Anda di halaman 1dari 20

Pembangunan Industri Budaya dan Identiti Melayu

Malaysia-Indonesia

(Wan Abdul Kadir)


Akademi Pengajian Melayu

Identiti alam Melayu

Berasaskan kepada sejarah awal yang dapat dikesan sejak zaman


prasejarah, telah dibuktikan bahawa orang Melayu adalah penduduk asal di
alam Melayu ini. Konsep alam Melayu itu adalah juga berkaitan dengan
kawasan atau penempatan asal Melayu. Walaupun terdapat berbagai
pendapat dan pandangan para pengkaji/sarjana, tentang konsep Melayu itu
yang telah dikemukakan, umumnya Melayu itu adalah dirujuk kepada
penduduk asal di rantau alam Melayu ini. Terdapat berbagai pendapat dalam
usaha mencari pengertian dan asal usul Melayu itu, namun usaha itu
kerapkali telah menimbulkan semakin banyak persoalan dan kekeliruan, yang
boleh membawa kepada tiada penemuan yang jelas tentang Melayu.

Dalam realiti didapati amat sukar untuk menerangkan kelompok Melayu itu,
terutama apabila kelompok-kelompok kecil itu berusaha memperteguhkan
identiti masing-masing. Misalnya, masyarakat Jawa, Minang, Krinci dan
sebagainya berusaha membina identiti kelompok masing-masing. Perbezaan
kelompok itu membina sub budaya masing-masing hakikatnya adalah berbeza
daripada kumpulan ethnik yang lain seperti masyarakat Cina dan India. Dalam
konteks ini Melayu itu terdiri daripada berbagai kelompok sosial yang

1
menyatakan identiti masing-masing sebagai sub budaya bagi budaya Melayu
yang lebih luas.

Konsep Melayu yang digunakan dalam konteks yang lebih luas sebagai
penduduk asal di alam Melayu ini adalah berasaskan kepada idea yang dapat
dikesan kepada sejarah peradaban Melayu itu sendiri. Dengan kepelbagaian
kelompok sosial dan sub budaya yang membina masyarakat dan budaya
Melayu yang lebih luas itu telah memberikan kekuatan yang menyatakan
kekayaan khazanah budaya Melayu.

Pengertian Melayu di Malaysia dinyatakan dengan lebih khusus dalam


Perlembagaan Malaysia yang mempunyai kepentingan sosial dan politik.
Pengertian itu berasaskan kepada prinsip bahasa, budaya dan Islam.
Pengertian Melayu itu lebih khusus yang merupakan sebagai bahagian
daripada konsep Melayu yang lebih luas itu. Oleh itu, apabila berbagai
kelompok sosial yang merupakan penduduk asal, seperti Orang Asli yang
tidak beragama Islam, tidak dapat mencakupi dalam pengertian
Perlembagaan itu. Pengertian Melayu itu sebagai idea yang dipakai dalam
pentadbiran dan kepentingan politik terdapat pula perbezaan konsep Melayu
yang dipakai dalam realiti yang berasaskan kelompok sosial Melayu dengan
sub budaya masing-masing.

Sejarah peradaban Melayu yang berasaskan perkembangan budaya Melayu


di alam Melayu merupakan fenomena penting dalam pembinaan identiti
Melayu dalam konteks yang luas itu. Peradaban Melayu itu telah dibina oleh
kelompok-kelompok Melayu di alam Melayu ini umumnya dan dengan itu juga
telah terbina identiti Melayu yang berasaskan tradisi sejarah yang sama yang
dilalui oleh kumpulan Melayu itu.

Penduduk asal atau orang Melayu yang mendiami di alam Melayu ini telah
membina asas peradaban yang telah mantap sebelum mereka bertembung

2
dan melalui proses difusi budaya. Pertembungan dengan peradaban India dan
kemudian Islam telah memperkukuhkan peradaban Melayu sekian lama.
Kerajaan-kerajaan Melayu yang terdapat di alam Melayu telah memainkan
peranan penting dalam pembinaan pusat-pusat peradaban itu. Gelombang
pengaruh peradaban dari India amat pesat mempengaruhi pembangunan
peradanan di kepulauan Indonesia . Kemudian Islam membawa peradaban
penting kepada pembinaan peradaban Melayu. Pengaruh-pengaruh itu
meningkatkan peradaban Melayu. Namun kesan peradaban yang datang itu
tidak pula menghilangkan identiti budaya Melayu itu.

Budaya Kolonial dan Industri Budaya

Kesan pengaruh peradaban India dan Islam ke atas budaya Melayu amat
penting dalam meningkatkan pencapaian peradaban Melayu. Namun identiti
Melayu dipertahankan, dengan menyesuaikan unsur-unsur budaya asing itu
dengan keperluan dan kepentingan tempatan. Walau bagaimanapun
perubahan yang berlaku itu telah membina faktor-faktor bahasa, Islam dan
tradisi budaya yang amat dominant dalam menyatakan identiti Melayu itu.
Bahasa Melayu menjadi lingua franca terutama di pusat-pusat pelabuhan
yang cosmopolitan sifatnya. Di samping itu bahasa-bahasa yang digunakan
oleh kelompok-kelompok sosial sebagai sub budaya yang berupa pinggiran.

