Anda di halaman 1dari 28

KEMAHIRAN MENDENGAR SECARA AKTIF

Kemahiran mendengar merupakan satu kemahiran yang paling asas dan penting
dalam sesi kaunseling. Mendengar adalah berkait rapat dengan memberi perhatian.
Rogers (1951) merumuskan Tanpa perhatian, mendengar sahaja tidak akan
membawa kefahaman, maka komunikasi tidak akan wujud .
Dalam situasi kaunseling, kaunselor perlu lebih banyak meluangkan masanya
mendengar daripada berucap atau memberi respon kepada percakapan klien
terutamanya di dalam peringkat awal kaunseling. Kaunselor juga perlu memegang
balik tanggapan kendiri beliau supaya menjadi lebih terbuka untuk memberi
masa dan galakkan untuk mendengar pesanan sebenar klien. Untuk benar-benar
memahami apa yang telah diperkatakan oleh klien, kaunselor perlu memberikan
tumpuan dan pemerhatian yang sepenuhnya untuk mendengar semua percakapan
klien tersebut. Oleh itu, kejayaan mencapai objektif kaunseling itu banyak
bergantung kepada kemahiran mendengar seseorang kaunselor itu.
Selain dari tutur kata, gerak geri klien semasa bercakap juga patut dilihat dan
didengar sama. Dikatakan bahawa segala tingkah laku klien itu turut memainkan
peranan yang penting dalam menyampaikan makna sesuatu pengucapannya
itu. Gerak geri bukan lisan seseorang dikatakan dapat menggambarkan
perasaannya yang sebenar. Ini termasuklah perasaan hatinya, pemikiran mental
dan fizikalnya. Ia dapat menunjukkan sama ada klien berada dalam keadaan yang
selesa ataupun sebaliknya.
Mendengar merupakan kemahiran yang paling penting dalam proses kaunseling.
Mendengar secara aktif memerlukan kaunselor untuk memberi perhatian kepada
kedua-dua pesanan iaitu verbal dan tingkah laku iaitu bukan verbal. Kemahiran
ini sangat penting untuk seorang guru apabila berurusan dengan klien iaitu murid
yang mempunyai masalah. Setiap orang yang ingin berkongsi masalahnya akan
berasa lega jika terdapat seseorang yang sudi mendengar masalahnya untuk
diceritakan. Justeru itu, seorang guru yang baik mampu mendengar setiap masalah
murid yang ingin diceritakan. Murid akan berasa selesa untuk meluahkan setiap
masalah mereka kepada guru dengan syarat guru tersebut dalam keadaan bersedia
untuk mendengar keluhan mereka. Selain daripada tutur kata, gerak geri murid
semasa bercakap juga perlu patut dilihat dan didengar sama. Guru haruslah
memberi tumpuan dan pemerhatian yang sepenuhnya untuk mendengar semua
percakapan murid tersebut.
Pemahaman yang tepat hanya akan diperolehi dengan adanya pendengaran
yang baik. Di dalam konteks kaunseling, terdapat beberapa perkara yang perlu di
dengar iaitu isi kandungan yang diperkatakan, perasaan yang dilahirkan melalui
tingkah laku tanpa lisan dan juga mendengar perasaan yang dinyatakan. Justeru itu,
proses mendengar harus melibatkan seluruh deria yang terdapat pada seseorang

guru yang ingin mendapatkan intipati permasalahan muridnya. Telinga digunakan


untuk mendengar apa yang diperkatakan, mata untuk melihat bagaimana gerak
laku semasa perkataan atau ayat dituturkan, hidung juga turut menghidu bau-bau
yang ada di sekeliling dan kadang kala deria sentuhan sebagai bersalaman dan
sebagainya.
Di sini terdapat beberapa panduan dalam meningkatkan kemahiran seperti
kaunselor mesti memahami tujuan klien berada di situ, kaunselor perlu memberi
fokus bukan sahaja kepada perkataan tetapi juga kepada nada dan cara yang
diperkatakan untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci, kaunselor juga
perlu mengelak daripada membuat penilaian kepada klien terlebih awal dan
kaunselor perlu lebih tahan berhadapan dengan gangguan-gangguan sama ada
yang datang dari luar seperti bunyi bising atau gangguan dari dalam diri seperti
keletihan kaunselor atau kurang tenteram emosi.
Sebagai seorang guru haruslah berusaha dengan menggunakan panduan
tersebut dalam meningkatkan keberkesanan dalam sesi kaunseling mereka. Ini juga
dapat membantu guru membentuk hubungan yang lebih selesa bersama murid
mereka. Setiap guru mesti memahami tujuan murid/klien mereka berada di situ.
Sebaiknya setiap guru haruslah mengkaji terlebih dahulu serba sedikit latar
belakang murid tersebut. Selain itu, untuk mendapatkan maklumat yang terperinci,
guru perlu memberi fokus bukan sahaja kepada perkataan tetapi juga kepada nada
dan cara yang diperkatakan oleh murid tersebut. Seperti sesi pengajaran dan
pembelajaran di dalam bilik darjah, guru haruslah bertahan dengan ganngguangangguan yang datang dari persekitaran seperti bunyi bising murid-murid kelas
sebelah atau gangguan dari dalam hati sendiri seperti emosi yang kurang tenteram.
Oleh yang demikian, amat penting bagi kaunselor mendengar dan
memahami dengan lebih peka, sama ada dari segi suara mahupun tingkah laku
bukan lisan klien. Dengan berbuat demikian, barulah kaunselor dapat benar-benar
memahami mesej klien dengan lebih sempurna. Secara tidak langsung, tindakan ini
dapat menunjukkan kesediaan kaunselor untuk berhadapan dengan klien. Kaunselor
boleh menunjukkan kemahiran mendengarnya dengan beberapa cara seperti
menyatakan semula apa yang telah dikatakan oleh klien dengan
tepat, menggambarkan semula isi kandungan serta perasaan klien tetapi dengan
menggunakan perkataannya sendiri supaya menunjukkan kaunselor benar-benar
faham dan mendengar percakapan klien tadi dan memberi respons kepada
permasalahan klien.

10 kemahiran mendengar secara aktif menurut Jones (2004)

Dalam konteks perbualan guru bersama murid, guru seharusnya menunjukkan rasa
minat untuk mendengar permasalahan murid. Berikan reaksi wajah yang sesuai
bermaksud guru tersebut masih dalam sesi perbualan dan memahami segala yang
diceritakan oleh murid.
Dalam proses mendengar secara aktif dan memberikan respon kepada klien, para
kaunselor juga perlu menunjukkan mereka berminat dan menggunakan bahasa
badan yang sesuai.

KEMAHIRAN MENGGUNAKAN BAHASA YANG SESUAI

Kaunselor perlu pastikan yang mereka menggunakan bahasa yang sesuai bila
berhadapan dengan klien. Kaunselor juga harus memastikan bahasa yang
digunakan adalah difahami oleh klien. Bahasa kaunselor mestilah konsisten atau
kongruen dengan segala tindakan beliau. Sebagai contoh, Jika seorang kaunselor
mengatakan, Saya sangat gembira bercakap dengan kamu, nada suara beliau dan
pergerakan badannya mesti menyampaikan suasana positif tersebut semasa
menerima kliennya. Kemahiran ini terbahagi kepada dua iaitu kemahiran menyoal
dan dorongan minimum.

