Anda di halaman 1dari 86

BAB 1

ISU-ISU UMUM DALAM METODOLOGI HADITH

Muqadimmah &
definisi
pengajian.

Isu-isu umum

Metodologi ahli
hadith
Kehujahan &
kepentingan
hadith

1.0

Sejarah ulum hadith


& pembukuannya

Sejarah hadith
&
pembukuannya

Pendahuluan

Hadith merupakan sumber syaricat Islam yang kedua terpenting selepas al-Quran. Terdapat
banyak nas-nas al-Quran yang memerintahkan orang Islam supaya berpegang dengan hadith.
Begitu juga dijelaskan hadith-hadith Rasulullah saw dan ijma c ulama yang menyuruh berbuat
demikian. Didalam modul ini, dijelaskan mengenai semua aspek dalam ilmu hadith ini, sama ada
yang berkaitan dengan sanad, berkaitan dengan matan atau keduanya sekali.
Matlamat modul ini adalah untuk memperlengkapkan pelajar dengan pengetahuan tentang
prinsip-prinsip serta perbahasan-perbahasan asas dalam Metodologi hadith seperti Klasifikasi
Ilmu Metodologi Hadith dan jenis-jenis hadith. Ianya penting sebagai persediaan awal untuk
mendalami bidang ilmu tersebut di peringkat pengajian yang lebih tinggi.

1.1

DEFINISI METODOLOGI HADITH


Definisi Metodologi:

Suatu sistem yang merangkumi kaedah dan prinsip yang digunakan dalam sesuatu kegiatan atau
disiplin dan sebagainya. (Kamus Dewan, 1994. Ms 887)

Definisi Hadith:
Dari sudut bahasa: diambil daripada perkataan Arab ( )yang bermaksud baru
(lawan kepada lama) atau bermaksud perkhabaran (berita). (Fairuz Abaadi, 1987, ms
214)
Dari sudut istilah: sesuatu yang dikatakan sebagai perkataan, perbuatan, ketetapan
(akuan), dan sifat-sifat Rasulullah saw (sama ada sifat jasmani atapun rohani). (Nuruddin
Itr, 1992, ms 26). Dalam konteks ini Baginda Rasulullah saw sendiri menggunakan
istilah hadith dengan maksud perkataan dan perbuatan Baginda. Dalam sebuah hadith
yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra sewaktu ditanya siapakah oran yang paling
bahagia kerana mendapat shafaat Baginda pada hari kiamat, Baginda berkata:

))
,
((
Yang bermaksud: wahai Abu Hurairah memang aku telah sangka tidak ada orang lain
yang akan mendahului engkau bertanya tentang hadith ini kerana aku lihat engkau begitu
mengambil berat tentang hadith, sesungguhnya orang yang paling bahagia kerana
mendapat shafaat aku pada hari kiamat ialah mereka yang berkata La Ilaha Illah Allah
dengan hati yang tulus ikhlas. [Al-Bukhari, tt, Kitab (3) Al-Ilm, bab (33) Al-Hirs aala
al-hadith, Jil 1, ms 193, no : 99, Abu Hurairah].

Definisi metodologi hadith:


Suatu gagasan ilmu yang mengandungi prinsip-prinsip, disiplin-disiplin dan kaedahkaedah tentang hadis, baik yang bersangkutan dengan Sanad (Rangkaian perawi hadith)
atau Matan (lafaz hadith), yang boleh digunakan untuk mengkaji kebenaran sesebuah
hadis sama ada boleh diterima pakai atau tidak. (As-Suyuti, 1996, Jil 1, ms 40-41).

Nama-nama lain bagi metod hadith

Ulum al-Hadith
Mustalah Hadith
Usul al-Hadith
Sains Hadith
Glosari Hadith, dan lain-lain lagi.

Kepentingan Metodologi Hadith


Dalam Konteks Syariat Islam:
Kepentingan ilmu ini ada hubungkaitnya dengan kepentingan hadis itu sendiri yang berfungsi
sebagai sumber Syariat Islam yang kedua selepas Al-Quran. Jadi, sebagaimana pentingnya hadis
sebagai sumber maklumat syara, maka begitu jugalah pentingnya Metod Hadith yang berfungsi
antara lainnya sebagai agen awal pengawal institusi Hadis dari sebarang unsur kepalsuan dan
ketidak sahihan nilai keboleh percayaan intitusi hadis sebagai sumber syariat akan sentiasa teguh
dan bertambah.

Dalam Konteks Dunia Akademik Semasa:

Ilmu ini boleh menyumbangkan banyak penemuan baru, terutamanya dalam menangani
permasalahan dan isu semasa, kerana hanya melaluinyalah kita dapat menggali semula
Khazanah Hadith bagi memperolehi nas-nas syarac yang mungkin belum pernah kita temui
sebelum ini. Selain dari itu, melaluinya juga kita dapat melihat ciri-ciri keintelektualan Ulama
Hadith mengatur disiplin pengajiannya dengan kemas dan teratur. Kita juga dapat melihat
bagaimana mereka menyusun kaedah-kaedah ilmu ini dengan begitu cermat dan rapi hingga
mereka dapat menilai dan mengenal pasti kesahihan sesebuah hadith.
Ilmu ini juga mendedahkan kepada kita pendekatan yang digunakan oleh Ahli Hadith
dalam penulisan, penyusunan dan pengkaryaan buku yang lengkap. Sebagai contohnya, buku
karya Imam Bukhari yang terkenal dengan nama Soheh Bukhari yang mana di dalamnya terdapat
lebih daripada 4000 Hadith. Melalui buku ini, kita dapat melihat metod yang digunakan oleh
beliau untuk mengklasifikasikan tajuk-tajuk dan bab-bab. Di dalamnya terdapat kaedah
penerangan tentang selok belok ilmu hadith secara perlambangan, simbolik dan penggunaan kod.
Ini semua menggambarkan identiti, kredibiliti dan potensi beliau sebagai seorang ulama yang
memiliki taraf kesarjanaan yang tinggi. Pendekatan ahli Hadith seperti Imam Bukhari ini boleh
diaplikasikan ke dalam dunia pengkaryaan akademik dan saintifik.

Matlamat Pengajian Metod Hadith


Dalam Konteks Pengajian Ahli Hadith:
Matlamat yang hendak di capai melalui pembelajaran ilmu ini ialah melahirkan tenaga pakar
yang mampu mengkaji, menyelidik, menganalisa, menilai dan seterusnya menentukan
kedudukan sesebuah hadith sama ada boleh diterima serta di amalkan atau sebaliknya. Untuk
mendapatkan kepakaran tersebut, seseorang itu perlu menguasai terlebih dahulu semua cabang
disiplin metod Hadith di samping memahirkan dan membiasakan diri dengannya melalui latihan
praktikal yang berterusan.
Dalam Konteks Pengajian Awam (Bukan Ahli Hadith):

Matlamat yang ingin di capai melalui pembelajaran ilmu ini ialah untuk memperkasa atau
sekurang-kurangnya mempertahankan institusi Hadith itu sendiri. Melalui pendedahan yang
menyeluruh tentang ilmu ini, keyakinan masyarakat terhadap kewibawaan institusi Hadith
sebagai sumber syariat Islam yang kedua selepas al-Quran akan bertambah, atau sekurangkurangnya dapat dipertahankan. Keyakinan terhadap institusi Hadith ini akan menjadi benteng
yang teguh yang boleh melindungi setiap individu muslim daripada sebarang kekeliruan yang
cuba ditimbulkan terhadapnya.

1.2

SEJARAH PERKEMBANGAN DAN PEMBUKUAN METODOLOGI HADITH


Pendahuluan
Allah swt yang memilih Islam sebagai Agama Samawi yang terakhir dan memberi

jaminan untuk menjaga sumber ajaran Islam agar kekal dengan keaslian dan ketulenannya
sehingga Hari Kiamat sebagaimana firmanNya dalam surah al-Hijr ayat 9 yang berbunyi:
Maksudnya: sesungguhnya kamilah yang menurunkan al-Zikr (syariat yang merangkumi isi
kandungan al-Quran dan Hadith) dan sesungguhnya Kamilah yang menjadi pengawalnya.
Justeru, antara bukti jaminan tersebut terciptanya satu ilmu yang lengkap berteraskan
suatu metodologi yang mantap lagi berupaya untuk bertindak sebagai agen pengawal bagi
Institusi Hadith yang dikenali sebagai Ulum al-Hadith atau apa yang kita namakan sebagai
Metodologi Hadith.
Namun kesempurnaan proses pembentukkan ilmu ini, bukanlah berlaku sekaligus dalam
jangka masa yang singkat. Bahkan, sebelum sampai ke tahap komprehensif ilmu ini telah
terlebih dahulu berkembang secara beransur-ansur dalam jangka masa yang panjang
menyeberangi detik-detik zaman yang berabad lamanya.
Secara terperincinya, sejarah perkembangan Ulum Hadith ini dapat dibahagikan kepada
tujuh tahap:

1.2.1

Tahap Pertama (Tahap Pembentukkan Asas Ilmu Di Zaman Rasulullah saw dan

Sahabat)
Tahap ini merupakan tahap penilaian ilmu-ilmu Islam dari berbagai disiplin. Dalam konteks
Metodologi Hadith, perkembangan di peringkat ini dilihat dari beberapa aspek:
Pembentukkan Asas Kaedah Menghafaz Dan Pembelajaran.
Peringkat ini bermula selepas kewafatan Rasulullah saw sehingga akhir kurun pertama
Hijrah. Selepas kewafatan Rasulullah saw, tanggungjawab menyebarkan dakwah Islam telah
berpindah secara automatik kepada sahabat-sahabat yang mewarisinya daripada Baginda.
Sahabat yang memang sedar dan akur dengan tanggungjawab besar yang terpaksa mereka pikul,
iaitu tanggungjawab menyampaikan mesej Islam kepada generasi-generasi berikutnya.
Menyedari kewajipan mereka yang begitu besar, mereka telah berusaha bersungguhsungguh untuk menghafaz segala maklumat syarak yang disampaikan oleh Rasulullah saw baik
dalam bentuk wahyu al-Quran mahupun Hadith Rasulullah saw sendiri. Lantaran usaha mereka
yang gigih, boleh dikatakan majoriti sahabat adalah terdiri dari kalangan Penghafaz al-Quran
yang mantap, seperti Abu Hurairah r.a dan Ibn Omar r.a mampu menghafaz sebahagian besar
hadith yang disampaikan oleh Rasulullah saw.
Fenomena ini secara tidak langsung telah menghasilkan beberapa kaedah yang digunakan
oleh sahabat untuk menghafaz segala maklumat yang mereka terima dari Rasulullah. Walaupun
kaedah-kaedah ini tidak ditulis tetapi sejarah membuktikan bahawa ia memang diaplikasikan
oleh sahabat secara praktikal.
Dalam menyampaikan ilmu kepada sahabat agar mudah difahami dan mudah diingati,
Rasulullah saw telah menggunakan beberapa pendekatan yang amat berkesan, antaranya:
a) Mengulangi percakapan beberapa kali.
Dalam menyampaikan sesuatu mesej sebagaimana yang diceritakan oleh Anas bin Malik:

))))
Yang bermaksud: Rasulullah (kadang-kadang) mengulangi sesuatu perkataan sebanyak tiga kali
agar senang difahami. (Al-Bukhari, tt, kitab Al-Ilm, Jilid 1, ms 188, no: 94)

b) Penggunaan gaya bahasa yang ringkas padat dan jelas.


Ini ada kaitan dengan satu keistimewaan bahasa yang dianugerahkan oleh Allah swt
kepada Baginda yang tidak dimiliki oleh manusia biasa yang lain. Iaitu kebolehan menerangkan
sesuatu secara ringkas tetapi jelas maksudnya, sebagaimana yang disabdakan oleh Baginda saw
sendiri:

....))))
Yang bermaksud: dan aku telah dianugerahkan dengan keistimewaan jawami al-kalim
(himpunan kata-kata yang padat lagi jelas).
Berdasarkan kelebihan inilah, maka kita dapati al-Quran telah menamakan hadith itu sebagai alHikmah (As-Syafie, 1309 H,ms.78).
c) Berinteraksi dengan pendengar melalui pendekatan komunikasi dua hala.
Rasulullah saw sentiasa member peluang kepada sahabat berbincang dengan Baginda
dalam sesuatu majlis ilmu dengan mengambil kira keterlibatan semua pihak dalam proses
penerimaan dan penyampaian maklumat. Baginda tidak pernah memonopoli majlis dengan
percakapan dan penyampaian tanpa henti yang mungkin boleh menjemukan. Bahkan Baginda
amat cermat menyampaikan perkataan supaya ianya dapat dihayati oleh sahabat-sahabat.
Aishah r.a, pernah berkata kepada sahabat-sahabat yang lain:

))))
Yang bermaksud: bahawa Rasulullah saw tidak bercakap (dengan percakapan tanpa henti dan
terburu-buru melalui satu gaya sahaja) sebagaimana kamu bercakap.
Sebaliknya Baginda bercakap dengan sesuatu percakapan yang jelas, dan senang diingati oleh
sesiapa sahaja yang mendengarkannya.
d) Mengadakan majlis ilmu dalam bentuk halaqat.
Iaini mengadakan majlis ilmu dalam bentuk bulatan, kerana struktur yang demikian
boleh membantu agar penyampaian lebih jelas dan dapat didengar oleh semua khalayak. (alBukhari, T.T, jilid 1, ms.156)
e) Teknik soal jawab
Teknik yang dilakukan ini adalah secara dua hala, sama ada guru menyoal murid ataupun
sebaliknya. Kaedah ini merupakan fenomena biasa yang berlaku di antara Rasulullah dan
sahabat. Malah mungkin boleh dikatakan sebahagian besar Hadith yang diriwayatkan adalah
melalui kaedah ini.
f) Memotivasikan sahabat tentang amanah dan tanggungjawab agama
Rasulullah saw telah Berjaya member kesedaran kepada sahabat tentang amanah dan
tanggungjawab mereka dalam menjaga maklumat, sumber dan hukum syarak dari sebarang unsur

kepalsuan. Ini secara tidak langsung telah mendorong mereka meningkatkan daya ingatan dan
bersungguh-sungguh dalam pengajian.
Pembentukkan Asas-Asas Ilmu Periwayatan Hadith
Menyampaikan maklumat syarak adalah sesuatu yang sangat digalakkan sebagaimana
sabda Rasulullah:

,
))))
Yang bermaksud: semoga Allah menceriakan atau menyerikan wajah seseorang (pada hari
akhirat) yang telah mendengar sesuatu (hadith) dari kami, kemudian dia menyampaikan apa yang
didengarnya itu (kepada orang lain) sebagaimana yang dia dengar (tanpa mengubahnya), kerana
boleh jadi orang yang mendengar (maklumat itu) lebih faham dari orang yang
menyampaikannya.

Sehubungan itu, sahabat telah berusaha sedaya upaya untuk melaksanakan kewajipan
tersebut berdasarkan kepada beberapa asas penting antaranya:
a) Berwaspada dan berhati-hati dalam menerima sesuatu riwayat.
b) Tidak terlalu banyak meriwayat hadith
c) Membahas hadith yang diriwayatkan.
Pembentukan Asas-Asas Pembacaan Dan Penulisan
Pembacaan dan penulisan merupakan dua cara yang terpenting bagi mendapatkan sesuatu
maklumat, justeru, Rasulullah saw telah mencetuskan satu revolusi keilmuan di kalangan bangsa
Arab yang buta huruf dengan memberi galakan supaya mereka belajar membaca dan menulis.
Dengan turunnya wahyu pertama yang memberi arahan supaya membaca, Rasulullah telah
memantulkan suruhan tersebut kepada sahabat dengan mengambil beberapa langkah awal bagi
menimbulkan kesedaran tentang kepentingan kedua-dua perkara itu. Antara langkah yang
diambil ialah:
a) Mengarahkan sahabat-sahabat yang pandai membaca dan menulis, seperti Ubadah bin
As-Somit r.a supaya mengajar sahabat-sahabat yang lain.
b) Meletakkan syarat kepada tawanan perang badar yang ingin dibebaskan supaya mengajar
terlebih dahulu sekurang-kurangnya sepuluh anak orang Islam menulis dan membaca.

Kesan daripada usaha-usaha ini maka terhasillah beberapa teknik awal penulisan dan
pembacaan, antaranya:

Teknik muzakarah:

untuk memastikan

hafalan sentiasa mantap.

Sahabat

menggunakan pendekatan muzakarah sama ada secara berseorangan atau

berkumpulan.
Membaca dihadap guru: dari satu aspek ianya bertujuan supaya bacaan itu dapat
didengar oleh guru dan guru membetulkannya, jika ada kesilapan. Dari sudut yang
lain, guru tersebut juga mendapat manfaat dari pembacaan pelajarnya kerana
mendengar bacaan orang lain kadangkala member kesan penghayatan yang lebih

dari membaca sendiri.


Kaedah penulisan secara imlak: iaitu guru membaca, manakala pelajar menulis apa
yang dibaca oleh guru mereka. Dalam konteks ini Rasulullah saw selalu
mengimlakkan hadith-hadith Baginda kepada sahabat seperti Abdullah bin Amr bin

al-As dan lain-lain.


Penggunaan bahan penulisan yang sedia ada: sejarah membuktikan bahawa
penulisan al-Quran dan hadith di lakukan di atas bahan-bahan seperti pelepah tamar,
daun, tulang-temulang, kulit kayu, suhuf dan lain-lain.

1.2.2

Tahap Kedua (Tahap Perkembangan Dan Pembinaan Asas)

Tahap ini bermula dari awal kurun 2 Hijrah hingga awal kurun ke 3 Hijrah. Di pertengahan
zaman sahabat (sekitar tahun 40H), yang dikenali dengan zaman fitnah, muncul gerakan
pemalsuan hadith yang dipelopori oleh golongan Sabaiyyah dan Syiah.
Perselisihan pendapat yang berlaku antara mereka dengan aliran perdana Ahli Sunnah wa
al-Jamaah telah mendorong puak-puak yang terbabit mencari nas-nas syara bagi menguatkan
hujah masing-masing. Setelah gagal mendapatkan nas-nas tersebut, mereka mula menggunakan
taktik jahat dengan membuat hadith-hadith palsu yang seolah-olah menyokong pendapat mereka.
Gejala pemalsuan ini berkembang dengan hebat sekali hingga mencapai tahap kritikal di akhir
zaman sahabat (awal kurun ke 2H), menyedari hakikat ini, ulama bagun dan berusaha
menangganinya, dan antara langkah-langkah yang di ambil ialah:
a) Membuat pengembaraan bagi mencari dan mengesahkan sesuatu hadith.

Mengkritik perawi hadith yang tidak menepati syarat-syarat kelayakan untuk


meriwayatkan hadith.
b) Menolak hadith yang matan (lafaznya) bercanggah dengan riwayat sohih yang lain.
Kesan daripada usaha dan kesungguhan ulama ini maka terhasillah dua natijah penting:
a) Pembukuan buku-buku hadith yang pelbagai jenis dan bentuk secara rasmi
b) Bermulanya penggunaan prinsip-prinsip, kaedah-kaedah dan istilah-istilah metodologi
hadith. Keperluan kepada penggunaan kaedah-kaedah ini disokong pula oleh dua factor
lain:
Daya ingatan yang kian merosot, apabila kekuatan hafalan seseorang ulama semakin
hari menjadi semakin lemah disebabkan oleh berbagai faktor seperti factor

persekitaran dan sebagainya.


Rangkaian perawi hadith yang semakin ramai, kerana jarak masa yang semakin jauh
denga Rasulullah saw. Apabila jumlah perawi bertambah, kemungkinan untuk tersilap
menjadi lebih besar.

Akhirnya lahirlah istilah-istilah seperti hadith marfu c, mauquf, maqtuc, mursal, muttasil,
munqatic dan sebagainya. Dan orang yang pertama sekali dikatakan mengumpul dan
menggunakan istilah-istilah ini ialah Imam Az-Zuhri (124H). kebayakkan ahli hadith
menganggap beliaulah orang yang pertama memperkenalkan istilah-istilah metodologi hadith.
Namun, peringkat ini merupakan zaman pembukuan Metodologi Hadith secara tempelan, tanpa
pemfokusan yang khusus.
1.2.3 Tahap Ketiga (Tahap Pembukuan Berdasarkan Tujahan Khusus Dengan
Pemfokusan Kepada Disiplin-Disiplin Metod Hadith Yang Tertentu Sahaja)
Tahap ini bermula di awal kurun ke 3H hingga ke pertengahan kurun ke 4H dan ianya
merupakan zaman penulisan metodologi hadith yang paling aktif. Kebetulannya pada zaman ini,
berlaku ledakan pembukuan hadith yang amat meluas. Banyak buku-buku hadith yang utama
seperti Musnad Imam Ahmad, Kutub As-Sittah dan lain-lain lagi yang telah muncul.
Sehinggakan zaman ini digelar Zaman Keemasan Pembukuan Hadith.

