Anda di halaman 1dari 2

Assalamualaikum..

Pada pandangan saya, menggalakkan masyarakat untuk mengamalkan gaya


hidup sihat adalah lebih baik dan diberi keutamaan daripada mendapatkan
mereka yang mengamalkan kehidupan sebagai perokok. Bukan bermakna
mengabaikan tanggungjawab untuk mencegah masyarakat untuk berhenti dan
tidak mengamalkan tabiat merokok. Apabila kita memberikan galakan kepada
masyarakat tentang amalan gaya hidup sihat sebenarnya secara tidak langsung
mendidik mereka untuk tidak terlibat dengan aktiviti tidak sihat. Mendidik
masyarakat tentang gaya hidup sihat melalui aktiviti fizikal, pemakanan, sosial
dan emosi. Pengetahuan berkenaan gaya hidup sihat harus didedehkan dan
membimbing masyarakat dari peringkat kanak-kanak lagi untuk
mengamalkannya.
Aktiviti fizikal seperti bersenam memberi banyak manafaat kepada tubuh badan.
Falls (1980) menyatakan Kecergasan fizikal merupakan kecergasan untuk
kesihatan merangkumi aspek-aspek yang berkaitan dengan fungsi fisiologi dan
psikologi yang dipercayai memberi seseorang individu perlindungan dari
ancaman penyakit-penyakit hipokinetik (kekurangan pergerakan) seperti
penyakit jantung, kegemukan dan pelbagai penyakit otot dan tulang.
Kesimpulannya, amalan hidup sihat melalui aktiviti fizikal membantu masyarakat
terhindar daripada penyakit dan mengekalkan kesihatan badan sekaligus
mengurangkan kadar kematian disebabkan penyakit.

assalamualaikum..
saya bersetuju dengan pandangan yang dinyatakan oleh saudara. kecergasan diri perlulah
diutamakan untuk memastikan diri mendapat kesihatan yang baik dan seterusnya
mengelakkan diri daripada menghidapi penyakit. Amalan gaya hidup sihat seperti
melakukan aktiviti fizikal haruslah diterapkan dalam diri masyarakat bagi menggalakkan
masyarakat melakukan aktiviti ini dengan lebih kerap dan mengetahui faedah-faedah yang
diperoleh daripadanya. Aktiviti fizikal seperti bersenam memberi banyak manafaat kepada
tubuh badan. Falls (1980) menyatakan Kecergasan fizikal merupakan kecergasan untuk
kesihatan merangkumi aspek-aspek yang berkaitan dengan fungsi fisiologi dan psikologi
yang dipercayai memberi seseorang individu perlindungan dari ancaman penyakit-penyakit
hipokinetik (kekurangan pergerakan) seperti penyakit jantung, kegemukan dan pelbagai
penyakit otot dan tulang.
Berkenaan dengan alamat merokok pula saya berpendapat bahawa amalan ini semakin
serius di kalangan remaja. banyak kemudaratan yang akan diperoleh Walaupun pelbagai
penyakit atau bahaya rokok itu telah didedahkan kepada mereka yang merokok atau
masyarakat umum tetapi gambaran itu masih tidak cukup untuk menakutkan seorang

perokok untuk mengurangkan jauh sekali meninggalkan tabiat berbahaya tersebut. Mereka
tidak pernah takut dengan ancaman itu, malah langsung tidak menghiraukan sebarang risiko
yang akan mereka hadapi untuk jangka masa panjang. Oleh yang demikian, pihak-pihak
tertentu terpaksa berusaha lebih gigih untuk mengurangkan atau mengelakkan masyarakat
terutama golongan remaja termasuklah pelajar supaya berhenti merokok.
Kesimpulannya, amalan hidup sihat melalui aktiviti fizikal membantu masyarakat terhindar
daripada penyakit dan mengekalkan kesihatan badan sekaligus mengurangkan kadar
kematian disebabkan penyakit.

Anda mungkin juga menyukai