Anda di halaman 1dari 17

1.

PENDAHULUAN

Kemahiran menulis adalah antara cabang kemahiran yang perlu dipelajari oleh manusia untuk
melengkapkan proses kelangsungan berbahasa secara natural dan mudah. Malah di dalam
Kurikulum Standard Sekolah Rendah telah dinyatakan dengan jelas bahawa kemahiran menulis
adalah keperluan wajib selain daripada kemahiran membaca, mengira dan menaakul yang
menjadi elemen pengukuhan aplikasi untuk perlaksanaan modul-modul pembelajaran yang alaf
baru ini.
Keempat-empat kemahiran ini perlu berjalan seiring memandangkan keperluan
pendidikan Bahasa Melayu dan mata pelajaran lain yang masih menetapkan pengukuran
prestasi dan keupayaan murid-murid dinilai secara bertulis. Menulis tidak seperti membaca
yang memerlukan kaedah yang spesifik dan memerlukan koordinasi minda dan anggota tubuh.
Proses menulis adalah proses berterusan yang tidak tertakluk kepada pengajaran di sekolah
tetapi berlangsung sepanjang hidup.

1.1

Definisi Penulisan

Walshe, R.D. (1981) menyebut bahawa menulis ialah proses memilih, menggabung, menyusun
dan mengembangkan gagasan di dalam ayat, perenggan atau untuk persembahan lisan seperti
kuliah dan syarahan secara berkesan.
Menulis memerlukan koordinasi tubuh sekata seperti minda, mata dan tangan untuk
memilih ujaran dan kalimat yang sesuai untuk disepakati menjadi seperangkat ayat atau
perenggan yang lengkap yang kemudiannya memberi makna dan kesan untuk melahirkan
ilham atau idea untuk difahami dan diaplikasi oleh masyarakat umum, jika perlu.
Menulis adalah proses merekod bahan-bahan ujaran ke dalam bentuk tulisan
berdasarkan pendapat, idea, pengalaman. Ia boleh jadi hanya sekadar simbol-simbol grafik
yang disusun menjadi lambang dan membentuk perkataan, ayat dan seterusnya menzahirkan
bahasa dan gagasan tersusun yang memberi makna dan memberi manfaat kepada khalayak
pembaca dan pendengarnya.
A.C. Krizan dan Joyce. P Logan (2000) mentakrifkan menulis adalah proses
menyampaikan maklumat dan maksud. Proses penyampaian itu boleh jadi juga melalui grafik
yang digabungkan dan berkait rapat dengan lambang bunyi yang diucapkan semasa kita
bercakap sehingga dapat melahirkan gagasan yang difahami dan diikuti. Maklumat bertulis

mempunyai keupayaan untuk disimpan dan dimanfaatkan dengan pelbagai cara seperti wahyuwahyu yang diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W yang dikumpul dan direkodkan pada
zaman Saidina Othman sehingga memberi kebaikan kepada umat Muslim meskipun ratusan
tahun sudah berlalu.
Bloomfield (1933) mengatakan bahawa penulisan bukanlah bahasa, tetapi cara
mencatatkan bahasa dengan tanda yang dapat dilihat. Tanda-tanda yang dapat dilihat itulah
yang dinamakan simbol atau huruf yang disatukan sehingga menjadi perkataan yang membawa
makna. Lyons (1995) mentakrifkan penulisan ialah bahasa yang disampaikan melalui bunyi
atau grafik malahan melalui cara yang tidak terhingga banyaknya.

1.2

Fungsi Penulisan
Sukatan Pelajaran Malaysia menitikberatkan pencapaian murid-murid di dalam bidang

penulisan agar pada akhirnya, selepas mereka tamat pengajian kemahiran ini boleh digunakan
untuk mereka melahirkan pendapat, mengumpul maklumat, menyusun idea dan hujah secara
efektif dan tuntas. Penglahiran gagasan secara tersusun ini akan membolehkan perasaan dan
pengalaman murid-murid dikongsi dan digunakan untuk pelbagai tujuan. Salah satunya ialah
untuk lulus cemerlang di dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.
Sukatan Pelajaran Malaysia juga menggariskan beberapa rentangan kriteria yang perlu
dikuasai oleh murid-murid dalam menghasilkan pelbagai jenis penulisan yang menepati
kehendak pembelajaran dan melahirkan idea yang jelas tentang kefahaman mereka terhadap
apa yang mereka pelajari. Fungsi-fungsi kemahiran tersebut termasuklah

Mendirikan tapak yang berstruktur teguh dengan menggunakan modul pembelajaran

terbaik agar murid-murid dapat menulis dengan baik, cekap dan pantas.
Membolehkan murid-murid mengeja dan memahami perkataan serta menyusun ayat

dengan betul dan boleh difahami.


Membolehkan murid-murid menggunakan kemahiran menulis untuk mengulangkaji
pelajarannya dengan kaedah membaca semula tulisan atau nota, draf atau teks atau
membaca buku luar sebagai tambahan dan ilmu bantu untuk mengukuhkan

pehamanannya terhadap pelajarannya.