Gelombang penulisan dan pengkaryaan yang melanda dunia Islam pada waktu ini, telah
mendorong ulama untuk turut memberi sumbangan karya dalam bidang Metodologi Hadith
melalui gaya persembahan yang berbeza dari sebelumnya. Di peringkat ini, disiplin Metodologi
Hadith mula difokuskan sebagai kandungan utama dan bukan lagi sebagai unsur sampingan
kepada disiplin-disiplin ilmu lain.
Peringkat ini juga melihat setiap cabang Ilmu Metodologi Hadith berkembang menjadi
satu disiplin ilmu yang tersendiri, seperti: Ilmu Rijaal, Tabaqat,Ilal al-Hadith, an-Nasikh wa alMansukh dan lain-lain. Melihat perkembangan ini, satu pendekatan lain telah di ambil oleh
ulama dengan mengasingkan jenis-jenis ilmu tersebut dalam buku yang khas. Antara buku yang
ditulis menggunakan pendekatan ini ialah:
1- Taarikh Ar-Rijal Wa Al-cIlal, oleh Yahya Bin Main (233H) dalam disiplin Cilal AlHadith
2- At-Tabaqaat, Oleh Muhammad Bin Sacd (230H) dalam disiplin Tabaqaat Rijal AlHadith
3- An-Nasikh Wa Al-Mansukh, oleh Ahmad Bin Hambal (241H) dalam disiplin Nasikh
Al-Hadith Wa Mansukhihi.
4- Ikhtilaf Al-Hadith, oleh cAli Bin Jacfar Al-Madiini (234H) dalam disiplin Mukhtalif
Al-Hadith.
5- Cilal Al-Kabir, oleh At-Tirmizi (279H) dalam disiplin Cilal Al-Hadith dan lain-lain.
Demikianlah pendekatan yang digunakan oleh ulama zaman itu dalam penulisan
metodologi hadith. Suatu pendekatan yang menjurus kepada bidang-bidang tujahan secara
terperinci yang menggambarkan ketinggian ilmu perkaryanya.
1.2.4

Tahap Keempat (Tahap Pembukuan Secara Komprehensif Merangkumi Semua


Disiplim Metodologi Hadith)
Tahap ini bermula dari pertengahan kurun ke 4H hingga awal kurun ke 7H. bagi

meneruskan kesinambungan aktiviti penulisan, ulama yang muncul ketika ini, telah
mengumpulkan buku-buku metodologi hadith yang terhasil sebelumnya. Kemudian, mereka
cuba menggabungkan semua disiplin yang berlainan yang terdapat dalam buku-buku yang
berasingan itu ke dalam sebuah buku sahaja di samping membuat beberapa tambahan, komentar

atau ringkasan yang dirasakan perlu. Melalui usaha ini, terhasillah beberapa buah buku
metodologi hadith dalam bentuk multi disiplin, antaranya:
12345-

Al-Muhaddith Al-Fasil Baina Ar-Rawi Wa Al-Waaci, oleh Ar-Raamhurmuzi (360H)


Macrifat Culum Al-Hadith, oleh Al-Haakim An-Naisaburi (405H)
Al-Mustakhraj cAla Macrifat cUlum Al-Hadith, oleh Abu Nucaim Al-Asbahani (430H)
Al-Kifayah Fi cIlm Ar Riwayah, oleh Al-Khatib Al-Baghdadi (436H)
Al-Lima Ila Macrifat Usul Ar-Riwayah Wa Taqyiid As-Sama, oleh Qaadhi Iyadh AlYahsubi (544H)
Sekalipun buku-buku ini merangkumi semua disiplin metodologi hadith, namun isi

kandungannya terlalu mendatar dengan perbahasan yang tidak terperinci kerana pengarangnya
lebih mengutamakan ringkasan. Dari sudut yang lain, buku-buku ini masih menggunakan gaya
penulisan lama.
Akan tetapi, walau apa pun kelemahan yang terdapat di dalam buku-buku peringkat ini,
namun ianya tetap menjadi rujukan asas dalam bidang pengajian metodologi hadith hingga ke
hari ini.
1.2.5

Tahap Kelima (Tahap Kematangan Dan Kesempurnaan)

Tahap ini merangkumi jangka waktu dari pertengahan kurun ke 7H hingga awal kurun ke
10H. di peringkat ini, penulisan buku metodologi hadith telah mencecah tahap keranuman dan
kemekaran dengan lahirnya ramai tokoh-tokoh ulama yang menguasai semua bidang ilmu.
Antara buku-buku yang terhasil diperingkat kematangan ini ialah:
12345-

Irsyad Tullab Al-Haqaaik, oleh Imam An-Nawawi (676H)


At-Tabsirah Wa At-Tazkirah, oleh Al-cIraqi (806H)
An-Nukat cAla Kitab Ibn As-Solah, oleh Ibnu Hajar Al-cAsqalani (852H)
Fath Al-Mughith Syarh Al-Fiat Al-cIraqi Fi cIlm Al-Hadith, oleh As-Sakhaawi (902H)
Tadrib Ar-Rawi Syarh Taqriib An-Nawawi, oleh As-Suyuti (911H)
Kesemua kitab-kitab ini bolehlah di anggap sebagai The Encyclopedia Of The

Methodology Of Hadith,

kerana ianya membahas semua aspek melalui sentuhan yang

terperinci dan tersusun kemas. Apa yang pasti ia akan tetap kekal sebagai rujukan perdana dalam
bidang metodologi hadith buat selama-lamanya.
1.2.6

Tahap Keenam (Tahap Kepastian Dan Kejumudan)

Peringkat ini berlanjutan dari kurun ke 10H hingga awal kurun ke 13Hijrah. Ianya
disifatkan sedemikian kerana karya-karya yang dihasilkan dalam jangka masa tersebut lebih
bersifat ringkasan dan ulasan sahaja kepada buku-buku yang telah dihasilkan sebelumnya.
Penerokaan dan penemuan baru dalam metodologi hadith seolah-olah tidak lagi berlaku. Antara
buku-buku yang terhasil pada peringkat ini ialah:
1- Syarh Nuzhah An-Nadzar Syarh An-Nukhbah, oleh cAli Bin Sultan Al-Harwi (1014 H)
2- Al-Mandzumah Al-Baiquuniyyah, oleh Umar Bin Muhammad Al-Baiquuni (1080H)
3- Taudih Al-Afkar, oleh As-Soncaani (1182H). dan lain-lain.
Diperingkat ini juga menyaksikan seolah-olah berlaku perpindahan pusat perkembangan
metodologi hadith dari bumi Arab ke bumi India, kesan daripada perkembangan ilmu yang pesat
yang mengaktifkan suasana pengkaryaan.
Ramai tokoh-tokoh ulama India yang berkaliber turut melibatkan diri dalam penulisan
ini, seperti Al-Mulla Ali Al-Qaari (1014H), Shah Waliyullah Ad-Dahlawi (1176H), Muhd. Abdul
Hayy Al-Laknawi (1264H) dan lain-lain. Walau bagaimanapun, karya mereka tidak inovatif,
sekadar mengulangi apa yang telah terhasil sebelumnya.
1.2.7

Tahap Ke Tujuh (Tahap Kesedaran Dan Kebangkitan Semula)

Melihat kepada kepentingan ilmu metodologi hadith ini, maka bermula dari awal kurun
ke 13 Hijrah (20 Mashi) hingga ke hari ini, kesedaran betapa perlunya diteruskan budaya
penulisan dalam bidan ini telah meledak semula di kalangan ulama semasa. Perkembangan ini di
dorong oleh dua faktor utama:
i.

Ancaman sekularisme yang hebat dari blok timur dan barat kesan dari dasar kerjasama di

ii.

bidang akademik melalui pertukaran pelajar, program berkembar dan sebagainya.


Ancaman orientalisme yang bermatlamat mengelirukan umat Islam melalui serangan
pemikiran, khasnya yang bersangkutan dengan peribadi Nabi, Sahabat dan Hadith.
Melalui dua faktor di atas, berlaku penyerapan maklumat negatif yang boleh menggugat

Institusi Hadith, dan kegoyahan institusi ini pula sudah tentu akan member impak yang besar
kepada keseluruhan epistemologi Islam.

Menyedari bahaya ini, ulama cuba menghasilkan buku-buku metodologi hadith yang
menyentuh isu-isu yang ditimbulkan sama ada secara langsung atau tidak langsung, antaranya:
12345-

Qawaaid At-Tahdith, oleh Jamaluddin Al-Qasimi


As-Sunnah Wa Makaanatuha Fi At-Tasyri Al-Islami, oleh Dr.Mustaffa Al-Sibaie
Dirasaat Fi Al-Hadith Al-Nabawi, oleh Prof. Muhd. Mustaffa Al-Adzami
Hujiyyah As-Sunnah, oleh Sheikh Abd. Al-Ghani Abd. Al-Khaliq
Manhaj Al-Naqd Fi Ulum Al-Hadith, oleh Nuruddin Itr dan lain-lain.
Perkembangan pesat sains dan teknologi yang menghasilkan banyak penemuan dan

rekaan baru yang canggih seperti computer, robot, teknologi maklumat dan sebagainya juga
menuntut cendiakiawan Islam agar sama-sama menyahut cabaran era baru ini melalui penyertaan
yang bersifat proaktif.
Ulama nusantara juga tidak ketinggalan dalam menghasilkan karya metodologi hadith,
antra buku-buku yang telah dihasilkan oleh ulama nusantara ialah:
1- Buku Sejarah Dan Pengantar Ilmu Hadith, oleh Prof T.M Hasbi Al-Siddiqi, cetakan
pertama tahun1954
2- Ilmu Mustalah Hadith, oleh Hafiz Hasan Al-Masudi, Terjemahan: A.Aziz Masyum,
Cetakan Tahun 1967
3- Pokok-Pokok Ilmu Dirayat Hadith, oleh Prof T.M. Hasbi Al-Siddiqi, cetakan tahun 1967
4- Status Hadith Sebagai Dasar Tasyri, oleh Dr Barmawie Umarie, cetakan tahun 1977
5- Ilmu Hadith, Oleh Ab. Qadir Hasan, cetakan tahun 1996 dan lain-lain.
Kesimpulannya, pengkaryaan metodologi hadith merupakan satu aktiviti yang aktif di
kalangan ulama dari dahulu hingga sekearang. Ini ada hubungan dengan kepentingan Institusi
hadith itu sendiri sebagai sumber syariat Islam yang kedua selepas al-Quran. Walaupun
keaktifannya tidaklah konsisten di sepanjang zaman dengan adanya perubahan pasang surut yang
dipengaruhi oleh berbagai faktor, namun ianya mampu bertahan dengan seadanya meskipun agak
sukar untuk menyesuaikan diri dengan perkembangan semasa yang lebih mencabar pada hari ini.

1.3

PEMBUKUAN AL-SUNNAH AL-NABAWIYYAH DAN PERKEMBANGANNYA

1.3.1

Definisi Al-Tadwin
Dari aspek etimologi erti al-tadwin ialah: mengumpulkan sesuatu yang bercerai-berai

didalam suatu kumpulan/ikatan seperti mengumpulkan suhuf (helaian-helaian) menjadi satu


kitab. Ia berasal dari bahasa parsi.
Dari aspek teknikal: al-tadwin digunakan untuk menunjukkan makna susun dan karang.
1.3.2

Penulisan Di Zaman Jahiliyyah Dan Islam


Kepandaian dalam tulis menulis di kalangan orang Arab Jahiliyyah amatlah sedikit

bilangannya, mereka bergantung kepada ingatan mereka yang kuat dan istimewa untuk
menghafaz syair, khutbah, sejarah nasab dan lain-lain.
Apabila Islam datang ke tanah arab, agama ini telah menggalakkan pendidikkan menulis
dan membaca. Rasul sendiri amat mengalakkan supaya umat mempelajari kaedah-kaedah tulis
dan baca kerana melalui ilmu akan meningkatkan martabat dan kedudukan Islam itu sendiri dan
juga ummahnya.
1.3.3

Bila Bermula Penulisan Al-Hadith


Di zaman awal ulama al-hadith menyebutkan hadith sebagai ilmu sahaja. Terkenal

dikalangan umum satu pendapat bahawa hadith ini tidak ditulis dan para ulama hanya
meriwayatkan hadith melalui lisan dan ingatan sahaja. Pendapat ini berlanjutan selama lebih
kurang lima kurun berturut-turut, hinggalah datang Al-Khatib Al-Baghdadi yang telah mengkaji
semula pendapat tersebut dan mengarang kitab Taqyid Al-cIlmi.
Sangkaan ini adalah kerana kesilapan mentakwilkan dalil yang datang berkenaan tadwin
al-hadith dan penulisannya. Mereka menyebutkan bahawa orang yang pertama mentadwinkan

hadith adalah Ibnu Syihab Al-Zuhri (124/125H), dan orang yang menghimpunkan hadith di
dalam kitab adalah datang kemudian darinya.
Idea ini juga, mempengaruhi beberapa penulis seperti Abu Talib al-Makki, al-Imam alDhahabi, al-Hafiz Ibn Hajr dan al-Maqrizi. Mereka tetap menyatakan demikian walaupun
terdapat juga pendapat bertentangan yang mengatakan bahawa orang-orang selepas sahabat dan
tibicin meriwayatkan ilmu (hadith) dari suhuf-suhuf yang sahih tetapi tidak tersusun rapi yang
ditulis di zaman sahabat dan tabicin. Oleh yang demikian, sebenarnya sudah berlaku tadwin alilmi semenjak zaman sebelum Al-Zuhri yang dianggap dari kalangan sighar al-tabicin.
Jadi al-Khatib al-Baghdadi telah berusaha mengkaji riwayat-riwayat yang membicarakan
penulisan ilmu (hadith) di zaman Rasulullah saw, sahabat dan tabicin. Untuk membuktikan
bahawa penulisan hadith sebenarnya telah bermula di zaman sebelum Al-Zuhri lagi, dibawakan
di bawah ini beberapa riwayat:

:
,.......
()
Maksudnya: tidak ada seorang sahabat pun yang lebih banyak hadithnya daripadaku kecuali,
c

Abd Allah Bin cAmr kerana dia boleh menulis sedangkan aku tidak pandai menulis

: ......:


Maksudnya: bahawa Rasulullah saw telah bersabda ketika Baginda saw gering: bawa kemari
kertas, akan ku tuliskan untuk kamu suatu kitab supaya kamu tidak tersesat nanti.

....:
: : ...
( ) .
Maksudnya: aku sering menulis apa sahaja yang aku dengar dari Rasulullah saw hingga
Baginda mengatakan kepadaku, tulislah, demi Allah tidak ada yang keluar dari (kata-kata) ku
melainkan yang benar.

Disamping itu, terdapat juga beberapa riwayat yang dhaif tetap dapat menguatkan
sebahagian dengan sebahagian yang lain.
Dinyatakan di dalam kitab Jamic Bayan al-cilm, juz 1, hlm.71: Rasulullah saw telah
memerintahkan supaya ditulis satu sahifah yang memuat semacam undan-undang yang mengatur
hubungan antara sesame umat Islam dan orang lain di Madinah.
Rasulullah juga telah menghantar satu surat kepada gabenor Yaman, cAmr bin Hazm yang
terkenal dengan Sahifah cAmr bin Hazm yang berisi peraturan-peraturan sadaqah (zakat),
diyat, faraid dan beberapa susunan yang lain.
Rasul saw juga telah mengutus surat kepada raja-raja di sekitar semenanjung Arab
mengajak mereka supaya memeluk Islam, sebagaimana dinyatakan di dalam al-Tabaqat al-Kubra
li Ibn Sacd, juz 1, hlm. 5-38.
1.3.4

Beberapa Pendapat Sekitar Penulisan Hadith (Al-Tadwin)


Pendapat Syeikh Muhammad Rasyid Rida
Al-Syeikh berpendapat bahawa kemungkinan orang yang pertama menulis hadith dan

lain-lainnya adalah dari kalangan tabicin yang bernama Khalid Bin Macdan Al-Himsi
(103/104H). Beliau mengumpulkan hadith dan menjilidnya dengan kemas supaya tidak tercicir.
Diriwayatkan bahawa beliau telah sempat menemui 70 orang sahabat. Namun demikian, lebih
masyhur lagi pendapat yang mengatakan, orang pertama yang membukukan hadith ialah Ibn
Syihab Al-Zuhri.
Di dalam perbahasan sebelum ini, kita telah melihat dan membuktikan bahawa penulisan
al-hadith sebenarnya telah dimulakan, walaupun mungkin dalam bentuk yang tidak rasmi di
zaman Rasulullah saw masih hidup lagi. Jadi pendapat ini tidak dapat diterima dari dua aspek:

Apabila kita mempertimbangkan penulisan secara peribadi, maka kita dapati


ramai sahabat dan tabicin yang telah mendahului Khalid tersebut, seperti
Hammam bin Munabbih dan al-Zuhri.

Apabila dilihat dari aspek penulisan secara rasmi, yang dilakukan oleh al-Zuhri
atas permintaan cUmar bin Abd al-cAziz, maka kita dapati Khalid ini sebenarnya
telah di dahului oleh Abu Bakr bin Hazm dan al-Zuhri.

Jadi, pendapat yang mengatakan Khalid sebagai penulis hadith yang pertama, adalah
tidak dapat di terima, tetapi boleh kita golongkan beliau ini antara orang yang mula-mula
membukukan hadith di kurun pertama itu.

Pendapat Golongan Syicah


Al-Sayyid Hasan al-Sadr (1272-1354H) mengatakan: al-Hafiz Jalal al-Din al-Suyuti telah

waham di dalam kitabnya Tadrib al-Rawi dengan mengatakan bahawa permulaan tadwin
hadith adalah pada permulaan kurun kedua hijrah pada zaman pemerintahan cUmar bin cAbd
c

Aziz dengan perintahnya kepada gabenor di Madinah, Abu Bakr bin Hazm yang telah meminta

ulama Madinah supaya melaksanakan perintah tersebut. Perintah ini telah dilaksanakan oleh ibn
Syihab al-Zuhri. Pendapat ini memang benar dari aspek penulisan rasmi. Adapun penulisan
hadith secara peribadi telah bermula di zaman Rasulullah saw sendiri sebagaimana yang telah
diterangkan sebelum ini.
Seterusnya, al-Sayyid Hasan al-Sadr menegaskan bahawa orang yang melakukan
pembukuan hadith walaupun secara tidak rasmi, adalah dari kalangan Syicah di zaman cAli
sebagai khalifah. Kemudian beliau menyebutkan kitab dan sahifah kepunyaan cAli yang
tergantung di pedangnya, dan sebuah kitab kepunyaan Abu Rafi maula Rasul saw yang
dinamakannya Kitab al-Sunan wa al-Ahkam wa al-Qadaya. Abu Rafi c ini meninggal dunia
pada permulaan pemerintahan cAli r.a.
Sebenarnya pendapat ini kurang tepat kerana telah dinyatakan di atas bahawa cAbd Allah
bin cAmr bin al-cAs telah terlebih dahulu menulis dihadapan Rasulullah saw sendiri malahan
diizinkan oleh Baginda saw.

Penulisan secara rasmi


Dalam masalah ini terdapat dua pendapat, iaini:

Pertama, menyatakan bahawa ia bermula pertengahan dekad kelapan kurun pertama


Hijrah. Gabenor Mesir ketika itu cAbd cAziz bin Marwan bin al-Hakam al-Umawi,
pada tahun pertengahan pemerintahannya antara tahun 65-85H, beliau telah berusaha
untuk mengumpulkan hadith-hadith Rasulullah saw. Diriwayatkan oleh Imam alLayth bin Sacd dari Abu Habib bahawa cAbd al-cAziz bin Marwan telah menulis
kepada Kathir bin Murrah al-Hadrami, yang telah dapat menemui tujuh puluh ahli
Badar dari kalangan sahabat Rasul saw, supaya menuliskan untuknya hadith-hadith
yang telah didengarnya dari para sahabat Rasulullah saw kecuali hadith-hadith Abu
Hurairah. Kathir sendiri meninggal antara tahun 70-80H. Kalau kita anggarkan beliau
meninggal pada tahun 75H maka permintaan cAbd al-cAziz tentulah sebelum tahun
tersebut. Dapatlah disimpulkan bahawa penulisan hadith secara rasmi telah dimulakan

pada pertengahan kedua kurun pertama hijrah.


Pendapat kedua pula adalah pendapat yang menegaskan bahawa penulisan secara
rasmi adalah dilakukan di zaman cUmar Bin Abd cAziz, anak kepada cAbd Al-cAziz
Bin Marwan Bin Al-Hakam tersebut.

Kesimpulannya:
Al-Hadith sebenarnya telah ditulis atau dikumpulkan semenjak zaman Rasulullah saw sendiri
sama ada atas perintah atau izin Baginda. Jelas kepada kita bahawa telah ada beberapa penulisan
al-Hadith di zaman awal tersebut, lebih-lebih lagi di permulaan kurun kedua. Permulaan
pengumpulan secara rasmi dimulakan pada akhir kurun pertama hijrah atau pada awal kurun
kedua Hijrah.

1.4

PENULISAN HADITH DI ZAMAN SAHABAT DAN TIBI CIN HINGGA AKHIR


KURUN PERTAMA HIJRAH.

Ketika Rasulullah saw wafat, al-Sunnah belum lagi ditadwinkan secara rasmi sebagaimana alQuran. Penulisan al-Hadith di zaman sahabat dan kibar Tabicin pun masih seperti zaman
Rasulullah saw.
1.4.1

Sikap Para Sahabat Terhadap Penulisan Al-Hadith

Seperti sedia maklum, al-Quran telah dikumpul dan ditulis keseluruhannya semenjak zaman
Rasulullah saw masih hidup lagi, tetapi belumlah dikumpulkan menjadi satu mushaf
sebagaimana ada di hari ini. Kerja pengumpulan dan penulisan semula al-Quran ini dilakukan di
zaman Abu Bakr, sebagai satu usaha untuk memelihara al-Quran supaya tidak hilang dan tercicir
di mana-mana. Namun demikian, para sahabat hanya melakukan pengumpulan dan penulisan
mushaf, merka tidak mengumpul dan menulis hadith, walaupun terdapat dalil-dalil yang
mengizinkan dan menyuruh. Mereka masih lagi bergantung kepada hafazan yang jitu tanpa ada
penyelewengan. Namun demikian sikap mereka itu bukanlah menggambarkan bahawa penulisan
al-hadith itu sesuatu yang di haramkan. Sebahagian sahabat membenci tetapi sebahagian lagi
mengizinkan. Al-Qadi Iyad mengatakan: sebahagian sahabat ada yang menulis al-hadith tetapi
apabila telah di hafaz lalu mereka bakar tulisan tersebut.
Tujuan utama para sahabat tidak menulis al-hadith adalah untuk memelihara kemurniaan
al-Quran dan al-Sunnah. Para sahabat yang tidak menyukai penulisan al-hadith, pada
permulaanya adalah kerana khuatir orang ramai akan berpaling dari al-Quran atau
membandingkan al-Quran dengan yang lain atau akan berlaku percampuran di kalangan
sebahagian orang yang baharu dengan al-quran. Ini kerana al-Quran belum lagi lengkap mereka
hafaz disamping masih kurang orang-orang yang mahir dan yang dapat membezakan antara
wahyu dari yang lain di kalangan mereka ketika itu.
Al-Ustaz Muhammad Abu Zahu telah menyebutkan bahawa keengganan Umar AlKhatab untuk menulis hadit-hadith adalah sesuai dengan keadaan orang ramai ketika itu, mereka

masih begitu baharu dengan al-Quran lebih-lebih lagi orang-orang yang baru memeluk Islam dari
segenap penjuru tanah arab ketika itu. Andainya hadith-hadith ditulis dan dihantar kesegenap
negeri dan orang ramai berpusu-pusu menghafaz dan mengkaji hadith nescaya akan berlaku
percampuran di antara keduanya.
Kemungkinan antara sebab keengganan para sahabat menulis al-hadith juga adalah
kerana mereka khuatir akan mengakibatkan para penulis (juga ummah seluruhnya) akan
berpegang dan mengutamakan kitab dan tulisan dan akhirnya akan melemahkan kekuatan daya
hafalan di samping mereka percaya belum ada sebab yang kuat untuk enulis al-hadith pada masa
itu, keran al-hadith belum lagi terdedah kepada apa-apa bentuk penyelewengan.
Jadi jelaslah kepada kita bahawaa keengganan para sahabat untuk menulis al-hadith
bukanlah kerana tegahan dari Rasulullah saw, tetapi adalah kerana sebab-sebab yang sementara.
Kerana itulah kita dapat melihat perselisihan mereka tentang boleh atau tidaknya menulis alhadith telah padam setelah beberapa lama dan akhirnya mereka telah sepakat atas keharusan
menulis al-hadith apabila timbul keadaan-keadaan yang mendesaknya selepas itu.
1.4.2

Sikap Kibar Tabiin Terhadap Penulisan Al-Hadith

Di kalangan para tabicin juga terdapat mereka yang menolak penulisan al-hadith iaini seperti
C

ubaydah bin Camr Al-Samani (72H), Ibrahim bin Al-Yazid Al-Taymi (92H), Jabir Bin Zayd

(93H), Ibrahim bin Yazid Al-Nakhaci (96H), Amir Al-Syacbi (103H), Amr bin Dinar dan
Muhammad bin Sirin.
Walau demikian ramai juga sahabat yang mengizinkan dan menulis hadith seperti Sa cid
bin Jubayr, Sacid bin Al-Musayyab (94H), cAmir Al-Syacbii, Al-Dahhak bin Muzahim (105H),
c

Ata bin Abu Rabah (114H), Nafic Maula Ibn cUmar (117H), Qatadah Bin Dacamahh Al-Sudussi

(118H). Sikap mereka ini tidaklah menghairankan kerana kehidupan mereka sebenarnya masih
sangat hampir dengan para sahabat disamping mereka murid para sahabat dan memiliki
ketokohan seperti sahabat. Akhirnya ijmalah para ulama tabicen atas keharusan menulis dan
menuntut al-hadith.