Kemahiran menyoal

Kemahiran menyoal digunakan dalam sesi kaunseling untuk mendapatkan


maklumat dengan mudah daripada klien. Ini adalah kerana sesetengah klien tidak
menceritakan dengan jelas maklumat yang hendak disampaikan. Justeru itu, cara
yang lebih baik adalah dengan bertanyakan soalan secara langsung mahupun tidak
langsung kepada klien tersebut untuk mendapatkan maklumat dengan lebih lanjut
lagi. Apabila kemahiran ini diaplikasikan dalam kaunseling, sungguhpun untuk
memperolehi maklumat yang tertentu, fokusnya adalah ditumpukan untuk
membangkitkan perasaan.
Namun, kaunselor perlu pastikan bahawa soalan yang hendak ditanya itu sesuai,
mudah difahami dan memudahkan klien untuk menjawabnya dengan penuh rela.
Soalan-soalan yang dikemukakan haruslah berkaitan dengan usaha menggalakkan
klien menjelajah dan memahami perasaannya. Di samping itu, soalan yang ditanya
perlu mempunyai tujuan yang tertentu dan berupaya untuk menarik perhatian klien
untuk meluahkan perasaan dan masalahnya tanpa merasa dirinya tergugat.
Matlamat menyoal adalah untuk mendapatkan maklumat dengan cepat,
mendapatkan maklumat lanjut dan akhir sekali untuk mendapatkan kepastian. Di
dalam sesi kaunseling terdapat dua bentuk soalan yang dapat digunakan iaitu
soalan tertutup dan soalan terbuka.
Soalan tertutup adalah soalan yang menghadkan kepada beberapa perkataan
sahaja. Jawapan yang diberikan pula tidak spesifik dan hanya memberi maklumat
yang khusus sahaja. Sebagai contohnya, guru bertanya kepada murid tersebut
Adakah kamu tidak menyiapkan kerja sekolah?
Tujuan mengadakan soalan tertutup kepada klien adalah untuk mendapatkan
kepastian bagi sesuatu fakta dan mendapatkan maklumat yang khusus. Selain itu,
soalan tertutup juga dapat memberhentikan klien daripada terlalu banyak bercakap
serta memberi arah tertentu di dalam perbincangan. Soalan tertutup adalah soalan
yang khas yang cukup sekadar dijawab dengan gerak balas yang ringkas, tepat dan
padat. Ia lebih spesifik dan memerlukan jawapan yang mempunyai satu atau dua
perkataan sahaja, seperti ya atau tidak.
Tujuan memberikan soalan tertutup juga adalah supaya sesi kaunseling tidak
terkeluar daripada topik perbincangan dan mengurangkan klien daripada bercakap
perkara yang tidak diperlukan.
Soalan terbuka pula merupakan soalan yang memerlukan perbincangan,
mendapatkan maklumat dengan lebih terperinci dan menggalakan klien supaya
bercerita dengan lanjut tentang perkara yang dibincangkan. Namun begitu, ia tidak
memerlukan jawapan yang khusus. Soalan terbuka ini dapat menimbulkan rasa
selesa pada diri klien dan rasa diterima. Matlamat bertanyakan soalan terbuka
adalah untuk menggalakkan penerokaan dan pengembangan kepada perkara yang
sedang dirundingkan sahaja.

Soalan terbuka seterusnya memberi peluang kepada klien memberikan penjelasan


tentang sesuatu perkara mengikut pandangannya sendiri tanpa dinilai terlebih
dahulu. Contoh-contoh soalan terbuka adalah seperti bagaimanakah kejadian itu
boleh berlaku? Atau sejauh manakah kejadian itu mengganggu hidup
anda? Soalan terbuka akan memberi peluang kepada klien untuk menerokai dan
membincangkan segala yang dialami dan dirasainya. Ia turut menggalakkan klien
untuk bercakap dengan lebih banyak ataupun memberikan penjelasan yang lebih
jelas. Lazimnya, soalan terbuka menggunakan kata soal seperti siapa, apa, di
mana dan bagaimana.
Bagi seorang guru yang hendak melakukan bimbingan pula, mereka harus
menggunakan soalan yang sesuai berdasarkan situasi dan keadaan murid. Terdapat
segelintir murid yang tidak mahu bercerita dengan lebih terperinci haruslah
dimulakan dengan soalan-soalan tertutup terlebih dahulu. Soalan-soalan tertutup
juga dapat menimbulkan perasaan tidak puas bagi murid kerana mereka mungkin
menganggap bahawa boleh berlaku antara jawapan yang diberikan mengikut
kefahaman guru. Justeru itu, ini boleh menggalakan murid-murid bercerita dengan
lebih panjang dan membolehkan guru-guru mengajukan soalan terbuka untuk
menggalakkan murid bercerita dengan terperinci.
Guru juga berwaspada dengan soalan yang hendak diajukan, ini boleh mengganggu
proses kaunseling sekali gus mengganggu emosi murid-murid untuk terus bercerita
dengan baik. Oleh itu, soalan yang hendak ditanya haruslah sesuai dengan keadaan
dan menggunakan nada yang bersesuaian. Justeru itu, dalam penggunaan
kemahiran interpersonal, seseorang guru perlu menggunakan bahasa yang sesuai
berserta dengan pergerakan badan yang sesuai.

Dorongan minimum

Dorongan minima diperlukan untuk memberikan sokongan dan dorongan kepada


klien untuk meneruskan perbincangan. Dorongan minima merupakan respons atau
ungkapan ringkas ataupun pergerakan positif yang menggalakkan klien terus
bercakap dan memberikan penjelasan. Di antara contoh dorongan minima adalah
seperti hmm, teruskan, lepas itu, kemudian, jadi, terangkan lagi, oh.
, sentuhan, angguk kepala, kerutan di dahi, senyuman, ya dan lain-lain lagi.
Tujuan kaunselor mengadakan dorongan minima adalah untuk menggalakkan klien
terus bercerita. Selain itu, ia menunjukkan kaunselor sedang mendengar dan faham
apa yang sedang diperkatakan oleh klien.
Ishammuddin Hj. Ismail (1999) menjelaskan tujuan melakukan mendorong minima
adalah untuk menunjukkan kaunselor memberi perhatian, menolong penerokaan

kendiri klien, supaya klien terus bercakap dan mempengaruhi arus perbualan di
antara klien dan kaunselor.

KEMAHIRAN MEMAHAMI PERGERAKAN BADAN

Kesedaran visual merupakan satu aspek yang penting dalam pergerakan badan.
Kesedaran visual ini melibatkan membaca pergerakan badan klien dengan
menggunakan isyarat bukan verbal seperti ekspresi muka dan postur badan. Itu
juga merangkumi pandangan/pandangan keliru/anggukan kepala/kesilapan dan
penegasan suara dalam sesi soal jawab antara kaunselor dan klien.
Kemahiran-kemahiran bukan verbal yang lain ialah seperti tingkah laku, kontak
mata, orientasi, sentuhan dan kedekatan dengan klien merupakan cara-cara
komunikasi yang penting apabila mengendalikan sesi kaunseling yang berkesan.
Kaunselor perlu memastikan yang mereka tidak tegang dengan klien kepada klien
mereka. Kaunselor dan klien hendaklah dalam keadaan baik supaya komunikasi
antara mereka dapat difahami dengan mudah. Klien perlu mendapatkan keselesaan
untuk bercakap dengan kaunselor. Kaunselor perlu menggunakan kontak mata
dengan lebih kerap dengan klien. Kontak mata yang dimaksudkan mestilah tidak
mengancam keselesaan kedua-dua belah pihak dan tidak menimbulkan fitnah.
Sekiranya klien berasa malu, bolehlah kaunselor mengubah cara pandangan kearah
lain bagi membolehkan klien mencurahkan perasaannya dengan lancar.
Kemahiran ini juga boleh dilihat dari segi cara duduk, gerak geri, nada suara,
pernafasan, wajah dan sebagainya yang ditunjukkan oleh klien semasa sesi
kaunseling dijalankan. Jika pergerakan klien berlaku dengan kerap, ini menunjukkan
dia berkeadaan tidak selesa dan mengalami jiwa yang tidak tenteram. Di antara
tanda-tanda atau masalah pergerakan ialah percakapan terganggu, tangan
menggeletar, keadaan nafasnya turun naik, kakinya menghentak lantai dan
perhatian kearah kaunselor tidak tepat. Jika klien mempunyai tanda-tanda seperti
ini, kaunselor hendaklah mengawasi pergerakan klien sama ada dia berada dalam
keadaan konsisten atau tidak.
Keadaan muka kaunselor yang serius atau ekspresi bosan akan menyebabkan klien
berasa tidak berminat untuk menerangkan dengan lebih lanjut atau berkomunikasi
dengan kaunselor. Lain-lain bentuk pergerakan badan yang tidak senonoh yang
boleh ditunjukkan oleh kaunselor ialah badan membongkok, membuat bunyi
dengan jari kaki atau tangan, bermain dengan tangan atau rambut yang boleh
membuatkan klien tidak selesa. Air muka seseorang kaunselor hendaklah sentiasa
senyum. Suka dan bersedia untuk memahami dan mengingat kembali apa yang

