Anda di halaman 1dari 11

TAJUK KAJIAN

MENINGKATKAN PENGUASAAN
MURID MENJAWAB SOALAN
PEMAHAMAN BERDASARKAN PETIKAN
YANG DIBACA

Menghuraikan pengalaman P&P yang berkaitan

Berdasarkan pengajaran dan pembelajaran


yang lalu, saya telah mendapati pelaksanaan
pengajaran bagi mata pelajaran Bahasa
Melayu telah berjalan dengan baik. Muridmurid telah diajar dengan pelbagai dan juga
kemahiran berhubung dengan mata pelajaran
ini. Menerusi pemerhatian yang dilakukan,
saya juga mendapati murid-murid telah diajar
kemahiran menjawab soalan yang diberikan
dengan teknik-teknik yang betul oleh guruguru disekolah ini.

Selain itu, saya juga mendapati


terdapat segelintir murid yang
mendapat kepurusan yang baik
dalam matapelajaran Bahasa Melayu
ini.Namun, terdapat juga murid yang
mendapat keputusan yang
memuaskan iaitu gred C.
Secara keseluruhannya, keputusan
Bahasa Melayu ini berada ditahap
sederhana.

Menghuraikan pengalaman P&P yang


berkaitan berdasarkan kurikulum

Dari pemerhatian setelah 2 bulan


mengajar kelas tahun 4 melalui
aktiviti yang dijalankan seperti soal
jawab lisan, penulisan dan ujian
bulanan, didapati mereka masih
gagal menjawab soalan berpunca
daripada gagal memahami isi-isi
petikan, baca petikan sekali sahaja,
tidak memahami istilah atau makna
perkataan yang sukar.

. Saya telah cuba membantu murid


dalam mengatasi masalah di atas
dengan cara membaca petikan
bersama-sama murid sebanyak 2
kali, menggaris perkataan yang
sukar, mencatat perkataan tersebut
dalam buku khas dan membimbing
mereka menggunakan kamus untuk
memahami istilah atau makna
perkataan tersebut.

Menghuraikan amalan
P&P yang lalu

Hasil temubual yang telah dijalankan


terhadap guru-guru Bahasa Melayu dan
murid-murid sekolah, didapati kegagalan
murid memahami isi petikan kerana sikap
sambil lewa murid, sekadar membaca dan
tidak cuba memahami isi petikan disebabkan
penguasaan Bahasa Melayu mereka yang
lemah. Murid juga tidak memahami istilah
atau makna perkataan yang sukar yang
terdapat dalam petikan yang dibaca.

Guru-guru di sekolah ini, tidak


menekankan kepada
perbendaharaan kata dalam Bahasa
Melayu di mana terdapat murid yang
masih gagal untuk memahami
makna dan istilah dalam petikan
yang diberikan.Guru mengangap
murid boleh mencari makna
perkataan dengan sendiri tanpa
bantuan dari guru dan guru
mengandaikan murid telah
memahami istilah dan makna

Menilai kembali amalan P&P yang berkaitan dan membincangkan


secara mendalam andaian dan kepercayaan dalam refleksi
pengalaman

Murid mempunyai peluang yang besar


untuk cemerlang dalam matapelajaran ini
sekiranya masalah ini dapat diatasi namun
jika tidak ditangani, murid akan terus
mengamalkan sikap sambil lewa sehingga
ke peringkat yang lebih tinggi. Murid juga
akan melepaskan peluang memperolehi
markah yang lebih baik kerana soalan
yang dikemukakan dianggap mudah.

Jika penggunaan kamus tidak


dipraktikkan berterusan maka murid
akan lemah dalam pembendaharaan
kata. Murid juga tidak akan tahu cara
menggunakan kamus dengan betul
jika tidak dipraktikkan. Murid yang
tidak memahami istilah dan makna
perkataan dalam petikan akhirnya
akan gagal menjawab soalan..

Andaian punca masalah, nilai, kepercayaan dan penambahbaikan


terhadap P&P yang dilaksanakan

Murid yang dapat memahami petikan pemahaman


yang diberikan mempunyai peluang yang cerah
untuk memperolehi markah yang tinggi dalam
peperiksaan.
Selain itu,secara tidak langsung murid juga dapat
meningkatkan perbendaharaan kata dalam Bahasa
Melayu dan seterusnya membantu murid
mengaplikasikan perbendaharaan kata tersebut
dalam penulisan.
Keadaan ini secara tidak langsung dapat
meningkatkan prestasi dan pencapaian murid-murid
dalam bidang akademik yang diceburi.