Memberi peluang kepada murid-murid melahirkan gagasan, hujah dan pendapat mereka
secara tersusun di dalam bentuk tulisan.

Mengembangkan minat menulis dan mengarang di kalangan murid-murid. Ada kanakkanak yang sudah mempunyai bakat tersendiri dan mempunyai kemahiran menulis

2.0

tetapi tidak digilap.


Memperkayakan kosa kata dan memperluaskan pengetahuan tentang bahasa dan

tulisan.
Menyiapkan diri murid-murid untuk menghadapi peperiksaan.

TEORI PENGAJARAN PENULISAN

Terdapat beberapa teori pembelajaran yang dikaitkan secara langsung dengan pengajaran
penulisan tetapi tiada satupun yang disepakati secara tuntas. Ia bersangkutan dengan teori
pemerolehan bahasa iaitu rentetan peringkat perkembangan manusia daripada lahir sehingga
ia membesar. Antara teori yang dikemukakan ialah Teori behaviorisme, kognitif, mentalis dan
interaksionalis. Kesemua teori ini dikaji sehingga melahirkan teori pembelajaran bahasa yang
dipraktiskan oleh guru-guru semasa proses pembelajaran bahasa di dalam bilik darjah
berlangsung.

2.1

Teori Behaviorisme

Ia adalah teori yang merujuk kepada gerak balas yang berlaku apabila ada rangsangan
daripada guru dan menghasilkan pembelajaran. Ia dipelopori oleh Bloomfield, Edward Spir,
Boss dan Brooks yang merupakan ahli bahasa dan dikaji oleh ahli psikologi seperti Ivan Pavlov.
Ia merangkumi ciri-ciri seperti;

Proses timbal balik rangsangan dan gerak balas.


Gerak balas yang berulang-ulang akan dilakukan untuk memperolehi
ganjaran
Gerak balas yang dipantau dengan peneguhan positif akan lebih kerap
diulangi
Gerak balas yang kerap akan menghasilkan kebiasaan
Proses pembelajaran bahasa adalah proses penekanan terhadap latihan
dan pengulangan yang mencorak kebiasaan. Ia adalah proses mekanis
yang memerlukan koordinasi daya mental
Proses pembelajaran memerlukan pengukuhan berbentuk ganjaran,
pemantauan dan pembetulan serta merta.
Latih tubi adalah keperluan sepanjang proses pembelajaran berlangsung.
Pembelajaran bahasa menitikberatkan persekitaran bilik darjah yang
kondusif kepada seluruh ahli yang terlibat seperti guru dan murid-murid.
Rajah 1: Ciri-ciri Teori Behaviorisme
Teori ini boleh diadaptasi oleh guru-guru untuk sesi latih tubi dan penyediaan isi dan
data-data untuk membentuk sebuah karangan. Ahli behaviorisme menegaskan bahasa
pengajaran bahasa mestilah dimulakan dengan kemahiran lisan. Maka, teknik sumbang saran
dalam pengumpulan isi, fakta dan data di dalam kelas amat menepati teori ini.

2.2

Teori Kognitif

Teori Kognitif yang dipopularkan oleh Jean Piaget yang menitikberatkan perkembangan kognitif
murid-murid melalui latihan mengingat, mengekod dan menyimpan maklumat bersesuaian
dengan kebolehan mental mereka. Pendapat yang dipersetujui oleh ahli pemikiran kognitif lain
seperti Robin Lakoff, D. Slobin dan Mangantar Simantunjak ini menegaskan bahawa proses ini
(pembelajaran bahasa) adalah proses internal yang abstrak. Ia berlaku di dalam minda dan
tidak dapat diukur melalui tingkah laku.

Mazhab kognitif ini menggariskan ciri-ciri berikut

sebagai tunjang utama teori yang dibawa mereka iaitu:

Pengetahuan terhasil daripada pemikiran manusia secara


semulajadi
Teori ini merangkumi elemen kesejagatan yang ada hubungan
dengan kognitif
Bahasa bersifat kreatif, tidak berlegar di dalam seputar persoalan
objek, peristiwa, pengalaman perilaku atau pengalaman naluriah
seperti yang didakwa oleh pemikir teori behaviourisme
Otak/ kognitif menjadi sarana penting dalam pemprosesan
bahasa
Fikiran harus berada di dalam pemikiran sebagai satu komponen
yang tidak boleh terpisah

Rajah 2: Ciri-ciri Teori Kognitif

2.3

Teori Mentalis

Ahli pemikir kognitif juga terlibat melahirkan teori mentalis yang juga dikenali sebagai Koda
Kognitif atau Innatis ini. Teori ini menegaskan bahawa bahasa adalah aktiviti mental, milik
istimewa manusia yang dikurnia bersama-sama kelahirannya. Teori ini menekankan bahawa
pengetahuan bahasa, penafsiran makna seseorang dilahirkan oleh proses di dalam otak dan
saraf.
Oleh itu, George A. Miller direkodkan sebagai mencatatkan bahawa proses mental
dilakukan oleh seorang pendengar apabila menghadapi pertuturan yang meliputi proses
memadan, menerima, mentafsir, memahami dan mempercayai.
Antara ciri-ciri teori mentalis yang berkait rapat dengan pengajaran penulisan ialah:

Semenjak dilahirkan, manusia sudah dibekalkan dengan jentera


penguasaan bahasa. Manusia mempunyai kebolehan semula jadi untuk
merumus dan membentuk ayat-ayat mengikut sistem bahasa yang
mereka ada.
Kecekapan yang merupakan rumus-rumus atau tatacara bahasa sudah
berada di dalam mental manusia. Manakala prestasi yang merupakan
penggunaan atau penghasilan daripada apa yang berada di dalam stor
mental manusia. Kedua-dua elemen ini saling kait mengait menurut teori
mentalis.

Murid-murid mesti diajar dengan ayat yang gramatis, iaitu yang


sempurna menurut hukum hakam tatabahasa kerana ia memainkan
peranan penting dalam proses pembentukan ayat.

Kemahiran membaca dan menulis adalah keutamaan dan kemahiran


tatabahasa pula hendaknya diajar secara formal.

Rajah 3: Ciri-ciri Teori Mentalis

2.4

Teori Interaksionalisme

Teori lain yang turut terlibat di dalam proses pengajaran ialah teori interaksionalisme. Teori ini
meletakkan pembelajaran bahasa sebagai komponen wacana dan melibatkan mental dan
linguistik. Mark Halliday menegaskan bahawa kebolehan pembelajaran bahasa tidak boleh
bergantung sekadar kepada kebolehan kognitif semata-mata.
Menurut beliau, kemahiran kognitif hanya membolehkan murid-murid mentafsir makna tetapi
belum tentu pentafsiran itu boleh dilahirkan di dalam bentuk bahasa yang sewajarnya tanpa
bantuan linguistik.
Teori ini menitikberatkan aktiviti komunikasi di mana penyampaian makna adalah subjek utama
di dalam proses pembelajaran dan pengajaran bahasa.

Ia menekankan bahawa latihan

berterusan harus diberikan kepada murid-murid agar mereka memperolehi kekuatan


mempelajari struktur bahasa dan interaksi, seterusnya murid-murid akan dapat menggunakan
bahasa dengan fasih dan lancar.

2.5

Teori Konstruktivitisme

Teori terakhir yang dibincangkan ialah teori konstruktivisme. Teori ini juga berputik daripada
pandangan kognivitisme iaitu pengetahuan manusia dibina secara aktif oleh manusia itu sendiri
melalui daya pemikirannya. Segala maklumat yang diterima oleh murid-murid akan diserap dan
disesuaikan dengan maklumat sedia ada untuk membentuk storan baru di dalam fikirannya.
Teori pemikiran yang dibawa oleh Mc Brien & Brandt (1997) ini antaranya menegaskan
bahawa manusia tidak sekadar menerima pengetahuan tetapi membina pengetahuan melalui
informasi yang diterima otaknya. Melalui pengalaman sedia ada, murid-murid membina
pengetahuan dengan cara menguji idea dan pendekatan, mengadaptasinya dan meletakkannya
bersama-sama pengetahuan sedia ada di storan baru. Teori ini lebih dikenali juga dengan teori
pengajaran dan pembelajaran berpusatkan murid. Guru bertindak sebagai penyumbang
gagasan dan pereka bentuk bahan pengajaran dan terpulang kepada murid-murid untuk
menganalisis idea, mengolah semula atau mengadaptasinya bersesuaian dengan pengetahuan
yang sedia ada di dalam minda.
Berdasarkan teori-teori di atas, dapatlah disimpulkan bahawa, teori pengajaran penulisan
adalah sebahagian daripada proses pemerolehan bahasa melalui prinsip yang empat yang
saling berkaitan itu iaitu kemahiran membaca, mengira, menulis, dan menaakul. Kesemua
proses tersebut melibatkan koordinasi minda dan anggota lainnya sebagai sebahagian daripada
proses pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas.

3.0

KAEDAH-KAEDAH YANG DIGUNAKAN DALAM PENGAJARAN PENULISAN

Kamus Dewan mentakrifkan kaedah sebagai cara atau aturan dalam melakukan sesuatu.
Dapatlah dikatakan bahawa kaedah adalah seperangkat tindakan sistematik yang menepati
prinsip dan tatacara yang telah dipersetujui untuk dilaksanakan demi mencapai sesuatu visi.
Sharifah Alwiah Alsagof (1986) memperincikan kaedah mengajar sebagai peredaran ke arah
satu tujuan pengajaran yang telah dirancang dengan teratur.