disampaikan oleh klien. Kaunselor hendaklah merenung atau menentang mata klien
dengan penuh perhatian semasa dia bercakap bagi menunjukkan kesediaan
melibatkan diri dalam pertemuan yang diadakan. Kaunselor harus mengikuti
perkembangan percakapan klien dan memberi dorongan minimum bagi
menggalakkan dia meneruskan perkara-perkara yang penting. Kaunselor hendaklah
mempunyai anggapan yang positif terhadap klien seperti menunjukkan kemesraan
dan menghormati. Justeru itu, bahasa badan kaunselor dapat memberikan pelbagai
maklum balas kepada klien.
Pentingnya kemahiran pergerakan badan bagi seseorang guru adalah untuk
memahami jiwa murid tersebut dengan lebih mendalam. Murid hanya akan
bercerita kepada sesiapa yang dipercayainya dan berasa selesa apabila berinteraksi
dengannya. Justeru itu, seorang guru haruslah memahami pergerakan badan murid
untuk lebih memahami diri murid. Guru tidak seharusnya cepat menghukum jika
murid melakukan sesuatu kesalahan namun mereka haruslah mendengar keluhan
murid kerana murid berhak diberi peluang untuk meluahkan pendapat atau masalah
mereka. Guru juga haruslah sentiasa beranggapan positif kepada murid-murid
supaya lebih mesra dan murid lebih menghormati guru.

KEMAHIRAN MEMBERIKAN MAKLUM BALAS YANG SESUAI

Maklum balas ialah seperti cermin dalam proses komunikasi. Maklum balas
mencerminkan pesanan yang si pengantar telah menyampaikan kepada si
penerima. Ia juga merangkumi apa yang si penerima menghantar balik kepada si
pengantar pesanan. Maklum balas boleh berlaku dalam pelbagai cara. Salah satu
cara ialah respons kaunselor setelah mendengar isi dan memerhati tingkah laku
klien. Pemahaman kaunselor ini dinyatakan dalam bentuk ayat yang agak pendek
tetapi tepat dan padat maksudnya. Matlamat utama ialah untuk memudahkan
penerokaan ke atas klien. Respons ini adalah penting untuk menunjukkan kaunselor
mendengar dan memahami apa yang dikatakan oleh klien. Tujuan utama ia
digunakan oleh kaunselor adalah untuk menunjukkan kepada klien bahawa mesej
yang diberikan mula difahami oleh kaunselor. Ia juga bagi memastikan yang
kaunselor mendapat mesej yang betul dari klien serta memberi peluang kepada
klien mendengar kembali apa yang dirasa. Pengulangan yang dibuat oleh kaunselor
lazimnya, hanyalah sebagai pembayang yang mencerminkan perasaan atau
keseluruhan isi yang disampaikan oleh klien tadi. Ini merupakan satu cara langsung
untuk mendapatkan maklum balas daripada kliennya. Melalui maklum balas ini, ia
akan membantu klien untuk berfikir dan menumpukan perhatian terhadap situasi,
orang, objek atau idea dengan lebih jelas. Ini akan menambahkan penerokaan
kaunselor terhadap isi yang ingin dibincangkan dengan klien. Maklum balas juga
juga boleh mengelakkan kekeliruan dan ketidaksefahaman antara kaunselor dan

klien mengenai topic perbincangan mereka. Kaunselor perlu memastikan bahawa


maksud asal mesej klien itu tidak berubah.
Klien-klien juga perlu menanya soalan-soalan yang tepat dan betul yang boleh
digunakan secara berfaedah untuk mendapatkan maklum balas positif daripada
kaunselor. sebelum memberikan maklum balas, kaunselor haruslah betul-betul
memahami permasalahan yang dihadapi oleh klien. Kemudian, barulah maklum
balas diberikan oleh kaunselor dengan menggunakan perkataan yang ringkas,
padat dan tepat. Kaunselor tidak digalakkan menggunakan ayat yang terlalu
panjang dan tidak menggunakan perkataan yang sama berulang-ulang kali.
Tujuan utama mendapatkan maklum balas yang sesuai oleh kaunselor dalam sesi
bimbingan dan kaunseling ialah untuk mendapatkan maklumat untuk memberi
elobrasi kepada respon-respon klien. Maklumat yang diberikan oleh klien akan
difahami dan diberikan sedikit penerangan yang lebih jelas untuk menjadikan klien
lebih faham situasi klien yang sebenar. Selain daripada itu, maklum balas juga
adalah untuk menolong klien dengan mencadangkan tindakan alternatif dalam
cara-cara klien melihat diri mereka dan situasi mereka untuk membantu memfokus
kepada perasaan mereka. Kaunselor akan cuba untuk memahami apa yang di alami
atau dirasai oleh klien secara emosi. Dengan itu, kaunselor akan tahu bahawa
perasaan dan tanggapan yang akan diluahkan oleh klien, tetapi merupakan satu
cara untuk membuat kesimpulan tingkah laku klien yang dapat membayangkan isi,
pemikiran, perasaan dan tindakannya sekali. Dengan ini, kaunselor akan bagi idea
idea kepada klien untuk menangani masalah yang dihidapi oleh klien. Maklum balas
juga bertujuan untuk menyemak persepsi dan untuk meringkaskan apa yang telah
dipelopori oleh kaunselor dan klien.
Bagi seorang guru, kemahiran maklum balas ini haruslah dikuasai untuk mencapai
kesepakatan dalam sesuatu perbincangan. Guru perlu mendapatkan maklum balas
daripada murid-murid untuk membina komunikasi dua hala dan mengurangkan
komunikasi sehala yang selalu di amalkan oleh segelintir guru iatu hanya guru yang
menerangkan tanpa mendapatkan maklum balas daripada murid-murid. Komunikasi
dua hala ini penting untuk mendapatkan percambahan idea daripada murid dan
mengelakkan daripada murid bosan ketika sesi pengajaran dan pembelajaran.
selain daripada itu, guru dapat mengetahui tahap kefahaman murid terhadap
pengajarannya. Guru dan murid tidak dapat dipisahkan daripada komunikasi yang
berkesan tidak kira dalam bilik darjah mahupun di luar bilik darjah. Murid lebih
selesa untuk berdamping dan bercerita dengan gurunya sekiranya mereka telah
mempunyai hubungan yang erat dan mesra. Oleh itu, seseorang guru haruslah
memastikan komunikasi yang baik dijalinkan terlebih dahulu dengan murid-murid
agar dapat memudahkan proses interaksi berlaku sekiranya murid memerlukan
bimbingan daripada guru tersebut.