Kedudukan Islam semakin dominant berikutan dengan majoriti penduduk di


alam Melayu ini menerima Islam. Dan seterusnya sebagai masyarakat
serumpun tradisi budaya yang berasaskan sejarah budaya yang sama sudah
pasti dapat menyatakan identiti Melayu umumnya.

Kedatangan kolonial British di Semananjung Malaysia dan kolonial Belanda di


Indonesia atas kepentingan ekonomi telah campur tangan dalam segala
urusan pentadbiran. Kegiatan ekonomi kapitalis di barat telah mulai
berkembang di alam Melayu dan turut mempengaruhi kehidupan penduduk

3
tempatan.Perkembangan ekonomi kapitalis yang lebih menekankan kepada
maksima keuntungan, dan kemasukan modal serta teknologi dari barat telah
membawa perubahan penting di negara ini, terutama di pusat bandar-bandar
kolonial.

Perkembangan ekonomi kapitalis di barat telah membawa perubahan dan


pembangunan industri yang amat pesat. Berikutan dengan ini maka industri
budaya turut berkembang pesat, yang menjadikan unsur-unsur budaya
sebagai bahan-bahan budaya sebagai bahan pengguna orang ramai
sebagaimana bahan-bahan pengguna yang lain. Kehidupan penduduk bandar
memerlukan bahan-bahan budaya itu sebagai bahan pengguna yang
memberikan mereka pengisian keperluan yang lebih tinggi, misalnya sebagai
bahan hiburan, pengisian masa lapang, dan sebagainya.

Perkembangan industri budaya di Eropah itu telah mendapat perhatian para


pengkaji yang berpendapat perkembangan industri budaya itu adalah
sebahagian daripada agenda golongan kapitalis yang mahu melemahkan
golongan pekerja, iaitu dengan penawaran bahan-bahan budaya itu dapat
melekakan orang ramai daripada menumpukan perhatian kepada perkara-
perkara yang lebih penting. Oleh itu indusrti budaya dianggap memberikan
keselesaan kepada golongan kapitalis dan memberikan peluang mereka
menekan golongan pekerja.

Perkembangan industri budaya di barat itu turut mempengaruhi penyebaran


dan perkembangan bahan-bahan budaya barat itu di alam Melayu. Bahan-
bahan budaya keluaran industri budaya itu diberikan nilai-nilai kemodenan
dan kemajuan. Berasaskan idea kemodenan dan kemajuan itu bahan-bahan
budaya barat itu amat disanjung tinggi dan dihormati penduduk tempatan,
terutama penduduk bandar-bandar kolonial yang pesat mengalami proses
modenisasi dan urbanisasi itu. Bahan-bahan budaya yang dibawa oleh

4
kolonial itu mempunyai kedudukan yang tinggi, dan sebaliknya unsur-unsur
budaya tempatan dianggap tradisi dan terkebelakang.

Industri Budaya dan Budaya Popular

Kegiatan industri budaya menawarkan bahan-bahan budaya secara komersial


kepada orang ramai. Kepentingan ekonomi itu kerapkali dieksploit oleh
pengusaha industri itu, dengan berbagai kaedah yang bertujuan untuk
mendapat perhatian dan minat orang ramai. Dalam kegiatan itu kerapkali pula
pengusaha industri mengeksploit keinginan semula jadi manusia, seperti
bahan seks, tanpa mempertimbangkan kepentingan sosial dan keharmonian
sosial. Perlakuan seperti ini selalu dianggap boleh membawa kesan-kesan
buruk dan seterusnya boleh menimbulkan suasana yang tidak harmoni. Oleh
itu, kerajaan atau pihak berkuasa perlu memberikan pengawasan dalam
kepesatan penawaran bahan-bahan budaya itu. Walau bagaimanapun
kesedaran dalaman anggota-anggota masyarakat itu perlu diberikan
ketahanan dalam menghadapi penawaran bahan-bahan budaya yang boleh
membawa kesan buruk itu.

Pengusaha industri budaya yang berusaha menawarkan bahan-bahan budaya


secara meluas untuk kepenggunaan ramai itu, dengan menggunakan
berbagai kaedah promosi, dan publisiti boleh melahirkan bahan-bahan budaya
itu sebagai fenomenon budaya popular. Dengan kemudahan teknologi moden,
sistem pemasaran yang meluas, dan peningkatan ilmu pengetahuan telah
membolehkan penawaran bahan-bahan budaya dilakukan secara meluas dan
mampu melahirkan fenomenon budaya popular.