Secara amnya, segala apa

tindakan yang dilakukan guru, bahan-bahan yang digunakan untuk memberi kefahaman kepada
murid-murid untuk mencapai objektif pengajaran dikatakan kaedah seperti pendapat Hassan
Langgulung (1981), kaedah ialah jalan mencapai tujuan.
Seperti yang dinyatakan di atas, sehingga kini tiada kaedah standard atau rigid terhadap
proses pengajaran penulisan atau bahasa di sekolah. Ia menjadi fleksibel mengikut keupayaan

murid-murid, situasi dan latar belakang mereka. Justeru, guru-guru mempunyai peluang untuk
menggunakan mana-mana kaedah yang dirasakan sesuai asal sahaja tidak melanggar kriteriakriteria di bawah;
1. Menepati visi dan misi sukatan pelajaran Bahasa Melayu KBSR dan KSSR
2. Seiring dengan objektif pengajaran dan pembelajaran yang telah digariskan
3. Berpadanan dengan keupayaan murid-murid berlandaskan pemerhatian terhadap tabiat
dan latar belakang,dan umur.
4. Kaedah juga harus berpadanan dengan keupayaan, pengalaman dan kepakaran guru
itu sendiri.
5. Pengaplikasian kaedah tersebut dapat dilaksanakan di dalam rancangan masa yang
ditetapkan.
6. Harus bersesuaian dengan kemudahan yang ada seperti prasarana dan peralatan
Teknologi Maklumat dan Komputer.
Kaedah-kaedah pembelajaran yang akan dibincangkan adalah praktis yang dilaksanakan
mengikut kesesuaian elemen-elemen yang telah digariskan di atas. Kesemuanya memerlukan
kebijaksanaan guru untuk menganalisis dan mengenalpasti kaedah terbaik yang harus
diaplikasikan sebagai sarana pengajaran untuk mencapai objektif yang telah digariskan. Antara
kaedah-kaedah yang sedia ada ialah kaedah natural, kaedah terus, kaedah nahu terjemahan,
kaedah oral-aural, kaedah kod-kognitif dan kaedah bahasa komuniti. Untuk kaedah pengajaran
penulisan, hanya beberapa kaedah sahaja yang relevan dibincangkan kerana kaedah lain lebih
menjuruskan kepada kemahiran membaca dan berinteraksi.
Untuk

pengajaran

penulisan

kaedah-kaedah

yang

dikenalpasti

ialah

kaedah

pengucapan terkawal, kaedah pengucapan bebas dan kaedah retorika. Pengajaran penulisan
berkait rapat dengan kebolehan murid-murid mengumpul dan menganalisis dapatan,
mencernanya dan seterusnya mengolah idea tersebut sehingga menjadi seperangkat kata-kata
yang mempunyai makna. Ia dikatakan aktiviti yang agak kompleks kerana memerlukan
kemahiran yang rencam. Di dalam pengajaran penulisan karangan terdapat beberapa kaedah
yang popular yang telah diguna pakai di sekolah dan ada juga beberapa cadangan tentang
kaedah yang boleh diterapkan untuk menghasilkan penulisan yang cemerlang.
Penulisan telah dibahagikan kepada dua oleh Zainol Ismail (2003) iaitu penulisan
berformat seperti surat kiriman, syarahan, ceramah, ucapan, rencana dan berita. Manakala
penulisan tidak berformat atau bebas pula adalah termasuk rangsangan bergambar,
pengalaman atau cerita, melengkapkan cerita, autobiografi dan peribahasa. Salleh Mohd Akib

dan Kamaruddin Hj Hussien (1988) pula membahagikan penulisan kepada 3 jenis iaitu
penulisan lisan, penulisan biasa dan penulisan terkawal.
Karangan ditafsirkan sebagai proses menghasil dan menyusun ayat dengan cara yang
sesuai mengikut kehendak penulisnya atau soalan ataupun orang-orang yang berkaitan dengan
apa yang ditulis. Gao Hui-Yang menegaskan bahawa, composition should compromise both
oral dan written training in other words, children should be taught to express ideas in both
spoken and written forms.

3.1

Kaedah Pengucapan Terkawal

Pincas berpendapat bahawa penulisan karangan bebas adalah proses penciptaan dan
kreativiti. Maka seharusnya ia berbeza dengan mana-mana kaedah pengajaran saintifik yang
rigid dan skema, malahan tertakluk kepada pilihan jawapan. Jika jawapan diberikan bersalahan
dengan senarai jawapan, maka ia dianggap salah dan tidak diberi markah. Beliau berpendapat
bahawa

penekanan

harus diberikan

secara berperingkat-peringkat

bermula daripada

penggantian perkataan di dalam ayat yang berbeza bentuk kepada penggantian ayat-ayat di
dalam perenggan.

Kaedah ini boleh juga dianggap kaedah terus di dalam pembelajaran

bahasa di mana guru akan memberitahu apa yang perlu dilakukan sebelum murid dibebaskan
untuk memperkembangkan istilah penggantian mereka sendiri secara bebas.
Beliau menggariskan ciri-ciri berikut sebagai peringkat-peringkat latihan di dalam
pengajaran penulisan iaitu penggunaan pelbagai leksikon dan pembentukan ayat di dalam
latihan penulisan dan lisan. Pelajar yang dibenarkan menghasilkan tulisan hanya apabila
dipastikan bahawa mereka menghargai dan memahami pelbagai tahap ciri penulisan. Program
penulisan karangan yang melibatkan penggantian pelbagai.