Dengan mendapatkan maklum balas yang sesuai, seorang kaunselor boleh


mengatasi halangan komunikasi dan membina satu perhungan dua hala yang dapat
berfungsi dengan baik.

PERANAN GURU BIASA SEBAGAI GURU BIMBINGAN

Proses bimbingan dan kaunseling menyediakan satu sistem bertanggungjawab


bersama antara guru bimbingan, guru kelas, pentadbir sekolah, ibu bapa, rakan
sebaya dan ahli-ahli dalam sistem sekolah. Akan tetapi, bukan semua sekolah
mempunyai seorang guru kaunselor dalam sistem persekolahan. Justeru itu,
kadang-kadang guru biasa juga perlu menjalankan fungsi-fungsi seorang guru
bimbingan dan kaunseling. Peranan guru-guru biasa adalah sangat penting kerana
mereka mengenali murid-murid dalam bilik darjah dengan baik dan dapat
membekalkan maklumat yang berkaitan dengan tingkah laku bermasalah semua
murid-murid mereka.

Peranan guru-guru biasa dalam bimbingan dan kauseling adalah seperti meneliti
kedua-dua keperluan intelektual dan psikologi murid-murid. Guru-guru juga perlu
memahami pencapaian akademik murid-murid yang rendah yang berkaitan dengan
konsep kendiri yang rendah. Sebagai guru bimbingan, mereka perlu dibekalkan
dengan kemahiran-kemahiran dan ilmu dalam bimbingan dan kaunseling supaya
mereka dapat membantu murid-murid yang menghadapi masalah vandalism atau
mereka yang tidak dapat menumpukan perhatian mereka dalam bilik darjah.

Guru juga perlu bekerja dengan kumpulan klien spesifik dan menggendalikan sesisesi konsultasi dengan ibu bapa. Selain daripada itu, mereka perlu mengendalikan
penyelidikan dalam sekolah yang membantu mereka untuk membantu keperluan
dan profil murid-murid mereka. Mereka juga perlu menjadi individu-individu yang
kritikal dan pembantu-pembantu yang efektif serta mempunyai kesedaran kendiri
dalam aspek nilai dan pandangan dunia berkaitan dengan prosedur-prosedur
bimbingan dan kaunseling.

Dalam proses bimbingan dan kaunseling, guru-guru biasa perlu menjalankan


prosedur-prosedur berikut:

Pertama sekali, mengenalpasti murid-murid yang memiliki konsep


kendiri yang rendah atau mereka yang menunjukkan tingkah lalu bermasalah di
dalam bilik darjah.

Kedua, mengumpul data mengenai murid-murid bermasalah yang


berkait dengan kebolehan dan pengalaman lampau dan

Akhir sekali, memberikan sesi bimbingan dan kaunseling kepada


murid-murid yang menunjukkan tingkah laku bermasalah secara individu atau pun
secara kumpulan.

Rajah 1: Prosedur dalam proses bimbingan dan kaunseling

1.1

Peranan pertama: Sebagai Pengurus Bilik Darjah

Di dalam bilik darjah , selain mengajar , guru juga memainkan peranannya


sebagai pengurus. Tugas guru sebagai pengurus ialah mengurus rutin bilik darjah,
mengurus murid-murid supaya menjalankan tugas mereka mengikut jadual
bertugas seperti membersihkan bilik darjah dan menyusun meja-kerusi, mengurus
murid-murid supaya mematuhi segala peraturan bilik darjah, mengurus keadaan
fizikal bilik darjah supaya menjadi lebih kondusif untuk aktiviti pengajaran dan
pembelajaran, mengurus bahan-bahan pengajaran supaya dapat digunakan dengan
lebih berkesan, dan mengurus aktiviti kumpulan supaya dapat dilaksanakan
mengikut rancangan. Kecekapan guru mejalankan tugas sebagai pengurus akan
mewujudkan suasana sosioemosi yang sihat, disiplin kelas yang mantap dan
keadaan bilik darjah yang kondusif dan sesuai untuk meningkatkan keberkesanan
pengajaran dan pembelajaran.

Pengurusan Keadaan Fizikal Bilik Darjah:

Pengurusan keadaan fizikal bilik darjah berkaitan dengan penyusunan kerusi-eja


murid, alat-alat, ruang, sudut pembelajaran dan kebersihan bilik darjah. Tujuan
pengurusannya ialah supaya mewujudkan suasana pembelajaran yang selesa serta
keadaan fizikal bili darjah yang bersih kemas dan teratur. Di antaranya ialah kerja
yang boleh guru membimbing murid-murid ialah:

1) Menyapu lantai dan beranda.


2) Membersihkan papan kapur.
3) Menyusun kerusi-meja.
4) Mengemas ruang dan sudut pembelajaran.
5) Menyusun buku-buku dan majalah di sudut bacaan.
6) Menghias dan menjaga alat-alat yang dipamerkan.
7) Menjaga penggunaan lampu dan kipas.
8) Mengelap cermin tigkap dan menghias meja kerusi.

Untuk menjamin murid-murid menjalankan tugas-tugas tersebut, guru hendaklah


menyediakan satu jadual kerja supaya setiap murid dapat melibatkan diri dalam
pelaksanaan tugas menjaga kebersihan dan kekemasan bilik darjah. Prinsip
pembahagian kerja-kerja tersebut ialah tanggungjawab untuk setiap murid
hendaklah adil dan saksama supaya mereka dapat menjalankan kerja tanpa
sebarang rungutan.

Pengurusan Persekitaran Pengajaran-Pembelajaran:

Organisasi bilik darjah KBSR dan KBSM mengandungi satu keistimewaan iaitu di
samping ruang aktiviti pembelajaran secara kelas, ruang-ruang aktiviti
pembelajaran yang lain, khasnya ruang digunakan untuk aktiviti kumpulan pula
disediakan. Sehubungan itu, banyak aktiviti kumpulan adalah dijalankan dalam
ruang-ruang pembelajaran seperti sudut Matematik, Pendidikan seni, ruang bacaan
dan sebagaiya.

Aktiviti-aktiviti yang biasa dijalankan dalam sudut atau pembelajaran ialah aktiviti
pengayaan dan pemulihan, aktiviti sokongan , aktiviti bacaan tambahan,
perbincangan dan sebagainya. Di samping itu, ruang-ruang pembelajaran juga
digunakan untuk mempamerkan bahan-bahan pelajaran dan hasil kerja atau muridmurid dalam kelas.

Dalam kerja pengurusan sudut dan ruang pembelajaran , guru haruslah


membimbing dan memastikan bahawa sudut dan ruang itu adalah dikelolakan
dalam keadaan yang kemas dan teratur serta dilengkapkan dengan bahan-bahan
pelajaranyang sesuai digunakan oleh murid-murid yang menjalankan aktiviti
pembelajaran. Untuk mencapai tujuan ini, guru boleh melantik seorang ketua
daripada kumpulan murid untuk membantunya supaya menjaga dan membimbing
rakan-rakan sedarjah menggunakan ruang dan sudut pembelajaran dengan cara
yang betul.

