Anda di halaman 1dari 13

Soalan 1.

1.0 Pendahuluan
Pelbagai dasar telah dilaksanakan sejak merdeka hingga ke hari ini bagi
mengwujudkan integrasi di antara etnik. Walaupun banyak kemajuan dapat dilihat dalam
hubungan antara etnik pada hari ini , tetapi masih banyak yang perlu dilakukan bagi
memantapkan proses integrasi ini. Cabaran-cabaran dan masalah yang timbul,
menunjukkan proses integrasi antara etnik di peringkat sekolah perlu dikemaskini dan
dimantapkan lagi. Perlu ada dasar atau rancangan yang lebih konkrit bagi mencapai
objektif integrasi antara etnik di sekolah. Ia hendaklah bukan sekadar di kulit luaran tetapi
isinya.
Sistem pendidikan yang ada di sesebuah negara boleh menjadi salah satu cara
memupuk integrasi dan mewujudkan perpaduan di antara etnik. Sebagaimana yang kita
tahu sekolah ialah sebuah organisasi berbentuk pendidikan yag mana kebanyakannya
semua kaum atau etnik berada dalam satu bumbung yang sama. Dari situlah pelbagai
kaum atau etnik dapat mempelajari nilai-nilai murni sesuatu kaum dan sterusnya
menghayati proses sosialisasi secara mudah. Dengan cara tersebut bolehlah mereka
mewujudkan perpaduan sebagaimana yang diharapkan oleh sekolah, masyarakat dan
bangsa.
Pada hari ini tidak dinafikan menerusi sistem dua aliran yang ada, integrasi
antara etnik di sekolah telah mencapai banyak kemajuan. Walaubagaimana pun masih
banyak yang perlu dilakukan lagi bagi memantapkan lagi proses integrasi antara etnik di
sekolah. Proses integrasi yang berlaku pada masa ini kadangkala menghadapi pelbagai
masalah yang timbul. Ini jika tidak diatasi boleh melambatkan proses integrasi di sekolah.
Oleh pelbagai rancangan dan dasar haruslah difikir dan dikaji bagi menjadikan sekolah
sebagai pusat integrasi antara etnik yang terbaik.
2.0 Definisi Integrasi dan Etnik
Etnik atau etnos dalam bahasa asal Greek membawa makna kumpulan manusia atau
bangsa. Ia merujuk kepada pengenalan diri seseorang ke dalam kumpulan yang mempunyai
latar belakang keturunan nenek moyang yang sama. Mereka mempunyai keturunan dari
segi sejarah, negara asal, bahasa, tradisi, budaya, struktur dan sistem nilai. Mengikut kamus
Dewan pula, etnik merujuk kepada sesuatu kaum atau masyarakat majmuk yang mempunyai
kelompok, yang hidup berlainan tetapi di bawah sistem politik yang sama.
Mengikut Khalid Yaakub (1982) pula, integrasi pula merupakan proses menyatupadukan

secara budaya dan sosial kelompok-kelompok sosial yang berbeza- beza kepada satu unit
yang mempunyai identiti yang umum dan tersendiri. Mengikut Sufean Hussein (1996) integrasi
bermaksud menyatukan etnik-etnik atau kelompok-kelompok yang terasing pada asalnya
kepada satu bentuk lain yang tersendiri Mengikut Mohd Sa leh Lebar (1998), integrasi yang
diterima atau yang biasa dikehendaki ramai adalah satu proses yang cuba menyatupadukan
masyarakat majmuk atau pelbagai kaum dan mewujudkan pula pembentukkan kebudayaan
kebangsaan atau nasional yang tersendiri dikalangan mereka.
3.0 Cara-cara memupuk integrasi etnik di sekolah
3.1 Menjadikan sekolah sebagai alat perpaduan
Sekolah

juga

menggalakkan

pelajar-pelajar

supaya

boleh

berfikir

dan

berani

mengeluarkan pendapat. Pelajar-pelajar yang berlainan etnik perlu didedahkan kepada


nilai-nilai bersama seperti perasaan kasih sayang, hormat menghormati, saling bantu
membantu,

