Anda di halaman 1dari 13

1.

Pendahuluan

Pada amnya ramai sarjana beranggapan bahawa Revolusi Perancis sebagai satu
titik peralihan yang penting dalam perkembangan masyarakat barat.

Revolusi ini

dikatakan lebih penting daripada Revolusi Amerika (1776) dan Revolusi Inggeris (1668).
Sarjana juga beranggapan bahawa revolusi ini sebagai garis pemisah antara peraturan
lama dan peraturan baru, kerana dengan tercetusnya Revolusi Perancis bermakna sistem
feudalisme telah digantikan dengan sistem masyarakat terbuka.1 Jika dalam sistem feudal,
kedudukan adalah berdasarkan hak, kuasa dan keistimewaan yang di warisi turun
temurun, tetapi dalam masyarakat terbuka segala kejayaan yang hendak diperolehi oleh
seseorang individu bergantung kepada kemampuan dan bakat yang ada pada dirinya
sendiri. Akal diberikan peranan utama untuk menentukan nilai dan matlamat kehidupan
dan secara tidak langsung telah menanam benih fahaman fasis, komunisme dan
totalitarianisme.2
Di zaman sebelum Revolusi dikatakan bahawa pemerintah boleh menjalankan
pemerintahan mereka dengan sesuka hati tanpa mengambil kira pandangan rakyat. Raja
yang memegang tampuk pimpinan mendakwa memerintah dengan mandat yang telah
diberikan oleh tuhan kepada mereka dan mengharuskan seluruh rakyat mematuhinya.

Dengan tercetusnya Revolusi Perancis pada tahun 1789 ini telah mengakibatkan
kejatuhan regim kuno di Eropah dan memberikan satu tamparan yang hebat dan cabaran
yang cukup berat terhadap sistem monarki dan tradisi golongan bangsawan. Zaman ini
telah membawa perubahan yang besar dalam bidang industri serta kebebasan politik dan
1

Qasim Ahmad, Arus Sosiopolitik dan Pemerintahan, Kuala Lumpur: DBP, 1994, hlm. 1.
Ibid.
3
Sivachandralingam Sundara Raja, Sejarah Eropah, Kuala Lumpur: Utusan Publication, 2002, hlm. 188.
2

sosial yang hebat yang tidak hanya terbatas di Perancis malahan meluas ke kawasan
Eropah yang lain.

Bahana Revolusi Perancis telah menular di bahagian lain dunia

sepanjang waktu sebelum 1914.4 Revolusi Perancis juga telah mempengaruhi tindakan
dan pemikiran manusia buat beberapa generasi. Moto para revolusiner Perancis yang
terkenal ialah Kebebasan, Persamaan dan Persaudaraan ( Liberty, Equality and
Fraternity).

2. Latar belakang Masyarakat


Secara umumnya rakyat Eropah pada masa itu boleh dibahagikan kepada tiga
susun lapis masyarakat iaitu Estet Pertama yang terdiri daripada puak berkuasa gereja
serta golongan Biskop dan Paderi. Golongan paderi ini pula terbahagi kepada dua iaitu
golongan atasan dan rendah. Golongan rendah mendapat pendapatan yang rendah dan
tidak standing dengan golongan biskop dan rahib yang mempunyai pendapatan yang agak
besar dan kebanyakkan mereka tingal dan duduk dalam kerajaan beraja di Versailles.
Secara umumnya mereka bertanggungjawab dalam pendaftaran kelahiran, kematian dan
perkahwinan, memungut cukai tanaman dan sebagainya. Jumlah ini dianggarkan tidak
melebihi 100, 000 orang.5 Mereka memiliki tanah antara 10-15%

disamping

dikecualikan daripada membayar cukai.

Estet Kedua pula ditaksirkan sekitar 400,000 orang yang terdiri daripada
golongan Bangsawan yang menguasai gereja dan tentera. Golongan bangsawan ini pula
terbahagi kepada dua iaitu Noble of the Sword iaitu golongan yang tidak dapat
4

Ibid.
G. Lefebvre ( terj. R.R.Palmer) 1971, The Coming of the French Revolution 1789. New Jersey: Princeton
University Press, hlm. 7.
5

dikalahkan oleh raja manakala golongan kedua dikenali sebagai Noble of the Robe.
Mereka ini merupakan golongan yang banyak menyumbangkan kewangan kepada raja
dan dalam usaha menghargai golongan ini raja telah memberikan mereka gelaran
bangsawan.

Golongan ini mempunyai banyak keistimewaan antaranya pengecualian

daripada sebarang bentuk cukai. Disamping itu berhak pula membuat pajakan pungutan
cukai di daerah tertentu. Mereka juga menjadi hakim daerah, ketua tentera seterusnya
memonopoli jawatan tinggi dalam kerajaan.6

Manakala

Estet Ketiga adalah merupakan golongan paling ramai.

Terdiri

daripada petani miskin, pedagang, doktor, peguam, intelektual sehinggalah saudagar


antarabangsa yang kaya. Ada juga di kalangan mereka yang kaya tetapi bagi mereka
tidak ada ertinya kekayaan jika tidak disusuli dengan status. Mereka ini di kenali sebagai
golongan Borjouis. Manakala keadaan rakyat miskin dalam golongan ini begitu daif
antaranya tidak mempunyai tanah di samping tidak diberikan hak politik seperti
mengundi dan menghadiri Parlimen.7
institusi raja.

Oleh itu mereka menaruh dendam terhadap

Mereka mahukan pentadbiran gereja, pegawai-pegawai tentera dan

kakitangan kerajaan dibuka kepada orang ramai yang berkebolehan. Di samping itu juga
mereka mendesak parlimen agar mengwujudkan undang-undang untuk semua dan
menghadkan kuasa yang dimiliki oleh raja.

Mereka juga inginkan kesamarataan,

toleransi beragama serta perubahan dalam corak pentadbiran.

6
7

Qasim Ahmad, Op. Cit., hlm. 4.


Ibid., hlm. 5.

3. Faktor-faktor tercetusnya revolusi Perancis

Sebab tercetusnya revolusi Perancis boleh dibahagikan kepada tiga faktor yang
utama iaitu faktor kelemahan dalam pentadbiran, kelemahan ekonomi Perancis dan
kemunculan golongan enlightenment.

3.1. Kelemahan Pentadbiran


Faktor dalaman yang pertama ialah kelemahan dalam pentadbiran politik. Raja
Louis XVI yang memerintah berasal daripada keluarga Bourbon dan amat lemah dari
segi kaedah pemerintahannya. Tidak seperti Raja Louis XIV ( 1643-1715) yang dapat
menundukkan para pembesar dan Paderi supaya menurut kehendaknya. Di samping itu
cara hidup keluarga Raja Louis XVI yang mewah tidak disenangi oleh rakyat Perancis
yang kebanyakkanya miskin. Ketiadaan akaun kewangan yang lengkap dan tersusun dan
terdapatnya usaha tanpa henti untuk meminjam wang.

Keadaan ini menyebabakan

kerajaan menjadi muflis pada tahun 1778.


Raja Louis XVI juga memerintah tanpa memperdulikan rintihan rakyat dan cuba
bertindak sebagai seorang pemerintah diktator dengan menafikan hak berpolitik.
Parlimen Perancis juga telah tidak menjalankan persidangan untuk satu jangka masa yang
agak panjang.8 Dikatakan parlimen telah tidak bersidang hampir 176 tahun. Golongan
pemerintah juga bukanlah golongan yang cekap di mana kebanyakkan keputusan penting
yang dibuat adalah dipengaruhi oleh wanita-wanita di istana. Raja Louis XVI juga
seorang yang sangat mudah terpengaruh dengan isterinya Marie Antoinette. Kadang kala
apa yang dimimpikan oleh Marie Antoinette pada malam hari akan dijadikan sebagai
8

Sivachandralingam Sundara Raja, Op.,Cit. hlm.,189.

peraturan atau atau undang-undang pada keesokan harinya. Rakyat yang ditangkap atas
tuduhan jenayah telah tidak diberikan ruang yang mencukupi dalam membela diri dan
untuk mengemukakan bukti.

