Anda di halaman 1dari 4

1

APLIKASI
KAEDAH CSL PMR BAHAGIAN C
KARANGAN RESPONS TERBUKA
Kemalangan jalan raya di negara kita semakin meningkat pada setiap tahun.
Huraikan peranan kerajaan untuk mengurangkan kadar kemalangan.
Analisis soalan:
Isu:
Kemalangan jalan raya di negara kita semakin meningkat pada setiap tahun
Tugasan:
peranan kerajaan untuk mengurangkan kadar kemalangan
Tema:
Kemalangan jalan raya
Kata kunci soalan:
Peranan kerajaan
Isi:
1.
Kerajaan mengadakan Kempen Pemanduan Secara Berhemah
2.
Kerajaan menguatkuasakan undang-undang secara lebih ketat
3.
Kerajaan menyelenggarakan sistem jalan raya
(Pastikan semua isi dimulakan dengan kata kunci soalan)

Panduan Menulis Pendahuluan:


Pastikan pendahuluan mengandungi 3 perkara dalam 3 ayat iaitu
a. Tema
b. Isu
c. Tugasan
Mutakhir, isu yang berkaitan dengan kemalangan jalan raya dalam kalangan
masyarakat saban waktu diwara-warakan dalam media arus perdana di negara kita. (Tema)
Apa yang pasti, kemalangan jalan raya di negara kita semakin meningkat pada setiap
tahun.(Isu) Persoalannya, apakah peranan kerajaan untuk mengurangkan kadar kemalangan?
(Tugasan)

Panduan Menulis Isi:


Pastikan perenggan isi mengandungi 4 jenis ayat iaitu
a. Ayat topik (AT)
:
menerangkan isi
b. Ayat huraian (AH) :
menghuraikan isi
c. Ayat contoh (AC) :
menyatakan contoh berkaitan isi
d. Ayat penegas (AP) :
menegaskan isi
(AT) Pada pendapat saya peranan kerajaan untuk mengurangkan kadar kemalangan
adalah dengan mengadakan Kempen Pemanduan Secara Berhemah. (AH) Hal ini dikatakan
demikian kerana kempen yang diadakan oleh pihak kerajaan dapat menyedarkan masyarakat
supaya sentiasa berhati-hati di jalan raya. (AC) Sebagai contoh, kerajaan mengadakan kempen
melalui surat khabar, papan tanda, media massa dan sebagainya. (AP) Tegasnya, kempen
yang diadakan ini membantu mengurangkan kadar kemalangan.
(AT) Selain itu, penguatkuasaan undang-undang lebih ketat juga dikenal pasti sebagai
peranan kerajaan untuk mengurangkan kadar kemalangan. (AH) Hal ini bermaksud,
penguatkuasaan undang-undang mampu memberi peringatan kepada pemandu agar sentiasa
mematuhi peraturan jalan raya bagi mengelakkan tindakan undang-undang. (AC) Misalnya,
pihak polis dan JPJ boleh mengenakan kompaun yang tinggi, menyita kenderaan dan
menggantung lesen memandu. (AP) Jelaslah, salah satu peranan kerajaan untuk
mengurangkan kadar kemalangan adalah dengan mengetatkan penguatkuasaan undangundang.
(AT) Peranan kerajaan untuk mengurangkan kadar kemalangan yang berikutnya adalah
dengan menyelenggarakan sistem jalan raya. (AH) Dalam konteks ini, kerajaan mestilah
sentiasa memantau dan membaiki kerosakan jalan raya kerana jalan raya yang tidak sempurna
boleh membahayakan keselamatan pengguna. (AC) Sebagai tamsilan, pihak Jabatan Kerja
Raya mestilah menampal jalan yang berlubang, mengecat semula garisan yang telah pudar
serta menyediakan lebih banyak papan tanda amaran. (AP) Saya optimis, jalan raya yang
diselenggarakan dengan baik dapat membantu mengurangkan kadar kemalangan.

Panduan Menulis Kesimpulan:


Pastikan perenggan kesimpulan mengandungi
a. Saranan
b. Harapan + Ungkapan
Kesimpulannya, semua pihak mestilah berusaha untuk memastikan keselamatan di
jalan raya agar kadar kemalangan dapat dikurangkan ke tahap yang minimum bak kata
pujangga pandu cermat jiwa selamat.

Karangan Lengkap:
Mutakhir, isu yang berkaitan dengan kemalangan jalan raya dalam
kalangan masyarakat saban waktu diwara-warakan dalam media arus perdana
di negara kita. Apa yang pasti, kemalangan jalan raya di negara kita semakin
meningkat pada setiap tahun. Persoalannya, apakah peranan kerajaan untuk
mengurangkan kadar kemalangan?
Pada pendapat saya peranan kerajaan untuk mengurangkan kadar
kemalangan adalah dengan mengadakan Kempen Pemanduan Secara
Berhemah. Hal ini dikatakan demikian kerana kempen yang diadakan oleh
pihak kerajaan dapat menyedarkan masyarakat supaya sentiasa berhati-hati di
jalan raya. Sebagai contoh, kerajaan mengadakan kempen melalui surat
khabar, papan tanda, media massa dan sebagainya. Tegasnya, kempen yang
diadakan ini membantu mengurangkan kadar kemalangan.
Selain itu, penguatkuasaan undang-undang lebih ketat juga dikenal pasti
sebagai peranan kerajaan untuk mengurangkan kadar kemalangan. Hal ini
bermaksud, penguatkuasaan undang-undang mampu memberi peringatan
kepada pemandu agar sentiasa mematuhi peraturan jalan raya bagi
mengelakkan tindakan undang-undang. Misalnya, pihak polis dan JPJ boleh
mengenakan kompaun yang tinggi, menyita kenderaan dan menggantung
lesen memandu. Jelaslah, salah satu peranan kerajaan untuk mengurangkan
kadar kemalangan adalah dengan mengetatkan penguatkuasaan undangundang.

Peranan kerajaan untuk mengurangkan kadar kemalangan yang


berikutnya adalah dengan menyelenggarakan sistem jalan raya. Dalam konteks
ini, kerajaan mestilah sentiasa memantau dan membaiki kerosakan jalan raya
kerana jalan raya yang tidak sempurna boleh membahayakan keselamatan
pengguna. Sebagai tamsilan, pihak Jabatan Kerja Raya mestilah menampal
jalan yang berlubang, mengecat semula garisan yang telah pudar serta
menyediakan lebih banyak papan tanda amaran. Saya optimis, jalan raya yang
diselenggarakan dengan baik dapat membantu mengurangkan kadar
kemalangan.
Kesimpulannya, semua pihak mestilah berusaha untuk memastikan
keselamatan di jalan raya agar kadar kemalangan dapat dikurangkan ke tahap
yang minimum bak kata pujangga pandu cermat jiwa selamat.

CSL2013

Anda mungkin juga menyukai