Anda di halaman 1dari 21

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER SEPTEMBER 2011

HBAE3303

PENGENALAN SEJARAH SENI

NO. MATRIKULASI

740719125570002

NO. KAD PENGNEALAN

740719-12-5570

NO. TELEFON

0198697843

E-MEL

jumiatisupu@yahoo.com.my

PUSAT PEMBELAJARAN

IPGM KAMPUS TAWAU

HBAE3303

1.0

Pengenalan
Sejarah seni merupakan rakaman dan juga catatan peristiwa yang telah berlaku
pada masyarakat zaman dahulu. Sejarah seni melibatkan kehidupan, budaya, aktiviti,
tempat, situasi dan masa. Perkembangan seni amat berkait dengan budaya, masa, tempat
dan situasi. Perkembangan revolusi berjalan seiring dengan perkembangan sejarah seni di
Eropah. Karya seni pada abad ini, meluas ke hampir seluruh wilayah Eropah,terutama di
Jerman, Itali, Perancis, Russia, Britain. Hasil seni zaman ini menyatu dan saling memberi
pengaruh sehingga membentuk kesatuan seni sama aliran. Terdapat tiga revolusi penting
yang telah mengubah masyarakat di Barat pada zaman dahulu, iaitu :
I.

Revolusi Industri di Britain (1760)

II.

Revolusi Industri di Amerika (1775)

III.

Revolusi Industri di Perancis (1789)

Zaman revolusi ini juga dikenali sebagai Zaman Penyedaran (The Enlightenment
Era @ The Age of Reason Era). Zaman tersebut digelar demikian kerana perubahan
berkeanaan memberi kesan secara menyeluruh. Bukan sahaja perubahan berlaku dalam
hal-hal, keagamaan, politik, ekonomi dan masyarakat, tetapi perubahan banyak berlaku
dalam bidang kesenian. Salah satunya iaitu pengaruh raja atas perkembangan seni telah
berakhir. Selain itu, pengaruh gereja ke atas karya-karya seni juga semakin berkurang.
Hubungan gereja dengan seniman tidak lagi terjalin kuat. Di samping itu, muncul
pengelompokan dalam kehidupan budaya iaitu kelompok seniman, industriawan, ilmuwan,
pekerja dan buruh fabrik.
Golongan pengiat seni mula mencipta karya-karya berdasarkan kata hati mereka
sendiri tanpa pengaruh luar lagi. Pada zaman inilah perkarya mula memperkenalkan gaya
individu ( personal style). Sumber kewangan juga tidak lagi terhad dari institusi gereja,
hartawan dan golongan bangsawan. Para pengkarya sudah mendapat sumber kewangan
melalui komersial iaitu hasil jualan karya-karya mereka.

HBAE3303

Perubahan-perubahan karya berlaku di negara-negara Eropah seperti Perancis,


England dan Itali. Di Perancis contohnya, catan-catan easel yang kecil telah menggantikan
karya-karya awam yang besar. Catan-catan yang dihasilkan di Perancis bukan saja untuk
golongan bangsawan semata-mata tetapi juga ada untuk golongan pertengahan.

Di

England, aliran Inggeris juga berkembang. Pelbagai jenis karya dihasilkan contohnya
Hogarth

menghasilkan

tema-tema

menghasilkan potret dan landskap.

kemasyarakatan

dan

Gainsborough

Reynolds

Karya-karya dihasilkan untuk golongan raja,

bangsawan dan kelas pertengahan.

2.0

Perkembangan Karya Seni Era 1750-1900


Pada abad ke-18, tercetusnya perkembangan sains dan teknologi di negara-negara
Barat. Contohnya terciptanya mesin wap yang memudahkan kerja-kerja di kilang-kilang
dan ladang.