5
Budaya popular kini didapati memainkan peranan penting dalam
mempengaruhi kehidupan orang ramai, iaitu merintasi semua peringkat
anggota-anggota masyarakat. Perkembangan bahan-bahan budaya popular
itu sebagaimana telah diterangkan membawa bersamanya kesan-kesan
buruk. Tetapi sebaliknya perkembangan industri budaya itu juga terdapat
kepentingan dan keperluannya dalam pembangunan masyarakat budaya.
Industri budaya telah memainkan peranan penting dalam membawa
pembangunan ekonomi, misalnya pulangan ekonomi, memberi banyak
peluang pekerjaan kepada orang ramai. Industri budaya itu juga memainkan
peranan penting dalam membawa perubahan budaya yang dengan jelas
menyatakan budaya itu amat dinamiks. Budaya popular mempunyai
tempatnya dalam masyarakat yang pesat membangun. Tetapi
perkembangannya itu perlukan pengawasan yang sewajarnya bagi menjamin
perkembangan dan penawaran bahan-bahan budaya itu tidak membawa
kesan-kesan buruk yang keterlaluan.

Pembangunan Industri Budaya

Pembangunan yang dibawa oleh pemerintah kolonial di alam Melayu


sebagaimana telah dinyatakan adalah atas kepentingan dan keperluan
ekonomi. Bandar-bandar kolonial dibangunkan sebagai pusat perkembangan
ekonomi. Di samping itu, perubahan dalam politik dan pentadbiran, sosial,dan
pendidikan, tidak dapat dinafikan telah membawa perubahan penting kepada
budaya. Perubahan itu turut mempengaruhi kehidupan orang Melayu. Proses
modenisasi dan urbanisasi yang dilalui penduduk bandar memerlukan
pengisian keperluan-keperluan yang lebih tinggi, seperti seni, hiburan,
mainan, dan seumpamanya.

Perkembangan industri budaya menawarkan berbagai bahan budaya yang


dapat mengisi keperluan hidup orang ramai, terutama penduduk bandar-
bandar moden itu. Dalam penawaran bahan-bahan budaya yang dibawa dari

6
barat itu membawa bersamanya pengaruh budaya yang dianggap mempunyai
kedudukan yang mempunyai nilai-nilai yang tinggi, yang menyatakan
kemodenan dan kemajuan. Namun dalam perkembangan itu terdapat usaha
yang telah dilakukan pada peringkat awal untuk menjadikan bahan-bahan
budaya tempatan sebagai kegiatan industri. Didapati industri menawarkan
bahan-bahan hiburan Melayu telah mendapat perhatian ramai. Misalnya,
persembahan bangsawan pernah muncul sebagai bahan budaya yang
diusahakan secara komersial dan tersebar luas di alam Melayu. Kemudian
diikuti dengan perkembangan muzik Melayu, filem Melayu dan lawak jenaka
yang ditawarkan secara komersial dan penyebaran dilakukan secara meluas
di alam Melayu ini.

Dalam kes bahan-bahan hiburan yang diusahakan secara komersial dan


tersebar luas itu membawa ciri-ciri yang berbeza daripada budaya Melayu
tradisional. Walaupun terdapat unsur-unsur tradisi dalam perkembangan
budaya popular moden itu, tetapi telah disesuaikan dengan keadaan dan
keperluan semasa. Misalnya, bangsawan yang pernah amat popular dahulu
membawa pembaharuan, dan kemodenan di samping terdapat unsure-unsur
budaya tradisi di dalamnya. Dalam masyarakat yang mengalami perubahan
itu mahukan penawaran bahan-bahan budaya itu bersesuaian dengan
perubahan yang berlaku. Persembahan bangsawan membawa bersamanya
kemodenan dan pembaharuan. Juga dapat dikatakan penawaran budaya
popular itu membawa bersamanya rites of modernization

Penawaran bahan-bahan budaya Melayu berikutan perkembangan industri


budaya tempatan, pengusaha berusaha menyesuaikan antara tradisi dan
perubahan. Unsur-unsur tradisi masih dipertahankan bagi membolehkan
bahan-bahan itu diterima dengan baik oleh orang ramai.Misalnya, terdapat
unsur-unsur budaya tradisi disertakan di samping membawa perubahan dan
pembaharuan dalam persembahan itu.

7
Perkembangan industri budaya itu disokong oleh perkembangan teknologi
moden. Orang Melayu pada peringkat awal kurang menguasai teknologi
moden. Misalnya, perkembangan industri filem, dan industri muzik , dari segi
industri dan teknologi dikuasai oleh orang bukan Melayu. Orang Melayu
memberikan sumbangan pengisian bahan dalam industri itu. Dengan
kemudahan teknologi moden itu juga membolehkan penyebaran bahan-bahan
budaya dilakukan dengan meluas. Misalnya alat cetak telah memainkan
peranan penting dalam penyebaran bahan-bahan budaya Melayu.

Dalam pembangunan industri budaya Melayu umumnya, baik di Malaysia


mahupun di Indonesia , perlibatan orang Melayu sebagai pengusaha industri,
adalah secara kecil-kecilan. Tidak ramai orang Melayu yang terlibat dalam
industri itu secara besar-besaran. Ini dapat dikaitkan dengan berbagai
masalah yang dihadapi pengusaha Melayu, terutama dalam pengurusan,
pemasaran dan kewangan. Namun kerajaan berusaha memberikan bantuan
dan sokongan dalam menggalakkan perkembangan industri budaya
tempatan.