Pincas juga mengandaikan

bahawa penggunaan bahasa adalah manipulasi daripada corak tetap yang dipelajari daripada
proses imitasi.

Apabila ia telah difahami dan dipelajari secara konsisten, barulah terhasil

keaslian dalam variasi.

3.2

Kaedah Pengucapan Bebas

Eramus (1960) menggariskan beberapa ciri kaedah pengucapan bebas seperti murid-murid
digalakkan menulis secara cepat dengan sedikit ulangkaji. Kaedah ini menekankan latihan
yang banyak sepanjang penulisan pelajar dan keutamaan terhadap kuantiti ini menjadikan hasil

penulisan pelajar lebih sempurna kerana murid-murid sentiasa membuat latihan. Beliau lebih
menitikberatkan aspek kuantiti dengan hujah bahawa kuantiti adalah proses penambahbaikan
dari semasa ke semasa untuk mendapatkan hasil tulisan yang cemerlang.
Beliau menghujahkan lagi bahawa metod ini akan menguatkan pemahaman bahasa
pelajar dengan pengalaman membetulkan kesilapan dan penemuan perkataan-perkataan baru
yang akan menambah kepelbagaian kosa kata mereka di dalam jajaran sintaksis. Menurut
beliau, metod ini hanya boleh dilakukan apabila murid-murid melalui proses melahirkan hasil
penulisan melalui kuantiti dan kualiti akan datang kemudian.
Penghujahan beliau disokong oleh Chastain (1976) berasaskan pemerhatian dan kajian
yang dibuat oleh Brieve di UCCA. Melalui program tersebut, semakin banyak bahan dihasilkan,
semakin berkurangan kesilapan bahasa dilakukan di dalam tulisan mereka. Brieve mengulas
bahawa sepanjang program tersebut, karangan mingguan di antara 300 hingga 500 patah
perkataan dan penulisan ilmiah sepanjang 1000 patah perkataan telah diberikan kepada
pelajar. Karangan diperiksa dengan teliti dan pelajar yang menerima gred A diminta menulis
semula karangan mereka.
Brieve menguatkan hujahnya dengan mengatakan bahawa terdapat pengurangan kadar
kesalahan dalam karangan tatkala kuantiti karangan yang dihasilkan meningkat. Beliau
menekankan bahawa, penekanan terhadap kuantiti akan menghasilkan kefasihan dan
kejelasan terhadap kesalahan yang lepas sama seperti yang berlaku dalam latihan matematik.
Walau bagaimanapun, khilaf terus berlaku kerana dikatakan tiada bukti jelas yang
benar-benar menyokong hujah-hujah di atas. Malah, terdapat pula bukti bertentangan yang
menegaskan bahasa latihan penulisan pantas untuk sesuatu topic dan ditulis sebanyak
mungkin dalam satu kerangka masa yang ditetapkan dapat meningkatkan kemampuan muridmurid menyusun isi-isi dalam karangan mereka dengan lebih mudah, khususnya ketika
mendepani peperiksaan.

3.4

Kaedah Retorika

Retorika adalah merujuk kepada seni penggunaan bahasa yang menarik dan berkesan dalam
melahirkan gagasan untuk memujuk atau mempengaruhi khalayak mengenai sesuatu perkara.
Deskripsi ini dinyatakan oleh Nik Safiah dan Wan Malini. Ia melibatkan perkara-perkara seperti
penciptaan, susunan dan stail dalam penulisan. Di antara elemen retorika yang terkenal ialah

keberkesanan bentuk-bentuk prosa deskriptif, naratif, ekspositori dan argumentatif. Kehadiran


asas retorika di dalam teks boleh dirasai apabila kedapatan elemen-elemen skema berdasarkan
maklumat atau isi yang boleh disusun. Teks akan menekankan penyusunan isi yang berbeza
berdasarkan perenggan-perenggan yang telah mungkin diproses melalui gaya analisis, analogi,
kontra masa, falsafah dan sebagainya. Keadaan ini menyebabkan murid-murid terhalang untuk
menulis secara spontan dan memendekkan kejelasan pemikiran mereka.
Kaplan mencadangkan pembaca menjadi sebahagian daripada komunikasi formal yang
membolehkan pengembangan perenggan dibentuk melalui proses induktif dan deduktif.
Tambahan pula, kaedah ini menitikberatkan bentuk-bentuk pengembangan perenggan yang
berlainan seperti yang ditegaskan Kaplan (1966) melalui Bander yang menegaskan bahawa
setiap satu perenggan yang terdapat di dalam sesebuah penulisan berkecenderungan
mempunyai jalinan pengembangan yang berbeza-beza seperti pengembangan selari atau
pengembangan terus.
Sebagai kesimpulannya, terhadap pelbagai kaedah yang perlu disesuaikan oleh guruguru di dalam proses pengajaran dan pembelajaran menulis karangan dan usaha mendapatkan
karangan yang cemerlang. Guru harus jelas dengan objektif dan keupayaan murid-muridnya
ketika merangka sesuatu sekuen latihan yang hendak digunakan. Terdapat kaedah yang
mungkin sesuai untuk sesebuah sekolah berdasarkan latar belakang dan lokasi murid-murid
serta beberapa aspek lain yang perlu diambil kira.