Perkembangan teknologi ini juga telah mempengaruhi keadaan sosial

masyarakat Barat dan memberi kesan langsung kepada karya-karya seni pada zaman
berkenaan. Masyarakat pada zaman itu sudah mula bergaul secara bebas dan terbuka.
Sistem demokrasi dan sistem sekular telah mula diamalkan serta diperjuangkan secara
terbuka. Maka para pengkarya seni juga mula membuat perubahan dengan lebih bergaul
dengan masyarakat dan tidak terikat kepada cara klasik lagi. Para seniman telah menjadi
jurucakap serta perantara dengan golongan atasan.

HBAE3303

Kebanyakan seniman pada abad ke-18 dan ke-19 terdiri dari golongan yang
berpendidikan dan terpelajar dan mempunyai latar belakang seni. Kenyataan ini juga
memberi kesan besar terhadap hasil dan karya seni yang dihasilkan oleh pelukis berkenaan.
Kebanyakan karya-karya pelukis zaman ini adalah sangat bermutu, berkualiti dan
mempunyai mesej yang jelas dan menonjol. Antara contoh seniman ialah Paul Gauguin,
salah seorang pelukis Post-Impressionists, lahir di Paris, merupakan anak kepada seorang
jurnalist . sebelum bergiat cergas dalam seni Paul Gauguin adalah pembantu broker pada
tahun 1871. Salvador Dali pula lahir dari golongan kaya di Cadaques,Costa Brava
Sepanyol pernah belajar di School of Fine Arts di Madrid. Pablo Ruiz Y Picasso
dilahirkan tahun 1881 di kota Malaga, Sepanyol. Ayahnya juga seorang seniman dan juga
seorang guru seni. Bakat Pablo muncul dalam usia muda sudah jadi pelukis terkenal pada
umur belasan tahun.
Selain itu, perkembangan industri juga telah wujud golongan perkerja yang ramai di
kawasan-kawasan perindustrian.

Situasi ini juga memberikan pengaruh besar kepada

golongan penggiat seni. Golongan penggiat seni juga mula menghasilkan karya-karya
yang berlatarbelakangkan golongan pekerja di samping motif-motif yang sedia ada seperti
landskap dan potret.
Suasana politik zaman ini juga memberi kesan kepada pengkarya seni di zaman itu.
Sebagai contoh Pablo Picasso menghasilkan catan yang berkaitan dengan masalah politik
dengan menghasilkan karya masyhurnya "Guernica" (1937). Catan ini dihasilkan
berdasarkan peristiwa pengeboman

Guernica, di negari Basque oleh Jerman dan

kapalterbang tentera Itali bagi menentang tentera nasionalisme sepanyol pada 26 April
1937, semasa perang tercetus di Sepanyol.
"Guernica" (1937)

HBAE3303

Abad ke-19 merupakan abad penting dalam perkembangan seni lukis kerana
merupakan era peralihan antara tradisi kepada moden. Banyak aliran seni muncul pada
abad ini. Sebelum abad ke-19, stail seni lazimnya dikelompokkan dalam satu abad, seperti
Renaisance pada abad ke-15 dan ke -16, Baroque mewakili abad ke-17dan Rococo bagi
abad ke-18.
Telah muncul tiga era utama pada abad ke-19 iaitu :
I.

Seni Sebelum Zaman Perang Dunia Pertama yang terdiri dari era Neo-klasik,
era

Romantisme,

era Realisme,

era Impressionisme dan

era Post-

Impressionisme.
II.

Seni Selepas Zaman Perang Dunia Pertama terdiri dari era Fauves dan era
Ekspressionisme.

III.

3.0

Seni Akhir Abad ke-19 yang terdiri dari era Kubism dan era Futurism.