Kesimpulannya, dari perbahasan ini kita dapat melihat dan membuktikan bahawa alhadith atau as-sunnah sebenarnya adalah merupakan salah satu sumber perundangan semenjak
zaman Rasulullah saw. Walaupun demikian, pengumpulan dan penulisannya belumlah dilakukan
secara terancang rapi dan rasmi di zaman tersebut. Ia hanya dimulakan secara rasmi sama ada
diantara akhir kurun pertama hijrah atau awal kurun kedua hijrah. Dalam masalah ini sahaja, para
pengkaji sebenarnya tidak sepakat berkenaan keaslian dan kehujahan hadith. Namun demikian,
ahli as-sunnah telah sepakat dalam menerima al-hadith atau as-sunnah sebagai salah satu hujah
hukum-hakam Islam, malahan meletakkannya ditempat kedua selepas al-Quran. Kita juga dapat
melihat sikap sahabat dan kibar tabicen terhadap penulisan al-hadith. Walau bagaimanapun,
mereka akhirnya telah sepakat atas keharusan menulis al-hadith di atas sebab-sebab yang
mendesak terutama selepas berlaku fitnah di kalangan mereka dan sebab-sebab yang
bersangkutan dengan bertambahnya bilangan umat Islam. Kita patut bersyukur dengan keadaan
tersebut kerana kini kita dapat menikmati khazanah al-hadith yang tidak ternilai harganya.
Kalaulah tidak kerana jasa para ulama, bagaimanakah kita dapat menyelami dan seterusnya
mengamalkan al-Quran dengan betul.

1.5

KEPENTINGAN HADITH DAN KEHUJAHANNYA

1.5.1

Definisi Kehujahan Hadith

Kehujahan hadith bermaksud kefungsiannya sebagai sumber hukum syara c atau sebagai dalil
hukum syarac atau sebagai perantara untuk mengetahui hukum syarac
1.5.2

Dalil-Dalil Yang Menunjukkan Kehujahan Hadith

Secara umumnya ulama telah membahagikan dalil-dalil tersebut kepada 3 jenis, iaitu: naqli,aqli
dan ijma.
1. Dalil-Dalil Naqli: ialah dalil-dalil yang diambil daripada al-quran sahaja dan tidak termasuk
dali-dalil yang diambil daripada hadith, kerana tidak wajar sesuatu itu dibuktikan dengan
menggunakan dalil dari jenis yang sama.

Ulama telah mengkaji keseluruhan isi kandungan al-quran dan mendapati dalil-dalil yang
menunjukkan kehujahan hadith itu terbahagi kepada 5 jenis, iaitu:

Kumpulan ayat-ayat yang menunjukkan wajib beriman kepada rasulullah saw. Beriman
kepada rasul bukan sekadar beriman kepada diri baginda sahaja, tetapi lebih daripada itu,
iaini beriman kepada keseluruhan ajaran yang di bawa baik dalam bentuk nas wahyu (al-

quran) mahupun dalam bentuk hadith yang disampaikan oleh baginda.


Kumpulan ayat-ayat yang menunjukkan wajib taat kepada rasulullah. Antara ciri-ciri
ketaatan kepada rasulullah saw ialah taat serta patuh kepada segala ajaran yang
disampaikan oleh baginda baik dalam bentuk suruhan atau larangan yang terkandung

dalam nas-nas al-quran dan hadith.


Kumpulan ayat-ayat yang menunjukkan fungsi dan tugas rasulullah saw sebagai
penerang, penghurai dan penafsir isi kandungan al-quran melalui bentuk huraian yang

diiktiraf dan diakui benar oleh Allah swt.


Kumpulan ayat-ayat yang menunjukkan kewajipan mengikut ajaran yang dibawa oleh

rasulullah saw serta kewajipan menjadikan baginda sebagai contoh ikutan.


Kumpulan ayat-ayat yang menunjukkan bahawa baginda rasulullah saw memang
diperintahkan oleh Allah swt supaya menyampaikan semua ajaran yang diturunkan
kepadanya. Dan baginda dilarang daripada mengabaikan tanggungjawab tersebut atau
takut untuk menyampaikannya kerana allah swt telah memberi jaminan keselamatan
kepada baginda.

2. Dali-Dalil Caqli: iaitu dalil-dalil yang menunjukkan kehujahan hadith sebagai sumber syara c
yang diperolehi melalui pertimbangan logik akal yang waras. Seperti:
Kemacsuman baginda Rasulullah saw sebagaimana yang kita sedia maklum bahawa
Rasulullah saw telah diberi jaminan keselamatan oleh Allah swt baik dari segi nyawa

mahupun tugas.
Keiltizaman para sahabat dengan as-Sunnah, sebagaimana yang kita semua akui bahawa
para sahabat Rasulullah saw memang menunjukkan komitmen yang tinggi terhadap
segala ajaran yang dibawa oleh Baginda dalam bentuk hadith. Ini memang sejajar dengan
kedudukan mereka sebagai generasi terpilih untuk hidup berjuang menegakkan Islam

bersama-sama baginda Rasulullah saw.


Kemustahilan beribadat tanpa hadith. Sebagaimana kita sedia maklum bahawa sesuatu
ibadat yang diajarkan oleh Baginda Rasulullah saw kepada umatnya adalah mengikut

kaedah dan pendekatan yang tertentu. Dan kaedah-kaedah serta tatacara beribadat ini pula
tidak dihuraikan secara terperinci melalui nas-nas al-Quran, sebaliknya maklumat yang
terperinci itu hanya dihurai oleh Baginda Rasulullah saw secara amali (praktikal) melalui
amalan baginda. Huraian yang bersifat praktikal ini kemudiannya diriwayatkan oleh para
sahabat dalam bentuk hadith kepada generasi berikutnya hingga ianya dibukukan dan
sampai kepada kita hari ini dalam bentuk yang lengkap.
3. Dalil Ijma: semua ulama muctabar dalam konteks Ahli Sunnah Wa Al-Jamacah bersepakat
menerima institusi hadith dan mengiktirafnya sebagai sumber syara c yang kedua selepas alQuran.
1.5.3

Hubungan Hadith Dengan Al-Quran

Hubungan antara kedua dilihat dari sudut fungsi hadith terhadap al-Quran itu sendiri.

Fungsi hadith sebagai penguat hukum yang terkandung di dalam al-quran.


Contohnya, seperti hukum kefardhuan ibadat seperti sembahyang, puasa, zakat dan
sebagainya yang terdapat di dalam al-Quran telah diperkuat dan disokong oleh nas-nas

hadith Rasulullah saw.


Fungsi hadith sebagai penerang/ penghurai kepada isi kandungan al-Quran.
Fungsi ini dilihat dalam tiga aspek:
- Mentafsilkan ayat-ayat al-Quran yang bersifat mujmal.
- Mengkhususkan nas-nas al-Quran yang bersifat umum.
- Mengikat nas-nas al-Quran yang bersifat mutlak.

Fungsi hadith sebagai pencawang kepada nas induk yang terdapat di dalam al-Quran
Contohnya, seperti larangan menjual buah-buahan yang belum masak. Dimana sewaktu
Rasulullah saw berhijrah ke madinah baginda mendapati masyarakat Madinah pada masa
itu mengamalkan jual beli buah-buahan yang masih putik di pokok, sedangkan mereka
tidak dapat mengenal pasti kuantiti dan kualiti sebenar buah-buah tersebut. Apabila buahbuah itu masak dan sedia untuk dipetik didapati jumlah dan mutu sebenar yang boleh
dipetik tidak seberapa disebabkan perubahan cuaca atau penyakit yang menyerang pokok.
Keadaan ini selalu menimbulkan perselisihan di antara penjual dengan pembeli.
Oleh yang demikian, Rasulullah saw telah mengharamkan bentuk jual beli seperti ini
melalui riwayat hadith.

BAB 2
JENIS-JENIS ILMU METOD HADITH YANG BERKAITAN DENGAN SANAD
Sanad merupakan rangkaian perawi-perawi yang terlibat dalam periwayatan sesebuah hadith
bermula dari seseorang pembuka hadith sehingga sampai kepada Rasulullah saw. Oleh kerana

sanad memainkan peranan yang cukup penting dalam menentukan kesohihan sesebuah hadith
yang diriwayatkan, maka sebahagian besar (60%) daripada disiplin ilmu Metod Hadith adalah
berkisar tentang sanad dan perawi hadith.
Ilmu Al-Jarh Wa At-Tacdil

2.1

Ilmu Al-Jarh Wa Tacdil merupakan neraca atau penimbang perawi-perawi sesuatu riwayat.
Sekiranya berat timbangan memihak kepada al-tacdil bolehlah diterima atau sekiranya ringan
timbangan atau darjah keadilannya maka tertolaklah ia. Dengan ilmu ini juga, kita akan
mengenali seseorang perawi yang diterima hadithnya dan membezakannya dengan perawi yang
tidak diterima hadithnya.

2.1.1

Al-jarh di sisi al-muhaddithun ialah, suatu kritikan pada perawi hadith dengan sesuatu
yang merosak dan mencacatkan keadilannya atau kedhabitannya.
Al-tacdil pula ialah sebaliknya, iaitu pujian terhadap perawi dan menghukum ke atasnya
sebagai cadil atau dhabit.
Syarat Orang Yang Mentarjih Dan Orang Yang Mentacdil

Wajib bagi seseorang yang mentarjih dan orang yang menta cdil memenuhi syarat-syarat
tertentu sehingga fatwanya di ambil pakai dalam menyingkap perihal perawi sebagaimana
berikut:
1- Hendaklah dan memiliki ilmu, takwa, warak dan benar kerana seandainya
keduanya tidak memiliki sifat-sifat demikian maka, bagaimana boleh menjadi hakim ke
atas orang lain dalam masalah al-jarh dan al-tacdil.
2- Hendaklah alim dengan sebab-sebab yang membawa al-jarh dan al-tacdil.
3- Hendaklah pakar dalam bahasa arab, supaya tidak meletakkan sesuatu lafaz kepada bukan
maksudnya dan tidak mentarjih seseorang dengan mengambil sesuatu lafaz (ungkapan)
sedangkan dia sendiri bukan ahlinya.

2.1.2

Perkara-Perkara Yang Tidak Disyaratkan Kepada Pentarjih Dan Pentacdil:


Tidak disyaratkan seseorang pentarjih dan penta cdil itu lelaki atau merdeka. Malah
menurut pendapat yang muktamad menyatakan bahawa, diterima tacdil dan tarjihnya dari
semua mereka sama ada ia seorang lelaki, perempuan, merdeka atau hamba.
Tidak disyaratkan bagi pentarjih untuk membawa saksi, iaini dia seorang sahaja telah
mencukupi seandainya telah melengkapi syarat-syarat tarjih.

2.1.3

2.1.4

Adab Pentarjih Dan Pentacdil


Bersifat sederhana ketika membuat pengakuan dan pengiktirafan ke atas seseorang, agar
tidak mengangkat perawi lebih dari martabatnya dan tidak juga menjatuhkannya
ditempat yang tidak sewajarnya sebagaimana berlaku di kalangan kebanyakkan kita di
hari ini.
Tidak diharuskan mentarjih lebih dari keperluan atau hajat. Kerana al-jarh di syariatkan
kerana darurat. Manakala darurat tersebut hendaklah disukat sekadar keperluan sahaja.
Tidak harus tertumpu kepada al-jarh semata-mata pada seorang perawi sedangkan
terdapat padanya al-jarh dan al-tadil menurut ahli pengkritik. Para ulama hadith
melarang keras perbuatan ini kerana menyebabkan berlakunya berat sebelah atau ketidak
adilan terhadap seseorang perawi.
Tidak diharuskan al-jarh ke atas sesiapa sahaja yang tidak diperlukan jarhnya. Ini adalah
disebabkan al-jarh itu dibolehkan hanya dalam keadaan darurat sahaja. Selama mana
tidak terdapat darurat ke atasnya nescaya tidak harus menyelami dan menyelidiki
kecacatannya.
Syarat-Syarat Penerimaan Al-Jarh Dan Al-Tacdil
Hendaklah al-jarh wa tacdil diterbitkan menerusi seseorang yang melengkapi syaratsyarat pentarjih dan pentacdil.
Tidak boleh al-jarh kecuali beserta dengan penjelasan atau penafisran (sebab-sebabnya).
Manakala al-tacdil pula tidak disyaratkan kepada sebarang penafsiran.
Diterima al-jarh secara ringkas tanpa perlu kepada penafsiran bagi perawi yang sunyi dari
tacdil.
Hendaklah al-jarh itu selamat daripada faktor-faktor yang menghalang penerimaannya.
Apabila terdapat sesuatu perkara yang boleh menghalang penerimaan al-jarh dan al-ta cdil
hendaklah al-jarh dan al-tacdil tersebut di tolak.

Antara rujukan utama dalam masalah ini ialah, kitab Ar-Rafc Wa At-Takmil Fi Al-Jarh Wa
At-Tacdil oleh Muhd cAbd Al-Hayy Al-Laknawi dan Kitab Dowabit Al-Jarh Wa At-Tacdil
oleh Dr. cAbd Al-cAziz Ibn Muhd Al-cAbd Al-Latif.
2.2

Tabaqat Al-Muhaddithin

Disiplin ilmu ini membicarakan tentang kumpulan-kumpulan perawi yang berada dalam
tingkatan atau lapisan sanad yang sama. Lapisan sanad ini ditentukan berdasarkan beberapa ciriciri seperti:

Perawi berasal dari generasi yang sama sperti generasi sahabat, tabi cin, tabic at-tabicin dan
sebagainya.
Perawi berasal dari tempat yang sama seperti kumpulan perawi Makkah, tabaqat perawi
Madinah, tabaqat perawi cIraq dan sebagainya.
Perawi berasal dari kurun atau dekad yang tertentu seperti tabaqat perawi kurun pertama
hijrah, tabaqat perawi kurun ke dua hijrah, tabaqat perawi awal kurun pertama hijrah atau
sebagainya.
Berdasarkan tahap kemuliaan atau keistimewaan yang sama seperti tabaqat perawi yang
terawal memeluk Islam, tabaqat perawi yang menyertai perang Badar, tabaqat perawi
yang terdiri daripada Kibar As-Sahabah, tabaqat perawi yang terdiri daripada Kibar AtTabicin.
Ataupun berdasarkan guru yang sama seperti, tabaqat perawi yang meriwayatkan hadith
daripada Abu Bakr r.a, tabaqat perawi yang meriwayatkan hadith daripada Az-Zuhri dan
sebagainya.

Dari itu, lahirlah apa yang dikatakan sebagai tabaqah sahabat, tabaqat tabicin, tabaqah alBadriyyin, tabaqat al-Madaniyyin, tabaqah ke dua, tiga, empat dan sebagainya. Antara buku
rujukan utama bagi disiplin ilmu ini ialah kitab At-Tabaqat Al-Kubrao Ibn Sa cd, At-Tabaqat oleh
Al-Khalifah Ibn Khayyat dan lain-lain.

2.3

Marifat As-Sahabah

Ilmu ini membicarakan tentang isu-isu yang berkaitan dengan sahabat. Mengenali sahabat adalah
merupakan suatu ilmu yang besar, penting lagi banyak faedahnya, iaini dengan mengenali
sahabat kita akan mengetahui sama ada sesuatu hadith itu bersambung sanadnya atau terputus.
Definisi umum sahabat ialah:

menurut bahasa: kata sahabat adalah isim masdar yang bererti berteman atau berkawan,
manakala kata as-sahaby dan as-saahib yang di jamakan menjadi ashab dan
sahabun.
Menurut istilah: sahabat adalah orang yang bertemu dengan Nabi saw dalam keadaan
Islam dan mati dalam keadaan Islam juga, sekalipun pernah murtad.
Menurut Al-Hafiz Ibn Hajar, al-sahabah ialah: sesiapa yang sempat bertemu Nabi saw
dalam keadaan beriman dengan Baginda saw dan mati dalam Islam. Ungkapan sesiapa yang
sempat bertemu dalam definisi ini, termasuklah sahabat Nabi saw yang lama berdamping atau
dalam tempoh masa yang pendek serta yang sempat berperang atau tidak. Manakala apabila
disebut sahaja ungkapan dalam keadaan beriman dengan Baginda saw maka terkeluarlah
mereka yang pernah menemui Nabi saw dalam keadaan kafir kemudian Islam kembali, selepas
itu tidak bertemu dengan Baginda saw, seperti utusan Hirqal.

2.3.1

2.3.2

Tanda-Tanda Seseorang Itu Dikenali Sebagai Sahabat


Dikenali secara mutawatir, iaitu dikenal pasti kesahihan sebagai seorang sahabat
menerusi ramai daripada para sahabat Nabi saw seperti Al-Khulafa Al-Rasyidin yang
empat.
Dikenali secara masyhur, seperti Dimam bin Thaclabah, Ukasyah bin Mihsan
Dinyatakan oleh sahabat lain, seperti Humamah bin Abu Humamah.
Di nyatakan oleh sahabat itu sendiri, jika dia seorang yang bersifat adil.
Dinyatakan oleh seorang Tabicin mengikut pendapat yang rajah.
Keadilan Sahabat

Menurut jumhur ulama Ahli Sunnah, semua sahabat adalah adil sama ada mereka yang terlibat
dalam fitnah ataupun tidak. Dimaksudkan dengan keadilan mereka adalah terhindarnya mereka
dari sengaja berbuat dusta dalam meriwayatkan dan menyelewengkannya. Dapat disimpulkan
bahawa, semua riwayat sahabat diterima tanpa perlu bersusah payah membahas keadilan mereka.
Dan sahabat yang menyandang fitnah itu, adalah semata-mata kerana ijtihadnya yang salah
dimana mereka tetap mendapat pahala atas dasar husnuzzonn kepada mereka. Kerana mereka
adalah orang yang membawa syaricat dan sebaik-baik generasi.
2.3.3

Kronologi Sahabat (Tabaqat)

Ibn Sacd membahagikan mereka kepada lima tabaqat, Al-Hakim membahagikan mereka kepada
12 tabaqat dan sebahagian ulama membahagikan lebih daripada itu. Namun demikian,
pembahagian oleh Al-Hakim adalah lebih masyhur, iaini:
Yang lebih awal memeluk Islam di Makkah, seperti al-Khulafa al-Rasyidin
Yang memeluk Islam sebelum permusyawaratan penduduk Makkah di Dar al-Nadwah
Muhajir Habsyah
Yang menyertai al-cAqabah pertama
Yang menyertai al-cAqabah kedua, kebanyakkan mereka dari kalangan Ansar
Yang mula-mula berhijrah ke Madinah sebelum hijrah Rasul saw
Ahli Badar
Yang berhijrah antara peperangan Badar dan Hudaybiyyah
Yang menyertai Bayc at al-Ridwan di Hudaybiyyah
Yang berhijrah antara peperangan Hudaybiyyah dan Fath Makkah, seperti Khalid bin alWalid, cAmr bin al-cAs dan Abu Hurayrah
Yang memeluk Islam ketika Fath Makkah
Semua kanak-kanak yang sempat bertemu dan melihat Rasulullah saw pada hari Fath
Makkah, Haji Wadac dan lain-lain kesempatan selepas itu.

Disamping itu, Ahli Sunnah juga bersepakat bahawa yang paling utama secara berturutturut adalah Abu Bakr al-Siddiq, cUmar, cUthman bin cAffan, cAli bin Abu Talib, baki sepuluh
sahabat yang di janjikan syurga, ahli Badar, ahli Uhud, peserta Bay cat al-Ridwan dan akhirnya
adalah para sahabat yang mempunyai keutamaan dari kalangan al-Awwalun al-Sabiqun.
2.3.4

2.3.5

Sahabat Yang Terbanyak Dalam Meriwayatkan Hadith


Antara sahabat yang paling banyak dalam meriwayatkan hadith ialah:
Abu Hurayrah: meriwayatkan sebanyak 5374 hadith.
Ibnu Umar: meriwayatkan 2630 hadith
Anas bin Malik: meriwayatkan 2286 hadith
Acisyah: meriwayatkan sebanyak 2210 hadith
Ibnu Abbas: meriwayatkan sebanyak 1660 hadith
Jabir Abdullah: meriwayatkan sebanyak 1540 hadith
Siapakah Yang Dimaksudkan Dengan Ubadalah

Yang dimaksudkan dengan Ubadalah berdasarkan asal nama mereka Ubadalah dari
kalangan sahabat jumlahnya mencapai sekitar 300 sahabat, akan tetapi yang dikehendaki disini
adalah 4 orang sahabat, semuanya bernama Abdullah, mereka itu adalah:
Abdullah bin Umar
Abdullah bin Abbas
Abdullah binZubair
Abdullah bin Amer bin Ash
Keistimewaan mereka adalah termasuk dalam ulama di kalangan para sahabat yang
palaing akhir meninggal. Hingga mereka perlu dikenali, mereka memiliki keistimewaan dan
kemasyhuran yang mana apabila mereka telah menyepakati sesuatu masalah berupa fatwa
mereka di gelar Qaul Ubadalah.