Nilai-nilai kemodenan yang dipupuk sejak zaman kolonial terhadap bahan-


bahan budaya yang dibawa dari barat itu amat mendalam kesannya,
Penduduk tempatan sentiasa memandang tinggi terhadap bahan-bahan
budaya yang dibawa dari barat itu. Bahan-bahan budaya barat merupakan
indeks atau ukuran sebagai teladan kepada perkembangan industri budaya
Melayu. Perubahan yang berlaku terhadap bahan-bahan budaya dari barat itu
turut mempengaruhi perubahan terhadap bahan-bahan budaya Melayu.

Dalam bidang seni persembahan, seperti muzik, drama, teater, filem dan
lawak jenaka Melayu pesat perkembang dan mengalami perubahan. Bahan-
bahan itu perlu dilakukan pembaharuan dari masa ke masa bagi
menyesuaikan dengan perubahan cita rasa budaya di kalangan para
pengguna. Dalam bidang mainan pula, berbagai jenis mainan dari barat

8
mendapat minat di kalangan penduduk tempatan. Keadaan yang sama
berlaku dalam fesyen, perhiasan diri, perhiasan dalam rumah, penjagaan
kecantikan, makanan, dan berbagai kegiatan pengisian masa lapang.
Fenomenon budaya popular dari barat yang dianggap moden dan maju itu
sentiasa mendapat perhatian penduduk tempatan. Cita rasa budaya itu turut
mempengaruhi perkembangan industri budaya budaya.

Pertumbuhan dan panawaran bahan-bahan budaya popular itu didapati amat


mempengaruhi gaya hidup orang ramai. Kesannya amat ketara dalam
membawa perubahan, kemodenan dan kemajuan dalam perkembangan
budaya Melayu. Di samping itu tidak dapat dinafikan bahawa terdapat kesan-
kesan yang bercanggah atau kurang sesuai dengan tradisi budaya tempatan.
Namun, masyarakat memainkan peranan penting dalam menentukan arah
perkembangan budaya popular yang sihat, terutama di kalangan muda mudi.

Kolonial dan Globalisasi Budaya

Pembangunan dan nilai-nilai kemodenan yang dipupuk zaman kolonial dahulu


masih diteruskan apabila berlaku proses globalisasi budaya. Pembangunan
pesat industri budaya di negara-negara maju, dapat pula menyebarkan
bahan-bahan budaya itu di peringkat global. Dengan itu memperkukuhkan
kedudukan ekonomi negara-negara maju. Kekuatan ekonomi dan kemajuan
teknologi membolehkan negara-negara maju itu meningkatkan kualiti dan
kekuatan bahan-bahan budayanya. Oleh itu bahan-bahan budaya negara-
negara maju itu mudah di terima oleh penduduk tempatan. Nilai-nilai
kemodenan itu dapat terus dipertahankan dan memperteguhkan kedudukan
negara-negara maju, terutama barat sebagai negara yang memainkan
peranan di peringkat global.

Penyebaran bahan-bahan budaya global itu membawa bersamanya budaya


barat, memperkukuhkan nilai-nilai kemodenan dan kemajuan itu. Bahan-

9
bahan budaya itu mempengaruhi budaya tempatan, menyebarkan ideologi
barat secara berkesan dan seterusnya membawa kesan-kesan sosial dan
budaya.

Penyebaran bahan-bahan budaya global itu ada kesan baiknya, misalnya


membolehkan industri budaya Melayu turut berkembang dan mempelajari
kejayaan industri dari negara maju itu.Penyebaran bahan-bahan budaya
global itu juga merupakan cabaran kepada pembangunan dan perkembangan
industri budaya tempatan. Pengalaman industri budaya barat dalam mencapai
kejayaan, masyarakat Melayu dapat mempelajari untuk mencungkil dan
menyelidiki unsur-unsur tempatan atau tradisi yang boleh dijadikan bahan
keluaran industri, yang mungkin boleh disebarkan ke peringkat global.

Kemasukan bahan-bahan budaya global di alam Melayu berlaku secara


berleluasa, berikutan dengan kemudahan teknologi moden yang mampu
menyebarkan bahan-bahan budaya dari negara-negara maju secara meluas.
Dalam tempoh masa yang singkat bahan-bahan budaya keluaran industri
negara-negara maju itu dapat disebarkan secara global. Malahan melalui
media massa yang berkembang pesat kini, dapat menyebarkan maklumat
secepat mungkin secara global tentang perkembangan industri budaya atau
bahan-bahan budaya global itu. Media massa seperti media cetak dan media
elektronik memainkan peranan penting dalam membawa publisiti dan promosi
perkembangan dan kemodenan bahan-bahan budaya di pasaran, serta amat
berkesan dalam mempengaruhi cita rasa budaya penduduk tempatan.

Penyebaran bahan-bahan budaya global itu telah menjadi dunia semakin


sempit, dan penduduk tempatan terdedah kepada perubahan yang berlaku di
peringkat global. Pendedahan secara meluas itu menjadikan penyebaran
bahan-bahan budaya global itu didapati semakin sukar untuk diawasi atau
dikawal. Misalnya, penyebaran media elektronik, dan internet yang disalurkan
secara global didapati sangat sukar untuk dikawal atau diawasi.