berbudi

bahasa,

cintakan

keamanan,

bencikan

kekejaman,

jujur,

bertanggungjawab dan sebagainya. Melalui ko-kurikulum pula pelajar-pelajar dari semua


kumpulan etnik hendaklah digalakkan bercampur gaul dan memceburkan diri dalam
menjalankan aktiviti-aktiviti di sekolah. Dengan ini sekolah akan melahirkan rakyat
Malaysia bersatupadu dan mempunyai semangat kemalaysiaan yang kuat walaupun
berlainan etnik. Pelbagai program ko kurikulum telah dirancang dengan kerjasama
daripada PIBG untuk membentuk sahsiah di kalangan pelajar.
3.2 Memantapkan lagi perlaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan
Di Malaysia, pelbagai cara digunakan untuk mewujudkan perpaduan antara etnik di
sekolah. Antaranya menerusi Dasar Pelajaran Kebangsaan yang menggunakan sukatan
pelajaran, buku teks, peperiksaan, pakaian seragam, sistem latihan guru dan bahasa
penghantar yang sama. Sebagai contoh dalam matapelajaran Pendidikan Islam dan Moral
pendekatan yang lebih baik digunakan agar pelajar dapat memahami tentang keperluan
moral, sosial, agama dan kepercayaan kepada tuhan serta menjadi warga negara yang
baik. Sebahagian daripada dasar dan tindakan strategik ini telah dilaksanakan dengan
berkesan walaupun belum sepenuhnya. Misalnya dasar penggunaan

bahasa Melayu

sebagai bahasa penghantar utama dalam sistem pendidikan kebangsaan, sekurangkurangnya telah mewujudkan generasi dari pelbagai etnik yang lebih komunikatif antara
satu sama lain dan lebih saling memahami. Dasar-dasar yang tidak sesuai daengan
kehendak semasa haruslah digantikan bagi memastikan integrasi di peringkat sekolah
dapat dilaksanakan dengan baik.

3.3 Pendemokrasian Pendidikan


Pendemokrasian pendidikan juga dapat memupuk integrasi . Pendemokrasian Pendidikan
yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan adalah untuk memastikan agar semua
kaum dapat menikmati kemudahan yang sama dalam pendidikan sama ada mereka di
sekolah. Bantuan-bantuna persekolahan baik daripada pihak kementerian malah
sumbangan daripada PIBG dan orang perseorangan diagihkan sama rata di kalangan
pelajar.
4.0 Penutup
Dengan perkembangan ekonomi yang cepat menyebabkan keadaan mobiliti masyarakat
terus berubah . Dalam masa yang sama, kita harus terus mempertahankan nilai-nilai
perpaduan yang diasaskan sebelum ini. Bidang pendidikan merupakan bidang terpenting
bagi menjadi alat perpaduan antara etnik. Hanya menerusi pendidikan saja, rakyat
malaysia yang berbilang etnik dapat disemai rasa semangat kekitaan

dari sejak kecil

hinggalah dewasa. Oleh itu segala dasar dalam pendidikan yang dapat memupuk integrasi
antara kaum haruslah disokong sepenuhnya oleh setiap rakyat malaysia. Sesuai dengan
perubahan masa, pelbagai dasar yang telah diwujud sejak dari kita merdeka hinggalah
sekarang perlulah sering disemak bagi memastikan setiap dasar yang di rancang dapat
melaksanakan proses integrasi antara etnik di sekolah dengan berkesan.
Sekolah merupakan unit yang terpenting dalam sistem pendidikan kita bagi mewujudkan
integrasi di antara etnik. Kegagalan proses integrasi di sekolah, khasnya di peringkat
rendah

akan menyebabkan juga gagalnya proses integrasi peringkat menengah dan

seterusnya universiti. Ini seterusnya akan menghasilkan masyarakat Malaysia bukan saja
berlainan etnik tetapi tidak bersatupadu dan berlainan kefahaman.