Penguruan Peraturan Bilik Darjah:


Peraturan bilik darjah yang ditetapkan hendaklah jelas, ringkas serta mudah
diikuti. Untuk memastikan semua pelajar mematuhi peraturan bilik darjah, guru
hendaklah membimbing dan bersikap tegas dan adil semasa melaksanakan
peraturan tersebut. Sekiranya semua murid bekerjasama dan rela mematuhi segala
peraturan bilik darjah yang ditetapkan, masalah disiplin dalam bilik darjah akan
dapat dikurangkan.

1.2

Peranan Kedua: Sebagai perancang

Guru perlu merancang pembelajarannya secara sistematik sebelum


memasuki ke bilik darjah. Perancangan pembelajaran yang dibuat oleh guru perlu
menimbangkan terhaap objektif pelajaran, isi pengajaran, bahan-bahan elajaran
dan pengurusan kemudahan.

Objektif pelajaran haruslah ditentukan semasa membuat perancangan


pembelajaran. Penentuan objektif pelajaran haruslah berdasarkan kepada sasaran
sukatan pelajaran, pengetahuan sedia ada murid dan kebolehan mereka. Objektif
pelajaran biasanya disediakan berdasarkan prinsip bertingkah laku, iaitu perubahan
tingkah laku murid dapat dikesan secara eksplisit selepas aktiviti pengajaran dan
pembelajaran telah selesai dijalankan. Pemilihan isi pelajaran yang telah dipilih
untuk disampaikan hendaklah boleh membantu murid murid mencapai objektif
pelajaran mereka.

Pemilhan strategi dan kaedah megajar pua berkait rapat dengan pencapaian
objektif pelajaran. Strategi dan kaedah pengajaran yang sesuai membolehkan guru

merancang isi pelajaran secara sistematik dan menarik, memastikan murid-murid


mencapai objetif pelajaran yang dikehendaki.

Aktiviti merancang pengajaran jaga meliputi usaha memilih dan


menyediakan bahan-bahan pelajaran untuk digunakan oleh guru atau muridmuridnya. Dengan adanya bahan-bahan pengajaran ini, aktiviti pengajaran dan
pembelajaran akan menjadi menarik , lebih bermaknadan lebih berkesan.

Kerja merancang pengajaran pula meliputi pengurusan kemudahan.


Kemudahan dalam bilik darjah, misalnya menyusun kerusi-meja dalam bentuk yang
sesuai dengan strategi dan kaedah mengajar dalam sesuatu pelajaran.

Perlakuan mengajar guru dalam segala proses perancangan adalah penting


dari segi pencapaian objektif pelajaran yang ditentukan. Sekiranya perancangan
guru adalah sesuai dan sistemaik, ia akan melicinkan proses dan aktiviti pengajaran
dan pembelajaran yang positif justerunya mencapai objektif pelajaran yang
diharapkan.

1.3

Peranan ketiga: Bantu dan bimbing murid mengatasi masalah

Di bilik darjah, murid-murid sering menghadapi pelbagai masalah sama ada


masalah tersebut adalah berkaitan dengan masalah pembelajaran, sosioemosi serta
keluarga. Oleh itu, selain mengajar , guru dikehendaki memainkan peranan sebagai
pemimpin untuk membantu murid-murid mangatasi masalah yang mereka hadapi.
Misalnya, guru boleh membimbing sekumpulan murid melaksanakan sesuatu
projek, membimbing menjalankan aktiviti pemulihan atau aktiviti pengayaan,
membimbing menyelesaikan masalah matematik yang kompleks dan sebagainya.

Bagi murid yang menghadapi masalah sosioemosi, seperti rasa kecewa,


bosan dan sebagainya, guru hendaklah membimbing murid-murid berkenaan
supaya mereka dapat membina sifat keyakinan diri semula dan menyertai aktiviti
pembelajaran secara aktif dengan murid-murid yang lain.

Sekiranya murid menghadapi masalah kelurga, guru perlu cuba menasihati


dan berbincang dengan murid untuk mencari punca berlakunya masalah keluarga.
Guru boleh membimbing murid sekiranya murid tidak mampu menyelesaikan
masalah sendiri .Jika masalah adalah serius dan perjumpaan ibu-bapa perlu
dilaksanakan..

Guru perlu sentiasa peka dan mengambil berat tentang setiap pergerakan dan
tingkah laku murid-murid. Sekiranya mendapati murid-murid menghadapi masalah ,
guru perlu sebagai pembimbing , membimbing murid mencari cara menyelesaikan
masalah secara positif supaya masalah disiplin bilik darjah tidak wujud seperti tidak
menumpu perhatian semasa p& p dijalankan, tidur di dalam kelas, bergaduh dan
membuli murid lain dan sebagainya. Ini telah membuktikan bahawa peranan guru
untuk membantu murid menyelesaikan masalah adalah penting dan perlu
dipraktiskan oleh semua guru supaya proses p& p dapat dilaksanakan dengan
lancar dan berkesan justerunya sasaran dan objektif pembelajaran dapat dicapai.

1.4

Peranan keempat: Mengembangkan kebolehan murid

Dalam satu kelas, murid-murid mempunyai tahap kebolehan yang berlainan.


Secara umumnya, kebolehan muid dapat dibahagikan kepada tiga kategori, iaitu
pintar, sederhana dan lemah. Maka, guru perlu menyediakan pelbagai aktiviti
pengayaan untuk mencabar pemikiran mental mereka.Ini telah menggalakkan uridmurid secara aktif dalam pembelajaran. Bagi murid yang lemah dalam matematik,
guru perlu menjalankan aktiviti pemulihan serta memberikan bimbingan matematik
yang lebih banyak kepada mereka. Di samping itu, guru haruslah memberi peluang
kepada murid-murid yang lebih lemah untuk melibatkan diri dalam pengajaran dan
pembelajaran supaya mereka berasa disayang dan akan melibatkan diri secara aktif
semasa pengajaran dijalankan. Tambahan pula, guru boleh menggunakan teknik
atau kaedah menyoal, teknik peneguhan, , serta memberi dorongan kepada para
murid supaya kebolehan dapat dikembangkan. Kebolehan murid mestilah
dikembang dengan seimbang iaitu daripada semua aspek JERIS ( Jasmani, Emosi,
Rohani, Intelek dan sosial).

1.5

Peranan Kelima: Bimbing murid membuat keputusan

Guru mempunyai pengalaman yang lebih banyak jika dibandingkan dengan


murid-murid. Maka guru perlu membimbing murid untuk membuat keputusan yang

bijaksana dan rasional dalam pelbagai situasinya dalam kehidupan mereka supaya
mereka tidak kehilangan jalan dalam kehidupan. Guru hanya memberikan cadangan
kepada murid, tetapi hak untuk membuat keputusan adalah di tangan murid sendiri.
Guru perlu memastikan keputusan yang dibuat oleh murid adalah berpandukan
dengan nilai-nilai moral, agama, terminal dan juga instrumental. Ini disebabkan
nilai-nilai adalah penting dalam memberikan panduan dalam kehidupan manusia.

Guru-guru biasa juga boleh membantu murid-murid untuk memilih mata pelajaran
mata pelajaran yang mereka ingin belajar dan berkomunikasi dengan mereka
secara kerap untuk berfikir tentang bidang-bidang kerjaya yang mereka akan ceburi
pada masa depan kelak.

Sebagai kesimpulannya jelas memperlihatkan bahawa, guru mengambil pelbagai


peranan yang penting di bilik darjah. Beliau bertanggungjawab menyediakan suatu
persekitaran yang kondusif. Sebagai pembimbing murid-murid, guru bertindak
sebagai pengurus bilik darjah, sebagai perancang, membantu dan membimbing
murid mengatasi masalah, mengembangkan kebolehan murid, dan membimbing
murid membuat keputusan. Guru membimbing anak menjadi manusia dewasa
susila yang cekap dan mandiri.