10
Telah banyak diperkatakan tentang impak atau kesan penyebaran bahan-
bahan budaya barat dalam proses globalisasi budaya ke atas budaya
tempatan, atau budaya Melayu. Malahan bahan-bahan budaya barat itu selalu
dianggap bercanggah atau tidak sesuai dengan suasana dan keperluan
tempatan. Selain itu, bahan-bahan budaya barat itu juga dikatakan telah
membawa banyak kesan sosial kepada penduduk tempatan, terutama di
kalangan golongan muda. Selalu dikatakan budaya popular barat menjejaskan
nilai-nilai moral dan akhlak golongan muda tempatan. Budaya popular seperti
fesyen pakaian dan rambut, perhiasan diri dan kesan daripada filem barat
juga amat mempengaruhi golongan muda. Oleh itu perkembangan budaya
popular global itu selalu mendapat kritik dan teguran daripada golongan tua.
Malahan, penyelewengan atau devian di kalangan muda selalu dikaitkan
dengan penyebaran bahan-bahan budaya yang tidak dapat dikawal itu.

Identiti Budaya dan Industri Budaya

Penyebaran pengaruh bahan-bahan budaya daripada industri budaya global


atau negara-negara maju, selain membawa kesan-kesan sosial, turut
membawa kesan-kesan budaya yang ketara.Budaya Melayu sebagaimana
yang telah dinyatakan mengalami perubahan pesat, iaitu budaya Melayu turut
mengalami proses modenisasi dan urbanisasi, menyesuaikan dengan
perubahan yang dibawa oleh bahan-bahan budaya asing itu. Keadaan ini
bermakna mempengaruhi kedudukan budaya Melayu tradisi. Warisan budaya
Melayu didapati tidak mampu bersaing dengan perkembangan bahan-bahan
budaya yang dibawa oleh industri budaya atau budaya popular itu. Misalnya,
berbagai kegiatan seni tradisi semakin kurang mendapat minat ramai, dan ada
antaranya telah lenyap. Perkembangan industri budaya Melayu yang turut
dipengaruhi kegiatan industri budaya global, kurang berminat untuk

11
menjadikan unsur-unsur budaya Melayu tradisi sebagai bahan budaya
komersial.

Warisan budaya Melayu tradisional selalu dihubungkan dengan identiti


Melayu. Dalam usaha mempertahankan tradisi itu bermakna usaha
mempertahankan identiti yang melambangkan keperibadian Melayu itu. Orang
Melayu sejak zaman pemerintahan kolonial dahulu menghadapi kebimbangan
tentang pesatnya pengaruh budaya barat itu akan melenyapkan identiti
Melayu, yang generasi Melayu kemudian tidak lagi dapat mengenali identiti
Melayu itu lagi. Pengertian identiti dalam konteks itu bermakna warisan
budaya Melayu itu memainkan peranan penting dalam mempertahankan
identiti Melayu itu. Orang Melayu di Semenanjung Malaysia sejak kesan
perkembangan budaya kolonial dahulu telah memupuk kesedaran
kebangsaan berasaskan kekuatan peradaban budaya Melayu masa lampau.
Kesedaran semangat kebangsaan Melayu itu juga terkandung tentang
warisan budaya Melayu tradisi, selain daripada bahasa dan Islam. Dalam
pembinaan konsep budaya kebangsaan atau budaya Malaysia warisan
budaya penduduk asal negara ini atau Melayu merupakan prinsip penting.

Dalam menyatakan identiti Melayu itu, tidak dapat dinafikan bahawa tradisi itu
memainkan peranan penting. Tetapi kita juga memahami bahawa tradisi
budaya Melayu itu amat dinamiks dan sentiasa berusaha menyesuaikan
dengan perubahan dan perkembangan semasa.Sejak orang Melayu
bertembung dengan peradaban asing, terutama India, Islam dan kemudian
barat, budaya Melayu amat peka dalam menyesuaikan dengan perubahan
dan keperluan semasa. Dalam konteks ini, maka identiti Melayu itu juga
berubah menyesuaikan dengan perubahan semasa. Pengertian identiti itu
bukanlah suatu yang statik, tetapi dinamiks menyesuaikan dengan keperluan
semasa, di samping mempertahankan identiti Melayu itu. Walaupun pengaruh
peradaban asing itu amat kencang, terutama apabila orang Melayu menerima
agama Islam dan kemudian ideologi kemodenan barat, dengan terdapatnya

12
bijak pendai tempatan, maka identiti Melayu itu tetap dapat dipertahankan.
Perubahan budaya berlaku dan seterusnya memperbaiki atau
mempertingkatkan pencapaian identiti, dan dengan itu menyatakan dengan
jelas kemajuan yang dilalui masyarakat berikutan dengan proses penyesuaian
dengan perubahan. Identiti itu menyatakan kemajuan yang dicapai
masyarakat, di samping menyatakan warisan yang dipertahankan. Ini
bermakna warisan budaya itu mungkin tidak menyatakan perubahan, tetapi
menekankan kepada simbol atau lambing warisan tradisi.

