Anda di halaman 1dari 2

KENYATAAN MEDIA BERKENAAN ADUAN STARBUCK COFFEE

1. JAKIM

melalui

Bahagian

Hab

Halal

menerima

banyak

pertanyaan dan aduan berhubung email yang menyatakan


JAKIM telah mengesahkan restoran Starbuck Coffee adalah
haram kerana terdapat bahan yang direndam arak, untuk
pengesahan sila hubungi 03-8886400. Kenyataan ini juga
telah disebarkan melalui laman sosial Facebok.

2. Adalah

dimakumkan

bahawa

JAKIM

tidak

pernah

mengeluarkan apa-apa kenyataan sama ada melalui media


massa atau portal rasmi JAKIM yang mengatakan restoran
Starbuck Coffee adalah haram.

3. Restoran Starbuck Coffee telah mendapat Sijil Pengesahan


Halal dari JAKIM bermula dari 1 Ogos 2009 dan akan tamat
pada 31 Julai 2012. Justeru JAKIM menasihatkan pengguna
yang ingin ke restoran Starbuck Coffee maka perlu melihat Sijil
dan logo halal yang dipamerkan di restoran tersebut atau
merujuk www.halal.gov.my untuk pengesahan.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai