Anda di halaman 1dari 8

Jurnal IPBA / Jilid 3 : Bilangan 2

AMALAN REFLEKTIF KE ARAH PENINGKATAN


PROFESIONALIME DIRI GURU

Boon Pong Ying


Jabatan Ilmu Pendidikan

ABSTRAK
Artikel ini membincangkan pentingnya guru sebagai pemangkin untuk pelajar
membina daya pemikiran yang analitikal, kritis dan kreatif bagi menghadapi
perubahan-perubahan semasa. Justeru itu, guru perlu meningkatkan
profesionalisme diri melalui pelbagai strategi amalan reektif agar dapat
memikul tanggungjawab tersebut. Antaranya amalan reeksi melalui penulisan
reektif/jurnal, portfolio pengajaran, penyelidikan tindakan, perkembangan
professional on-line serta aktiviti Pusat Kegiatan Guru dapat membawa kepada
peningkatan professional diri guru. Strategi-strategi tersebut merupakan
jentera untuk guru membuat reeksi selain mendorong guru mengamalkan
penyiasatan reektif dan penilaian kendiri terhadap isu-isu dalam amalan
pengajaran-pembelajaran. Dengan mengamalkan pemikiran reektif, guru
dapat meningkatkan profesionalisme diri dari segi keilmuan, ketrampilan dan
kemahiran serta menjadi more thoughtful teachers.

As teachers we must believe in change, we must know it is


possible, or we wouldnt be teaching because education is
a constant process of change. Every single time you teach
something to someone, it is ingested, something is done with it,
and new human being emerges.
(Leo Buscaglia)
PENDAHULUAN
Ungkapan di atas menggambarkan betapa pentingnya peranan guru sebagai
penyampai ilmu dan kemahiran kepada pelajar-pelajar dan mencorak mereka.
Guru boleh diibaratkan sebagai lilin yang menyinarkan hidup pelajar. Namun,
sebagai guru, kita harus peka terhadap perubahan yang berlaku dalam
pendidikan. Guru sebagaimana ditakrif oleh Iman Al-Ghazali sebagai seseorang
yang menyampaikan sesuatu yang baik, positif, kreatif atau membina kepada
seseorang yang berkemampuan tanpa mengira peringkat umur walau terpaksa
melalui dengan pelbagai cara dan kaedah sekali pun tanpa mengharapkan
sebarang ganjaran (Hamid Fahmy Zarkasyi, 1990, hlm. 67).

