahan Sedunia yang pertama diadakan
dan pada tahun berikutnya, Buletin Dunia
dikeluarkan. Buletin ini kini dikenali sebagai "Our
World News".Pada tahun 1919, Robert BadenPowell dilantik sebagai Ketua Pengakap Sedunia
manakala pada tahun 1930, Olave Baden-Powell
dilantik sebagai Ketua Pandu Puteri Sedunia. Satu
draf perlembagaan telah disetujui dan Pandu
Puteri menjadi satu persatuan yang berpusat.

Tahun 1931, keahlian persatuan melebihi satu


juta dan pada tahun 1932, Pusat Dunia yang
pertama dibuka.Tahun 1939, Perkhemahan
Sedunia Pandu Puteri diadakan di Hungary.
Setelah tergendala disebabkan peperangan,
pergerakan ini dihidupkan semula pada tahun
1945 dan berkembang. Lord Baden-Powell telah
meninggal dunia pada masa itu.Walaupun
bersedih Olave meneruskan kerja beliau dalam
Pandu Puteri. Tahun 1957 menyaksikan
pembukaan Our Cabaa dan ini diikuti dengan
pembukaan Sangam pada tahun 1966. Olave
Baden-Powell meninggal dunia pada Jun 1977.
Bagi mengingati beliau, WAGGGS dimulakan.

Anda mungkin juga menyukai