Keadaan ini sudah tentunya menjejaskan kredibiliti

golongan pemerintah. 9
Disebabkan oleh kelemahan pemerintahan, golongan paderi dan bangsawan telah
mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan.

Kedua-dua golongan ini tidak

membayar cukai kepada negara. Tidak cukup dengan itu, tanpa rasa bersalah, golongan
ini memeras keringat petani dengan memaksa petani bekerja tanpa diberikan sebarang
bayaran upah dan sebaliknya mengenakan cukai mengikut selera mereka sendiri. Petani
dikenakan membayar cukai garam dan tanah kepada negara dan sepersepuluh pula
diberikan kepada gereja. Petani hanya menikmati lebih kurang 15 peratus hasil keringat
mereka untuk kegunaan sendiri.10

3.2. Ekonomi
Faktor ekonomi merupakan faktor penyumbang kedua.

Kerajaan Perancis

mengalami krisis kewangan yang meruncing lantaran terlibat dalam tiga peperangan yang
besar iaitu Perang Tujuh Tahun ( 1756-63 ), Perang Kemerdekaan Amerika (1775-83),
dan Perang Austria. Dalam kesemua peperangan ini, Perancis telah membelanjakan
hampir 70 peratus daripada pendapatan negara untuk membiayai peperangan ini. 11
Perancis terlibat dalam perang kemerdekaan Amerika yang bertujuan membebaskan
Amerika daripada kuasa Britain.

Bantuan yang disalurkan adalah dalam bentuk

kewangan dan ketenteraan. Sokongan yang padu daripada Perancis ini telah memberikan
9

Ibid.
Ibid.
11
Sivachandralingam Sundara Raja, 1989, Tamadun Eropah, Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti, hlm. 189.
10

idea kepada golongan tentera dan cendekiawan untuk menuntut keadilan mengikut
fahaman demokrasi bagi membentuk sebuah negara yang demokrasi dan bersesuaian
dengan sifat manusia yang dilahirkan bebas. Disamping itu telah berlaku pertambahan
penduduk Perancis di mana bilangannya dianggarkan lebih kurang 25 juta orang pada
kurun ke 18. Ditambah pula dengan kenaikan harga baik hampir 65 % tetapi gaji hanya
dinaikkan 1/3 daripada kenaikan harga barangan .
Ini sudah tentunya menyulitkan lagi kehidupan golongan rakyat bawahan. Hasil
pertanian turut merosot, seterusnya keperluan harian rakyat banyak yang tidak dapat
dipenuhi. Harga barangan keperluan semakin mahal. Bagi sector perkilangan pula hanya
mampu membayr gaji yang rendah.

Keadaan ini telah mengakibatkan ramai yang

dibuang kerja. Raja cuba mengenakan cukai kepada estet pertama dan kedua tetapi telah
mendapat tentangan yang hebat daripada kedua-dua estet tersebut.
Bagi pihak kerajaan Perancis untuk menampung sumber kewangan yang semakin
mendesak, pihak pemerintah telah menaikkan kadar cukai kepada rakyat dengan secara
tidak adil, di mana estet ketiga dibebankan dengan cukai yang tinggi manakala golongan
Bangsawan dan Paderi pula tidak mahu membayar cukai kepada negara.

Keadaan

menjadi semakin teruk apabila musim kemarau melanda pada tahun 1788 dan kadar
pengangguran adalah tinggi pada masa itu telah menyukarkan lagi keadaan rakyat.12

12

Ibid., hlm. 190.