102

Jurnal IPBA / Jilid 3 : Bilangan 2

Guru merupakan pemangkin wadah perjuangan untuk pelajar membina daya


pemikiran yang analitikal, kritis dan kreatif bagi membentuk individu-individu
yang boleh menyesuaikan diri dengan perubahan-perubahan yang berlaku
di sekeliling mereka. Oleh yang demikian, guru itu sendiri harus menguasai
kemahiran dan pengetahuan yang terkini untuk menjalankan tugas mereka.
Justeru, guru harus meningkatkan profesionalisme diri masing-masing.
Profesionalisme diri merupakan hasil daripada suatu proses pemikiran
profesional dan tindakan dalam pembelajaran sepanjang hayat. Ia suatu
proses di mana guru menyemak semula, membaharui dan melanjutkan
komitmen mereka sebagai agen perubahan terhadap tujuan pengajaran;
mereka menguasai dan memperkembangkan secara kritikal pengetahuan,
kemahiran serta kecerdasan pelbagai yang diperlukan dalam pengajaran (Day,
1999). Salah satu dimensi profesionalisme ialah kerelaan untuk melanjutkan
pemahaman mereka terhadap pengajaran dan menghalusi kesenian mereka.
Seorang guru yang cemerlang harus meneruskan pendidikannya sepanjang
hayat kerana faktor pendidikan sendiri mengalami pelbagai perubahan. Istilahistilah baru, kaedah pengajaran-pembelajaran yang terkini, teknik-teknik
pengajaran, inovasi dan penggunaan komputer dalam pendidikan adalah
beberapa contoh perubahan yang signikan dalam pendidikan.
STRATEGI-STRATEGI PENINGKATAN PROFESIONALISME DIRI DAN
AMALAN REFLEKSI
Globalisasi dan perubahan dalam dasar pendidikan Malaysia yang menuju
ke arah kemajuan sosio ekonomi pula membuktikan guru perlu meningkatkan
profesionalisme diri untuk seiring dengan ledakan maklumat terkini. Antara
strategi yang membolehkan peningkatan profesionalisme diri termasuk
melibatkan diri dalam latihan dalaman, kursus pendek kelolaan maktab, sistem
pementoran, amalan reeksi melalui penulisan reektif/jurnal dan portfolio
pengajaran, penyelidikan tindakan, latihan profesionalisme berterusan,
perkembangan professional on-line dan aktiviti Pusat Kegiatan Guru.
Peningkatan Profesionalisme Melalui Latihan Dalam Perkhidmatan
Dalam era teknologi moden, perkembangan ilmu pengetahuan dan kemahiran
dalam mata pelajaran pengkhususan, inovasi dalam pedagogi menuntut agar
guru-guru dilatih semula semasa dalam perkhidmatan. Ia sememangnya dapat
mempertingkat dan memperkukuh profesionalisme diri selain mengembangkan
potensi insan ke tahap yang diingini. Sebagai guru, kita mampu memperkukuh
kapasiti untuk memperbaiki pembelajaran pelajar dengan melanjutkan
pengetahuan profesional kita dalam menguasai dan mengembangkan
kemahiran-kemahiran serta memperjelas nilai-nilai profesional kita.

103

Jurnal IPBA / Jilid 3 : Bilangan 2

Guru yang berpandangan progresif mampu memperkaya diri dengan


pengetahuan, kemahiran dan trenda-trenda pengajaran-pembelajaran baru
melalui Kursus Pendek Kelolaan Maktab (KPKM). Berkaitan dengan ini, guru
yang telah menghadiri kursus seharusnya menjalankan latihan dalaman untuk
sekolah masing-masing agar semua guru dapat memperoleh pengetahuan
dan kemahiran dalam bidang-bidang tertentu. Sebaran input-input yang baru
seperti pembelajaran bestari, pengajaran Matematik dan Sains, Teknologi
Maklumat dan Komunikasi, Bimbingan dan Kaunseling dan sebagainya diberi
kepada guru akan meningkatkan kualiti pengajaran guru dari segi inovasi
dalam pengajaran.
Amalan Reeksi Dan Penulisan Reektif Ke Arah Peningkatan
Profesionalisme Guru
Amalan reeksi dapat memperkaya diri dan merangsang amalan professional.
Ia bertindak sebagai forum untuk membuat keputusan yang mengakibatkan
tindakan tentang konteks pengajaran. Reeksi yang dikemukakan oleh Dewey
(1933) menjadi batu asas dalam mengkaji proses kognitif guru semasa
membuat keputusan tentang pengajaran dan pembelajaran. Perkembangan
reeksi memerlukan perkembangan sikap dan kebolehan seperti keterbukaan,
kerelaan untuk menerima tanggungjawab untuk membuat keputusan dan
mengambil tindakan.
Reeksi memberi peluang guru menganalisis diri serta menyedari tentang
kekuatan dan kelemahan diri. Dengan ini, guru dapat membuat pengubahsuaian
serta membaiki proses pembelajaran mereka dengan efektif. Antara strategi
yang boleh dilakukan oleh guru untuk meningkatkan profesionalisme mereka
ialah penulisan jurnal/reektif. Ia sebagai jentera untuk mereek secara
sistematik dan merangsangkan pemikiran reektif. Kajian menunjukkan aktiviti
ini merupakan salah satu strategi terbaik untuk mendorong guru mengamalkan
penyiasatan reektif dan penilaian kendiri terhadap isu-isu pengajaran dan
pembelajaran (Bolin, 1988; Richert, 1990; Zeichner & Liston, 1987).
Dalam penulisan reektif, Schon (1983, 1987) membezakan proses pemikiran
kepada reeksi semasa tindakan di mana seseorang melihat semula dan
memikirkan permasalahan yang wujud untuk memahami situasi manakala
reeksi ke atas tindakan di mana guru merenung kembali proses pemikirannya
dan menganalisis situasi sebelum merancang tindakan susulan. Kedua-dua
reeksi semasa tindakan dan reeksi ke atas tindakan dapat membantu
guru berkembang diri dalam bidang profesionalnya. Penulisan reektif
menggambarkan secara keseluruhan satu pola pemikiran yang beralih dari
reeksi teknikal ke tahap reeksi kritikal.
Penulisan reektif merupakan satu cara meninjau teori-teori pengajaran dan
perkembangan professional. Pemikiran baru akan dirangsangkan dan melalui
perbincangan dengan rakan sekerja, teori-teori dan persoalan-persoalan
dipertikai dan diperkembangkan. Reeksi menyediakan satu asas yang
kaya dan komprehensif mengenai pengajaran dan pembelajaran. Ia bukan

