Anda di halaman 1dari 4

PERNYATAAN PROFESIONAL SEBELUM

PRAKTIKUM
Sebagai salah seorang mahasiswi pendidik atau guru pelatih Institut Pendidikan
Guru Kampus Pulau Pinang, saya wajib menjalani latihan mengajar ataupun praktikum
selama sebulan bagi fasa 1 ini. Saya telah ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Bukit
Gambir, Gelugor, Pulau Pinang bersama-sama 5 orang lagi rakan saya. Program ini
akan bermula dari 31 Mac 2014 hingga 25 April 2014. Latihan praktikum
dilaksanakan sebagai memenuhi syarat yang telah ditetapkan oleh Bahagian Institut
Pendidikan Guru Malaysia.
Sebagai seorang bakal guru, azam dan harapan saya melalui praktikum ini adalah
untuk membina jati diri seorang guru. Pengalaman perlu ditimba untuk memajukan
diri ini ke arah kemajuan. Manusia belajar melalui kesilapan. Kesilapan tersebutlah
yang memajukan diri seseorang untuk lebih gigih berusaha memperbaiki kelemahan
diri.
Latihan praktikum kali ini adalah merupakan kali pertama bagi saya.
Sememangnya tidak dinafikan perasaan gementar menyelubungi diri ini. Bagi
membina jati diri, saya perlu memperoleh pelbagai pendedahan dalam pelbagai
bidang berkaitan perguruan dan pendidikan matematik. Segala ilmu yang telah
dicurahkan

oleh

pensyarah

semasa

di

institut,

akan

saya

cuba

untuk

mengaplikasikannya di sekolah ini. Dalam praktikum ini juga, saya ingin dapat
memahami dan mengenali sedalamnya mengenai budaya murid dan guru serta suasana
di sekolah rendah sebagai pendedahan dan pengalaman awal sebelum saya
ditauliahkan sebagai seorang guru nanti. Pendedahan awal sangat penting bagi
melatih seseorang guru mempunyai sekil atau teknik mengajar dengan betul. Oleh

itu, saya amat berharap dengan menjalani latihan ini, saya dapat mempertingkatkan
prestasi saya dalam memiliki kemahiran-kemahiran seperti ini. Hal ini kerana
mengajar bukanlah suatu perkara yang mudah. Banyak benda yang perlu
dititikberatkan dalam sesebuah kelas.
Saya harap saya dapat menyesuaikan diri dengan pentadbiran sekolah dan
persekitaran sekolah. Selain itu, saya perlu menjalinkan hubungan yang baik dalam
kalangan guru-guru dan warga sekolah.
Akhir kata, diharapkan seluruh warga SK Bukit Gambir dapat menerima
kehadiran saya dan memberi kerjasama serta tunjuk ajar kepada saya yang masih
lagi mentah dalam bidang ini. Oleh itu, saya dapat memperbaiki kekurangan yang
terdapat dalam diri ini.

PERNYATAAN PROFESIONAL SEMASA


PRAKTIKUM
Pelbagai perkara yang telah dilalui dalam tempoh praktikum selama sebulan ini iaitu
dalam usaha mencapai apa yang diharapkan secara langsung mahupun tidak.
Antaranya ialah :Pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah
Perkara wajib yang dilakukan oleh pelajar guru sepanjang berpraktikum ialah
menjalankan dan melaksanakan aktiviti yang telah dirancang dalam Buku Rekod
Mengajar (BRM), iaitu Rancangan Pengajaran Harian (RPH). Pelajar guru ditugaskan
mengendalikan pengajaran bagi subjek major Matematik.
Pelajar guru perlu mengumpul dapatan hasil daripada P dan P pada hari tersebut. Hal
ini adalah untuk menilai sama ada objektif pembelajaran tercapai ataupun tidak.
Refleksi tentang P dan P perlu ditulis bagi setiap kali selepas P dan P berlangsung.
Penulisan ini bertujuan membantu pelajar guru memperbaiki proses P dan p ke arah
yang lebih kondusif. Selain itu, hal ini membantu pelajar guru bagi merancang RPH
pada keesokan harinya dengan aktiviti yang lebih bersesuaian dengan tahap murid.
Proses menyiapkan portfolio
Selain daripada menyediakan RPH, pelajar guru dikehendaki menyiapkan portfolio
praktikum. Ianya perlu dilengkapi dengan bahan-bahan yang disenaraikan dalam
senarai semak portfolio. Portfolio ini memberi panduan terhadap pelajar guru
supaya bersikap lebih teratur dan sistematik. Penulisan jurnal adalah untuk melihat
punca sesuatu masalah tersebut berlaku, dan cara untuk mengatasinya. Pelajar guru

berpeluang mengemukakan pendapat dan cadangan penyelesaian masalah dan


penambahbaikan terhadap masalah yang dihadapi.hal ini sekaligus membantu pelajar
guru meningkatkan kemahiran menyelesaikan masalah secara kreatif dan kritis.
Aktiviti yang dijalankan akan direkod .data-data tersebut dimuatkan ke dalam
portfolio sebagai bukti pelaksanaan aktiviti. Sememangnya pelajar guru perlu bijak
menguruskan sesuatu perkara dengan pantas dan bijak.
Kolaborasi dengan guru pembimbing serta warga sekolah yang lain
Pelajar guru telah melalui banyak proses sepanjang pelaksanaan praktikum ini.
Proses kolaborasi dan temubual bersama-sama guru-guru serta staf SKBG ini telah
memberi ruang kami untuk bermesra dengan mereka. Kolaborasi bersama guru
sangat membantu dalam memberi tips untuk mengawal sesebuah kelas. Dengan
adanya kolaborasi sebegini, banyak pengetahuan dan pengalaman baru dapat ditimba
bagi memperbaiki kekurangan diri ini.
Menjadi tenaga guru ganti untuk beberapa kelas
Di samping itu, kami juga ditugaskan membantu pihak sekolah dengan mengganti
kelas-kelas yang tidak mempunyai guru disebabkan hal-hal tertentu. Peluang ini
diambil untuk berkenal-kenalan dengan murid-murid di SKBG ini. Tugas sebagai
seorang guru ganti ini membuatkan pelajar guru dapat membezakan cara yang
digunakan untuk mengendalikan kelas berbeza tahap.