3.3. Kemunculan Golongan Enligtenmen


Ramai sarjana berpendapat bahawa faktor kemunculan golongan Enligtenment
atau cendekiawan inilah merupakan faktor terpenting yang memberikan kesan semerta
yang mencetuskan revolusi Perancis. Penindasan politik sebenarnya telah lama wujud
tetapi tidak ada sebarang tindakan yang telah diambil untuk mengatasinya. Ini adalah
disebabkan oleh kekurangan kesedaran disamping pengaruh daripada agama mereka
yang mengajar mereka untuk patuh kepada pemerintah.13 Rakyat hidup tertindas di
bawah kekuasaan pemerintah dan paderi. Mereka menerima sahaja apa yang diberikan
kepada mereka tanpa tahu cara atau kaedah untuk memperbaiki keadaan tersebut. Dalam
kekalutan inilah munculnya pergerakan golongan cendekiawan yang telah mencetuskan
satu idea baru.
Pergerakan yang mempelopori idea baru ini dikenali sebagai Englightenment
atau kesedaran. Antara tokoh yang dikaitkan dengan pergerakan ini ialah antaranya Rene
Descartes (1596 - 1650), Montesque (1689- 1755), Voltaire ( 1713-1784) dan Rousseau
di Perancis, Edward Gibbon dan Thomas Hobbes di England, Benjamain Franklin dan
Thomas Jefferson di Amerika.14 Montesque contohnya memperkecilkan prinsip
pemerintahan mengikut mandat tuhan, manakala Rousseau pula banyak menyebarkan
idea persamaan dan hak yang dimiliki oleh rakyat untuk menjalani kehidupan mereka,
kebebasan dan pemilikan harta. Voltaire pula kelihatan banyak memuji negara England
yang mempraktikkan sistem pemerintahan monarki yang terhad dan hak-hak sivil
disamping menkritik hebat sistem pemerintahan mutlak kerajaan Perancis.15

13

Ibid.
Qasim Ahmad, Op. Cit., hlm. 8.
15
Sivachundaralingam R. Sundhararaja, Op. Cit., hal. 187.
14

Ada di kalangan sarjana sejarah membahagikan zaman kesedaran ini kepada tiga
peringkat.

Permulannya lahir apabila berlakunya pergeseran antara para pendukung

pergerakan itu dengan pihak pemerintah.

Tahap kedua berlaku antara tahun 1746

sehingga 1770 apabila pendukung gerakan menghasilkan karya mereka dan dikatakan
inilah ketikanya pergeseran antara golongan kesedaran dengan pemerintah tiba ke
puncaknya.16 Tahap ketiga dikatakan bermula tahun 1770 sehingga1790, apabila berlaku
penyebaran idea pergerakan kesedaran ini hingga membantu mengakibatkan perubahan
politik dan sosial yang yang berlaku secara drastik.

4. Kesan Revolusi
Kejayaan paling besar Revolusi Perancis ialah menghapuskan secara undangundang fahaman feudal dan perhambaan serta golongan istimewa yang merupakan satu
langkah berani ke arah persamaan dalam masyarakat. 17 Kesannya raja tidak lagi berkuasa
mutlak terhadap rakyatnya.

Sebaliknya kuasa pemerintahan jatuh ke tangan Majlis

Perhimpunan Kebangsaan. Untuk menghadapi tugas yang sukar ini, Majlis Perhimpunan
Kebangsaan telah memberikan perhatiannya secara serius sepanjang persidangannya di
Paris daripada Oktober 1879 sehingga September 1791.18 Walaupun terdapat perbezaan
dalam parti dan gangguan dalam Perhimpunan dan desakan yang tidak henti-henti oleh
puak yang menentang, Perhimpunan dapat juga mencapai kejayaan.

Jadi dapatlah

dikatakan bahawa perintah menghapuskan sistem feudal ini adalah hasil yang paling
penting daripada seluruh Revolusi Perancis itu.
16

Qasim Ahmad,. Op. Cit., hlm . 8.


17
18

Carlton, J.H. Hayes, 1971, Eropah Moden Hingga 1870, Kuala Lumpur : DBP, hlm. 581.
Ibid.

Selain itu, Dewan Perhimpunan Kebangsaan juga telah telah mengisytiharkan


persamaan cukai untuk semua golongan dan menghapuskan bayaran dan perhambaan
untuk kaum feudal.

Lantaran perisytiharan itu, kaum paderi dan bangsawan telah

berlumba-lumba untuk melucutkan hak yang diberikan kepada mereka.