104

Jurnal IPBA / Jilid 3 : Bilangan 2

sahaja membolehkan seseorang guru memperoleh pengertian mengenai


tugasnya tetapi ia memberi pelbagai perspektif terhadap pengajaran yang
boleh dicontohi atau dipelajari oleh guru-guru lain (Boon, 2002). Dalam pada
itu, reeksi mempunyai nilai-nilai peribadi yang membawa kepada kepuasan
intrinsik apabila guru dapat menganalisis sesuatu situasi atau pengalaman
dengan sebaik mungkin dan membentuk satu pandangan secara logik.
Portfolio Pengajaran Trenda Mengenai Pengajaran Dan Reeksi
Berkait rapat dengan penulisan reektif ialah pembentukan portfolio pengajaran
sebagai cara guru meningkatkan profesionalisme diri. Portfolio pengajaran yang
mengandungi koleksi bahan-bahan seperti artifek dan penulisan reektif dapat
memperkukuhkan perkembangan diri guru. Ia menggambarkan kemahirankemahiran, pengetahuan dan falsafah pengajaran peribadi seseorang itu.
Portfolio pengajaran memberi impak yang besar dan membawa manfaat serta
meningkatkan kualiti pengajaran guru dalam profesionnya. Ini kerana proses
perkembangan portfolio secara berterusan memberi peluang guru membuat
reeksi tentang perkembangan dan perubahan pelajarnya sepanjang masa.
Apabila seseorang guru meneliti amalan pengajaran sendiri, sudah tentu
amalan penelitian pengajaran sendiri meletus penilaian kendiri terhadap
tanggungjawabnya. Contoh-contoh amalan baik dalam portfolio boleh dikaji
dan diguna atau diadaptasikan dalam bilik darjah.
Menurut Shulman (1987), melalui portfolio pengajaran, guru akan menjadi
lebih reektif tentang apa yang mereka lakukan dalam pengajaran dan
pembelajaran. Ia membantu guru mendokumentasi dan menerangkan tindakan
mereka; membuktikan pengetahuan professional mereka dan membuat
reeksi tentang apa, bagaimana dan mengapa mereka melakukan sesuatu
tindakan (Loughran & Corrigan, 1995; Seldin, 1997). Dengan mengimbas
balik pengalaman-pengalaman lepas dalam portfolio, ia menggalakkan
mereka mengenal pasti halangan-halangan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran dan memikirkan penyelesaian. Guru boleh mengubahsuai atau
mengubah teknik pengajaran untuk mencapai matlamat. Portfolio pengajaran
dan reeksi membantu perkembangan pemahaman masalah yang dihadapi
kerana proses reeksi memandu arah untuk meneroka idea-idea dari sumbersumber lain. Pada hakikatnya, portfolio pengajaran digunakan sebagai satu
cara dokumentasi professional dan reeksi peribadi (Seldin, 1997). Proses
membina portfolio merangsang guru untuk memikirkan semula aktiviti
pengajaran, keberkesanan strategi-strategi pengajaran dan merancang
pendekatan baru atau teknik-teknik untuk masa akan datang. Maka, portfolio
pengajaran dapat membekalkan satu pangkalan data pengetahuan professional
dan perkembangan diri yang bermakna dan komprehensif di kalangan warga
guru. Khazanah harian ini bernilai berlian jika digilap tetapi bagai kaca jika
disalut debu atau terbiar sahaja.

