Anda di halaman 1dari 3

Bil

1.

2.

3.

AGENDA

TEKS

Ketibaan para
jemputan dan ibu
bapa
Nyanyian Lagu
Negeri __________
dan Lagu Negaraku

Mengumumkan ketibaan Yang Berusaha Tuan Guru Besar


En Kamarol Zaman B Hj Mohd Zen.

Kata Alu-aluan
Pengacara Majlis

Kompang Bergema Pusaka Bangsa


Dipalu oleh Si Anak Muda
Hadir Tuan Puan meriah suasana
Kami menyambut penuh gembira.

Sidang Hadirin yang dihormati,


Marilah kita sama-sama berdiri dan seterusnya
menyayikan lagu negeri ___________ dan lagu Negaraku.

Majlis mengucapkan terima kasih atas nyanyian itu tadi.


Hadirin dipersilakan duduk.

Bismilahhirahmanirahim...
Yang Berusaha Tn. Guru Besar Sk ST Edward Belimbing
EN Kamarol Zaman B Mohd Zen
Barisan Guru Penolong Kanan
Barisan pendidik,
Seterusnya, Tuan-tuan, Puan-puan hadirin sekalian
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh... dan
selamat pagi.
Alhamdulillah, bersyukur kita pada pagi ini, dengan izin
serta limpah rahmat-Nya dapat kita berkumpul dalam
Majlis Pelancaran Transisi Pelajar Tahun 1 dan
pendaftaran pelajar bagi sesi persekolahan tahun 2015.
Pihak majlis serta seluruh warga SK ST Edward Belimbing,
turut sama merakamkan ucapan terima kasih yang tidak
terhingga kepada seluruh hadirin dan hadirat khususnya
kepada para ibu bapa kerana sudi meluangkan masa bagi
bersama-sama menjayakan Majlis yang kita rencanakan
pada hari ini.
Bacaan Doa
4.

Bagi memberkati majlis, marilah sama-sama kita mendah


tangan dengan penuh ketakwaan untuk mengaminkan doa
yang akan dibacakan oleh Ustaz Ridzuan. Dengan segala
hormatnya dipersilakan.

.......................................
Majlis mengucapkan terima kasih kepada Ustaz
___________________ atas pimpinan bacaan doa itu tadi.
Hadirin yang dihormati sekalian.
Kecemerlangan dan kemenjadian anak-anak adalah aset
yang amat bernilai dalam sesebuah keluarga. Lantaran itu,
permuafakan antara ibu bapa dan guru adalah tunjang
pemangkin kepada kejayaan dan kecemerlangan
sesebuah institusi pendidikan dalam usaha menjana
modal insan yang berdaya saing dalam melayari bahtera
kehidupan yang semakin mencabar ini.
Justeru, kerjasama dan komitmen yang dicurahkan oleh
guru dan ibu bapa, amat penting dalam usaha melahirkan
murid yang berketerampilan bukan sahaja dalam bidang
akademik, kokurikulum, bahkkan sahsia diri yang
cemerlang.

5.

Ucapan Alu-aluan
oleh Guru Besar

Seterusnya, majlis menjemput En. Kamarol Zaman B Hj


Mohd Zen, Guru Besar SK ST Edward Belimbing untuk
menyampaikan ucapan beliau.
Dengan segala hormatnya, dipersilakan
.
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada En.
_________________ atas ucapan alu-aluan itu tadi.

6.
7.

Majlis Penyampaian
Cenderahati AJK
PIBG sesi ________

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian cenderahati


dan tag nama kepada pelajar tahun 1 sesi _2015_. Untuk
itu, majlis menjemput Yang Berusaha Tn. Guru Besar En
kamarol Zaman B Haji Mohd Zen, dengan diiringi Pn. Nora
Ak Jefri Bana untuk menyampaikan cenderahati tersebut.
Dipersilakan....
Majlis mengucapkan terima kasih kepada Yang Berusaha
GB En Kamarol Zaman B Hj Mohd Zen atas penyampaian
cenderahati itu tadi.

Majlis Penutup
8.

Dengan berakhirnya penyampaian cenderahati itu tadi,


maka selesailah sudah Majlis Perasmian Program Transisi
Pelajar Tahun 1 bagi Sesi 2015.

Dari mana asalnya, usah diusul


Molek budinya menambat hati
Dua tiga bicara salah tersasul
Jangan dibawa ke dalam hati.
Saya mewakili SKSTEB, merakamkan penghargaan terima
kasih kepada Ibu bapa atas kesudian meluangkan masa
pada pagi ini untuk majlis ini. Seterusnya ibu bapa dan
murid-murid dipersilakan untuk beredar ke kelas masingmasing untuk sesi pendaftaran pelajar.
Sekian

Wabillahitaufik wal hidayah wassalamualaikum


warahmatullahi wabarakatuh..