2.3.6

Jumlah Bilangan Sahabat

Tidak ada kiraan yang paling tepat untuk menentukan jumlah sahabat yang sebenar, akan
tetapi ada beberapa pendapat ahli ilmu yang dapat dijadikan pedoman, iaini lebih dari 100 ribu
sahabat. Dan pendapat yang paling masyhur adalah pendapat Abi Zar cah Ar-Razy iaini 114,000
orang.

2.3.7

Kitab-Kitab Biografi Sahabat


Al-Isticab Fi Asma Al-Ashab, karangan Al-Imam Al-Hafiz Al-Muhaddith Al-Faqih Abu
c
Umar Yusuf bin cAbd Al-Bar Al-Namari (463H)
Usd Al-Ghabah Fi Makrifat Al-Sahabah, karangan Al-Imam Al-Muhaddith Al-Hafiz cIzz
Al-Din cAli Bin Muammad Al-Jazari Ibn Al-Athir (630H)
Al-Isabah Fi Tamyiz Al-Sahabah, karangan Al-Imam Al-Hafiz Al-Bahr Al-Hujjah Ahmad
Bin cAli Bin Hajar Al-cAsqalani (852H)
Hayat Al-Sahabah, karangan Al-cAllamah Al-Daciyah Al-Muhaddith Al-Syeikh
Muhammad Yusuf Al-Kandahlawi Al-Hindi (1383H)
Marifat At-Tabicin Wa Al-Atbac

2.4

Ilmu ini juga penting, kerana kita dapat mengetahui keterlibatan mereka secara langsung dalam
periwayatan hadith dan bagi menentukan taraf sesuatu hadith kita terlebih dahulu perlu
mengenali para tabicin.
2.4.1

2.4.2

Definisi Tabicin
Menurut bahasa: adalah jama dari kata tabi ci atau tabicun sedang kata tabici adalah isim
fail dari kata tabicahu bererti berjalan di belakangnya.
Menurut istilah: adalah orang yang bertemu sahabat dalam keadaan Islam dan mati secara
Islam pula, juga dikatakan sebagai orang yang berteman dengan sahabat.
Tabaqat Tabiin

Para ulama berbeza pendapat mengenai tabaqat tabiin:


Imam Muslim membahagikan mereka kepada tiga tabaqat
Ibnu Saced membahagikan mereka kepada empat tabaqat
Imam Al-Hakim membahagikan mereka kepada 15 tabaqat, yang pertama ialah mereka
yang sempat bertemu dengan sepuluh orang sahabat.

2.4.3

Al-Mukhadramun

Untuk seorang adalah mukhdram, iaini orang yang sempat hidup pada masa Jahiliyah dan
zaman Nabi saw, dan dia beragama Islam sedangkan dia tidak pernah bertemu dengan Rasulullah
saw. Dan mereka ini adalah termasuk dalam golongan tabicin menurut pendapat yang kuat.

Jumlah bilangan Mukhdaramun adalah sekitar dua puluh orang, sebagaimana kiraan
imam muslim, tetapi yang lebih kuat bilangan mereka adalah lebih dari itu. Diantaranya ialah,
Abu Uthman An-Nahdy dan Aswad Bin Yazid Ad-Ducally.
2.4.4

Fuqaha Tujuh

Fuqaha tujuh ialah, mereka yang terawal dari kalangan tabi cin, mereka ini termasuk dari
penduduk kota Madinah, iaini: Said Bin Al-Musayyab, Qasim Bin Muhammad, Urwah Bin
Zubair, Kharijah Bin Zaid, Abu Salamah Bin Abdul Rahman, Ubaidillah Bin Abdullah Bin Utbah
Dan Sulaiman Bin Yasar.
2.4.5

Tabicin Yang Paling Utama

Terdapat banyak pendapat dikalangan ulama tentang tabi cin yang paling utama, sedang pendapat
yang paling masyhur adalah pendapat Said Bin Al-Musayyab dan Abu Abdullah Muhammad
Khafis As-Syairazy, iaini seperti berikut:
Penduduk kufah menyatakan yang paling utama adalah Uwais al-Qorni
Penduduk basrah menyatakan yang paling utama adalah al-Hassan al-Basri
Kitab yang terkenal adalah:
Kitab Macrifatuttabicin, karya Abil Mitrof Bin Fatis Al-Andalusi.
2.5

Al-Muttafaq Wa Al-Muftaraq

Ilmu ini membincarakan tentang perawi-perawi yang nama mereka dan nama ayah mereka sama,
baik dari segi tulisan mahupun bacaannya, sementara berbeza orangnya. Kerana ada terjadi
diantara mereka itu yang sama nama, dan nasab-nasabnya. Contohnya:
Al-khalil bin Ahmad: terdapat enam orang yang mempunyai nama yang sama, salah
seorang daripadanya ialah guru kepada Sibawaih.
Ahmad bin Jacfar bin Hamdan: yang dimiliki oleh empat orang perawi dari tabaqat yang
sama
cUmar bin Khatab: ada enam orang yang mempunyai nama yang sama.

2.5.1

Kepentingan Dan Faedahnya:

Mengetahui ilmu ini adalah penting sekali, agar orang tidak meyangka nama tersebut dimiliki
oleh seorang perawi sahaja, dan ia menjadi lebih penting apabila perawi-perawi yang berlainan
itu dihukum dengan hukuman yang berbeza dari segi kethiqahan dan kedhaifannya. Maka

melalui disiplin ini dapatlah dikenal pasti siapakah sebenarnya yang meriwayatkan sesebuah
hadith di antara mereka, yang thiqah ataupun yang dhaif.
Antara kitab-kitab yang terkenal ialah, Kitab Al-Muttafiq Wa Al-Muftariq, karya AlKhatib Al-Baghdadi.
2.6

Al-Mutalif Wa Al-Mukhtalif

Disiplin ini mjembahaskan tentang perawi-perawi yang mempunyai nama, gelaran, kunyah atau
nasab yang sama dari segi tulisannya, tetapi berlainan dari segi sebutannya. Contoh-contohnya:
Salam ( )(dan sallam ()(
Miswar ( )dan musawwar ()
Kepentingan disisplin ini, sama dengan sebelumnya iaitu untuk mengelak daripada
berlaku kesilapan dalam menentukan perawi. Dalam konteks ini Ibnu Al-Madani berkata:
kesilapan riwayat paling banyak berlaku pada nama-nama perawi. Ini kerana nama seseorang
tidak boleh di agak atau di ukur dengan sesuatu ukuran dan tidak boleh ditentukan mengikut
kaedah yang tertentu. Antara kitab-kitab terkenal yang membahaskan tentang ilmu ini ialah, kitab
Al-Mutalif Wa Al-Mukhtalif" oleh Abdul Ghani Bin Said dan KitabAl-Ikmal oleh Ibn
Makula.
2.7

As-Sabiq Wa Al-Lahiq

Disiplin ini membicarakan tentang dua orang perawi yang meriwayatkan hadith yang sama dari
seorang guru sedangkan perbezaan umur antara mereka berdua amat ketara. Contohnya: Ibnu
Syihab Al-Zuhri dengan Ahmad Ibn Ismail As-Sahmi yang sama-sama meriwayatkan hadith
daripada Imam Malik (179H). Sedangkan beza umur mereka ialah 135 tahun, di mana Al-Zuhri
meninggal pada tahun 124H manakala As-Sahmi pula pada tahun 259H.
Melalui disiplin ini, kesinambungan sesuatu sanad yang kontroversi dapat dipastikan,
disamping dapat mengenal pasti manakah sanad yang tinggi (pendek) dan manakah sanad yang
rendah (panjang). Antara rujukan utamanya ialah kitab As-Sabiq Wa Al-Lahiq oleh Al-Khatib AlBaghdadi.

2.8

Al-Mudabbaj Wa Riwayat Al-Aqran

Tajuk ini, membincangkan tentang perawi-perawi yang sebaya, seangkatan atau sezaman, yang
saling meriwayatkan hadith antara satu sama lain. Contohnya:
Diperingkat sahabat seperti cAisyah dengan Abu Hurairah.

Diperingkat tabicin seperti Al-Zuhri dengan cUmar Ibn cAbd Al-Aziz


Diperingkat atbac at-tabicin seperti Malik dengan Al-Auzaci.

Faedahnya, supaya orang tidak tersalah anggap bahawa berlaku penambahan perawi pada
sanad atau berlaku pertukaran (can) dengan (wau) pada lafaz periwayatan. Antara rujukan utama
disiplin ini ialah kitab Al-Mudabbaj oleh Al-Daraqutni dan kitab Riwayat Al-Aqran oleh Abu AlSyeikh Al-Asbahani.
2.9

Al-Ikhwah Wa Al-Akhawat

Tajuk ini membincangkan tentang perawi yang bersaudara dan saling meriwayatkan hadith
antara satu sama lain. Contohnya:
Di peringkat sahabat seperti, cUmar Ibn Al-Khattab dengan Zaid Ibn Al-Khattab,
Di peringkat tabicin seperti Muhd Ibn Sirin dengan adik beradiknya iaitu, Anas, Yahya,
Mabad, Hafsah dan Karimah,
Di peringkat al-atbac pula seperti Sufyan Ibn cUyaynah dan adik beradiknya iaitu, Adam,
Imran, Muhd dan Ibrahim.
Faedahnya antara lain ialah untuk membezakan antara perawi-perawi yang memiliki
nama ayah yang sama dan memang mereka mempunyai hubungan adik beradik sebagaimana
contoh-contoh diatas, dengan perawi yang nama ayah mereka juga sama tetapi tidak mempunyai
hubungan adik beradik seperti Abdullah Ibn Dinar dengan Amru Ibn Dinar. Di mana bagi yang
tidak tahu mungkin menyangka keduanya adalah adik beradik sedangkan hakikatnya tidak.
Antara rujukan utama disiplin ini ialah, Kitab Al-Ikhwah oleh Abu Al-Abbas As-Sarraj
dan Kitab Al-Ikhwah oleh Abi Al-Mutarrif Ibn Fatis Al-Andalusi.
2.10

Al-cAli Wa An-Nazil
Disiplin ini membahaskan dua perkara, iaini:
1- Tentang al-cali iaitu sanad-sanad yang mempunyai bilangan perawi yang sedikit
(secara menegak/vertical) berbanding dengan sanad lain yang meriwayatkan hadith
yang sama.
2- Tentang an-nazil iaitu sanad-sanad yang mempunyai bilangan perawi yang ramai
(secara menegak/vertical) berbanding dengan sanad lain yang meriwayatkan hadith
yang sama.
Contohnya:
Imam Bukhari meriwayatkan sebuah hadith melalui empat orang perawi sebelum
sampai kepada Rasulullah saw, sedangkan Imam At-Tirmizi pula meriwayatkan

hadith yang sama melalui enam orang perawi. Dalam keadaan ini sanad Imam
Bukhari dikatakan al-cali manakala sanad Imam At-Tirmizi dikatakan an-nazil.
Kepentingan disiplin ini dilihat kerana sanad al-cali dikira lebih tinggi daripada sanad annazil dari segi nilai kekuatan dan kesohihannya. Dengan perkataan lainnya, al- cali itu lebih sohih
daripada an-nazil. Justeru, ianya cukup penting terutama dalam isu pentarjihan antara riwayat
yang bercanggah.
Walau bagaimanapun, kadang kala berlaku keadaan dimana sanad an-nazil lebih kuat
daripada sanad al-cali seperti jika rangkaian sanad an-nazil terdiri daripada perawi-perawi yang
lebih thiqah berbanding dengan perawi-perawi yang ada dalam rangkaian sanad al-cali.
Ulama hadith telah membahagikan jenis-jenis sanad al- cali dan an-nazil kepada lima jenis
berdasarkan lima dasar penisbahan yang berbeza, iaitu:
1- Nisbah kepada Baginda Rasulullah saw, dan ini dinamakan Al-Culuw Al-Mutlak.
Dalam konteks ini sanad yang bilangan perawinya lebih sedikit (secara menegak) untuk
sampai kepada Rasulullah saw dikira lebih tinggi (al- cali), jika dibandingkan dengan
sanad yang lain yang meriwayatkan hadith yang sama dengan bilangan perawinya lebih
ramai untuk sampai kepada rasulullah.
2- Nisbah kepada seseorang imam atau perawi masyhur yang tertentu.
Seperti nisbah kepada Imam Az-Zuhri, Imam Malik dan sebagainya. Dalam konteks ini
sanad yang bilangan perawinya lebih sedikit untuk sampai kepada Az-Zuhri misalnya,
dikira lebih tinggi jika dibandingkan dengan sanad yang lain yang meriwayatkan hadith
yang sama dengan bilangan perawi yang lebih ramai untuk sampai kepada beliau.
3- Nisbah kepada riwayat kitab hadith yang tertentu, dan ianya terbahagi pula kepada empat
jenis:
Al-Muwafaqah: iaitu seseorang itu meriwayat sesebuah hadith daripada guru
seseorang pengarang kitab hadith dengan tidak melalui perantaraannya.
Al-Badal: iaitu seseorang itu meriwayatkan sesebuah hadith daripada guru kepada
guru seseorang pengarang kitab hadith melalui rangkaian sanad yang lebih ringkas
tanpa melalui perantaraan pengarang kitab dan gurunya.
Al-Musawat: iaitu seseorang itu meriwayat sesebuah hadith yang telah diriwayatkan
oleh seseorang pengarang kitab hadith, melalui sanad yang berlainan hingga ke akhir
sanad, dan bilangan perawi yang terlibat di dalam kedua-dua sanad tersebut adalah
sama.
Al-Musafahah: iaitu seseorang itu meriwayat sesebuah hadith yang sama yang telah
diriwayatkan oleh salah seorang murid pengarang sesebuah kitab hadith, melalui
sanad yang berlainan dan bilangan perawi yang terlibat di dalam kedua-dua sanad
tersebut adalah sama.

4- Nisbah kepada siapakah di antara dua orang perawi (yang sama-sama meriwayat hadith
daripada seorang guru) yang lebih dahulu wafat. Dalam konteks ini sanad yang terdapat
di dalam perawi yang lebih dahulu wafat dikira lebih tinggi daripada sanad yang satu
lagi.
5- Nisbah kepada siapakah di antara dua orang perawi yang lebih dahulu menerima riwayat
sesebuah hadith daripada seseorang guru yang sama. Dalam konteks ini, sanad yang
perawinya lebih dahulu menerima riwayat hadith tersebut daripada gurunya dikira lebih
tinggi berbanding dengan yang satu lagi.
Disiplin ini amat diambil berat oleh para muhaddithin, kerana memiliki ketinggian sanad
merupakan satu perkara kebanggaan dikalangan mereka. Walau bagaimanapun, tidak ada kitab
khusus yang mengumpulkan riwayat-riwayat al-cali dan an-nazil secara umum yang ada hanyalah
kitab khusus tentang sanad-sanad al-cali (yang terdiri daripada tiga orang perawi untuk sampai
kepada rasulullah), yang dimiliki oleh individu yang tertentu. Kitab ini di beri nama Thulathiyat
seperti Kitab Thulathiyyat Al-Bukhari oleh Ibn Hajar Al- cAsqalani dan kitab Thulathiyyat
Ahmad Ibn Hambal oleh Ahmad As-Safaraini.
2.11

Al-Mutashabihat

Disiplin ini membahaskan tentang nama perawi yang hampir sama sama ada dari segi tulisan
mahupun lafaznya, sementara nama-nama bapa mereka berbeza lafaznya tetapi sama tulisannya
atau sebaliknya. Ulama telah membahagikan ini kepada beberapa jenis, iaitu:
Nama-nama perawi yang sama dari segi tulisan dan bacaan tetapi nama ayah mereka
berbeza dari segi sebutan walaupun sama dari segi tulisan, seperti:
Muhd Ibn Uqail dengan Muhd Ibn Aqil
Perawi-perawi yang nama ayah mereka sama dari segi tulisan dan sebutan sedangkan
nama mereka sendiri berbeza dari segi sebutan sekalipun sama dari segi tulisan,
seperti:
Shuraih Ibn An-Numan dengan Suraij Ibn An-Numan
Perawi-perawi yang nama mereka sama tetapi nama ayah mereka berbeza pada satu
atau dua huruf sahaja, seperti:
Muhammad Ibn Hunain dengan Muhammad Ibn Jubair
Perawi-perawi yang nama mereka sama dengan nama ayah perawi lain sebaliknya
ayah mereka pula sama dengan nama perawi tersebut, seperti:
Al-Aswad Ibn Yazid dengan Yazid Ibn Al-Aswad
Disiplin ini penting untuk mengenal pasti seseorang perawi dan mengelak kekeliruan.
Antara rujukan utamanya ialah kitab talkhis al-mutashabih fi ar-rasm oleh khatib al-baghdadi.
2.12

Al-Muhmalat

Disiplin ini pula membahaskan tentang nama-nama perawi yang sama tetapi tidak ada unsur
yang boleh membantu untuk mengenal pasti mereka hingga sukar untuk dibezakan antara
mereka. Keadaan ini boleh menjejaskan nilai kesahihan riwayat sesebuah hadith andainya salah
seorang daripada mereka merupakan perawi yang dhaif.
Contohnya, nama Sulaiman Ibn Daud yang dimiliki oleh dua orang perawi, salah seorang
daripada mereka thiqh iaitu Sulaiman Ibn Daud Al-Khaulani dan seorang lagi dhaif iaitu
Sulaiman Ibn Daud Al-Yamami. Dengan adanya disiplin ini, penentuan siapakah individu yang
terbabit dalam sesuatu riwayat lebih mudah dilakukan dan cepat dikesan oleh ulama. Antara
rujukan utamanya ialah, Kitab Al-Mukmal Fi Bayan Al-Muhmal oleh Al-Khatib Al-Baghdadi.
2.13

Al-Wuhdan

Disiplin ini memperkatakan tentang perawi-perawi yang mempunyai seorang sahaja murid yang
meriwayatkan hadith daripada mereka. Contohnya: Urwah Ibn Mudarris r.a yang mempunyai
seorang sahaja murid yang meriwayatkan hadith daripada beliau iaitu cAmir Asd-Shacbi. Begitu
juga dengan Al-Musayyab Ibn Hazn ra satu-satunya murid yang meriwayatkan hadith daripada
beliau adalah anaknya Sacid.
Antara faedah disiplin ilmu ini ialah, dapat mengetahui perawi-perawi yang majhul alain (yang tidak diketahui identitinya). Antara rujukan utamanya ialah, Kitab Al-Munfaridat Wa
Al-Wuhdan oleh Imam Muslim.
c

2.14

Al-Qab Ar-Ruwwah

Disiplin ini membicarakan tentang gelaran yang dimiliki oleh perawi hadith. Contohnya: AlAaraj, Al-Amash dan sebagainya. Kepentingan mengenali nama-nama gelaran adalah kerana:
Supaya orang tidak terkeliru dengan menyangka gelaran yang dimiliki oleh seseorang
perawi itulah nama baginya.
Dapat membantu kita mngenal pasti seseorang perawi dan mengetahui sebab-sebab
kenapa seseorang perawi itu digelar dengan sesuatu gelaran.
Gelaran ini ada dua jenis:
Tidak boleh diperkenalkan: iaitu ketika orang yang digelar itu membencinya
Boleh diperkenalkan: iaitu orang yang digelar itu tidak membencinya.
Contohnya:
Adl-Dlal: adalah gelaran bagi Muawiyah Bin Abdul Karim, digelar demikian kerana dia
pernah tersesat di jalan kota Makkah.
Ghunjar: gerlaran Isa Bin Musa At-Taimy, dia di gelar kerana merahnya dan dua
kebunnya. Dan lain-lain lagi.

Antara rujukan utama dalam ilmu ini ialah, Kitab Nuzhah Al-Albab Li Marifat Al-Alqab
oleh Ibn Hajar Al-Asqalani.
2.15

Manm Zukir Bi Asma Au Sifat Mukhtalifah

Disiplin ini membicarakan tentang perawi-perawi yang disebut didalam sesuatu sanad hadith
dengan panggilan yang berbeza, kadang kala disebut dengan namanya sahaja dan ada kalanya
disebut gelarannya sahaja, ada ketika pula disebut kunyahnya sahaja dan ada masanya pula
disebut kesemua nama, gelaran dan kunyah.
Contohnya: Muhd Ibn As-Saib Al-Kalbi, kadang-kala ia disebut dengan nama Hammad
Ibn As-Saib, kadang-kala dia disebut dengan kunyah Abu Al-Nadhir, dan adakalanya pula
disebut dengan kunyah Abu Sacid.
Faedahnya ialah, untuk mengelak kekeliruan pada nama seseorang perawi dengan
menyangka ianya individu yang berlainan. Selain daripada itu, melalui disiplin ini juga dapat
didedahkan tadlis ash-shuyukh (satu penipuan dalam bentuk penukaran identiti seseorang perawi
yang daif bagi menutup kelemahan sesuatu sanad).
Antara rujukan utamanya ialah Kitab Mudihu Auham Al-Jam c Wa At-Tafriq oleh AlKhatib Al-Baghdadi dan Kitab Idah Al-Ishkal oleh cAbd Al-Ghani Ibn Sacid Al-Maqdisi.
2.16

Tawarikh Ar-Ruwwah

Disiplin ini membicarakan tentang sejarah atau riwayat hidup seseorang perawi dari segi tarikh
lahirnya, tarikh wafatnya, asal-usulnya, gurunya, muridnya, pengembaraannya, keilmuannya,
aqidahnya, bila dia menerima riwayat daripada gurunya dan bila pula dia sampaikan kepada
muridnya, contoh-contoh riwayatnya, peristiwa-peristiwa yang melibatkannya, karya-karyanya,
hukuman yang telah di buat oleh ulama keatasnya sama ada thiqah atau dhaif dan sebagainya.
Faedahnya yang utama ialah untuk memastikan kesinambungan sanad sesuatu riwayat
hadith. Misalnya apabila seseorang perawi mendakwa dia menerima riwyat hadith daripada
seseorang guru yang tinggal di Basrah pada tahun 115H, sedangkan apabila diselidik riwayat
hidup perawi dan guru tadi (di dalam buku-buku rijal hadith), maka di dapati perawi itu tidak
pernah pergi ke basrah dan guru itu pula telah wafat pada tahun 110H lagi (lima tahun sebelum
berlakunya proses periwayatan yang didakwakan). Maka hasil analisa seperti ini membuktikan
bahawa perawi tersebut sebenarnya tidak menerima sebarang riwayat hadith secara langsung
daripada guru tersebut dan ini menunjukkan bahawa sanad sebenarnya terputus dan dalam
konteks ini riwayat itu diiktiraf dhaif.