Soalan 2
1. Pengenalan
Pendidikan merupakan salah satu tunjang utama pembangunan dan kestabilan di negara
kita. Pendidikan

merupakan

pemangkin

dan

komponen

penting

untuk

memacu

pembangunan negara kita bagi mencapai status negara maju menjelang tahun 2020. Oleh
itu, mutu pendidikan yang bermutu tinggi dan mampu menghasilkan golongan cendiakawan
yang berkualiti hendaklah diberikan penekanan kerana mutu pendidikan secara langsung
dan tidak langsung menyumbang kepada pembangunan negara yang dinamik, mampan
dan menyeluruh.
Dalam usaha untuk melonjakkan kecemerlangan pendidikan, para pendidik terutamanya
para guru adalah orang yang bekerja untuk merealisasikan impian wawasan 2020 negara
iaitu untuk menjadi negara yang maju dan setaraf dengan negara-negara maju yang
lain. Para guru perlu bekerja dengan lebih produktif, lebih cekap, lebih kreatif dan
mempunyai akauntabiliti yang tinggi terhadap tugas mereka. Untuk mendapatkan prestasi
kerja yang terbaik daripada guru, guru hendaklah boleh melakukan tugas-tugas mereka
tanpa tekanan dan tanpa dibebankan tugas-tugas yang lain. Lambakan tugas-tugas lain
seperti kerja perkeranian terhadap guru akan menganggu prestasi kerja mereka dan
menyebabkan mereka mengalami tekanan emosi. Antara lain, tugas guru juga termasuk
membantu pelajar mendapat pencapaian akademik yang baik dan membantu mereka
mempunyai nilai-nilai mumi. (Koch, et al. 1982 ). Guru juga diminta menanamkan
kebolehan berdikari kepada pelajar dalam usaha mereka memperolehi pengetahuan (Lee,
1999).
Peningkatan ketidakhadiran kerja, pusing ganti yang tinggi dan persaraan awal merupakan
antara sebab mengapa banyak kajian dijalankan di kalangan guru berkaitan dengan
tekanan emosi, stres dan burnout. Stres memberi kesan kepada masalah kesihatan
mental dan zikal dan mempengaruhi keberkesanan hubungan guru dengan pelajar dan
juga mutu pendidikan (Weisberg & Sagie, 1999). Stres juga menyumbang kepada
penurunan tahap tenaga guru dan penglibatan tugas yang semakin berkurangan. (Lewis,
1999). Stres yang keterlaluan dan tidak dapat dikawal akan menyebabkan burnout di
4

kalangan guru. Kesan Burnout adalah lebih memudaratkan daripada kesan stres seperti
kepuasan kerja yang berkurangan, hubungan guru-murid dan guru yang renggang, motivasi
guru yang berkurangan dan pengurangan keberkesanan guru dalam memenuhi matlamat
pendidikan.

2. Stress Dan Burnout


Ramai cendiakawan dan pengkaji telah mengutarakan definisi dan pemahanan mereka
terhadap stres. Menurut Wangsa ( 2010), istilah stres berasal dari kata stringere yang
mempunyai erti ketegangan dan tekanan. Hardjana (1994) pula mendefinisikan stres
sebagai suatu keadaan yang tercipta dalam proses transaksi orang yang mengalami stres
dan hal yang dianggap yang mendatangkan stres sehingga membuat orang yang
bersangkutan melihat ketidaksepadanan yang bersifat nyata ataupun tidak nyata, antara
keadaan dan sistem sumber daya biologi, psikologi, dan sosial yang ada padanya.
2.1 Definisi Konseptual terhadap stress yang dikemukakan oleh Sarafino (1994).
Istilah burnout menurut Freudenberger (dalam Farber, 1991) dedifinisikan sebagai suatu
bentuk kepenatan yang disebabkan karena seseorang bekerja terlalu intensif, berdedikasi
dan berkomitmen, bekerja terlalu banyak dan terlalu lama serta melihat keperluan dan
keinginan mereka sebagai hal kedua. Srinika Jayaratne dan Himle (1991), Perlman dan
Hartman (1982) telah mengkaji semula semua literatur tentang burnout antara tahun 1974
hingga 1980 dan mencadangkan satu pungutan suara yang dipersetujui tentang definisi
burnout.Mereka mendefinisikan burnout sebagai respon kepada stress emosi yang
kronik kepda tiga komponen utama iaitu;
a)