"manusia adalah insan yang unik, boleh berubah ke arah yang lebih baik.
Perubahan diri ke arah positif, dimulai pembentukan sikap dan pemikiran yang
positif".

HASIL NUKILAN;

Syafarina
DPLI MT/PM
IPG Tuanku Bainun,
Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
http://dplimatematik2012.blogspot.com/2012/08/peranan-guru-biasa-sebagaiguru.html

Jenis-Jenis terapi dan Peranan Guru Biasa sebagai Guru Pembimbing


PENGENALAN

Bimbingan dan kaunseling merupakan satu kaedah atau pendekatan yang


digunakan untuk membimbing murid-murid dalam mendapatkan panduan atau
jalan penyelesaian yang baik seandainya menghadapi masalah. Namun demikian,
tidak semua sekolah rendah di negara ini disediakan dengan khidmat guru
kaunseling. Apa pun bimbingan dalam pendidikan adalah sangat perlu diberi
perhatian oleh semua pihak disesebuah sekolah sama ada pihak pentadbir,guru
kaunseling serta guru biasa juga turut memainkan peranannya jua.

Bimbingan membawa erti memberi panduan atau nasihat kepada seseorang. Dalam
konteks pendidikan bimbingan ini merujuk kepada bantuan atau pertolongan yang
diberikan dengan betul kepada murid-murid. Kaunseling pula, merupakan satu
proses interaksi yang membolehkan individu memahami diri dan situasinya.
Kaunseling sebenarnya bukan sahaja bertujuan menolong klien menyrsuaikan diri
dengan keadaan alam social di sekolah, tetapi turut menolong memahami kelebihan
dan kelemahannya, potensi serta keupayaannya.

Kesimpulannya, di peringkat sekolah bimbingan dan kaunseling ini merupakan


proses pertemuan secara bersemuka di antara guru bimbingan yang memainkan
peranan sebagai guru kaunselor. Murid pula, dipanggil atai di istilahkna sebagai
klien atau orang yang menghadapi masalah peribadi contohnya masalah dalam
bidang akademik dengan tujuan membawa perubahan tingkah laku yang baik
kepada murid tersebut. Perubahan ini juga seterusnya membawa kepada
penyelesaian masalah yang dihadapinya.

JENIS-JENIS TERAPI DALAM BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Menurut Patterson dan Eisenberg (1983) menyatakan bahawa kaunseling sebagai


satu proses pertemuan secara bersemuka di antara seorang kaunselor dengan
kliennya yang akhirnya membawa perubahan kepada klien tersebut. Setiap individu
mempunyai kebolehan dan keupayaan untuk memperkembangkan diri mereka.
Berdasarkan kepercayaan ini maka terapi dalam bimbingan dan kaunseling
diwujudkan untuk meneroka perkembangan tersebut. Terapi dalam bimbingan dan
kaunseling bagi sistem sekolah berdasarkan ciri-ciri seperti ia merupakan satu
proses yang berterusan, bersifat pendidikan, berdasarkan tingkah laku dan konsep
kendiri serta peranan klien yang mempunyai hak untuk memilih. Fokus utamanya
berdasarkan prinsip-prinsip berikut iaitu :

Harga diri individu adalah paling mutlak ;

Setiap individu adalah unik;

Sikap dan persepsi kendiri individu ialah asas dimana seorang individu
bertindak;

Individu-individu bekerja untuk meningkatkan konsep kendiri mereka;


Individu-individu mempunyai kebolehan dalaman untuk belajar dan boleh
dibantu untuk membuat keputusan ke arah proses arah kendiri agar serasi dengan
persekitaran mereka.

Individu-individu memerlukan proses bantuan bimbingan daripada peringkat


perkembangan kanak-kanak kepada peringkat dewasa.

Harga diri individu adalah paling mutlak. Ini kerana, harga diri seseorang adalah
sesuatu yang perlu dijaga dan dihormati. Murid perlu dilatih untuk menghargai diri
mereka. Hal ini kerana, setiap individu adalah yang unik. Individu itu dikatakan unik
dari segi baka, bakat, minat serta kebolehan yang ada. Sikap dan persepsi kendiri
individu ialah asas dimana seorang individu itu bertindak. Ini disebabakan oleh
sikap seseorang mampu mendorong mereka melahirkan pandangan yang mungkin
tidak sama dengan orang lain. Pandangan itu lahir mungkin disebabkan oleh
persepsinya dalam berhadapan dengan masalah. Contohnya seorang murid
menghadapi masalah ponteng kelas. Murid ini berpandangan masuk kelas
merupakan satu keaadaan yang membosankan. Maka sikap serta persepsi yang
tertanam di dalam pemikirannya itu telah membawa murid tersebut ke arah satu
tindakan demikian. Dengan itu, sikap serta persepsi secara tidak langsung adalah
asas kepada tindakan yang dibuatnya.

Individu mempunyai kebolehan dalaman untuk belajar dan bolh dibantu untuk
membuat keputusan kea rah kendiri yang baik. Hal ini kerana setiap individu pada
dasarnya mempunyai satu tingkahlaku yang baik dan unik yang boleh dibimbing,
dibentuk atau digilap dengan pendekatan dan cara yang betul. Keupayaan
membimbing murid-murid ini dengan gaya yang betul akan membuatkan mereka
lebih serasi dengan persekitaran disekolah pada amnya.

Dalam pada itu juga, setiap individu memerlukan proses bantuan bimbingan
daripada peringkat perkembangan kanak-kanak kepada peringkat dewasa. Ini
kerana, dalam membentuk satu tingkahlaku yang baik dikalangan kanak-kanak iaitu
murid sekolah mereka ini perlu diberi pendedahan berkaitan dengan tingkahlaku
yang baik. Ini bertujuan supaya mereka dapat membanding beza di antara sikap
yang positif dan negatif dalam kehidupan seharian. Pendedahan kepada masalah
tingkahlaku juga secara tidak langsung membimbing mereka apabila dewasa kelak
telah mampu mendisiplinkan diri dengan sikap yang baik ynag disenangi oleh
semua orang.

Setiap individu mungkin memerlukan maklumat dan bantuan kendiri daripada


seorang kaunselor yang cekap dan professional maka menjadi tugas seorang ahli
kaunselor untuk menolong individu terbabit untuk menjadi manusia yang seimbang
dan mencapai potensi mereka. Kesimpulannya, bimbingan dan kaunseling
membolehkan seseorang individu mencapai potensinya dengan sepenuhnya. Jika
dibimbing dengan baik maka setiap individu dapat mencapai potensi dirinya secara
optimum. Untuk mencapai tujuan tersebut maka terapi dalam bimbingan kaunseling
diwujudkan melalui jenis- jenis terapi berikut iaitu :

1.

Terapi Perkembangan

2.

Terapi Pencegahan

3.

Terapi Pencegahan

4.

Terapi Intervensi Krisis

1) Terapi Perkembangan

Tujuan utama terapi ini diadakan ialah untuk membantu dan membimbing muridmurid untuk mencapai kejayaan dalam sistem sekolah. Oleh itu satu program telah
dirangka untuk mencapai tahap perkembangan potensi individu secara menyeluruh.
Antara kemahiran-kemahiran yang boleh dicapai melalui program terapi ini ialah
melalui mod pengajaran bilik darjah,kaedah bimbingan secara kumpulan dan
program atau projek sekolah seperti hari kerjaya,kursus motivasi serta seminarseminar untuk mencapai kecemerlangan akademik. Hasil daripada kemahiran yang
telah dicapai boleh dilihat melalui tiga bidang iaitu perkembangan kendiri/sosial,
perkembangan pendidikan dan perkembangan kerjaya murid-murid.