Aliran Neo-Klasik
Neo-Klasik boleh didefinasikan seperti berikut, neo bererti baru atau the sences
new, Manakala klasik pula membawa maksud unik, sumber rujukan, piawaian, standard,
baik, terpuji, terutama dan sebagainya. Oleh itu dapatlah disimpulkan bahawa gerakan neoklasik ini bermatlamat menghidupkan dan mengembalikan zaman kegemilangan seni klasik
yang terdapat pada masa itu. Gaya aliran neo-klasik lahir hasil tindakbalas terhadap
fenomena seni Racoco yang dikatakan menyimpang dari kaedah seni klasik dengan sebutan

HBAE3303

ugly dan mengalami penurunan nilai dalam karyanya. Maka Neoklasik berkeinginan untuk
mengembalikan dan memurnikan idea klasik, dengan mempelajari, menggali, dan
mengembangkan kaedah-kaedah kuno Yunani dan Romawi klasik. Gerakan ini mula wujud
pada penghujung abad ke-18 dan berkembang pada awal abad ke-19. Di Perancis dan
Amerika, aliran ini telah menggalakkan Revolusi. Zaman neo-klasik berkembang seiring
dengan pengaruh persekitaran termasuklah politik, ekonomi, sosial dan revolusi industri
pada masa itu.
Era Neo-Klasik adalah antara

1750 hingga 1790. Neo-klasik pada fasa ini

merupakan era dan masa yang paling penting kerana pendedahan dengan tokoh-tokoh seni
terawal yang menjadi pelopor gerakan ini seperti Benjamin West dan Jacques Louis David.
Di sekitar tahun 1790 hingga 1830 ialah sebagai alat propaganda, seni menjadi suatu alat
penyampai maksud propaganda pada zaman Rom, Perancis dan empayer Napolean
khususnya. Tahun 1830 dan seterusnya seni neo-klasik terus berkembang dan
menyumbang kepada seni moden dan sebagai perintis kepada seni moden. Perkembangan
ini beterusan sehingga terlahirnya gerakan romantisme. Pelukis terkenal zaman ini ialah
Jacques-Louis David.

3.1

Jacques-Louis David

Jacques-Louis David
Jacques-Louis David dilahirkan pada 30 Ogos 1748 di Paris Perancis. Beliau
meninggal dunia pada 29 Disember 1825 di usia 77 tahun di Brussels, Belanda. Jacques-

HBAE3303

Louis David adalah warganegara Perancis dan merupakan pelukis aliran Neo-Klasik yang
terkenal. Karya-karya beliau adalah berbentuk lukisan dan catan. Pada tahun 1780-an dia
menghasilkan banyak catan yang bertemakan sejarah.
Catan Jacques-Louis David iaitu Oath of the Horati (1784), melambangkan kegagahan
kaum dan pengorbanan yang dilakukan demi untuk negara.

Oath of the Horati (1784)


Jacques-Louis David
4.0

Aliran Romantisme
Aliran seni ini berkembang sekitar akhir abad ke- 18 dan awal abad ke-19.
Manifetasinya pelbagai, justeru itu satu definisi khusus suka dicapai. Namun begitu, pokok
prinsip utamanya ialah suatu kepercayaan terhadap nilai-nilai pengalaman individu.
Seniman-seniman Romantik meneroka nilai-nilai instuisi atau dalaman, serta menukar
kecenderungan publik daripada neo-klasik yang umum, kepada suatu ekspresi yang lebih
bersifat peribadi.

Menurut ahli falsafah Jerma G. W. F. Hegel dalam Lectures on

Aesthetics, dalam seni Romantik, bentuk ditentukan oleh dalaman atau inti makna yang
mewakili seni itu, Muliyadi Mahamood (2001)
Istilah Romantisme telah wujud pada pertengahan abad ke-18. Karya aliran ini
adalah lebih kepada gambaran sesuatu keadaan yang berlaku pada zaman itu. Mesej karya
tertumpu kepada kedamaian,keharmonian,kecintaan. Hal benda karya tertumpu kepada
ekspresi muka dan aktiviti figura. Gaya karya masih terpengaruh dengan gaya gothik iaitu

HBAE3303

gaya zaman klasik. Penggunaan garisan luar yang terang. Tema karya tertumpu kepada
kisah kesengsaraan,kejatuhan gereja dan pemerintahan beraja. Warna yang digunakan ialah
warna yang kusam,suram dam kelam. Warna itu menggambarkan kesengsaraan,kezaliman
yang berlaku pada zaman itu. Di antara pelukis-pelukis yang utama Romanticisme ialah
Francis Goya di Sepanyol, Theodore Gericault dan Eugene Delacroix di Perancis.

