Anda di halaman 1dari 8

1.1.

1 Pengenalan Teori Pemusatan Perorangan

Pendekatan Teori Pemusatan Perorangan ini merupakan asas dalam konsep yang
tergolong di dalam psikologi kemanusiaan (humanistic), dan kewujudan
(existentialism). Ia dipelopori atau dimajukan oleh Carl Rogers dalam tahun 40an di
mana pada mulanya dinamakan kaunseling bukan-arahan (1940an), kaunseling
pusatan-klien (1950) dan kemudian ditukarkan kepada terapi pemusatan perorangan
pada 1980an di mana klien dapat mengaplikasikan apa yang diperolehi di dalam dan di
luar makmal serta klien yang menentukan hala tuju dan mneyelesaikan masalahnya
dengan panduan daripada kaunselor (Corey, 2001). Rogers mencabar pendekatanpendekatan teori yang mengandaikan bahawa kaunselor mengetahui semua hal dan
boleh menolong kliennya di dalam semua bidang. Ia juga mencabar teknik-teknik dan
tatacara-tatacara yang berbentuk nasihat, saranan, pujukan, pengajaran, dianogsis
dan pentafsiran oleh kaunselor (Amir Awang, 1997).

Buku Rogers Counseling and Psychotherapy telah mengubah cara menolong di


kalangan kaunselor dan psikoterapis di Amerika Syarikat pada tahun-tahun 50an.
Rogers telah mengemukakan konsep kemesraan dan pentingnya hubungan yang rapat
antara kaunselor dengan kliennya. Kewujudan satu iklim intreraksi yang penuh dengan
penerimaan (teraputik) daripada kedua pihak di mana kaunselor dan klien boleh
meluahkan perasaan yang terpendam secara mudah tanpa ada sekatan. Konsep
perubahan seperti ini sangat digalakkan oleh Rogers. Beliau berpendapat bahawa
manusia mempunyai desakan semulajadi untuk memajukan dirinya dan sentiasa
bergerak ke arah kesajahteraan kendirinya (pembenaran kendiri atau self
actualization). Seorang individu juga berupaya memberi penilaian positif kepada
pengalaman yang dirasakan sebagai positif dan nilaian negatif bagi pengalaman yang
dirasakan sebagai negatif. Seseorang individu dapat mengasingkan hasil dari
pengalaman positif atau negatif dalam pertumbuhan hidupnya. Seseorang individu
juga boleh menerima atau menolak pengalaman tersebut dan memberikan erti yang
bermakna dalam pembentukan konsep kendirinya.

1.1.2 Konsep-konsep Utama

A Pandangan terhadap manusia

Rogers mempunyai pendirian yang cukup teguh mengenai sifat tabii manusia. Baginya,
manusia bersifat baik, boleh dipercayai, mempunyai keupayaan menentukan hala tuju
yang baik dan boleh berkembang secara positif ke arah mencapai pembenaran kendiri

(self actualization). Menurut Amir Awang (1997) dalam bukunya teori dan amalan
psikoterapi, rogers menyatakan manusia boleh membina kesemua sifat tabii tersebut
jika wujud perasaan saling percaya-mempercayai, hormat-menghormati yang boleh
dirasai dan dialaminya. Rogers menolak sekuat-kuatnya anggapan bahawa manusia itu
tidak boleh dipercayai dan pasif, dan menjadi mangsa sifat biologi atau
persekitarannya. ia juga menolak anggapan dan kepercayaan bahawa manusia itu
perlu diarah, didorong, diajar, didera, diberi ganjaran, dikawal dan kehidupannya
diurus oleh orang lain. Rogers menyakini bahawa manusia memang dari mula lagi
sudah mempunyai suatu kecenderungan dan keupayaan semulajadi untuk berkembang
peringkat demi peringkat menuju ke arah nirwana kendiri (pembenaran kendiri)
seandainya wujud keadaan-keadaan yang sesuai.

Oleh itu, bagi Rogers untuk membolehkan seseorang itu berkembang secara positif
dan membina, mestilah wujud tiga suasana atau keadaan iaitu;
a. amalan penerimaan tanpa syarat (unconditional positive regard),
b. ketulenan, kongruen (congruence, genuineness) dan
c. empati (emphatic).
Jika ketiga-tiga keadaan ini dapat dirasai dan dialami oleh klien di dalam
hubungannya dengan kaunselor, ia akan mula menghayati sifat-sifat dan cirri-ciri
dirinya dan seterusnya lebih bersedia untuk menerima apa jua pengalaman yang
dilaluinya.

B Ciri-ciri atau sifat ( basic characteristic) Terapi

Menurut teori Pusatan Perorangan, Rogers (1966) mempercayai matlamat terapi


digunakan adalah bertujuan untuk menolong klien supaya kongruen diri dan
persekitarannya. Menerima dirinya secara sedar setiap satu-satu pengalaman yang
dihadapi, individu akan menjadi lebih realistik dalam setiap persepsinya dan
membolehkan klien berkembang mencapai self actualization atau pembenaran
kendiri. Dalam hal ini, kaunselor menekankan aspek menggalakkan diri klien itu
memahami persepsi tentang dirinya dengan alam sebenar. Bagi mencapai keadaan
tersebut perlunya ada satu perhubungan yang terapeutik antara kaunselor dengan
klien berasaskan konsep dan amalan:
a. penerimaan tanpa syarat (unconditional positive regard),
b. ketulenan, kongruen (congruence, genuineness) dan
c. empati (emphatic).

Empati, penerimaan tanpa syarat dan ketulenan merupakan tiga ciri terpenting bagi
mewujudkan keadaan hubungan terapeutik dalam interaksi kaunselor dan kliennya.
Empati bermaksud kaunselor benar-benar berada dalam ruang rujuk dalaman klien
iaitu menjiwai keseluruhan perasaan dan pemikiran sebagaimana yang dirasai oleh
klien. Empati juga adalah satu proses yang penting dalam mewujudkan hubungan
terapeutik pada klien (Roger, 1975). Manakala penerimaan tanpa syarat membawa
pengertian bahawa kaunselor tanpa ragu-ragu menerima apa sahaja yang ada pada
diri klien. Ketulenan pula bermaksud bahawa kaunselor penuh dengan keikhlasan dan
kejujuran menerima klien dalam keadaan yang kongruen di mana kaunselor begitu
serasi dengan apa yang dirasai oleh klienya. Ketulenan juga memberi maksud
kaunselor tidak berpura-pura dalam sesi yang dijalankan dan integrasi kongruen inilah
sebenarnya membayangkan kaunselor berada dalam ruang lingkup yang serupa serasi
seperti yang dialami oleh klien. Suasana inilah yang perlu dititikberatkan oleh
kaunselor yang menerapkan teori Pemusatan Perorangan apabila melaksanankan
proses kaunseling.

Menurut Rogers (1957 , 1959) kekuatan terapi pemusatan perorangan mempunyai


enam (6) keperluan asas di dalam membawa perubahan psikoterapeutik atau
personaliti klien iaitu:
i. wujud kesan perhubungan psikologikal antara kaunselor dengan klien (psychological
contact),
ii. klien yang dibantu mestilah ada masalah atau ketidaksempurnaan dalam dirinya
(incongruence),
iii. kaunselor perlu mempunyai sikap kongruen dan tulen (congruence and
genuineness) di dalam perhubungan terapeutik,
iv. penerimaan tanpa syarat (unconditional positive regard or acceptance),
v. empati (empathy),
vi. tanggapan atau persepsi terhadap empati dan penerimaan tanpa syarat
(perception of empathy and acceptance) dalam memahami diri kliennya.

C Konsep Kendiri

Rogers (1961), menyatakan pembentukan konsep kendiri terhasil daripada persepsi


individu berhubung dengan pengalamannya yang positif atau negatif. Anggapan yang
positif daripada interaksi memainkan peranan yang penting. Anggapan positif atau

negatif dalam interaksi dapat diperolehi daripada masyarakat atau persekitarannya


iaitu bagaimana individu itu diterima oleh orang lain maka ia akan mempelajari dan
mengalami penerimaan terhadap dirinya. Namun jika sebaliknya berlaku, akan
timbullah masalah ketengangan, ketidakpuasan dan kebimbangan pada konsep kendiri
individu (klien).

Sehubungan dengan itu, menurut Rogers klien atau individu itu bermasalah adalah
berpunca daripada konsep kendirinya. Oleh itu, bagi membantu klien celik akal pada
dirinya dan persekitarannya kaunselor perlulah membantu klien meneroka diri dan
masalahnya. Ini kerana, ciri utama dalam pemusatan perorangan menekankan tentang
tanggungjawab untuk mendapatkan kesedaran diri individu dan bergerak ke arah satu
keadaan yang boleh memberi kelegaan dan menguntungkan dirinya dalam keadaan
yang sebenar. Justeru itu, untuk mencapai keadaan tersebut pendekatan pemusatan
perorangan memberi fokus kepada fenomena dan dunia dalaman klien (Othman Muhd,
2000).

Dalam memberi fokus kepada fenomena dan dunia dalaman klien adalah merujuk
kepada konsep kendiri iaitu dalam diri individu terdapat Ideal Self dan Real Self. Ideal
Self merujuk kepada sesuatu personaliti yang unggul yang dimanefestasikan melalui
nilai-nilai masyarakat dan pengalaman. Manakala Real Self merujuk kepada
keseluruhan diri sebenar individu atau dengan kata lain individu selesa menjadi diri
sendiri tanpa rasa takut dengan pandangan atau nilai yang diberikan oleh masyarakat
dan sedikitpun tidak memberi kesan pada dirinya. Oleh itu, kaunselor perlu menjadi
cermin kepada diri klien dengan mencari kekuatan yang ada pada diri klien supaya
klien sedar dan menghayati sifat dan ciri yang ada padanya. Menurut Rogers, jika
terdapat banyak persamaan di antara kendiri dengan pengalaman (merujuk kepada
persekitaran), maka seseorang akan mengalami perasaan kongruen. Sebaliknya pula,
bila terdapat banyak keadaan yang tidak sama di antara kendiri dan pengalaman maka
akan wujudlah keadaan tidak kongruen seperti kerisauan, kekecewaan, kebimbangan
dan ketegangan (Amir Awang, 1997).

1.1.3 Proses Terapeutik Terapi Pemusatan Perorangan

a. Matlamat Terapi

Matlamat yang ditujui di dalam kaunseling pusatan perorangan ini bukanlah sekadar
menyelesaikan masalah yang dihadapi atau dialami pada masa itu, tetapi apa yang
lebih diutamakan ialah untuk mencapai perasaan bebas dan sepadu bagi diri seseorang

individu itu. Tujuan kaunseling adalah untuk membantu klien di dalam proses
perkembangannya, agar ia dapat mengahadapi dan mengatasi masalah masa kini dan
masalah-masalah di masa hadapan.

Dengan berpandukan kepada matlamat yang ingin dicapai, maka klien haruslah
bersedia untuk menghilangkan masalah yang membaluti dirinya selama ini bagi
membolehkan dirinya berhadapan dengan realiti. Dalam hal ini, apa yang perlu
kaunselor lakukan adalah mencari kekuatan klien dan perlu mewujudkan satu
perhubungan terapeutik melalui penerapan sifat atau ciri iaitu penerimaan tanpa
syarat, ketulenan dan kongruen dan kefahaman empati yang jitu. jika ciri-ciri berikut
dapat diperhatikan dan dapat dirasai oleh klien , maka dapatlah disimpulakn bahawa
matlamat yang ingin ditujui di dalam kaunseling itu telah tercapai;
a. Kesediaan menerima, merasai dan mengalami realiti yang sebenar iaitu selesa
menjadi dirinya sendiri tanpa rasa takut dengan pandangan atau nilai yang diberikan
oleh masyarakat dan sedikitpun tidak memberi kesan pada dirinya.
b. Yakin akan diri sendiri. Kebiasaan klien tidak yakin yang ia boleh mengarah
hidupnya, sehinggakan ia sering minta untuk dibimbing dan diarah. Tetapi apabila ia
sudah sedia menerima dirinya dan dapat berhadapan dengan apa jua kenyataan atau
persekitarannya, maka ia akan mula mempunyai keyakinan kepada keupayaannya
sendiri untuk mengawal dan mengarah hidupnya.
c. Klien akan dipandu dan diarah oleh perasaan dan pemikirannya sendiri. Walaupun
penting bagi seseorang untuk mmeberi perhatian kepada nilai-nilai dan norma-norma
masyarakat, individu itu perlu juga mempunyai nilai-nilai sendiri untuk memandu
dirinya. Ia harus bersifat inner directed dan tidak dikonkong olah outer directedness.
Melalui inner directedness ini ia akan memperolehi kepuasan kerana ia dapat
membuat keputusan berdasarkan pertimbangan sendiri (Amir Awang, 1997).
d. Kesediaan untuk terus berkembang. Apabila wujud di adalam diri klien kesediaan
untuk terus hidup, kesediaan mengalami peristiwa-peristiwa baru, cabaran-cabaran
dan masalah-masalah baru, maka individu itu telah mencapai suatu tahap positif di
dalam proses hidupnya. Dari sinilah ia kan bersedia membuat ketepatan-ketepatan
baru untuk dirinya, bagi mencari matlamat-matlamat baru untuk hidupnya. Ia tidak
lagi perlu bergantung kepada orang lain untuk mengarah atau mengawal hidupnya
kerana ia sudah berupaya menuju ke arah matlamat baru dan perkara ini yang
dikatakan oleh Rogers, bahawa individu telah mencapai self actualization
(pembenaran kendiri) dalam hidupnya.

b. Proses Terapi

Rogers (1961), menjelaskan terdapat tujuh (7) peringkat perkembangan terapeutik


yang mempengaruhi proses perhubungan menolong iaitu;
i. Tahap pertama - perhubungan yang kurang mesra,
ii. Tahap kedua - tidak bersedia untuk berkongsi pengalaman,
iii. Tahap ketiga - kurang sedar terhadap diri,
iv. Tahap keempat - berlaku pertentangan perasaan, pemikiran dan perlakuan,
v. Tahap kelima wujud kemesraan meluahkan pengalamannya,
vi. Tahap keenam berlaku kesedaran pada klien dan
vii. Tahap ketujuh penerimaan tanpa syarat.