Bimbingan terapi perkembangan ini merujuk kepada aktiviti-aktiviti yang berusaha


untuk memotivasikan individu supaya dapat membentuk personality dan konsep
kendiri yang positif. Tujuannya adalah untuk membawa klien ke arah mencapai
prestasi diri yang lebih baik. Contohnya, guru kaunseling melakukan satu aktiviti
mengedarkan satu borang personaliti bagi untuk kenalpasti potensi diri serta bakat
yang tersembunyi. Borang ini boleh diberi semasa sesi seminar mengenal
personality diri. Secara tidak langsung klien atau murid tertarik untuk mengetahui
ciri-ciri personality yang mereka ada, yang sebelum ini tidak pernah diketahuinya.

Guru bimbingan dan kaunseling boleh menggunakan pelbagai alat penilaian untuk
mengukur pencapaian murid-murid yang terlibat dalam terapi perkembangan.
Antaranya ialah seperti berikut :

Hasil pembelajaran perkembangan yang berintegrasi dan berperingkat;

Penilaian yang berdasarkan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik


darjah;

Resos-resos profesional;dan

Pendidikan pos sekolah menengah dan bahan-bahan dan program-program


yang berkaitan dengan kerjaya.

Hasil pembelajaran perkembangan yang berperingkat. Melalui terapi


perkembangan yang dibuat secara berperingkat ini guru kaunseling dapat melihat
perubahan tingkahlaku yang dialami oleh kliennya itu. Seterusnya penilaian boleh
dibuat berdasarkan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.
Melalui pemerhatian di dalam bilik darjah guru kaunseling boleh bertanyakan guru
kelas berkaitan dengan perkembangan perubahan tingkahlaku murid berkenaan
sama ada baik atau pun sebaliknya. Selain daripada itu, guru kaunseling juga boleh
merujuk kepada resos-resos profesional dengan bantuan teori yang bersesuaian.

2) Terapi Pencegahan

Tujuan utama bimbingan terapi pencegahan ialah untuk mencegah murid-murid


daripada menghadapi masalah penyesuaian. Bimbingan atau terapi pencegahan ini
juga merujuk kepada penggunaan pendekatan untuk mencegah atau menyekat
kemungkinan berlakunya aktiviti yang tidak diingini. Contohnya seperti aktiviti
penyalahgunaan dadah, AIDS, kelakuan tidak bermoran dan sebagainya. Oleh itu
kaunselor bimbingan akan melibatkan diri dalam satu program bimbingan dan
kerjaya pencegahan komprehensif dengan menggunakan strategi strategi berikut :

1.

Intervensi awal; dan

2. Memberikan respon dengan serta-merta kepada murid-murid yang sedang


menghadapi masalah atau krisis yang mengganggu pembelajaran mereka.

Intervensi awal atau lebih dikenali sebagai pemulihan awal. Bak kata pepatah cegah
sebelum merebak. Guru kaunseling boleh mengadakan sesi kaunseling untuk
mencegah masalah yang dihadapi oleh murid. Sebagai contoh segalanya bermula
dengan proses pembelajaran dan pengajaran yang berlaku di dalam bilik darjah.
Melalui cara ini guru kelas dapat mengenalpasti sebarang masalah yang dihadapi
oleh murid di dalam kelas. Hanya guru kelas merupakan orang yang paling hamper
dengan muridnya ketika berada di dalam kelas. Seandainya masalah sudah dapt
dikenalpasti dengan cepat maka dengan itu intervensi awal boleh dilaksanakan.
Secara tidak langsung juga dapat meberi satu respon dengan serta- merta kepada
murid yang menghadapi masalah atau krisis diri.

Bagi mencapai matlamat tersebut, kaunselor juga menggunakan strategi-strategi


seperti menyediakan maklumat lengkap mengenai masalah-masalah yang dihadapi
klien, bimbingan dan kaunseling individu dan kumpulan, konsultasi dengan guruguru lain dan ibu bapa serta merekodmendasikan masalah klien kepada pakar-pakar
lain dan ibu bapa. Alat penilaian yang digunakan oleh kaunselor dalam terapi
pencegahan ialah penilaian individu, aktiviti sokongan pembelajaran yang
dikordinasikan oleh murid-murid dan perancangan sistematik dari sekolah rendah ke
sekolah menengah. Bagi murid-murid yang menghadapi masalah akademik dan
penyesuaian yang serius maka kaunselor perlu menggunakan terapi pemulihan
untuk membantu mereka.

3) Terapi Pemulihan

Terapi bimbingan pemulihan ialah satu integrasi strategi bimbingan dan kaunseling
dengan aktiviti bilik darjah. Tujuan utama adalah menggunakan teknik-teknik
bimbingan dan kaunseling untuk membantu murid-murid yang mempunyai masalah
dalam proses pendidikan. Selain itu, untuk mengurangkan masalah pendidikan
antara murid-murid dan sekolah. Bimbingan penyediaan kemudahan juga boleh
diketengahkan dengan merujuk kepada kes-kes penempatan dalam bidang kerjaya,
penyelesaian masalah kemudahan yang berkaitan dengan bidang kurikulum dan
kokurikulum.

Di antara beberapa aktiviti sokongan pendidikan oleh ahli-ahli kaunselor dalam


proses terapi pemulihan ialah merancang aktiviti-aktiviti kelab, menstrukturkan
rancangan pengajaran untuk meningkatkan pencapaian murid dan pengajaran
pemulihan yang biasanya dijalankan sama ada masa sistem persekolahan ataupun
di luar masa persekolahan.

Pengajaran pemulihan biasa digunakan dalam terapi bimbingan ini kerana ia


berbeza dari pengajaran biasa. Antara aspek-aspek penting dalam proses terapi
pemulihan ialah :

Membekalkan kemahiran belajar;

Menyiasat dan menyemak kehadiran murid-murid ke sekolah;

Meningkatkan ilmu kendiri;

Membincang kemungkinan untuk pendidikan masa depan;dan

Membincang profesion, kerjaya dan kehidupan bekerja.

Membekalkan kemahiran belajar kepada murid. Contohnya menyatakan kebaikan


serta kelebihan kaedah belajar secara individu ataupun secara berkumpulan. Ini
membantu murid mengetahui kecenderungan mereka untuk mempersiapkan diri
apabila mengahadapi ujian mahupun peperiksaan. Seterusnya menyiasat dan
menyemak kehadiran murid-murid ke sekolah. Dengan berbuat demikian, guru
kaunseling dapat mengenalpasti mana-mana murid yang bermasalah untuk datang
atau hadir ke sekolah.

Meningkatkan ilmu kendiri. Bantuan daripada guru kaunseling untuk membimbing


murid meningkatkan ilmu kendiri yang beraitan dengan diri murid itu sendiri.
Peningkatan ilmu kendiri di kalangan murid membantu mereka menerima baik
buruk tingkahlaku yang telah sedia ada di samping berusaha untuk memupuk satu
sikap yang baik dari semasa ke semasa dengan terapi yang ada.

Dalam membimbing murid-murid yang lemah dalam bidang akademik kaunselor


mesti mengambil inisiatif untuk bekerjasama dengan doktor, ibubapa atau pakarpakar pendidikan yang dapat menyumbang kepada penelesaian spesifik yang
dihadapi oleh murid-murid. Sesunggunya kelemahan dan kekurangan ini dapat di
atasi dengan cara yang baik seandainya semua orang di sekeliling bergabung

bersatu hati dan peka dengan perkembangan perubahan tingkalaku anak masingmasing.