Ketandusan fizikal dan emosi

b)

Produktiviti kerja yang rendah

c)

Personalisasi yang berlebihan

3. Faktor-faktor yang menyumbang kepada tekanan emosi di kalangan guru.


Faktor pertama yang menyumbang kepada tekanan emosi di kalangan guru ialah punca
peribadi seperti kesihatan, masalah kewangan, aktiviti riadah, perhubungan dan taraf

hidup. Masalah kesihatan adalah antara masalah utama yang sering menghantui golongan
guru. Antara penyakit yang popular ialah darah tinggi, sakit jantung, gout dan banyak lagi
penyakit-penyakit lain. Ini akan menyebabkan guru tersebut akan mengalami tekanan
emosi kerana ketidakstabilan emosi. Masalah-masalah yang berpunca daripada peribadi
guru ini akan menganggu prestasi kerja guru di sekolah apabila mereka terlalu memikirkan
tentang masalah peribadi dan tidak fokus kepada tugasan hakiki di sekolah.
Faktor kedua yang menyumbang kepada tekanan emosi di kalangan guru ialah
persekitaran kerja dan kerenah pelajar. Persekitaran kerja yang kurang kondusif dan
ditambah lagi dengan kerenah pelajar yang bermacam ragam, guru terdedah dengan
tekanan akibat tugas yang perlu dilaksanakan. Kekurangan kemudahan di sekolah juga
akan memberi tekanan kepada guru apabila keperluan untuk mengajar tidak mencukupi
dan guru akan merasakan sesuatu yang tidak lengkap untuk memberikan pengajaran yang
maksimum kepada para murid.

Masalah seperti ini menyebabkan guru mengambil

tindakan berasaskan emosi untuk menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan disiplin
pelajar walaupun tindakan ini bertentangan dengan etika dan tatatertib seorang pendidik,
namun kadangkala emosi yang tidak stabil boleh menguasai pemikiran yang waras.
Faktor ketiga yang menyumbang kepada tekanan emosi di kalangan guru ialah beban
tugas di sekolah. Bebanan tugas ini merujuk kepada tugas-tugas yang perlu dibuat oleh
guru seperti membuat persediakan mengajar, menyemak latihan pelajar, tanggungjawab
terhadap pelajar,urusan pentadbiran seperti mengisi borang dan lain-lain tanggungjawab
yang mesti dipikul oleh seseorang guru sepanjang berkerja.
Kerja yang terlalu banyak dan tidak sesuai dengan seseorang guru akan menimbulkan
tekanan kepada guru terbabit. Kerja yang tidak sesuai dengan guru memerlukan masa
untuk mempelajarinya dan pada masa yang sama, banyak lagi tugas lain yang menanti
untuk disiapkan. . Walaupun seseorang individu mempunyai kecekapan dan kecekalan
yang tinggi dalam menjalankan tugasnya, beban kerja yang melampaui batas
kemampuannya akan menyebabkan prestasi kerjanya menurun akibat kepenatan fizikal
dan ini boleh membawa kepada masalah kesihatan seperti sakit jantung dan tinggi darah.
Punca keempat yang menyumbang kepada tekanan emosi di kalangan guru ialah tekanan
daripada pihak atasan. Jika melihat kepada konteks di sekolah, pemimpin di sekolah
adalah guru besar ataupun pengetua dan sebagai pemimpin di sekolah, etika kepimpinan
yang betul adalah penting bagi mewujudkan kepimpinan melalui teladan.

Guru besar atau pengetua hendaklah memiliki daya kepimpinan yang tinggi untuk
mencorak suasana sekolah yang kondusif dan hubungan antara guru juga dalam keadaan
yang baik serta mempunyai rasa kepunyaan yang tinggi terhadap sekolah. Apabila
pemimpin di sekolah tidak memimpin dengan baik dan tidak mentadbir urus dengan
sistematik, guru-guru adalah orang yang akan menjadi mangsa. Lambakan tugas akan
dipikul oleh guru dan ini akan menyebabkan guru mengalami tekanan emosi serta stress.