Kesannya

perhambaan telah dihapuskan.19 Zakat dan semua jenis hak hak istimewa kaum gereja
telah ditarik balik. Begitu juga dengan penjualan jawatan dalam kerajaan telah ditarik
balik. Gerakan menyusun semula masyarakat ini telah berjalan sepanjang malam 4 Ogos
itu, telah berjaya mengubah senario masyarakat berkelas-kelas Perancis yang telah
diamalkan secara turun-temurun sebaliknya digantikan dengan masyarakat perseorangan
moden.20
Kesan lain Revolusi Perancis ialah wujudnya satu sistem pantadbiran yang baharu
dan seragam di seluruh Perancis, dari segi wilayahnya, kerajaan, penguasa-penguasa dan
parlimen yang sebelum ini dirasaakan terlalu mengelirukan rakyat.

Perancis telah

dibahagikan semula kepada 83 buah kawasan yang mempunyai keluasan yang lebih
kurang sama besar.21

Begitu jugalah dengan jumlah penduduknya dan dinamakan

mengikut keadaan muka bumi tempat itu seperti gunung dan sungai-sungai. Tiap-tiap
kawasan dibahagikan pula kepada daerah-daerah kecil dan kekal di Perancis hingga
sekarang. Ketua kerajaan tempatan tidak lagi dilantik oleh raja sebaliknya dipilih oleh
rakyat sendiri. Ahli-ahli majlis tempatan pula diberikan kuasa pentadbiran yang luas.
Bagi mahkamah undang-undang, peraturan baru telah digubal di seluruh negeri. Pegawai
kerajaan dan hakim dipilih menerusi pilihanraya. 22

19

Ibid.
Ibid., hlm. 582.
21
Ibid.,hlm. 585.
22
Ibid.
20

Tercetusnya Revolusi juga telah menyebabkan timbulnya semangat nasionalisme


di kalangan rakyat Perancis. Fahaman kebangsaan ini dapat dibuktikan dengan keinginan
kerajaan revolusi untuk menubuhkan sistem pelajaran kebangsaan dan perkhidmatan
tentera kebangsaan dan yang lebih jelas ialah tindakan mereka untuk mengada dan
merayakan upacara hari pahlawan. Jikalau 14 Julai 1789, dijadikan sebagai hari ulang
tahun kebebasan Perancis, tetapi 14 julai 1790 pula dijadikan hari perayaan kebangsaan
Perancis yang rasmi Di mana dianggarkan lebih kurang 50,000 orang perwakilan dari
seluruh Perancis termasuk 14,000 pengawal kebangsaan berhimpun di padang perbarisan
tentera di Paris untuk meraikan hari kebangsaan mereka.23
Institusi gereja juga turut menerima kesan atau tamparan yang hebat setelah
tercetusnya revolusi Perancis ini. Tanah-tanah kepunyaan gereja yang berjumlah lebih
kurang satu perlima daripada negeri Perancis telah dirampas dan digunakan sebagai
jaminan mengeluarkan wang kertas.24 Sejumlah wang telah diambil untuk membayar
hutang

yang ditanggung oleh Perancis.

Kerajaan pada dasarnya bersetuju untuk

membayar gaji tetap kepada paderi sebagai membayar balik sebahagian daripada
kerugian akibat daripada rampasan tanah.

Mahu atau tidak paderi dan gereja telah

terpaksa bersetuju dengan peraturan baharu ini. Rentetannya pada bulan November
1789, harta harta gereja semuanya dirampas oleh kerajaan. Dalam bulan Julai 1790, satu
perlembagaan yang dinamakan perlembagaan awam Paderi telah diluluskan di mana
uskop dan paderi yang sedikit bilangannya dijadikan sebagai badan awam. Pemilihan
mereka dibuat oleh rakyat dan gaji dibayar oleh kerajaan dan pada namanya sahaja
bersekutu dengan Paus negara asing.25 Pada Disember tahun 1790, Perhimpunan telah
23

Ibid., hlm. 586.