105

Jurnal IPBA / Jilid 3 : Bilangan 2

Portfolio pengajaran menjadi tempat di mana pemikiran reektif berlaku untuk


menghalusi pengajaran sendiri. Seseorang guru boleh merekod kaedah
mengetahui, mengumpul maklumat baru, memikirkan sama ada idea itu boleh
diaplikasi atau tidak, mengambilkira sama ada idea baru sesuai atau tidak,
dan menentukan apa yang perlu disimpan dan apa pula yang harus dihapus
kira. Proses ini akan membentuk seorang guru itu mengamal tabiat serta sikap
berkir dan berikhtiar dalam melaksanakan tugasnya.
Penyelidikan Tindakan Amalan Profesionalisme Yang Efektif
Satu lagi strategi guru mampu meningkatkan profesionalisme diri ialah
menjalankan penyelidikan tindakan tentang semua aspek yang berkaitan
dengan pengajaran. Idea-idea baru tentang kaedah-kaedah mengajar dalam
pengajaran perlu diterokai. Budaya penyelidikan, penulisan dan pembacaan
wajib dipupuk di kalangan guru untuk meningkatkan perkembangan
profesionalisme diri serta bertindak secara professional.
Peningkatan profesionalisme diri merupakan proses perkembangan peribadi
yang memerlukan suatu kesedaran tinggi tentang whats going on, why
things are happening that way dan how are we going to resolve the problem.
Kesedaran tentang keputusan pedagogi dan tindakan hanya boleh dibentuk
dengan penilaian kritikal melalui dialog reektif, dokumentasi dan tindakan.
Penyelidikan tindakan menyediakan cara untuk membolehkan proses tersebut
berlaku. Untuk meningkatkan profesionalisme diri, guru wajar menjadikan
profesion keguruan a research-based profesion iaitu profesion yang berasaskan
kajian dan amalan pengajaran perlu berasaskan kajian saintik dan bukan
pendapat.
Amalan Konsep Belajar Seumur Hidup
Dalam perkembangan diri, guru harus mengamalkan konsep belajar seumur
hidup. Amalan membaca, menulis dan melakukan penyelidikan tindakan
memperluaskan pengalaman, pengetahuan dan pandangan guru terhadap
bidang. Ia menajamkan kecekapan serta keyakinannya dan ia akan menjadi
kreatif, reektif dan berinovasi dalam amalan pengajaran .
Guru mampu memperbaiki diri sebagai pelajar dalam paradigma belajar
seumur hidup. Mereka perlu meningkatkan pengetahuan dan ketrampilan
khususnya dalam era globalisasi dan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT)
kini, dan sebagai guru, kita harus mempertajam kemahiran mengajar melalui
ICT, meneroka dan menukar maklumat dengan guru-guru lain yang lebih
berpengalaman. Satu langkah yang bijak untuk meningkatkan profesionalisme
diri ialah membuat jaringan/networking dengan guru-guru di negara lain sebagai
mencerminkan imej pengantarabangsaan serta berpeluang untuk berkongsi
ilmu, dan kemahiran dengan mereka.