Faktor kelima yang menyumbang kepada tekanan emosi di kalangan guru ialah masalah
disiplin murid di sekolah. Masalah disiplin pelajar di sekolah pada hari ini semakin
meruncing walaupun banyak usaha telah dilakukan oleh pihak sekolah untuk menangani
masalah ini. Kurang kerjasama daripada ibu bapa merupakan antara faktor kenapa
masalah disiplin di sekolah semakin meruncing daripada hari ke hari. . Oleh itu, apabila
murid melakukan masalah disiplin, murid tersebut bukan sahaja tidak dapat mengawal
dirinya, malah tidak patuh kepada pihak yang berkuasa seperti guru dan pihak sekolah.
Apabila guru berhadapan dengan perkara yang sama setiap kali sesi pengajaran bermula,
maka mereka akan berasa tertekan dengan keadaan tersebut. Ini menyebabkan guru
mengambil langkah yang mudah untuk menyelesaikan masalah tersebut dengan memarahi
pelajar dan tidak masuk ke kelas yang bermasalah untuk mengajar.
4. Tindakan yang perlu diambil oleh guru untuk mengelak tekanan emosi
Saya sendiri sedar bahawa tugas guru semakin mencabar dari sehari ke sehari
sehinggakan terdapat seorang guru meluahkan hasrat untuk menamatkan perkhidmatan
kerana beban tugas sebagai seorang guru yang semakin berat dan ditambah pula dengan
pelbagai program transformasi pendidikan yang nyata amat menambah beban tugas guru
di sekolah. Namun, mahu atau tidak mahu, langkah perlu diteruskan dan untuk berada di
sekolah sebagai seorang guru permulaan, langkah-langkah yang betul perlu diambil untuk
mengelakkan mengalami kejutan budaya dan tekanan emosi di sekolah nanti. Apakah
tindakan yang akan saya lakukan?
Pertama , saya akan cuba untuk sentiasa berfikiran positif. Masalah yang kebiasaannya
akan timbul di golongan guru ialah merasa terbeban dengan tugas yang diberikan apabila
di sekolah. Dengan sentiasa berfikiran negatif, ianya tidak akan membantu apa-apa
sebaliknya hanya akan sentiasa memberikan tekanan emosi apabila terpaksa menyiapkan
sesuatu kerja.

Kedua , saya akan mendapatkan sokongan social dan keagamaan dengan melibatkan diri
Melibatkan diri dengan aktiviti social dan keagamaan akan membuatkan saya melupakan
seketika masalah dan bebanan tugas di sekolah. Dengan melibatkan diri dalam aktiviti
sosial yang berbentuk keagamaan akan mendekatkan saya dengan Allah dan akan
membantu saya mengawal tekanan emosi apabila berhadapan dengan tugas.
Ketiga
mempersiapkan diri dengan pengetahuan berkaitan stres dan cara menanganinya. Dengan
mengetahui tanda-tanda awal, saya akan mampu untuk bertindak dan mencegah tekanan
emosi dengan menggunakan teknik relaksasi progresif yang dipelopori oleh Edmund
Jacobson (1926) dan diperbaharui oleh Murphy (1996). Teknik ini adalah berasaskan
pernafasan dan mampu membantu untuk merehatkan badan dengan efektif. Bagi saya,
dengan menguasai teknik ini, saya akan mampu untuk melakukannya di mana-mana
sahaja apabila perlu bagi mengingatkan diri saya bahawa sentiasa ada jalan untuk
menyelesaikan sesuatu.
5. Kesimpulan
Sudah terbukti bahawa tekanan adalah sesuatu yang pasti akan dihadapi oleh setiap
individu normal di muka bumi ini. Sebagai seorang guru, tekanan pastinya dirasakan di
dalam dunia pendidikan yang sedang dan akan terus mengalami perubahan daripada
semasa ke semasa. Tekanan emosi kerana tugas yang membebankan jika tidak diurus
dengan baik akan menyumbang kepada stress dan burnout yang mempunyai kesan yang
buruk.
Faktor-faktor yang menyumbang kepada tekanan emosi ini perlu dikenalpasti bagi
memudahkan cara menguruskan tekanan tersebut. Faktor-faktor seperti kepimpinan di
sekolah dan masalah peribadi boleh diselesaikan dengan cara dan medium yang betul
tanpa perlu tindakan yang lebih drastik dilakukan. Cara pengurusan tekanan emosi yang
betul turut perlu diberikan perhatian kerana apabila mempunyai ilmu pengetahuan dalam
cara mengatasi tekanan emosi, tekanan emosi yang dirasai dapat diurus dengan cara yang
betul. Persediaan awal dan kesedaran kendiri berkaitan dengan pengurusan tekanan emosi
akan membuatkan guru lebih bersedia dan tahu cara awal untuk mencegah tekanan emosi
dalam jangka masa panjang.
Keseluruhannya, tekanan emosi bukanlah sesuatu yang tidak boleh diuruskan, sebaliknya
ianya memerlukan cara yang betul untuk menguruskannya. Tekanan emosi yang diurus
dengan baik tidak akan menganggu produktiviti kerja dan prestasi semasa sebaliknya
8