4.1

Eugene Delacroix
Ferdinand Eugene Victor Delacroix, yanglebih dikenali sebagai Eugene Delacroix,

merupakan pelukis yang berasal dari Perancis yang mempunyai pengaruh yang mendalam
terhadap gerakan Romantik. Beliau dilahirkan pada 26 April 1789 di Perancis dalam
keluarga yang sememangnya cenderung dalam bidang seni lukis.

Memulakan

pembelajaran pada usia 17 tahun di bawah jagaan orang penting dalam Pendidikan Seni
iaitu Baron Pierre-Narcisse Guerin.
Pada usia 24 tahun Delacroix sekali lagi bertuah kerana mendapat bimbingan
seorang ahli arkitek dan hiasan Adolphe Theirs. Seawal penglibatan beliau dalam dunia
seni lukis, Delacroix sememangnya telah terpengaruh dalam gerakan Romantik oleh
seorang artis juga sahabatnya Frederic Chopin.
Eugene Delacroix dikenali sebagai master of color.

Beliau sangat tertarik

dengan lukisan lanskap aliran Romantik Inggeris dapat mencungkil teknik yang digunakan
untuk mengembangkan lagi keunikan serta pendekatan terhadap warna, yang menjadikan
satu-satu lukisan itu sukar untuk dilupakan. Kesan dari kesenian serta peristiwa, ditambah
lagi teknik lukisan beliau itu, ia telah mencetuskan satu pengalaman yang hebat bagi
pengamat hasil lukisan beliau.
Di dalam buku Readers Digest Family Treasury Of Great Painters And Great
Paintings(1965), penulis George Kent menulis bahawa Eugene Delacroix telah membuka

HBAE3303

pintu kepada Seni Moden. Di dalam buku tersebut beliau bukan sahaja mempunyai teknik
melukis yang ideal dan pantas tetapi juga mempunyai teknik sapuan warna yang lembut
teliti. Di samping itu lukisan beliau yang memprotes tentang pembunuhan masal orangorang Greek di pulau Chios membuatkan George Kent mengangkat Eugene Delacroix
sebagai pelukis yang bertanggungjawab dalam membuka pintu ke arah seni moden.

The Massacres at Chios (1824)


Eugene Delacroix
Lukisan The Massacres at Chios mengisahkan tentang peperangan yang berlaku
pada abad ke-19. Orang-orang greek yang ingin membebaskan negara mereka dari jajahan
Turki. Memandangkan ia merupakan peristiwa semasa maka beliau adalah merasakan
adalah penting untuk dilukiskan mengikut penilaian beliau sendiri. Serangan tersebut agak
ganas menyebabkan pulau hangus terbakar sebilangan penduduknya terkorban. Kedua-dua
kejadian ini menarik minat Delacroix untuk dilukiskan dalam aliran Romantik yang
menggambarkan pembunuhan yang kejam.

5.0

Aliran Realisme
Aliran seni Realisme boleh didefinisikan sebagai usaha kesenian meniru alam
sekeliling dengan menggunakan berus warna. Pelukis-pelukis aliran reaslisme bukan saja
mempunyai kemahiran yang tinggi tetapi juga mempunyai pengamatan yang tajam dalam

HBAE3303

memindahkan subjek yang dilihat ke atas kanvas.

