Anda di halaman 1dari 6

Salah satu usaha mewujudkan perpaduan kaum di

negara kita adalah peranan yang dimainkan oleh pihak


sekolah. Rakyat harus menyokong cadangan mewujudkan
satu sistem pendidikan berteraskan kebangsaan. Dengan
adanya sistem pendidikan yang terbuka kepada setiap
kaum dan penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa
penghantar, hal ini mampu membentuk elemen perpaduan
dalam kalangan murid. Apabila murid berbilang kaum di
peringkat awal didedahkan dengan kepelbagaian bangsa
dan agama di sekolah rendah lagi, usaha
untuk
membentuk satu masyarakat berbilang kaum yang bersatu
padu dapat dilakukan dengan lebih berkesan. Di sekolah,
murid-murid yang berbilang kaum akan berinteraksi,
bergaul , bermain dan sebagainya semasa melakukan
aktiviti- aktiviti semasa P & P ataupun aktiviti kokurikulum.
Dengan cara ini, generasi Malaysia yang lebih
bersefahaman, bekerjasama dan bersatu padu mampu
dilahirkan. Selain itu, menerusi sukatan pelajaran Bahasa
Melayu,
Sejarah
dan
Pendidikan
Sivik
dan
Kewarganegaraan, sifat perpaduan kaum dapat dipupuk
dalam kalangan murid. Jelasnya, generasi muda akan sedar
akan peranan mereka untuk mengukuhkan perpaduan
kaum menerusi peranan yang dimainkan oleh pihak
sekolah.

Dalam situasi sekolah, memupuk semangat muhibah dan


semangat toleransi antara kaum sangat penting. Hal ini dapat
membantu menimbulkan perpaduan kaum serta membolehkan
mereka berinteraksi sesama mereka. Setiap subjek yang
diajarkan di sekolah juga harus menitikberatkan aspek-aspek
pendidikan yang harmonis. Nilai-nilai rohani dan budaya

bersama perlu diberikan keutamaan dalam setiap subjek.


Maka, semangat perpaduan perlu merentasi kurikulum untuk
membentuk dan menguatkan peribadi dan moral para pelajar.
Penubuhan sekolah wawasan yang menggabungkan ketigatiga buah sekolah rendah, iaitu SK, SJK (C), dan SJK(T) dalam
satu kawasan mampu membentuk pelajar yang bertoleransi.
Pelajar akan menggunakan segala kemudahan yang ada
seperti padang, kantin, dan perpustakaan secara bersamasama. Pelajar sekolah rendah akan bergaul secara langsung
apabila mereka bersukan, makan di kantin, dan semasa
mengadakan hari terbuka sekolah. Oleh itu, pemupukan
semangat perpaduan dapat ditanam dan disemai pada
peringkat awal usia pelajar lagi.

Perpaduan boleh diterapkan melalui aktiviti kokurikulum.


Aktiviti kokurikulum yang dilaksanakan seperti sukan, kelab,
dan

persatuan,

dan

ceramah

haruslah

dipergiat

dan

dipertingkatkan. Di luar sistem akademik, para pelajar harus


dilibatkan dalam aktiviti pelbagai kaum seperti keluarga angkat,
persatuan, dan badan beruniform. Jelaslah bahawa usaha
yang diambil bagi mengukuhkan perpaduan dan integrasi perlu
disahut oleh setiap lapisan masyarakat, termasuklah pelajar.

Seterusnya, institusi-institusi

pendidikan

perlu

bertanggungjawab menerapkan semangat bersatu-padu


dalam kalangan pelajar berbilang kaum. Antara langkah
yang dapat diambil adalah dengan memberikan kerja-kerja
berkumpulan.