Sebagai kes kita boleh meneliti pembinaan budaya kebangsaan yang


diberikan penekanan oleh orang Melayu tentang warisan tradisi budaya
Melayu sebagai lambang atau simbol peradaban Melayu yang telah dibina
sejak zaman berzaman. Orang Melayu mahu mengekalkan warisan tradisi itu,
misalnya dalam kesenian Melayu sebagai usaha menyatakan identiti Melayu.
Namun dalam realiti seharian orang Melayu menerima bahan-bahan budaya
moden yang terdapat di pasaran secara meluas itu. Dalam keadaan ini
warisan tradisi budaya yang mahu dipertahankan itu mungkin tidak pula
diminati atau dihayati ramai, hanya sebagai lambang, sedangkan bahan-
bahan budaya moden yang dikeluarkan oleh industri budaya amat diminati
ramai. Dalam konteks ini, identiti budaya itu tidak sahaja dinyatakan oleh
warisan tradisi, malahan perubahan yang berlaku dalam bahan-bahan budaya
atau budaya popular itu juga membawa identiti Melayu. Pembinaan budaya
kebangsaan misalnya, tidak sahaja terbatas kepada warisan tradisi, tetapi
juga mengambil kira bahan-bahan budaya Melayu semasa, terutama hasil
industri budaya yang amat pesat berkembang kini.

Industri Budaya Melayu Tradisi-Moden


Baik di Malaysia mahupun di Indonesia didapati usaha menghasilkan bahan-
bahan budaya tradisi yang disebarkan sebagai penawaran secara komersial
telah dilakukan sejak perubahan ekonomi yang telah dilaksanakan oleh

13
pemerintah kolonial. Misalnya, dalam bidang seni persembahan seperti muzik
dan tarian, seni tampak seperti ukiran, dan pertukangan, perubahan
tradisional, penjagaan kesihatan, makanan, perhiasan diri, mainan tradisional
dan sebagainya. Tetapi penawaran bahan-bahan budaya itu dilakukan secara
kecil-kecilan, terutama di kalangan kaum tani yang memberikan perhatian
menghasilkan bahan-bahan itu secara sambilan. Penawaran bahan-bahan
budaya itu dilakukan dalam konteks tradisi, iaitu diusahakan secara manual
secara kecil-kecilan dengan menggunakan kaedah dan teknologi tradisional.
Penawaran bahan-bahan budaya itu amat terbatas, misalnya dalam
lingkungan kawasan yang terbatas, dan selalunya berlaku secara langsung
antara pengeluar dan pengguna.

Berikutan dengan perkembangan ekonomi dan teknologi moden, penawaran


bahan-bahan budaya yang didatangkan dari negara-negara maju mendapat
pasaran baik di rantau ini, sebagaimana yang telah dinyatakan atas
kepentingan nilai-nilai kemodenan. Walau bagaimanapun, berasaskan kepada
perubahan yang berlaku itu terdapat usaha untuk membina industri budaya
Melayu yang lebih baik dengan meggunakan teknologi dan pengurusan
moden. Bahan-bahan warisan budaya Melayu dengan menggunakan
teknologi moden turut dihasilkan sebagai bahan-bahan pengguna moden,
misalnya muzik dan nyanyian, filem dan bahan-bahan kepenggunaan yang
lain seperti batik, kraftangan, penjagaan kesihatan, dan seumpamanya turut
tersebar luas sebagai usaha komersial tempatan. Dalam perkembangan itu
bahan-bahan budaya warisan itu disesuaikan dengan perubahan dan
perkembangan semasa. Misalnya, muzik dan nyanyian Melayu dihasilkan
dalam bentuk teknologi moden sebagaimana perkembangan industri muzik
negara-negara maju.

Usaha meningkatkan pembangunan industri budaya tempatan berterusan,


Kerajaan juga memberikan sokongan dan dorongan dalam pembangunan
industri budaya tempatan. Dengan cara ini dapat mengimbangi penyebaran

14
bahan-bahan budaya yang dibawa dari luar negara. Juga, pembangunan
industri budaya tempatan itu mengekalkan pernyataan identiti budaya Melayu.
Bagi menghadapi persaingan dengan kemasukan bahan-bahan budaya asing
itu, kerajaan Malaysia misalnya, mengenakan berbagai sekatan atau
dorongan bagi menjaga kepentingan industri budaya tempatan. Misalnya,
kerajaan mengenakan cukai yang tinggi terhadap bahan-bahan budaya yang
menjadi saingan dengan pembangunan industri budaya tempatan. Adakala
kerajaan memberikan bantuan subsidi kepada industri budaya tempatan bagi
menjamin perkembangan industri budaya tempatan. Selain itu, kerajaan dan
pihak-pihak tertentu juga menumpukan penyelidikan mendalam terhadap
berbagai-bagai bahan budaya tempatan yang boleh dimajukan sebagai usaha
komersial, misalnya dalam bidang herbal perubatan dan penjagaan kesihatan
tradisional Melayu. Pembangunan industri budaya yang memberikan
perhatian terhadap unsur-unsur budaya Melayu tradisional itu terpaksa
menghadapi perubahan yang pesat, misalnya dari segi produk, penggunaan
teknologi moden, pembungkusan, analisa kandungan, kaedah kepenggunaan
dan sebagainya yang berbeza sama sekali dengan cara atau kaedah hasilan
tradisi. Walau bagaimanapun, perubahan yang berlaku itu tidak pula
menlenyapkan identiti budaya Melayu. Malahan sebagaimana yang telah
dinyatakan perubahan yang berlaku itu memainkan peranan penting dalam
menyatakan peningkatan identiti masyarakat dan budaya Melayu itu.