Rujukan utama bagi disiplin ini ialah semua Kitab Rijal Hadith atau Kitab Jarh Wa AlTa dil seperti kitab at-tarikh Oleh Ibn Main, kitab Khatib Al-Baghdadi, kitab Tarikh Dimashq
oleh Ibn Asakir, Kitab Tahzib Al-Kamal oleh Al-Mizzi, Kitab Siyar Alam An-Nubala oleh AzZahabi dan lain-lain.
c

2.17

Al-Mufradat Min Al-Asma Wa Al-Kunya Wa Al-Alqab

Disiplin ini membicarakan tentang perawi-perawi yang mempunyai nama atau kunyah atau
gelaran yang tidak dikongsi bersama perawi lain. Contohnya: cAjmad Ibn cUjyan Ra, Abu AlHamra Ra, Safinah Ra, Duraib Ibn Nuqair, Abu Al-Ubaidain, Mandal dan sebagainya.
Faedah utama mengetahui ilmu ini ialah untuk mengelak daripada berlaku kesilapan
apabila menulis atau menyebut nama-nama tersebut. Antara rujukan utamanya ialah Kitab AlAsma Al-Mufradah oleh Ahmad Ibn Harun Al-Bardiji.
2.18

Al-Mawali Min Ar-Ruwwah

Disiplin ini membicarakan tentang perawi-perawi dari kalangan maula. Boleh di bahagikan
kepada tiga, iaitu:
1- Maula Al-Hilf : yang berwala melaui perjanjian, seperti Imam Malik Ibn Anas Al-Asbahi
At-Taimi, kerana Kaum Asbah adalah mawali kepada Qabilah Taim Quraish secara AlHilf.
2- Maula Al-cAtaqah: yang berwala melalui pembebasan perhambaan, seperti Abu AlBukhturi Sacid Ibn Fairuz At-Toi kerana tuannya yang telah membebaskannya adalah
Qabilah Taic.
3- Maula Al-Islam : yang berwala melalui pemelukan Islam, seperti Muhd Bin Ismail AlBukhari Al-Jufi (kerana datuknya al-mughirah asalnya seorang majusi kemudian
memeluk islam melalui Al-Yaman Ibn Akhnas Al-Jufi, maka dinisbahkan Imam AlBukhari kepadanya).
Faedah disiplin ini antara lain ialah untuk mengelakkan kekeliruan pada nasab seseorang
perawi dari kalangan maula dan untuk memastikan siapa atau kabilah mana yang dia berintisab
kepadanya serta bentuk intisab tersebut. Antara rujukan utamanya ialah, Kitab Al-Mawali oleh
Abu Umar Al-Kindi.
2.19

Asma Man Ishtaharu Bi Kunahum

Disiplin ini memperkatakan tentang perawi-perawi yang lebih dikenali dengan kunyah
berbanding dengan nama, gelaran, sifat dan nisbah mereka. Seperti Abu Bakr ra, Abu Hurairah
ra, Abu Idris Al-Khaulani, Abu Bilal Al-Ashcari dan lain-lain.

Faedah disiplin ini, antara lainnya ialah supaya orang tidak menyangka seorang perawi
itu dua individu yang berbeza apabila disuatu ketika dia disebut dengan kunyahnya yang
masyhur manakala disuatu ketika yang lain dia disebut pula dengan namanya yang tidak
masyhur. Antara rujukan utamanya ialah, Kitab Al-Kuna Wa Al-Asma oleh Abu Bishr Muhd Ibn
Ahmad Ad-Dulabi.
2.20

Autan Ar-Ruwwah Wa Buldanuhum

Disiplin ini memperkatakan tentang tempat lahir atau tempat menetap seseorang perawi secara
khusus. Kepentingannya dilihat apabila ada dua orang perawi atau lebih memiliki nama yang
sama tetapi berbeza tempat lahir atau tempat tinggal, jadi melalui disiplin ini dapat dikenal pasti
siapakah sebenarnya perawi yang terlibat dalam sesuatu sanad.
Antara perbahasan tajuk ini ialah:
Bagaimanakah perawi-perawi arab dan perawi-perawi cajam berintisab kepada kabilah
atau kepada negeri
Bagaimanakah seseorang perawi yang tinggal di beberapa tempat yang berlainan hendak
berintisab, bagaimanakah sekiranya seseorang itu tinggal disebuah negeri apakah dia
perlu berintisab kepada nama kampungnya atau kepada nama negerinya
Berapa lamakah pula tempoh masa bermukim di suatu tempat sebelum seseoran itu boleh
di nasabkan kepada tempat tersebut.
Antara rujukan utamanya ialah, Kitab Al-Ansab oleh As-Samani.
2.21

An-Nasab Allati cAla Khilaf Zahiriha

Disiplin ini membahaskan tentang perawi-perawi yang kerana sesuatu peristiwa atau munasabah
tertentu telah dinisbah, digelar atau disifatkan dengan sesuatu yang boleh mengelirukan
sedangkan ianya bukan nisbah gelaran atau sifatnya yang sebenar.
Contohnya:
Abu Masud Al-Badri, beliau dinisbahkan kepada Badar bukan kerana turut menyertai
perang Badar tetapi kerana pernah menetap di sana.
Yazid Al-Faqir, beliau disifatkan faqir bukan kerana kefakirannya tetapi kerana beliau
mengalami sakit bahagian tulang belakang yang digelar faqar.
Khalid Al-Hazzac, beliau digelar tukang kasut bukan kerana beliau seorang tukang kasut,
tetapi kerana beliau suka mendampingi tukang-tukang kasut sehingga digelar al-hazzac.
Antara rujukan utamanya ialah, Kitab Al-Lubab Fi Tahzib Al-Ansab oleh Ibn Al-Athir Al-Jazari.
2.22

Al-Mansubun Ila Ghair Abaihim

Disiplin ini membicarakan tentang perawi-perawi yang dibinkan kepada bukan ayah mereka.
Ianya penting kerana apabila ketika mereka dibinkan kepada ayah mereka orang menyangka
mereka adalah individu yang berlainan sedangkan mereka adalah individu yang sama.
Contohnya:
Muaz ibn Afra yang dibinkan kepada emaknya sedangkan ayahnya bernama Al-Harith.
Muhd ibn Al-Hanafiyyah sedangkan nama ayahnya cAli Ibn Abi Talib
Yacla ibn Munyah yang dibinkan kepada nenek sebelah ayah.
Ahmad ibn Hambal yang dibinkan kepada datuk sebelah ayah.
Al-miqdad ibn Al-Aswad yang dibinkan kepada orang yang memeliharanya sedangkan
ayahnya bernama cAmr Al-Khindi
Tidak ada rujukan khusus (setakat yang penulis tahu) untuk disiplin ini, walau
bagaimanapun maklumat tentangnya terdapat di dalam kitab rijal hadith secara umum.
2.23

Ath-Thiqat Min Ruwwat

Disiplin ini membicarakan tentang perawi-perawi thiqah yang menepati ciri-ciri atau syaratsyarat kelayakkan untuk meriwayatkan hadith. Ianya penting kerana melaluinya dapat ditentukan
kesohihan sanad hadith. Antara rujukan utamanya ialah Kitab Ath-Thiqah oleh Al- cIjli dan lainlain.
2.24

Ad-Ducafat Min Ruwwat

Disiplin ini membicarakan tentang perawi-perawi yang dhaif yang tidak ada ciri-ciri atau syaratsyarat kelayakkan untuk meriwayatkan hadith. Ianya penting kerana melaluinya dapat ditentukan
kelemahan sesuatu sanad hadith. Antara rujukan utamanya ialah Kitab Ad-Duafat oleh AlBukhari, An-Nasai, Al-cUqaili, Ad-Daraqutni dan lain-lain.

2.25

Al-Kazzabun Min Ar-Ruwwat

Disiplin ini pula membicarakan tentang perawi-perawi pembohong yang terlibat dalam membuat
atau meriwayatkan hadith palsu secara khusus. Antara rujukan utamanya ialah Kitab Al-Wadc Fi
Al-Hadith Oleh Syeikh cUmar Hasan Fallatah.
2.26

Al-Mukhtalituh Min Ar-Ruwwat

Disiplin ini membincangkan tentang perawi-perawi (termasuk perawi thiqah pada asalnya) yang
terkena penyakit ikhtilat secara khusus, iaitu sejenis penyakit lupa yang disebabkan oleh faktorfaktor seperti umur yang lanjut, hilang daya penglihatan, hilang atau kemusnahan buku, atau

kerana terkena sesuatu musibah seperti kematian keluarga terdekat rumah terbakar dan
sebagainya. Antara rujukan utamanya ialah Kitab Al-Ightibat Biman Rumiya Bi Al-Ikhtilat oleh
Sibt Ibn Al-cAjami.
2.27

Al-Mudallisun Min Ar-Ruwwah

Disiplin ini membahaskan tentang perawi-perawi yang terlibat di dalam jenayah tadlis secara
khusus iaitu menyembunyikan kecacatan atau kelemahan yang ada pada sesuatu sanad
disamping menzahirkan keelokkan dan kekuatannya. Melalui tajuk ini perawi-perawi yang
terlibat telah dibahagikan kepada lima kumpulan yang berbeza tahap kesalahan dan riwayatnya.
Antara rujukan utamanya ialah Kitab Tarif Ahl At-Taqdis Bi Maratib Al-Mausufin Bi AtTadlis oleh Ibn Hajar Al-Asqalani.
2.28

Al-Mursilun Min Ar-Ruwwah

Disiplin ini memperkatakan tentang perawi-perawi yang terlibat di dalam periwayatan hadith
mursal secara khusus, iaitu hadith yang mana akhir sanadnya terputus selepas tabi cin. Antara
rujukan utamanya ialah Kitab At-Tabyin Li Asma Al-Mudallisin oleh Burhanuddin Al-Halabi.

BAB 3
ILMU-ILMU HADITH YANG BERKAITAN DENGAN MATAN

Ilmu-Ilmu Hadith Yang Berkaitan Dengan Matan

Al-Gharib Al-Hadith

An-Nasikh Wa AlMansukh

Musykil Al-Hadith

Lughah Al-Hadith Wa
Balaghatuhu

Hadith Maudhui

Mukhtaliful Al-Hadith
Wa Muhkamuhu

3.1

AL-GHARIB AL-HADITH
Gharib al-hadith ialah ilmu yang membicarakan tentang perkataan yang sukar difahami

maksudnya kerana terlalu jarang digunakan yang terkandung di dalam matan sesebuah hadith.
Kesukaran itu bukan sahaja bagi orang-orang awam, malah ianya dikira sukar juga bagi pakar
bahasa arab itu sendiri hingga mereka terpaksa mencari rujukan untuk menangganinya.
Contohnya ialah perkataan ( )yang terdapat di dalam matan sebuah hadith yang di

.
riwayatkan oleh Bukhari: (






Yang bermaksud: dan dia (Baginda Rasulullah saw) telah berkhalwat di gua hira untuk
beribadat di dalamnya. (Al-Bukhari, 1407H, Kitab Bad Al-Wahi, jil 1, ms. 30, no 3).
Begitu juga hadith-hadith tentang Ash-Shamail yang banyak menceritakan tentang sifatsifat fizikal baginda Rasulullah saw yang kebanyakkannya menggunakan istilah-istilah bahasa
yang sukar.
Kesimpulan yang diperolehi daripada perbahasan ulama, isu ini boleh ditanggani dengan
merujuk kepada salah-satu daripada empat rujukan berikut:
a. Kitab-kitab khusus yang mengumpul dan menghuraikan perkataan berkenaan seperti
kitab Gharib Al-Hadith oleh Abu cUbaid Al-Qasim Ibn Sallam, Kitab Gharib Al-Hadith
oleh Ibn Qutaibah, Kitab An-Nihayah Fi Gharib Al-Hadith oleh Ibn Al-Athir Al-Jazari
Dan Kitab Al-Faaiq Fi Gharib Al-Hadith oleh Az-Zamakhshari.
b. Shuruh kitab hadith (kitab-kitab sharah hadith)
c. Kamus atau mucjam yang utama seperti kamus Lisan Al- Carab oleh Ibn Manzur, Mucjam
Maqaayis Al-Lughah oleh Ibn Faris, Qamus Al-Muhit oleh Fairuz Abaadi dan lain-lain
d. Pakar bahasa arab.

3.2

MUSYKIL AL-HADITH

Ilmu ini membahaskan tentang sesuatu matan hadith sahih yang sukar difahami
maksudnya serta mengelirukan. Seperti sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan
Muslim:

((

))

Yang bermaksud: Allah menjadikan Adam mengikut bentuk kejadiannya. (Al-Bukhari, tt,
Kitab Al-Istizan, Bab Bad As-Salam, jil 11, ms.3 no 6227).
Maksud hadith ini nyata mengelirukan kerana ganti nama nya pada perkataan
kejadiaany tidak boleh dikembalikan kepada Allah swt untuk mengelak daripada tashbih
(menyamakan kejadian Allah dengan kejadian makhluk). Maka itu, maksud hadith ini mesti di
hurai dengan suatu huraian yang tidak membawa kepada unsur tashbih berkenaan, ianya boleh
dilakukan dengan merujuk kepada tafsiran dan huraian yang telah di buat oleh ulama baik dari
kalangan sahabat mahupun selepasnya, yang terdapat di dalam buku-buku huraian hadith yang
utama.
Dari sinilah timbulnya kepentingan disiplin ini lebih-lebih lagi bilangan hadith-hadith
soheh yang maksud matannya mengelirukan agak banyak, khasnya hadith-hadith yang
menyentuh perkara-perkara ghaib, zat dan sifat Allah, kejadian malaikat, para Nabi dan
sebagainya.
Antara rujukan khusus disiplin ini, ialah Kitab Sharh Mushkil Al-Aathar oleh Al-Tohawi
dan Kitab Mushkil Al-Hadith Wa Bayanuhu oleh Ibn Faurak.

3.3

MUKHTALIFUL AL-HADITH WA MUHKAMUHU


Mukhtalif al-hadith membicarakan tentang dua hadith soheh atau lebih yang bercanggah

maksudnya pada zahir antara satu sama lain, yang memerlukan kepada penyatuan atau
penyelarasan maksud tersebut. Manakala muhkam al-hadith pula adalah lawan kepada

mukhtalif al-hadith iaitu hadith-hadith sohih yang terselamat daripada percanggahan zahir makna
dengan hadith lain.
Disiplin ini adalah antara jenis ilmu matan yang terpenting selain daripada gharib alhadith dan musykil al-hadith. Kepentingannya dilihat kerana realiti membuktikan bahawa
terdapat banyak hadit-hadith sohih yang zahir matannya nampak bercanggah antara satu sama
lain. Sedangkan kesan daripada percanggahan zahir ini amat besar kerana ia bukan sahaja
menyukarkan kita untuk memahami sesuatu hadith atau isu, malah ia juga menyebabkan
berlakunya khilaf di kalangan ulama dalam menentukan hukum sesuatu masalah feqh.
Contohnya: hadith-hadith tentang pembatalan puasa bagi seseorang yang sedang
bermusafir. Dalam masalah ini ada dua kelompok hadith sahih yang telah diriwayatkan daripada
Baginda Rasulullah saw.

Kelompok pertama mafhumnya menunjukkan tidak wajar meneruskan puasa di dalam


safar seperti Hadith Jabir Ibn cAbdillah ra, bahawa: Rasulullah saw bersabda:

(( ))
maksudnya: berpuasa di dalam safar bukanlah daripada cirri-ciri kebaikkan. (AlBukhari, tt, Kitab As-Saum, Bab As-Saum Fi As-Safar, jil 4, ms.183, no 1946).

Kelompok kedua pula, mafhumnya menunjukkan sebaliknya, seperi hadith Ibnabbas ra


bahawa Rasulullah bersabda: ((( ....)),
maksudnya: maka siapa yang nak teruskan puasa (dalam safar) boleh teruskan dan
sesiapa yang nak buka boleh buka.
Kesan daripada percanggahan zahir inilah ulama khilaf dalam menentukan hukum

tersebut. Orang yang pertama sekali dikenal pasti mempopularkan perbahasan disiplin ini ialah
Imam As-Shafie melalui bukunya Ikhtilaf Al-Hadith, di mana beliau telah mengumpulkan
sebanyak 79 permasalahan feqh yang berlaku kerana percanggahan zahir hadith. Usaha ini
kemudiannya disambung oleh generasi ulama selepas beliau hinggalah ke hari ini.
Di peringkat awal kemunculannya, disiplin ini hanya di fokuskan kepada hadith-hadith
yang bercanggah sesama sendiri sahaja. Namun generasi pengkaji semasa telah meluaskan skop

perbahasannya kepada percanggahan yang berlaku antara hadith dengan perkara-perkara lain
seperti nas al-Quran, fakta-fakta dan penemuan-penemuan sains yang terbukti kebenarannya
serta realiti-realiti yang dapat ditangkap oleh pancaindera. Akhirnya lahirlah buku-buku khusus
yang membahaskan disiplin ini secara teori dan praktikal melalui perbahasan teori digariskan
pendekatan atau langkah yang telah diambil oleh ulama untuk menanggani isu-isu yang berkaitan
dengan disiplin ini.
Rujukan bagi disiplin ini terbahagi kepada tiga:

Rujukan umum iaitu semua buku sharah hadith


Rujukan khusus, iaitu buku-buku yang mengumpul mukhtalaf hadith sahaja dan
menghuraikannya, seperti kitab Imam Shafie di atas, Kitab Takwil Mukhtalif Al-Hadith
oleh Ibn Qutaibah Ad-Daidanuri, Kitab Sharh Mushkil Al-Aathar dan Sharh Maani Al-

Aathar keduanya oleh At-Tohawi dan lain-lain


Buku-buku yang membahas disiplin ini secara teori yang di dalamnya terdapat
perbahasan contoh-contoh mukhtalaf hadith, Seperti Kitab Al-Ihkam Fi Mukhtalif AlHadith Baina Al-Fuqaha Wa Al-Muhaddithin dan kesemua buku metod hadith yang
membahaskan disiplin ini.

3.4

AN-NASIKH WA AL-MANSUKH
Tajuk ini membicarakan tentang an-naskh iaitu pertukaran hukum yang lama dengan

hukum yang baru yang dilakukan oleh syara melalui hadith Rasulullah saw. Hadith yang
menasakh dinamakan an-nasikh manakala hadith yang dimansukhkan dinamakan al-mansukh.
Proses nasakh hukum ini hanya boleh diketahui melalui empat cara:

Penjelasan daripada Rasulullah saw sendiri tentang berlakunya nasakh hukum dalam
sesuatu masalah. Contohnya, seperti hadith Buraidah ra yang diriwayatkan oleh Muslim


bahawa Rasulullah saw bersabda:





Maksudnya: aku pernah melarang kamu daripada menziarahi kubur, tetapi sekarang
kamu ziarahlah kubur kerana ianya boleh mengigatkan akhirat.

Penjelasan daripada sahabat, contohnya seperti kata Jabir ra yang diriwayatkan oleh
Ashab As-Sunan Al-Arbaah:

((
















))
Maksudnya: pilihan terakhir yang dibuat oleh Rasulullah saw ialah tidak perlu
mengambil air sembahyang jika memakan makanan yang disentuh api.

Mengetahui sejarah sesebuah hadith. Misalnya, hadith Shaddad ibn Aus ra yang

diriwayatkan oleh abu daud bahawa rasulullah saw bersabda: ((







))
Maksudnya: puasa orang yang membekam dan orang yang dibekam adalah batal.
Hadith ini telah dinasakhkan oleh hadith Ibn Abbas ra yang diriwayatkan oleh muslim:

))((
Maksudnya: bahawa rasulullah saw pernah berbekam dalam keadaan baginda berihram
dan berpuasa.
Hadith Ibnu Abbas ini dikatakan menasakh hukum yang terdapat di dalam hadith shaddad
kerana kajian sejarah membuktikan bahawa hadith shaddad telah disabdakan oleh
Rasulullah saw pada zaman pembukaan kota Makkah iaitu pada tahun8H, sedangkan
peristiwa haji Baginda sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas berlaku pada
tahun 10H.

Melalui ijmac ulama. Contohnya, hadith riwayat Abu Daud dan At-Tirmizi bahawa

Rasulullah saw bersabda: ((







)) , yang bermaksud:
sesiapa minum arak hendaklah kamu menyebanya dan sekiranya ia ulang sehingga
empat kali, maka hendaklah kamu membunuhnya.
Imam Nawawi berkata: ijma ulama (bahawa orang yang minum arak sebanyak empat
kali hanya disebat sahaja bukan di bunuh) menunjukkan bahawa hadith tersebut telah
dimansukhkan. Walau bagaimanapun ini bukanlah bermakna ijma itu yang menasakhkan
hadith tersebut, tetapi ia sekadar menunjukkan bahawa di sana ada nasikhnya (nas yang
menasakhkan).

Disiplin ini, antara jenis-jenis ilmu hadith yang penting dan sukar untuk dikuasai. Orang
yang mula-mula sekali memashurkannya juga imam as-shafie. antara perbahasan utamanya
ialah mengenal kaedah-kaedah untuk memastikan berlakunya proses pertukaran hukum antara
hadith yang diriwayatkan. Manakala antara rujukan utamanya pula ialah kitab al-Itibar Fi AnNasikh Wa Al-Mansukh Min Al-Athar oleh Al-Hazimi dan Kitab An-Nasikh Wa Al-Mansukh
oleh Imam Ahmad.

3.5

LUGHAH AL-HADITH WA BALAGHATUHU


Melalui disiplin ini, beberapa isu seperti fungsi kesumberan sesuatu hadith di dalam

pengajian bahasa arab dan kedudukan nilai balaghah di dalamnya dibahaskan. Disiplin ini masih
dalam proses perkembangannya. Antara rujukan utamanya ialah Kitab Al-Bayan An-Nabawi
oleh Muhd Rajab Al-Bayumi.

3.6

HADITH MAUDHUI
Disiplin ini membahaskan tentang pengumpulan dan pengkajian makna terhadap hadith-

hadith yang berkaitan dengan sesuatu masalah, isu atau tajuk yang tertentu. Misalnya,
pengumpulan dan kajian makna terhadap hadith-hadith tentang ilmu, remaja, pembetukkan
keluarga dan sebagainya.
Antara rujukan utamanya ialah, Kitab Jami Al-Usul Fi Ahadith Ar-Rasul oleh Ibn AlAthir.