Pelukis-pelukis realis menentang

prinsip-prinsip Neo-Klasik dan Romantisme. Mereka ingin menggambarkan subjek-subjek


sebenar dan betul dalam kehidupan seperti kepayahan hidup masyarakat kelas bawahan.
Dalam konteks ini, karya-karya mereka bersifat satira dan kritikan.

Landskap dan

kehidupan harian (xatan-catan genre) penting bagi mereka. (Muliyadi Mahamood, 2001).
Di antara pelukis-pelukis Realisme yang utama ialah Corot, Millet, Daumier dan Courbet.

5.1

Honore Daumier
Honore Daumier dilahirkan di Marseilles, Perancis pada tahun 1808 dan membesar

di Paris. Ayah beliau merupakan seorang tukang, memasang kaca jendela dan bergiat
dalam kesusasteraan tetapi tidak berjaya. Beliau mempunyai pengamatan dan memori
yang dianggap super. Ini kerana beliau melukis pemandangan spontan aktiviti harian
manusia.

Beliau tidak memerlukan model untuk dilukis cukup hanya memerhatikan

gelagat manusia kemudian menyimpan dalam memori beliau tanpa tertinggal satu unsur
pun. Semua ini ditulis dengan lebih terperinci lagi dalam buku Readers Digest Family
Treasury Of Great Painters And Great Paintings(1965) tulisan Thomas Cravin.

The Third-Class Carriage


The Third-Class Carriage atau dikenali sebagai Le Wagon de troisieme classe
mengisahkan tentang keluarga. Tiga generasi dipersembahkan dalam lukisan ini muda,
pertenngahan umur dan golongan tua yang hampir memenuhi kitaran kehidupan manusia.

10

HBAE3303

Catan ini menonjolkan muka si ibu yang manis, rupa si nenek yang memperlihatkan kerja
keras yang telah dilalui sepanjang hidupnya.

6.0

Aliran Impressionisme
Aliran muncul pada abad ke-19.

Impressionisme bermakna hasil catan yang

dihasilkan adalah berdasarkan pada apa yang sebenarnya dilihat di depan mata dan
bukannya apa yang ditafsirkan oleh minda yang penuh dengan imaginasi. Ini bermakna
pelukis menghasilkan catan berdasarkan pada pengamatan dan pemerhatian secara terus
pada suasana ataupun pada objek yang sebenarnya tanpa melakukan sebarang penambahan
atau pengubahsuaian. Imresionis juga menentang ide Romantis bahawa seni meluahkan
meluahkan perasaan.

Seni foto dan seni cetak potongan kayu Jepun adalah antara

pengaruh-pengaruh luar yang wujud di dalam Impressionisme.

Ciri-ciri aliran

Impressionisme adalah seperti berikut:


Menumpukan kaedah konsep cahaya dan kesan objek yang dilihat.
Warna tidak dicampur dengan hitam dan putih dan terus dipalit pada kanvas.
Warna bertindih-tindih.
Tidak melukis secara detail.
Mementingkan keserasian warna,cahaya serta watak-watak alam.
Mengutamakan suasana yang dilihat contohnya seperti pagi, petang ,malam.
Aliran ini condong kepada aliran naturalisme.
Palitan warna spontan tentang apa yang dilihat
Antara pelukis yang terkenal pada zaman ini ialah Edouard Manet, Claude Monet,
Camille Pissaro, Pierre Auguste Renoir, Edgar Degas, Mary Cassat dan juga pengarca
Auguste Rodin.

6.1

Pierre-Auguste Renoir

11

HBAE3303

Pierre-Auguste Renoir dilahirkan di Limoges, Perancis, pada 25 February 1841.