4.0

TEKNIK PENGAJARAN PENULISAN

Teknik adalah seperangkat pengetahuan atau himpunan kelakuan atau cara di dalam kaedah.
Tidak terkecuali, teknik dikatakan sebagai perlaksanaan kaedah atau taktik yang digunakan
oleh para guru untuk mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.
Daripada Kamarudin Hj Husin & Siti Hajar Hj Abdul Aziz (1988) menegaskan teknik pengajaran
ialah perlaksanaan dan perjalanan suatu organisasi yang berlaku secara nyata dan melibatkan
murid-murid dan alatan pengajaran sebagai wahana di dalam bilik darjah yang dipastikan boleh
mencapai sesuatu objektif.
Sebagai contoh, sekiranya guru-guru menggunakan kaedah pengucapan bebas di
dalam pengajaran dan pembelajaran penulisan maka, teknik yang boleh digunakan oleh para
guru adalah teknik pengajaran berpandu, teknik pendekatan bebas, dan teknik pendekatan

proses.atau teknik-teknik yang bersesuaian bergantung keapda pengalaman, ketokohan dan


kewibawaan guru sendiri.

4.1. Teknik Pengajaran Berpandu


Teknik pengajaran berpandu merupakan teknik yang paling popular dan digunakan dengan
pengawasan guru sepenuhnya. Boleh dikatakan teknik merangkumi latih tubi dan soal jawab ini
adalah gabungan kaedah pengucapan terkawal, yang memerlukan murid-murid menghasilkan
kuantiti karangan yang banyak di samping mengenal pasti kesalahan yang dilakukan semasa
proses menulis itu berlangsung. Guru akan memberikan tajuk dan dan kemahiran terpenting di
dalam mengarang iaitu mengenalpasti bidang isi, organisasi dan ekspresi.
Ketiga-tiga elemen ini dapat digunakan ketika proses menilai sesuatu penulisan. Penting
sekali, murid-murid didedahkan dengan prinsip utama bidang kepengarangan iaitu apa yang
hendak dikata (isi), bagaimana menyusun apa yang dikatakan (organisasi) dan bagaimana
hendak mengatakan apa yang hendak dikatakan (ekspresi). Teknik ini adalah berasaskan
pendekatan deduktif di mana guru-guru akan memperkenalkan, menerangkan peraturan dan
seterusnya memberikan langkah-langkah untuk menghasilkan bentuk penulisan tersebut.
Marohaini dan Zulkifli (1997) juga telah mencadangkan agar guru memberikan
penumpuan terhadap aspek penghasilan gagasan atau isi yang baik berbanding proses
mengarang itu sendiri. Tugas murid ialah menyiapkan latihan tersebut dan sebaik-baiknya
dilakukan berulang-ulang untuk mendapatkan hasil tulisan yang baik dan cemerlang. Teknik ini
dinamakan teknik pengajaran berpandu di mana murid-murid akan dipandu oleh guru dan
dikawal daripada melakukan kesalahan. Pada peringkat awal, isi dan bahasa akan disediakan
oleh guru dan murid-murid akan diarahkan mengisi tempat kosong atau membina ayat
berdasarkan petikan gambar.

4.2

Teknik Sumbangsaran

Selain daripada itu, bagi karangan yang berasaskan fakta atau gambar, guru-guru boleh juga
mempraktikkan teknik sumbangsaran atau perbincangan yang melibatkan murid-murid
sepenuhnya. Mereka boleh dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil dan membenarkan
murid-murid mengembangkan idea secara kolaboratif dengan pantauan guru. Teknik yang

berasaskan pendekatan bebas ini membolehkan murid-murid bebas melahirkan pendapat