BAB 4
JENIS-JENIS ILMU METOD HADITH YANG BERSANGKUTAN DENGAN KEDUADUA SANAD DAN MATAN

Jenis-Jenis Ilmu Metod Hadith Yang Bersangkutan Dengan Kedua-Dua Sanad Dan Matan

1.Klasifikasi Hadith
Dan IstilahIstilahnya

Qawaid Naqd AlHadith

Takhrij Hadith
Nabawi

llal Al-Hadith

Hadith Tahlili

4.1

Al-Citibar Wal
Mutabic Wa AlSyahid

Turuq At-Tahammul
Wa Al-Ada

Al-Mubhamat
Minal Asma

Ziyadat AtThiqah

Klasifikasi Hadith Dan Istilah-Istilahnya

Disiplin ini membicarakan tentang pembahagian jenis-jenis hadith serta istilah-istilah dan
huraian yang telah dibuat oleh ulama kepada kesemua jenis-jenis tersebut. Ulama ulum al-hadith
telah mengklasifikasikan hadith kepada berbagai-bagai jenis berdasarkan keadaan dan ciri-ciri
yang ada pada hadith tersebut. Tujuannya ialah untuk membezakan antara jenis-jenis hadith serta
memudahkan mereka membuat kajian keatas hadith tersebut. Setiap jenis hadith diberikan
istilah, pengerian dan perbahasan yang tersendiri. Melalui pemerhatian yang menyeluruh
terhadap buku-buku metod hadith dapatlah kita bahagikan jenis hadith itu berdasarkan tujuh
dasar utama.

Jenis-jenis Hadith:

Berdasarkan bilangan perawi / sanad

Berdasarkan asal usul punca matannya


Berdasarkan seni keunikkan sanadnya
Berdasarkan persambungan sanadnya
Berdasarkan kedudukannya antara boleh dibuat amal atau tidak

Berdasarkan kedudukannya antara bersambung sanad atau tidak


Berdasarkan kesahihan dan kedhaifannya

4.1.1

Pembahagian Hadith Berdasarkan Bilangan Perawi / Sanad:

Dibawah dasar ini ulama telah membahagikannya kepada dua jenis:


Hadith Mutawatir

Hadith Ahad

Macnawi

Lafzi

Gharib
Mutlak

Aziz

Masyhur

Nisbi

Huraian yang lebih terperinci dan jelas mengenai tajuk ini akan dibincangkan dalam Bab 5 dan 6.

4.1.2

Pembahagian Hadith Berdasarkan Asal Usul Punca Matannya:

Berdasarkan dasar ini, ulama telah membahagikannya kepada empat bahagian:


Qudsi

Marfuc

Mauquf

Maqtuc

Perbahasan mengenai hadith-hadith ini akan dibincangkan dengan lebih terperinci dalam bab 6.

4.1.3

Pembahagian Hadith Berdasarkan Seni Keunikan Sanadnya:

Dibawah dasar ini, hadith boleh dibahagikan kepada tujuh bahagian:


Hadith

Riwayat AlMusalsal

Riwayat As-Sabiq
Wa Al-Lahiq

Riwayat Al-Ikhwah
Wa Al-Akhawat

Riwayat AlAqraan

Riwayat Al-Cali
Wa An-Nazil

Riwayat Al-Abnaa
C
an Al-Abaa

Riwayat Al-Abaa
C
an Al-Abnaa

Riwayat Al-Kabir
C
an Al-Soghir

1. Hadith Al-Musalsal
Definisinya:
Sesuatu hadith yang mana berlaku di dalam proses periwayatannya ikutan perawi
terhadap sifat, keadaan, cara atau gaya riwayat perawi sebelumnya.
Berdasarkan jenis ini, ulama telah membahagikannya kepada tiga jenis utama, iaitu:

Al-Musalsal

Musalsal berdasarkan
keadaan perawi

Perkataan

Perbuatan

Musalsal berdasarkan sifatsifat yang ada pada perawi

Perkataan &
Perbuatan

Lafaz
Periwayatan

Musalsal berdasarkan
sifat-sifat periwayatan

Zaman
Periwayatan

Al-Musalsal berdasarkan keadaan perawi, ianya terbahagi kepada tiga:

Tempat
Periwayatan
nn

Al-musalsal berdasarkan keadaan perawi dari segi perkataan, contohnya seperti


hadith riwayat Mucaz Ibn Jabal ra bahawa Rasulullah saw bersabda kepadanya:
Maksudnya: Wahai Mucaz! Sesungguhnya aku sayang kepadamu, maka hendaklah
kamu baca setiap kali selepas sembahyang doa (yang bermaksud): Ya Allah ya Tuhan
kami!, bantulah kami agar sentiasa mengingati kamu, sentiasa bersyukur kepada
kamu dan sentiasa melakukan ibadat yang baik kepada kamu. (Riwayat Abu Daud
dalam Bab Witir)
Semua perawi yang meriwayatkan hadith ini kepada murid mereka, mereka menyebut
ungkapan sesungguhnya aku sayang kepadamu. Maka dalam konteks inilah ia
dikatakan Musalsal.

Al-Musalsal berdasarkan keadaan perawi dari segi perbuatan, contohnya seperti kata
Abu Hurairah ra:
Maksudnya: Rasulullah saw telah memegang tanganku (secara tashbik) seraya
bersabda (maksdunya): Allah swt telah menjadikan bumi pada hari Sabtu. (Riwayat
al-Hakim, Macrifat cUlum al-Hadith)
Semua perawi yang terlibat didalam periwayatan hadith ini kepada murid mereka,
melakukan tindakan yang sama iaitu memegang tangan (secara tashbik).

Al-Musalsal berdasarkan keadaan perawi dari kedua-dua segi, iaini perkataan dan
perbuatan. Contohnya, seperti hadith Anas ra, bahawa Rasulullah saw bersabda:
Maksudnya: seseorang hamba itu tidak akan dapat mengecap kemanisan iman
sehingga dia beriman dengan qadar, sama ada baik, buruk, manis atau pahit.
Kemudian Baginda saw menggenggam janggutnya seraya berkata: aku beriman
dengan qadar sama ada baik, buruk, manis atau pahit. (Riwayat al-Hakim, Ma crifat
c

Ulum al-Hadith)
Semua, perawi yang meriwayatkan hadith ini kepada murid mereka, melakukan
perkara yang sama sambil berkata aku beriman dengan qadar sama ada baik, buruk,
manis atau pahit.
Al-Musalsal berdasarkan sifat-sifat yang ada pada perawi:
Dalam konteks ini, ia boleh dilihat dari beberapa aspek, seperti nama, nasab, bidang
kepakaran dan sebagainya. Misalnya:

Apabila semua perawi yang terdapat didalam rangkaian sesuatu sanad itu bernama

Muhammad, maka ia dikatakan Musalsal dari segi nama.


Apabila semua perawi terbabit terdiri dari ahli feqh, maka ia dinamakan Musalsal dari

segi persamaan perawi didalam bidang kepakaran yang tertentu.


Apabila perawi terbabit dinasabkan kepada nasab yang sama, sama ada nasab kepada
tempat seperti Makkah atau kepada qabilah seperti Tamim, maka ia dinamakan
Musalsal dalam konteks persamaan nasab tersebut.

Al-Musalsal berdasarkan sifat-sifat periwayatan.


Dalam konteks ini, ia boleh dibahagikan kepada tiga:

Berdasarkan lafaz periwayatan, seperti hadith Musalsal yang menggunakan lafaz

periwayatan (), (), ()


Berdasarkan zaman periwayatan seperti hadith Musalsal yang diriwayatkan di musim

haji, musim hari raya dan sebagainya.


Berdasarkan tempat periwayatan seperti, hadith Musalsal yang diriwayatkan di

Multazam, padang cArafah dan sebagainya.


Kepentingan dan faedahnya:
Menambahkan nilai kekuatan dan kesahihan sesuatu hadith dari segi kesinambungan
sanadnya. Ini kerana ciri-ciri yang ada pada sesuatu hadith musalsal menggambarkan betapa
proses periwayatannya berlaku secara langsung antara seorang perawi dengan perawi yang
lain. Dalam konteks ini al-Musalsal menjadi salah satu unsur sokongan tambahan yang
boleh membuktikan tidak berlaku sebarang unsur tadlis (penipuan) dalam periwayatan.
Hukumnya:
Sesuatu hadith musalsal tidak semestinya sahih, sebaliknya ia berkemungkinan sahih,
dhaif malah mauduc. Bergantung kepada keadaan sanad dan matannya secara keseluruhan.
Walau bagaimanapun, andainya ia sahih maka ia mempunyai nilai kekuatan tambahan
berbanding dengan riwayat yang tidak musalsal.
Sumber rujukannya:
Kitab al-Musalsalaat al-Kubra oleh As-Suyuti, yang terkandung didalamnya 85
hadith.

Kitab al-Manaahil As-Salsalah Fi Al-Ahaadith Al-Musalsalah oleh Muhd cAbd al-baqi


Al-Ayyubi. Di dalamnya terkandung sebanyak 212 hadith.

2. Riwayat As-Saabiq Wa Al-Lahiq


Definisinya:
Disiplin ini, membicarakan tentang dua orang perawi yang meriwayatkan hadith yang
sama dari seorang guru, sedangkan perbezaan umur antara mereka berdua amat ketara.

As-Sabiq, mewakili hadith yang diriwayatkan oleh perawi yang tua diantara dua

orang perawi tadi.


Manakala Al-Lahiq pula mewakili hadith yang diriwayatkan oleh perawi yang muda.

Hukumnya:
- Bergantung kepada keadaan sanad dan matannya secara keseluruhan.
3. Riwayat Al-cAli Wa An-Nazil
Definisinya:
Suatu disiplin ilmu yang membicarakan tentang sesuatu sanad yang mempunyai bilangan
perawi yang sedikit (secara vertical), berbanding dengan sanad lain yang meriwayatkan
hadith yang sama tetapi mempunyai bilangan perawi yang lebih ramai.

Al-cAli mewakili hadith-hadith yang sanadnya mempunyai bilangan perawi yang

sedikit.
An-Nazil pula mewakili hadith-hadith yang mempunyai bilangan perawi yang ramai.

Hukumnya:
- Bergantung kepada keadaan sanad dan matannya secara keseluruhan.
4. Riwayat Al-Aqraan
Definisinya:
Sesuatu hadith yang terdapat di dalam rangkaian sanadnya perawi-perawi yang sebaya,
seangkatan atau sezaman yang saling meriwayatkan hadith antara satu sama lain.
Hukumnya:

Tertakluk kepada keadaan sanad dan matannya secara keseluruhan.

5. Riwayat al-Ikhwah Wa al-Akhawat


Definisinya:
Sesuatu hadith yang terdapat di dalam rangkaian sanadnya perawi-perawi yang
mempunyai hubungan persaudaraan, yang saling meriwayat hadith antara satu sama lain.
Hukmunya:
- Tertakluk kepada keadaan sanad dan matannya secara keseluruhan.
6. Riwayat Al-Abnaa cAn Al-Abaa
Definisisnya:
Sesuatu hadith yang diriwayatkan oleh seorang anak daripada bapanya atau seseorang
anak daripada bapa dan bapa daripada datuknya hingga ke atas.
Jenis-jenisnya:
Berdasarkan definisi di atas ia terbahagi kepada dua jenia:

Riwayat anak daripada bapa. Jenis ii amat banyak, contohnya seperti riwayat Abu Al-

cUsharaa daripada bapanya.


Riwayat anak daripada bapa dan bapa daripada datuk dan seterusnya. Seperti riwayat
c

Amr Ibn Shucaib daripada bapanya dan bapanya pula daripada datuknya. Melalui

kajian terperinci yang telah dibuat oleh ulama, didapati bahawa yang dimaksudkan
dengan datuknya di sini ialah salah seorang sahabat Rasulullah saw yang masyhur
yang bernama Abdullah Ibn cAmr Ibn Shucaib Ibn Muhammad Ibn cAbdillah Ibn cAmr
Ibn al-cAss dan Shuacaib pula memang banyak menerima riwayat daripada datuknya
IbncAmr ra.
Kepentingan dan faedahnya:
Keunikkan yang ada dalam periwayatan seseorang anak daripada bapa dan datuk
mempunyai keistimewaan yang tersendiri kerana ia member nilai kekuatan tambahan
pada hadith dari segi persambungan sanadnya. Selain daripada itu, melalui perbahasan

jenis hadith ini juga dapat dikenal pasti siapakah sebenarnya ayah dan datuk seseorang
perawi yang terlibat di dalam periwayatan.
Sumber rujukannya:
Kitab Riwayat Al-Abnaa cAn Aabaaihim oleh cUbaidillah Ibn Sacid Al-Waaili.
Kitab Juz Man Rawa cAn Abihi cAn Jaddih oleh Ibn Abi Khaithamah.
Kitan Al-Washyu Al-Muclim Fi Man Rawa cAn Jaddih cAn An-Nabiyy saw oleh Alc

Alaai.

7. Riwayat Al-Abaa cAn Al-Abnaa


Definisinya:
Sesuatu hadith yang diriwayatkan oleh seorang bapa daripada anaknya.
Contohnya:
Seperti sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Al- cAbbas Ibn cAbd Al-Muttalib ra
daripada anaknya Al-Fadl ra bahawa, Rasulullah saw pernah menghimpunkan dua
sembahyang (Maghrib dan cIsyak) di Muzdalifah.
Kepentingan dan faedahnya:
Supaya orang tidak menyangka bahawa berlaku keterbalikan pada sanad sesebuah kitab
hadith kerana biasanya anak yang meriwayatkan sesebuah hadith daripada bapa, bukan
sebaliknya. Dari sudut yang lain, keunikkan ini menunjukkan betapa tawaduknya
seseorang perawi hingga sanggup menerima ilmu daripada orang yang lebih muda dan
lebih jahil daripadanya.
8. Riwayat Al-Kabir cAn Al-Sooghir
Definisinya:
Sesuatu hadith yang diriwayatkan oleh seseorang perawi yang besar (berwibawa)
daripada perawi yang kecil (kurang kewibawaan) daripadanya, baik dari segi umur,
tabaqat, ilmu, kepakaran dan sebagainya.

Jenis-jenisnya:
Riwayat perawi yang lebih tua umurnya dan lebih dahulu tabatnya daripada perawi
yang lebih muda dan lebih terkemudian. Seperti riwayat Az-Zuhri (124H) daripada

Syucbah (160H).
Riwayat perawi yang lebih alim daripada perawi yang kurang sedikit kealimannya,
seperti riwayat Imam Malik (179H) daripada cAbdullah Ibn Dinar (127H). sekalipun
Imam Malik lebih muda dari segi umurnya tetapi beliau lebih berwibawa dari segi

keilmuannya.
Riwayat perawi yang lebih tua, lebih alim dan lebih berwibawa daripada perawi yang
kurang sedikit dari segi umur, keilmuan dan kewibawaanya. Seperti riwayat al-

Barqani daripada al-Khatib kerana al-Khatib merupakan murid kepada al-Barqani.


Riwayat sahabat daripada tabicen, seperti riwayat Al-cAbaadilah daripada Kacab al-

Ahbar.
Riwayat Tabicen daripada Al-Atbaac, seperti riwayat Yahya Ibn Sacid Al-Ansari

daripada Imam Malik.


Riwayat bapa daripada anak, seperti yang telah dinyatakan dalam jenis ketujuh seperti
di atas.

Kepentingan dan faedahnya:


Untuk mengelakkan kekeliruan dengan menyangka bahawa berlaku keterbalikan dalam
rangkaian sanad atau supaya orang tidak menyangka bahawa perawi yang menyampaikan
riwayat (guru) lebih baik daripada perawi yang menerima riwayat (murid). Melalui
perbahasan jenis ini juga, terserlah sifat tawaduk dan tidak sombong perawi-perawi
hadith hingga sanggup menerima riwayat daripada orang yang lebih rendah
kedudukannya daripada mereka.
Sumber rujukan:
Ma Rawahu Al-Kibar cAn As-Sighar Wa Al-Aabaa cAn Al-Abnaa oleh Ishaq Ibn
Ibrahim Al-Warraq (403H).

4.1.4

Pembahagian Hadith Berdasarkan Persambungan Sanadnya


Dibawah dasar ini, ia terbahagi kepada dua jenis:

Al-Musnad

1. Al-Musnad

Al-Muttasil

Al-Muttasil

Al-Muttasil

Al-Muttasil

Definisinya:
Sesuatu hadith yang bersambung sanadnya secara marfuc (hingga kepada Rasulullah saw)
2. Al- Muttasil
Definisinya:
Sesuatu hadith yang bersambung sanadnya sama ada secara marfuc, mauquf (hingga
kepada sahabat sahaja) atau maqtuc (hingga kepada Tabicen sahaja).
Jenis-jenisnya terbahagi kepada tiga:
Al-Muttasil Al-Marfuc, seperti riwayat Malik mislanya daripada Az-Zuhri daripada
Salim Ibn cAbdullah daripada ayahnya Ibn cUmar daripada Rasulullah saw bahawa

Baginda bersabda:
Al-Muttasil Al-Mauquf, seperti hadith riwayat malik misalnya daripada Nafi c

daripada Ibn cUmar bahawa beliau berkata:


Al-Muttasil Al-Maqtuc, mengikut pendapat Al-cIraqi, kata-kata Tabicen tidak boleh
diguna istlah Al-Muttasil secara mutlak, sebaliknya ia hanya boleh digunakan secara
muqayyad (dengan menyebut nama Tabicen yang terbabit). Contohnya: hadith ini
bersambung hingga kepada Az-Zuhri. Ini untuk mengelakkan daripada berlaku
percanggahan makna dari segi bahasa kerana al-Maqtuc dari segi bahasa
bermaknayang terputus sedangkan Al-Muttasil pula bermakna yang bersambung.

4.1.5 Pembahagian Hadith Berdasarkan Kedudukannya Antara Boleh Dibuat Amal Atau
Tidak.

Apa yang dimaksudkan dengan boleh dibuat amal ialah jenis-jenis hadith maqbul (yang
boleh diterima kesabitannya) yang boleh diamal serta dijadikan dalil syara c iaitu: Al-

Muhkam dan An-Nasikh.


Manakala yang dimaksudkan dengan tidak boleh beramal ialah jenis-jenis hadith
maqbul yang tidak boleh diamal serta dibuat dalil syarac bukan kerana kedhaifannya

tetapi kerana ada sebab-sebab lain yang menghalang. Jenis-jenis ini ialah: Al-Mansukh,
Al-Musykil (sebelum dihilangkan kemusykilan dan difahami maksud sebenar) dan AlMukhtalif (sebelum diselaraskan makna dan difahami maksud sebenarnya).
Boleh diamal &
dijadikan hukum syarac

Al-Muhkam

Al-Nasikh

Tidak boleh diamal &


dijadikan hukum syarac

Al-Mansukh

Al-Mukhtalif

Al-Musykil

1. Al-Muhkam
Sesuatu hadith maqbul yang mana matan dan maknanya tidak bercanggah dengan manamana nas syarac yang lain. Jenis ini mewakili majority hadith yang telah diriwayatkan,
kerana mengikut kebiasaannya percanggahan makna tidak banyak berlaku (secara
relatifnya) antara sesebuah hadith yang maqbul dengan nas-nas syarac yang lain.
2. An-Nasikh
Sesuatu hadith yang menjadi dalil bagi sesuatu hokum yang baru untuk menukar hukum
yang lama yang terdapat di dalam dalil yang lain.
3. Al-Mansukh
Sesuatu hadith yang menjadi dalil bagi sesuatu hokum yang baru untuk menukar hukum
yang lama yang telah ditukar dengan hukum baru yang terdapat di dalam nas syara c yang
lain. (lawan kepada an-nasikh)

4. Al-Mukhtalif
Sesuatu hadith maqbul yang zahir maknanya bercanggah dengan nas syarac yang lain, dan
kedua-dua makna tersebut belum dapat diselaraskan. Andainya percanggahan itu dapat
dihapus dan diselaraskan maka ia bukan lagi dari jenis ini.
5. Al-Musykil
Sesuatu hadith maqbul yang sukar difahami maksud matannya dan masih mengelirukan.
Andainya kekeliruan itu dapat dihilangkan, maka ia bukan lagi dari jenis ini.

4.1.6

Pembahagian Hadith Berdasarkan Kedudukannya Antara Bersambung Sanad Atau


Tidak
Di bawah dasar ini terdapat dua jenis hadith:
Al-Mucancan

Al-Muannan

1. Al-Mucancan
Definisinya:
Sesuatu hadith yang mana proses periwayatannya yang berlaku antara seorang perawi
dengan guru dalam jalinan sanadnya menggunakan lafaz cAn.
Hukumya:
Penggunaan lafaz cAn dalam proses periwayatan tidak mengambarkan bahawa seorang
perawi itu menerima sesuatu riwayat hadith daripada gurunya secara langsung. Ini
berbeza dengan penggunaan lafaz As-Sama sepert (haddathana), (akhbarana), (sami ctu)
dan sebagainya yang menggambarkan berlakunya proses periwayatan secara langsung
antara murid dan gurunya. Oleh yang demikian, dalam keadaan di mana tidak dapat

dipastikan sama ada berlaku periwayatannya secara langsung antara seorang perawi dan
gurunya, maka ia membawa kemungkinan sama ada sanad itu bersambung atau
sebaliknya. Justeru, hadith jenis ini berada di dalam dua kemungkinan sama ada boleh di
terima atau sebaliknya, bergantung kepada keadaan sanadnya secara keseluruhannya.
Andai dapat dipastikan bahawa sanadnya bersambung dari awal hingga akhir, maka ia
boleh diterima, sebaliknya jika tidak dapat dipastikan perkara tersebut maka ia terpaksa
ditolak.
Syarat-syarat penerimaannya:
Oleh kerana hadith jenis ini berada di dalamdua kemungkinan seperti yang disebutkan di
atas,

maka ulama awal-awal lagi telah meletakkan syarat-syarat penerimaan hadith

tersebut sanadnya. Di antara syarat-syarat itu, dua daripadanya disepakati oleh semua
ulama, yang mana ianya diterima pakai oleh Imam Muslim dalam kitab sohihnya. Syaratsyarat tersebut ialah:

Al-Mucasarah. Iaitu hendaklah si murid dan si guru itu sempat hidup sezaman
(walaupun ditempat berlainan), asalkan ada kemungkinan untuk mereka berjumpa,

sekalipun tidak pernah terbukti bahawa mereka pernah berjumpa.


Hendaklah si murid itu bukan seorang Mudallis (perawi yang pernah melakukan
kesalahan tadlis iaitu sengaja menyembunyikan sesuatu kecacatan, kekurangan atau
kelemahan yang terdapat dalam sesuatu sanad hadith).