Dalam

membahagikan

konteks

pelajar

ini,

secara

guru-guru

hendaklah

berkumpulan

dalam

melaksanakan projek-projek sekolah, seperti kajian Sains,


persembahan maklumat, dan sambutan-sambutan dalam
sekolah. Guru-guru juga haruslah membahagikan kedudukan
pelajar

dengan

sempurna

untuk

menggalakkan

pelajar

berkomunikasi dengan pelajar-pelajar yang berlainan kaum dan


bukannya sesama kaum sahaja. Dalam proses menjayakan
inisiatif-inisiatif tersebut, guru tidak boleh mencetuskan isu-isu
sensitif semasa mangajar, misalnya dengan mengagungagungkan warisan budaya sendiri dan mengejek budaya kaum
lain. Pendek kata, pelajar-pelajar dan guru-guru perlulah
bekerjasama bagai aur dengan tebing demi menzahirkan
semangat perpaduan di peringkat sekolah.
Di samping itu, pelajar-pelajar perlulah belajar dan menghayati
sejarah negara agar dapat memahami erti perpaduan negara.
Sebagai

satu

daripada

langkah

untuk

mewujudkan

permuafakatan bangsa, Kementerian Pelajaran Malaysia telah


mewajibkan pelajar-pelajar agar lulus dalam mata pelajaran
Sejarah di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Dasar
tersebut akan berkuatkuasa mulai tahun 2013. Langkah bijak
tersebut diharapkan dapat menyedari anak-anak bangsa
tentang kesan akibat kurangnya perpaduan kaum dalam
kalangan masyarakat. Antaranya, dasar pecah dan perintah

yang

dilaksanakan

menyukarkan

usaha

semasa

penjajahan

menyatupadukan

British

kaum

telah

menjelang

kemerdekaan negara. Pada masa yang sama, kita tentulah


tidak mengharapkan peristiwa 13 Mei 1969 berulang dan
menggugat kestabilan tanah air. Oleh itu, pelajar perlu
mengenali sejarah tanah air agar dapat menyemai semangat
perpaduan dalam diri individu. Ahli falsafah terkemuka, iaitu
George Santayana juga menyatakan bahawa sesiapa yang
melupakan sejarah pasti akan mengulanginya.

Seterusnya, institusi-institusi pendidikan


perlu bertanggungjawab menerapkan semangat
bersatu-padu dalam kalangan pelajar berbilang
kaum. Antara langkah yang dapat diambil
adalah
dengan
memberikan
kerja-kerja
berkumpulan. Dalam konteks ini, guru-guru
hendaklah
membahagikan
pelajar
secara
berkumpulan dalam melaksanakan projekprojek
sekolah,
seperti
kajian
Sains,
persembahan
maklumat,
dan
sambutansambutan dalam sekolah. Guru-guru juga
haruslah membahagikan kedudukan pelajar
dengan sempurna untuk menggalakkan pelajar
berkomunikasi dengan pelajar-pelajar yang
berlainan kaum dan bukannya sesama kaum

sahaja. Dalam proses menjayakan inisiatifinisiatif tersebut, guru tidak boleh mencetuskan
isu-isu sensitif semasa mangajar, misalnya
dengan mengagung-agungkan warisan budaya
sendiri dan mengejek budaya kaum lain. Pendek
kata, pelajar-pelajar dan guru-guru perlulah
bekerjasama bagai aur dengan tebing demi
menzahirkan semangat perpaduan di peringkat
sekolah.
Di samping itu, pelajar-pelajar perlulah
belajar dan menghayati sejarah negara agar
dapat memahami erti perpaduan negara.
Sebagai
satu
daripada
langkah
untuk
mewujudkan
permuafakatan
bangsa,
Kementerian
Pelajaran
Malaysia
telah
mewajibkan pelajar-pelajar agar lulus dalam
mata pelajaran Sejarah di peringkat Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM). Dasar tersebut akan
berkuatkuasa mulai tahun 2013. Langkah bijak
tersebut diharapkan dapat menyedari anakanak bangsa tentang kesan akibat kurangnya
perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat.
Antaranya, dasar pecah dan perintah yang
dilaksanakan semasa penjajahan British telah
menyukarkan usaha menyatupadukan kaum

menjelang kemerdekaan negara. Pada masa


yang sama, kita tentulah tidak mengharapkan
peristiwa 13 Mei 1969 berulang dan menggugat
kestabilan tanah air. Oleh itu, pelajar perlu
mengenali sejarah tanah air agar dapat
menyemai semangat perpaduan dalam diri
individu. Ahli falsafah terkemuka, iaitu George
Santayana juga menyatakan bahawa sesiapa
yang
melupakan
sejarah
pasti
akan
mengulanginya.