Pada umumnya masih banyak perkara dan luas bidang atau ruang lingkup
untuk pembangunan industri budaya warisan Melayu. Dalam pembangunan
industri budaya Melayu itu, pengusaha industri perlu mengikuti perubahan
bersesuaian dengan perkembangan semasa. Misalnya, pembangunan industri
budaya itu perlu menitikberatkan tentang penyelidikan dan pembangunan
yang intensif, penggunaan teknologi moden, sistem pengurusan moden dan
kaedah promosi atau pasaran yang berkesan bagi membolehkan bahan-
bahan budaya Melayu tradisional itu turut tersebar luas, hingga ke peringkat

15
global. Malahan, kerajaan juga turut memainkan peranan dalam penggalakan
perkembangan industri budaya tempatan itu.

Penawaran bahan-bahan budaya popular Melayu semasa amat pesat


berkembang, melalui perubahan dan pembaharuan dari masa ke masa
menyesuaikan dengan perubahan yang berlaku di peringkat global. Misalnya,
dalam bidang hiburan, seperti industri muzik, filem, fesyen, mainan,
penjagaan kesihatan dan kecantikan memainkan peranan penting dalam
perkembangan budaya popular semasa. Media massa sebagai pembangunan
teknologi moden merupakan saluran penting dan penyebaran maklumat
tentang perkembangan industri budaya popular. Walaupun perubahan amat
pesat berlaku, yang mengalami perubahan dari semasa ke semasa,
perkembangan budaya popular Melayu itu tetap terdapat nilai-nilai tempatan
sebagai menyatakan identiti Melayu itu. Proses kreativiti atau penciptaan,
penyelidikan dan pembangunan serta penyesuaian dengan keperluan
mendorongkan pesatnya perubahan yang dilalui bahan-bahan budaya popular
itu. Pihak pengusaha yang mementingkan pencapaian ekonomi, tidak pula
mengabaikan nilai-nilai budaya tempatan, terutama Islam dan tradisi yang
menentukan kekuatan identiti Melayu itu.

Penawaran bahan-bahan budaya Melayu yang kini tersebar luas berikutan


dengan pesatnya pembangunan industri budaya, baik dalam menawarkan
bahan-bahan budaya warisan tradisi Melayu mahupun bahan-bahan budaya
popular yang dianggap moden dan maju, tetap mempertahankan dan
mempunyai nilai-nilai identiti tempatan, khususnya Melayu. Pihak pengusaha
industri budaya Melayu memahami nilai-nilai budaya tempatan, dan bagi
menentukan atau menjamin perkembangan industri itu, pengusaha sentiasa
mematuhi atau mempertahankan nilai-nilai sosial tempatan. Pihak kerajaan
dan orang ramai memainkan peranan penting dalam menentukan bahan-
bahan budaya yang ditawarkan itu mematuhi atau tidak bercanggah dengan

16
nilai-nilai sosial tempatan. Dengan ini bermakna perubahan yang pesat itu
tetap mempertahankan identiti Melayu.

Perubahan dan Asas Identiti Melayu


Berasaskan kepada sejarah pertumbuhan peradaban Melayu di alam Melayu
ini, yang telah terbina sekian lama dan telah mengalami proses difusi budaya
apabila bertembung dengan peradaban asing, serta penyebaran kelompok
Melayu yang luas di rantau alam Melayu ini, maka terdapat asas-asas yang
dominant yang mempertahankan kekuatan dan identiti Melayu itu.
Sebagaimana telah dibincangkan latarbelakang sejarah perkembangan
peradaban Melayu sebelum ini, peranan bijak pandai tempatan amat penting
dalam menentukan perubahan dan memperkukuhan identiti Melayu.
Kepelbagaian sub budaya dan pengaruh asing dalam budaya Melayu
hakikatnya mempertingkatkan khazanah budaya Melayu.