Beliau mula melukis seawal usia 13 tahun sewaktu bekerja sebagai pelukis tembikar di
Parisian Factory. Sekitar tahun 1860 an Renoir menyertai studio yang dimiliki oleh artis
dari Switzerland iaitu Charles Gleyre dan seterusnya menemui rakan yang akan sama
mewujudkan gerakan Impressisonisme iaitu Monet, Bazille dan Sisley. Pada 1869 Renoir
menghabiskan masa bersama Monet di tepian Sungai Seine, pada ketik inilah mereka
mengembangkan teknik terkenal mereka dengan menggunakan warna yang cerah yang
menjadi asas gerakan Impressionis

Luncheon of the Boating Party


Luncheon of the Boating Party
Luncheon of the Boating Party juga dikenali sebagai Le djeuner des canotiers
dihasilkan dipuncak karier Renoir dalam Impressionis dalam tahun 1881. Luncheon of the
Boating Party adalah salah satu hasil Renoir yang menunjukan kehidupan sosial dari zaman
awal hidupnya.
Remoir mengambil masa enam bulan untuk mneyiapkan karya ini dan ia menjadi
salah satu lukisan yang menjadi pujaan ramai pelukis. Dalam lukisan ini Renoir bijak
mengaplikasikan pakaian dan keadaan untuk mewujudkan satu suasana perjumpaan petang
dengan kawan-kawannya.

12

HBAE3303

Renoir dengan gaya yang mantap menggunakan bentuk, ruang, warna dan jalinan
dalam suasana ini. Figura dan botol menambahkan unsur bentuk dalam lukisan ini dan
teknik overlappingdi antara figura mewujudkan ruang. Pergerakan wujud melalui bahasa
badan dan ekspresi dari muka subjek yang dilukis.

7.0

Aliran Post-Impressionisme
Realiti itu sentiasa baru dan tegas karya aliran ini bukan meniru bentuk tetapi
mencipta bentuk dan

bukan meniru kehidupan tetapi mencari kesamaan di dalam

kehidupan. Para pengkarya melukis imej-imej yang mempunyai struktur dan logik untuk
mencapai kesatuan antara isi yang berkait rapat. Pelukis melukis sebagai pernyataan dan
simbol diri. Perspektif, bentuk dan warna adalah yang baru dan tidak mengikut orang lain.
Warna terang dan gelap adalah pancaran dari gerak hati spontan pelukis.
Vincent van Gogh dilahirkan di Holland dalam tahun 1853. Seorang kanak-kana
yang tidak mempunyai minat dalam bidang seni tetapi semasa beruisa 16 tahun dia mula
bekerja di Hague Gallery. Selepas beberapa kali berpindah hinggalah beliau sampai ke
London dan Paris beliau hilang minat untuk menjadi pelukis professional dan bekerja
sebagai mubaligh di sebuah gereja di Belgium. Setelah beberapa lama selepas Van Gogh
meninggalkan gereja beliau aktif semula sebagai pelukis.
Van Gogh yang berhasrat untuk melukis figura akhirnya selesai menghasilkan
karya utama dalam kariernya The Potato Eaters pada tahun 1885 yang membuktikan
kejayaan. Pada tahun 1886 beliau berpindah ke Paris dan beliau yang begitu terpengaruh
dengan aliran Impressionis dan Post Impressionis berpeluang melihat karya artis seperti
Gauguin, Pissarro, Monet, dan Bernard. Dia mengaplikasikan karya yang cerah, warna
yang galak dalam karya dan digabungkan dengan tekniknya. Dua tahun selepas itu dalam

13

HBAE3303

tahun 1888, Van Gogh berpindah lagi ke Arles yang kemudian menyertai sahabat baru
Gauguin. Pada waktu itulah beliau dapat menghasilkan karya yang menjadi salah satu
pengenalan bagi diri beliau iaitu Sunflowers.

Starry Night
Starry Night dihasilkan pada tahun 1889, Van Gogh menggunakan warna putih dan
kuning untuk menghasilkan kilauan bintang dan menjadikan langit malam satu penegasan.
Garisan menegak yang ditunujukan pada pokok cypress dan menara gereja dpat
membahagikan komposisi lukisan tanpa menjejaskan langit malam yang menjadi tumpuan.
Van Gogh beerjya menggunakan warna sebagai media menyampaikan emosi.
8.0

Fauves
Aliran ini bermula awal abad ke-19 di Paris, Perancis. Karya-karya aliran ini
memperlihatkan penggunaan warna tanpa batasan. Lazimnya warna-warna panas, meriah
dan ceria seperti kuning, jingga serta merah digunakan dalam karya-karya landskap, figura
manusia, alam benda dan pemandangan dalaman. Istilah Fauvisme diperkenalkan oleh
pengkritik seni Louis Vauscelles. (Muliyadi Mahamood, 2001).

Aliran ini banyak

dipengaruhi daripada Zaman Post-Impressionism. Aliran seni ini sangat mementingkan


aspek-aspek keindahan dan tidak menitikberatkan mesej yang hendak disampaikan. Di
antara pelukis-pelukis utamanya ialah Matisse, Derain dan Vlaminck.

14

HBAE3303

8.1

Henri Emile Benot Matisse


Dilahirkan pada 31 Disember 1869 di utara Perancis yang dikenali sebagai Le

Cateu-Cambresis, Bohain. Matisse membesar dalam suasana yang terpencil yang tidak
mengalami perubahan sejak zaman pemerintahan Roman. Kewujudan landasan keretapi
telah menyebabkan Bohain wujud dalam peta industri, tetapi penduduknya masih
menggunakan kuda atau berjalan kaki untuk pergi ke satu-satu tempat.
Mattise mula menjadi pelukis dalam keadaan yang tidak dijangka. Pada tahun 1889
beliau mendapat penyakit apendiks dan dalam tempoh penyembuhan beliau dari
pembedahan ibu beliau telah memberikan sekotak warna sebagai mengisi masa lapang
beliau. Bermula dari saat itu Matisse menyedari bahawa melukis merupakan karier yang
sesuai bagi beliau dan bukannya sebagai pegawai dipejabat perundangan seperti yang
dirancang oleh bapanya sebelum ini. Ibu Matisse menjadi penasihat dalam mengajar
tentang peraturan dalam seni lukis tetapi lebih mengutamakan untuk menghayati emosi
diri. Pada tahu 1891 beliau ke Paris untuk mempelajari bidang seni di Acadmic Julian di
bawah tunjuk ajar William-Adolphe Bouguereau.

The Dinner Table (1897)

15

HBAE3303

The Dinner Table (1897) merupakan hasil karya Matisse yang pertama, beliau
menghabiskan musim sejuk untuk menyiapkan lukisan ini.

9.0

Aliran Ekpresionisme
Karya-karya aliran ini terhasil dari luahan perasaan dan perasaan tidak puas hati
yang diterjemahkan dalam bentuk visual untuk menjadi tatapan masyarakat. Menolak ciriciri tradisi klasik. Seni aliran ini adalah manifestasi perasaan dan keresahan emosi pelukis.
Karya-karya aliran ini, menolak peniruan alam dan menyingkir subjek dan objek.
Penggunaan warna yang digunakan adalah dramatik dan tidak ada imej yang jelas.
Kebanyakan catan mempunyai kesan berus yang kasar dan kadangkala tidak menggunakan
berus. Pelukis yang terkenal ialah Wassily Wasilyevich Kardinsky. Karya beliau yang
terkenal ialah Farewell 1903.

Farewell 1903
Wassily Wasilyevich Kardinsky

16

HBAE3303

10.

Aliran Kubisme
Menolak tradisi catan yang mementingkan objek realiti.

Aliran Kubisme

menganggap seni sebagai satu konsep ke arah penciptaan dan menolak peniruan. Aliran ini
cuba menyelesaikan masalah 3 dimensi dalam 2 dimensi. Catan aliran ini terkenal dengan
penggunaan bentuk-bentuk dan satah geometri. Seperti pecahan kaca dan menimbulkan
kesan lutsinar dan mewujudkan warna yang bertenaga.