Manakala tiga syarat lagi tidak disepakati oleh ulama iaitu:


Kesabitan perjumpaan. Iaitu hendaklah terbukti bahawa si murid pernah berjumpa
dengan si guru walaupun sekali. Syarat ini ialah yang diterima pakai oleh Imam Al-

Bukhari, Ibn Al-Madani dan lain-lain.


Persahabatan yang lama, iaitu hendaklah si murid itu bukan sahaja pernah berjumpa
dengan si guru, malah lebih daripada itu beliau sempat berguru dan bersahabat dalam
tempoh masa yang lama. Syaraat ini diguna pakai oleh Abu Al-Muzaffar As-

Samcaani.
Hendaklah si murid itu bukan sahaja pernah berjumpa dengan si guru dan bukan
sahaja sempat berguru untuk jangka masa yang lama, malah lebih daripada itu beliau
hendaklah pula terkenal sebagai salah seorang daripada murid yang menerima riwayat

hadith daripada guru tersebut. Syarat ini ialah yang diguna pakai oleh Abu cAmr AdDani.
2. Al-Muannan
sesuatu hadith yang mana proses periwayatan yang berlaku antara seorang perawi dengan
guru dalam jalinan sanadnya menggunakan lafaz Anna ().
4.1.7

Pembahagian Hadith Berdasarkan Kesahihan Dan Kedhaifan

Pembahagian ini ialah pembahagian yang paling popular di dalam perbahasan ilmu Metod
Hadith. Di bawah dasar ini hadith di bahagikan kepada tiga jenis:
Hadith berdasarkan
kesahihan dan kedhaifan

Sahih

Hasan

Dhaif

Huraian yang lebih terperinci dan jelas mengenai tajuk ini akan dibincangkan dalam Bab 8.

4.2

Qawaid Naqd Al-Hadith

Disiplin ini membahaskan tentang kaedah-kaedah asas yang diterima pakai oleh ulama hadith
dalam usaha mereka mengkaji, menapis dan mengenal pasti kesahihan sesebuah hadith. Terdapat
empat punca utama yang menjadikan taraf sesebuah hadith itu dhaif, iaini:
1. Hadith dhaif berdasarkan sebab keterputusan sanad
2. Hadith dhaif berdasarkan sebab kewujudan cillah yang menjejaskan hadith
3. Hadith dhaif berdasarkan sebab kewujudan unsur percanggahan
4. Hadith dhaif berdasarkan sebab kedhaifan perawi.
4.2.1 Hadith Dhaif Berdasarkan Sebab Keterputusan Sanad:
Secara umum, dasar ini terbahagi kepada dua:

Hadith al-Munqatic
Hadith al-Mucdal
1.Keterputusan
sanad yang jelas
Hadith al-Mursal

Hadith al-Mucallaq

2.keterputusan
yang
tersembunyi(tidak
jelas)

Hadith al-Mudallas

4.2.2

Hadith al-Mursal
al-Khafi

Hadith Dhaif Berdasarkan Sebab Kewujudan cIllah Yang Menjejaskan Hadith:

Jenis ini terbahagi kepada enam, iaitu:

1. Al-Mucallal

2. Al-Mudraj

5. Al-musahhaf

3. Al-Maqlub

4. Al-Muttarib

6. Al-mazid Fi Muttasil al-Asanid

Disiplin ini diterangkan dengan lebih terperinci didalam Bab 9


4.2.3

Pembahagian

Hadith

Dhaif

Berdasarkan

Sebab

Percanggahan
Jenis ini terbahagi kepada dua, iaitu:

Ash-Shaz

Al-Munkar

Kewujudan

Unsur

Pada Sanad

4.2.4

Pada Matan

Hadith Dhaif Berdasarkan Sebab Kedhaifan Perawi:

Jenis ini terbahagi kepada dua, iaitu:

Al-cAdalah

Al-Dabt

Riw
ayat
alMut
asa
hil
Riw
ayat
Say
yi
alHif
z
Riw
ayat
alWa
hm
Riw
ayat
Sha

Riwayat al-Mubham

Riwayat al-Majhul

Riwayat al-Kafir

Riwayat al-Sobiyy

Riwayat al-Fasiq

Riwayat Makhrum al-

Riwat al-Mubtadic

Muruucah
Riwayat al-Muttaham Bi

Riwayat al-Majnun

al-Kazib
Riwayat al-Kazzab @
Hadith Maudhuc

did al-Ghafalah
Riwayat Faahish al-Ghalat

4.3

Takhrij Al-Hadith An-Nabawi

Cabang ilmu ini membahaskan tentang cara-cara mencari sesebuah hadith daripada sumbernya
yang asal serta cara-cara mengkaji hadith tersebut sehingga dapat ditentukan kedudukkannya
sama ada sohih boleh diterima atau dhaif dan perlu ditolak.

4.3.1

Al-Takhrij Menurut Definisi Ulama Hadith:

Apabila mereka berkata hadha al-hadith akhrajah fulan, ini bermaksud hadith ini disebut atau
dikemukakan dalam kitab mereka dengan sanad mereka. Oleh itu bolehlah dikatakan bahawa
ilmu al-takhrij disisi ahli hadith ialah, Hadith yang dikemukakan oleh pengarang dengan
sanadnya sendiri dalam kitabnya.
Mereka juga berkata, hadha al-hadith akhrajah fulan yang bermaksud akhrajahu. Oleh
itu kharraja dan akhraja, begitu juga al-takhrij dan al-ikhraj adalah membawa maksud yang sama
iaitu, hadith yang dikemukakan oleh pengarang dengan sanadnya sendiri dalam kitabnya.
Menurut al-Qasimi, ramai dikalangan ahli hadith selepas menyebut hadith tertentu
menggunakan ungkapan kharrajahu fulan atau akhrajahu yang bermaksud dhakarahu. Oleh
itu orang yang mengeluarkan hadith ialah seseorang yang mengemukakan riwayat tertentu
seperti al-Bukhari dan lain-lain.

4.3.2

Tujuan Takhrij

Tujuan ilmu al-takhrij ialah sebagai sumber sesuatu hadith atau tempat terbit hadith dan
mengenal pasti kedudukan sesuatu hadith samada diterima atau ditolak.

4.3.3

Faedah Takhrij

Terdapat banyak faedah yang kita dapat perolehi dengan menguasai ilmu takhrij ini, antaranya:
1.
2.
3.
4.
5.
6.

Mengenali rujukan dan sumber-sumber al-hadith


Pengumpulan sebanyak mungkin sanad-sanad hadith.
Mengenali perihal al-Isnad dengan cara meneliti turuq hadith
Memperkenalkan perihal hadith tertentu berdasarkan turuq hadith berbilang-bilang
Memperkuat martabat hadith dengan banyak turuqnya
Mengetahui satu atau lebih hokum hadith yang dikemukakan oleh para ulama hadith dan

pendapat-pendapat mereka sama ada sahih atau sebaliknya.


7. Membezakan yang al-Muhmal dikalangan perawi-perawi al-Isnad
8. Menentukan yang al-Mubham pada hadith
9. Menghilangkan kecurigaan pada can-canah al-Mudalis
10. Melenyapkan rasa curiga terhadap sesuatu riwayat yang bersumber daripada perawi yang
bercelaru atau bercampur.
4.3.4

Kaedah-Kaedah Takhrij

1. Al-Takhrij Menerusi Cara Mengetahui Rawi Al-Hadith Di Kalangan Sahabat


Kaedah pertama di atas ini digunakan ketika nama seseorang sahabat itu disebut dalam sesebuah
hadith yang hendak ditakhrijkan. Sebaliknya sekiranya nama sahabat tidak disebut di dalam
hadith dan kita pula cuba mencarinya dengan cara lain maka kita mungkin menggunakan kaedah
Ini.

Sekiranya nama sahabat disebut dalam hadith atau diketahui menerusi cara mana
sekalipun seterusnya kita ingin menggunakan kaedah ini, maka sewajarnya kita berpandukan
kepada tiga jenis hasil karya berikut:
i.
ii.
iii.

al-Masanid
al-Macajim yang disusun mengikut nama-nama sahabat.
Kutub al-Atraf

(a) al-Masanid
Al-Masanid merupakan kitab-kitab hadith yang disusun oleh penyusunnya berdasarkan kepada
sanad-sanad nama sahabat. Iaitu mereka menghimpunkan hadith-hadith yang terbatas kepada
setiap sahabat tertentu.
Al-Masanid yang dikarang oleh para ulama hadith begitu banyak sehingga ada yang
mengatakan seratus musnad atau lebih.

Al-Kattani menyebutkan dalam al-Risalah al-

Mustatrafah, bahawa terdapat 82 musnad dan beliau menegaskan lagi bahawa al-Masanid begitu
banyak lagi (Muhammad bin Jacafar al-Kattani: 1383H : 74).
Dalam al-Musnad nama-nama sahabat ada kalanya ia disusun mengikut huruf-huruf
abjad dan ada kalanya pula disusun mengikut mereka yang terdahulu memeluk Islam, atau
kabilah-kabilah atau negeri-negeri atau sebagainya. Tetapi penyusunannya menggunakan hurufhuruf abjad adalah lebih mudah untuk memperolehinya. Begitulah keadaan biasa dan yang lebih
dikenali dalam al-Masanad dan tertibnya. Al-Musnad di sisi ulama hadith juga didefinisikan
sebagai kitab-kitab yang tersusun berdasarkan bab-bab dan huruf-huruf abjad bukan berdasarkan
Sahabat.

Keadaan ini berlaku kerana hadith-hadith yang di dalamnya disusun dan ditulis secara
bersanad dan marfuc kepada Rasul Allah s.w.t. seperti musnad yang tersusun
mengikut bab-bab fiqh.
Di bawah ini dibawakan beberapa contoh nama-nama sesetengah al-Masanid:
1.( wafat 241 H)
2. ( wafat 219 H)

3. ( wafat 204 H).


4. ( wafat 212 Hijrah).
5. ( wafat 307H).
6.( wafat pada 249H).
Berikut ini akan dikemukakan penjelasan satu sahaja di antara kitab-kitab di atas iaitu
Musnad Ahmad bin Hanbal. Kitab ini merupakan antara kitab yang terpenting dan mashur yang
disusun secara musnad dan dianggap tertinggi darjatnya. Ia mengandungi 30,000 hadith dan jika
termasuk yang berulang-ulang berjumlah 40,000 hadith.

Cara susunan Musnad Ahmad bin Hanbal:

Beliau memulakan dengan masanid Khulafa' al-Rashidin yang empat Kemudian baki sepuluh
orang lagi di kalangan al-Mubashshirin bi al-Jannah (sahabat yang dijamin masuk syurga).
Kemudian mengemukakan musnad-musnad yang empat di kalangan sahabat. Kemudian musnadmusnad Ahli Bayt, musnad-musnad pembesar al-Sahabah dan yang termashur di kalangan
mereka, musnad, Ahli Mekah, Sham, Kufah, Basrah, al-Ansar dan al-Nisa' (sahabiyyah). Di
pertengahan musnad al-Nisa disebut pula musnad para qabilah dan sebahagian hadith-hadith
Abu al-Darda'. Namun begitu musnad Imam Ahmad secara umum memiliki kekurangan dari
sudut. al-Tabwib (klasifikasi bab-bab) dan penyusunan. Oleh itu menurut al-Hafiz al-Dhahabi
musnad ini perlu diedit dan disusun semula. Terdapat pelbagai cetakan musnad Ahmad di Mesir
dan di dunia Islam. Di antaranya ialah cetakan al-Maymamah Mesir dan sebagainya.
(b) al-Macajim yang disusun mengikut nama-nama sahabat.
Kitab yang berbentuk demikian merupakan antara sumber rujukan yang disusun mengikut namanama sahabat yang menjadi rujukan pengkaji untuk melakukan kerja al-Takhrij apabila
bersamanya nama seorang perawi hadith di kalangan para sahabat.
Kitab yang termashur disusun mengikut cara di atas secara mutlak ialah al-Mu cjam alKabir oleh al-Tabarani yang wafat pada 360 hijrah. Kitab ini memuatkan sekitar enam puluh ribu

hadith. Apabila disebut sahaja al-Mucjam atau ungkapan maksudnya ialah alMucjam al-Kabir karya al-Tabarani.
Oleh itu apabila disebut selain dari kitab al-Tabarani di antara kitab-kitab mu cjam yang
lain, maka perlulah dikhususkan seperti al-Mucjam al-Saghir atau Mucjam al-Sahabah dan
begitulah seterusnya (Muhammad cUthman al-Khusht: t.th.: 142).
(c) Kutub al-Atraf
Al-Atraf adalah kata jamak dari Tarafa dan Tarf al-Hadith bermaksud; sebahagian daripada
matan al-hadith yang menunjukkan matan seterusnya, seumpama hadith dan hadith
( dan begitulah seterusnya (Dr. Mahmud al-Tahhan: 1417/1996: 48).
Pengarang kitab-kitab al-Atraf pada kebiasaannya

menyusun nama-nama sahabat

mengikut huruf hijaiyyah. Setelah itu diikuti dengan Tarf al-Hadith yang diriwayat oleh sahabat.
Seterusnya barulah dikemukakan semua sanad-sanad menerusi tariq sahabat tertentu tadi yang
terdapat sanad-sanadnya dalam kitab-kitab hadith kesemuanya atau dalam kitab-kitab tertentu.
Sebahagian mereka menyebut isnad secara sempurna dan setengahnya pula terhad kepada
sebahagian isnad sahaja, sebagaimana juga tidak disebut matan hadith dengan lengkap dan tidak
semestinya sesuatu al-Tarf yang disebutkan daripada nas al-hadith tertentu itu diberi dengan
lafaz yang asal.
Kitab al-Atraf ini mempunyai banyak kelebihan, antaranya ialah:
i.

Mengetahui Asanid al-Hadith yang pelbagai yang terhimpun pada satu tempat. Keadaan
ini

memudahkan

kita

untuk

membuat

kajian,

membuat

perbandingan

dan

menghukumkannya.
ii.

Begitu juga mudah untuk meneliti ke atas makhraj-makhraj hadith daripada empunyaempunya sumber-sumber rujukan asal terhadap sesuatu hadith dan nama bab.

iii.

Mengetahui bilangan periwayatan seseorang sahabat dalam sumber rujukan kitab-kitab


al-Atraf.

Di antara Kutub al-Atraf yang terpenting yang boleh dijadikan sumber rujukan kepada
para pengkaji adalah kitab karya al-Mizzi (wafat 742H). Yang bertajuk
Imam al-Mizzi telah menghimpun dalam kitab ini atraf al-Kutub al-Sittah dan sebahagian kitab
yang bersangkutan dengan al-Kutub al-Sittah. Kitab ini mengandungi lebih kurang 19,595
hadith.
2. Al-Takhrij Menerusi Cara Mengenal Pasti Awal Lafaz Daripada Matan Hadith
Kaedah di atas boleh digunakan ketika pengkaji benar-benar pasti mengetahui awal kalimat
daripada matan hadith kerana tanpanya menyebabkan kita menghabiskan masa begitu sahaja
tanpa faedah.
Di antara hasil karya yang boleh membantu menggunakan kaedah di atas ialah tiga jenis
sebagaimana di bawah ini:
i.

Kitab-kitab yang disusun yang mengandungi hadith-hadith yang masyhur menjadi

ii.

sebutan .
Kitab-kitab yang disusun itu mengandungi hadith-hadith mengikut tertib huruf al-

iii.

Mucjam.
Senarai-senarai kandungan yang disusun oleh ulama bagi kitab-kitab tertentu.
3. Al-Takhrij Dengan Cara Mengetahui Kalimah Yang Jarang Digunakan Di ManaMana Bahagian Matan Hadith

Kaedah ketiga ini boleh dilakukan dengan bantuan kitab karya kumpulan orientalis yang bertajuk
Apabila bersama kita sebuah hadith atau sebahagian
daripadanya sahaja dan kita ingin mengetahui di mana tempat-tempat beradanya di kalangan alKutub al-Sittah, sewajarnya kita mengunakan kaedah ini. Kerja al-Takhrij ini boleh dimulakan
dengan mengambil atau memilih kalimah yang jarang digunakan daripada kalimah-kalimah yang
ada pada hadith yang hendak ditakhrij. Setelah itu pengkaji hendaklah mencari kalimah
berkenaan dalam di atas. Kitab ini menyajikan indeks sembilan buah kitab sunnah
yang menepati kaedah al-Mucjam. Kitab-kitab tersebut ialah Sahih al-Bukhari, Sahih Muslim,
Sunan Abu Daud, Sunan al-Nasa'i, Sunan Ibn Majah, Muwatta' Malik, Musnad Ahmad dan alDarimi.

4. Al-Takhrij Menerusi Kaedah Mengetahui Tajuk Hadith


Kaedah keempat di atas dianggap antara kaedah-kaedah terpenting dalam melakukan kerja alTakhrij. Di antara perkara penting yang perlu dilakukan untuk melakukan kerja al-Takhrij dengan
menggunakan kaedah keempat di atas adalah seperti berikut:
Para pengkaji hendaklah terlebih dahulu menentukan tajuk atau beberapa tajuk yang
munasabah dan sesuai diletakkan sebagai tajuk hadith mereka.
Setelah tajuk ditentukan langkah kedua hendaklah pengkaji bersegera mendapatkan
sumber-sumber rujukan yang disusun berdasarkan tajuk-tajuk. Setelah itu pastikan ia
terletak di bawah kitab atau abwab apa dan kemudian barulah pergi mencarinya di bawah
tajuk-tajuk kecil seperti:
""

Bagaimanapun pengkaji yang menggunakan kaedah ini hendaklah memiliki kemahiran


yang mendalam dalam menentukan tajuk yang diperolehi melalui penelitian dan intisari

yang diperolehinya menerusi hadith tertentu.


Di bawah ini disenaraikan di antara kitab yang dianggap boleh membantu pengkaji dalam
usaha melakukan kerja al-Takhrij menerusi kaedah keempat ini seperti berikut:
- Berdasarkan al-Jawamic iaitu kitab-kitab yang merangkumi semua tajuk-tajuk
berkaitan dengan agama dan disusun mengikut bab-bab seperti:
Al-Jamic al-Sahih oleh Imam al-Bukhari.
Al-Jamic al-Sahih oleh Imam Muslim.
Al-Jamic oleh Imam al-Turmudhi yang dikenali juga dengan sunan al-Turmudhi.
- Al-Sunan iaitu kitab-kitab yang terkumpul di dalamnya hadith-hadith al-Ahkam yang
marfuc disusun mengikut bab-bab fiqh seperti :
Sunan al-Nasa'i
Sunan Abi Dawud
Sunan Ibn Majah
Sunan al-Turmudhi atau Jamic al-Turmudhi.
Sunan al-Darimi
Sunan al-Daraqutni
- al-Musannafat yang mengandungi hadith-hadith yang al-Marfuc, al-Mawqufah, alMaqtucah yang tersusun mengikut bab-bab, seperti:

Musannaf Ibn Abi Shaybah


Musannaf Baqi Ibn Makhlad
Musannaf Abi Salamah
Musannaf cAbd al-Razzaq
- Al-Muwatta'at iaitu yang mengandungi hadith-hadith yang al-Marfuc, al-Mawquf, dan
al-Maqtuc yang disusun mengikut bab-bab fiqh, seperti Muwatta' Imam Malik.
Al-Mustakhrajat, apabila seorang pengarang pergi kepada sesuatu kitab daripada

kitab-kitab hadith. Kemudian dia mengeluarkan hadith-hadithnya dengan sanadsanadnya sendiri yang bukan tariq empunya kitab tertentu tadi. Maka bertemu dan
berhimpun bersamanya pada seorang gurunya atau orang yang di atasnya. Contoh
i.
ii.

kitab al-Mustakhrajat ialah sebagaimana berikut:



5. Al-Takhrij Dengan Cara Membuat Penelitian Terhadap Al-Hadith Dari Sudut


Matan Dan Sanad
Maksudnya ialah penelitian secara teliti perihal-perihal hadith dan sifat-sifatnya yang terdapat
dalam matan hadith atau sanad tertentu. Kemudian diikuti dengan perbahasan berhubung
makhraj hadith tertentu tadi menerusi cara mengetahui perihal atau sifatnya dalam kitab-kitab
tertentu yang dikarang untuk mengumpulkan hadith-hadith yang mempunyai sifat tersebut pada
matan atau sanad.
Di sini disebutkan sebahagian contoh sahaja sebagai qias kepada yang lain dan dimulakan
dengan melihat sifat-sifat atau keadaan-keadaan yang ada pada matan dahulu, kemudian yang
ada pada sanad dan akhirnya yang ada pada keduanya sebagaimana berikut:

(i) Pada Matan

Apabila terlihat pada matan hadith tanda-tanda kepalsuan, sama ada kerana ada kecanggungan
pada lafaz, kerosakan makna atau bertentangan dengan nas al-Qur'an yang jelas dan
seumpamanya, maka cara yang termudah untuk mengetahui makhrajnya adalah dengan
menelitinya dalam kitab-kitab al-Mawducat. Seringkali ditemui, di samping takhrij hadith
tersebut dinyatakan sekali orang yang memalsukannya serta sebab kepalsuannya. Sebahagian
kitab al -Mawducat disusun mengikut huruf-huruf dan sebahagian lagi disusun mengikut babbab.
Contoh-contoh kitab bentuk di atas yang disusun mengikut huruf ialah,
oleh al-Shaykh cAli al-Qari al-Harawi (wafat 1014H). Manakala contoh kitab yang disusun
mengikut abwab antaranya ialah, oleh Abu alHasan cAli bin Muhammad bin cIriq al-Kanani (wafat 963H).
Jika terdapat pada hadith-hadith al-Qudsi maka rujukan termudah untuk mengetahuinya
adalah dengan merujuk kitab-kitab hadith yang dikarang semata-mata mengumpulkan hadith alQudsi. Kitab-kitab jenis tersebut selain dari menyebut hadith, disebut juga oleh pengarangnya
para ulama yang mengemukakan hadith tersebut seperti kitab, oleh Muhiddin
Muhammad bin cAli bin cArabi al-Hatimi al-Andalusi (wafat 638H) dan karya cAbd al-Ra'uf alManawii(wafat 1031H) bertajuk
(ii) Pada al-Sanad
Apabila terdapat pada sanad perkara-perkara yang halus berkenaan Isnad umpamanya terdapat
bapa meriwayatkan hadith daripada anaknya, maka rujukan termudah untuk mentakhrijkannya
adalah kitab-kitab seumpama, oleh Abu Bakar Ahmad bin Ali al-Khatib alBaghdadi (wafat 463H) dan la
Kalau terdapat isnad al-musalsal, maka rujukannya adalah kitab-kitab seperti,
oleh al-Suyuti dan oleh Muhammad bin cAbd. alBaqi al-Ayyubi.
Apabila terdapat isnad mursal maka gunakanlah kitab-kitab seperti oleh
Abu Daud al-Sajastani dan oleh Ibn Abi Hatim (wafat 327H).