106

Jurnal IPBA / Jilid 3 : Bilangan 2

Program secara on-line merupakan perkembangan baru dalam ICT


dan guru boleh mendapatkan segala maklumat tentang pengajaran dan
pembelajaran secara on-line. Dapatan kajian menunjukkan guru-guru
Bahasa Inggeris memperkembangkan profesionalisme diri melalui internet
adalah menggalakkan. Antara contoh ialah VirTEC (Virtual Teacher Education
Center) yang dibina dan menjadi satu landasan untuk merangsang guru dalam
perkembangan professional guru Bahasa Inggeris (Mohamed Amin Embi,
Muhammad Kamarul Kabilan & Azmi Abdul Latiff, 2002).
Sistem Pementoran Sebagai Cara Peningkatan Diri
Satu pendekatan untuk mempertingkat tahap professional diri guru ialah
sistem pementoran di sekolah-sekolah. Guru boleh mengadakan perbincangan
intelektual dengan guru yang lebih berpengalaman mengenai pengetahuan
baru, teknik-teknik baru dan bimbingan dalam penilaian seperti pembinaan
item soalan. Melalui sistem pementoran ini, setiap guru akan mempunyai
seorang atau beberapa orang mentor di tempat bertugas bagi memberi nasihat,
dan bimbingan berterusan agar dapat meningkatkan tahap profesionalisme
mereka. Mengikut Anderson (1987), pementoran merujuk kepada :
a nurturing process in which a more skilled or more experienced
person, serving as a role model, teaches, sponsors, encourages,
counsels and befriends a less skilled or less experienced person
for the purpose of promoting the latters professional and/or
personal development.
Berdasarkan denisi di atas, ia membawa implikasi bahawa berlakunya proses
perkembangan di mana orang yang mengasuh mampu untuk mengenal
pasti kebolehan, pengalaman dan kematangan psikologikal seseorang yang
sedang diasuh dan boleh memberi aktiviti-aktiviti yang akan membawa kepada
peningkatan profesionalismenya.
Diskusi di Pusat Kegiatan Guru
Akhir sekali, guru boleh meningkatkan profesionalisme diri dengan mengadakan
perjumpaan dengan guru-guru lain di Pusat Kegiatan Guru (PKG) untuk
membincangkan dan membuat reeksi sesama mereka pengalaman mengajar
topik-topik tertentu di samping mendapat input-input baru daripada fasilitator
yang pakar dalam bidang-bidang tertentu. Guru-guru dapat menilai diri
sendiri tentang pengajaran, memperoleh maklumbalas daripada rakan-rakan,
membaca penulisan reektif rakan-rakan dan berkongsi maklumat tentang
strategi-strategi pengajaran dan pembelajaran. Apabila mereka mereek
dan membincang sesama rakan tentang pengalaman pengajaran, mereka
akan menjadi more thoughtful teachers. Dengan cara ini, guru akan dapat
menambahkan ilmu, ketrampilan dan berkongsi pengalaman bagaimana
hendak memilih strategi terbaik untuk menyelesai masalah pengajaran dan
pembelajaran sesuatu mata pelajaran seperti yang dinyatakan oleh Fullan dan
Hargreaves (1993) bahawa guru perlukan interactive professionalism.

107

Jurnal IPBA / Jilid 3 : Bilangan 2

KESIMPULAN
Kualiti guru adalah asas kecemerlangan pelajar dan sekolah. Kewibawaan
guru merupakan tunggak kepada profesionalisme guru. Guru sentiasa perlu
membuat reeksi mendalam tentang diri sendiri dan amalan pengajaran
pembelajaran. Usaha guru untuk meningkatkan profesionalisme diri dari
segi keilmuan, ketrampilan dan kemahiran serta pembentukan sahsiah
yang berakhlak mulia. Dengan ini, guru dapat bergerak seiring dengan arus
perubahan dalam era teknologi dan globalisasi.
BIBLIOGRAFI
Anderson, E.M. (1987). Denitions of mentoring. Unpublished manuscript.
Bolin, F. S. (1988). Helping student teachers think about teaching [Membantu
guru pelatih berkir mengenai pengajaran]. Journal of Teacher Education,
39 (2), 48-54.
Boon, P. Y. (2002). Pelaksanaan kerja kursus berportfolio di kalangan guru
praperkhidmatan. Disertasi doktor falsafah yang belum diterbitkan,
Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.
Broadhead, P. (1976). Changing practice, feeling good: Primary professional
development explored [Perubahan praktik: Meninjau perkembangan
profesionalisme asas]. Journal of Education, 25 (3).
Day, C. (1999). Developing teachers: The challenges of lifelong learning
[Perkembangan guru: Cabaran pembelajaran seumur hidup]. London:
Falmer Press.
Dewey, J. (1933). How we think: A restatement of the relation of reective
thinking to the educative process [Bagaimana kita berkir: Suatu
pernyataan semula tentang hubungan pemikiran reektif kepada proses
pendidikan]. Boston, MA: Heath.
Fullan, M. & Hagreaves, A. (1993). Changes forces: Probing the depth of
educational reform [Perubahan daya: Mengkaji reformasi pendidikan].
London: Falmer Press.
Hamid Fahmy Zarkasyi. (1990). Pemikiran Al Ghazali tentang pendidikan.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kagan, D. M. (1992). Professional growth among preservice and beginning
teachers [Perkembangan profesionalisme di kalangan guru
praperkhidmatan dan guru permulaan]. Review of Educational Research,
62 (2), 129-169.

108

Jurnal IPBA / Jilid 3 : Bilangan 2

Loughran, J. & Corrigan, D. (1995). Teaching portfolios: A strategy for


developing learning and teaching in the pre-service teacher education
[Portfolio pengajaran: Suatu strategi untuk meningkatkan pembelajaran
dan pengajaran dalam pendidikan guru praperkhidmatan]. Teaching and
Teacher Education, 11 (6), 565-577.
Mohamad Sani Ibrahim. (2002, Mei 6-8). Perkembangan profesionalisme guru:
Satu tuntutan dan satu kemestian. Kertas dibentangkan di UPSITEC2002:
The inaugural UPSI international teacher education conference,
Putrajaya.
Mohamed Amin Embi, Muhammad Kamarul Kabilan & Azmi Abdul Latiff.
(2002). Online professional development for a community of practicing
English language teachers [Perkembangan profesionalisme online untuk
komuniti guru bahasa Inggeris]. Dalam Prosiding seminar kebangsaan
profesion perguruan. Bangi: Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan
Malaysia.
Richert, A. E. (1990). Teaching teachers to reect: A consideration of programme
structure [Mengajar guru untuk membuat reeksi: Suatu pertimbangan
struktur program]. Journal of Curriculum Studies, 22, 509-527.
Robiah Sidin. (2002). Konsep guru profesional. Dalam Prosiding seminar
kebangsaan profesion perguruan. Bangi: Fakulti Pendidikan, Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Schon, D. A. (1983). The reective practitioner: How professionals think in
action [Pelaksana yang reektif: Bagaimana para profesional berkir
dalam tindakan]. New York: Basic Books.
Schon, D. A. (1987). Educating the reective practitioner: Towards a new
design for teaching and learning in the professions [Mendidik pelaksana
yang reektif: Ke arah rancangan baru untuk pengajaran dan
pembelajaran dalam profesion]. San Francisco: Jossey-Bass.
Seldin, P. (1997). Successful use of the teaching portfolios [Kejayaan
penggunaan portfolio pengajaran]. Bolton, MA: Anker Publishing
Company.
Shulman, L. S. (1987). Knowledge and teaching: Foundations for a new
reform [Ilmu dan pengajaran: Asas untuk reformasi baru]. Harvard
Educational Review, 57 (1), 1-22.
Zeichner, K. & Liston, D. (1987). Teaching student teachers to reect [Mengajar
guru pelatih untuk membuat reeksi]. Harvard Educational Review, 57
(1), 23-48.

109