hanya akan mengganggu prestasi kerja dalam masa yang singkat sahaja kerana apabila
sudah dicegah dan diatasi, prestasi kerja bukan hanya akan meningkat tetapi kepuasan
kendiri akan turut meningkat.

Soalan 3.
1. Pendahuluan
Pendidikan jasmani merupakan salah satu pelajaran yang harus masukkan dalam
kurikulum di semua jenis dan jenjang pendidikan. Dengan demikian perlu adanya guru
pendidikan jasmani yang mempunyai kewenangan dan kemampuan untuk mengampu
pelajaran pendidikan jasmani. Memilih strategi mengajar yang tepat merupakan salah satu
unsur penting dalam

pengajaran

pendidikan

jasmani.

Ketepatan

dalam

memilih

strategi mengajar akan berpengaruh pada tingkat keberhasilan dalam pencapaian tujuan
mengajar. Mengajar merupakan kemampuan berperilaku dalam cara yang tepat dengan
menggunakan gaya mengajar yang sesuai dengan tujuan.

2. Usaha menjadi guru berinovasi.


Sememangnya terdapat pelbagai cara yang boleh diusahakan oleh guru bagi meningkatkan
keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran Antara kepelbagaian aktiviti yang
dicadangkan oleh Noriati A. Rashid dalam Murid dan Alam Belajar adalah melalui pelbagai
bermain sebagai usaha menarik minat murid menguasai sesuatu pengetahuan tanpa
disedari oleh murid bahawa mereka sedang belajar. Bagi murid-murid yang mempunyai
gaya berfikir yang tinggi, guru boleh menyediakan aktiviti analisis atau penyelesaian
masalah dengan menggunakan borang grafik manakala bagi murid yang kurang berminat
untuk belajar.