masing-masing secara kritis dan analitikal berdasarkan maklumat yang dibekalkan oleh guru.
Teknik ini lebih sesuai digunakan untuk sesi pengajaran dan pembelajaran untuk tahap
dua. Pada tahap ini murid-murid diberi kebebasan untuk menentukan hala tuju idea mereka
selagi masih berpegang kepada tiga prinsip mengarang yang disebutkan di atas. Murid-murid
juga boleh memanipulasi apa sahaja bahan sama ada di luar atau di dalam bilik darjah selagi
tidak terkeluar daripada skop penghasilan penulisan mereka. Penulisan bentuk ini boleh
dibahagikan kepada bentuk ilmiah seperti bentuk laporan, pidato, syarahan, debat yang
memerlukan bantuan fakta atau penulisan kreatif dalam bentuk penceritaan.
Teknik seterusnya yang boleh dicerap masuk di dalam pengajaran dan penulisan di
sekolah ialah teknik berasaskan pendekatan proses yang menitikberatkan proses penghasilan
karangan berbanding hasil. Murid-murid akan dipantau sepenuhnya dan dibimbing secara
berperingkat bermula daripada peringkat pra-penghasilan seperti membuat draf sehinggalah
kepada menyusun isi, menyunting dan mengedit, membetulkan kesalahan bahasa, kosa kata,
aspek gramatikal, olahan, hujah dan pelbagai lagi. Teknik ini mungkin lebih sesuai digunakan
untuk proses penulisan yang berakhir sehingga ke peringkat penerbitan.
Sebagai itlakannya, ada pelbagai teknik yang boleh digunakan di dalam pengajaran
penulisan selain daripada yang disebut di atas. Dewasa ini, dengan kecanggihan teknologi
maya, guru-guru mungkin boleh memaksimumkan penggunaan gajet-gajet dengan menyelitkan
teknik-teknik seperti, simulasi, permainan bahasa, soal jawab untuk variasi pengajaran
penulisan yang menarik dan penting sekali menyediakan pelajar mendepani peperiksaan. Di
dalam sebuah kajian terhadap penulisan murid sekolah menengah, Faridah, Norreiny dan Raja
Mohd Fauzi (2001) mendapati guru yang menggunakan pendekatan konstruktivisme yang
melibatkan proses kognitif seperti perbincangan ataupun sumbangsaran boleh menambah
minat murid-murid dan memberi rangsangan kepada mereka untuk menulis dengan lebih baik.

5.0

MODEL PENGAJARAN PENULISAN

Model Pengajaran Penulisan Berdasarkan youtube Bicara Berirama Maahad Tahfiz Sains
bertajuk Budi Bahasa Budaya Kita.
Pengajaran dan Pembelajaran: Menulis karangan berpandukan rakaman video tidak kurang
daripada 80 patah perkataan.

Tajuk: Budi Bahasa Budaya Kita


Bahan: Rakaman youtube Bicara Berirama Maahad Tahfiz Sains.

Hasil daripada model pengajaran ini ialah sebuah karangan berdasarkan isi-isi yang
dipersembahkan oleh para pelajar tersebut yang berdurasi selama lapan minit yang boleh
ditonton oleh murid-murid sama ada di dalam makmal komputer ataupun melalui tayangan
projektor di dalam kelas atau dewan. Selain daripada menarik minat murid-murid untuk
menikmati suasana pengajaran dan pembelajaran lain daripada yang lain, ia juga meningkatkan
kemahiran menaakul murid-murid secara tidak langsung.
Bagaimanapun, selain daripada menggunakan peralatan tertentu, murid-murid harus
diingatkan supaya memberi tumpuan kepada bahan tersebut kerana mereka harus mencatat
isi-isi penting berdasarkan apa yang mereka tonton dan dengar.

Langkah 1
Ketika menggunakan kaedah ini, guru-guru harus memastikan beberapa perkara seperti
i.

Gambar dan sistem audio berada di dalam keadaan sempurna. Hal ini demikian kerana,
keberkesanan model ini bergantung sepenuhnya kepada bantuan audio kerana murid-

ii.

murid harus mendengar dan memberi tumpuan dengan teliti.


Guru akan mengarahkan murid-murid mendengar dan memikirkan isi-isi penting serta

iii.

fakta yang boleh dicerna daripada tayangan video tersebut.


Murid-murid mesti mencatat setiap isi dan fakta mahupun hujah yang difikirkan boleh
menjadi isi-isi pokok di dalam pembinaan karangan mereka.

Langkah 2
Guru-guru boleh meneruskan pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan teknik
sumbangsaran atau perbincangan. Murid-murid akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan.
Berikan had masa untuk perbincangan secara lisan dan akhir sekali, isi-isi penting yang
diperolehi dicatat dan dibentangkan oleh setiap kumpulan.
Idea-idea yang dibentangkan oleh setiap kumpulan akan dicatatkan dan hendaklah
dipastikan juga ahli kumpulan lain memberi perhatian agar tidak berlaku pertindihan idea.

Murid-murid boleh juga dipilih secara rawak untuk membuat ayat secara lisan berdasarkan idea
tersebut dan guru bertindak membetulkan sebarang kesalahan tatabahasa dan aspek-aspek
lain.

Langkah 3
Selepas pembentangan selesai, setiap kumpulan dikehendaki menyiapkan sebuah karangan
berdasarkan idea-idea yang telah dikumpulkan oleh setiap kumpulan. Guru akan bertindak
sebagai fasilitator bagi memastikan penggunaan tatabahasa, gramatikal dan ejaan tidak
diabaikan oleh murid-murid ketika mereka menyiapkan karangan.
Karangan tersebut akan disemak oleh guru selepas dibentangkan sekali lagi oleh ahli
kumpulan dengan melantik seorang ketua untuk membacakannya di hadapan kelas. Tugas
terakhir, murid-murid dikehendaki menyiapkan sebuah karangan berdasarkan tajuk dan
kefahaman mereka semasa sesi pembincangan. Selepas karangan dihantar, guru-guru
hendaklah menyemak dengan teliti dan memastikan murid-murid membetulkan kesilapan, jika
ada di dalam karangan mereka.