(iv)

Apabila terdapat dalam sanad rawi yang da cif gunakanlah kitab seperti oleh
al-Dhahabi (al-Tahhan: 1996M, 130-131)

(iii) Pada al-Matan dan al-Sanad


Di sana terdapat sifat atau perihal yang kadang-kadang ada pada sanad dan kadang-kadang pada
matan seperti al-cIllah dan al-Ibhm.

Sekiranya hadith-hadith yang terdapat di dalamnya

sebarang masalah seperti di atas boleh dibahas dan dikaji menerusi kitab-kitab yang ditulis
secara khusus. Di antara kitab-kitab tersebut ialah:
A. cIlal al-Hadith oleh Ibn Abi Hatim al-Razi. Iaitu kitab yang disusun mengikut bab-bab.
Di bawah bab tertentu disebut pula hadith-hadith yang mengandungi al- cIllah dan
diperjelaskan sebab kecacatan hadith-hadith tersebut dengan baik.
B. Al-Asma' al-Mubhamah fi al-Abna' al-Muhakkamah, karya al-Khatib al-Baghdadi. Kitab
ini mengemukakan hadith-hadith yang terdapat pada matan-matannya nama-mana yang
disebut secara mubham. Kemudian diterangkan nama yang mubham tadi dengan
mengutarakan hadith dari sanad lain yang disebut namanya secara jelas.
C. al-Mustafad min mubhamat al-Matn wa al-Isnad karya Abu Zurcah Ahmad bin Abd. alRahim al-cIraqi (wafat 826H) yang disusun mengikut bab-bab fiqh.

6. Takhrij Hadis Berkomputer


Dewasa ini perkembangan sains dan teknologi (S&T) pesat sekali. Kepesatan perkembangannya
telah membentuk satu dimensi baru dalam penerusan survival hidup di mana ia bukan sahaja
membantu kerja-kerja seseorang itu bahkan ianya juga mempercepatkan kerja mereka.
Kepesatan pembangunan teknologi ini bukan sahaja melibatkan aspek-aspek yang berbentuk
akademik bahkan ianya telah mula menjalar ke dalam bidang-bidang yang ada hubungkait
dengan keagamaan.
Di antara program hadis berkomputer yang terdapat dalam pasaran sekarang ialah alMawsucah al-Dhahabiyyah, al-Ahadith al-Daifah, al-Alfiyyah, al-Bayan, al-Kutub al-Tis cah dan
sebagainya.

Faedah Takhrij Hadith Berkomputer

Ia mempercepatkan carian sesuatu hadis.


Ia menghimpunkan jumlah kitab yang banyak dalam satu CD ROM. Ini dapat

membantu pengguna meminimakan ruang yang digunakan.


Ia menghimpunkan kata-kata ulama hadis terhadap seseorang perawi. Ini
memudahkan seseorang pelajar untuk menganalisa seseorang perawi itu dengan lebih

cepat dan efisyen.


Ia mengandungi kitab-kitab yang susah didapati di mana-mana perpustakaan. Ia
bukan sahaja memberi peluang kepada pengguna untuk mengenali kitab-kitab
tersebut bahkan dapat mengelakkannya daripada lenyap dan hilang daripada

khazanah ilmu Islam.


Ia membantu proses pengumpulan hadis yang sama dalam masa yang singkat. Ini
dapat meminimakan tenaga pengguna serta memberikanya ruang yang lebih besar

4.4

untuk proses analisa hadis-hadis tersebut.


Ia memudahkan serta mempercepatkan proses print dan cetakan tanpa perlu
mengeluarkan belanja tanbahan untuknya. Ia menjimatkan kos dan masa.
Contoh Program Hadith Berkomputer
- Al-Mawsucah Al-Dhahabiyyah

Hadith Tahlili

Disiplin ini membicarakan tentang kaedah menganalisa sanad dan matan sesebuah hadith untuk
mengetahui kedudukan sanad dan maksud sebenar hadith tersebut. Aspek penganalisaan
biasanya melibatkan takhrij hadith bagi memastikan sumbernya, kajian riwayat hidup perawi

yang terlibat di dalam periwayatan hadith tersebut, kajian Latoif Al-Isnad (ciri-ciri keunikkan
dan keistimewaan sanad), kajian bahasa dan balaghah serta pengajaran yang boleh dipetik
daripada hadith tersebut. Kesemua kitab shuruh hadith dikira sebagai rujukan bagi disiplin ini.
Al-Ictibar Wa Al-Mutabic Wa As-Shahid

4.5

Al-Ictibar bermaksud satu proses pencarian dan penjelasan sanad hadith yang diriwayatkan
secara berseorangan oleh seorang perawi bagi memastikan adakah ada perawi lain (dalam
tabaqat yang sama) yang turut meriwayatkan hadith tersebut. Dengan perkataan lainnya ia
bermaksud satu proses penjejakan untuk mencari al-mutabic dan as-shaahid.

Al-mutabic bermaksud sanad yang kedua dari seseorang sahabat yang sama, yang

meriwayatkan sesebuah hadith.


As-shaahid bermaksud sanad kedua dari sahabat yang berlainan yang meriwayatkan
hadith yang sama maknanya dengan sahabat yang pertama.
Tujuan pencarian al-mutabic dan as-shaahid ialah untuk menguatkan nilai kesahihan

sesebuah hadith melalui sokongan keduanya.


Misalnya sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Imam As-Shafice daripada Imam Malik
daripada Abdullah bin Dinar daripada Ibnu Umar daripada Rasulullah saw. Kemudian melalui
Ictibar di dapati hadith yang sama diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari daripada Abdullah bin
Maslamah Al-Qacnabi daripada Imam Malik daripada Abdullah bin Dinar daripada Ibnu cUmar
daripada Rasulullah saw. Dan melalui proses yang sama juga di dapati hadith yang sama telah
diriwayatkan oleh Imam An-Nasai daripada Muhd bin Hunain daripada Ibn Abbas daripada
Rasulullah saw. Maka riwayat Imam Bukhari itu digelar al-mutabic manakala riwayat Imam anNasai pula digelar as-shaahid.
4.6

Turuq At-Tahammul Wa Al-Ada

Disiplin ini membahaskan tentang cara-cara meriwayatkan hadith, cara-cara menerima riwayat,
cara-cara menulis riwayat dan lafaz-lafaz yang digunakan oleh perawi dalam penyampaian dan
penerimaan riwayat.

Kelayakkan mendengar dan menerima hadith:


Terdapat beberapa pendapat tentang umur yang melayakkan seseorang mendengar atau
menerima hadith bagi membolehkan hadith yang diriwayatkan itu diterima, ada yang
mengatakan sekurang-kurangnya umur pendengar atau penerima tersebut 13 tahun dan ada pula
yang mengatakan 15 tahun, 20 tahun dan sebagainya. Walau bagaimanapun, menurut
kebanyakkan ahli hadith seorang kanak-kanak yang telah mumaiyiz layak mendengar dan
mempelajari hadith. Menurut al-Khatab al-Baghdadi, pendapat ini benar.
Mereka bersandarkan kepada amalan para muhaddithin yang menerima hadith daripada
kanak-kanak ketika kanak-kanak itu belajar atau menerima hadith ketika masih kecil tetapi sudah
mumaiyyiz, sebagaimana yang diriwayatkan oleh Mahmud bin al-Rabic, cAbdullah bin Zubair,
cAbdullah bin Abbas dan lain-lain. Para ulama menerima hadith mereka tanpa menerangkan
umur mereka dan sama ada semasa menerima hadith itu mereka telah baligh atau belum. Hanya
yang dijelaskan mereka telah mumaiyyiz.
Kelayakkan meriwayat atau menyampaikan hadith:
Jumhur ulama hadith dan feqh telah ijmac bahawa perawi-perawi ayng diterima hadith mereka
hendaklah merupakan seorang muslim, baligh, cadil dan dhabit.
Cara-cara menerima riwayat hadith:
Terdapat beberapa cara menerima hadith. Cara-cara ini boleh diringkaskan kepada lapan cara
iaitu:

1. Mendengar lafaz guru yang disebut ( )


Maksudnya disini, guru membaca hadith daripada ingatan atau berpandukan kitab,
manakala murid-murid yang hadir mendengar bacaan guru tersebut. Menurut
kebanyakkan ulama cara ini ialah cara yang paling tinggi.
2. Membaca kepada guru yang disebut ()

Ramai di antara ulama hadith yang menamakannya sebagai pembentangan, kerana


pembaca membentangkan bacaan kepada guru. Ada juga yang menamakan sebagai
pembentangan bacaan.
3.
Ijazah ialah, seorang muhaddith member izin kepada seseorang yang tertentu atau
beberapa orang yang tertentu untuk meriwayatkan sebahagian yang tertentu daripada
hadith yang ada padanya tanpa dibaca terlebih dahulu atau dibaca sebahagian
daripadanya sahaja.
4.
Munawalah ialah, seorang muhaddith atau guru menunjukkan kepada murid satu hadith
atau beberapa hadith atau pun sebuah kitab supaya murid itu meriwayatkan hadith atau
kitab tersebut daripadanya.
5.
Iaitu, seorang calim menulis hadith dengan tangannya sendiri atau ia menyuruh orangorang lain menulis untuk diberikan kepada seseorang murid yang hadir bersama-samanya
atau kepada murid yang tidak hadir dan disampaikan kepada murid itu melalui seorang
thiqah.
6. Menghulurkan kitab kepada murid yang disebut ()(
Seorang guru atau muhaddith memberitahu murid bahawa hadith atau kitab ini ialah kitab
yang telah diriwayatkan atau didengarnya daripada gurunya tanpa member ijazah untuk
meriwayatkan hadith atau kitab tersebut.
7. Wasiat guru yang disebut ()
Ialah, seorang calim atau muhaddith mewasiatkan hadith yang telah diriwayatkan kepada
seorang yang lain. Sebelum beliau meninggal dunia atau bermusafir.
8.
Maksudnya ialah, pengambilan hadith daripada lembaran atau kitab tanpa ijazah dan
tanpa munawalah. Ini bermaksud seorang mendapati hadith dalam sebuah kitab hadith
yang ditulis oleh orang yang sezaman dengannya atau tidak sezaman dengannya, dengan
syarat thabit kebenaran kitab atau sahifah itu kepada penulisnya.
Lafaz-lafaz yang digunakan:

Seorang guru menggunakan lafaz , , semasa ia mengajar. Antara lafaz


tersebut yang paling tinggi sekali kedudukannya ialah

, kemudian atau

4.7

Al-Mubhamat

Disiplin ini membicarakan tentang individu yang terlibat di dalam sanad atau matan hadith tetapi
nama mereka tidak disebut, sebaliknya hanya disebut pengenalan yang bersifat umum seperti
seorang lelaki, seorang perempuan, seorang anak lelaki, seorang anak perempuan, seorang suami
dan sebagainya.
Faedahnya dari segi sanad antara lainnya ialah mengenal pasti perawi yang terlibat dalam
sesuatu sanad bagi menentukan kesahihan sanad tersebut, manakala dari segi matan pula ialah
untuk mengetahui individu yang terlibat dalam sesuatu peristiwa atau kisah yang terdapat
didalam sesuatu matan hadith
Cara untuk mengetahui identiti perawi mubham ialah dengan mengumpul riwayat
sesebuah hadith seberapa banyak yang mungkin kemudian mencari identiti perawi tersebut
berdasarkan riwayat-riwayat yang terkumpul itu. Atau dengan merujuk kepada buku sirah dan
sejarah islam. Antara rujukan utama disiplin ini ialah Kitab Al-Mustafad Min Mubhamat AlMatn Wa Al-Isnad oleh Al-cIraqi.
4.7

Ziadat Ath-Thiqah

Disiplin ini membincangkan tentang maklumat-maklumat tambahan yang terdapat pada sanad
atau matan sesebuah hadith yand diriwayat oleh seseorang perawi thiqah, yang tidak ada di
dalam riwayat perawi-perawi thiqah yang lain yang meriwayatkan hadith yang sama.
Keunikan dan keistimewaan yang ada dalam disiplin ini telah menarik perhatian ramai
ulama hadith untuk mengkajinya. Antara mereka ialah seperti Abu Bakar Abdullah Ibn Muhd Ibn

Zaid An-Naisaburi, Abu Nucaim Al-Jurjani, Abu Al-Walid Hassan Ibn Muhd Al-Quraishi dan
lain-lain.
Sebagaimana yang dinyatakan di atas bahawa tambahan maklumat itu berlaku dalam dua
keadaan:

Pada matan
Pada sanad.

Jenis Penambahan Pada Matan


Berdasarkan kajian yang dibuat, ulama mengenal pasti penambahan yang berlaku kepada matan
terbahagi kepada tiga jenis:

Penambahan yang tidak membawa kepada percanggahan makna.


Misalnya, sebuah hadith yang diriwayatkan oleh ramai perawi thiqah dari kalangan murid
Al-Acmash bahawa Rasulullah saw bersabda: ((

)) ,
Yang bermaksud: apabila seekor anjing menjilat bekas makanan seseorang kamu, maka
hendaklah ia membasuhnya sebanyak tujuh kali.
Manakala salah seorang murid Al-Acmash yang juga thiqah yang bernama cAli Ibn
Mushir meriwayatkan hadith yang sama dengan ditambah perkataan (( ))yang
bermaksud: hendaklah ia buang (isi kandungan bekas itu telebih dahulu sebelum dia
membasuhnya). (Muslim,tt, Kitab At-Toharah, bab (27), jil 1, ms.234, no: 279).
Berdasarkan contoh ini, penambahan yang berlaku jelas tidak membawa kepada
percanggahan makna antara riwayat tersebut. Sebab itulah ulama menghukumkan
penambahan jenis ini makbul (boleh diterima).

Penambahan yang membawa kepada percanggahan makna.


Misalnya: penambahan perkataan (()) , yang bermaksud: hari wukuf di padang
arafah dalam matan hadith: (

)
Maksudnya: hari wukuf di padang arafah, hari an-nahr dan hari-hari at-tashriq adalah
hari perayaan bagi kita umat islam, dan ia merupakan hari untuk menjamu selera.

Penambahan ini diriwayatkan oleh seorang perawi yang thiqah Bernama Musa Ibn cAli
Ibnrabah daripada ayahnya, daripada cUqbah Ibn cAmir ra. Manakala perawi-perawi
thiqah yang lain meriwayatkan tanpa penambahan tersebut. Oleh kerana kes seperti ini
dilihat sebagai percanggahan riwayat, maka ulama khilaf dalam menentukan hukumnya
kepada beberapa pendapat, antaranya:
i.
Boleh diterima (makbul) secara mutlak asalkan perawi thiqah.
ii.
Tidak boleh diterima secara mutlak kerana ia dikira jenis hadith shaz
iii.
Tidak boleh diterima sekiranya penambahan itu dibuat oleh perawi yang sama
yang meriwayatkan hadith tersebut tanpa penambahan pada mulanya. Adapun jika

penambahan itu datang daripada perawi yang berlainan, maka boleh diterima.
Penambahan yang ada unsur percanggahan hanya dari beberapa sudut. Ianya berlaku
kerana beberapa sebab, seperti:
- Taqyid al-Mutlak (mengikat yang mutlak)
- Takhsis al-cAm (mengkhususkan yang umum)
Contohnya:
Seperti penambahan perkataan (( ))yang diriwayatkan oleh abu Malik Al-Ashjacie
ke dalam matan hadith ((...)) , yang
bermaksud: dan dijadikan bagi kami keseluruhan bumi itu sebagai tempat sujud dan
dijadikan bagi kami tanahnya sebagai bersih.
Sedangkan perawi-perawi thiqah yang lain tidak menyebut perkataan tersebut. Mengikut
pendapat jumhur ulama seperti Imam Abu Hanifah, Malik, As-Shafi ce, An-Nawawi dan
lain-lain, penambahan jenis ini boleh diterima (makbul), kerana ia lebih bersifat
penjelasan daripada percanggahan.

Jenis Penambahan Pada Sanad


Penambahan pada sanad yang dibahaskan dibawah disiplin ini ialah dalam bentuk penambahan
perawi di dalam rangkaian sanad yang pada asalnya terputus hingga menjadikannya nampak
bersambung. Penambahan jenis ini menyebabkan timbulnya isu percanggahan antara riwayat
muttasil (yang ada penambahan) dengan riwayat mursal atau antara riwayat marfu c (yang ada
penambahan) dengan riwayat mauquf.

Contohnya:
Hadith, (( )) yang telah diriwayatkan oleh Yunus Ibn Abi Ishaq, Israel ibn
Yunus dan Qais Ibn Ar-Rabic daripada Abi Ishaq As-Sabiice secara muttasil marfuc,
sedangkan Sufyan Ath-Thauri dan Shukbah Ibn Hajjaj pula meriwayatkan hadith yang
sama daripada Abi Ishaq As-Sabice secara mursal. Percanggahan ini dilihat kerana
berlakunya penambahan perawi dalam sesuatu riwayat. Dalam konteks ini, terdapat
empat pendapat dalam menentukan riwayat manakah yang lebih sahih dan perlu diterima
pakai, iaini:
i.
Menerima riwayat yang ada penambahan dan ini merupakan pendapat jumhur ahli
ii.

feqh dan usul feqh.


Menerima riwayat yang tidak ada penambahan, dan ianya merupakan pendapat

iii.
iv.

kebanyakkan al-muhaddithun.
Menerima riwayat terbanyak, dan ini adalah pendapat sebahagian ahli hadith.
Menerima riwayat perawi yang lebih afdal, lebih thiqah, lebih masyhur dan lebih
berwibawa. Ini juga adalah pendapat sebahagian ahli hadith.

Hanya inilah sahaja jenis penambahan pada sanad yang dibahaskan dibawah disiplin ini,
adapun penambahan yang berlaku pada sanad dalam bentuk lain seperti penambahan huruf,
perkataan, ungkapan, ayat dan sebagainya, maka ia dibahaskan dibawah disiplin lain seperti alMudraj dan Al-Mazid Fi Muttasil Al-Asaanid.

BAB 5
HADITH MUTAWATIR
Hadith Mutawatir

Lafzi

5.0

HADITH MUTAWATIR

5.1

Definisinya:

Macnawi

Sesuatu hadith yang diriwayatkan oleh ramai perawi (secara mendatar/ horizontal), yang mana
bilangan mereka itu secara lojiknya menolak kemungkinan berlaku pendustaan terhadap hadith
tersebut.
Dengan perkataan lainnya, hadith tersebut diriwayatkan oleh perawi yang ramai
bilangannya di setiap tabaqat (lapisan) sanad yang mana tidak mungkin secara lojiknya bilangan
yang sebegitu ramai boleh berpakat untuk mereka-reka riwayat hadith tersebut.
Syarat-syaratnya:

Berdasarkan huraian definisi di atas dapatlah disimpulkan bahawa sesebuah hadith itu tidak
dinamakan mutawatir kecuali dengan adanya empat syarat:
1. Keterlibatan ramai perawi di dalam periwayatan hadith tersebut. Ulama khilaf dalam
menentukan had minima bagi bilangan yang disyarakan kepada beberapa pendapat.
Walaubagaimanapun, pendapat yang terpilih ialah sekurang-kurangnya sepuluh orang.
2. Hendaklah bilangan yang ramai itu terdapat di dalam setiap tabaqat
3. Hendaklah bilangan yang ramai itu menolak kemungkinan adanya konspirasi nagi
mereka-reka hadith palsu. Iaitu dengan adanya unsur-unsur yang boleh menunjukkan
kemustahilannya seperti perbezaan individu, masa dan tempat periwayatan yang ketara di
antara mereka.
4. Hendaklah proses periwayatan hadith itu berlaku secara langsung melalui tangkapan
pancaindera seperti kata perawi aku dengar atau aku lihat atau aku sentuh dan
sebagainya. Andainya periwayatan hanya berdasarkan lojik akal seperti kata perawi
bahawa ala mini adalah sesuatu yang baru maka ia tidak dinamakan mutawatir.
Hukumnya:
Hadith mutawtir dihukum sabit secara qat cie. Iaitu ia member faedah keilmuan secara yakin
tanpa sebarang keraguan. Setiap orang wajib percaya kepada kebenarannya seolah-olah ia
terlibat sendiri di dalam peristiwa dan proses periwayatan hadith tersebut. Dalam konteks ini,
ia dikira setaraf dengan al-Quran dan sesiapa yang mengingkarinya samalah seperti ia
menolak al-Quran.
Jenis-jenisnya:
Hadith mutawatir terbahagi kepada dua:
1. Mutawatir lafzi
Iaitu, mutawatir dari segi lafaz dan maknanya sekali. Seperti hadith:

Hadith ini telah diriwayatkan oleh lebih daripada 70 orang sahabat dengan lafaz dan
makna yang sama.
2. Mutawatir macnawi
Iaitu mutawatir dari segi maknanya sahaja sedangkan lafaznya berbeza-beza. Seperti
hadith tentang mengangkat kedua belah tangan sewaktu berdoa, yang telah diriwayatkan
melalui tidak kurang daripada 100 riwayat. Setiap riwayat menceritakan tentang
bagaimana Rasulullah saw mengangkat kedua belah tangan baginda sewaktu berdoa di
dalam kisah, peristiwa dan keadaan yang berbeza-beza. Setiap kisah itu tidak dikira
mutawatir, yang mutawatir hanyalah kadar persamaan yang ada dalam kisah tersebut iaitu
hukum mengangkat tangan sewaktu berdoa.
Jumlahnya:

Jumlah hadith mutawatir tidaklah banyak jika hendak dibandingkan dengan hadith ahad.
Sumber tujukannya:
Sebahagian ulama telah mengambil inisiatif mengumpul dan membukukan hadit-hadith
mutawatir di dalam kitab yang khusus, antaranya:
1. Kitab Al-Azhar Al-Mutanathirah Fi Al-Akhbar Al-Mutawatirah oleh As-Suyuti yang
disusun berdasarkan bab-bab feqh.
2. Kitab Qatfu Al-Azhar oleh As-Suyuti juga yang merupakan ringkasan kepada kitab di
atas.
3. Kitab Nazmu Al-Mutanathir Min Al-Hadith Al-Mutawatir oleh Muhammad Ibn Ja cfar AlKattani.