Anda di halaman 1dari 16

771204115412

HBML 1203

FALKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA


PRORAM SARJANA MUDA PENGAJARAN

HBML 1203
FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
SEMESTER SEPTEMBER 2014

Nama

: ROHANA BT MOHD ZALI

No. Kad Pengenalan

: 771204-11-5412

Nombor Matrik

:771204115412001

Nombor Telefon

: 019 9563172

Alamat E-mail

: rohanamohdzali@ymail.com

Pusat Pembelajaran

: TERENGGANU LEARNING CENTRE

SEMESTER SEPT 2014

771204115412
HBML 1203

ISI KANDUNGAN

MUKA SURAT

1.0

Pengenalan

2.0

Sistem Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu


2.1
Definisi Fonetik Dan Fonologi Bahasa Melayu
2.2
Definisi Bunyi Bunyi Bahasa
2.3
Vokal
2.4
Diftong
2.5
Konsonan

4 - 11

2.6

3.0

Fonem

Aplikasi prinsip Prinsip Fonetik Dan Fonologi Dalam

12 -14

pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu

4.0

Kesimpulan

5.0

Rujukan

15

771204115412
HBML 1203

1.0

Pengenalan

Penulisan merupakan satu cara berkomunikasi yang berbentuk grafik. Ini telah diperkatakan
oleh Juriah Long ,et.al,1990. Penulisan bukan sahaja disampaikan melalui tulisan di atas
sekeping kertas, tetapi boleh disampaikan melalui gambarajah dan beberapa jenis penulisan
seperti cerpen, novel , karangan, sajak dan puisi.Proses penulisan melibatkan penggunaan minda
seperti berfikir, menaakul,menyusun dan mengolah idea sebelum menjadi sebuah karya
Bahasa Melayu mempunyai sistem bunyi yang tersendiri untuk menguasai kemahiran
bertutur dalam bahasa Melayu dengan baik dan berkesan. Oleh itu, seseorang pengguna bahasa
perlulah mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang sistem bunyi .Kajian bunyi
lazimnya terbahagi kepada dua bidang, iaitu fonetik dan fonologi.
Fonetik

merupakan proses mengkaji

bunyi

bahasa

dari

segi penyebutan

dan

pendengaran atau sifatnya.Manakala Fonologi pula mengkaji bunyi-bunyi yang berfungsi


dalam sesuatu bahasa. Apabila seseorang itu berbicara, ia akan menggunakan bahasa
sebagai alat menyatakan perasaannya seperti suka, kasih sayang,marah, benci dan lain-lain.
Dalam hal ini penggunaan nada suara amat penting seperti intonasi, tekanan dan
jeda.Pada

aspek

keindahan

pula, seseorang

itu akan

menggunakan

menyampaikan nyanyian, puisi, pantun dan sebagainya dalam

bahasa

untuk

bahasa yang puitis. Bagi

menyampaikan sesuatu ilmu, bahasa memerlukan alat yang berkuasa untuk merakamkannya.
Ini jelas menunjukkan bahawa ilmu yang di miliki dan di peroleh adalah melalui perantaraan
bahasa.

2.0
3

Sistem Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu

771204115412
HBML 1203

2.1

Definisi Fonetik Dan Fonologi Bahasa Melayu


Menurut Abdullah Hassan ( 1993) fonologi adalah suatu bidang bahasa dalam linguistik

yang menyelidiki bunyi - bunyi bahasa menurut fungsinya yang dikeluarkan oleh organ organ ujaran manusia. Fonologi merupakan bahagian daripada linguistik deskriptif yang
mempelajari tentang bunyi- bunyi yang diucapkan dalam

atau

melalui

mulut

manusia.

Fonologi adalah sebahagian daripada linguistik deskriptif yang mengkaji bunyi- bunyi yang
berfungsi dalam sesuatu bahasa.
Menurut Arbak Othman (1983), fonetik pula adalah kajian tentang bunyi- bunyi
ujar.

Sebagai

ilmu,

fonetik berusaha menemukan kebenaran - kebenaran umum dan

memfomulasikan hukum- hukum umum tentang bunyi - bunyi itu dan pengucapannya, manakala
sebagai kemahiran, fonetik memakai data deskriptif dasar daripada fonetik ilmiah bagi memberi
kemungki nan pengenalan dan pengucapan bunyi - bunyi ujar itu.
Menurut Inderawati Zahid dan Mardian Shah Omar (2006) pula dalam buku berjudul Fonetik
dan Fonologi menyatakan fonetik ialah kajian mengenai bunyi- bunyi bahasa yang dihasilkan
oleh manusia iaitu bunyi yang digunakan sebagai alat komunikasi.

2.2

Definisi Bunyi Bunyi Bahasa


Bunyi bahasa ialah gelombang bunyi yang terjadi pada arus udara yang bergerak. Udara

bergerak keluar dari paru-paru melalui tengkorak, pita suara, rongga tekak dan mulut atau
hidung atau kedua-duanya.Udara yang keluar itu akan mengenai bahagian gegendang telinga
dan akhirnya didengar sebagai bunyi. Bunyi bahasa ialah bunyi yang terdapat di dalam apa juga
Bahasa di seluruh dunia dan merupakan bunyi yang berfungsi dalam pertuturan secara
lisan. Proses pertuturan akan mengeluarkan bunyi-bunyi yang bermakna.Sebagai contoh,
apabila dua orang bertutur, mereka saling memahami perkara yang dituturkan. Bunyi bahasa juga
ialah bunyi yang bermakna yang dihasilkan oleh alat-alat artikulasi. Alat-alat artikulasi
adalah sebagaimana rajah di bawah:

771204115412
HBML 1203

Secara umumnya, terdapat tiga golongan bunyi dalam Bahasa Melayu iaitu vokal,
konsonan dan diftong. Golongan pertama ialah bunyi yang dihasilkan tanpa gangguan
dalam rongga mulut. Bunyi tersebut dikenali sebagai bunyi vokal.Vokal bermaksud bunyi yang
dihasilkan apabila udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut tanpa tersekat atau
terhimpit. Ini kerana bunyi tersebut dipengaruhi oleh keadaan lidah dan bentuk bibir.
Manakala, golongan kedua ialah bunyi konsonan. Bunyi konsonan dihasilkan apabila
terdapat gangguan oleh alat-alat sebutan sehingga jalan aliran udara dari paru-paru terganggu,
dengan cara disekat atau dihalang dan udara keluar melalui ronga mulut atau rongga hidung
Selain dua golongan utama itu, terdapat pula bunyi geluncuran vokal yang dikenali
sebagai diftong.Bunyi diftong terhasil bermula daripada satu vokal dan beralih kepada bunyi
vokal yang lain.

Contohnya bunyi [ai] bermula daripada bunyi vokal depan luas (a) dan

meluncur kepada bunyi vokal depan sempit [i].


2.3 Vokal
Menurut Yunus Maris, terdapat 6 fonem vokal yang digunakan dalam sebutan Bahasa
Melayu standard dan 3 alofon yang digunakan oleh sesetengah penutur sebagai variasi
kepada sebahagian daripada vokal-vokal asli tersebut. Vokal-vokal tersebut terdiri daripada vokal
5

771204115412
HBML 1203

/i/, /e/, /a/, //, /u/, /o/ dan bunyi [], [] dan [] pula merupakan alofon kepada vokal /e/, /o/
dan //. Namun begitu, dalam penggunaan hari ini, alofon [] tidak lagi hadir sebagai
kelainan variasi bagi vokal // dalam sistem fonetik Bahasa Melayu. Bunyi tersebut telah
digantikan dengan bunyi []. Oleh itu, jumlah vokal dalam Bahasa melayu moden adalah
sebanyak enam fonem vokal standard dan dua alofon.
Jadual

Vokal

Bunyi

Berdasarkan Jadual 1 di atas, vokal depan yang terdapat dalam Bahasa Melayu
standard adalah vokal [i] dan [e]. Vokal [i] adalah vokal depan sempit yang dihasilkan

di

bahagian depan lidah dinaikkan agak tinggi ke lelangit keras, sementara hujung lidah ditahan
dibelakang gigi bawah dan bibir dibuka sempit. Bagi mengeluarkan bunyi [i], bibir tidak
dibundarkan. Kedudukan vokal [i]

terletak di antara vokal depan (1) dan (2) vokal

kardinal.Manakala Vokal [e] dihasilkan dengan lidah berada di kedudukan yang lebih rendahdari

771204115412
HBML 1203

kedudukan ketika menghasilkan [i], hujung lidah ditahan di belakang deretan bawah dan bibir
tidak dibundarkan. Mulut dibuka lebih luas sedikit daripada ketika menghasilkan vokal [i].
Fonem vokal /e/ mempunyai dua alofon iaitu [e] dan []. Alofon-alofon ini
merupakan alofon bebas di mana iai boleh bertukar ganti dalam lingkungan yang sama
tanpa membezakan makna kata tersebut. Contohnya dalam perkataan ekor, fonem /e/ pada
lingkungan awal kata tersebut boleh direalisasikan sama ada sebagai [ekor] atau [kor] .
Sistem fonetik bagi vokal tengah separuh tertutup [] dan [a]. Vokal tengah [] dihasilkan
dengan menaikkan bahagian tengah lidah ke kedudukan yang agak tinggi ke arah lelangit hingga
menghasilkan jarak yang agak sempit di antara lidah yang diangkat dan lelangit. Manakala
keadaan bibir tidak begitu bundar dan tidak begitu hampar. Vokal ini juga dikenali sebagai h.
Bunyi vokal [a] dihasilkan dengan menghamparkan bahagian depan dan tengah lidah dan
bahagian hujung lidah ditahan di belakang deretan gigi bawah seperti ketika menghasilkan
vokal [i] dan [e]. Bentuk bibir tidak dibundarkan dan mulut dibuka lebih luas.
Sisten fonetik bagi vokal belakang dalam penggunaan Bahasa Melayu terbahagi kepada
dua iaitu vokal belakang tertutup [u] dan vokal belakang separuh tertutup [o]. Kesemua vokal
belakang ini dihasilkan dengan bentuk bibir yang dibundarkan.Manakala bunyi vokal [u] ini
dihasilkan dengan menaikkan bahagian belakang lidah rapat ke lelangit

lembut

dengan

kedudukan hujung lidah berada pada bahagian belakang deretan gigi bawah. Bentuk bibir
dibundarkan dengan mulut dibuka sempit. sementara lelangit lembut pula dinaikkan menutup
rongga hidung untuk memaksa udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut.
Kedudukan vokal [u] dalam adalah lebih rendah daripada kedudukan vokal kardinal
(8). Vokal belakang [o] pula diujarkan dengan menaikkan belakang lidah sedikit rendah dari
kedudukan ketika menghasilkan bunyi vokal [u], tetapi perlu mengekalkan kedudukan
hujung lidah di belakang deretan gigi bawah. Pada masa ini, lelangit lembut dinaikkan
menutup rongga hidung untuk memaksa udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut.
Bentuk bibir dibundarkan tetapi mulut dibuka lebih luas berbanding

ketika menghasilkan

bunyi vokal [u]. Kedudukan vokal [u] ini juga lebih rendah daripada vokal kardinal (7).
Rajah di bawah adalah jenis- jenis vokal digunakan dalam sistem fonetik dan fonologi
dalam pengajaran Bahasa Melayu.
7

771204115412
HBML 1203

771204115412
HBML 1203

2.4

Diftong
Diftong ialah urutan dua vokoid yang mempunyai satu puncak kelantangan

yangdihasilkan

tanpa

sebarang

hentian

antara

kedua-dua

vokoid

tersebut.

Diftong

dihasilkan dengan keadaan lidah berada pada kedudukan vokoid yang pertama dan
bergerak pantas untuk menghasilkan vokoid yang kedua. Geluncuran ini berlaku kerana wujud
hanya satu sahaja puncak kelantangan dalam penghasilan diftong. satu vokoid disebut lebih
nyaring .Dalam pengajaran Bahasa melayuterdapat tiga jenis diftong iaitu [ai ],[ au ],dan [ oi ].
Diftong [ai] dihasilkan dengan lidah dinaikkan pada kedudukan menyebut vokal
depan terbuka [a] dan menggeluncur dengan pantas ke arah kedudukan untuk menyebut vokal
depan tertutup [i]. Hujung lidah akan berada di belakang gigi bawah, manakala pita suara perlu
digetarkan dan lelangit lembut diangkat untuk menutup rongga hidung. Bentuk bibir tidak
dibundarkan contohnya pakai [pakai].
Diftong [au] pula dihasilkan dari bahagian hadapan lidah yang perlu dinaikkan sedikitke
lelangit keras untuk mengeluarkan bunyi vokal [a], kemudian geluncurkan bahagian
belakang lidah ke arah lelangit lembut tetapi tidak menyentuhnya, lelangit lembut hendaklah
dinaikkan dan pita suara digetarkan untuk menghasilkan bunyi vokal [u]. Bagi menyebu
vokal [a] bibir tidak dibundarkan tetapi mengalami pembundaran setelah digeluncurkan
untuk membunyikan vokal [u]. Contohnya pulau [pulau].
Manakala Diftong [oi] dihasilkan dengan keadaan belakang lidah dinaikkan ke arah
lelangit lembut dan bibir dibundarkan untuk menyebut vokal belakang separuh tertutup [o]
.Dengan pantas lidah

dikedudukan lidah digeluncurkan untuk menyebut vokal depan tertutup

[i].Oleh itu, Keadaan bibir yang bundar pada awalnya kemudian berubah menjadi terhampar
Seperti perkataan kaloi .
Oleh demikian , diftong-diftong ini hanya dapat hadir dalam suku kata terbuka sahaja.
Diftong /ai/ dan /au/ boleh hadir di awal dan akhir kata suku kata terbuka, manakala diftong /oi/
hanya hadir pada akhir kata suku kata terbuka.

771204115412
HBML 1203
2.5

Konsonan
Konsonan ialah bunyi yang dihasilkan oleh aliran udara yang tersekat atau terhalang oleh

salah satu alat sebutan seperti bibir, gusi, lelangit lembut, dan sebagainya. Udara boleh
dilepaskan melalui rongga mulut atau rongga hidung.Penghasilan konsonan-konsonan tersebut
melibatkan daerah-daerah artikulasi seperti dua bibir, gusi, lelangit keras, lelangit lembut,
pita suara, glotis dan rongga hidung. Antara huruf-huruf konsonan yang lazim diketahui
iaitu [p], [b], [t], [d], [k], [g], [q], [c], [j], [m], [n], [f], [v], [s], [z], [x], [h], [r], [l], [w],[y]
Konsonan dalam Bahasa Melayu terdiri daripada konsonan letupan, konsonan
geseran, konsonan sisian, konsonan sengauan dan konsonan separuh vokal. Konsonan

[p]

dihasilkan dengan merapatkan kedua-dua bibir dan udara dipaksa keluar. Jika dengan cepat
dibuka mulut,maka keluarlah bunyi [p]. Panghasilan konsonan ini dinamakan letupan dua bibir
tak bersuara kerana pita suara tidak bergetar. Sekiranya pita suara bergetar,bunyi itu ialah letupan
dua bibir bersuara [b].
Konsonan [t] dihasilkan dengan merapatkan kedua-dua bibir dan lelangit lembut
dinaikkan sehingga menyentuh rongga tekak untuk menghalang aliran udara dari keluar
melalui rongga hidung. Manakala hujung lidah pula dirapatkan ke gusi atas. Konsonan [d]
dihasilkan dengan cara pengeluaran dan titik artikulasi yang sama seperti konsonan [t]
kecuali ketika menghasilkan bunyi konsonan [d], pita suara digetarkan. Manakala,Konsonan
[k] dihasilkan dengan menaikkan lelangit lembut sehingga berlaku sekatan penuh ke atas
aliran udara yang keluar dari paru-paru. Konsonan [k] hadir di awal dan tengah kata tetapi
dalam lingkungan akhir kata konsonan [k] digantikan dengan bunyi hentian glotis []. Konsonan
[g] pula dihasilkan dengan cara pengeluaran dan titik artikulasi yang sama seperti konsonan [k].
Namun begitu, semasa penghasilan bunyi konsonan [g] pita suara digetarkan. Rajah di bawah
menunjukkan cara-cara menghasilkan bunyi-bunyi konsonan dalam bahasa melayu.

10

771204115412
HBML 1203

2.6

Fonem
Fonem ialah bunyi Bahasa yang menunjukkan perbezaan erti. Misalnya kata bayang dan

laying. Bunyinya hampir sama yang membezakan antara dua kata iaitu fonem [b] dan [I]..
Tentulah bunyi fonem [b] dan [I] uang menyebabkan perbezaan erti. Oleh itu /b/ dan /i/ adalah
fonem. Fonem dan transkripsi fonem diletakkan dalam kurungan / /. Antara contoh bunyi-bunyi
yang berbeza dalam pasangan kata di bawah ini merupakan fonem-fonem yang berasingan iaitu :
/tabah/ - / tapah/

/tekak/ - /tegak/

Terdapat enam fonem vokal dalam Bahasa Melayu iaitu /a / , / e /, / I /, / o /, / u /.


Manakala fonem konsonen dalam Bahasa melayu mengandungi 25 konsonen. Fonem-fonem
11

771204115412
HBML 1203

konsonan asli /p/, /t/, /d/, /s/, /h/, /l/, /r/, /m/, /n/ dan // boleh hadir dalam semua lingkungan kata
dalam Bahasa melay. Sementara fonem letupan tidak bersuara /k/ dan fonem separuh vokal /w/
dan /j/ boleh hadir dalam lingkungan awal dan tengah kata sahaja. Akhir kata fonem /k/ diganti
oleh fonem hentian glotis //. Manakala fonem-fonem /b/, /g/, //, /d/, dan //

hadir pada

lingkungan awal dan tengah kata dalam kata asli Bahasa Melayu.

3.0

Aplikasi prinsip Prinsip Fonetik Dan Fonologi Dalam pengajaran dan


Pembelajaran Bahasa Melayu
Prinsip fonetik dianggap sebagai satu kaedah pengajaran bahasa yang saintifik atau

dikenali sebagai kaedah lisan. Melalui kaedah ini, guru-guru boleh memulakan pengajaran
dengan latihan mendengar, kemudian bergerak kepada latihan sebutan menurut susunan seperti
bunyi kepada perkataan, rangkai kata dan seterusnya ayat. Kesemua ini akan digabungkan
menjadi dialog-dialog dan cerita-cerita.
Dalam sistem fonetik sebutan dan bahasa diutamakan dalam pengajaran di mana isi dan
bahan yang dipilih dikawal dan di susun berdasarkan penyelidikan dan perbandingan antara
bahasa yang diajar.Perbendaharaan kata dan ayat yang diajar hendaklah sesuai dengan keperluan,
peringkat umur dan latar belakang murid. Oleh demikian ,guru-guru digalakkan menyediakan
bahan-bahan pengajaran yang lebih tersusun dan teratur. Murid-murid terlebih dahulu dilatih
untuk memahirkan bentuk-bentuk atau corak aayat yang hendak diajar. Kesannya, mereka dapat
memahami tatabahasa yang dipelajari dengan jelas dan tepat. Malahan, murid-murid dapat
bertutur dengan cepat dan membina ayat dengan lancar mengikut ayat Bahasa ibunda mereka
sendiri. Contohnya dalam pengajaran

tatabahasa

fonem

suprasegmental

amat

penting

terutamanya untuk membezakan maksud ayat. Iaitu :


a) # Emak makan nasi adik #
b) # Emak makan nasi # adik
Melalui kedua-dua ayat yang diberikan di atas,walaupun ayatnya adalah sama tetapi
dengan penggunaan lambang jeda ( # )menjadikan ayat tersebut mempunyai maksud yang
berbeza. Ayat pertama # Emak makan nasi adik #
12

bermaksud emak makan nasi

771204115412
HBML 1203

kepunyaan adik iaitu ayat penyata. Manakala bagi ayat kedua pula iaitu # Emak makan nasi #
adik bermaksud memberitahu adik bahawa emak sedang makan nasi iaitu kata kerja.
Prinsip pengajaran dalam kaedah fonetik mendahulukan sebutan bunyi perkataan yang
dipelajari . Kemudian, guru akan membuat latih tubi bunyi-bunyi Bahasa sama ada ia
mempunyai persamaan ataupun perbezaan dari segi Bahasa kerana bunyi inilah yang boleh
menimbulkan kesulitan untuk menyebutnya. Contohnya bunyi dasar b,r,j,d patut
diutamakan kerana Bahasa mereka pada dasarnya tiada perbezaan. Oleh sebab itulah terdapat
kanak kanak cina menyebut baju sebagai maju., bulu sebagai mulu. Dalam pengajaran ini,
guru perlulah mendahulukan pengajaran perbendaharaan kata yang ada persamaan dengan
Bahasa yang diketahui. Semasa memilih perkataan, guru dikehendaki mendahulukan perkataan
yang serupa antaranya coffee dengan kopi , bag dengan beg dan banyak lagi. Oleh demikian,
guru digalakkan mengajar strukur ayat yang ada persamaan dengan bahasa yang diketahui.
Setelah itu,guru boleh memilih bentuk ayat yang berlainan dengan bahasa yang diketahuinya.
Murid-murid zaman kini membaca menggunakan sistem bacaan secara fonetik yang lebih
memfokuskan kepada bunyi simbol huruf. Sistem bacaan ini merupakan kaedah yang paling
sesuai untuk murid-murid kerana ia telah dibuktikan secara saintifik sebagai kaedah otak
manusia membaca. Kaedah ini berasaskan teori bahawa pelajar membaca melibatkan kebolehan
mengenal kod atau lambang yang mempunyai hubungan antara bunyi dan lambang yang dilihat.
Pengajaran ini lebih menekankan setiap bunyi-bunyi abjad yang terdapat dalam bahasa. Setiap
abjad mempunyai bunyi-bunyi tertentu dan

nada juga mempunyai lebih daripada satu bunyi

terutama dalam Bahasa Inggeris. Kaedah ini dimulakan dengan pengenalan bunyi huruf-huruf
vokal dan konsonan seperti berikut :

a. Bunyi vokal
a
e
i
13
o
u

aaa
eee
iii
ooo
uuu

b.

Bunyi Konsonan

771204115412
HBML 1203

b
c
d
f
g
h
j
l

beh
ceh
deh
feh
geh
heh
jeh
el

E
P
Q
R
S
T
V
Y

en
peh
qeh
rer
sss
teh
vev
yeh

Bunyi-bunyi tersebut digabungkan untuk membentuk suku kata dan seterusnya kepada
Pembentukan perkataan yang bermakna. Guru-guru boleh menggunakan gambar ilustrasi untuk
menarik minat murid. Setelah mereka tahu hubungan tiap-tiap huruf dengan bunyinya, sukukata
boleh dibina dan digabungkan suku kata menjadi perkataan. Akhirnya murid diberi latihan
membaca ayat-ayat mudah menggunakan perkataan yang telah dipelajari.

4.0

Kesimpulan

Bahasa mempunyai makna yang sistematik dikomunikasikan melalui penggunaan


bunyi-bunyi atau tanda-tanda konvensional. Bahasa merupakan ujaran perkataan daripada
mulut atau teks yang bertulis. . Bahasa juga sebagai alat komunikasi yang berlaku dalam dua
cara iaitu secara lisan dan tulisan. Komunikasi dua hala melibatkan penutur dan pendengar
14

771204115412
HBML 1203

yang memerlukan kemahiran berbahasa. Penutur harus boleh bercakap dengan jelas melalui
sebutan yang betul, kemas, teratur dan berupaya untuk menggunakan jeda, tekanan dan gaya
yang tepat. Pendengar pula harus mendiskriminasikan bunyi-bunyi ujaran, mendengar dengan
teliti, memahami dan mentafsirkan percakapan yang didengar dan seterusnya bertindak balas
terhadap apa yang didengarinya itu. Dengan bantuan teknologi canggih komunikasi boleh
berlaku walaupun jarak penutur dan pendengar berjauhan antara satu dengan yang lain.
Pengajaran bahasa Melayu mempunyai keunikan tersendiri kerana ia berhubung
dengan konsep fonologi. Dengan ini dapat memperbaiki dalam penggunaan bahasa Melayu
yang betul dari segi sebutan, bunyi, ujaran

mengikut kesesuaian masa dan tempat serta

tujuan maklumat yang ingin disampaikan melalui penggunaan bahasa Melayu itu sendiri.
Kajian fonetik dan fonologi adalah melibatkan organ pertuturan ataupun artikulasi
manusia secara langsung. Terdapat banyak alat artikulasi manusia yang berfungsi untuk
menghasilkan bunyi-bunyi bahasa dan setiap satunya mempunyai fungsi dan kedudukan yang
berbeza. Namun begitu, terdapat juga unsur yang bukan dikategorikan sebagai alat artikulasi
manusia tetapi mempunyai peranan yang amat penting dalam penghasilan bunyi bahasa.
Unsur tersebut ialah udara dan

merupakan sumber tenaga utama dalam penghasilan bunyi

bahasa.
Oleh yang demikian kaedah fonetik dan fonologi amat sesuai digunakan oleh guru-guru
dalam pengajaran Bahasa melayu kerana murid-murid dapat membaca dengan cepat. Ini
dibuktikan secara saintifik otak manusia yang membaca dapat memecahkan perkataan yang
dilihat terhadap bunyi-bunyi. Otak tersebut membunyikan huruf-huruf yang dilihat bagi
menyebut mahupun membaca perkataan tersebut.
( 2825 patah perkataan )

5.0

Rujukan

Abdullah Hassan, (2005), Linguistik am : Siri Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa


Melayu , Kuala Lumpur : PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd
Dr Ali Mahmood etc, Edisi Kedua ( April 2012 ), HBML 1203 Fonetik dan Fonologi Bahasa
Melayu : Open University Malaysia, Kuala Laumpur
15

771204115412
HBML 1203

Indirawati Zahid & Mardian Shah Omar.( 2006 ).Fonetik dan Fonologi . KualaLumpur:
PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
Kamus Dewan, edisi keempat (2007) :Dewan Bahasa Dan Pustaka ,Kuala Lumpur
Prof. Dr. Abdul Hamid Mahmood. ( 2000 ). Fonetik Dan Fonologi Bahasa Melayu,
Affluent Master Sdn. Bhd. Kuala Lumpur
www.ms.wikipedia.org. Fonologi Bahasa Melayu.com
www.suriangkasa.blogspot.com.fonetikdanfonologi.my

16