Apabila Indonesia dan Malaysia masing-masing mencapai kemerdekaan dan


membina kawasan politik tersendiri, maka berlaku pula pemisahan dari segi
geo-politik, dan ini seterusnya seperti berlaku pemisahan yang ketara.
Sedangkan berasaskan sejarah peradaban dan budaya di alam Melayu ini,
terdapat asas-asas yang dominant yang merupakan penyatuan identiti Melayu
umumnya. Asas-asas yang dominant itu ialah sejarah kelompok Melayu yang
berasaskan rumpun yang sama, tradisi budaya yang sama, bahasa Melayu
merupakan bahasa yang dominant di alam Melayu ini sejak lama dahulu, dan
Islam pula merupakan asas terpenting kerana majoriti Melayu di alam Melayu
ini adalah Islam. Nilai-nilai sosial yang dipupuk berasaskan tradisi dan Islam
itu boleh dianggap sebagai asas penting yang merupakan benteng
mempertahankan dan memperkukuhkan identiti Melayu.perkembangan pesat
industri budaya yang menawarkan bahan-bahan budaya secara meluas
sentiasa dibatasi nilai-nilai sosial yang menyatakan identiti budaya Melayu itu.

17
Berikutan dengan pesatnya proses globalisasi budaya, iaitu lambakan bahan-
bahan budaya dari perkembangan industri budaya negara-negara maju,
selalu dianggap membawa kesan-kesan buruk, terutama terhadap budaya
tempatan, dan seterusnya boleh menjejaskan identiti budaya tempatan.
Sebaliknya, didapati proses globalisasi budaya itu memainkan peranan
penting dalam mendorongkan pengukuhan identiti tempatan. Masyarakat
Melayu umumnya, sebagaimana masyarakat di negara-negara sedang
membangun yang lain menyedari tentang pentingnya mempertahankan
identiti tempatan bagi mengimbangi gelombang globalisasi budaya itu.

Rumusan
Malaysia dan Indonesia mempunyai asas sejarah peradaban yang sama,
penduduk asal rantau ini daripada rumpun yang sama. Mereka berkongsi
sejarah peradaban, tradisi budaya dan asas bahasa yang sama. Berasaskan
sejarah peradaban yang lama itu, mereka telah membina identiti yang kukuh
dan matang. Bijak pandai tempatan memainkan peranan penting dalam
menyesuaikan perubahan dengan tradisi sehingga dapat mempertahankan
identiti Melayu itu. Pengaruh peradaban asing dapat mempertingkatkan
kecemerlangan peradaban Melayu, namun identiti tetap dipertahankan.

Kedua-dua negara itu kemudian dipisahkan dari segi pembangunan politik,


ekonomi, sosial dan budaya oleh pemerintah kolonial. Kemudian terbina
sebagai dua buah negara yang masing-masing membina pembangunan
secara terpisah. Suatu hakikat, penyebaran bahan-bahan budaya global telah
memainkan peranan penting dalam menentukan persamaan dari segi
kepenggunaan bahan-bahan budaya itu. Berhadapan dengan pesatnya
penawaran bahan-bahan budaya dari perkembangan industri budaya negara-
negara maju, yang telah bermula sejak zaman pemerintahan kolonial dahulu,
kedua-dua negara menghadapi permasalahan yang lebih kurang sama,
terutama dalam mengimbangi dengan kekuatan identiti tempatan itu. Maka
industri budaya tempatan turut memainkan peranan dalam menghasilkan

18
bahan-bahan budaya yang mempunyai identiti tempatan atau Melayu itu.
Kerajaan juga turut memainkan peranan dalam menggalakkan pembangunan
industri budaya tempatan, agar bahan-bahan budaya tempatan dapat
mengimbangi kepesatan penyebaran bahan-bahan budaya global itu.

Bahan-bahan Bacaan

Adorono, Theodor and Max Horkheimer, 1944, The Culture Industry:


Enlightenment as Mass Deception, Routledge.

Alatas, Syed Hussein, 1988, Mitos pribumi malas: citra orang Jawa,
Melayu dan Filipina dalam Kapitalisme Kolonial, Jakarta.

Barnard, Timotthy P.(ed.) 2004, Contesting Malayness, Singapore:


Singapore University Press.

Cook,D. 1966, The Culture Industry Revisited, Rowman & Littlefied.

Collins, Jim, 2002, High Pop: Making Culture into Popular


Entertainment, Maldan, Mass: Blackwell Publishers.

Gullick, J.M. 1987, Malay Society in the Late 19th Century, Singapore:
Oxford University Press.

Harrington, C. Lee, 2001, Popular culture: Production and Consumption,


Oxford UK : Blackwell Publishers.

Hesmondhalgh, D. 2002, The Cultural Industries, Sage.

Roff, William, 1967, The Origins of Malay Nationalism, Kuala Lumpur:


University of Malaya Press.

Said, Edward W. 1994, Culture and Imperialism, New York: Vintage


Books.

19
Shamsul A.B. 1997, Identity Formation in Malaysia. Tonan Ajia Kenkyu,
Vol.34, No.3.

Soebadio, Haryati, 1985, Cultural Policy in Indonesia, Paris: UNESCO

Steinert, Heinz, 2003, Culture Industry, Cambridge: Polity Press.

Storey,John, 2000, Culture Theory and Popular Culture: An Introduction,


New York: Prentice Hall.

Strinati, Dominic, 2000, An Introduction to Studying Popular Culture,


London, N.York :Routledge.

Wan Hashim Wan Teh, 1997, Tamadun Melayu dan Pembinaan


Tamadun Abad Kedua Puluh Satu, Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan
Malaysia.

20

Anda mungkin juga menyukai