4) Terapi Intervensi Krisis

Terapi ini diadakan untuk membantu kaunselor menghadapi serta mengendalikan


situasi-situasi kritikal atau kejadian-kejadian yang berlaku dalam kehidupan klienkliennya. Sebuah krisis didefinisikan sebagai datu situasi atau kejadian di mana
seorang individu rasa tertekan atau mempunyai masalah menyesuaikan diri dalam
sesuatu situasi. Sebuah krisis mungkin disebabkan oleh kejadian seperti kamatian
ahli keluarga,kehilangan pekerjaan atau terputusnya hubungan persahabatan. Pada
masa inilah pelbagai perasaan akan dialami dan respon yang berbeza terhadap
sesuatu krisis.

Bimbingan krisis adalah satu pendekatan bimbingan yang merujuk kepada kes-kes
kritikal. Contohnya adalah seperti bertumbuk dengan tujuan untuk mencederakan
seseorang, percubaan membunuh orang atau diri sendiri, mengalami masalah
mental atau terlibat dengan penyalahgunaan dadah.

Tujuan utama terapi kaunseling krisis ini ialah :

Untuk mengurangkan stres/ketegangan dan kekecewaan di sekolah

Untuk meningkatkan keyakinan mengenai kemahiran dan kebolehan di tempat


kerja

Menstabilkan emosi

Meningkatkan produktiviti

Mengurangkan kebimbangan dan tingkah laku yang tidak di ingini.

Mengurangkan dan mengikis sikap dan perasaan negatif

Mengurangkan penderitaan emosi disebabkan krisis

Kebanyakan guru bimbingan dan kaunseling mendapati bahawa murid-murid yang


mengalami krisis mental menunjukkan ciri-ciri seperti tidak boleh menyebut
perkataan dengan tepat, tidak boleh menyusun perkataan untuk membina
ayat,membaca dengan kadar lambat,tidak boleh membaca langsung dan
penumpuan terhadap pengajaran guru yang singkat.

Justeru itu para kaunselor telah menyediakan sembilan langkah untuk yang boleh
digunakan dalam terapi intervensi krisis iaitu :

1.

Pendidikan

Kaunselor akan memberikan maklumat,aktiviti dan struktur yang akan membantu


individu memulih dan bergerak daripada krisis.

2.

Pemerhatian dan Kesedaran

Kaunselor akan meningkatkan pemerhatian dan kesedaran terhadap individu dan


menggalakkan pemulihan melalui pilihan yang diberi kepada individu tersebut.

3.

Menggunakan Potensi Individu

Kaunselor akan membimbing murid-murid untuk memahami potensi individu bagi


menghadapi krisis bagi pertumbuhan kendiri serta member peluang kepada mereka
untuk menemui potensi kendiri tertinggi.

4.

Memahami Masalah

Kaunselor akan membantu klien-klien untuk memahami cara-cara yang paling


penting dalam menyelesaikan masalah peribadi dengan resos-resos dan kebolehan
yang ada semasa sesuatu krisis berlaku.

5.

Mewujudkan Struktur yang Berkaitan

Kaunselor akan membantu individu menjadi aktif dalam cara-cara untuk


menamatkan sesuatu krisis.

6.

Mencabar Kepercayaan yang Tidak Rasional

Kaunselor akan meyakinkan murid-murid untuk menerima kenyataan bahawa krisis


ialah masa kesedihan dan caramereka respon adalah penting. Murid-murid akan
merasa yakin jika mereka dapat mengatasi masalah.

7.

Menghapuskan Tingkah Laku Adiktif

Kaunselor boleh menasihati klien tidak terjebak gejala negatif kerana setengah dari
sesuatu krisis adalah hasil daripada (adiksi)

8.

Mencipta Penggantungan Sementara

Kaunselor boleh membimbing individu-individu untuk membina hubungan ringkas


yang sementara kerana penggantungan sihat ini boleh menolong mereka berkongsi
kesedihan dan kesakitan mereka.

9.

Menghadapi Ketakutan dan Kesakitan Emosi

Kaunselor akan mengingatkan klien bahawa menghadapi kesakitan emosi adalah


respon yang paling sihat semasa krisis berlaku.

PERANAN GURU BIASA SEBAGAI GURU PEMBIMBING.

Tidak semua sekolah mempunyai guru bimbingan dan kaunseling,maka guru biasa
juga boleh memainkan peranan sebagai seorang guru bimbingan dan kaunseling
bagi menghindari masalah-masalah dalam sistem persekolahan. Ini kerana guru
biasa lebih mengenali murid-murid mereka dalam bilik darjah dengan baik dan
dapat membekalkan maklumat yang berkaitan dengan tingkahlaku murid-murid
mereka.

Antara peranan guru biasa sebagai guru bimbingan dan kaunseling ialah meneliti
kedua-dua keperluan intelektual dan psikososial murid-murid, memahami
pencapaian akademik murid-murid yang rendah berkait dengan konsep kendiri
yang rendah, bekerja dengan kumpulan klien spesifik dan mengendalikan sesi-sesi
konsultasi dengan ibu bapa serta mengendalikan penyelidikan dalam sekolah untuk

menyediakan keperluan dan profil murid-murid. Guru biasa juga perlu dibekalkan
dengan ilmu dan kemhiran-kemahiran dalam bimbingan dan kaunseling seupaya
mereka dapat membantu murid-murid yang menghadapi masalah vandalism atau
mereka yang tidak dapat menumpukan perhatian dalam bilik darjah.

Dalam proses bimbingan dan kaunseling, guru-guru biasa perlu menjalankan


prosedur tertentu untuk membimbing murid iaitu :

1. Mengenalpasti murid-murid yang bermasalah atau menunjukkan kendiri yang


rendah
2. Mengumpul data-data mengenai murid-murid yang bermasalah yang berkait
dengan kebolehan dan pengalaman lampau
3. Memberikan sesi kaunseling kepada murid-murid tersebut sama ada secara
individu atau berkumpulan.

Selain itu, guru biasa juga perlu menggunakan strategi bimbingan dan kaunseling
untuk memberi bimbingan dan kaunseling kepada murid iaitu membantu muridmurid mengenali kekuatan mereka dan menjadi lebih terbuka serta berkeyakinan,
membantu murid-murid lebih jelas mengenai diri mereka sebagai seorang individu,
membantu murid-murid lebih kuat dan yakin, membantu murid-murid mengatasi
isu-isu seperti stres,buli,kebimbangan menghadapi peperiksaan, persahabatan,
masalah keluarga dan sebagainya serta membantu murid-murid memilih mata
pelajaran yang ingin mereka belajar.

Kesimpulannya, peranan guru biasa sebagai guru pembimbing ini ialah berusaha
untuk menolong murid membuat penyesuaian dalam peribadi, sosial, emosi,
akademik, perkembangan mental dan akhlak. Selain itu, menolong murid
menyediakan perancangan persekolahan bersesuaian dengan kebolehan, minat,
dan perkembangan masing-masing. Guru ini juga turut memberi kesedaran kepada
murid di peringkat awal lagi tentang kepentingan pelajaran di dalam kehidupan
untuk menjadi seorang insan yang berjaya dalam kehidupan. Bahkan bukan itu
sahaja, menolong murid dalam proses menyelesaikan masalah pembelajaran di
samping membimbing membuat keputusan yang rasional. Akhirnya guru biasa juga
menolong murid dalam membentuk tabiat yang baik, menghargai diri di samping
berusaha untuk bekerjasama dengan ibu bapa dalam mengawasi perkembangan
murid dari semasa ke semasa.

Anda mungkin juga menyukai