5.1

Dapatan Analisis

Kajian telah dibuat berdasarkan 5 sampel karangan murid-murid tahun lima di sebuah sekolah
di Selangor. Mereka telah memilih soalan 1 daripada 3 soalan. Soalan tersebut ialah: Setiap
murid mempunyai sahabat baik. Tulis karangan yang bertajuk Sahabat Baik Saya. Muridmurid tersebut telah diajar menggunakan kaedah yang paling popular iaitu kaedah latih tubi.
Melalui kaedah ini, guru membincang dan menyenaraikan isi-isi penting di papan hitam. Muridmurid akan diberikan mencantikkan isi-isi tersebut dalam sesi sumbangsaran dan seterusnya
menyiapkan latihan yang diberikan.
Daripada kelima-lima contoh tersebut, didapati kefahaman murid mengenai isi adalah
100 peratus. Kesemua mereka dapat menguasai bidang isi iaitu apa yang hendak dikata.
Kesemua mereka dapat menulis dengan jelas mengenai subjek yang hendak diceritakan iaitu
sahabat baik.
Dari segi kebolehan bidang organisasi ataupun kebolehan menyusun apa yang hendak
dikatakan, didapati 100 peratus murid-murid dapat menguasainya dengan cemerlang. Malah

ada yang dapat melakukannya dengan baik tanpa mengetepikan aspek pengenalan,
pertengahan isi dan penutup karangan.
60 peratus iaitu 3 daripada 5 karangan tersebut mempunyai permulaan ayat yang sama
iaitu Saya Mempunyai Sahabat Baik. Secara umum meskipun kurang tepat, boleh dikatakan
murid-murid ini tidak dapat mengembangkan ayat menggunakan idea sendiri untuk permulaan
ayat dan menggunakan ayat yang sama yang telah diberikan oleh guru di papan hitam.
Kemungkinan mereka menghadapi masalah untuk mengatakan apa yang dikatakan ataupun
dikenali kebolehan mengeksploitasi bidang ekspresi. Begitu juga dengan aspek tatabahasa
daripada segi penggunaan huruf besar, kesalahan ejaan dan isi yang terkeluar daripada tajuk
yang menyebabkan mereka kehilangan markah.

6.0

KESIMPULAN

Setelah membincangkan mengenai pendekatan, teori, kaedah, model dan teknik, dapatlah
dirumuskan bahawa pengetahuan secara holistik merupakan satu keperluan yang mendesak di
dalam sesi pengajaran dan pembelajaran penulisan. Sememangnya, tiada pendekatan, kaedah
atau teknik khusus di dalam menghasilkan kualiti dan kuantiti cemerlang di dalam pengajaran
penulisan tetapi guru-guru mempunyai seleksi yang luas dengan kepelbagaian pendekatan dan
konsep yang telah dibincangkan di atas. Keutamaan adalah memastikan objektif pengajaran
berkesan mencapai matlamatnya.
Antara ciri pengajaran berkesan ialah kepelbagaian penyampaian dan kejelasan
penyampaian oleh guru. Antara objektif penulisan ialah memperkembangkan imaginasi dan
pemikiran kritis murid-murid di samping menyediakan murid-murid yang berpengetahuan
menyampaikan maksud melalui penulisan yang betul.

Di samping menitikberatkan proses

penulisan yang sesuai, tidak ketinggalan juga ialah pemuliharaan hukum bahasa baku yang
melibatkan tatabahasa, ejaan, kosa kata serta sebutan yang betul di dalam aktiviti menulis dan
membaca.

BIBLIOGRAFI

Abu Hassan Abdul dan Abd. Rashid Md Idris. (2012). Seni Mengarang. Tanjung Malim. Perak:
Pusat Pendidikan Luar UPSI.
Fadhilah Sulaiman (2013). Teori Pemerolehan Bahasa.
http://www.scribd.com/doc/160244171/KULIAH-4-Teori-Pemerolehan-Bahasa diakses
pada 10 November 2014.
Nik Akim (2011). Video Bicara Berirama Maahad Tahfiz Sains..
https://www.youtube.com/watch?v=i6K7Pg3CAbc diakses pada 10 November 2014.
Rabiatul Faezah Rameli, Norasma Yasimin binti Suliman dan Shahrul Nazmi bin Mohamad
(2010). Teori Behaviorisme.

http://teoribehaviorismeivanpavlov.blogspot.com/ diakses

pada 9 November 2014.


Tuan Jah Tuan Yusof (2007). Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Selangor:
Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Yulia Alamudin (2009). Pengertian Menulis. http://pembelajaranmenulis.blogspot.com/ diakses
pada 9 November 2014
Yazid

(2011).

Pendekatan,

Kaedah

Serta

Cara

Mengajar

Penulis.

http://yazidbiz369.blogspot.com/2011/04/pendekatankaedah-serta-caanra
mengajar.html diakses pada 9 November 2014.
Zamzuri

Mohamed

(2010).

Pengajaran

dan

Pembelajaran

Penulisan.

http://retibasa.blogspot.com/2010/04/pengajaran-pembelajaran-penulisan.html
pada 11 November 2014.

diakses

Anda mungkin juga menyukai