10.1

Pablo Picaso
Beliau merupakan pelukis dan juga pengarca berbangsa Sepanyol.

Beliau

merupakan pelukis yang terkenal pada era seni lukis abad ke 20. Beliau merupakan
pengasas kepada aliran Kubisme yang mengetengahkan pelbagai gaya dalam a=hasil
seninya. Antara karya beliau yang terkenal ialah Cubist Les Demoiselles d'Avignon (1907)
dan Guernica (1937), sebagai penghayatan beliau terhadap pengeboman Guernica semasa
Perang Saudara Sepanyol.

17

HBAE3303

Les Demoiselles d'Avignon, 1907


Lukisan ini dihasilkan pada tahun 1907. Ia dipanggil sebagai lukisan yang paling
inovatif selepas hasil karya oleh Giotto. Pengurangan dalam penggunaan ruang amat
menakjubkan dan letakan wajah menjadi pencetus bagi karya ini. Sama seperti aliran
revolusi yang lain karya ini telah mengejutkan banyak pihak dan menjadi tanda kewujudan
aliran Kubisme.

10

Futurisme
Aliran ini merakamkan pengalaman pergerakan manusia, masa dan juga elemen ruang yang

diubahsuai menjadi pergerakan yang berulang-ulang dalam satu karya seni.


Antara pelukis yang terkenal ialah Giocomo Balla. Beliau merupakan seorang pelukis dari Turin,
Itali. Dilahirkan pada 24 Julai 1871 dan meninggal dunia pada 1 March 1958 .

catan yang

terkenal ialah Dynamism of Dog on a Leash 1912. Catan ini menunjukkan pergerakan imej dan
objek yang digunakan.

Dynamism of Dog on a Leash 1912


Giocomo Balla

18

HBAE3303

11.

Rumusan
Abad ke-19 dianggap sebagai satu era peralihan daripada budaya tradisi kepada moden.

Semasa pertengahan abad ini, banyak aliran baru yang muncul seperti Impresionisme dan Post
Impresionisme.

Aliran-aliran yang dibawa adalah berikutan perubahan corak dan gaya baru

pelukis yang bergerak seiring dengan perubahan dan kemajuan teknologi.


Peristiwa-peristiwa seperti peperangan, revolusi, dan kehidupan mas yarakat banyak
mempengaruh karya-karya pelukis zaman berkenaan. Pelukis lebih berani dan menghasilkan
karya dengan menggunakan gaya peribadi yang tersendiri sebagai tanda kepada kewujudan dan
kegemilangan suatu era ke satu era yang lain.
Berdasarkan gaya karya yang dihasilkan dalam setiap aliran telah memberikan ganjaran
kepada kita bahawa pelukis-pelukis era abad ke-19 mula mengetepikan aturan serta amalan seni
klasik seni visual yang telah dipraktikkan oleh setiap pelukid pada era sebelumnya.

19

HBAE3303

RUJUKAN
Meggs, P.B. (1998). A History of Grafic Design (3rd ed.). New York: John Wiley.
Muliyadi Mahamood. (2001). Sejarah Seni Zaman Pertengahan hingga Abad ke 20. Kuala
Lumpur: Univision Press Sdn. Bhd.
Muliyadi Mahamood.(1992). Aliran Seni Moden. Shah Alam: KSSR, ITM.
Muliyadi Mahamood.(1995). Seni Lukis Dalam Peristiwa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Wahiza Abdul Wahid. (2000). Sejarah Seni Lukis & Seni Reka. Kuala Lumpur: Univison Press
Sdn Bhd.
http://www.frontpainting.com/definition-realism.html
http://www.artble.com/artists/eugene_delacroix/paintings

20

HBAE3303

21

Anda mungkin juga menyukai