Guru turut boleh mendorong pembelajaran pembelajaran aktif dengan

menggunakan audio visual yang menarik selain daripada menggunakan banyak peralatan
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) atau menggalakkan murid menghasilkan
sendiri bahan pembelajaran mereka.
Guru berinovasi juga termasuklah guru yang berupaya menilai pencapaian dan potensi
murid secara holistik serta sentiasa mengambil langkah proaktif untuk meningkatkan
kecemerlangan murid supaya dapat bersaing di dunia yang semakin mencabar.
Suatu yang tidak dapat dinafikan bahawa kesediaan para guru meningkatkan sifat inovatif
dalam diri berupaya membantu sistem pendidikan negara mencapai tahap sistem
pendidikan bertaraf dunia. Walau bagaimanapun, pelaksanaan proses integrasi teknologi
dan pendidikan dalam kalangan guru bukanlah suatu perkara yang mudah.
Bagi melahirkan guru yang berinovasi, perkara paling utama yang mesti diutamakan adalah
latihan kemahiran kepada bakal guru dan para guru dalam perkhidmatan. Latihan kepada
para guru praperkhidmatan bermula daripada latihan guru sama ada di Institut Pengajian
Tinggi (IPTA) atau Institut Pendidikan Guru (IPG). Pembentukan modal insan guru harus
diberi keutamaan bagi untuk membolehkan pembentukan modal insan yang cemerlang.
Bertitik tolak daripada ini, maka perubahan dalam latihan perguruan yang selari dengan
tuntutan perkembangan semasa merupakan suatu keperluan.
Di samping itu juga, guru perlu menyediakan persekitaran pembelajaran paling kondusif
dan memberi ruang seluas-luasnya kepada murid untuk mengasah kebijaksanaan berfikir.
Penyediaan persekitaran pembelajaran yang positif sememangnya merupakan suatu aspek
yang amat penting. Seorang guru yang baik berupaya untuk mengurus bilik darjah dan
mengawal tingkah laku pelajar proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan
dengan lancar.
Guru harus sentiasa membaca buku ilmu pendidikan, mengikuti kursus peningkatan ilmu
profesionalisme keguruan serta menghadiri seminar atau konvensyen pendidikan di dalam
atau luar negeri. Maka dalam hal ini, pelaksanaan program Latihan dalam Perkhidmatan
(LDP) yang dijalankan secara berkesan akan menyumbang ke arah pembentukan guru
yang inovatif seperti yang diharapkan oleh sistem pendidikan kini.
3. Penutup
10

Guru pendidikan jasmani harus memiliki kewangan, kemampuan, dan menguasai berbagai
metode mengajar serta persiapan mengajar yang baik. Perencanaan mengajar sangat
tergantung pada tujuan yang ingin dicapai. Dengan demikian model perencanaannya
tergantung metode yang dipilih. Model pendekatan mengajar semacam ini masih perlu
disebarluaskan dan memerlukan kerjasama yang baik
seperti

pengembangan

kurikulum,

interaksi

dengan

pembelajaran,

bidang-bidang lain,

strategi

pembelajaran,

pengajaran mikro dan sebagainya.

Senarai Rujukan
Sanusi Osman, 1989, Ikatan Etnik dan Kelas di Malaysia, Universiti Kebangsaan
Malaysia, Selangor.
Mohd Saleh Lebar, 1998, Pengenalan Ringkas Sosiologi Sekolah dan
Pendidikan,

Thinkers Library Sdn. Bhd, Selangor

Amir Hasan Dawi, 1999, Penteorian Sosiologi Dan Pendidikan, Quantum Books,
Tanjung Malim.
Hussein Hj. Ahmad, 1993, Pendidikan dan Masyarakat, Dewan Bahasa dan
Pustaka,

Kuala Lumpur.

Sufean Hussin, 1996, Pendidikan Di Malaysia Sejarah, Sistem dan Falsafah,


Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur.
Kamus Dewan, Edisi ketiga, 1996
Dewan Masyarakat, Oktober 2000, m/s 14-25

11

Dewan Masyarakat , Januari 2001, m/s 50-51


Massa, 14-20 April 2001, m/s 62-63.
Dewan Masyarakat, Jun 2001, m/s 44-45.
Massa, 29 Dis- 4 Jan 2002, m/s 12-13

LAMPIRAN 1
SOALAN
1.

Bagi pendapat CikguDaud, apakah yang dimaksudkan STRESS dikalangan


Guru-guru ?

2.

Mengikut pendapat beberapa orang pakar kaunseling, terdapat beberapa factor yang
Boleh menyebabkan seseorang individu mengalami STRESS dan kemurungan. Bagi
Pendapat cikgu sendiri selaku guru kaunselor, apakah factor-faktor yang mengikut
Pendapat cikgu adalah sangat mempengaruhi seorang individu dalam masalah
STRESS
dan kemurungan?
3.

Beberapa panduan telah diberikan samada melalui seminar ataupun melalui media
Cetak, beberapa langkah bagaimana untuk mengatasi masalah ini. Bagi pendapat

cikgu
Apakah langkah-langkah yang perlu diambil oleh individu tertentu bagi menghindari
Masalah ini?

12

LAMPIRAN 2
Gambar temubual

13

Anda mungkin juga menyukai