Kesemua peringkat amat sukar disatukan dalam proses perkembangan terapeutik.


Kata Rogers, individu mudah berkongsi secara terbuka pada masalah luaran tapi bukan
pada masalah sebenarnya dan perhubungan kongruen hanya berlaku pada isu yang
dibawa olah klien tetapi tidak kepada masalah yang sebenar. Aspek yang paling
penting dalam proses terapeutik ialah apabila melibatkan atau berlakunya perubahan
dalam perasaan, kesediaan atau kerelaan berhubung dalam perkongsian peluahan
kedua pihak, kemesraan dalam perkongsian pengalaman dan kemesraan dan
keakraban antara satu sama lain dalam perhubungan menolong.

Dalam keseluruhan proses terapeutik dari awal hingga akhir, individu yang datang
kebanyakannya mempunyai masalah dalaman iaitu ketidakkongruen terhadap
perasaannya, kognitifnya dan behaviornya. Sesetengah kaunselor mungkin sukar atau
tidak dapat mewujudkan proses perhubungan menolong terapeutik. Ini kerana,
mereka mempunyai satu pandangan yang rigid terhadap diri mereka dalam
perhubungan dengan klien. Oleh itu, bagi mencapai keadaan tersebut perlunya ada
satu perhubungan yang terapeutik antara kaunselor dengan klien berasaskan konsep
dan amalan penerimaan tanpa syarat (unconditional positive regard), ketulenan,
kongruen (congruence, genuineness) dan empati (emphatic). Keberjayaan satu-satu
proses teraputik menolong bukan hanya terletak pada penyelesaian masalah klien
tetapi berlakunya perkongsiaan perasaan ketakutan, kebimbangan dan malu kepada
terapis dengan jujur dan ikhlas (Rogers, 1961).

c. Hubungan Kaunselor Dengan Klien

Rgers (1957), menyatakan formula untuk mewujudkan perubahan dan perkembangan


pada klien, kaunselor perlulah berperanan seperti;
a. Dengan sikap dan kebolehan berempati, kaunselor haruslah berfungsi sebagai
pemudahcara bagi perkembangan pada diri klien.
b. Kaunselor haruslah erusaha mewujudkan suasana yang sesuai dan yang
menggalakkan klien untuk mengalami suatu perasaan rasa bebas untuk meneroka
dirinya dan masalahnya.
c. Kaunselor haruslah menolong kliennya agar tidak lagi bersifat membela diri atau
defensif dan selalu mencari helah atau alasan tertentu bagi setiap tingkahlakunya.
d. Kaunselor haruslah memperlihatkan kepada kliennya yang ia dianggap sebagai sama
taraf dengan dirinya, dan secara bersama-sama mereka akan berusaha untuk
mengenali masalah klien dan mengatasinya
e. Kaunselor tidak akan mendiagnos masalah klien. Ia hanya menjadi cermin yang
akan membantu klien melihat dirinya dan masalahnya dengan jelas.

Menurut Rogers (1957 , 1959) untuk memastikan tercapainya perkara-perkara di atas


haruslah wujud:
i. wujud kesan perhubungan psikologikal antara kaunselor dengan klien (psychological
contact), iaitu wujud pertemuan baik secara langsung atau tidak langsung.
ii. klien yang dibantu mestilah ada masalah atau ketidaksempurnaan dalam dirinya
(incongruence), dan kaunselor perlulah di dalam keadaan kongruen,
iii. kaunselor perlu mempunyai sikap kongruen dan tulen (congruence and
genuineness) di dalam perhubungan terapeutik,
iv. penerimaan tanpa syarat (unconditional positive regard or acceptance), iaitu
kaunselor sedia menerima kliennya tanpa syarat, tanpa sebarang prasangka atau
anggapan,
v. empati (empathy), iaitu kaunselor boleh berempati bagi merasai dan mengalami
apa yang dirasa dan dialami oleh klien.
vi. tanggapan atau persepsi terhadap empati dan penerimaan tanpa syarat
(perception of empathy and acceptance) dalam memahami diri kliennya.. di sini juga
klien haruslah dapat melihat dan merasai sifat-sifat dan kebolehan-kebolehan yang
ada pada diri kaunselornya ( berlakunya proses pembelajaran).
(Richard S. Shart, 2004)

Sumber: http://iconkarismatik.blogspot.com/2009/03/teori-kaunseling.html
Mohon doa dari kalian agar saya dapat menempuhi praktikal dengan
jayanya awal bulan 9 nanti. Syukran=)
Wallahua'lam.

Anda mungkin juga menyukai