Ibid., hlm.587.
25
Ibid.
24

10

memaksa Raja untuk menandatangani satu perintah yang meminta semua paderi Katholik
di Perancis mengangkat sumpah taat setia kepada perlembagan awam. Dengan itu
tamatlah kekuasaan pihak gereja.
Pihak Majlis Perhimpunan Kebangsaan juga telah merangka satu perlembagaan
bertulis yang akan menghuraikan dengan jelas tentang badan-badan kerajaan dan kuasa
yang dipegang oleh masing-masing dalam pemerintahan beraja baharu yang terbatas.
Perlembagaan yang dirancangkan ini telahpun siap pada tahun 1791 dan ditandatangani
oleh raja tanpa dapat berbuat apa-apa untuk menghalangnya.
perlembagaan bertulis yang pertama yang dipunyai oleh
Syarikat.26

Ini merupakan

Perancis selepas Amerika

Antara lain perlembagaan ini memberikan kuasa kepada kerajaan untuk

membuat undang-undang, melaksanakan undang-undang dan menjalankan kerja


pentafsiran perundangan. Badan berkuasa perundangan diberikan kuasa dan ahlinya
dipilih dalam satu sistem pemilihan oleh rakyat. Inilah antara kesan-kesan semerta dan
penting yang telah dialami oleh Perancis sejurus revolusi. Sebenarnya banyak lagi kesan
jangka panjang yang tidak dapat dibincangkan di sini.

Kesimpulan
Revolusi yang telah berlaku di Perancis bukan sahaja meninggalkan kesan yang
amat besar terhadap Perancis sendiri malahan telah memberikan impak yang cukup
mendalam

terhadap

negara-negara

Eropah

secara

keseluruhannya.

Gerakan

Enlightenment telah berjaya membuktikan bahawa manusia melalui akal fikiran mereka
yang disusuli dengan tindakan yang munasabah boleh membina masyarakat yang lebih

26

Ibid.,hlm. 588.

11

baik dan Revolusi Perancis telah membuktikan hakikat ini. 27

Revolusi Perancis

menunjukkan bahawa suatu usaha yang serius telah diambil untuk memusnahkan
penindasan dan ketidakadilan yang berlaku dalam masyarakat.

Meskipun Revolusi

Perancis telah melalui waktu-waktu yang mencetuskan keganasan, namun telah berjaya
meletakkan satu batu asas untuk pembinaan sebuah masyarakat yang lebih adil. Revolusi
Perancis secara jujurnya telah menuntut hak bagi menumbangkan kerajaan yang
menindas kerana dengan berbuat demikian akan tertegaknya sebuah kerajaan yang
membahagiakan rakyatnya.
Sementara itu, kesan Revolusi Perancis keatas Eropah tidak kurang hebatnya dari
apa yang berlaku di Perancis sendiri. Di Jerman terutamanya, adab dan sopan santun,
kesusasteraan Perancis dan pemikiran Perancis telah menjadi ikut umum lama sebelum
tahun 1789. Gerakan kesedaran yang diperjuangkan oleh tokoh-tokoh seperti Gotthold
Lessing telah menyebarkan fahaman

percaya kepada sebab musabab dan mencabar

segala institusi dan kepercayaan. Situasi yang sama juga berlaku di Britain, Itali malahan
di Belgium.28

Bibliograf
27
28

Sivachundaralingam R. Sundhararaja, Op. Cit., hal. 193.


David Thomson, 1982, Eropah Sejak Napoleon, Kuala Lumpur: DBP, hlm. 40.

12

G. Lefebvre. 1971. The Coming of the French Revolution 1789. (Terjemahan)New Jersey:
Princeton University Press.
Carlton, J.H. Hayes. 1971. Eropah Moden Hingga 1870. Kuala Lumpur: DBP.
Cobban. A. 1969. Europe and French Revolution. London: St. James Press.
Goubert. P. 1984. French History. U.K: Routledge Press.
Jones. P. (Ed). 1996. The French Revolution in Social and Politic Perspective. Hodder
Headlines Group.
Qasim Ahmad. 1994. Arus Sosiopolitik dan Pemerintahan. Kuala Lumpur: DBP.
Sivachandralingam Sundara Raja. 1989. Tamadun Eropah. Shah Alam: Penerbit Fajar
Bakti.
Sivachandralingam Sundara Raja. 2002. Sejarah Eropah. Kuala Lumpur: Utusan
Publication.
Thomson. D. 1982. Eropah Sejak Napoleon. Vol 2, Kuala Lumpur: DBP.
William H. Mc Neil. 1994. Kebangkitan Barat Sejarah Kebangkitan Manusia
(Terjemahan) Kuala Lumpur: DBP.

13